22
Dec
08

Hujung Minggu di Permatang Pauh

Satelah berhempas pulas berbahas di Parlimen, hujung minggu ini sebagaimana biasa saya turun padang ke Permatang Pauh. Aktiviti yang disusun KeADILan Bahagian sangat padat.

Di kesempatan ini, KeADILan Pulau Pinang turut mengadakan mesyuarat khas untuk menyusun strategi memperkemaskan organisasi di peringkat negeri dan bahagian-bahagian.

AMK Permatang Pauh juga tidak ketinggalan dengan menganjurkan pertandingan futsal di kawasan Seberang Jaya. Penyertaan belia cukup memberangsangkan.

Saya berkesempatan untuk menziarah aktivis KeADILan tempatan yang kini terlantar sakit, disusuli dengan ziarah kematian di kawasan sekitar.

Sehari suntuk turut dipenuhi dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan termasuk di Kubang Ulu, Mengkuang, Tanah Liat, Sungai Semambu, Guar Perahu dan Bukit Mertajam.

Rata-rata rakyat yang saya temui sering mengeluh tentang peningkatan isu pengangguran, pembuangan pekerja dan kenaikan harga barang. Ramai juga yang menyatakan hasrat untuk bersama membantu calun Pas di Kuala Trengganu dalam pilihanraya kecil bulan hadapan.

ANWAR IBRAHIM


82 Responses to “Hujung Minggu di Permatang Pauh”


  1. 1 tawakkil Dec 22nd, 2008 at 3:38 am

    semoga ALLAH akan sentiasa bersama dengan anda.

    Reply

    roslie asrie Reply:

    assalamualaikum…DSAI

    Semoga allah akan menolong anda dalam menghadapi pelbagai fitnah yg dilemparkan oleh puak2 UMNO kaparat ini….bagi saya dan rakan2 di Sabah sentiasa menyokong akan perjuangan Dato dari dulu hingga sekarang…Semoga allah mempercepatkan proses peralian tampuk pemerintahan sistem dimalaysia ini secepat mungkin….Hidup DSAI…..

    Reply

  2. 2 seepot Dec 22nd, 2008 at 3:47 am

    mintak tolong Dato’ Seri turun berkempen habis-habisan menjatuhkan UMNO BN di bumi Kuala Terengganu!!

    Reply

    c-put kelemboi Reply:

    ye la tu.harap2 kempen tu x menjadi.masa nak kempen,turun la.bila dah menang,,hampeh!batang hidung pn x nampak.kesian penduduk permatang pauh.

    Reply

    kritis Reply:

    kalau nak menang gunalah isu IJN sebagai senjata utama dalam mengetuksedarkan pak lah dan orang yang berkepentingan untuk meswastakan institut jantung negara (IJN)…
    nampaknya semacam ada satu usaha untuk menyusahkan rakyat dalam sudut kesihatan…
    sekiranya IJN diswastakan maka rakyat yang tidak akan mampu untuk mendapatkan rawatan di IJN.

    satu ketika dulu, sepupu saya pernah mendapatkan rawatan jantung di sana dengan kos RM70,000. mujurlah IJN milik kerajaan maka hanya dikenakan bayaran tidak melebihi seribu. bayangkan dengan subsidi kebajikan oleh kerajaan, rawatan dengan kadar rendah di IJN dapat juga mengurangkan beban rakyat yang tidak berkemampuan.

    sekiranya IJN diswastakan, maka dapatkah kita mampu membayar kadar bayaran yang terlalu mahal?
    disudut ini, adakah pak lah yang kononnya perihatin terhadap rakyat telah membuat tindakan wajar terhadap IJN?
    apakah rasionalnya pak lah meswastakan IJN?
    minta pak lah alasan-alasan munasabah yang boleh diterima oleh semua pihak!!!
    pertikaikan kewajaran keputusan pak lah yang tidak matang dalam isu kenaikan harga minyak kemudian menurunkan semula dalam tempoh tidak sampai setahun. nampak jelas ketidakjauh pandangan pak lah dalam mengukuhkan ekonomi negara.

    apapun saya hanya suka kepada calon yang dipilih dari kalangan ahli PAS!

    Reply

  3. 3 sabahdaily Dec 22nd, 2008 at 8:32 am

    komitmen sebegini yang perlu diterapkan kepada semua ahli dun dan parlimen Pakatan rakyat.

    Reply

  4. 4 wamakhal Dec 22nd, 2008 at 9:55 am

    DSAI, bila kita nak ambik alih kerajaan pusat…….. dah x tahan la…

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Aku pun dah tak tahan asyik kena goreng..

    Reply

  5. 5 SPbosan Dec 22nd, 2008 at 2:02 pm

    Setuju… cepatlah PR takeover kerajaan pusat… dah meluat dengan situasi skg

    Reply

  6. 6 marinamansor Dec 22nd, 2008 at 2:13 pm

    Assalamulaikun DSAI,Bags la kalau DSAi selalu turun padang melihat orang kampung..mungkin DSAi patut ke hospital seberang jaya juga…Minggu lepas satu ujian AllAH telah diterima oleh keluarga saya.. Abang saya diserang “heart attack” disebab terlalu cemas, kami telah menghantarnya ke Hos[ital yang terdekat..alhamdullilah..ia selamat..terima kasih atas kepantasan dan kecekapan doktor di Hos Seberang jaya, especially DR. Tan, Dr Maya dan juga DR Imran (ketua pengarah).TETAPI yang membuat saya tersedar lagi mimpi…ia kemudahan yang ada di hospital tersebut..TAHU kan DSAI yang Hospital Seberang jaya cuma ada 2 bilik bedah, kalau di banding dengan HOSPITAL BESAR PULAU PINANG..mereka tidak ada Doktor pakar jantung, hati , dll. Sedangkan di PPinang (island) HOSPITAL swasta saja ada lebih kurang 15 buah..di Butterworth cuma ada 3..sedangkan penduduk di Seberang Perai..jumalah penduduk melebihi 800,000 penduduk (yang rata2nya kurang mampu untuk ke swasta )Semenjak dari dulu lagi kawasan palimen Permatang pauh tidak pernah jatuh ke siapa2 melain kan DSAI..saya terpanggil untuk membuat aduan ni kerana walaipun cuma 4 hari abang saya terlantar disana sebelum keadaannya stabil untuk dihantar ke Island Hospital..tapi saya turut simpati pada rakyat yang lain yang tak mampu untuk ke hostipal swasta..3 hari banyak membuka mata saya..yang rakyat terlalu mepercaiyai DSAI tetapi..mereka menanggung risiko..yang besar kalau DSAi tidak membuat sesuatu kepada hospital ni..saya nampak semangat doktor muda 2 ni terlalu berkobar2 utk menolong rakyat tapi usaha mereka terhad disebab kan tidak cukup kemudahan..wahai DSAI mungkin minggu hadapan luang la masa dengan Dr Imran di Hospital Seberang jaya..PERGI la ke CCU unit…lihat la bilik bedah mereka..bilik bersalin mereka..mungkin DSAI dapat membuat perubahan..JANGAN biar kan rakyat Permatang pauh dilanda perasaan cemas setiap masa..Sekian Terima kasih.

    Reply

    Noraduan Reply:

    Dear Marina, hampir di seluruh negara peralatan hospital memang kurang, cuma di hospital terpilih sahaja ianya dilengkapkan. Walaupun perancangan sudah banyak dibuat iaitu sehingga Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK9)tapi tanpa komitmen iklas pemerintah inilah kesudahannya. Hingga kini kekurangan doktor pakar dan pakar dalam berbagai bidang sains amat ketara, sebab kerajaan yang ada tidak memberikan pengiktirafan dalam sudut kenaikan pangkat kepada mereka dengan adilnya, yang cepat naik pangkat PTD sebab Pak Lah Alumninya. Inilah nearaku Malaysia.

    Reply

  7. 7 Rubin Hood Dec 22nd, 2008 at 2:31 pm

    Sudah ada tanda-tanda awal BN akan kalah teruk di KT. Semoga nasib rakyat dibela dengan baik dibawah PR.

    Reply

  8. 8 shima Dec 22nd, 2008 at 2:42 pm

    Salam…

    Saya sungguh terharu dgn aktiviti DSAI di PPinang

    Kalaulah DSAI melakukan perkara yg sama ke negeri Perak, negeri kelahiran saya, alangkah berbangganya saya sebagai anak jati Perak…

    Kagumnya saya mendapat pemimpin seperti DSAI…

    Saya sentiasa menyokong DSAI dari dulu, kini & selamanya… TQ

    Reply

    mat Reply:

    alah shima, apa yg DSAI bgtau di atas adalah usaha biasa saja. sesiapa pun yg jadi YB sekali-sekali akan lawat kawasan etc. makan kenduri dan sembang2 dgn orang ramai.

    DSAI, apa usaha konkrit DSAI utk menjadikan org melayu Islam malaysia ni jadi org yg terbagus di dunia?

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Betul tu boss. Org melayu ni ketinggalan zaman. Setakat MP gosok belakang, senyum tanya khabar, dah bagi undi sebakul kat MP tu. Kalau macam ni sampai bila pun org melayu takkan maju. Kita patut tanya dan tengok apakah sumbangan bermakna yg MP tu buat untuk kita, anak kita, cucu kita. Tak kisahlah kalau kita tak pernah bertentang mata dengan dia pun takpe.

    Reply

    Dr.Saari Reply:

    Kalau nak Melayu bagus bukan suruh Anwar baguskan Melayu.Kita ini Melayu harus pandai dan rajin dan juga berdikari.Kalau nak tunggu anwar majukan Melayu sampai kiamat pun kita tak maju.contoh kalau Anwar yang korang harapkan akan memajukan orang Melayu korang semua silap kerana kita lah yang akan membentuk diri kita.Takkanlah kita nak harapkan orang majukan kita.Kita harus majukan diri sendiri.Jangan harap keistimewaan Melayu di negara kita sahaja.

    shima Reply:

    Eloklah jadi MP gosok belakang, lawat kawasan, makan kenduri daripada jadi mcm korang yang tak ada wawasan, asyik nak cari salah orang jer….

    Berbaik-baik sesama manusia, mesra rakyat tu dah kira bagus… dituntut dlm Islam.

    Kalau dah kaki kutuk tu, DSAI buat apa pun korang tetap pndang serong…

    Udah-udah la tuuuu… bwak2 la bertaubat. UMNO banyak sgt makan rasuah tak nak pulak kutuk. Buat botok pun guna duit rakyat!!!

    Reply

  9. 9 BAKIKUL Dec 22nd, 2008 at 2:59 pm

    salam..

    Macam tu la pemimpin berjiwa rakyat..kepenatan dan keluhan penduduk yang sangat banyak tidak patut dijadikan halangan untuk turun padang. Memang ini harga yang patut di bayar oleh seorang pemimpin..

    Kalau DSAI berterusan begini, rakyat tetap akan setia menyokong DSAI..Kita tengok Nik Aziz di Kelantan..pembangunan bukan alasan menyokong mana-mana pemimpin, tapi keprihatinan dan kejujuranlah yang paling utama. Bak kata ramai rakyat kelantan, kelantan kurang pembangunan tetapi melayu menguasai ekonomi dan perniagaan. Negeri lain maju pembangunan tetapi bangsa lain menguasai perniagaan dan melayu berjawatan paling glamor iaitu sebagai pembeli.

    * Maaflah kepada mereka yang tersindir, saya bukan orang kelantan, tetapi saya mengagumi ketokohan mereka berniaga..

    HIDUP DSAI1111

    Reply

  10. 10 king sejong Dec 22nd, 2008 at 4:00 pm

    saya berdiri teguh di belakang Dato’ Seri, cepat-cepatlah ambik alih kerajaan, meluat bin menyampah tahap maksima dah ni dengan BN

    Reply

  11. 11 Zahirudin Bin Yahya Dec 22nd, 2008 at 4:51 pm

    Assalammualaikum w.b.t DSAI,

    Thaniah diatas usaha keras melawat kawasan di Permatang Pauh. Bukan macam MP Muar. Setahun sekali baru nampak muka. Itu pun nasib. Orang Bandar Maharani kata susah nak cari MP.

    2 isu hangat sedang hangat diperkatakan. Pertama Pilihanraya K.Terengganu dan kedua penswastaan IJN. Saya tertarik dengan komen DSAI dalam NST semalam. Isu IJN ini diredakan buat seketika. Bukan kerana mahu dikaji tetapi iannya berkaitan dengan pilihanraya dan menjadi bualan hangat pada masa kini. BN meletak seorang calon yg boleh dianggap ‘Mafia’. Orangnya muka garang dan sukar untuk ketawa. 2 puak BN berusaha untuk menamakan calon masing-masing kepada Najib Razak. Apakan daya, orang kepercayaan Pak Lah juga ditarungkan.

    berbalik kepada isu IJN. IJN ditubuhkan selaras usaha bekas PM Mahadir untuk diwujudkan sebuah hospital/institute jantung yg bertaraf dunia tetap dengan kadar murah. Ianya dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya. Setelah beberapa kurun lamanya sehingga Mantan PM ini ‘serah diri’ dan diberikan pada Mr. Clean pada 2003 dan BN menang besar pada 2004 general election. semua berubah. Pada hemat saya, isu badan kerajaan yg nak diswastakan begitu banyak sekali. Kemudian dileraikan kononnya tidak jadi nak swasta. Tapi, Mr. Clean ini menunjukkan belang saat akhir nak keluar dari pegang UMNO terus timbulkan satu isu yg menarik perhatian ramai terutama masyarakat miskin. Tidak kira melayu, cina atau india.

    Sime darby melalui pusat perubatannya mahu mengambil alih dengan pegangan 51%. Nampaknya majoriti dan mereka boleh buat apa sahaja. Dari naik kos bayaran sampailah ‘membunuh’ orang. Apa akan jadi jika IJN diswastakan, tentulah ramai pesakit yg sedia ada dan pesakit yg akan kena sakit jantung perlu mencari cara lain ataupun berserah sahaja kepada Tuhan. Kerajaan akan pekakkan telinga dan mulalah sibuk oleh balaci-balaci UMNO, MCA dan MIC mencari duit untuk mangsa sakit. Orang malaysia nie kan pemurah. Sedangkan kos perubatan kita perlu ditanggung oleh kerajaan dan kerajaan itu siapa. Kitalah yg dok bayar cukai setiap hari, minggu, bulan dan tahun.

    Saya rasa jika najib razak dapat kuasa mutlak(seperti kuasa agong)dan menteri kewangan pulak tu nestaya mesti akan diswastakan sepenuhnnya baik hospital, polis, tentera, bahkan pejabat kerajaan akan diswastakan. Tengoklah keluar The Star(pada Sabtu beberapa minggu sudah). Dinyatakan siapa yg akan menjadi abang, adik bongsu, adik tiri dan suku-sakat dalam pentadbiran YDP Najib Razak. Tidak mustahil perkara ini akan berlaku. Seperti juga isu minyak, diturunkan tapi harga barang keperluan lain tak pernah disentuh langsung. Makin mahal adalah.

    Harap-harap rakyat fikirkanlah….dan renung-renungkan. Selamat Beramal….

    Wassalam…..

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Kalau nak cerita pasal MP tak nampak muka. MP Lembah Pantailah juaranya. Langsung tak nampak muka dia. Sibuk mendanya. Nak kata jaga kementerian tak. Jaga laki ada lah.

    Reply

  12. 12 zik Dec 22nd, 2008 at 5:37 pm

    DS,

    Perlu turun segera ke KT utk perbaiki sedikit advantage yg UMNO perolehi hasil dari kelicikan Khairy di Kota Bharu..amatlah malang kalu kita terlepas kerusi ini..bagi kami..kerusi ini amat2 penting utk Projek 916!!!Harap semangat Permatang Pauh akan lebih hebat di KT..

    Reply

  13. 13 Fadzil Dec 22nd, 2008 at 5:53 pm

    Salam DSAI,

    I noticed that BN is going to play fool with Hudud and Qisas issue for coming election and future election to destroy Pakatan Rakyat especially trust on PAS. I think you should play the important role to make sure the PR alliance is going to handle this latest bullet from BN. Honestly, Malaysian especially non Muslims are totally given a wrong impression and perception on Islam and it’s law. Muslims are required to boost the confident to non-Muslim so that Hudud and Qisas is not going to penalize innocent people after all. However, I will suggest that we should end this politicking once and for all, by setting referendum to all Malaysian above 18 years old to vote for either Hudud and Qisas can be implemented to this country or selective states without ignoring the concern and feedback from non-Muslims to be rectified. All Malaysians should be communicated and explained properly by Islamic clerics and authorities before the referendum to be conducted. Once the people of this country has decided, the politicians should keep their mouth shut and do not politicking anymore on this. Good luck, Sir. May Allah bless all Malaysians.

    Reply

  14. 14 tok sagor Dec 22nd, 2008 at 6:23 pm

    Isu kenaikan harga barnag kita amat malang kerana ramai tokoh korporat melayu yang tidak menceburkan diri dlm perniagaan berkaitan dgn makanan. Lihat saja siapa yang menjaga “GULA” , “BERAS’ dan sebagainya. Jika ada tokoh korporat islam malaysia yang menguasai bidang ini maka tidak mungkin harga barang ini dinaikan sesuku hati.

    RENUNG-RENUNGKANLAH.

    Reply

    kung fu panda Reply:

    tok sagor.

    Penat tok sagor lawan inggeris tetapi UMNO guna bahasa inggeris!!!

    Sebab itu akta monopoli perlu diada kan dengan segera!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bayangkan sebuah syarikat boleh meneruskan tender mencuci bangunan di Putrajaya selama 7 tahun berturut???????? Oleh itu amat perlunya satu akta baru yang mana satu sekatanm perlu di adakan sebagai contoh sesebuah syarikat tender kerajaan hanya boleh dibenarkan hanya 3 sahaja. supaya ada peluang syarikat lain pula masuk tender. tak perlulah kita tuliskan nama syarikat tersebut sebab ada kaitan dengan bekas KSN kawan rapat dia..

    maka kita amat berharap akta monopoli di adakan dengan segera.

    Reply

  15. 15 Abang Malek Dec 22nd, 2008 at 6:31 pm

    Salam DSAI,

    Alangkah baiknya di’program’kan acara melawat kawasan adun/parlimen oleh MP Pakatan Rakyat berlanjutan. Paling kurang sekali dalam tempoh 4 minggu diadakan pertemuan/ziarah/tanya khabar dengan pengundi. Bukan duit yang diminta, cuma senyuman/sapaan ikhlas yang kami (sebagai pengundi PR) harapkan. Insya-Allah sokongan berterusan.

    Reply

  16. 16 sufi Dec 22nd, 2008 at 7:06 pm

    kalau saudara diberi peluang menjadi perdana menteri, adakah saudara akan melaksanakan hukum hudud yg menjadi kemestian kepada umat islam kalau berkuasa dan satu-satunya cara untuk mengelakkan pelbagai jenayah berat?? saya ingin penjelasansaudara dan tolong jelaskan mengenai perkara ini dlm laman blog ini..

    Reply

    alfons0 Reply:

    yg paling penting sebelum perlaksanaanya kena bagi faham semua org, kena usaha lebih, jgn kan non-muslim yg muslim pun masih ramai yg jahil dan beramal dgn amalan2 jahiliyah ;).

    Reply

  17. 17 kamek Dec 22nd, 2008 at 8:11 pm

    Sekarang dah isu DAP dan PAS gaduh hal HUDUD dimainkan kat TV.. camna nih?

    Reply

    guni setahil Reply:

    UMNO ni kalau tak lagakan orang depa tak boleh tidur malam.

    Reply

    alfons0 Reply:

    Rileks kau sana, tu mmg keja TV1,2,3 ;)

    Reply

    zdy_pif Reply:

    kalau setakat isu hudud nak di mainkan jgn la risau sangat..pengundi dah pandai dah buat pilihan..cuma kuatkan lagi kerjasama antara pakatan rakyat

    Reply

  18. 18 lazfim Dec 22nd, 2008 at 9:05 pm

    DSAI,adakah hukum hudud akan dilaksanakan jIka Pakatan Rakyat berjaya menjadi
    kerajaan Persekutuan??????

    Reply

    guni setahil Reply:

    kenapa tak tanya UMNO??

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Aku org UMNO. Aku tolong jawabkan. UMNO tidak ada masalah dengan HUDUD sebenarnya. Cuma UMNO menghormati perasaan bimbang kaum lain yg tak begitu faham tentang undang2 Islam. Org UMNO islam dan embrace islamic values. HUDUD boleh dilaksanakan setelah MCA, MIC dan parti2 komponen BN dapat memahami dan menerima HUDUD. Tapi kita takkan jadikan HUDUD satu halangan kepada satu kerjasama dan mesyuarah yang bermenafaat kepada org Melayu Islam dalam memajukan diri mereka atas platform BN. Berbeza dengan PAS, perjuangan UMNO lebih berhikmah.

    (Ini jawapan dari UMNO. Harap jangan diplagiat)

    Reply

    mat Reply:

    tk tanya umno pasal umno memang tak mampu nk laksanakan…

    Reply

    ulam batar Reply:

    ultarman tiga ini raksaksa nak menengkah,

    sebelum UMNO nak laksana HUDUD, sila haramkan tabit,tunduk dan letakan bunga pada batu TUGU NEGARA, kalau berkokok tapi tahi penuh di ekor lagi baik diam. UMNO embrace islamic values konon.apa hukumnya sembah batu berhala???. bukan kah kurafat dan terkeluar dari akidah dan menduakan allah.

    Reply

    imran Reply:

    Bila masa depa sembah batu tugu negara tu? Ada ke tiap2 hari depa datang tunaikan tanggungjawab sembah tugu. Yang aku nampak setahun sekali depa letak bunga kat batu tu, JUST sempena nak mengingati SEMUA pejuang yg terkorban dulu. Itu kira macam batu nesan untuk semua batu nesan2 pejuang kat malaysia nilah. Just like korang pegi pagi2 raya duduk depan batu nesan tok nenek ayah ibu kita yg telah pergi. Kita baca doa alfatihah dsb depan batu nesan tu. Lepas tu kita tabur bunga ke siram air ke. Tak sama ke dengan apa depa buat kat tugu tu? Depa baca alfatihah kat depan tugu tu apa.. HANYA ORANG GILA SAJA YANG SEMBAH TUGU DAN ANGGAP TUGU TU TUHAN..Dan aku tak pernah jumpa orang2 cam tu..in fact org gila pun tak pernah sembah tugu tu..So apa yg kita nak kecohkan sangat..Think…

    Reply

    kublai khan Reply:

    kalau betul nak doa kat kubur pahlawan bukan kat TUGU yang di bawahnya tiada sebarang kubur??? atau doa kat mesjid aja , ini siap dengan trompit tu!!! mendayu dayu last post!!. adakah itu dinamakan islam hadari??

    Ini bukan soal kecoh saya pegang kat kata mufti kata itu tak betul jika kita buat adat sebegitu di depan batu dan gansa yang di buat oleh akitek Amerika dan di buat di Italy.

    Tunduk pada Tugu ini budaya Amerika , dan budaya inggeris jelas UMNO masih bersadurkan Penjajah!!

    Komunis dah letupkan Tugu tersebut pada sekitar 70′s tetapi UMNO tegakkan semula dengan wang rakyat? banyak cara lain kita kenangkan hari pahlawan.

  19. 19 nizam Dec 22nd, 2008 at 9:26 pm

    tahniah dato seri kerana tidak mengamalkan prinsip kacang lupakan kulit seperti sesetengah ahli politik….kerana selalu juga pulang ke tempat kita untung merisik dan menunaikan tugas…

    jika dato seri ingat…minggu itu juga merupakan majlis kenduri adik dato seri sendiri yang merupakan suami kepada dua pupu saya ….pn noraini ahmad…saya ada disana….

    dato seri tahu siapa saya kerana kita selalu berjumpa di majlis majlis politik terutama sekali yang bersangkut paut dengan PAS kerana saya salah seorang ahli PAS dalam parlimen dato seri

    semoga kita akan bekerjasama lagi di masa hadapan….selepas PILIHANRAYA KECIL PMTG PAUH LEPAS

    “kawan lama nuha yang telah terputus hubungan”
    handphone number 0123455127

    Reply

  20. 20 Umar Sadiq Dec 22nd, 2008 at 10:23 pm

    “Ya Allah, dengan Tangan-Mu yang Maha Mulia, angkatlah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia!”

    amin.

    Reply

    mat Reply:

    Ya Allah, engkaulah yang maha mengetahui, kalau tak bagus Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia, aku mohon kepada Mu janganlah jadikan Anwar PM Malaysia.. amin.

    Reply

  21. 21 zik Dec 22nd, 2008 at 11:07 pm

    Sebab tu lah organisasi PR perlu dimantapkan..strukturnya dibincang dan direalisasikan dengan persetujuan bersama parti kompenan PR..sebab tidak ada strukturnya formal maka lihatnya kelemahan yg amat ketara sangat dan pertembungan isu2 di antara Pakatan sendiri..contohnya demo oleh Pemuda Pas Pulau Pinang dan terbaru isu hudud ini…adalah molek dan wajar sekali jika PR dimantapkan secara formal..dan isu2 yg bersangkut dan boleh memusnahkan Pakatan dibincangkan secara serius..dan disepakati bersama..umpamanya..adakah PR mengambil inisiatif utk memberi pemahaman tentang konsep dan asas hukum Hudud kepada pimpinan DAP..jika DAP dapat menerima konsep sebenar hukum tersebut sepertimana apa yg dilaungkan2 oleh Lim Guan Eng selama ini berkaitan Amar Maaruf Nahi Mungkar..tentulah BN tidak boleh menggunakan isu ini lagi di masa hadapan..buat masa ini..saya amatlah kecewa tentang apa yg berlaku sekarang terutama sekali apabila PRK KT semakin hampir..
    harap penantian kerajaan baru tidak tergugat dengan isu2 sebegini…

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    “Amar Maaruf Nahi Mungkar” hanyalah gimik Guan Eng. Bila tiba masanya nanti dia akan kata “Amar kita buta hurufkan, lepas tu kita masukkan dalam sangkar”. Time tu baru padan muka melayu.. he..he.. Sila2 lah baca laman blog DAP dan pemimpin2 nya kalau nak tau apa sebenarnya perjuangan mereka. Silalah baca…

    Reply

    mongolian Reply:

    RE : ultraman melalu mongolian menengkah.

    Kata orang ” biar baju jarang jangan serkap jarang”.

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Serkap jarang mendanya. Rajin2 lah buka blog Uncle Lim Kit Siang ke DAP ke..Elakkan diri dari jadi katak bawah tempurung..

    Reply

  22. 22 mahasiswa Dec 22nd, 2008 at 11:09 pm

    Setiap umat islam wajib yakin yg undang2 Allah sahajalah yang terbaik… hentikan polemik!!!!!!! teruskan dakwah dan perbincangan dgn sahabat2 kita bangsa lain agar mereka boleh menerima undang2 hudud ini… bukan mudah dan ianya mengambil masa.. tapi ia bukan alasan utk kita mendiamkan diri kerana kita semua akan ditanya oleh Allah SWT…. yuk teruskan usaha utk memberi penjelasan kepada dahabat2 kita dari DAP

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Hati2 dengan DAP. Depa tak pernah berniat jadi sahabat org Melayu/Islam. Depa tu “musuh dalam selimut”. Bacalah laman2 blog pemimpin2 depa. Apa hasrat sebenar dan agenda depa. Musuh dalam selimut tu..

    Reply

    ulam batar Reply:

    DAP adalah sebahagian warna warna malaysia! tampa DAP politik malaysia sepi, untuk ceria kita harus saling tegur menegur kalau kat malaysia ini cuma ada satu parti , parti UMNO sahaja (Tungal) kat malaysia ini , apa kejadahnya kata NTV7.

    Reply

  23. 23 En Kid Dec 23rd, 2008 at 5:28 am

    Salam..

    Alhamdulillah..lakukan tanggungjawab sebagai wakil rakyat itu adalah suatu kewajipan..tak semua yang sanggup turun melihat kawasan kalau bukan kerna pilihanraya sudah dekat..

    soal hukum hudud itu..biarlah bicaranya disertai nas-nas dan pemahaman yang mendalam mengenainya..jangan ada yang terjah aja..sesungguhnya,hukum dari Allah itu amat sempurna dan sesuai sepanjang zaman..

    Reply

  24. 24 awang Dec 23rd, 2008 at 9:28 am

    DSAI yang dihormati,

    Kalau ada masa datanglah ke Mukah. Dari Sibu, DSAI gunakan jalan darat. Dari simpang Sibu/Bintulu di Selangau DSAI akan menggunakan satu jalan raya yang paling menyedihkan. Inilah hasil keringat BN selama 45 tahun mentadbir Sarawak. Jalan tersebut sekarang ini amat menyedihkan keadaannya. Status jalan tersebut samalah seperti jalan balak!!!

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Mukah/Selangau atau lebih popular di kalangan rakyat tempatan sebagai “Jalan Ladang”. Ahli Parlimen kami YB Datuk Seri Muhammad Leo Toyad memang tak boleh diharap. Nasib baik kami tak undi dia semasa PRU12 Mac lepas. Oleh yang demikian, kami mohon DSAI datang ke Mukah dan tengok sendiri dulu keadaan jalan yang dimaksudkan. Kemudian nanti, insyaALLAH ia dapat dijadikan modal DSAI untuk berbahas di Parlimen.

    Terima kasih DSAI kerana dapat meghidupkan PKR di Sarawak!!!

    HIDUP DSAI!!!
    HIDUP PKR!!!
    HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!

    Reply

  25. 25 azmn Dec 23rd, 2008 at 10:01 am

    tiba2 kita dikejutkan olh PAS yg mengatakan PAS ttp akn laksanakan hudud.
    knapa DSAI masih tdk mengulas lanjut mengenai isu hudud ini?
    Apakah dasar PR?Adakah PR menyokong hudud?

    Reply

  26. 26 Ibrahim Abdul Rahman Dec 23rd, 2008 at 10:04 am

    takder apa2 yang menarik pun kalau kita sokong PKR??????
    apa citer ni????
    tlg habaq sat….

    Reply

  27. 27 mahasiswa Dec 23rd, 2008 at 10:25 am

    “Hudud bukan hukum Pas, tetapi hukum Allah, kalau sembahyang kita buat, tetapi kenapa hudud tidak boleh buat.

    “Susah apa hudud, di Malaysia pun boleh gantung (pesalah) kenapa tidak bising, sebabnya orang Eropah yang buat, sebab dalam kepala kita, (acuan) ikut Eropah,” katanya.- TGNA

    Reply

    Fadzil Reply:

    Mahasiswa,,

    I agree with you on this. Segala kerana propaganda manusia yg memberi perception kat manusia bahawa Hudud sesuatu yg zalim. Propaganda ini kadang2 datang dr org Islam sendiri, itu yg sgt memalukan. Semoga Allah akan memberi hidayah kepada org2 ni yg memperbodohkan dan menzalimi diri mereka sendiri. Sebagai Muslim yg mengikut cara Islam, kita kena bagi maklumat yg betul sebab propaganda ini bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kita ke ubah mindset dan perception non-Muslim dan jugak Muslim yg jahil tentang Hudud ini. InsyaAllah, jika usaha ini dapat dilaksanakan secara konsisten, mereka ini dapat menerima hukum Hudud ini secara sukarela.

    Reply

    imran Reply:

    Setuju. Saya takde masalah langsung dengan hudud. Tapi orang bukan Islam ni tak faham2 dengan hudud. Selagi mereka tak faham, selagi itulah mereka tak kan setuju. Kalau mereka tak setuju sampai bila pun hudud tak boleh buat sebab kita takkan dapat 2/3 dalam parlimen. Org Islam ada 51% jek kat M’sia ni. Mathematically, cannot approve. Hence, we need them to approve hudud. So. it will take some time to make them understand and accept hudud. How long? 5 years, 10 years, 50 years, 100 years, 1000 years?

    The problem is that..in the meantime, hukum apa yg kita nak pakai kalau bukan undang2 yg ada hari ini whilst waiting for that time whereby 2/3 can be achived. ATAU adakah kita nak laksanakan jugak Hudud walaupun tak dapat 2/3 dan langgar sahaja perlembagaan negara. Boleh kalau nak buat..tapi fikirlah pulak akibatnya. Adakah kita sudah cukup kuat untuk bertelagah dengan kuasa dunia yang sentiasa cari peluang nak campur tangan..Atas dasar menegakkan demokrasi, US boleh tawan M’sia dalam masa 1 hari.

    The fact is that we got no choice than to use the current law until the much awaited “TIME” comes. To speed up the “TIME” we need to berdakwah lebih lagi secara ber HIKMAH. Tunjukkan kecantikan Islam kepada non-Muslim. Semoga mereka boleh terima kecantikan Islam walaupun mereka mungkin tak bersedia masuk Islam. Kalau depa dah nampak islam tu cantik than 2/3 is achieveable. Soal kalu depa nak kekal dalam agama mereka itu hak mereka, tak payah le paksa2. Yg penting hudud boleh ditegakkan.. Bergerakkah secara berhikmah..Bukan secara membuta-tuli saja..

    Reply

    ? Reply:

    Pendek citer Imran ko salah, ada beza sgt ke masaalah nk ikut undang2 Islam ni masa Rasulullah s.a.w ujudkan negara Islam pertama di Madinah, adakh dia bertolak ansur tntg menegakkan peraturan2 yg diwahyukan Allah swt kerana memikirkan pandangan musyrikin, TIDAK! Semasa Mekkah di tawan, adakah berhala2 dibenarkan ujud sekeliling Kaabah kerana prihatin akan golongan2 musyrikin, NEVER! Kalo nak tunggu org yg x sudi paham sampai kiamat pn x ujud pemakaian undg Islam berlandaskan Al Quran & sunnah, pakai je undng2 silam tinggalan penjajah British mcm skrg, boleh ko berbangga dgn keruntuhan akhlak saudara seagama yg tersgt ketara spanjg pemerintahan kerajaan N De’N dgn penerajunya U!Malay!NO(mmg xde unsur2 Islam pn parti ni pon).

  28. 28 ultraman tiga Dec 23rd, 2008 at 11:49 am

    Dalam keadaan apapun org Melayu perlu bersatu. Pemimpin tak penting. Aku org UMNO, tapi bagi aku semua pemimpin UMNO tak penting. Pak Lah boleh blah, Najib tah apa2, Zahid kaki bodek, Hishamudin tak boleh pakai. Aku menyampah betul dengan leaders dalam UMNO. Tapi ada jugak leaders yg boleh pakai dalam UMNO ni. Aku pun menyampah jugak dengan DSAI leader korang ni. Aku menyampah kat DSAI sejak dia dalam UMNO lagi, bukan sejak dia pimpin Keadilan. DSAI pun tak boleh pakai, banyak kelentong, putar belit, salahguna kuasa. Malah aku paling meluat bila dia dakwa dia PM dalam satu function sedangkan Mahathir masih jadi PM. Getik aku tengok sengih dia macam kerang busuk masa tu. Time tu kecoh pasal Anwar mengkayakan kroni2nya.

    Aku menantikan seorg pemimpin Melayu yg berani, bersih, sayangkan bangsanya, perjuangkan bangsanya, tapi bukannya Najib, Pak Lah dan DAH TENTUNYA BUKAN DSAI. In the mean time, aku rasa wadah, ideologi dan wawasan UMNO adalah yg terbaik untuk anak cucu aku yg berbangsa Melayu di masa depan. Therefore aku akan kekal dalam UMNO dan berjuang untuk menumbangkan pemimpin2 hancus yg tak malu dan tak sedar diri dalam UMNO. Aku yakin ada ramai lagi pejuang melayu sejati yg ada dalam UMNO macam aku. Yang penting aku takkan mengorbankan prinsip aku dengan bersekongkol dengan parti2 yang berniat jahat nak menghapuskan bangsa aku iaitu DAP. Itu petualang namanya.

    Reply

    ulam batar Reply:

    Orang cina telah banyak berjasa pada orang melayu , siapa Long Jaffar tampa orang cina menlanda bijih timah tampa orang cina Long Jaffar takan berjaya,tampa orang cina DEB takan ujud!! , siapalah PKM tampa orang cina? orang cina adalah turut serta mencorakan pahit manis Malaysia, siapa lah melayu tampa Orang India . oleh itu marilah kita hidup secara muhibah semagat perpaduan harus di pupuk, demi malaysia yang lebih sejahtera. dunia ini buat semua orang , pas juga telah berubah dengan cokan kata “pas untuk semua”. tetapi UMNO menbuat kesilapan besar dalam perkiraan politik mereka yang mana masih berlandaskan warna kulit,

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Aku tak pernah menafikan sumbangan org cina/india pun. Anyway, sumbangan itu pun sumbangan kebetulan dalam proses mereka mencari rezeki kat sini. Bukannnya depa buat tabung menyumbang kat negara ini. Biasalah tu. Long Jaafar tu pulak tak boleh pakai. Punyalah banyak orang melayu, yang dia pakai org cina untuk melombong apa hal. Yang getah pulak, itu kes org putih nak cari jalan mudah dan untung cepat, itu yg depa bawak org india masuk. Apa? ingat org melayu tak boleh toreh getah ke? Datuk moyang aku pun toreh getah. Memanglah bila depa dah ada kat sini, pahit manis dicorakkan bersama lah. Takkan depa duduk diam kat sini tak buat apa2. Sebab depa dah ada kata sini, kita takde pilihan, terpaksalah kita hidup bermuhibah. Biasalah tu.

    Pasal “Pas untuk semua”, itu gimik nak tarik undi. Orang Cina tak berminat dengan ideologi PAS hari ni. Mungkinlah dimasa depan kalau depa faham pasal Islam dan sanggup duduk dibawah undang2 islam, maka baru depa akan sokong PAS. Tapi tidak hari ini. Bukalah mata. UMNO pun takde masalah dengan undang2 islam, cuma UMNO sanggup bertolak ansur demi perpaduan “HARI INI” dengan kaum lain yang berfikiran sederhana(MCA/MIC) untuk tidak melaksanakan HUDUD. Kalau depa kata “OKLAH we don’t have any problem with that” barulah kita bincang untuk laksanakan. Itu prinsip perjuangan UMNO. Yang PAS pulak, dia kata by hook or by group HUDUD mesti ditegakkan walau dengan apa cara sekalipun. Tapi yg lawaknya hari ni dia dah mula pakai prinsip UMNO, which is “kita bagi depa faham dulu, baru boleh laksanakan” maknanya prinsip “TANGGUH DULU”.
    Bagi aku org Melayu tak racist. Tapi org Melayu perlu perjuangkan kepentingan kaumnya selagi kaum2 lain perjuangkan kaum mereka dan sesetengahnya yang bersikap racist macam DAP. Perjuangan UMNO bukan perjuangan “race superiority” tetapi “race survivality”. Itu kena faham baik2. Pendek kata, org melayu harus bersatu dan membela nasib kaum melayu selagi org Cina tak mau beli barang kat kedai Melayu dan sokong/langgan/beli produk atau servis syarikat Melayu.

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Ha..he.. keras perut aku baca tulisan u dunia dah tak bersempadan ada lagi masih ada sisa sisa melayu macam u ini, cuba lihat sekarang melayu ke cina ke indai ke kadazan ke murit ke bajau ke mereka pergi ke Tesco,Carfour,jayajusco dan sebagainya tak lama lagi supermarket Amerika akan masuk Malaysia so u nak suruh orang melayu pergi kedai runcit melayu!! kedai runcit melayu pun beli kat depa. saya malas nak komen panjang leber dari tulisan u nanti u pula keras perut baca. cukup saya katakan Long Jaffar itu adalah berketurunan orang cina Ah long.u jangan nak kutuk orang putih bawa India , kalau orang putih tak bawa benih (biji getah) dari Brazil ke taiping sampai sekarang Felda tak ada pokok getah sepatutnya Felda bagi royalty kat keturuna R.H.N Redlley!! UMNO kata Ketuanan Melayu tetapi melayu toreh getah sampai sekarang bukan kah itu mencemar, dulu orang cina melanda bijih, orang indai toreh getah tetapi sekarang mereka tak buat kerja itu, tetapi terbalik sekarang melayu pula yang masih buat kerja itu??? )(^%##$#@^&(%^$ maka terlucutlah ketuanan melayu.

    mat Reply:

    Tahniah ultraman. kita mesti meletakkan diri kita lebih atas daripada parti. kita mesti berfikir apa yg baik utk agama dan bangsa kita..

    kita tk boleh jadi pak turut, bila tun mahathir cakap sedap kita ikut mahathir, bila DSAI cakap sedap kita ikut DSAI, bila haji hadi cakap sedap kita terpengaruh. kita sedar tukang ubat yg cakap paling bagus belum tentu ubatnya mujarab, kekadang tin kosong je..

    pada pandangan saya pula ideologi dan wawasan umno tak sebagus mana. ada ideologi yg lebih bagus dari ideologi umno.

    tetapi saya tk segan menyokong umno kerana pemimpin umno agak lebih matang berbanding pemimpin parti lain. contoh paling nyata – pemimpin umno tk cakap besar dan tk cakap kotor, tetapi pemimpin pembangkang tak segan cakap bodoh, anjing dsb. kalau lidah sendiri tk boleh kawal macamana nk kawal negara?

    Reply

    imran Reply:

    “Politik” adalah medan untuk memperjuangkan untung nasib kita dimasa depan. Orang m’sia ramai yg tak faham “politik”. Depa gunakan politik sebagai medan balas dendam lantas merosakkan diri mereka sendiri. Sebenarnya, platform nak express rasa marah bukan di pentas politik. Politik is about how we can improve our nation from all aspects, how we can ensure our children will live a better life than us today.

    UMNO hanyalah sekelonsong organisasi. Pemimpin UMNO yang mencorakkan hasilnya. Pemimpin UMNO datang dan pemimpin UMNO pergi. Pemimpin buruk boleh diganti dengan pemimpin baik. UMNO tetap disitu. Wadah perjuangannya kekal demi nak menjamin survival bangsa melayu. Siapa rasa depa nak berjuang untuk survival masa melayu, boleh join. Siapa rasa nak berjuang demi tak puas hati sebab anwar lebam kat mata, depa boleh sokong keadilan. Siapa rasa menyampah kat orang melayu, depa boleh sokong DAP. Siapa rasa dia nak tegakkan Hudud hari ni jugak, boleh sokong PAS.

    Kita bertanggung-jawab terhadap apa yg nak jadi di masa depan. Kepada orang melayu, jangan banyak gelak..

    Reply

    lu cite mcm org tk sekolah la Reply:

    nk tergelak wa bace coment lu..lu sekolah mana dulu?hahahaha poyo la..ade jugk melayu mcm ni eh skrg hahahaha

    Reply

    imran Reply:

    Saya sekolah melayu. Spesies melayu macam saya ni memang masih ujud sekarang ni. Jenis melayu yang sayang dan bimbangkan bangsa Melayu kerana cabaran yg orang melayu hadapi kini kian getir. Saya sangat berbangga jadi orang Melayu dan inginkan anak cucu saya survive di masa depan.

    Kalau saudara tergelak baca komen saya hari ini. Silakan. Tetapi jangan sampai anak cucu saudara pula menangis dimasa depan menyalahkan saudara kerana terlalu leka tergelak dan ketawa hari ni. Salam.

    Reply

    anak melayu Reply:

    Sokong 100% Ultraman..jangan menggadaikan harga diri anda sebagai Melayu beragama Islam..DSAI sendiri yang menjadi punca melayu berpecah..kepada para penyokong DSAI, selidiklah dan gunakan akal yang dikurniakan Allah untuk berfikir..jangan sampai menang sorak kampung tergadai..

    Reply

  29. 29 wak ya Dec 23rd, 2008 at 1:12 pm

    betul tu bro, saya sokong sgt? menegakkan hukum ALLAH ni tanggungjawab siapa sebenarnya?

    Reply

  30. 30 BAKIKUL Dec 23rd, 2008 at 5:10 pm

    hati-hati dengan MCA dan MIC juga, mereka tidak akan dan mahu menjadi sahabat kepada melyu, tengoklah selama ini..ngong!!

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    MCA & MIC berfikiran sederhana. DAP parti eksterimist Cina. Takde tali, akar pun berguna juga.

    Reply

  31. 31 abe daus Dec 23rd, 2008 at 5:44 pm

    assalamualaikum…DSAI,saya tk tahu ape kndungan persefahaman PR yg dpersetujui bersama oleh ketiga-tiga parti..tp bg saya trdpt jurang yg perlu diatasi dlm konteks hubungan Pas-Dap..sy sndiri adlh pminat kpda knsep kenegaraan Islamik yg dperjuang Pas,dan justeru punyai kecenderungan tinggi dlm melihat isu hudud ini tdk mnjadi agenda sisipan shja bg Pas..sy bnar2 brharap dialog/perbncgn di pergiatkn dan diperhebat diklngn pemimpin PR bg tujuan persefahaman..sy tdk tahu ape pendirian DSAI dlm isu hudud ini, tp yng pasti perlu ade titik penyelesaian dlm kte mnghadapi gelombang mainan memecah belah persepaduan sesama kite yg giat di atur UMNO,khususnya slps isu hudud di segarkn kmbali..kalau menolak,beri alasan knape?kalau pula DSAI x mnolak, bg pendirian jelas dlm hal ini..yg penting,sy gagal memahami mengapa hudud di geruni DAP,krna hudud bkn trlksana ke atas kaum non-muslim pon..kalau hudud tdk diperjelas dlm kerangka penolakan atau penangguhan pelaksanaannye,bgaiman dgn tggapan malay and muslem voters nnti?mreka pasti brtnya,knape Pas bleh menerima krjsama Dap,dgn alasan pemahaman tntang hudud dan penerimaan trhdpnye, bleh di bina scara perlahan2,dan tdk menerima kerjasama dgn UMNO,dan mnggunakan shja alasan itu dlm konteks mewujudkn krjsme dgn UMNO?kalau Pas mnarik blik pndirian tntang hudud,soalan td akan terus brlegar dlm minda penyokong Pas sperti saya,dan jika Pas tdk menarik blik(sesuatu yg memang x perlu dtarik blik pun,dan sye sokong hudud),bgaimane isu ini dpt diselesaikn brsama Dap?scara peribadi,sye merasakn tdk ade apa yng perlu ditakuti tntang hudud,krna pelaksanaan hnya trhdp muslim, ambil shja cntoh pelaksnaan zakat,of course rmai akn brkate,itu hak muslim,dan ia tdk ganggu kami,maka tak ada masalah untuk itu..kalu begitu,hudud juga bkn dlksana keatas mreka,ape yg jadi hal?hudud juga kewajipan dlm siasah kenegaraan,itu hak muslim,dan sme sekali tdk mengganngu non muslim..tp sye ingin biarkn DSAI dan pemimpin lain selesaikn isu ini…sye akn terus menanti,krana sye tdk berharp gabungan ini pecah, dan yng untungnye tukangkaut kekayaan negara,perompak hrta rkyat yg selesa di mahligai jutaan ringgit setahun sewanya..kebijaksanaan politik anda semua wahai pemimpin,perlu dlm meneruskn kelngsungan pakatn ini..saye cuma menyuarakn,mungkin ada yng kurang berkenan,tp ini adlh pertanyaan yng sungguh2 mengharpkn ‘crystal clear explanation’ dr DSAI,sbgai sbgai jwpn kepada kekeliruan ini,dan sbgai snjata ampuh menahan gelora serngn perang saraf yg cuba disemai oleh lawn di seberg sana..DATUK SERI,HAMBA YANG KELIRU POHON PENJELASAN RASMI..PINTA SAYA,YG MASIH PERLU BIMBINGAN..HARAP MAAF..pohon bimbingan,bkan kutukan dr rkan2 lain jika ingin turut komen..hehe.wassalam.

    Reply

  32. 32 LI Dec 23rd, 2008 at 7:09 pm

    kepada orang bukan islam lu olang jgn risau manyak..sistem perundangan islam tak akan menganiaya orang bukan islam dan lebih penting lagi ia tak valid untuk non muslim…pls vote for pas P36

    Reply

  33. 33 Tukang Saman Dec 24th, 2008 at 1:47 am

    Anwar jadi pengerusi penhubungan sabah? atau Dr Jeffrey? Nuh-nuh toilan nuh anwar? mimboros poh dusun nga au karati. Gantang noh silam ko om au kolio mintong do tulun ngawi silam id sabah. Dr Jeffrey noh rumyou dika. Ih Dr Jeffrey noh tonudon nuh. Gantang noh bakas Tim Pardana Montili koh om aiso toilan nuh doh tulun dusun silam sabah. Mai noh suuoh ihh Dr Jeffrey paparati dika diti boros dahai mantan silam doh dusun. Ika noh dara harapon dahai di guluu, tapi okon nodi ika voyoon dagai sabab Dr Jeffrey nogi maan nuh. Umbalai gia kempen id keningau, ovito noh id dr Jeffrey nuh om milawan kou mimboros di bakas ketua bahagian PKR keningau. Lohowon noh ii Dr Jeffrey om milawan yolo mimboros di bakas Ketua bahagian do Keningau.

    This is an open challange to U anwar. If you think that Dr Jeffrey will save you in Keningau, welcome to debate with the former PKR Head of Keningau Division. Bring Dr Jeffrey along as your supporter. I will be the moderator.

    You fikir U dah tawan anak-anak dusun islam sabah dengan keceluparan mu. Silakan. Panggillah Dr Jeffrey sebagai pembantu mu dan kita tengok siapa kamu di Keningau.

    Reply

  34. 34 Tukang Saman Dec 24th, 2008 at 2:06 am

    Dalam Perlembagaan Malaysia, tidak dinyatakan bahawa sesiapa sahaja Presiden UMNO dia akan jadi PM Malaysia. Bukan juga anwar kerana saya tak nampak anwar boleh menjadi PM dengan menikam saudara muslimnya yang bertungkus-lumus memperjuangkan pembersihan nama anwar dimata rakyat. Apabila anwar keluar penjara, pejuang lama yang bergolok bergadai selama 5 tahun dibuang sewenang-wenangnya hanya kerana mahukan Dr Jeffrey.

    Wahai anwar, semasa kamu merengkok di penjara, kami pejung mu mengalirkan air mata memikirkan seorang idola politik saya dipenjarakan. Masa itu Dr Jeffrey terbahak-bahak dengan ‘tapai’ ditangan kanannya ketawakan nasib Anwar di penjara. Kami pejuang terpaksa membuang wang beribu-ribu ringgit memantapkan PKR di pendalaman. Selama 5 tahun kami berjuang bersama PKR, ke mana Dr Jeffrey masa itu?. He was enjoying with his third wife. Kami dijadikan bahan ketawa Dt Jeffrey. Terpaksa kami ikat perut berjimat wang yang banyak kami buang untuk PKR tetapi Presiden pun satu, tak tahu anak-anak buahnya menderita berjuang bermati-matian di Keningau.

    Hanya kerana sebuah ‘buku’ bertajuk “Keadilan untuk sabah” maka inilah menjadi pengukur anwar membuang ketua bahagian kami di keningau secara tidak berpelembagaan. Kalau perlembagaan parti PKR kamu tidak ikuti, bagaimana mungkin kamu boleh memerintah malaysia?. hanya kerana Dr Jeffrey maka kamu membuang pejuang ‘akar-umbi’ di keningau. hanya kerana perhimpunan 5,000 orang kamu dah buta mata memikirkan bahawa Dr Jeffreylah penyebab sokongan itu. Cuba buat perhimpunan sekali lagi di Tambunan, saya nak tengok 3,000 orang yang hadir.

    Cabaran: cuba buat debat di TVRC Tambunan untuk debat terbuka dengan mantan Ketua Bahagian PKR Keningau, kalau berani. Kita tengok, Dr Jeffrey hebat kah atau mantan Ketua bahagian PKR keningau kami?. Malah… mantan Ketua Bahagian PKR keningau kami bersedia untuk berdebat dengan anwar di keningau.

    Reply

  35. 35 Tukang Saman Dec 24th, 2008 at 2:17 am

    Selama anwar di penjara kami telah melalui 4 pilihanraya di sabah dengan WANG SENDIRI. Dua kali PRU dan dua kali pilihanraya kecil. Masa itu anwar di penjara, mana dia tahu siapa berjuang. Masa itu anwar enjoying makan KFC sedap2 mungkin di penjara… walhal pejuang akar-umbinya sedang ditertawakan kerana berjuang dengan PKR yang tidak diketahui bila bakal memerintah negara malaysia.

    Anwar dan PKR sangat yakin menawan malaysia tapi untuk PRU akan datang BN akan merampas semula selangor dari PKR. Jangan terlalu gairah di selangor dan di Kedah dan di Perak. BN akan dapat semula negeri2 ini. 5 tahun PR memerintah, what can you do in 5 yrs time when the businessmen are crying with their business defeciet now, what more in 4 years time!!.

    Insyaa Allah, K.Terengganu will be BN’s seat.

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Insyaalah. Mari kita sama-sama menolak satu drama “PENDUSTAAN BESAR” yang sedang berlaku di Malaysia ini. Moga-moga ALLAH selamatkan orang Islam di Malaysia ini dari helah licik individu tertentu yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan pimpinan sedia ada.

    Reply

  36. 36 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Dec 24th, 2008 at 4:32 am

    Asalamualaikuym dato seri anwar

    Adakah ahli keadilan lupa.
    Adakah pemimpin keadilan lupa
    Adakah reformis lupa
    Adakah orang umno lupa
    Adakah polis lupa
    Adakah orang melayu lupa
    Adakah keluarga dsai lupa
    Adakah dato seri anwar lupa
    Tetapi-tetapi tidak jamilkucing

    Ya ya yang lepas jangan di kenang ,kepala bapak ko orang, dia kena hentam teruk sorang-sorang senang je suruh lupakan.sampai matipun tak akan jamil lupakan .kenapa sila ke :

    http://bbcatlover.blogspot.com

    Reply

    imran Reply:

    DSAI cari hal sama itu Rahim Noor..DSAI tanggunglah sendiri akibatnya..Itu Rahim Noor banyak baran punya orang..Dia bangga jadi polis, sapa2 kutuk polis, siap, dia kasi hentam sama itu orang. Itu DSAI sudah jolok sama itu sarang tebuan…Dia kata polis anjing..Kerana mulut badan binasa..

    Rahim Noor pun sudah kena hukuman. Apa kecoh lagi. Itu mata lebam bukan politician suruh. Kalau nak kata Dr M suruh..dia takkan suruh Rahim kasi hentam sama itu DSAI. Lagi baik dia suruh ‘Undertaker’ dari WWE ka, Mike Tyson ke kasi hentam sama DSAI.

    Reply

  37. 37 budak kampung Dec 24th, 2008 at 2:57 pm

    Perubahan yang diharapkan bukan sekadar ekonomi semata-mata…tapi soal tamadun..mengembalikan imej islam sekaligus mengankat martabat melayu..biar pembangunan yang seimbang,yang mempunyai roh..yakin dengan peluang yang makin cerah ini cita-cita yang diharapkan akan terlaksana..Teruskan usaha..

    Reply

  38. 38 Magnet Dec 25th, 2008 at 2:22 pm

    Kalau boleh rekodkan dalam video semua aktiviti MP and adun2 untuk setiap kawasan PR ..kita nak tegok apa yg depa dah buat..

    Reply

  39. 39 buluh Dec 26th, 2008 at 1:13 pm

    nampak sangat kegelabahan husam musa semasa berdebat dengan khairi, yang bestnye RTM hari-hari dok tayang muka husam menggelabah, apa dah jadi…senjata makan tuan, memang hudud wajib dilakukan, sebagai orang islam kita kena akui bahawa hukum ini adalah hukum Allah yg wajib dibuat, memang kita pelbagai bangsa dan agama, tetapi knp kita tak cuba sebelum menghukum? tak bolehkah dilaksanakan terlebih dahulu dan kemudian nilai setakat mana keberkesanannya, ingat! setiap yang Allah tetapkan ada kebaikannya.

    Reply

    zdy_pif Reply:

    lagi banyak muka kairi kat TV lagi orang dok meluat..hang jangan dok ingat orang pembangkang saja meluat kat kairi org umno pun meluat tau..muka gelabah husam tu nak buat camne..dah terkena. u ingat orang najib suke ke tengok kairi dok gah dalam TV

    Reply

    imran Reply:

    PAS lebih takut pada LIM KIT SIANG daripada TUHAN. HUDUD cuma digunakan sebagai alasan dalam mengejar puncak kuasa. PAS, MATLAMAT biar jelas dan CARA biar betul…

    Reply

Leave a Reply