31
Dec
08

Tahniah Di Atas Permahsyuran Tuanku Muhriz sebagai Yang Di Pertuan Negeri Sembilan ke 11

Bagi pihak barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat, saya menjunjung kasih dan tahniah sempena pertabalan KDYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di Pertuan Negeri Sembilan ke 11.

Saya yakin rakyat akan mendapat manfaat dengan adanya seorang Yang diPertuan yang berpengetahuan dan perihatin terhadap nasib rakyat jelata. Sesungguhnya pertabalan Tuanku merupakan amalan dari Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Saya berdoa semoga Allah S.W.T melimpahkan taufik dan inayahNya kepada KDYMM Tuanku Muhriz dan Tuanku Ampuan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud agar selamat sejahtera bersemayam dengan penuh daulat dan kebesaran.

Di harap kan di bawah naungan Tuanku, Negeri Sembilan dan rakyatnya akan bertambah maju dan makmur.

ANWAR IBRAHIM


10 Responses to “Tahniah Di Atas Permahsyuran Tuanku Muhriz sebagai Yang Di Pertuan Negeri Sembilan ke 11”


  1. 1 copperheadgold Dec 31st, 2008 at 6:44 am

    u got class sir..

    Reply

  2. 2 ultraman tiga Dec 31st, 2008 at 8:44 am

    Bodek le tu..

    Reply

  3. 3 Batu Ferringhi Dec 31st, 2008 at 12:11 pm

    Ucapan tahniah KDYMM Tuanku Muhriz atas perlantikannya sbg Yamtuan Besar NSDK.

    Reply

  4. 4 lone ranger Dec 31st, 2008 at 5:04 pm

    tahniah datuk..
    diharap pkr dapat ambek n9..
    sudah banyak rasuah berlaku..
    mase pilihan raya lepas.. nasib je..
    sbb orang kmpung di pedalam seperti jempol,jelebu,kuala pilah masih sokong bn..
    harap dapat rebut hati rakyat disana..

    Reply

  5. 5 sha Jan 1st, 2009 at 3:26 pm

    a very good transition indeen. UMNO should do the same. tak yah gaduh-gaduh. Anak-anak Almarhum Tuanku Jaafar tak gaduh pun.

    Reply

  6. 6 rizz Jan 2nd, 2009 at 12:02 pm

    thanks slmt meneruskan perjuangan, kami terus menyokong…….

    Reply

  7. 7 Jeffripower Jan 2nd, 2009 at 1:16 pm

    Perlantikan Yamtuan Besar berlaku dalam keadaan aman tanpa ada ketidakpuashatian daripada mana-mana pihak pun… Alhamdulillah… Jika di dalam politik pun macam kan best…

    Reply

  8. 8 maw Jan 3rd, 2009 at 4:55 am

    tahniah tuanku, berharap sangat tuanku banyak meluangkan masa bersama rakyat dijajahan tuanku.rakyat memang ternanti nanti kunjongan tuanku dikampong halaman tuanku sendiri.saat penantian ini telah lama menjadi idaman rakyat.DAULAT TUNKU!

    Reply

  9. 9 Kualo Parit Feb 6th, 2009 at 3:16 pm

    Tahniah kepado DYMM Paduka Sri Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir diatas perlantikan Tuanku sebagai Yang Dipertuan Besar NSDK yang ke-11. Sebenarnyo perlantikan Tuanku sememangnyo topat kerano Taunku adalah calon yang paling layak dan sememangnyo dinanti-nantikan oleh rakyat NSDK. Diharapkan dengan perlantikan Tuanku ini akan dapek menjano kembali ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di negoghi ini. Disamping itu, dapeklah kiranyo Tuanku mengembalikan semulo
    kegemilangan negoghi ini sebagai tolapak ilmu tasawuf seperti pado zaman pemerintahan nendo serto ayahando Tuanku iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Almarhum Tuanku Munawir. Bagindo berduo adolah pemerintah yang sentiaso memuliokan
    ulama-ulama dan sering bertomu dengan rakyat di seluruh alam NSDK ini. Semogo
    Tuanku menjadi pemerintahan yang beriman dan bertakwa lagi adil dan saksamo dalam menjalankan tanggungjawab Tuanku sebagai pemerintah negeri ini.

    Daulat Tuanku.

    Reply

  10. 10 zaly Oct 25th, 2009 at 11:55 pm

    tahniah ke atas DYMM TUANKU, di atas pertabalan YANG DI PERTUAN BESAR N9 KE 11. Raja minangkabau memang raja yang berdaulat.

    Reply

Leave a Reply