Arkib Tahun 2008

7 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

TPM Dato’ Seri Najib memberi nasihat kepada semua pemimpin Umno-BN untuk menjaga disiplin. Nasihat yang baik!

Maknanya, jangan ada skandal, rasuah, atau menindas rakyat.

Madah beliau yang kedua adalah mempertikai pengumuman saya untuk menurunkan harga minyak kerana takut negara bankrap..

Jawapannya: untung bersih dari eksport minyak mencecah RM80 billion. Seandainya diturunkan harga, masih mengekalkan untung sekitar RM70 billion.

Negara bankrap kerana borosnya pemimpin, rasuah, komisyen termasuk kapal selam dan jet pejuang!

ANWAR IBRAHIM

7 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

usop menanyakan:
saya ingin bertanya berkaitan satu video yang saya jumpai di laman web, mngatakan hubungan sex antara dsai dengan seorang wanita. turut disertakan perbualan video antara dsai dan wanita tersebut. video ini sbg counter kpd dsai berkaiatan video dr chua. adakah perbualan telefon tersebut benar? jika tidak, mengapaa dr anwar tidak mengambil tindakan terhadap wanita tersebut?

Sdr Usop,
Saya dengar kisah tersebut 10 tahun lalu. Tidak ada pertuduhan dan dakwaan terhadap saya. Fitnah seperti ini dilancarkan oleh tokoh Umno dengan biaya tauke besar judi.

Tidak munasabah dikaitkan fitnah perbualan talipon dgn video skandal seks Menteri BN!

Fitnah seperti ini dimuatkan dalam buku 50 Dalil dan Hakim Hishamuddin telah memutuskannya sebagai fitnah yang melibatkan pemimpin Umno. Walhasil? Kes tutup!

Nasihat saya kepada mereka yang menyebarkan: jawab isu, ketengahkan fakta, dan jangan sembunyi di sebalik fitnah.

ANWAR IBRAHIM

6 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

By Din Merican

The trip with Dato Seri Anwar Ibrahim to Kuala Kangsar and Lumut on January 4, 2007 was indeed a punishing one. My colleagues and I did not return to Kuala Lumpur until 3.a.m on January 5. But it provided me with the opportunity to be in another part of our country where I had not been for long time (I was a frequent visitor during my school days at the Penang Free School for competitive soccer and hockey with our great rivals, Maktab Melayu). Except for Kuala Kangsar, the places we traversed that day were unfamiliar to me.
(more…)

4 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

[Jumaat, 4 Jan 2008]
1.00pm Ketibaan DSAI Di Tol Exit Kuala Kangsar

1.15pm Sembahyang Jumaat diMasjid Ridwaniah, K.Kangsar

2.00pm Perjumpaan Masyarakat Cina dan India
Tempat: Taman Chandan Puteri.

2.30pm Perjumpaan Masyarakat Sayong, tepi Sg. Perak

3.20pm Bertolak ke Pantai Remis

3.30pm Perjumpaan singkat Komuniti Kg Senggang (Kubu Kuat UMNO)
- Terdapat projek PPRT yang diusahakan oleh DSAI ketika TPM

6.00pm Jamuan Makan Malam bersama rakyat
Tempat: Pantai Remis

7.15pm Sembahyang Maghrib
Tempat: Surau Sri Manjung Lama, Bandar Sri Manjung.

8.30pm Perasmian Bilik Gerakan
Tempat: Pekan Setiawan

9.30pm Ceramah Umum
Tempat: Kg Koh

10.30pm Ceramah Perdana
Tempat: Teluk Rubiah, Sri Manjung.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdr. Tai Sing Ng 019-3816928, Sdr. Anuar Zakaria 012-5162685, Hj Suwardi 013-5305904

4 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

(i) daripada pondok tanjong:
datok seri dah tonton ke dvd chua soi lek tu?

Pondok tanjung cuba memerangkap saya menanyakan samada sudah menonton video sex pelakon tua? Belum dan tidak berminat jawabnya!

(ii) daripada As-Salam:

Datuk Seri,

Saya masih menunggu pendirian PKR tentang PTPTN , saya harap Datuk Seri dapat menyatkan pendirian BA tentang isu ini sebelum pilihanraya, supaya saya boleh war warkan kepada rakyat akar umbi.Percayalah isu ini cukup dekat dengan pelajar-pelajar melayu dan bekas pelajar.

Assalam mohon penjelasan isu beban hutang peminjam PTPTN.
Pertama, kita menjanjikan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke menengah.
Kedua peminjam lama PTPTN akan dikutip sebahagian pinjaman setelah sah bekerja tetap selama tiga bulan.
Wujud keperluan untuk memansuhkan kadar faedah 3%, dan digantikan dengan biasiswa pendidikan buat pelajar cemerlang dan pelajar miskin, manakala pinjaman tanpa faedah buat siswa berkemampuan.

ANWAR IBRAHIM

3 January 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari rumah saya di Segambut saya ditemubual oleh SCTV Jakarta mengenai perletakan jawatan menteri dan skandal video seks.

Saya tidak bercadang mengeluarkan sebarang kenyataan selain menonton drama MCA dan sokongan padu pemimpin Umno terhadap Chua Soi Lek.

Media milik Umno-BN khususnya NST merayu agar rakyat menghormati pendirian Chua yang bertanggungjawab dan sedia memaafkannya. Mereka yang terlibat merakam dan mengedar akan didakwa! Tanya Musa Hassan dalam kes sebelum ini! Haha!

PM Abdullah menghormati pendirian Chua. Dan MCA serta Umno turut bersedih.

Alahai Islam Hadhari!

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site