Saya terkejut dengan khabar berita tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa awal pagi tadi. Sepanjang ingatan saya, ini tragedi kali ketiga selepas rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan juga di Ukay Views beberapa tahun yang lalu.
Hal yg diprihatinkan ialah samada kecuaian yang dikenalpasti dalam bencana Highland Towers berulang. Arahan baru agar dihentikan semua projek pembangunan dilereng bukit bukan perkara baru. Kekhuatiran kita ialah seandainya ketamakan mengatasi kewarasan, nyawa dan harta menjadi kurban.
Isunya bukan sekadar pembangunan dilereng bukit, tetapi kelulusan yang mengenepikan pertimbangan keselamatan dan persekitaran.
Ucapan takziah saya rakamkan atas pemergian empat orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka dan mempermudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan usaha mencari dan menyelamat.
ANWAR IBRAHIM









NOTE: Ucapan takziah kepada semua keluarga yang ditimpa tragedi tanah runtuh di Bukit Antara Bangsa.Semoga roh mereka yang terkorban ditempatkan disisi Allah.Amin.
PANDANGAN HALIK ZAMAN
Pilihan Raya Kecil Kuala Trengganu
Pilihanraya Kecil di Kuala Trengganu, bukan satu perkara kecil bagi BN. Kuala Trengganu sebagai ‘kayu pengukur’ masa depan UMNO. Percaya atau tidak, hakikatnya mesti diterima oleh UMNO dan PR.
Kalau pandang dari mata kasar peluang BN untuk menang cuma ada 40% . Kalau calon BN kalah di Kuala Trengganu, ini bererti bukan lagi boleh dianggap suatu undi protes kepada Kerajaan BN tapi sebagai satu undi tidak percaya kepada UMNO dan Najib.
Kenapa rakyat mesti tolak calon UMNO berlambangkan BN di Kuala Trengganu? : Walaupun harga minyak petrol sudah turun akan tetapi rakyat Trengganu masih lagi derita dengan harga sara hidup yang kian melambung tinggi.
Masa depan rakyat Trengganu masih kelabu, tidak ada usaha Kerajaan Pusat dan Negeri untuk menjamin masa depan rakyat Trengganu sedang Kerajaan Pusat terus berusaha menjayakan korido multi media. Bila siap perancangan korido, bukan rakyat Trengganu yang untung tetapi ia akan dijual kepada pelabur luar negeri.
Trengganu sebuah Negeri yang banyak menghasilkan minyak petrol, seluruh Malaysia boleh kaya dari hasil minyak Negeri Trengganu tetapi soalannya: Ada kah Negeri Trengganu itu sudah kaya? Adakah rakyat Trengganu sudah kaya? Atau masih lagi rakyat Trengganu miskin papakedana? Kemana perginya wang minyak hasil dari tanah Negeri Trengganu? Tunggu Najib akan jawab semua ini semasa kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu yang akan datang.
Tentu sekali Najib akan menabur janji manisnya kepada rakyat Trengganu, “Jangan susah, Kerajaan akan beri bantuan kepada rakyat Trengganu asalkan rakyat undi calon BN.” Ini janji pilihanraya, janji biasa jer.
Untuk masa jangka pendek, rakyat Trengganu juga akan dapat “durian runtuh” dari BN semasa pilihanraya kecil sedang berjalan. Rakyat Trengganu juga mesti bijak kalau UMNO kasi duit ambil, kasi kain batik/pelikat ambil, kasi zink/plywood/tangki air ambil tapi pangkah lambang bulan=PAS.
Kalau 51 tahun UMNO tipu rakyat Trengganu, mereka tidak takut berdosa, kita cuma tipu sekali jer, tak lah besar sangat dosanya.
HZ
Reply
tp kesian gak kat adun,YB Azmin Ali..tak masuk pn tv3..yg ada pn najib ngan Pak Lah je..ape la..huhuhuhu..
Reply
aisy al sidqi Reply:
December 7th, 2008 at 5:47 pm
tu la die, padahal yb azmin dh ade kt kawasan sejak pkl 4am lg… gua saksi beb… sbb umah gua terlibat, alhamdulillah gua n keluarga selamat, kerosakan rumah pun alhamdulillah x teruk, tp jiran2 gua… huhuhu sedih beb… ucapan takziah utk semua mangsa…
Reply
bumilangit Reply:
December 7th, 2008 at 9:33 pm
tu lar aisy, bab UMNO bagi bantuan, masuk TV, masa PKR bagi bantuan macam2, digelapkan.
memang TV3 ni tak boleh percaya!
Reply
parti bebas Reply:
December 9th, 2008 at 12:14 pm
bumilangit,
Kata sumbangan ikhlas. So kalau tak masuk TV pun tak kisah la. Biar la muka-muka publisiti murahan tu je yang keluar TV. Kalau sibuk nak masuk TV, sama je la dengan dia orang. Lebih baik menyumbang dalam diam tetapi ikhlas daripada menyumbang secara terang sekadar nak dapat nama je.
Asalamualaikum ,
inilah akibatnya mengacau dan membinasa alam semulajadi kurniaan Allah
yang sepatutnya di jaga dan di pelihara untuk kesejahteraan
manusia.
Pihak pemaju dan ahli politik sama sama untung.
Percayalah lepas 3 bulan semua kembali seperti biasa
dan akan di lupai sehingga berlaku kejadian yang tidak di ingini seterusnya.
Inilah Kerajaan Malaysia Boleh.
Ameeen.
BTW can we have a Fatwa banning Hillside development ?
Reply
parchy Reply:
December 7th, 2008 at 7:02 pm
TO replay above:
ko orang melayu ke atau refer kat nama ko. jangan nk senang2 nak buat lawak pasal fatwa, even x kelakar.
Reply
anak melayu Reply:
December 8th, 2008 at 1:33 am
alahai parchy, apa ke sempit na pemikiran ko ni, ko ingat melayu je ke islam? cina takde?
Reply
parti bebas Reply:
December 9th, 2008 at 12:17 pm
anak melayu,
Yes you’re right. Parchy buka la sikit minda. Jangan ingat Islam cuma untuk Melayu je. Kalau orang Cina masuk Islam, dia pun Islam juga. Cuma bangsa je Cina. Habis tu orang Arab bukan Melayu, tak boleh jadi Islam ke??
Mungkin saya terlepas pandang ehwal semasa di TV. Langsung takda ulasan dan sebarang komen atau apa sahaja dari ketua kerajaan negeri. Apatah lagi wakil rakyat. Harap dapat gunakan media kawalan PR semaksima mungkin dalam memberi liputan mereka kepada rakyat khususnya di Selangor.
Reply
Salam semua….
Semua yang terjadi atas kuasa Allah. Jangan menuding tangan kepada sesiapa. Takut orang yang menuding itu apa bila berkuasa lebih rakus daraipada orang yang dituding.
Fikir-fikirkanlah….
Reply
Geng Muda Reply:
December 7th, 2008 at 7:53 pm
Memang la apa yang terjadi kuasa Allah, tetapi Allah s.w.t menyuruh manusia untuk memakmurkan alam, bukan membuat kezaliman walaupun terhadap bukit-bukau… Perumahan mewah atas bukit ini dibuat serta diluluskan oleh siapa???? Tak kan MB baru…Mestilah Khir Toyo..En Atas Pagar, sepatutnya saudara/i mestilah mengupas isu ini dengan rasional, profesional dan kreatif. bukan terima bulat-bulat dari TV, radio dan akhbar. Siapa yang rakus pada pandangan encik???? Berani kerana benar, takut kerana memang dasar pengecut…Sapa makan cili, pandai-pandai la tanggung…
ORANG MUDA>>>>
Reply
anti Anwar Reply:
December 9th, 2008 at 11:32 am
you pon..tak perlu laa emotional sangat…rilek la… korang (PKR, PAS, DAP) memang sentimental dan dramatis laa……kekekekkee…lawak laa korang…mesti ramai yg amek jurusan sastera dulu…
comment i ttg post ni , anwar cakap semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh..saya nak tanye, ROH yg non muslim mcm mane?
Reply
parti bebas Reply:
December 9th, 2008 at 12:19 pm
Sebenarnya, pembeli pun salah juga. Sebelum beli, tak kan la tau & tak buat tinjauan dulu. Lagipun, buat rumah kat mana-mana lereng bukit pun memang bahaya. Pemaju dah sah2 la nak untung je. Orang yang approve semua benda ni pula, ada yang fikir poket sendiri. So sebagai pembeli kita pun kena bijak juga membuat pilihan
Reply
layman Reply:
December 9th, 2008 at 5:11 pm
Salam.
Saudara/i Atas pagar,
Dari komen anda di atas, seperti nak buat “cover-up” aje.
Reply
The landslide tragedy will be BN legacy. It will be another 100 days down the memory lane. The statements made by people in power will just stop the moment they left the tragic location. Only the families, their relatives and friends will remain to mourn and no amount of reflection will bring those perished to come back.
Greedy and irresponsible people continue to dominate the nation, after sometime all voices of conscience will diminish and the misinformed population will remain to be manipulated by the power that be.
Until some deep change has occurred in the public mind, hypocrisy remain as a powerful safeguard and humbug and decency will continue to be the subtle network of compromises.
Can this nation survive bigger disaster and more complex challenges ahead with the current people running the nation?
The nation is in a dire need of answers and solutions. Reality and illusion, democracy and privilege, or do we need to ask yet again in what century we are living in.
Selamat menyambut Aidil Adha!!!Kita tidak pernah memohon korban yang berlaku ini.
Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi.
Reply
TOO LATE TO HEED WHAT’S IN NEED
Whenever a tragedy strikes
The blame game will begin
With landslides too late to spiket
And authorities too drunk with ‘gin’
(C)Samuel Goh Kim Eng – 071208
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Sun. 7th Dec. 2008.
Reply
Condolences to the families of the victims.
Once again, we Malaysians have proven we do not learn from past tragedies. Greed, corruption and an indifferent attitude are the main ingredients of such similiar tragedies. Our disrespect for nature and the preservation of the environment is shameful. There is also no political will on the part of the federal and local government in tackling developments on hill slopes.
We only have ouselves to blame. Please do not blame God.
Reply
If it happens the first time, the act of God.
If it happens the second time, blame otheres.
If it happens the third time, blame UMNO.
Reply
Ketamakan materialistik punca utama bencana ini
Reply
kublai khan Reply:
December 9th, 2008 at 12:39 am
UMNO yang luluskan Projet perumahan tu dulu!! jadi salah UMNO lah!!
Reply
Bonda Jelita Reply:
December 10th, 2008 at 3:09 am
saya bersetuju. Oleh yg demikian, semua perlu melihat ini sebagai musibah. Bezanya hanyalah, kita perlu membayar harga pengajaran ini dgn nyawa.
Reply
kritis Reply:
December 14th, 2008 at 9:37 am
nak salahkan UMNO? bencana diluar keupayaan manusia untuk mengawalnya, takkan nak salah kan UMNO! kenapa lah sempit sangat fikiran tu? tak tahu nak beza kerosakkan yang sengaja n tidak disengajakan. jangan lah menggunakan isu yang tak relevan nak burukkan parti lain! nanti menampakkan betapa tidak matangnya pengkritik pembangkang.
jangan asyik menuding jari kepada kerajaan bila berlaku musibah! kalau awak sakit, nak salahkan UMNO? kalau awak kemalangan di jalan raya, nak salahkan UNMO? kan kerajaan UMNO yang luluskan semua projek jalan raya. so kalau awak mati nanti jangan nak salahkan UMNO pula! elok pergi ke luar negara, hah mati kat sana pun saya rasa kerajaan UMNO juga yang akan ambil bawa balik ke malaysia.
Reply
kung fu panda Reply:
December 14th, 2008 at 10:49 pm
Dimusin Haji Ini ramai orang UMNO nak mati diluar Negara (di Mekah) dan mereka tak minta pun UMNO bawa pulang Jenazah Mereka? kalau kerajaan UMNO bawa pulang jenazah itu fardu kifayah namanya soal fardu kifayah ini tak pernah di ungkit orang hanya u sahaja., Bang mati ini bersebab kalau sebabnya oleh UMNO itu hakikat, Kalau mati sakit sebab malamin itu kelemahan kakitangan Kerajaan UMNO kerana Malamin dapat masuk kenegara ini dan rakyat makan lalu jatuh sakit, Yes kalau memandu didalam tekanan hudup kadar ekonomi dan Tol jalan raya maka itu salah UMNO. Bang jika mati itu disebabkan kelemahan manusia itu salah manusia sebab manusia dilahirkan oleh allah diiringi oleh akal dan fikiran.marilah kita berdoa kehadrat allah semoga negara ini dijauhi oleh malapetaka dalam masa yang sama UMNO jangan cuba melahitkan petaka.
Reply
UCAPAN TAKZIAH KEPADA SEMUA MANGSA YANG TERLIBAT DI TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARA BANGSA. APAPUN YANG BERLAKU KITA RASA SIMPATI KEPADA SEMUA PIHAK YANG MENGHADAPI MUSIBAH BERKENAAN…GESAAN AGAR JANGAN MEMBINA BANGUNA DIKAWASAN YANG BERISIKO TINGGI MEMANG BETUL DAN TEPAT. KITA KENA TERIMA HAKIKATNYA. TAPI BANGUNAN YANG TERLIBAT BUKAN BANGUNAN YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN ATAU YANG BARU DIBINA DIKAWASAN BERISIKO SEPERTI YANG DINYATAKAN…BANGUNAN DAN KAWASAN YANG TERLIBAT MEMANG SUDAH SEKIAN LAMA DIBINA BAHKAN SUDAH BERTAHUN DAN BERPULUH TAHUN SUDAH DIDIAMI TETAPI BARU SEKARANG PULA DI GESA HENTIKAN MEMBINA BANGUNAN DI KAWASAN YANG BERISIKO TINGGI. TIDAKKAH TERFIKIR IANYA DUSAH SEKIAN LAMA, SEOLAH-OLAH KITA MELETAKKAN KELEMAHAN KEPADA PIHAK BERKUASA YANG BARU BERKUASA DITEMPAT ITU… ALHAMDULILLAH JIKA KITA SEDAR SEJAK DARI DAHULU LEBIH BAIK DARIPADA SUDAH TERANTUK BARU TENGADAH.
PERLU DINGATKAN JUGA BAHAWA BILA BERLAKU BENCANA SEUMPAMA INI PASTI ADA KESILAPAN BESAR DILAKUKAN SEBELUMNYA SEBAB ITU DALAM ISLAM SETIAP BENCANA SUDAH TENTU ATAS KEALPAAN MANUSIA DAN AKIBATNYA ALLAH SWT BERI PERINGATAN SEBAGAI BALA SUPAYA MANUSIA INGAT JANGAN MELANGGAR SEBARANG HUKUM ALAM YANG BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK ALLAH SWT… AKHIR SEKALI MINYAK SUDAH TURUN TAPI PENGUATKUASA TIDAK DIBUAT SETIAP KAWASAN PARLIMEN DAN DAERAH SUPAYA BARANG KEPERLUAN TURUN…
Reply
kritis Reply:
December 14th, 2008 at 9:38 am
setuju!
Reply
Saya salah seorang yang menetap di Kondominium Puncak Athenaeum Bukit Antarabangsa. Ingin saya perbetulkan kesilapan penulisan ini. Kematian hanyalah 4 orang sahaja dan bukan lah 10 orang. Salah seorang yang meninggal itu merupakan teman saya iaitu saiful khas.
Kejadian ini bukan lah berpunca daripada projek terbengkalai sepertimana yang digembar gemburkan oleh media, ia berpunca daripada mendapan tanah banglo itu sendiri kemudian mula lah hakisan tanah berlaku di kaki bukit lalu menyebabkan tanah di atas mulai runtuh.
Kes ini amat dikesali kerana pihak berkuasa tempatan tidak pernah memantau kawasan sekeliling. Mengapa saya nyatakan pihak berkuasa tempatan?. Pihak berkuasa tempatan telah pun sedia maklum akan berlakunya hakisan tanah bukan di tapak kejadian, sebaliknya jalan masuk utama, akan tetapi pihak berkuasa tempatan tidak pernah memantau kawasan sekeliling sedangkan mereka sedar kawasan tersebut amat berbahaya. Justeru itu saya sarankan agar pihak berkuasa atau kerajaan negeri dapat memantau dengan sepenuhnya akan hal ini. Lakukan kajian terhadap keseluruhan tanah tinggi di sekitar kawasan tersebut setiap masa tanpa menunggu laporan yang dibuat oleh penduduk.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada keseluruhan warga kerja tidak kira daripada parti pembangkang mahupun parti Kerajaan di atas kerja-kerja menyelamat dan mencari mangsa yang tertimbus. Kerjasama yang diberikan amat berjaya sehinggakan saya tidak melihat parti-parti politik yang menempatkan bendera masing-masing, akan tetapi saya melihat ia nya satu pasukan yang terdiri daripada warga negara MALAYSIA!
Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga teman saya iaitu Datuk Shahrudin atas pemergian Allahyarham Saiful Khas dan juga takziah buat keluarga lain yang kehilangan sanak saudara yang tercinta. Tragedi ini amat sedih dan di harap perkara ini dijadikan iktibar kepada semua pemaju, pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan juga pemimpin agar lebih berhati-hati mendirikan projek di lereng-lereng bukit dan sebagainya.
Salam Takziah
Reply
Geng Muda Reply:
December 7th, 2008 at 7:59 pm
Apakah jawatankuasa penduduk di tempat ini tidak memaklumkan kepada kerajaan? Kalau maklumat berkaitan sesuatu projek itu dirahsiakan oleh kerajaan yang sebelumnya, bagaimana PR yang baru memerintah dapat menyelidiki semua ini? Apapun takziah kepada yang telah kembali. Semoga yang hidup ini dapat mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku untuk berani melakukan PERUBAHAN…
samada dari sudut fizikal mahupun mental….Insaflah wahai puak-puak ****……kita tunggu keputusan PRU K.Terengganu…
Reply
Anak Kuching Reply:
December 8th, 2008 at 1:06 pm
Memang tiada bendera parti tapi ada warong free dengan sepandok sumbangan ketua **** bahagian. itu apa cerita kalau nak beri sedekah tak payahlah nak sebut dari mana nampak sangat tak ikhlas!
Reply
Azfar Reply:
December 13th, 2008 at 6:40 pm
Siap masuk TV3 lagi…mmg nak pancing undi orang Kuala Terengganu….
Satu lagi Projek kerajaan Barisan Nasional!!!!!!
Reply
kritis Reply:
December 14th, 2008 at 9:46 am
anak kucing, kalau beri sumbangan tak publik risau pula pembangkang tuduh rasuah. salah kah nak publik? itu tandanya sebagai kesaksian umum. persoalannya kenapa hati awak tak ikhlas menerima berita tersebut? mungkin juga hati awak memang kotor sehingga menganggap setiap pemberian yang bersikap publik adalah tidak ikhlas?
Reply
May God Bless all victims! May God also bless all the irresponsible parties to sleep well at night!
To these irresponsible parties involved, I am sure you would still drive to work with your Mercedes or BMWs even if you take extra afford to promote safety. Please do not play with innocent lives anymore.
Uphold safety & not enrich your pocket alone
God, please bless them to have a conscious!
Reply
No need for Anwar to predict the fall of UMNO.
Malaysians will do the unfinished job for him…..by next election..that briberies will never work with us. We will finish them off…once and for all.
We have enough of their hypocracies and nonsense.
Highland Tower tragedy taught them nothing.
Why blame the developers…when it is the government approving all projects?
Why don’t Dollah spend time..checking out..which UMNO approve the project.
It boils down to previous MB of UMNO!!
If Dollah is so sincere..heads should roll….not blame this or that.
What can we say or do..to console he victim families………that have not been said?
Get rid of UMNO…you get rid of corruptions and ISA…so said RPK.
That’s why RPK was in ISA…..for telling the truths.
Reply
Saya tarik tajuk dibawah: Pasal rintihan Jamilkucing.
PANDANGAN HALIK ZAMAN:
Setelah saya habis membaca rintihan Jamilkucing dan netters yang tidak bersependapat dengannya. Saya cuma sekadar beri pendapat saya sahaja.
Semua perjuangan dan pengorbanan tidak semestinya kita mengharapkan balasan. Jika parti kita menang,kita akan dapat balasan tanpa dipinta. Balasan akan datang sendiri jika ada rezeki.
Sdr Anwar Ibrahim berjuang dalam PKR, kalau PKR menang dalam PRU memegang tampuk Kerajaan Pusat, mesti kah sdra Anwar Ibrahim berkata, “Saya tak nak apa apa jawatan, saya cuma mahu berjuang kerana rakyat sahaja macam Mahatma Ghandi?” Ada kah sdra Anwar berkata bila PKR jadi Kerajaan Pusat,”Saya tak nak apa apa peluang niaga dari Kerajaan,saya cuma berjuang untuk rakyat sahaja?”
Masalahnya sendiri boleh fikir maaaa, bagaimana sdra Anwar Ibrahim bisa hidup tanpa wang? Tanpa pekerjaan tanpa niaga? Beliau pun manusia biasa juga.
Bila PR menang PRU dan memegang pucuk pinpinan Kerajaan Pusat,tidak semestinya nelayan nelayan tidak perlu tangkap ikan, tidak semestinya petani petani tidak perlu bertani, bukan semua mesti mahu jadi Menteri.
Kerajaan PR akan buat perancangan,bantuan kepada nelayan dan bantuan kepada petani yang lebih besar dari Kerajaan BN berikan. Begitu juga lah seterusnya yang lain lain akan mendapat bantuan dari Kerajaan supaya rakyat dapat menghasilkan usaha usaha mereka yang boleh mengubah cara hidup lama kepada cara hidup baru yang lebih baik lagi.
Setiap perjuangan mesti mengharapkan balasannya, setiap pejuang dan setiap rakyat pengundi mesti ada harapannya, jika parti yang diundi itu menang.
Misalnya, pengundi terdiri dari usahawan, remaja,nelayan, patani dan peladang, mereka mengundi untuk perubahan masa depan mereka,ini juga dikira balasan Kerajaan yang dipilih oleh pengundi. Kalau undi cuma ganti Kerajaan sahaja, tidak ada membawa perubahan untuk rakyat, harapan rakyat yang mengundi itu hampa, kerana tidak ada apa apa balasan dari Kerajaan yang baru dipilih. Sama lah juga mengundi UMNO. Rakyat tidak ada apa apa, yang kaya raya cuma pemimpin dan parti mereka sahaja.
ORANG LAMA DAN BARU DALAM PKR
***************************
Setakat untuk mengharapkan orang lama sahaja dalam PKR, ini bererti parti kita kekurangan tenaga. Orang lama dulu dalam PKR bukan lah terlalu ramai macam sekarang ini, kalau mengharapkan orang lama sahaja mungkin tidak cukup untuk menawan sebuah Kerajaan Negeri. Orang lama dan orang baru mesti lah berganding bahu berkerja untuk parti demi sebuah kemenangan.
Prihal mengampu, ini biasa lah berlaku dalam politik PKR,PAS,DAP dan UMNO. Perkara sebegini bukannya baru berlaku, ia sudah lama segar dalam politik Malaysia.
Mengampu atau ‘angkat kaki’ ini tidak semestinya orang baru sahaja yang lakukan, orang lama pun tidak kurang lakukannya. Perkara ini adalah personal. Perkara biasa.
Kita dalam sesebuah organisasi yang besar, kita kena lah berfikir, pemimpin cuma ada dua mata, pejuang pejuang politik beribu mata, kadang kadang pemimpin kita overlook terhadap perjuangan kita dalam politik, kita perlu bersabar. Pemimpin juga perlu ambil kira pengorbanan seseorang pejuang, jangan sampai kata orang “Lalu jambatan tongkat dibuang”.
Saya bersetuju dengan Jamilkucing, setiap perjuangan dan pengorbanan dalam politik, bila parti kita menang, bukan sahaja pejuang tapi pengundi pun mahu balasannya. Kalau terus menerus berjuang dan berkorban tanpa ada harapan, apa mau makan maaaaa.
HZ
Reply
Hamba Allah Reply:
December 8th, 2008 at 6:43 am
“Ada kah sdra Anwar berkata bila PKR jadi Kerajaan Pusat,”Saya tak nak apa apa peluang niaga dari Kerajaan,saya cuma berjuang untuk rakyat sahaja?”
Masalahnya sendiri boleh fikir maaaa, bagaimana sdra Anwar Ibrahim bisa hidup tanpa wang? Tanpa pekerjaan tanpa niaga? Beliau pun manusia biasa juga.”
PM dan ahli kabinet, MB, ahli exco, semua wakil rakyat bukannya bekerja percuma. Ada gaji elaun tu. Ni apa pulak cerita nak kena masuk bisnes pulak ni? Heheh.
Reply
Halik Zaman Reply:
December 8th, 2008 at 2:16 pm
Sdr Hamba Allah
Maksud saya, kalau Sdr Anwar berjuang dalam politik, tidak kah dia juga mengharapkan jawatan kalau parti itu dah menang dalam PRU?
Maksud saya yang kedua, kalau Sdr Anwar tidak mahu sebarang jawatan, tidak kah dia mengharapkan bisnez dari PR untuk hidup dengan mengikut prosedur?
HZ
Reply
Prevention is better than cure. While I note the good intentions by the new ruling Selangor government, may I know what measures has been taken for those houses or apartments/condos that has already been build and going to be approved by the municipal council such as MPAJ? My question is whether the bad condition was discussed & transferred???
I have a concern because the apartment I bought shows cracks all over. It’s at Block B, Pandan Perdana Lake View Apartment, K.L. I have written to MPAJ, Land Exco & my constituent YB to ask the safety condition of this building but to date, no answers has been given.
I have proof of letters & emails from MPAJ copied to the Yang Dipertua Dato Mohammad Yacob to show that at initial stage, MPAJ hold the developer responsible and then later confirms the other as the management has been transferred from the developer owned management team to a new entity.
One thing is confirmed by MPAJ – Jika ia melibatkan struktur bangunan tiada tempoh kecacatan.
Now that’s the question I am asking!
If the structure is Ok, then it is safe for me to occupy and as such, if the building collapses one day, we know who to send the bill to!
I hope you can agree prevention is better than cure! We should have programs to check the living ones instead of praying for the lost ones.
We should have MPAJ who are at tax payers cost to have preventive measures!!! A responsible body to protect the people!!!
It’s time for all of us to remember what is the price the society will pay when we have irresponsible developers along with a group of complacent Corporate Governance Officers around!!!
Reply
Ucapan Takziah kepada mangsa kejadian tanah runtuh, banyakan bersabar ini semua ujian dari Allah swt. Tak apalah YB Azmin Ali walaupun tuan tiada dalam TV tetapi rakyat dapat lihat
tuan ada disana bersama-sama rakyat tuan .
Reply
Saudara Anwar, the current landslide in Bkt Antarabangsa is caused by “greedy” property developers. I remember when oil, steel and cement prices were at record highs early this year, most developers raised their property selling prices, with excuse of high construction cost due to high global oil, steel and cement prices. But now, oil prices has dropped 67% from its highs, steel prices has dropped 60-70% (depending on types) from its highs, but those “greedy” developers still continue to sell property at those old record oil, steel, cement prices. This is pure greedy!
YB, please raise this up in parliment, as we rakyat are suffering to make ends meet, and it is unfair for “greedy” developers to squeeze the rakyat for big profits. Housing is a basic necessity of life, and “greedy” developers should not take advantage of it.
HIDUP ANWAR! HIDUP PKR! HIDUP PAKATAN RAKYAT!
Reply
selamat hariraya aidiladha mafkan lah semua insan,supaya semua amal yang baik di terima oleh allah swt,dunia sementara akhitlah yang kekal selama-lama nya
Reply
Di Malaysia, semua isu dipolitikkan. Lihat blog ini, kejadian trajedi/kemalangan/anak berak sembelit, semua salah kerajaan. Esok PR jadi kerajaan, baru kau tau. Sekarang kerajaan DAP dah nampak,macam-macam kelemahan. Itu masalah dengan semua kerajaan sekuar. PAS sahaja yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan. Dulu bila PAS berkempen “Undi PAS Masuk Syurga”, sapa yang paling lantang mengkritik jika bukan pakar retorik dunia, AI. Hari ini terpaksa melutut kat DS Hadi Awang. Terpaksa jilat muntah sendiri.
Reply
guni setahil Reply:
December 14th, 2008 at 10:59 pm
Anak sembelit kerana UMNO lah , harga susu mahal jadi rakyat beli susu murah maka anak sembelit lah, bukan kah itu salah UMNO.
Reply
Salam..
pada pandangan saya, SIKAP yang menjadi PUNCA tragedi ini berlaku..selain sikap tamak pemaju yang nyata hanya ingin mengaut keuntungan dengan menghalalkan apa cara sekalipun..SIKAP pekerja2 mahupun pegawai2 yang bertugas di jabatan2 pihak berkuasa tempatan amatlah dikesali apabila tidak mengendahkan aduan penduduk tentang petanda2 di sekitar kawasan beberapa minggu sebelum kejadian. Sikap MALAS untuk menyiasat aduan secara terperinci, walaupun nampak remeh dan hanyalah perkara kecil, tapi mungkin nyawa2 yang terkorban dapat diselamatkan andai mereka tidak mempunyai buday a kerja yang tidak sihat ini ..entahlah..mungkin bebanan kerja mereka berat sehingga aduan2 seperti ini tidak mampu dilayan..namun perkara yang sudah berlaku..setiap dari kita haruslah mengambil iktibar kerna yang pergi takkan kembali dengan kita saling menunding jari..sebaiknya..kita muhasabah diri kembali..tentang sikap kita dalam bekerja..terutama bagi jawatan2 yang memberi khidmat kepada msykt umum..siapa tahu..esk lusa kita pula dpersalahkan andai sesuatu kejadian tidak diingini berlaku..marilah kita cermin diri..betulkan sikap..contohi ‘work culture’ negara-negara maju..iAllah..negara kita terus sejahtera..tiada guna juga andai nanti bila kerajaan
bertukar ganti..tapi sikap di dalam kerja sama sahaja..maka..tiadalah gunanya…wallahu’alam
Reply
Ucapan takziah kpd mangsa tanah runtuh. Semoga hidup anda akan bertambah baik di masa mendatang. Kepada pemaju hartanah di Malaysia… sudah-sudahlah… Anda sudah mengambil untung. Pulangkanlah sedikit kepada mangsa-mangsa. Jika bukan wang ringgit, perbaikilah kesilapan anda tanpa banyak karenah. Kepada yang baru hendak membina, fikirkanlah… ini Malaysia, bukan Greece, bukan Italy, bukan US, bukan Hong Kong dll. Buatlah bangunan yang sesuai untuk Malaysia. Carilah tanah yang lebih kukuh.
Kadang-kadang kita hendak merasa syurga dunia, kita lupa nyawa hanya sekali lalu kita cabar sempadan ini. Manusia memang berani tetapi bila berlaku tragedi, tak guna menyesal lagi.
Reply
rakyat x bodoh. dulu umno cakap menang pru12 minyak xkan naik. tapi pe jadi? sejarah kenaikan harga minyak tertinggi yang pernah terjadi kat msia. 78 sen! dulu mahathir cakap, xkan ada lagi projek di kwasan berisiko tanah runtuh seperti highland tower, skrg pe dah jadi? bukan melayu mudah lupa beb! UMNO la mudah lupa!! dulu kata media bebas dan xdisekat, skrg apa dah jadi? YB azmin napa xmuncul tv? memangla yb azmin xmintak pon masuk tv, tapi yg kepala botak dua org 2 xsabar2 nak tunjuk muka kat tv! hentikan projek lereng bukit konon. nak tgk kat youtube yang u pernah cakap ayat yang sama beberapa tahun dulu??? mahathir pon penah cakap ayat yang sama. so kenapa masih ada tragedi??
Reply
Assalamualaikum.Selamat Hari Raya Aidil Adha..Takziah kepada keluarga yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh..Ini bukanlah masanya untuk kita menuding jari pada sesiapa..Jadikan iktibar…Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa..apa yang terjadi jadikan suatu peringatan..tak kira la sama ada kita ni pemimpin yang diberi kuasa atau rakyat jelata..kita semua manusia..tetap kerdil di sisi Allah..usahlah bongkak dan takbur..sesiapa jua yang melakukan kebinasaan akan menerima kebinasaan..
Reply
Bak kata pepatah melayu “Bila dah terantuk baru nak terngadah”
pemaju x kan buat rumah di kawasan lereng bukit jika tiada permintaan tinggi dari pembeli. pada pendapat saya, salah utama terletak di bahu pembeli rumah. masa nak beli x nak pk tapi bile tanah runtuh mula salahkan pemaju, pemimpin, jkr, jkkk. Kenapa x beli rumah yg tidak terletak di kawasan bukit. Byk lagi kawasan perumahan bersepah-sepah kat area situ, tp nak jugak duduk kat atas bukit tu kan. Lepas tu siap buat tabung kutipan derma lagi untuk mangsa tanah runtuh kt situ yang dah tentu2 la org kaye kan… 10b iji rumah po diorang boleh beli. baik aku derma kat tabung bersamamu tv3 lagi pekdah.
Reply
kritis Reply:
December 14th, 2008 at 9:55 am
saya pun setuju, sebab kalau tak silap, media ada memaparkan mangsa-mangsa yang terlibat tu,buat masa ni semua duduk di hotel. so, lagi elok bantuan tu dihulurkan kepada mangsa banjir di kawasan lain!
Reply
salam
saya adalah antara penghuni di athenaeum bukita antarabgsa, sangat bersimpati dgn kejaidan yang berlaku dan melihat perkebangan semasa dalm menangani isu tanah runtuh ini mcm kelakar pulak, kalu nak elakkan kejaid begini, seeloknya ada badan khas yang dapat MENGNALPASTI lokasi lokasi atau kediaman yang berisiko tinggi , tak kiralah atas masalah tapak tanah runtuh ke, atau ditimpa tanah runtuh. kemudian keluarkan notis yang berpatutan.
rumah teres yang terbengkalai dah runtuh itu memnag tunggu masa je nak runtuh..tapi takde org nk check pun. kelakar la. projek projek yg akan datang ni takyah le pening pening lagi.. tapi yang sedia ada ni perlu diambil perhatian, kenalpasti lokasi yang sakit. mcm athenaeum , saya pun tak tahu apa statusnya…
Reply
sory bnyak typo salah/ nk cepat- :)
Reply
ASSALAMUALAIKUM>>>>>> pada pandangan saya k.terengganu bukan tempat untuk mengatakan bahawa BN akan mengekalkan kerusinya di sama.Cuba anda teliti setiap adanya pilihanraya BN akan mengatakan kita akan menang ……rakyat dah muak dengan kata2 itu.cuba bagi satu perkataan untuk kami generasi baru seperti kami…kami perlukan harapan baru …..bukan janji baru …..tidak salahlah kalau kami memilih haluan baru untuk kami harapkan .cubalah berubah wahai pemimpin yg tidak sedar2.2008 telah menbuktikan majoriti undi 600 lebih sahaja dengan PAS ,sempat lagi kamu yakin dgn kemenangan di k.terengganu nanti sedarlah wahai pemimpin ,takkan selepas kalah baru nak cakap itu undi PROTES>>>cukup 85 parlimen di protes oleh rakyat kerajaan akan bertukar……………saya sebagai anak jati terengganu mengalu-alukan pengundi terengganu memprotes undi di k.terengganu matanglah seperti P.Pauh..insyaallah……
Reply
Salam…dalam keadaan sekarang, jgnlah menunding jari kpd sesiapa. Memadailah menlihat tragedi ini sebagai satu kesilapan manusia dan sama-samalah bangun memperbaiki keadaan. Negara dan bangsa akan lemah apabila kita sentiasa mencari kesilapan org lain. Semua pihak bersalah dlm hal ini. Kerajaan tempatan gagal melaksanakan amanah rakyat..manakala rakyat pula begitu taksub utk mencari keselsesaan..hingga menidakkan keselamatan diri. Jika tiada penawaran..tiadalah permintaan. Begitu jugalah demikiannya dlm hal ini…semua pihak bertanggungjawab. Justeru itu, kita sama-sama perbaiki kesilapan ini.
Reply
Wahai penduduk Bukit Antarabangsa sekelian, kamu semua sedang diuji. Jika kamu lulus ujian ini, kamu termasuk umat yang beruntung. Jika kamu gagal, rugilah kamu dunia dan akhirat. Allah s.w.t berkuasa mengambil nyawa dan harta mu bila-bila masa saja. Hidup inikan pinjaman saja. Insaflah dan renungkanlah.
Reply
Kpd SEMUA RAKYAT SELANGOR/WILAYAH…
KAMI UCAP TAKZIAH KPD SEMUA KELUARGA MANGSA TRAGEDI LANDSLIDE DI BKT ANTARABANGSA!
INILAH AKIBAT MEMBERI KUASA KELULUSAN KPD MPAJ MAUPON DEWAN BANDARAYA!
LITTLE NAPOLEAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN DGN SENANG MEMBERI KELULUSAN KPD PEMAJU
MEMBINA PERUMAHAN DI KAWASAN BUKIT DI SELANGOR/KL!
DI SELANGOR,PENYANGAK PALING BESAR SEBELUM PRU 2008 IALAH SI KHIR TOYO!
BERATUS PROJEK DI KWSAN BUKIT DIBERI KELULUSAN!HARAMJADAH SEMUA INI TERMASUK LITTLE
NAPOLEAN PEDULI APA DGN PENDUDUK2 DI KAWASAN BUKIT YG SEDIA ADA,KALAU MAU BINA
PROJEK ATAS BUKIT, SEDIA SAJA DUIT KOPI….LAKHNATULLAH PENYANGAK2 INI!
SEBELUM BERLAKU LANDSLIDE YG TERBARU INI, DIPAHAMKAN PENDUDUK BKT ANTARABANGSA(BA)
TELAH BERITAHU MPAJ MENGENAI TANDA2 LANDSLIDE AKAN BERLAKU..MEREKA REPORT POKOK2 YG
TUMBANG BUT MPAJ TIDAK AMBIL TINDAKAN!
HOUSING DEVELOPMENT TIDAK DIBENARKAN DI KAWASAN BUKIT YG CURAMNYA 25 DEGREE KE ATAS!
TAPI KHIR TOYO DGN DISOKONG OLEH MPAJ BERDEGIL MELULUSKAN PROJEK2 DI KWSAN BUKIT.
SEBAB APA…WANG HARAM SUDAH MASUK POKET KHIRTOYO & PEGAWAI2 MPAJ!
APABILA KERAJAAN BARU SELANGOR DITERAJUI PR(TAN SRI KHALID)MEMBENTUK KERAJAAN,
LANGKAH PERTAMA DIAMBIL MEREKA IALAH MENOLAK SEGALA PERMOHONAN PROJEK ATAS
BUKIT2 CLASS 3 & CLASS 4!THIS TO PRESERVE ENVIRONMENT SENSITIVE AREAS & MENGHALANG
HAKISAN TANAH!
PERATURAN INI SUDAH LAMA TERMAKTUB PADA TOTAL PLANNING GUIDELINES 1997
DI BAWAH FEDERAL TOWN & COUNTRY PLANNING DEPT!
ADAKAH SI KHIRTOYO SGT BAHALOL ATAU SENGAJA MENGINGKARI PERATURAN TERSEBUT??
OLEH ITU RAKYAT TERBANYAK MENGUCAP SYABAS & TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
KINI KERANA ENFORCE POLICY MENGHARAMKAN PROJEK PERUMAHAHAN DI ATAS &
SEKITAR KAWASAN BUKIT!
WALAUPON PIHAK PEMAJU MENGGERTAK AKAN SUE KERAJAAN SELANGOR SEBANYAK BERATUS MILLION
DISEBABKAN PENGHARAMAN TERSEBUT, SYABAS KPD KERAJAAN NEGERI KERANA MEMPUNYAI SIKAP
“KESELAMATAN RAKYAT LAGI PENTING DRP TUNDUK KPD PEMAJU PERUMAHAN YG TAMAK HALOBA!
KAMI MENDESAK KERAJAAN FEDERAL PIMPINAN PAK LAH & KERAJAAN NEGERI SELANGOR
MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS MB YG MEMBERI KELULUSAN PROJEK2 TERSEBUT DAN PEGAWAI2 MPAJ
YG CUAI & KORUP!
KALAU DI CHINA, SEKIRANYA MEREKA INI DIDAPATI SALAH..HUKUMANNYA
TEMBAK!
Reply
Peristiwa Tanah Runtuh
Pihak media tidak sedikit pun menemuramah atau mengambil kira percakapan MB Selangor.
Seolah-olah Selangor tiada tuan, gila punya media massa.
Apa yang keluar setiap hari Ketua Polis Negeri yang cukup menyampah, kaki betina, rasuah dll.
Ini mungkin nak tunjuk kerajinannya untuk tolak peristiwa jelek polis tu.
Apa salahnya ambil maklumat dari MB tu. Bukan bekas MB TOYOL kaki sapu tu. Ini MB yang ada kelibar cuma pemberita baik TV atau surat khabar yang tidak gunakan dia.
Pemberita tololllllll…
Reply
Assalammualaikum w.b.t & Salam AidilAdha,
Sudah masuk hari ke 5 tragedi ngeri di Bukit Antarabangsa dan hari ke 3 AidilAdha. Kupasan demi kupasan diluahkan. Pelbagai cerdik-pandai dari unversiti serta pakar-pakar tampil memberikan komen berkaitan Tanah Runtuh. Dari kejadian Highland Tower sehingga ke perumahan Bukit Antarabangsa. Takziah diucapkan.
Allah s.w.t telah menjadikan muka bumi ciptaannya berbukit-bukau, bergunung-ganang. Ada pula dihiasi tumbuh-tumbuhan, binatang, sungai-sungai dipenuhi air jernih dan pelbagai lagi. Allah, sungguh cantik sekali. bila Nabi Adam a.s diturunkan sehinggalah manusia zaman 2008 ini menetap dimuka bumi Allah. Sebagai umat Islam dipertanggungjawapkan menjaga keindahan alam semula jadi ciptaan Allah. Kita marah apabila anak-anak kita membinasakan binatang. Sanggup berbelanja besar menjaga seekor kucing siap tempat tidurnya, makanannya mahal tidak mengapa. Tetapi kita tidak marah jika bukit dan gunung ditarah, digondolkan sehingga tiada lagi udara segar. Manusia tidak pernah puas dan manusia tidak pernah kenal keinsafan di dalam dirinya.
Sedarkah kita, segala mala-petaka yg diturunkan adalah kemarahan Allah s.w.t terhadap manusia yg zalim terhadap bumi yg diberikan pinjaman sementara. Semua ghairah, kabur mata, ditutupkan hati, tidak peduli kata-kata ulama, Mufti, menolak hukum-hakam Islam tanpa disedari oleh setiap umat Islam. Tidak pernah yg cukup sehinggalah Allah berikan sedikit kesedaraan itu Allah, susah nak terima. Salahkan orang itu, orang ini. Orang kafir juga yang menang. Seperti menag sorak, kampung tergadai.
Allah berikan kemewahan, tetapi kemewahan yg diberikan secara percuma oleh Allah dizalimi denga nmembuat maksiat, zina, bunuh-membunuh, dan pelbagai lagi. Bermegah-megah, taqabur dengan apa yg diberikan oleh Allah. Ibarat tidak pernah bersyukur. Bila orang Agama bercakap itu Haram, tidak diendahkan, tidak peduli, sampai kedengaran ulama PAS lah, ulama kampung lah. Lagilah murka Allah s.w.t.
Ingalah bukit dan gunung adalah paksi bumi. Allah jadi bukit dan gunung bagi mengimbangi keadaan bumi, bukan diruntuhkan. Allah lagi pandai dari kita semua. Inilah bila kuasa mendahului perintah Allah s.w.t yg lebih berkuasa.
Renung-renungkan……
Reply
Kalau tiada penagih, tiada juga pengedar dadah, kalau tiada pasaran, pemaju pun tak akan buat rumah di Bukit Antarabangsa. Pembeli rumah Bukit Antarabangsa wajar dilabel bodoh kerana tidak manjadikan peristiwa 15 tahun lalu sebagai pengajaran.
Reply
kritis Reply:
December 14th, 2008 at 10:09 am
itu pun ada kebenarannya! tapi takkan nak katakan mereka itu bodoh? kalau engineer perumahan yang kata kawasan tu dah dibaikpulih struktur tanahnya, maka mereka pun konfiden jugak nak beli.
Tapi apa yang tersirat, kejadian ini berpunca dari kelalaian penghuninya terhadap tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan.
mungkin mereka lupa tanggungjawak kepada Tuhan dan manusia yang memerlukan bantuan? atau mungkin mereka pernah membuat penghinaan terhadap orang yang tidak berkemampuan? atau lebih parah lagi, mungkin mereka pernah mencabar kekuasaan Allah dengan kekayaan yang mereka perolehi dan bersikap takbur?
daripada Nya (Tuhan) kita datang dan kepada Nya kita kembali!
Reply
kung fu panda Reply:
December 14th, 2008 at 10:54 pm
Sebenarnya manusia tidak pernah belajar dari kesilapan, oleh itu kita perlu saling ingat dan tegur sesama manusia supaya sebab itu perlu ada penbangkan yang kuat untuk sedarkan yang lena dengan bantal kuasa.
Reply
moderation taking TOO long…TAKUT SIAR??
Reply
MAYBE 2 x 5>>>>>PRU akan datang KITA HAPUSKAN……
Reply
aku pernah kerja ngan dia..memang pandai cakap je..berapi-api,tapi kerja tak pandai,otak kat lutut
Reply
Tak perlu nak salahkan sesiapa, skrg PR dah berkuasa di Selangor, banyak perkara yg PR boleh buat untuk menambahbaik perkara yang ada. Tak perlu nak salahkan org sebelumnye.
Reply
Get ready for lolipop in the next by-election by UMNO and BN Regime.
Reply
Hai..bila aku komen, kena band pulak tulisan aku. Bloger ni pun tak boleh pakai juga. Ceh….!
Reply
don’t blame the local council…don’t blame any politician… don’t blame rescue workers…don’t blame others… BLAME YOURSELVES!!! sorry, have to tell you these..
there will be no hillslope development if there is no demand from house buyers. Even in Quran / hadith have stated, avoid living in house located among others at hillslope.
Bukit Antarabangsa’s folks are mostly educated & many are rich. You should be able to think. Live elsewhere….
Forgive me for my words..
Reply
Assalamualaikum,
untuk komen saya di blog ini, cukup lah semua mengenali diri saya sebagai salah seorang resident di Kyoto Garden, Bukit Antarabangsa.
untuk pengetahuan semua, hati saya still bersama pakatan rakyat.
pada hari sabtu, hari kejadian tanah runtuh, seawal 11 pagi putri umno cawangan ampang telah membuka relief centre di kyoto garden, quite impressive for a girl to show up di kawasan yg terkandas dimana mereka sanggup meredah kawasan hutan antara bukit utama dengan aterium datang memberikan bantuan.
hati tertanya, di mana orang azmin ali? ADUN bukit antarabangsa punye orang? sampai lah terpaksa saya membuat beberapa panggilan agar kelihatan orang PKR memberikan bantuan, yg hadir lewat petang hari sabtu.
dari apa yg saya perhatikan, kurang bantuan yg dihulurkan dan lebih kepada “YB melawat kawasan” daripada orang PKR yg datang.
akhir kata, jelas kelihatan puteri dan pemuda umno cuba memenangi kembali hati para pengundi dan PKR rasa cukup selesa dengan keadaan sekarang.
sekian, wassalam
Reply
bersabarlah…
ini adalah dugaan drp Allah untuk kita semua. ada hikmah disebaliknya…
semoga Allah mencucuri ke atas roh mereka yang terkorban.
Amin…..
Reply