30
Nov
08

Gegarkan Sarawak: Meraih Putrajaya

Dari Malaysiakini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusun strategi baru - menggegarkan Sarawak sebagai langkah baru menuju Putrajaya dalam merealisasikan ‘projek 16 September’ menukar kerajaan persekutuan.

Katanya, beliau akan ke Sarawak pada pertengahan bulan depan dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana menjelang pilihanraya negeri, selewat-lewatnya dijangka diadakan 2010.

“Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang,” kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.

“Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

“Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti.”

Kempen terbaru mantan timbalan perdana menteri itu dilancarkan di hadapan beberapa ribu hadirin yang memenuhi Stadium Malawati, yang ternanti-nanti kupasan terbaru berhubung isu pertukaran kerajaan, asalnya diura-urakan 16 September lepas.

Langkah PKR itu diumumkan susulan penerimaan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dilaporkan menyertai parti itu dua minggu lalu.

Anwar berkata, tarikh 16 September itu, merupakan sasaran ke arah membina satu kekuatan bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya.

“Ini isu yang tidak mudah diungkap dan dilakar dengan kata-kata kerana ada sebab, ada hal yang saya tidak dapat sebutkan.

“Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

“Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah,” katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa para penyokongnya.

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai bersabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli PKR dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.

“Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang.

“Saya yakin, insya Allah (ke Putrajaya) sebagaimana mana saya yakin (dapat menang lima negeri) sebelum 8 Mac,” tambah Anwar.

Beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-12, beliau membuat kejutan dalam ceramahnya di Singapura apabila mendedahkan lima negeri akan jatuh ke tangan gabungan pembangkang.

Kenyataannya itu tidak diterima dengan mudah, termasuk oleh jentera kempen PKR sendiri waktu itu. Bagaimanapun keputusan akhirnya menyerlahkan ketepatan ramalan Anwar.

Tambahnya, keyakinannya untuk mengambil alih kerajaan pusat digerakkan juga oleh penerimaan ramai terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihanraya itu dan juga kemenangan beliau di Permatang Pauh, Ogos lepas.

Menjelaskan kegagalannya merebut kekuasaan pada September lepas, Anwar menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang enggan berunding untuk membincangkan isu penyerahan kuasa.

Permintaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan satu sidang khas tergempar Dewan Rakyat untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri juga telah ditolak, tambahnya.

Dalam ceramah itu juga Anwar menyatakan beliau tidak berasa bimbang tentang ketandusan kepemimpinan dalam parti itu untuk meneruskan kesinambungan perjuangan PKR.

Ini kerana, tambahnya, parti itu mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang berkelayakan untuk menentukan arah perjalanan parti itu walaupun tanpanya.

Ketua pembangkang itu menjelaskan, PKR akan mengadakan kongres khas untuk merancang penjanaan kekuatan parti pada Februari depan.

Beliau juga menegaskan kesediaan PKR mempertimbangkan desakan sayap Wanitanya yang menuntut penglibatan 30 peratus peranan wanita dalam membuat keputusan dan jawatan utama dalam parti.


21 Responses to “Gegarkan Sarawak: Meraih Putrajaya”


  1. 1 Zulz Dec 1st, 2008 at 12:00 am

    Pada 29 November 2008, jam 03.00 petang, semasa merasmikan Fiesta Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju dalam Malaysia bertempat di sebuah lokasi di Sri Aman, Sarawak. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YAB Dato’ Patinggi Alfred Jabu anak Numpang telah mencemuh dan meremehkan kekuatan PR (beliau ketika itu bercakap dalam bahasa Iban). Beliau cuba mempengaruhi rakyat Iban akan ‘keburukan’ dan ‘kejahatan’ DSAI termasuklah Dominic Ng dan Jimmy Donald. Dalam nada yang begitu semangat berkempen di atas nama projek dan politik pra-matang, tiba-tiba hujan turun dengan lebat serta bunyi guntur yang kuat menyebabkan ‘amanat2′ beliau langsung tidak kedengaran oleh hadirin. Situasi ini semacam tidak ‘diizinkan’ atau ‘diredhai’, jelas insiden tersebut memberi sedikit tekanan kepada beliau sehingga nada ucapan/kempen agak beremosi. Sebaik habis beliau berucap, agak menghairankan…hujan dan guntur mula reda dengan pantas meskipun renyai2. Ada hadirin secara sinis menyatakan insiden tersebut sebagai ‘tulah’ kerana melempar fitnah dan ‘menjahilkan’ rakyat Sarawak amnya. Apapun komen, lokasi tertentu di muka bumi Sarawak ketika hendak menjelang Pilihanraya Sarawak 2010 ini sudah mula dilimpahi ‘projek tersemat dengan matlamat’, bahkan wajah debu pada lokasi gersang di Sarawak akan berseri dengan binaan batu konkrit yang dibentuk dalam masa yang singkat sahaja. Kalaulah 45 tahun dahulu debu2 tersebut dibuang, Sarawak mungkin sama tarafnya dengan negeri2 maju di Semenanjng Malaysia.

    anak sarawak 77 Reply:

    Salam DSAI dari anak sarawak yang mahu perubahan mendadak di bumi sarawak yang telah lama di cengkam kuasa kroni. Saya amat mengharapkan matlamat DSAI untuk merobohkan kota BN di Sarawak akan direalisasikan dalam pilihan raya akan datang. Dah tak sangup lagi kita di belenggu politik pembohongan calon BN di Sarawak. Janji calon BN di Sarawak tidak dapat di kotakan seperti mana yang dikatakan oleh mereka semasa pilihan raya. Calon BN sarawak tidak berani mengutarakan isu sebenar apa yang berlaku di negeri sarawak,isu kad pengenalan, jalan raya, eleterik dan pendidikian, semua isu ini tidak dapat di utarakan semasa pembahasan parlimen kerana semua calon BN TAKUT dengan bayangan sendiri. Calon BN semua nya kaki pengampu kerana takut tak tak dapat projek.Mari lah semua rakyat sarawak merubah keadaan negeri ini dari dibelenggu oleh pemikiran kroni BN Sarawak. Semua mereka mesti di ajar supaya tengok kesusahan rakyat, jangan pandai bercakap semasa berkempen sahaja. Kebanyakkan wakil rakyat BN sarawak tidak pernah turun padang untuk meninjau permasalahan rakyat. Ayuh warga pakatan rakyat kita robohkan kota BN di sarawak, kami tetap menyokong anda PAKATAN RAKYAT>

  2. 2 bawean termenung Dec 1st, 2008 at 12:17 am

    baiklah..dengan target baru ini kita memperlahankan rentak tetapi pasti..sekarang setelah kita bekerja yang tinggal hanyalah doa..dan doa orang mukmin dan orang miskinlah yang tinggal buat senjata kita..semoga makbul usaha kita yang di iringi doa mereka.. salam komunitas bawean

    Wak Kampret Reply:

    Kakeh. Saya amat setuju ngan pendapat kakeh.

    Ibarat kalau ibu bapa dah takde, siapa lagi yg nak berdoa untuk mereka kecuali anak anak yg soleh.

    Sama lah di sini, kalau rakyat yg kaya raya, yg berkuasa dan yg makan suap tidak mahu ambil peduli dan mencarik kebenaran, siapa lagi yg tinggal kecuali rakyat rakyat biasa.

    Kalau kakeh tanya saya…”kama eh berk nah?” saya jawab “yukkk ke putrajaya!”

  3. 3 man Dec 1st, 2008 at 1:31 am

    salam DSAI,takbir sarawak adalah barisan hadapan kita skrg.semoga harapan ke putrajaya tercapai sebelun pru13 insyaallah.hidup pr.

  4. 4 ANAK SARAWAK Dec 1st, 2008 at 11:19 am

    Salam. DSAI saya mulakan dengan ucapan banyak banyak jutaan terima kasih daripada rakyat sarawak yang sudah lama sokong DSAI, dengan adanya strategi dan cara kita kerja lakukan di sarawak nanti, akan kami pasti kan semua anak anak sarawak bersama sama juga dengan PKR semoga semua PKR semengjung jalankan kerja di sarawak nanti sentiasa jujur dan ikhlas berjuang dengan rakyat sarawak,

    kami anak sarawak menjamin keselamatan semua orang PKR,PAS,DAP semennjung yang detang sarawak pada setiap masa selamat di negeri kami dan dalam ucapan kongres PKR DSAI minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

    “Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti.”

    InsayaALLH apa yang kita lakukan untuk Rakyat dengan jujur dan ikhlas akan kita capai kemenangan untuk RAKYAT MALAYSIA BARU… HIDUP SARAWAK….HIDUP PK RAKYAT MALAYSIA…

    Waslam
    anak PKR sarawak

  5. 5 Aki kalawon Dec 1st, 2008 at 1:53 pm

    Assallamualaikum DSAI,

    Saya amat tertarik dengan strategi DSAI mengenai dengan menggegerkan Sarawak sebagai langkah baru menuju ke Putera Jaya. Insya Allah dengan Berkat Doa darpada Semua masyarakat di Malaysia Timur ( Sabah dan Sarawak ), pasti menjadi kenyataan dan realiti, Insya Allah.
    Dalam konteks yang lain, adakah DSAI telah merancang sesuatu strategi bagi kami rakyat Malaysia di Sabah ini…?
    Pada pendapat Akikalawon daripada Pedalaman Sabah, ada lah lebih baik Sabah juga disertakan dengan Gegaran keramat yang akan menuju ke Putera Jaya.

    Terima Kasih,

    Wassallaam,

    Akikalawon.

  6. 6 sarawak baru Dec 1st, 2008 at 4:57 pm

    Tahniah DSAI, kehadiaran PKR dinanti-nanti. Insyaallah undi kami 100% milik PKR.

  7. 7 joe-kedah Dec 1st, 2008 at 9:12 pm

    SALAM TAHNIAH UNTUK IDOLA KU DSAI
    Dimaklum, saya pernah bertugas diKucing, pernah bertugas diBintulu, pernah bertugas di Sibu, pernah bertugas diMiri, pernah bertugas diOya, pernah bertugas diKanowit, pernah bertugas di Durin, pernah bertugas di Kapit, Pernah bertugas diSong, barangkali Sahabat karib saya Kanang anak Langkau ingat peristiwa AGI IDUP AGI NGELABAN, kau lah hero yang menghisap darah PARAKU, aku harap sahabat ikut jejak DSAI bawa kaum kerabat ikut PKR, saya pernah juga bertugas di Sarikie, pernah juga bertugas di Binatang, Banyaknya udang galah kat situ sebab ada buaya Sg. Rejang (bukan buaya yang ada sekarang ini, pelahap wang ringgit) dan pernah juga bertugas di Muara Selalang. Sebut saja kaum Iban, dia orang ikut ketua (Tuae Rumah), Sebut Saja Dayak, Dayak Laut, memang dia orang hormat ketua, tetapi sebut saja Melayu Serawak berlainan sikap, masing-masing bawa haluan sendiri. Dahulu, sewaktu Tun Rahman Yaakub jadi ketua menteri, rakyat serawak hidup harmoni dan beliau tidak ada keturunan untuk menguasai tahta pemerintahan diserawak. Dek kerana kuasa, dengan sokongan kroni-kroninya Tun Rahman telah dijatohkan olih anak saudaranya sendiri. Sejarah memang ada, bilamana bapa saudara merajuk menubuhkan parti lain. Apabila berlaku perebutan sebegini, kaum-kaum diserawak kecuali melayu serawak telah mula sedar dan mula berubah angin. Sehingga kehari ini, dilihat rakyat serawak telah mula membuka mata dan minda dan saya rasa penuh yakin serawak bukan lagi kubu kuat BN, dan insyaallah dengan semangat perjuangan yang tinggi, dapat menambat hati bekas-bekas tentera dari keturunan Iban, Dayak, Land Dayak, Melanau, perubahan ketara pasti berlaku dan perlu diingat, bahawa mereka ini setia kepada janji, kalau dan janji akan membuat sesuatu, mesti tunaikan segera. Insyaallah, dari jauh nun diutara tanah air, saya mendoakan DSAI berjaya dalam cita-cita untuk MALAYSIA BARU!

  8. 8 Anak Kuching Dec 2nd, 2008 at 11:19 am

    Assalamualaikum.

    It’s about time. Saya bukan penyokong mana-mana parti politik tetapi saya akan mengundi parti yang bermatian untuk rakyat. Pada masa yang sama, saya sudah muak dengan politik BN Sarawak. Langsung tidak prihatin terhadap rakyat. Sungguhpun begitu, saya juga kecewa dengan kerenah pengundi Melayu luar bandar Sarawak yang begitu mudah dibeli undinya oleh pihak BN.

    Kalau MP PR nak turun padang ke Sarawak, saya mintak these MPs masuk kampung ke kampung dan didekati rakyat tanpa protokol. Kalau MPs wanita nak tolong orang masak pun lagi bagus. Tidak perlu janjikan kami dengan pelbagai janji-janji manis…cukup hanya dengan menunjukkan yang anda pedulikan kami. Itu sahaja. Kalau, MP Muslim, solat jemaah bersama penduduk tempatan dan bagi yang Kristian, join sekali mass mingguan mereka.

    Diingatkan, jangan timbulkan isu ketuanan melayu kerana di Sarawak dari segi sejarahnya tidak pernah ada perundingan yang sedemikian sebelum membentuk Malaysia. Kalau boleh MP yang datang makanlah bersama rakyat. Itu sudah cukup. For the next election, pilih calon orang tempatan yang berkaliber bukan main tangkap muat. Kami di Sarawak tidak pernah peduli akan bangsa apa yang akan menjadi KM jadi keep it that way. To gain supports from Sarawakians, concentrate on Malays, Chinese, Iban and Bidayuh. I have nothing again the Melanau or Orang Ulu but it seems that it is not that easy to swing their votes. Trust me.

    Good luck.

  9. 9 Mohd Zamri Dec 2nd, 2008 at 12:53 pm

    Teruskan perjuangan mu DSAI, gegarkan Sarawak dan Sabah serta ambil alih pemerintah dan jadikan Malaysia sebagai Malaysia Baru. Kami rakyat semuanya bersedia bersamamu.

  10. 10 anak sarawak sibu Dec 2nd, 2008 at 7:01 pm

    terima kasih kepada dato seri,sudah tiba masa nya penduduk-penduduk di sarawak mahukan perubahan
    besar untuk memajukan diri tanah air dan sebagai…jangan mudah ditipu oleh janji kosong oleh barisan nasional..terutama masyarakat iban sendiri sepatutnya masyarakat iban sendiri boleh maju kalau tak bergantung kepada BN…..jangan tunggu janji kosong…kita mahukan perubahan

  11. 11 sarawak baru Dec 3rd, 2008 at 4:51 am

    Good comment from anak kuching and appreciate it. Thanks to old days and much differences for these days and now. Not much of us would like certain changes, but I do believe those days hardship will not be too hard to adapt once all of us put an effort and be ready for the future.

    May it be malay, , chinese, iban, melanau, bidayuh and etc, new generation has observed, even working towards its and have learnt a lot what is happening in sarawak. What is more important is our willingness to accept what we thought is going to benefits our generation in future. I may be too optimistic, but if we do not decide now or near future then the choice for changes will need to wait more longer.

    Hope we could innitiate first by whatever means so that all the ambition and hope will make way for DSAI and their armies to come and rescue for good.

  12. 12 kimput Dec 3rd, 2008 at 10:35 am

    Akm dan salam sejahtera pada DSAI dan Pemipimin-pemimpin PR…kita sentiasa mendoakan kemenangan di Sarawak nanti…lepas tu Sabah pula…yukkk Putrajaya…

  13. 13 anak julau Dec 3rd, 2008 at 10:40 am

    DSAI,

    Julau candidates should be review in proper way for the next
    state election.The chairman should be change to the young face
    for more supporters at the constituency.PKR leader must always
    visiting areas especially the longhouse.

    GOOD LUCK DSAI.

  14. 14 arif fakhrie Dec 3rd, 2008 at 5:12 pm

    Salam,melayu tolong melayu,bukan hancurkan melayu itu sendiri.Kenapa disini saya tak dapat melihat apa visi dan misi sebenar kerajaan pakatan ini.Saya juga tak faham kenapa perlu bergegas ke putrajaya,kenapa tidak tunggu sehingga pilihanraya yang akan datang?Anda(dato seri anwar)asyik menguarkan akan jatuhkan umno kemudian baru BN.Kenapa umno dulu baru BN?adakah ini untuk membalas dendam keatas umno atas perbuatan mereka terdahulu?Kenapa anda sanggup berbuat demikian?Saya teramat sedih dengan situasi politik kini.Kenapa islam di malaysia kian hilang?Kita di malaysia ini hanya islam atas nama sahaja……..Contohi para ulama terdahulu sebagai idola.Kita ambil satu sahaja,nabi muhammad saw.Bacalah al-quran,fahami maksudnya.Terlalu banyak persoalan yang ingin saya tanyakan tapi cukuplah sekadar ini sahaja.PEMUDA YANG BAKAL MENGUNDI………(email kepada saya kembali)

    Din Bravo Reply:

    Melayu tolong melayu? Kenapa awak tak tanya BN? Dorang selalu tolong members..

    Awak tak nampak visi Pakatan sebab mungkin mata awak telah di buta kan dgn element palsu BN. Atau awak penyokong kuat BN. Jadi apa kah visi BN? Untuk lebih kan duit di kocek atau gi holiday di Mongolia?

    Kalau tunggu hingga pilihan raya, kita tak tau sama ada kita panjang umur atau tidak. Jadi kalau ada peluang, terus kan lah. Asal kan dalam ruang undang2 yg sah.

    Bergegas? Bila Nelson Mandela bergegas jatuh kan Apartheid… seluruh dunia buka mata terbeliak!!! Masa perubahan untuk Afrika Selatan telah tiba dan Mandela lah yg membawa obor api yg kuat untuk mengiring negeri Afrika Selatan ini.

    Tak kan lah kalau kita masuk Putrajaya, cuma di iringi tarian melayu, kompang dan potong ribbon aje brader. Takde umpphhh lah.

    Kenapa UMNO dulu? Sebab UMNO adalah kepala. Tak kan nak potong party yg ibarat kaki atau tangan. Kepala jatuh semua jatuh.

    Awak sedih, kita org rakyat biasa lagi sedih. Kenapa Islam kian hilang? Islam sentiasa ada, manusia je yg berubah ikut nafsu.

    Saya pun ada banyak soalan tapi sampai sini saja lah. Pemuda yg selalu mengundi.

    ANAK SARAWAK Reply:

    salam , saudara arif kenapa melayu tolong melayu, itu sudah pasti dalam hidup orang melayu, tetapi saudara knk tahu dan rujuk dulu dalam pelambagan negara malaysia adakan perti yang mememrinta negara masti knk jaga orang melayu saja, siapa saja kerajaan yang memerinta malaysia knk jaga semua bangsa di malaysia ini, soal jatuhkan UMNO bukan untuk membalas dendam, tetapi PK RAKYAT nak tukar kerajaan UMNO dan BN kerana kerajaan UMNO dan BN salah guna kuasa pada rakyat jalata, mari lah kita rakyat malaysia barubah untuk semua rakyat malaysia yang kita cintai. demi agama, negara, bangsa, kalau saudara pemua yang bakal mengundi tolong lah rakyat yang mahu keadilan untuk semua bangsa malaysia, kita akan maju dan bajaya dalam malaysia. HIDUP SARAWAK……HIDUP MALAYSIA BARU….. pastikan kita rakyat sarawak undi PKR..

    Waslam
    Anak Sarawak

  15. 15 Three Young Dec 9th, 2008 at 4:04 pm

    Sarawak maju..

  16. 16 IBNU sinna Mar 4th, 2009 at 4:49 pm

    sebenarnya..PKR atau pakatan rakyat.boleh menang menentang semua tohmahan etc etc yang UMNO buat..kebanyakan para pemimpin PKR adalah org yang Bijak ambil jer jalan mudah dengan melakukan satu serangan pertama..( baru langkah pertama) saman apa saja yang patut disaman atas apa tindakkan UMNO atau pemimpin mereka baik di mana mana negeri. ikut langkah langkah yang mereka kena kan ke atas pemimpin PKR iaitu melalui badan bukan kerajaan yang di buat hanya untuk sesuatu isu..( ketua menteri sabah –> banyak kes tuu follow up tiap tiap hari akan kesilapan yg beliau buat..Ketua menteri sarawak..wow ini pun banyak..memang org negeri sabah dan sarawak ni penakut sikit..tapi pemimpin pemimpin PKR buat lah langkah dulu:)

    anything.buat jer laporan polis di mana mana balai.mengenai ketidakadilan yang di lakukan pemimpin umno..bawa lah dkt 10-20 org ker..tapi buat lah secara berasingan..tak susah pun:)..bayk lagiiiiiiiiiii idea.:) kalau lah nak kongsi:)

  1. 1 Parti KeAdilan Rakyat - Harapan Baru! « Alhaj Pingback on Dec 2nd, 2008 at 5:37 pm

Leave a Reply