Archive for November 20th, 2008

20 November 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Permohonan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen bagi mengekalkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah itu akan didengar pada 5 dan 6 Feb tahun depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam utama yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah bagi penangguhan kerana beliau perlu mengendalikan kes lain di Mahkamah Tinggi Komersial hari ini.

Anwar dikecualikan daripada menghadiri pendengaran itu.

(more…)

20 November 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Pada hari Rabu 19hb November 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar satu usul kepada YB Tan Sri Yang Di Pertua Dewan. Usul tersebut perlu dibahas segera kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara ini.

Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan Negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.

Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing atau FDI yang mencecah RM38 billion berbanding kemasukan yang hanya RM29 billion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami Aliran Bersih Pelaburan Langsung Asing yang negatif sebanyak RM9 billion.”

Pada hari Isnin 24hb November 2008, usul tersebut akan dibacakan ataupun dibahas di dalam Dewan Rakyat sekiranya dibenarkan oleh Yang Di Pertua Dewan.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

20 November 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Bertempat di Hotel De Palma Ampang, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan sulungnya selepas pilihanraya umum Mac lalu. Majlis dihadiri 60 ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri. Acara dimulakan dengan makan malam yang kemudiannya disusuli ucapan Ustaz Hadi, Kit Siang dan saya sendiri.

Pertemuan tersebut diadakan untuk memperkukuhkan muafakat Pakatan Rakyat serta ruang buat berkongsi dan melontarkan pandangan bagi memperhebat upaya melakukan Perubahan. Selain mengeratkan dan pengukuhan hubungan dikalangan Pakatan Rakyat, perbincangan turut menyentuh serangan media yang dipintal bagi mencipta gambaran negatif serta tidak tepat mengenai pembangkang, terutamanya di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Prestasi negeri-negeri yang ditadbir juga disentuh selain kesungguhan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di dalam mengangkat mutu perbahasan di tingkat yang sepatutnya. Usaha juga dibuat untuk melibatkan ahli-ahli parlimen BN di dalam kaukus kehakiman dan integriti, kaukus wanita, kaukus demokrasi, kaukus pekerja dan kaukus ISA dan hak asasi.

ANWAR IBRAHIM