06
Dec
08

Kuliah Umum Di Universitas Indonesia

Semalam saya diundang menyampaikan Kuliah Umum di Universitas Indonesia (UI) di Depok, Jawa Barat dihadapan lebih 200 orang mahasiswa UI, juga para peserta seminar Asian Renaissance dari lima buah negara ASEAN.

Saya mulakan dengan kupasan akan peri pentingnya pemerkasaan rakyat melalui wacana terbuka yang berteraskan kekuatan dan kelazatan ilmu. Dalam membangun sesuatu tamadun, saya memetik ungkapan keramat Pak Natsir yakni “Jangan kita ghairah untuk membangun sambil merobohkan”.

Menyentuh perihal pengurusan ekonomi, saya tegaskan bahawa institusi pemerintah seharusnya efisien seandainya mereka benar-benar mahu berubah dan semestinya punyai kesedaran dan bukan sekadar terus berada dalam sindrom penafian (state of denial). Kita seharusnya menerima kelemahan dan perlu terus gigih memperbaikinya.

Apa yang pasti, kalangan muda perlu memiliki keinsafan dan mengakui bahawa krisis ekonomi global tidak mampu dibendung tanpa tindakan internal yg mantap. Saranan saya, kita harus mulai memikirkan kemungkinan untuk mengasaskan satu sistem kewangan yang lebih kuat dan kukuh. Sistem ekonomi pasaran bebas yang diamalkan hari ini seharusnya didukung oleh prinsip undang-undang hukum (rule of law) dan prinsip keadilan sejagat.

Tegas saya di akhir kuliah, bicara tentang nahdah Asia perlulah dimulai dengan proses pemerkasaan diri serta kesanggupan kita untuk melakukan perubahan.

ANWAR IBRAHIM


15 Responses to “Kuliah Umum Di Universitas Indonesia”


  1. 1 adikariff8 Dec 6th, 2008 at 6:50 pm

    ye aku 1st!!
    hahahaha
    pak anwar bile nk dtg seremban
    hahaha

    Reply

  2. 2 Hau Dec 6th, 2008 at 8:58 pm

    Masalah ekonomi perlu ditangani dengan segera!!! DSAI, bila nak datang Temerloh lagi untuk memberi ceramah san perjumpaan?

    Reply

  3. 3 Hau Dec 6th, 2008 at 9:04 pm

    Masalah ekonomi mesti diberi keutamaan dan jangan mempermainkan politik lagi! Bila DSAI nak datang Temerloh lagi untuk membuat perjumpaan dan memeberi ceramah supaya pengaruh PR dapat diluaskan dan menawan negeri PAHANG!!!!

    Reply

    ANAK MALAYSIA Reply:

    kan parti PAS ada kat PAHANG……

    Reply

  4. 4 putra mat salleh Dec 6th, 2008 at 10:04 pm

    TAMADUN MALAYSIA MESTI DIMANTAPKAN.PARA PEMIMPIN YANG SEDAR DAN INSAF PERLU KE BARISAN HADAPAN. BUAT PERUBAHAN SECARA TOTAL. PROSAK MASYARAKAT DAN NEGARA WAJAR DINYAHKAN DARI MEDAN PERSADA KERANA MORAL DAN AKHLAK DENGAN KERAKUSAN TIDAK PERLU DIBERI TEMPAT. PENYEBAB RASUAH SEJAK 20 TAHUN LALU JANGAN DENGAR LETERANNYA YANG MEMANG TAK MERASA PUAS…INGAT, JANGAN TERPEDAYA KERANA GULA-GULA PEMBANGUNAN TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MERUNTUHKAN TAMADUN MALAYSIA YANG PERLU DIANGKAT MARTABATKAN KEPADA SISTEM KEADILAN…

    Reply

  5. 5 mamat Dec 7th, 2008 at 12:11 am

    Salam Dato’ Seri!! Teruskan tegakkan nasib rakyat…Kami dibawah tertunggu-tunggu perubahan Pakatan Rakyat. Jangan lupa pastikan ahli PKR dan para2 pemimpinnya bebas dari sogokan wang ringgit! Jgn contohi sikap parti yang zalim pada mandat rakyat.Doakan juga supaya pewaris PKR dikalangan mereka yang berkaliber untuk membawa parti ke arus kemajuan.

    Reply

  6. 6 sabahan Dec 7th, 2008 at 12:24 am

    Segala saranan Dato’Seri hanya membazir jika kita yg di bawah tidak bekerja merealisasikan apa yg kita harapkan bersama selama ini. Sama-sama kita muhasabah & perbetulkan diri,periksa & perbaiki kembali prinsip,penghayatan & pengamalan nilai-nilai,sifat mahmudah dan etika jua moral terpuji,samada kita amalkan apa-apa yg disebut tadi atau sebaliknya. Sama-sama kita bersihkan hati,kerna di sana letaknya kunci kita untuk mencapai kehidupan yg bahagia. Janji kemenangan dari Tuhan tidak akan bersama kita andai ciri-ciri & sifat yg diinginkan-Nya tidak ada pada kita.

    Teruskan Dato’Seri! Kami sentiasa menyokong anda,selama kebenaran masih bersama kita.
    Kita akan tetap ‘ LAWAN TETAP LAWAN’..

    Reply

  7. 7 feeqah Dec 7th, 2008 at 1:21 am

    yeah
    jia you! my mr anwar ibrahim

    ^_^

    moga dapat membuka minda lebih ramai pemuda pemudi seantero dunia

    Reply

  8. 8 CIKGU LEMAN Dec 7th, 2008 at 3:12 am

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia.

    Saya mengimpikan sebuah perubahan yang berlandaskan formula “Kesederhanaan”. Harapan saya semoga seluruh rakyat Malaysia juga mempunyai impian yang sama seperti saya.
    Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita tentang konsep “Wasitiah” yang bermaksud bersederhana dalam kehidupan.
    Wasitiah atau kesederhanaan merujuk kepada perbuatan, kaedah atau cara hidup yang tidak berlebihan, tidak pula terlalu kurang, tidak melampaui batas, tidak membazir, tidak pula terlalu kedekut, tidak bermewahan dan tidak pula terlalu daif. Hanya sederhana.
    Manusia yang waras memerlukan 7 asas keperluan iaitu makanan, tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan kebebasan.
    Sederhana adalah takat atau piawai yang paling efisyen bagi menyusun atur kehidupan manusia, terutamanya dari segi kebajikan dan ekonomi.
    Saya amat berharap pemimpin-pemimpin sekarang dan yang akan datang dapat memikirkan perkara ini bersama-sama. TERUSKAN PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT !! Terima Kasih.

    Reply

  9. 9 CIKGU LEMAN Dec 7th, 2008 at 3:16 am

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia.

    Saya mengimpikan sebuah perubahan yang berlandaskan formula “Kesederhanaan”. Harapan saya semoga seluruh rakyat Malaysia juga mempunyai impian yang sama seperti saya.
    Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita tentang konsep “Wasitiah” yang bermaksud bersederhana dalam kehidupan.
    Wasitiah atau kesederhanaan merujuk kepada perbuatan, kaedah atau cara hidup yang tidak berlebihan, tidak pula terlalu kurang, tidak melampaui batas, tidak membazir, tidak pula terlalu kedekut, tidak bermewahan dan tidak pula terlalu daif. Hanya sederhana.
    Manusia yang waras memerlukan 7 asas keperluan iaitu makanan, tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan kebebasan.
    Sederhana adalah takat atau piawai yang paling efisyen bagi menyusun atur kehidupan manusia, terutamanya dari segi kebajikan dan ekonomi.
    Saya amat berharap pemimpin-pemimpin sekarang dan yang akan datang dapat memikirkan perkara ini bersama-sama. TERUSKAN PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT !!

    Reply

  10. 10 ismail Dec 7th, 2008 at 6:55 am

    ASSALAMUALAIKUM DSAI,DTGNAA,SAUDARAKU SEISLAM DAN SALAMSEJAHTERA SAHABATKU RAKYAT MALAYSIA,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR!INSHAALLAH “HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA”AKAN TERCAPAI DAN SELAMAT MEYAMBUT AIDILADHA SEMOGA PEGORBANAN KITA SERTA DOA YANG TAK TERHINGGA KEPADA ALLAH TANPA MERASA JEMU SELAGI DIANUGRAHKAN NYAWA,ALHAMDULILLAH SEGALA KEZALIMAN TETAP AKAN DI SANGGAH!AMIN YA RABBAL ALAMIN.

    Reply

  11. 11 asadullah Dec 7th, 2008 at 5:02 pm

    Sememangnya idealisme mahasiswa Indonesia membawa kasus rakyat ke kompleks MPR/DPR-RI Jl. Gatot Subroto tepatnya di dewan rakyat tidak dapat dipunggiri lagi. Saya yang mempunyai sejumlah rakan mahasiswa Indonesia sewaktu kuliah dahulu dan sekarang ada diantara mereka telah menjadi salah seorang anggota dewan rakyat, ketika berjumpa, percakapan mereka, penampilan mereka, ideologi perjuangan mereka tidak pernah berubah. Tetap konsisten membawa satu agenda perubahan.

    Ada yang kini menduduki kerusi paling tinggi di dewan rakyat, tetapi mampu tidur di kasur berbau dan berhabuk rumah sahabatnya nun jauh dihujung sebuah kecematan. Ada pula yang menaiki vespa lama, kenangan waktu kuliah dahulu memasuki perkarangan parlimen. Kalau naik bis (bas) ke parlimen itu sudah lumrah waktu awal2 menjadi anggota dewan. Mereka ini, walaupun sederhana, tetapi tetap membayangi partai pemerintah dan partai lawannya. Mana tidaknya dengan kelibat manusia2 sederhana ini, kalau disentuh, maka lihatlah ibu kota jakarta akan dipenuhi dengan ratusan ribu umat turun berdemonstrasi. Lihat penangan mereka.

    Sejarah mereka sederhana. Cuma paksi mereka jelas dan jaringan mereka lang buana. Saya sampaikan belangkasuka buat anda mahasiswa Indonesia. Anda menjadi inspirasi perjuangan saudara seagama seantero dunia.

    Reply

  12. 12 warga jakarta Dec 8th, 2008 at 2:22 pm

    salam..selamat atas kunjungan Dato Seri ke Jakarta..bila lah agaknya dato seri boleh menjejakkan kaki ke Kedubes Malaysia dan mmberikan pidato Dato Seri di dewan utama Kedubes Malaysia, jakarta..

    sy skadar mengintip2 ketibaan Dato Seri ke UI melalui liputan media massa indonesia walau UI itu selangkah ja dari kdiaman sy..

    maklumlah, dgn status plajar di luar negara, prgerakan sy tidaklah semulus yg disangka..

    walaupun skiranya sy berkunjung ke sana atas dasar mdengar idea2 seorang tokoh, tp bimbang banyak yg ‘menghidu’ shingga dianggap sbagai pro-Pembangkang..sdangkan sy menyayangi pemimpin2 krajaan & pmbangkang yg benar2 tulus membela rakyat..

    salam kemahasiswaan dr jakarta

    Reply

  13. 13 Aulia Dec 19th, 2008 at 6:03 pm

    Pak Anwar, ada liputan lain di sebuah media lokal kampus (suma.ui.edu) tentang jawaban Bapak yang mengunakan bahasa Melayu dari sebuah pertanyaan audien yang berbahasa Inggris. Berapa kuat kah Pak Anwar bangsa kaum Timur rumpun Melayu bisa bersatu dalam sebuah tatanan yang bisa bertahan dari pengaruh asing?

    Reply

  14. 14 from jakarta Sep 10th, 2009 at 4:49 pm

    salam, dato seri.

    saya student berasal dari jakarta yang selalu mengikuti kisah2 dato seri. saya ingin mengucapkan terimakasih kerana sudi datang dan memberi kuliah di UI.

    semoga tetap berjaya

    Reply

Leave a Reply