Archive for December 7th, 2008

7 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Wanita KeAdilan telah melakukan usaha bantuan di tapak tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Keperluan segera di pusat bantuan ialah:

1) Generator

2) lilin

3) pembuka tin

4) air mineral

5) thermosflasks

Sila hubungi exco wanita KeAdilan Pn Salmah Ismail  019 243 6573

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

7 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

KUALA LUMPUR: About 3,000 residents of four areas in Bukit Antarabangsa have been ordered to move immediately as they are in landslide-danger areas.

However, many of the residents are refusing to move.

(more…)

7 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu ditetapkan pada 6 Januari ini dan pengundian pula pada 17 Januari, dengan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

“Penetapan tarikh ini dilakukan dengan mengambil kira dan meneliti pandangan pelbagai pihak, termasuk ramalan Jabatan Kajicuaca yang mengatakan Terengganu akan berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam masa terdekat,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

(more…)

7 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Pengorbanan memerlukan keteguhan dan ketulusan hati. Puncak kepada keikhlasan dan makna dari ketakwaan itu terdapat di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. Surah As-Saaffaat ayat 102

Kedua-duanya tanpa ragu menjalankan perintah Allah S.W.T:

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).- Surah As- Saaffaat ayat 103

Saya pernah berkongsi dengan para pembaca betapa penting untuk kita menyingkap makna dan pengajaran dari peristiwa qurban yang melibatkan Nabi Ibrahim a.s. dan putera baginda Nabi Ismail a.s. Yang terserlah adalah nilai taqwa, hasrat mempertahankan hak dan menolak kebatilan.Pada masa sama jangan kita alpa untuk terus berjuang mengangkat martabat umat dan membela nasib rakyat.

Kesungguhan tanpa kenal erti penat dan lelah merupakan ciri para pejuang penegak Keadilan. Perjuangan untuk memastikan Perubahan di negara ini menuntut kesungguhan dari pendokong kebenaran. Moga kemenangan tiba jua akhirnya:

Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya)- Surah As-Saaffaat 116

Saya mengucapkan Salam Eidul Adha minal adin walfaizin walmaqbulin kepada seluruh umat Islam.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Walillahil hamd.

ANWAR IBRAHIM

7 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

I refer to the article written by Deborah Loh alleging that Parti Keadilan Rakyat is “misrepresenting” the Federal Constitution in calling for a restoration of the right of the Agung to send proposed legislation back to Parliament. Deborah’s piece appears to be based on that written by Elisabeth Looi quoting Datuk Seri Wan Azizah at the recent PKR Congress in Shah Alam over the weekend.

Datuk Seri Wan Azizah did NOT at any time say that PKR wanted an absolute veto power for the Agung i.e a position where the Agung could irrevocably reject any proposed legislation. When she said that PKR wanted to restore the Constitution to its pre-amendment position, it was clear that this was a return to the original position where the Agung could reject and send legislation back to Parliament once. This was the “veto” she spoke of.

If Parliament then decided to send it back to the Agung, either in its original form or amended, this was final and the Agung would have to assent to it. This was necessary to maintain the principle of the supremacy of Parliament.

Datuk Seri Anwar Ibrahim repeated this position in his press conference in Parliament on Tuesday afternoon.

The allegation of PKR “misrepresenting” the Federal Constitution cannot therefore arise. It is unfortunate that such a conclusion may have been drawn because of your writers not being fully aware of what was the original position in the Constitution before the 1993 amendments took place.

It would appear from Deborah’s article that the views of Prof Shad Faruqi are a response to an erroneous representation made to him that PKR was suggesting giving the Agong a power of absolute veto over legislation.

We hope that this clarification will set matters straight and further misrepresentation avoided.

Sivarasa Rasiah
Vice President
Parti Keadilan Rakyat

7 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke udara dalam temubual bersama Riz Khan di saluran AlIJazeera seperti butiran di bawah:

8 Disember 2330 GMT = jam 730 pagi waktu Malaysia,9 Disember
9 Disember 0030 GMT = jam 830 pagi waktu Malaysia,9 Disember
9 Disember 0530 GMT = jam 130 petang waktu Malaysia,9 Disember

Selamat menonton.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

7 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya terkejut dengan khabar berita tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa awal pagi tadi. Sepanjang ingatan saya, ini tragedi kali ketiga selepas rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan juga di Ukay Views beberapa tahun yang lalu.

Hal yg diprihatinkan ialah samada kecuaian yang dikenalpasti dalam bencana Highland Towers berulang. Arahan baru agar dihentikan semua projek pembangunan dilereng bukit bukan perkara baru. Kekhuatiran kita ialah seandainya ketamakan mengatasi kewarasan, nyawa dan harta menjadi kurban.

Isunya bukan sekadar pembangunan dilereng bukit, tetapi kelulusan yang mengenepikan pertimbangan keselamatan dan persekitaran.

Ucapan takziah saya rakamkan atas pemergian empat orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka dan mempermudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan usaha mencari dan menyelamat.

ANWAR IBRAHIM