27
Nov
08

Kenyataan Media DSAI

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

KUALA LUMPUR, 27 NOVEMBER 2008

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Liew Vui Keong di Parlimen semalam yang menafikan berlakunya pengaliran keluar pelaburan asing sebanyak RM 38 billion membuktikan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan dan kedangkalan Timbalan Menteri tersebut akan kedudukan sebenar aliran pelaburan langsung asing di negara ini.

Kita bukan sahaja menghadapi fenomena aliran keluar pelaburan asing secara langsung(FDI) sebanyak RM38 bilion malah berhadapan dengan pelabur-pelabur tempatan yang mulai melabur di luar negara termasuk sektor pekilangan yang menutup atau mengecilkan operasi kilang-kilang mereka. Kita juga menyaksikan bagaimana pengeluaran pelaburan asing dari bursa saham negara menyebabkan kerajaan terpaksa menyuntik RM5 billion melalui Valuecap Bhd untuk menyelamatkan pasaran saham, dan sebagainya.

Seharusnya Timbalan Menteri berkenaan sedar akan peningkatan mendadak pembuangan kerja dan pemberhentian secara sukarela “VSS” di kilang-kilang dan perusahaan-perusahaan lain diseluruh negara akibat pengaliran keluar pelaburan langsung asing amat meruncing sekarang.

Timbalan Menteri juga perlu menginsafi fenomena aliran bersih pelaburan langsung asing yang negatif ini hanya dialami oleh Malaysia sedangkan negara-negara lain di rantau ASEAN mengalami peningkatan kemasukkan pelaburan langsung asing yang tinggi sehingga mencecah 80.9% berbanding tahun lepas.

Timbalan Menteri sewajarnya menarik balik kenyataan beliau dan saya sekali lagi menyeru agar satu sidang khas di parlimen ini bagi membahas isu yang sebegitu penting.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Parlimen Malaysia


25 Responses to “Kenyataan Media DSAI”


  1. 1 mohd nor bin talib Nov 27th, 2008 at 5:07 pm

    Pembaziran wang rakyat terus berlaku, bill out perkara yang kurang menesabah juga makin bermaharajalela, penutupan kilangx makin hari makin berterusan, kemanakah belia dinegara ini untuk mencari nafkah selepas tamat persekolahannya, hujahx telah diberi oleh pembangkang tetapi menteri seolahx menutup telinga ,tiada apa yg boleh dilakukannya sekarang.Cadangan demi cadangan diberi oleh pihak memerintah tapi tiada satu pun dilaksanakan.Maka jadilah rakyat dinegara ini sebagi menunggu buah yang tak jatuh.Apakah caranya kerajaan atau pihak pembangkang utk mengetasi kemalut ini.Duduk semeja antara kerjaan dan pembangkang tidak mungkin berlaku kerana keenganan pihak kerjaan berkerjsama dgn pembangkang, maka rakyat akan terhimpit didalam suasana ini.MINTA perkara ini dapat diatasi.Dengan satu hati dan pakatan jitu dari yb yb dari pakatan rakyat mungkin ia boleh meringan sedikit beban rakyat.

    Reply

  2. 2 Stealth Nov 27th, 2008 at 5:19 pm

    Apa guna berdebat dgn kaum yg tdk memperdulikan nasib rakyat & negara??. Bukankah DSAI sudah mempunyai cukup bilangan ahli MP utk menukar k’jaan M’sia ini??. Ayuh!! laksanakan & ucapkan selamat tinggal kpd debat yg membuang masa ini yg hanya menambahkan dosa kering aje.

    Reply

  3. 3 AMK JOHOR Nov 27th, 2008 at 6:05 pm

    GEMPUR AMK BATU PAHAT MAKIN BERBISA

    Jutaan tahniah buat AMK Batu Pahat di atas pengstrukturan kearah pemantapan AMK Batu Pahat.
    AMK Johor diketuai Sdr. Nor Azman disertai Sdr. Khalid bersama-sama dengan lebih 20 pemuda Batu Pahat merangka dan menetapkan beberapa gerakkerja AMK Batu Pahat.

    Barisan Nasional kian goyah , Pakatan Rakyat Semakin Gagah dan Parti keadilan Pasti Gemilang

    Zabidi Abas
    Timb. Ketua

    posted by Pemacu Gemilang Johor

    Reply

  4. 4 Anakin Nov 27th, 2008 at 10:21 pm

    Dear Citizens,

    Finally as usual, it seems the opposition has misled the nation in their campaign for change and racial justice (http://www.malaysiakini.com/news/93208) Please DO NOT mock Barack Obama’s victory because we have now slipped behind even further behind the developed world. That is a fact!

    Thank you!

    Reply

  5. 5 Pelanduk Nov 28th, 2008 at 12:44 am

    Assalamualaikum kita ucapkan kepada semua Peminat PKR,

    Syabas kita ucapkan kepada DSAI kerana menyatakan satu perkara yang sangat POKOK dan PENTING tentang kedudukan dan prestasi ekonomi Malaysia yang sebenar. Apa sudah jadi kepada pemimpin2 politik BN atau parti kerajaan ini? Dalam keadaan seluruh negara di dunia mengakui dengan perasaan rendah diri bahawa ekonomi negara mereka terjejas dan merosot pemimpin2 UMNO dan MCA pula cuba berlagak pandai dan bermain sandiwara dan berdrama murahan dengan berkata bahawa ekonomi Malaysia tidak terjejas teruk. Pemimpin2 UMNO dan MCA sebenarnya ingin tipu siapa? Mereka tidak SADAR-kah bahawa Malaysia berada di tengah2 laluan negara2 dunia di sebelah Barat dan sebelah Timur. Kalau negara2 di Barat seperti Amerika dan Great Britain dan di sebelah Timur seperti Jepun dan Cina mengaku bahawa keadaan ekonomi mereka terjejas oleh kejatuhan ekonomi dunia bagaimana MALAYSIA pula boleh berkata kita terlepas dari BENCANA besar yang menimpa dunia??? Tidak sedarkah orang2 besar UMNO dan MCA ini kita ini sebahagian daripada ekonomi dunia yang luas itu? Dalam keadaan dunia sudah begitu parah dan banyak rakyat dunia yang sudah kehilangan pekerjaan dan punca pencarian pemimpin2 Malaysia dari UMNO dan MCA yang tidak bertanggungjawab masih lagi mahu menipu rakyat Malaysia yang jauh lebih pandai dan arif tentang apa yang sedang berlaku di seluruh dunia pada LA NI? Apakah pemimpin2 UMNO dan konco2 UMNO dalam BN seperti MCA masih lagi bermain SANDIWARA HANG TUAH dan OPERA CINA yang sudah tidak laku untuk mengaburi mata rakyat tentang masalah ekonomi yang terbesar yang sedang kita hadapi. Ayoh rakyat Malaysia bangunlah dan sedarilah masalah ekonomi yang kita sedang hadapi tidak boleh oleh pemimpin2 UMNO dan MCA yang sudah bankrup idea dan muflis inspirasi!!!

    Reply

  6. 6 gendut Nov 28th, 2008 at 1:53 am

    TIMBALAN MENTERI YANG CUBE MEMBODOHKAN RAKYAT..DAN MENGHALALKAN SEMUA TINDAKAN KERAJAAN..
    media pun hari2 asyik citer kejatuhan / kelempapan ekonomi Singapura utk dijadikan perbandingan oleh Rakyat…konon nye supaye Rakyat tak kisah sbb Singapura pun teruk gak…

    1998 Asean diserang secara lansung oleh penyagak G.Soros…ramai rakyat Malaysia yang kene “VSS”
    2008 Asean terima tempias kejatuhan ekonomi Amerika…ramai rakyat Malaysia kene “VSS”

    Kalau bukan sbb pelabur lari kenapa Pak Najib pam 5 bil kat BSKL utk beli saham2 yg kurang nilai…? sekarang pulangan 5 bil pun tak tau lagi…?

    Woiii…aku dah lemas lah ngan kelembapan ekonomi ni…malahan kejatuhan nilai ringgit berbanding EURO/POUND pun amat2 menyusahkan….perniagaan merosot teruk…harga barang import dr UK & Eropah meningkat bukan sahaja disebabkan currency tapi freight charges pun mengila

    SELAMATKAN EKONOMI MALAYSIA..!!!!!!!!! berniaga payah hoiiiiii…

    Reply

    KOCHEBIN Reply:

    Kan Abang Anwar awak kata Usd 1 trillion nak masuk ke malaysia.Tanya lah dia.Amerika pun termengah mengah sekarang,macam mana nak bagi 1 trillion.Kak Kah Kah.Kot kena tunggu duduk kerusi Putra jaya kot.Hari Raya Haji dah nak dekat,hari tu janji kat Kelantan,dia dapat duduk kat Putra Jaya.Kita tengok lah Labuuu.

    Reply

    ulam batar Reply:

    VSS bunyi macam US aja> USS atau USD atau USA.

    Reply

    revolusi Reply:

    VSS meaning very sad story

    Reply

    ulam batar Reply:

    Yes! banyak kilang Eletronik di Malaysia kepunyaan US akan kurangkan perkerja, so apa yang harus dibuat oleh Kemterian Sumber Manusia???????

    Kochebin!! bukan US tetapi Arab!!!

  7. 7 gendut Nov 28th, 2008 at 2:19 am

    Dua tiga hari ni aku agak sebok ngan kejer…sampai nak bace paper pun tak sempat…ye lah akaun nak tutup ujung tahun…

    tapi berita jam 12.00am cannel 502 ade 2 berita yang menarik perhatian aku…

    1. Sultan/Raja2..meminta dikembalikan kekebalan yang ditarik oleh DR.M pd 1993
    makin runsing UMNO…lepas Rakyat mendesak…parti komponen plak mendesak…pastu ahli Parti sendiri pun mendesak..sekarang Raja2 & Sultan plak mendesak…makin terdesak lah UMNO

    2. Encik Ramlan Reformis…..tetap akan meneruskan mogok bogel di BSSAAS mendesak Menteri Besar berundur…
    ape kate klau Menteri Besar buat dek jer ngan permintaan die…tgk sanggup ke di bogel Disember nanti…ade ke Kakitangan Kerajaan atau orang awam dr golongan Hawa yang sanggup melihat
    “keris tanpa hulu tapi penuh bulu” tu…?

    atau die ni spesis giler glamor….? yang aku pasti setiap statment die sering tukar2 mcm sesumpah…anytime bleh twist 360 darjah

    peringatan untuk Encik Ramlan….satu hari nanti jikalau ade anak2 remaja Melayu/Islam
    yang berbogel demi menunjukkan……kebebasan/kedegilan/keseronokan/kebodohan mereka jangan lah saudara marah…kerana saudara sendiri menjadi contoh dan tauladan kepada mereka bahawa bogel boleh dilakukan untuk menarik perhatian….

    HUKUM AGAMA…itu perkara kedua…yang penting BOGGGGEEEELLLLLL…….ya…itu mazhab saudara

    Reply

  8. 8 SILENT MAJORITY GROUP Nov 28th, 2008 at 3:25 am

    KAMI DAH HIDUP 40 TAHUN LEBIH!

    …BELOM ADA PROTESTERS YG GERTAK NAK BOGEL KERANA TAK PUAS HATI??

    JANGANLAH MALUKAN INTELEK RAKYAT MALAYSIA! RAKYAT TAK PERLU PROTESTER
    SEPERTI KUMPULAN KAMU!

    KPD SEMUA RAKYAT SELANGOR/KL: SEKIRANYA TUAN2 TENGOK ORANG2 GILA NI BERBOGEL,

    YTANGKAP & POTONG KOTE MEREKA INI!

    JANGAN BIAK PERANGAI BIADAP DI MALAYSIA!

    Reply

  9. 9 Syahir the Owl Nov 28th, 2008 at 3:59 am

    Apa yang diutarakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalahbenar. Najib ni sepatutnya bertanggungjawab bila memberikan statement kerana ia boleh membawa kesan kepada parti UMNO & BN yang saya sokongi ini.

    Tun pun kata mana ada pelabur arab nak mai masuk pelaburan di Malaysia sebab di negara mereka pun ada masalah ekonomi. Adalah bodoh membawa wang ke sini sedangkan korupsi adalah makanan snek kepada pengamal2 korupsi orang-orang kerajaan yang asyik mintak komisen, komisen komisen!

    Apa-apapun, syabas kepada Dato’ Seri sebab kita kini menyaksikan pembangkang sangat proaktif dalam banyak isu di Parlimen. Kehadiran Dato’ Seri membawa warna berlainan.

    Diharap agar Dato’ Seri dapat memberikan seberapa teguran terhadap BN supaya menjadi lebih efektif dalam menguruskan negara. Saya bimbang jika BN terus lemah dan korup jika Najib tak berbuat sesuatu demi kebaikan negara kita.

    Malaysia sepatutnya kembali balik untuk membuat kawalan RM supaya ringgit kita tak diapung serta perlu ada kesepakatan untuk negara-negara Islam laksanakan Dinar Emas, agar kuasa Yahudi Zionis dapat diretakkan dengan bersatunya Islam.

    Salam Aidiladha :-).

    http://gunungraya.blogspot.com

    Kecewa dengan BN/UMNO tapi masih percaya kepada UMNO Reform yang kini sedang bergerak lancar,

    Syahir the Owl

    Reply

  10. 10 Tun Sri Lanang Nov 28th, 2008 at 8:48 am

    yang penting bukan soal kenyataan menteri, tapi tindakan yang betul menangani masalah ini.

    soal pengaliran keluar adalah fenomena biasa bila mana syarikat induk dan pasaran merundum maka pelabur akan tarik pelaburan.

    penting sekalai kerajaan menangani krisis ini supaya walaupun tak mewah tetapi semua rakyat tetap sejahtera.

    menambah kecairan di pasaran lebih menguntungkan rakyat, yang boleh berbelanja secara berhemah bila semua orang menggunakan duit untuk berbelanja dan berniaga.

    jika kita membiarkan semua saham syarikat terus bengkrap, pasaran tempatan akan lebih meruncing dan rakyat akan terus menderita, pekerja syarikat dan keluarga juga menderita kehilangan pekerjaan.

    jika semua orang kaya menyimpan duit kerana kenaikan kadar faedah simpanan yang tinggi, maka tiada pusingan atau edaran kewangan yang terhad, akan menyebabkan rakyat yang miskin akan terus miskin dan yang kaya terus kaya.

    sekarang ini pun blok europe telah mengikut jejak langkah yang malaysia buat 10 tahun dahulu.

    ini menunjukan kegagalan sistem bank dunia dan imf (yang hampir bengkrap)yang Datuk seri junjung itu.

    Terima kasih.

    Reply

  11. 11 anfieldfan Nov 28th, 2008 at 9:03 am

    a’a ramlan reformis ni sape ekkk… x penah dengar pn sblm ni. ke gila glamour gak mamat ni. sblm ni ms bn memerintah x pulak dengor puak2 ni…alih2 skang ni ada je. confuse…confuse..

    Reply

  12. 12 mohd nor bin talib Nov 28th, 2008 at 9:15 am

    Apa yang diucapakan oleh YB Khalid Samad didalam slot TV3 jam 8.00 warta perdana pada 27/11/2008 bertajuk Datuk Hassan Ali vs YB Khalid Samad, berselogankan ”RETAK MENANTI BELAH”.Ucapan itu ada betulnya, dengan lucutnya sebagai Pesurujaya Pas kini beliu boleh menumpukan kerja-kerja untuk memperkuat jentera pakatan rakyat.Apa yang tak sedap didengar yb ini berkata biar ia menentang arus,kata-kata dibaca oleh pemberita tv 3 bukan dari mulut beliau.
    Datuk Hassan Ali, kata yb ini suka membuat urusan pemerintah sebagai exco n.selangor berseorangan ikut acuan pas sedang mb sel adalah dari PKR.Ini menyukarkan mb selangor menjalakan tugasnya dgn lancar.
    Biarlah tajuk ”retak menanti belah” saya ulasan dgn pandangan saya yg tak seberapa ini. Bila kita sudah berkuasa memang sukar kita nak menerima pandangan org lain, mungkin pas terbawax cara BN sekarang,bn sekarang tidak sehaluan dgn partix kompenannya.tetapi pas perlu ingat bn ini mempunyai ramai master mind ia merancanakan keadaan, satu ketika nampak ia spt bergaduh sebenarnya tidak, bn main wayang untuk memerangkap pakatan rakyat.BN berupaya melagax diantara mereka selepas itu mereka berbaikx semula,sebaliknya jika pakatan rakyat berbalah takutx akan berdendam selamaxnya ini akan merugikan pakatan rakyat yg sudah mula diterima oleh rakyat.Jangan pula ada dikalang ahli pas menudoh Yb Khalid org DSAI,semua yb pakatan adalah org yang berkerjasama dgn DSAI.Perkara ini jgn dipanjangxkan. BERDAMAILAH WAHAI YB BERDUA INI.YG LAIN JGN CUBA UNTUK BATU API BERFIKIR RESIONAL.

    Reply

  13. 13 FATIMA AZAHRA Nov 28th, 2008 at 10:22 am

    Assalammualaikum DSAI, teruskan perjuangan sdra. Saya tidak terkata melihat penipuan yang dilakukan. Kedudukan sdra pun masih tidak menentu. Tuduhan meliwat yang dikenakan kepada sdra semenjak 1998 seperti telah menjdi hukum yang diterima oleh orang ramai. Bekas pembantu sdra pula begitu berani bersumpah dengan nama ALLAH. Ini menambahkan lagi kekukuhan tuduhan tersebut. Saya di sini menjadi bertambah sedih atas penghinaan yang dikenakan terhadap sdra. Hanya hati-hati yang tertentu yang diberi petunjuk sahaja yang dapat melihat konpirasi jahat tersebut. Kes Altantuya, kes Norita dan kes Mustakizah serta banyak kes-kes lain berakhir dengan penuh persoalan dan tanda tanya. Hingga sekarang, saya menunggu cahaya keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan di bumi Malaysia. Saya memandang sdra sebagai pejuang yang tabah, yang sanggup bangun setelah dihina dengan tuduhan yang memalukan, dibelasah dan dipenjara atas tuduhan yang longgar buktinya.Tahniah dan salam untuk Dr Wan Azizah dan anak-anak yang sentiasa berada di belakang sdra. Mereka tentunya lebih kenal siapa sdra. Doa saya, Anda berjaya memegang tampok negara dan membetulkan segala kebobrokan sistem di Malaysia. Teruskan perjuangan, walaupun pedih kerana pejuang sebenar akan bangun walau ditikam dari setiap sudut. ALLAHUAKBAR!!!

    Reply

  14. 14 zila Nov 28th, 2008 at 1:33 pm

    Saya memang penyokong dsai.
    bagus dsai….
    adik saya di johor,pekerja kilang…sekarang dah tak ada ot….
    susah cari makan…harap basic gaji je….banyak kilang dah tutup….

    Reply

  15. 15 jijie Nov 29th, 2008 at 7:26 am

    salam datuk seri, nanti bila pilihanraya kecil kuala terengganu,turun ye kat kuala terengganu..turun bagi semangat..untuk memenangkan semula pakatan rakyat di kuala terengganu…

    Reply

  16. 16 h4ck3r Nov 29th, 2008 at 4:10 pm

    Betul tu..aku setuju apa yg dsai cakap..

    iklan sikit
    nak download cerita terkini yg tak keluar lagi kat wayang silalah pergi kat blog dibawah
    semuanya free bro..
    bukan torent,rapidshare dan sebagaing..semuanya direct download..

    Movie yg ada kat blog tersebut dikemaskini setiap hari..Silalah sedut movie tersebut

    Reply

    h4ck3r Reply:

    Ni link : http://downloadmoviedirect.blogspot.com

    Reply

  17. 17 BUKIT KAPAR UNITED Nov 30th, 2008 at 6:50 am

    sabar en. ramlan

    Reply

  18. 18 ballack Dec 1st, 2008 at 12:57 pm

    Aku mendoakan agar keadilan akan segera diketemui di Bumi Malaysia ini…InsyaAllah..

    Reply

  19. 19 MUHAMMAD Aug 27th, 2009 at 1:14 am

    Brader Anwar Bin Ibrahim(BABI) nie lebey cakap la pasal ekonomi.naik muak rase nye dengar.dulu mase zaman gawat tak si BABI ni cadangkan pinjam IMF pulak.pastu tarikh pembayaran semula pinjaman dr 6bln,dia pendek kan 3 bln.kadar interest dinaikkan kepda 12 percent.tak ke nak membunuh orang tu.si BABI nie bkn tak tau yang orang melayu ni kalau nak berniaga perlukan modal.kalau dah dari 6bln dipendekkan 3 bln sape brani nak pinjam.lain la kalau macam orang 2,mase dapat duduk kerusi empuk,banyak la dapat duit tepi.nak apung kan saham pun nak kena beli.nauzubillah…INGAT WAHAI SAUDARA2 SEAGAMAKU,KESENANGAN YANG KITA RASE SEKARANG ADALAH DARI TIAP TITISAN DARAH PEJUANG2 TERDAHULU BAGI MEMASTIKAN ANAK CUCU MEREKA TIDAK HIDUP SUSAH SEPERTI MEREKA DAN JANGANLAH KESENAGAN YANG KITA ADA SEKARANG INI HENDAK DIKOTORI.JANGAN LUPA AKAN KESENAGAN INI PERLU DIJAGA DENGAN BAIK UNTUK ANAK CUCU KITA SELEPAS INI.JANGAN KERANA DEK TAMAK HALOBA DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI KITA LUPA AKAN MEREKA(ANAK CUCU)…SEJARAH TIDAK MUNGKIN TIDAK BERULANG LAGI SAUDARAKU SEKALIAN…TENANGKAN HATI DAN BUKA LAH MATA..

    Reply

  1. 1 Lim Boo Chang’s Blog » Blog Archive » Kenyataan Media DSAI Pingback on Nov 28th, 2008 at 10:36 pm

Leave a Reply