30
Nov
08

PKR: Bubar dasar Inggeris bagi ajar Matematik, Sains

Dari Malaysiakini
Oleh Abdul Rahim Sabri

PKR berjanji akan mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, termasuk mengubah kembali dasar pengajaran bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Mohd Noor Manuty.

Berucap membentang usul pendidikan di kongres nasional PKR hari ini, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu memberi contoh tokoh akademik seperti Profesor Dr Mohamad Shahrir Md Zin yang menguasai Sains dan Matematik melalui pendidikan Melayu tetapi masih mampu menguasai bahasa Inggeris.

Oleh yang demikian, tambahnya, jika PKR dan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan persekutuan, parti akan melakukan reformasi pendidikan bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Mohd Noor, bekas ahli akademik kanan di Universiti Islam Antarabangsa, juga mengupas kelemahan pemimpin institusi pengajian tinggi yang menyebabkan kualiti pendidikan tinggi negara terus merosot.

Beliau kemudian menggesa universiti membuka ruang kebebasan akademik, termasuk kepada pelajar-pelajar agar tidak lagi dibelenggu oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tegasnya, PKR dan Pakatan akan menghapuskan akta tersebut jika berjaya mentadbir negara ini.

Beliau turut memberikan komitmen untuk menaikkan mutu pendidikan Islam dengan menitikberatkan pendekatan berfikir di kalangan daripada menghafal seperti amalan sekarang.

“Akibatnya dalam masa panjang, pelajar-pelajar tidak dapat meletakkan diri mereka dalam masyarakat. Gugup berbicara tentang perkara-perkara penting seperti bidang ekonomi,” kata Mohd Noor.

PKR juga beriltizam untuk melaksanakan dasar pendemokrasian pendidikan bagi membolehkan semua rakyat mendapat pendidikan terbaik dari peringkat rendah sehingga peringkat universiti.

Membahaskan isu yang sama, seorang perwakilan Perak menyifatkan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak 2004 sebagai “satu pengkhianatan terhadap bahasa Melayu” sebagai bahasa ibunda dan bahasa pengantar.

Sementara perwakilan dari Sarawak, Baru Bian menuntut peruntukan biasiswa yang lebih besar kepada penduduk Sarawak sekiranya PKR dan Pakatan Rakyat menguasai Malaysia.

Baru, keturunan Orang Ulu, berkata ramai penduduk di pedalaman Sarawak dan Sabah mengalami keciciran dan memerlukan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Perwakilan Sabah, Datuk Dr Hamzah Amir pula menyatakan kekesalannya berhubung sejumlah kecil sahaja pelajar-pelajar dari negeri itu berjaya masuk Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, 70 hingga 80 peratus pelajar-pelajar yang menuntut di univerisiti tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar luar Sabah.

Kata Hamzah, pelajar Sabah yang berjaya ke UMS pula tidak ramai menguasai bidang sains dan kejuruteraan.

Beliau menjelaskan, kelemehan itu berpunca akibat kemiskinan, infrastruktur pendidikan yang usang terutama di pedalaman dan kekurangan guru di Sabah.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar PKR memberikan tumpuan khusus terhadap para pelajar di Sabah agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan negara.


40 Responses to “PKR: Bubar dasar Inggeris bagi ajar Matematik, Sains”


  1. 1 Luna Dec 1st, 2008 at 10:17 am

    Dear Datuk Seri,

    I want MAths and Scienc to be taught in English Language.it’s not a ‘pengkhiantan’ to Bahasa Melayu, please consider our childrens’ future. I voted for PKR this time with big hope that PKR will bring justice, equality and success to our country.As it is now, the non-Malays dont even want to send kids to national school, I dont know what will happen if all this changes again. I went thru’ all Malay subjects in school but when in college I had diffculties as ALL the books were all in English. I oppose changing to Bahasa Melayu, I am not going to gamble my child’s future on this. time for us to look out if that happens.all the best to u and PKR. by studying MAths and English in the international language does not make me a less Msian. I still love my country and will defend her till the day I perish.cheers

    Reply

    he Great Teacher Reply:

    Semua negara maju menggunakan bahasa ibundanya. Malah negara yang sedang meningkat maju menggunakan bahasa ibunda – Sepanyol dan Findland. So, mengapa kita perlu bahasa asing? Banyak negara yang menggunakan bahasa asing tapi tak maju-maju lagi… Contoh, Kenya (BI) dan Ivory Coast (Perancis). Pandai berbahasa asing tapi tak manu-maju lagi malah semakin mundur? Soalnya kita perlu pertingkatkan pengajaran BI, fokus kepada kemahiran berbahasa bukan ILMU BERBAHASA. Penggunaan bahasa membolehkan Sains & Teknologi merakyat dan tak ekslusif… Ada faham…

    Sekali lagi diingatkan… TIADA NEGARA MAJU YANG MENGGUNAKAN BAHASA ASING…

    Wassalam.

    Reply

    The Great Teacher Reply:

    INGAT JUGA… Kemajuan kita sekarang ini sebahagiannya disumbangkan oleh pelajar daripada Aliran Melayu yang pandai berbahasa inggeris… Tak bolehkah kita seperti orang Jepun & Perancis yang memaksa orang asing menguasai bahasanya sebagai syarat untuk “berkenalan” dengan teknologinya… Sampai bila harus punya “inferiority complex”, sampai bila harus jadi pak turut?

    Reply

    Donald Duck Reply:

    haha!! Kita dipaksa belajar bahasa Jepun dan Peranchis untuk berkenalan dengan produk ciptaan mereka sendiri ataupun manual untuk produk itu diterjemahkan dalam bahasa Inggeris (bahasa antarabangsa )untuk memudahkan pemahaman kita di Malaysia.Mereka tidak akan menterjemahkan dalam bahasa melayu walaupun kita mendapat pangkat A1 dalam bahasa melayu dalam peperiksaan.Adakah kita setaraf mereka untuk mencipta teknologi sendiri dan memaksa mereka belajar bahasa melayu untuk berkenalan dengan teknologi kita atau kita memmudahkan pemahaman dengan menterjemahkan manual-manual tersebut dalam bahasa Inggeris? Untuk kita mecapai taraf tersebut kita kena ‘mejelajah’ dunia sains dan teknologi atau membawa masuk teknologi tersebut yang kesemua malangnya dalam bahasa Jepun , bahasa Peranchis atau bahasa Inggeris? Yang mana satu bahasa adalah mudah untuk kita untuk mempelajari ?

    Reply

    The Great Teacher Reply:

    Sampai bila harus jadi burung kakak tua yang hanya mampu menghafal dan tak mampu berfikir?? Mau jadi burung kakak tua…? Meniru sahaja tanpa berfikir? Lihat tamadun besar dunia dalulu… Aztech, Mesir…, Cina…, Islam… Tamadun itu dibina dengan bahasa inggeris kah?? Tentunya bahasa ibunda kan? kan? kan? Ingarlah sejarah mengajar kita berjalan ke hadapan… Jangan lupa itu…

    Reply

  2. 2 Donald Duck Dec 1st, 2008 at 10:38 am

    Datuk Seri,
    Terlebih dahulu saya ucapkan selamat maju dan jaya kepada Datuk dan Datin .Membubarkan pengajaran sains & matematik dalam bahasa Inggeris mungkin satu proses jangka pendek yang boleh mendatangkan faedah semata-mata untuk memudahkan pemahaman bagi lulus dalam peperiksaan tetapi kebanyakan pengetahuan untuk mempelajari dan meyediakan diri untuk berinteraksi dengan sains dan teknologi moden semasa waktu bekerja dengan sebarang syarikat adalah dalam bahasa Inggeris kerana teknologi dan proses eksperimen tersebut adalah dari luar negeri melainkan jika manual-manual tersebut diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Adakah taraf pengajaran sesi Bahasa Inggeris di sekolah kini di tahap yang memuaskan untuk memberikan keyakinan kepada kita untuk membubarkan kelebihan waktu penguasaan bahasa Inggeris tersebut? Tolong betulkan jika comment saya salah….

    Reply

    dijam Reply:

    Saya setuju.

    Reply

  3. 3 Zaferi Dec 1st, 2008 at 11:37 am

    BAGUS JUGA CADANGAN TU. SEBAB ORANG SARAWAK PUN BIJAK-BIJAK BELAKA. HANYA DI BAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN BN, RAKYAT SARAWATK DIPERBODOHKAN DARI SEGI ROYALTI MINYAK, KEMUDAHAN ASAS DAN MACAM MACAM LAGI.

    Reply

  4. 4 Weapon X Dec 1st, 2008 at 1:08 pm

    Stop using words like ‘mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda’. You’re not fighting a battle or a war. Get real and wake up! You need English to compete in the global arena, unless of course you are content with being a ‘jaguh kampung’. My advice to the Malays? Don’t be so petty minded on so many issues, there are MUCH bigger fish to fry.

    Reply

    syamz Reply:

    This is not fighting of battle, so-haii…. Some Japaness Engineer can’t speak in ENGLISH… but they are advance in technology than us.. Your comment?? EMM.. but remember, think 1st before make any comments…

    Reply

    mongolian Reply:

    Yes I agree with your opinion. orang russia tak tahu mengunakan bahasa Inggeris tetapi di sana lah lahirnya pakar atom,pakar Peluru perpandu antara benua,manusia pertama ke angkasa Mr Yuri Gagarin,segala pakar yang berada di US adalah kelahiran Negara negara bekas soviet union, Pengasas Intel anak pelarian russia dan tinggal Bulgaria sebelum berhijrah ke US. tiada didikan bahasa Inggeris pun mereka tetap maju.

    China tidak pentingkan bahasa inggeris tetapi siapa cina sekarang mereka bangun dengan megah dari segala sudut technology, Pertahanan, Pertanian,angkasa,electronic dan sebagainya hantar angkasawan ke angkasa tampa tumpang kapal angkasa Russia kita sebenarnya tak perlu lagi dan bukan masanya nak keangkasa, sebab kita dah ada angkasa di darat Koperasi Angkasa,dan angkasapuri.

    Korea tak tahu berbahasa inggeris tapi teknology mereka sampai kedalam rumah kita LG & Kia , begitu juga Jepun tak tahu berbahasa inggeris tapi mereka tawan Malaya, Melayu tahu dan pandai berbahasa Inggeris tapi nak tawan kelantan pun tak berjaya oleh itu harapan kita semoga kita kembalikan semula bahasa Malaysia ini ke landasan yang sepatutnya UMNO cuba menherit orang melayu berkebilatkan Penjajah UMNO lah tali barut Inggeris dulu kini dan selamanya. Penat Datuk Bahaman menbeham Inggeris dan Mat kilau asah padang sampai berkilau nak lawan Inggeris, kesudahnya bangsa Melayu dari fahaman UMNO yang menjadi Tali barut inggeris sehingga kini. ayoh bangunlah keturunan Datuk bahan dan Mat kilau dari dalam UMNO katakan tidak pada UMNO sebagai “Pewaris” keturunan pahlawan kita harus tentang pembelot bangsa Melayu yang bertahta dimahligai UMNO.”bahasa jiwa bangsa” jika bahasa sudah pincang maka kita percaya bangsa melayu akan layu buat selama lamanya, kata kata Datuk hang tuah “takan melayu hilang di dunia” adalah dari sudut bangsa tetapi kita percaya bangsa tak akan hilang tetapi bahasanya mungkin hilang angkara UMNO , UMNO ibarat bara dalam arang,oleh itu kita yang sayangkan bahasa melayu kita harus berpatah Arang demi selamatkan bahasa Melayu dari di jahanamkan oleh UMNO.

    Sk . Datuk A. Deraman bekas Pengarah DBP

    Reply

    ulam batar Reply:

    Thailand tak Utamakan bahsa Inggeris tapi Negara mereka tak pernah di jajah pun.kat TV depa!!! guna bahasa ibunda mereka sampaikan orang putih pun cakap siam??? Thai tak utamakan bahasa ingeris tapi Durian Siam pegi satu dunia,Thailand tak utamakan bahasa inggeris tapi Tok Kadi mereka laris di sempadan. Thailand tak utamakan bahasa inggeris tapi orang Putih dan pak Arab suka pergi ke ke siam???? .

    Thailand tak utamakan bahsa inggeris tapi Tom yam pergi satu dunia!!!!

    Yes saya setuju dengan mongolian pasal Russia, tahukan kita bahawa pencipta helicopter dari Russia bernama Mamat Sikorsky tiada sekolah inggeris di kampungnya tetapi US beli teknology dan jenamanya Heli Nuri adalah di cipta oleh orang yang tidak tahu berbahasa dan bukan menerima pendidikan inggeris.

    Maka jelas bahasa bukanlah ukuran untuk maju segala bawaan UMNO adalah kontang belaka.

    guni setahil Reply:

    Saya sekodi dengan mongolian, apakah kita tidak yakin dengan Bahasa ibunda kita??? untuk bangsa kita maju??? jika kita tidak berbanga dengan bahasa kita dan hilang kepecayaan dengan bahasa kita bahawa bahasa kita tidak boleh memajukan bangsa kita ini dikira kita derhaka pada ibu bapa kita kerana melahirkan kita dalam bangsa melayu, bahasa itu jiwa bangsa dangan bahasa kita menjadi jati. tampa bahasa kita lampong.

    Reply

    Elan Reply:

    Kenapa lah buangkan bahasa Inggeris dari Math dan Sains… Saya contohnya pelajar yang dahulu kurang penerapan bahasa Inggeris merasa kerugian … Sekarang ni bahasa Inggeris amat perlu samada dalam kerjaya atau sebagainya contohnya penggunaan internet sahaja cukuplah 80% dalam bahasa Inggeris. Jika penerapan tak dibuat dari sekolah … pelajar dan belia akan datang tak akan fasih dalam bahasa Inggeris dan akan ketinggalan…. dari dunia global yang semakin canggih ……
    Dan satu lagi bahasa ibunda takkan hilang …. kita akan sentiasa menggunakannya .. apa lah sangat nak diperjuangkan sedangkan jiran saya bangsa India bahasa yang digunakan dirumah adalah bahasa Inggeris bukan bahasa Tamil … open you mind …. jangan mementingkan diri bangsa lain selain dari Melayu telah jauh meninggalkan kita … saja aja mereka memperjuangkan bahasa ibunda tapi mereka sendiri tak mengamalkan bahasa ibunda mereka… yang penting agama iaitu Islam yang harus diperjuangkan…. jiwa bangsa akan tetap ada jika nilai-nilai hormat jati diri disemaikan dengan baik. Dan satu lagi ANWAR IBRAHIM anaknya bersekolah dimana ? bukan luar negara adakah bahasa ibunda dibawa bersama semasa diluar negara … takkan anak bangsa kita yang lain nak dicicirkan ….. mereka juga harus belajar bahasa Inggeris ……. JADI FIKIRLAH DULU NAK MAJUKAN BANGSA ATAU NAK MENJAHANAMKAN BANGSA …. PEMIMPIN MELAYU HARUS SELAMATKAN ANAK MELAYU… MAJUKAN MELAYU …

    Reply

  5. 5 Meenachi Dec 1st, 2008 at 3:18 pm

    Dear Dr ,
    Mengajar Sains & Matematik dlm bahasa Inggeris tidak merugikan sesiapa dan ini bukan satu pengkhianatan. Anak melayu terutamanya susah sangat bertutur dlm bahasa Inggeris. Rakan sy yg ada degree pun tak boleh bertutur bahasa Inggeris dengan fasih. Apakah salah anak anak kita belajar bahasa Inggeris di sekolah supaya boleh pandai bertutur bila bekerja kelak???? Kalau Dr mengatakan ini satu pengkhianatan memang tak masuk akal langsung. Melemahkan lagi orang Melayu sendiri. Sektor kerajaan sahaja yang banyak menggunakan bahasa melayu tapi bukan di sektor swasta dimana kita perlu gunakan bahasa Inggeris. Apalagi jika anak anak kita bekerja di luar negara?? Bolehkah mereka guna bahasa melayu?? Mengajar dalam bahasa inggeris menguntungkan semua. Anak anak melayu terutamanya tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Hanya bergantung di sekolah dan jika tidak diberi peluang di sekolah dan asyik menggunakan ‘PENGKHIANATAN’ di mana lagi boleh mereka belajar?? It is SAD for a Dr to think such a way even sad to hear this from PKR. Doesn’t make sense at all. To hv ppl like you are actually weakening the malays.

    Reply

  6. 6 Jeffripower Dec 1st, 2008 at 4:02 pm

    Dah lumrah jadi pembangkang. Apa saja yang kerajaan buat, pasti akan ditentang walaupun apa yang kerajaan buat tu bagus. Dasar mata pelajaran Matematik dan Sains yang diajar dalam bahasa Inggeris sebenarnya ada kelebihannya…

    Reply

    Pejuang Reply:

    Memanglah ada kelebihannya Sains & Matematik diajar dlm B. Inggeris TETAPI keburukannya jauh lebih besar. Dalam jangka masa panjang, kita akan kehilangan jati diri bangsa Malaysia. Soal bahasa adalah soal dasar spt termaktub dlm perlembagaan. Tamadun-tamadun besar dan negara-negara maju spt Jepun, Perancis dan Rusia membangun dgn kekuatan bahasa mereka sendiri.

    Reply

  7. 7 alrawa Dec 1st, 2008 at 4:25 pm

    PKR is on the right track in asking that Science and Mathematics be taught in Malay.Many malay primary school students performed miserably in class for both the subjects due to their poor(zero?) understanding of the language.
    It is selfish of us to deny these children to progress and succeed in life.This is not a petty issue.
    Afterall, it is better to be a ‘jaguh kampung’ than a donkey!

    Reply

  8. 8 dijam Dec 1st, 2008 at 6:49 pm

    Macam mana PKR hendak mempertahankan Bahasa Melayu sedangkan apabila DAP menambah nama-nama jalan diPulau Pinang dengan alasan pelancungan PKR hanya duduk diam. Mana kredibal PKR? Saya mula-mula menyokong PKR tetapi apabila melihat Melayu mula terpinggir oleh bukan Melayu dan kuncu-kuncu gabungan PKR saya mula rasa curiga. Boleh jadi saya diantara ramai orang-orang Melayu yang menyedari akan terpinggirnya suara Melayu dan terhakisnya kuasa orang Melayu dengan permainan ahli-ahli Melayu dalam PKR yang hanya mengejar title YB.

    Pada saya pihak pembangkang pun sama juga semua double standard. Butikkan dahulu baru laung.

    Reply

  9. 9 borjoe Dec 1st, 2008 at 8:35 pm

    saya tidak bersetuju bahasa inggeris digugurkan. Sebenarnya inilah punca bangsa kita khususnya ketinggalan dalam alam perniagaan kerana penguasaan bahasa kurang memuaskan. Mempunyai pendidikan inggeris tidak melemahkan semangat nasionalisme, ini terbukti oleh pemimpin terdahulu lebih bersemangat walaupun mempunyai pendidikan inggeris. klu boleh, semua subjek diajar dalam bahasa inggeris. Biarlah bangsa melayu juga menguasai bahasa ini dengan baik. bangsa lain tidak perlu belajar bahasa inggeris di sekolah kerana ianya menjadi bahasa harian mereka. Lahirnya POLA baru dimana bangsa kita akan pergi kebidang pekerjaan dlm sektor kerajaan sementara bangsa lain ke sektor perniagaan.Inilah yang berlaku sekarang.Ini pendapat saya sahaja, tapi org lain juga mungkin punya pendapat yg sama.

    Reply

  10. 10 Logik Ka? Dec 1st, 2008 at 11:45 pm

    Assalamualaikum Dato Seri,
    Saya sangat setuju kalau BI & Maths diajar dlm bahasa Inggeris sejak sekolah rendah.

    Kalau dasar ini dibuat sejak zaman saya sekolah rendah dulu (80an), mungkin saya tak perlu struggle sangat untuk memahami kuliah oleh lecturer semasa di universiti 10 tahun lepas.

    Bayangkan, semasa buat A-Level, barulah saya mula dengar istilah2 mudah seperti ‘minus, plus, time, divided by, to the power of, square root, dll” Ini belum lagi termasuk istilah2 mudah yg lain, samaada di dalam subjek Maths & Sains yg lain.

    Pemahaman saya sewaktu syarahan tidak berapa lancar berbanding rakan2 non-Malay lain. Ini kerana ‘processor’ (otak) saya terpaksa proses bahasa tersebut 2 kali sebelum faham.

    Namun, bagi Melayu2 di bandar atau non-Malays yg sudah biasa berbahasa Inggeris sejak kecil, tidak mempunyai masalah ini, kerana mereka sudah biasa sejak kecil.

    Oleh itu, dasar ini TIDAK perlu dibubar, tetapi perlu diTAMBAHBAIK. Disebabkan pelajar di bandar tiada masalah dengan dasar ini, maka pihak berwajib haruslah fokus kepada pelajar luar bandar, dan mencari jalan bagaimana utk memastikan pelajar2 di luar bandar turut mendapat faedah dari dasar yg berguna di kemudian hari ini.

    Cadangan saya ialah; berikan pendedahan B. Inggeris dua (2) kali ganda lebih banyak/baik daripada pelajar2 di bandar kerana pelajar luar bandar hanya bergantung kepada sekolah utk memperbaiki B. Inggeris mereka, manakala pelajar di bandar berpeluang bertutur BI dgn ahli keluarga mereka di rumah.

    Ini boleh dilakukan dgn menghantar guru2 B. Inggeris, Maths & Sains yg berpengalaman dan tinggi penguasaan bahasa Inggeris nya utk mengajar pelajar luar bandar ini. Guru2 ini lebih kreatif utk mencari jalan meningkatkan penguasaan BI pelajar2.

    Tumpuan harus diberikan lebih kepada pelajar di luar bandar supaya dasar ini berjaya. Jika berjaya, ianya amat bermanfaat kepada semua pelajar, baik di bandar ataupun di luar bandar.

    Jikat tidak, ianya hanya akan menambahkan beban kepada pelajar luar bandar itu sendiri, kerana sebelum ini, mereka hanya perlu struggle utk subjek BI sahaja, tetapi sekarang, ditambah pula dgn subjek Maths dan BI.

    Biarlah kita bersusah2 dulu, dan bersenang2 kemudian.

    Saya doakan agar PR dapat membuat dasar yg terbaik utk rakyat.

    Selamat maju jaya.

    Dari,
    Logik Ka?

    Reply

  11. 11 Logik Ka? Dec 1st, 2008 at 11:48 pm

    Assalamualaikum Dato Seri,
    Saya sangat setuju kalau BI & Maths diajar dlm bahasa Inggeris sejak sekolah rendah.

    Kalau dasar ini dibuat sejak zaman saya sekolah rendah dulu (80an), mungkin saya tak perlu struggle sangat untuk memahami kuliah oleh lecturer semasa di universiti 10 tahun lepas.

    Bayangkan, semasa buat A-Level, barulah saya mula dengar istilah2 mudah seperti ‘minus, plus, time, divided by, to the power of, square root, dll” Ini belum lagi termasuk istilah2 mudah yg lain, samaada di dalam subjek Maths & Sains yg lain.

    Pemahaman saya sewaktu syarahan tidak berapa lancar berbanding rakan2 non-Malay lain. Ini kerana ‘processor’ (otak) saya terpaksa proses bahasa tersebut 2 kali sebelum faham.

    Namun, bagi Melayu2 di bandar atau non-Malays yg sudah biasa berbahasa Inggeris sejak kecil, tidak mempunyai masalah ini, kerana mereka sudah biasa sejak kecil.

    Oleh itu, dasar ini TIDAK perlu dibubar, tetapi perlu diTAMBAHBAIK. Disebabkan pelajar di bandar tiada masalah dengan dasar ini, maka pihak berwajib haruslah fokus kepada pelajar luar bandar, dan mencari jalan bagaimana utk memastikan pelajar2 di luar bandar turut mendapat faedah dari dasar yg berguna di kemudian hari ini.

    Cadangan saya ialah; berikan pendedahan B. Inggeris dua (2) kali ganda lebih banyak/baik kepada pelajar2 di luar bandar kerana pelajar luar bandar hanya bergantung kepada sekolah utk memperbaiki B. Inggeris mereka, manakala pelajar di bandar berpeluang bertutur BI dgn ahli keluarga mereka di rumah.

    Ini boleh dilakukan dgn menghantar guru2 B. Inggeris, Maths & Sains yg berpengalaman dan tinggi penguasaan bahasa Inggeris nya utk mengajar pelajar luar bandar ini. Guru2 ini lebih kreatif utk mencari jalan meningkatkan penguasaan BI pelajar2.

    Tumpuan harus diberikan lebih kepada pelajar di luar bandar supaya dasar ini berjaya. Jika berjaya, ianya amat bermanfaat kepada semua pelajar, baik di bandar ataupun di luar bandar.

    Jikat tidak, ianya hanya akan menambahkan beban kepada pelajar luar bandar itu sendiri, kerana sebelum ini, mereka hanya perlu struggle utk subjek BI sahaja, tetapi sekarang, ditambah pula dgn subjek Maths dan BI.

    Biarlah kita bersusah2 dulu, dan bersenang2 kemudian.

    Saya doakan agar PR dapat membuat dasar yg terbaik utk rakyat.

    Selamat maju jaya.

    Dari,
    Logik Ka?

    Reply

    kingdoom Reply:

    dasar ini memang tidak berjaya langsung!! pelajar hilang motivasi utk belajar sains dan math krn tidak dpt memahami sepatah haram pun!! logik ka if kamu blajar sains dan math dlm bahasa jerman?? sedangkan tak ada langsung asas bahasa tersebut.. apa pun argument, asas bahasa perlu ada sblm nk ajar sains dan math in english..

    Reply

  12. 12 ALBACHAMPUR Dec 2nd, 2008 at 1:08 am

    DEAR DSAI,
    PLEASE MAINTAIN MATHS AND SCIENCE IN ENGLISH SO THAT EVERY STUDENT IN RURAL AREA CAN BE A GREAT ORATOR LIKE YOU SIR.I AM SURE YOU WOULD LIKE SEE AND HEAR CHILDREN FROM KAMPONG ,ESTATE AND IN CITIES CAN INTERACT IN BOTH LANGUAGE.BELIEVE ME EVERY RESPONSIBLE CITIZEN LOVE OUR NATIONAL BECAUSE HOLISTICALLY BAHASA MALAYSIA IS THE BRIDGE FOR VARIOUS RACIAL TO INTERACT.REMEMBER SEJARAH ,ILMU ALAM ,PELAJARAN MORAL, SASTERA,ECONOMY, PENDIDIKAN SIVIK, KEMAHIRAN HIDUP, KAJIAN TEMPATAN,PENDIDIKAN JASMANI,PENDIDIKAN KESIHATAN AND MANY MORE SUBJECT ARE TAUGHT IN BAHASA MALAYSIA.WE SHOULDN’T BE TO EMOTIONAL OR PRETEND TO BE EMOTIONAL, FEELING THAT BY MERELY TEACHING TWO SUBJECT IN ENGLISH CAN CHANGE OUR SOCIETY INTO A WESTERN SOCIETY OR WEAKEN OUR BELOVED BAHASA MALAYSIA.
    IN 60′S,I REMEMBER HOW MY UNCLE FROM PENANG , TEACH BAHASA INGGERIS TO RURAL SCHOOL IN KELANTAN AND AFTER SOMETIME MY UNCLE START TO SPEAK KELANTANESE LINGO TO US. HE ALWAYS TELL US THE STORIES HOW KELANTANESE CHILDREN LOVE TO LEARN ENGLISH AND MASTER MATH AND SCIENCE IN ENGLISH.HE IS WELL RESPECTED AMONG THE VILLAGERS.HE ALSO MANY OF HIS STUDENT ARE VERY SUCCESSFUL LATER IN THEIR LIFE’S.SO PLEASE FOR THE SAKE OUR FUTURE GENERATION PLEASE MAINTAIN AS IT IS NOW.MAY GOD BLESS YOU SIR AND PLEASE DON’T ISSUE FATWA FOR LEARNING BAHASA INGGERIS.WHO KNOWS ONE DAY FATWA WILL BE ISSUED TO OTHER MALAYSIAN NOT TO LEARN BAHASA MALAYSIA BECAUSE IT IS A MAIN LANGUAGE FOR NUSANTARA MUSLIMS.

    Reply

    kingdoom Reply:

    apa kaitan nya jd great orator dgn guna BI dlm pengajaran?? dan satu lagi perception ialah kejayaan bergantung kepada keupayaan menguasai BI.. apa sebabnya??

    Reply

  13. 13 anak iban Dec 2nd, 2008 at 1:24 am

    ini menunjukkan Dr Mohd Noor Manuty tidak pro-aktif.janganlah me”racist’kan pelajaran,kasihanilah pelajar2 sekolah yang sedang menuntut ilmu. apa salah mereka belajar bahasa inggeris. saya sebagai seorang guru yang berada dibarisan hadapan amat TIDAK SETUJU SAMA SEKALI kalau PPSMI dimansuhkan. Mana2 YB yang hendak menghapuskan PPSMI, pada hemat saya YB itu amatlah cetek pemikirannya.

    Reply

  14. 14 Pejuang Dec 2nd, 2008 at 9:48 am

    Ketika dilaksanakan Pengajaran Sains & Matematik dlm BI (PSMI), asasnya ialah utk memperbaiki penguasaan BI dalam kalangan pelajar. Tiada kajian yg dijalankan. Ia adalah tindakan tergesa-gesa. Kelemahan penguasaan BI dan isu PSMI adalah dua isu yg berbeza. Sepatutnya, tumpuan ialah utk meningkatkan kualiti pengajaran BI supaya pelajar lebih fasih. Malangnya, PSMI dijalankan dan ia menimbulkan masalah baru.
    Kalau kita patriotik, yakin dan bangga dgn warisan kita, kita perlu mengangkat martabat BM. BM punyai sejarah gemilang sbg lingua franca, bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran. Sejarah Melaka boleh dirujuk.
    Penguasaan BI sememangnya perlu tetapi tujuannya hanyalah untuk menguasai ilmu-ilmu dunia yg dikemukakan dalam bahasa tersebut, bukannya menggantikan BM sbg bahasa rakyat Malaysia. Apabila kita mencintai sesuatu, kita sentiasa yakin dan bangga dgnnnya!

    Reply

  15. 15 bukan atas nama ketuanan melayu Dec 2nd, 2008 at 12:14 pm

    pada pandangan saya.tdak perlulah pembelajran BI dlm math and science utk sekolah rendah. tetapi ia bagus utk pelajar sekolah menengah.. cuba fikir.budak sekolah rendah baru nk belajar bahasa melayu ditambah pula science dan math dlm inggeris..makna nya mereka tidak dpt menguasai bahasa melayu di peringkat rendah.. tetapi jika di lakukan kepada pelajar sekolah menengah,mereka lebih berfikiran tinggi dan boleh mengadaptasi perkara itu.

    Dr manuty tidak salah sepenuh nya,kerana mereka telah berbincang dahula bersama2 ahli2 biro pendidikan yang lain..beliau hanya menyampaikan sahaja.

    jika mahu bagus dalam bahas inggeris maka haruslah kita belajar sedalam2 nya subjek english itu seperti belajar grammar nya dan lain2.

    Reply

  16. 16 Jeffripower Dec 2nd, 2008 at 12:42 pm

    Dasar ini sepatutnya tidak perlu dibubar kerana memang tidak dinafikan banyak perkataan dalam Matematik dan Sains sukar untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Dasar ini bukannya nak menghapuskan bahasa Melayu. Ia sekadar memudahkan proses pembelajaran… Yang pastinya pembubaran dasar ini hanya retorik PKR untuk meraih sokongan orang ramai demi mencapai cita-cita dan agenda PKR yang tak ketahuan hala tuju sebenarnya…

    Reply

  17. 17 The Great Teacher Dec 2nd, 2008 at 1:58 pm

    Ingatlah fakta “hidup” BAHAWA SEMUA NEGARA MAJU, MAJU DENGAN BAHASA IBUNDANYA. Tamadun dunia yang besar-besar, Aztech, Mesit, Rom, Cina, Islam… maju bukan kerana bahasa inggeris tapi dengan bahasa ibunda. Banyak negara yang menggunakan bahasa asing tapi tak maju-maju juga-Ivory Coast (Perancis) dan Kenya (BI), malah semakin mundur. Jadi adakah bahasa itu sebagai pra syarat?? Lihat juga negara yang sedang meningkat maju… contoh Spain, Findland & Cina, pakai bahasa apa? Yang penting ialah tukar pendekatan pengajaran BI. Fokus kepada kemahirang berbahasa BUKAN SEMATA-MATA ILMU BERBAHASA. Lebih malang lagi – menghafal peraturan berbahasa. Fokus kepada komunikasi bukannya peperiksaan sahaja. Inilah masalah kita.

    Reply

  18. 18 The Great Teacher Dec 2nd, 2008 at 4:21 pm

    Masalah PPSMI memang tak habis kalau dibincangkan di dalam blog ini sahaja. Ingatlah pelaksanaan PPSMI bukan berdasarkan kajian. Hanya kerana ianya diutarakan oleh TM maka ianya dianggap “fatwa”. Banyak pihak menentang, tapi siapa berani di kala itu. Sekarang ini setelah dilaksanakan maka nampaklah kepincangannya dan yang mencadangkan S&M harus diajar semula dalam BM bukan orang yang calang-calang. Mereka ini pendidik dan penyelidik yang telah melakukan kajian bertahun-tahun. Jangan perlekehkan usaha mereka. Takkan hanya kerana pemikiran kita telah lama di”mahatir”kan maka kita buta melihat dunia nyata. Lihatlah dunia dengan mata hati bukan mata kasar.

    S&M harus ”merakyat” dan bukan ekslusif. Ianya harus dikuasai oleh semua lapisan masyarakat. Jangan seperti India, penguasaan S&M hanya berlaku di kalangan golongan ekslusif. Kenapa…?? kerana orang kampung tak pandai BI. Maka berlakulah hukum kapitalis, yang pandai bertambah pandai dan yang bodoh semakin bodoh. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin miskin dan melarat. Yang kaya menginjak dan memerah keringat simiskin. Mahu ini berlaku di Malaysia?

    Persoalannya ialah bagaimana meningkatkan kualiti pengajaran BI. Pengajaran bahasa kita di kala ini hanya mementingkan ilmu berbahasa dan menghafal peraturan-peraturan bahasa. Penekanan seharusnya diberikan lebih kepada kemahiran berbahasa (bahasa komunikasi). Apa yang berlaku kini, kita belajar bahasa seolah-olah kita akan mengambil Linguistik dan TESL. Hasilnya ada pelajar yang BM/BInya A1 tapi bisu – tak pandai bercakap. Macamana mau maju…

    TheGreatTeacher.

    Reply

  19. 19 Tengok Sekeliling Dec 2nd, 2008 at 5:35 pm

    Kepada semua komentar-komentar, persoalannya bukan tidak mahu bahasa Inggeris, kita mahu bahasa Inggeris dipertingkatkan, tetapi tidak dengan membunuh pemahaman pengajian sains dan matematik.

    i- Ia soal meningkatkan pemahaman sains dan pembudayaan sains dan kita tidak dapat melakukannya dengan menggunakan bahasa asing, tengok jepun, jerman dan perancis, mereka maju sains walaupun tidak fasih berbahasa inggeris dan bandingkan dengan filipina yang fasih berbahasa inggeris. Soalnya adalah pembudayaan dan pemahaman sains itu dan ia hanya akan dapat dibuat dengan mudah melalui bahasa pengguna itu, anak melayu dengan bahasa melayu.

    ii-Ya kita mahu meningkatkan peningkatan bahasa inggeris, tetapi menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar sains tidak akan dapat meningkatkan pemahaman bahasa inggeris, ia persoalan teori dan angka, bahasa inggeris adalah persoalan bahasa, sastera dan komunikasi. Bahasa inggeris hanya boleh di pertingkatkan dengan meningkatkan jam pengajaran bahasa inggeris dan mengajar sastera inggeris.

    Tahukah Algebra itu asalnya dari bahasa arab? Komentar-komentar terlalu cetek fikiran.

    Reply

  20. 20 kingdoom Dec 3rd, 2008 at 3:10 am

    aiya… kebanyakan kita tak sedar siapa yg menjadi mangsa penggunaan bahasa inggeris nih… anak2 melayu di kg, yg sememangnya tidak mendapat petunjuk atau pendedahan dlm BI.. tambahan pula guru2 tidak sepenuhnya cekap utk mengajar.. bkn saje org melayu xpandai dlm BI, tapi juga akn lemah dlm matematik dan sains disebabkan kelmahan dlm BI.. apa gunanya gah bercakap BI sedangkan penggunaan BI itu sendiri bkn lah menjadi satu kemestian.. kenapa apabila fasih BI diangkat sbg hebat?? berapa peratus kah org kita akn menggunakan BI dlm kehidupan mereka?? jgn lah mengatakan tanpa BI kita tak boleh maju..sebenarnya perkara ini merupakan kegagalan yg mutlak tapi pihak kerajaan masih mahu menutup dgn cara manipulasi keputusan exam.. jgn lah agungkan bahasa asing…

    Reply

  21. 21 huihhhh Dec 3rd, 2008 at 9:46 am

    ada kebaikan dan keburukannya belajar dlm bahasa inggeris ni.Kebaikannya,kita boleh menguasai bahasa inggeris..apatah lagi bila nanti bekerja disyarikat swasta yg kebanyakannya mengunakan bahasa inggeris di negara kita ni..dlm negara kita ni kalau tak tau bahasa inggeris susah sikit nak cari keje.Kalau kita nak membubarkan bahasa inggeris ni,banyak yg perlu kita buat terutama syarikat2 swasta di negara kita,kita kena suruh syarikat2 ni menggunakan sepenuhnya bahasa malaysia.Tetapi masalahnya kebanyakan syarikat2 dinegara kita ni syarikat2 luar negara terutama Amerika dan Eropah yg memerlukan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan.Kalau syarikat dari negara sendiri mungkin tak menjadi masalah.Kita tak boleh ikut Jepun,Jepun walaupun belajar dengan bahasa sendiri tetapi boleh dikatakan semua syarikat yg ada disana milik orang jepun.Jadi tak timbul masalah nak belajar bahasa inggeris.Begitu juga russia atau German.Dlm negara kita ni boleh kira berapa kerat saja syarikat dari negara kita.Jadi bagi saya belajar bahasa inggeris ni ada kebaikan nya juga..tapi kena lah di ajar dari sekolah rendah lagi.Negara Jepun tak memerlukan bahasa inggeris utk maju..Russia,German pun sama.Tapi diaorang dah ada teknologi dan diaorang dah ada syarikat2 sendiri yg menguasai dunia.Kita pula..macam mana??Kalau kita dari dulu lagi dah ada teknologi dan telah menubuhkan syarikat yg berjenama yg menguasai dunia sudah tentu kita tak payah mempelajari bahasa inggeris…..fikir2 sendiri…..bagi saya ntahlah…

    Reply

  22. 22 huihhhh Dec 3rd, 2008 at 10:13 am

    Bangsa lain di negara kita ni(chinese & indian)…diaorang tak takut dan malu bertutur dlm bahasa inggeris,sebab tulah diaorang boleh bertutur dan menguasai bahasa inggeris.Orang melayu dan bumiputera kita ni malu nak bertutur dlm bahasa inggeris takut “broken English”.Sebab tu lah orang kita susah menguasai bahasa inggeris ni.Cuba tengok orang cina atau india..pertuturan diaorang dlm bahasa inggeris “broken English”..kadang2 dicampuradukkan…kadang2 tak betul..tapi diaorang gagahkan juga bertutur dalam bahasa inggeris.Kita ni kalau nak cakap inggeris..ishh takut lah nanti broken english…Tapi mungkin juga faktor diaorang ni bukan orang asal sini(maksud saya orang india-asal nenek moyang india..samalah dengan orang cina),jadi diaorang ni bila duduk di tanah melayu kena pulak belajar bahasa melayu(walaupun bahasa melayu ni bukan bahasa diaorang)Diaorang tak kisah kalau bertutur dlm bahasa melayu “broken”.SAmpai sekarang pun diorang masih “broken” kalau bertutur dlm bahasa melayu…kalau diaorang ni duduk di italy pun kena belajar bahasa italy lah…jadi..orang melayu ni pulak memang duduk di sini..jadi nak belajar bahasa asing ni susah.Sedangkan bahasa cina dan india pun orang melayu tak boleh belajar walaupun dah duduk berpuluh tahun bersama orang cina dan india.

    Reply

    guni setahil Reply:

    hidup bahasa melayu, kita sematkan bahawa bahasa melayu akan menjadi sebahagian bahasa penting dunia, sebelum di pupuskan oleh UMNO.kita akan adakan hari bahasa melayu sedunia.

    Reply

  23. 23 Logik Ka? Dec 5th, 2008 at 2:59 am

    Fakta 1 :

    1. Tujuan Dasar PPSMI hanyalah utk mendedahkan pelajar dgn istilah2 asas Sains & Maths dlm bahasa Inggeris supaya tidak kedengaran asing apabila mendengar istilah2 tersebut ketika belajar di kolej/universiti nanti. Oleh itu, tujuan utama dasar ini bukanlah utk menjadikan pelajar itu seorang yg fasih berbahasa Inggeris, seperti yg sepatutnya dilakukan oleh kelas BI.

    Fakta 2 :

    Dasar PPSMI ini sangat berjaya & berkesan utk pelajar sekolah rendah di bandar yg sudah mahir berbahasa Inggeris sahaja, tetapi bagi pelajar sekolah rendah di luar bandar, ianya ibarat malapetaka. Kalau sebelum ini mereka hanya struggle utk subjek BI sahaja (vocabulary pun tak faham, apa lagi nak bertutur), sekarang masalah mereka telah merebak kepada Sains & Maths pulak.

    Cadangan :

    1. Gunakan subjek BI utk perkasakan kemahiran berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris kepada pelajar sekolah rendah. Penekanan tidak seharusnya diberikan kepada aspek teknikal sahaja (cth: grammar, dsb), tetapi aspek komunikasi seharian itu sendiri. Perbanyakkan aktiviti yg menggalakkan pelajar bertutur bahasa tersebut supaya mereka boleh bertutur dgn yakin, bukan setakat mengenal/menghafal grammar, dsb.

    Inilah yg telah dilakukan oleh bekas lecturer saya (mat saleh) semasa di tingkatan 4 di MRSM dulu. Beliau telah mengenepikan modules BI yg dikeluarkan oleh Kementerian, kerana bagi beliau, modules itu tidak berjaya membuat pelajar mahir bertutur, tapi setakat menghafal grammar sahaja. Malangnya saya dpt manfaat dari pengajaran beliau hanya utk setahun shj, kerana guru ini telah diberi amaran oleh pengetua, dan akhirnya digantikan oleh guru Melayu.

    2. Ajar subjek Sains & Math di sekolah rendah luar bandar dlm dwibahasa. Semasa di sekolah menengah barulah diapplikasikan dasar PPSMI ini sepenuhnya.

    Setidak2, dgn cara ini, ia dapat menyediakan pelajar2 ini dgn asas yg secukupnya spy tidak terlampau terkejut dgn istilah2 BI yg digunakan semasa pengajaran Sains & Math di sekolah menengah nanti.

    Dgn cara ini, PPSMI akan dapat diapplikasikan dgn cara berhemah, tidak tergesa2, dgn mengambil kira kelemahan pelajar sekolah luarbandar, dan kelebihan pelajar sekolah di bandar.

    Sekian.

    Logik Ka?
    abczul321@yahoo.com

    Reply

  24. 24 Logik Ka? Dec 5th, 2008 at 3:10 pm

    I hate BN/UMNO because they are racist.

    Don’t let me hate PR (PKR/DAP/PAS) for being racist too.

    I fully support the below article, because I myself had benefited from this all-in-one system.

    lets’ offer everything under one (1) roof. All subjects. All kind of friends from all races, all cultures. All in one roof.

    There’s nothing to lose, but all to gain, as we are free choose which subject to take, which friend to befriend with, etc.

    When we are out of school, we will tend to be tolerant, and have all of the advantages as a result from this early assimilation.

    If we start doing now, we can see the fruits in the next 15-20 years.

    Logik Ka?

    abczul321@yahoo.com

    _________________________________________________________________________

    Merits of one school system

    Posted by admin
    Friday, 05 December 2008 11:11

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/15701/84/#jc_writeComment

    (The Sun) THE call to unify all the school systems by Datuk Mukhriz Mahathir is possibly the most important step in overcoming the ever growing racial divide among Malaysians. By putting together the future generation of Malaysia under one school roof, we are taking the first step in national unity: allowing them to socialise and experience racial diversity when young.

    I’m appalled at how almost all our shortsighted politicians talk of the “importance of multiple education systems” and evade the issue at hand. Mukhriz did not suggest removing the different systems of education. He suggested unifying all the different schools under one system with multiple choices of education still available.

    I have been through two education systems, the first being a reputable private school, dominated by Chinese, and the second was a standard government primary school. Now on hindsight, I can proudly say that the greatest educational experience in my life came from the government school where I was exposed to different cultures and religions. It took much difficulty and time for me to adapt to the new environment of diverse mix of cultures, but it was all worth it as it taught me the important lessons of tolerance and understanding, of how different people think differently and to be more open minded and accept different opinions.

    Based on my experience, I find those who have studied in vernacular schools to be the least tolerant. I find most people I encounter from such schooling have closed mindsets and difficulty accepting people with different ideas and thoughts. People who have been kept in an education system where they only mix with those of similar thinking and lacking exposure to people from different cultures.

    And the evidence is clear to see, just count how many are successful in migrating and living in distant countries and cultures other than their “homeland”. It’s this form of “birds of a feather” mentality that the idea of “racism” stems from: The lack of tolerance and openness to different thoughts and ideas.

    Another issue is the common excuse used in the political arena: claiming that this would remove our “cultural diversity” by refusing the teaching of “mother tongue”. The education system’s one and only purpose is to impart knowledge and skills to our future generation to prepare them to be useful members of society. The imparting of culture and “mother tongue” should never be the sole responsibility of the system. The responsibility should mostly lie with the child’s family. At most the system could allow for choices in what language education could be provided, at the parents and student’s discretion but all under one system and under one roof. Look at the way our schools are built: separate school buildings, separate compounds, separate administrations, all built for separate “races” and cultures. How do you expect our children to not be instilled with racial and segregated mentalities? How can we expect racial unity if our own children are brought up in schools that look as divided as East and West Berlin were?

    This is Malaysia.

    This country is a mosaic of different cultures and people. If we as Malaysians are to stand united, compromises have to be made on all sides. Every culture, every “race”, everyone has to make small sacrifices. It is something Malaysia has to undergo to be a unified, mature and responsible nation. Diversity is our country’s true identity. Unless we strive to control and tap our diversity to achieve our nation’s goals, it will be its greatest curse rather than its greatest asset.

    Reply

  25. 25 ieka Mar 24th, 2009 at 12:14 am

    assalammualaikum..

    i agree wif ppsmi..
    we should support this programme..
    this is bc0z, its dsnt mean when we applied english in education,
    we have t0 f0rget our bahasa..
    its juz want to upgrade us t0 same level wif the 0ther developing country..
    s0,its relevant t0 apply ppsmi in our country..
    LUV PEACE N0 WAR!!!

    Reply

  26. 26 pecinta negara Jan 25th, 2010 at 7:52 am

    assalamualaikum..
    jangan pandai cakap sahaja..buat dahulu,baru buktikan..
    PKR hanya pandai komen,kerajaan semuanya salah..
    nak memperkasakan bahasa melayu,bermula la di negeri yang ditakluki dahulu..
    contoh di penang..nampak sangat PKR xda function..100% dikuasai DAP..
    boleh dikatakan signboard bukannya dalam bahasa melayu lagi,bukan dalam bahasa Inggeris,tapi lam bahasa cina..Presiden PKR cakap saja pandai..melalui pembacaan komen-komen di atas,saya sangat setuju..macam ni lah,bknye nk racist or apa-apa..kalau betul PKR nak mantapkan Bahasa Melayu,buat di negeri yang ditakluki dahulu..

    Reply

Leave a Reply




fish_curry: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
28 minutes ago
fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
33 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
35 minutes ago
imanusman: @anwaribrahim @GorisMustaqim dan saya ikutan di mention pula oleh pak Anwar. Terima kasih. Kang Goris hebat pisan euy!
40 minutes ago
philyong: @anwaribrahim tidur awal YB! the rakyat needs you!
40 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930