17
Nov
08

Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu

daripada Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Nov 17, 08 12:30pm

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.


23 Responses to “Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu”


  1. 1 kalamhitam Nov 17th, 2008 at 6:16 pm

    IsyaAllah!!! saya yakin dgn Pakatan Rakyat…
    Pakatan Rakyat ada 2 Kepala/Ketua parti berbangsa Melayu (PAS/PKR) dan Satu Bukan Bangsa Melayu (DAP)…Dgn itu saya cukup yakin pakatan rakyat tidak membelankangi Agama dan Bangsa..

    Tapi yg pelik masih Ramai orang Melayu kita yakin Barisan Nasional yg terdiri daripada satu jerk Kepala bangsa Melayu tapi takserupe Melayu (UMNO) dan 2 bukan Bangsa Melayu.. (MIC dan MCA)… Yg terbukti skang ni buat “derk” pasal Agama dan pasal kaum Melayu baru2 ni je di palong selepas terkene tsunami PRU baru2…

    ishkishk kesian saya..

    wassalam…

    PangSAI Reply:

    saya tak yakin kerana belum apa-apa dah mula offer tempat di UiTM pada bukan melayu. Apa yang bukan melayu offer pada kita?

    ex-itm Reply:

    Tun Mahathir dah lame offer 1998..kenape Ibrahim senyap jer
    pas tgk orng Melayu muncung tak berani nak lawan
    naik kan taraf ITM jadi UiTM…pastu tukar jadikan UTM..
    kasi konpius ngan UTM Skudai

    tanah UiTM diceroboh dengan 2 petrol pump kat tepi highway….
    kene tegur ngan Khair Toyo terus beku Naib Canselor si misai tebal ular sawa
    Ibrahim Abu Shah

  2. 2 Revert Nov 17th, 2008 at 7:04 pm

    Salam Saudara
    Baguslah saudara kalau perjuangan saudara dan mereka yang seangkatan dengan saudara gitu. Tapi apa kata saudara terhadap:

    1. para komentar yang menghina Islam dan bangsa Melayu serta memperlekehkan Bahasa Melayu dalam blog yang pro-saudara. Adakah saudara mengiakan perbuatan keji mereka atas dasar kebebasan bersuara? Kenapakah saudara terus membisu? adakah golongan Islam yang membalas dikecam sementara merka terlepas gitu sahaja.

    2. bagaimana pula dengan penulis-penulis blog picisan ini. Adakah mereka terkecuali dari kecaman saudara?

    3. saudara seagama saya sedang disembilih dan diperkotakkatikkan dengan begitu hina di timur Tengah oleh golongan kuffar-dajjal. Adakah saudara dan ulama PAs akan berlembut dengan golongan ini atau mengutuk tindakan mereka terutama Zionis dan Amerika?

    saya bukan anti-saudara secara peribadi memandangkan kami sesama islam tetapi khuatir akan masa depan anak cucu saya sebagai orang Islam dibumi Allah ini. Biar miskin, asalkan berpegang pada tali Allah itu seruan saya pada anak2 saya kerana saya tidak mahu dihisab kelak diakhirat kerana kealpaan saya. Tetapi semua ini nampaknya diluar kawalan saya, memandangkan Islam liberal pula kian mekar dibumi ini setelah bercambahnya Islam Hadhari dan islam Madani sebelum itu dan berpuluh lagi islam ciptaan dan tafsiran umat akhir zaman. Bukankah lebih elok kita kembali ke Alquran dan Sunnah Rasul yang benar-benar asli bagi menyemarakkan kembali sinar yang hilang atau adakah ia sekadar satu laungan sepi seorang muallaf seperti pacal ini. Apakah saudara sanggup menjamin sekurang2nya Islam yang dibawa Rasulullah terus subur atau sekadar sedap mulut bercakap sahaja. Bagaimana pula selepas pemergian saudara nanti Ke Rahmatullah, apa pula ceritanya?. Itu sahaja buat masa ini, semoga saudara dan saudara dicucuri taufik dan hidayahnya agar sentiasa dijalan yang lurus (siratul-mustaqiim).

    Wassalam

    Revert

    ulam batar Reply:

    Saya akan pertahankan hak orang melayu yang serumpun berperisankan dada, satu dunia melayu serumpun, tetapi bukan Melayu UMNO sebab mereka dari perdu yang lain.mereka punya hidung yang cukup tinggi setinggi himalaya, dan pipi pula tersorong sorong,bibir pula merkah bak pendusta,lidah bercabang lestik.

    1 yang hina islam adealah UMNO dengan menarik bantuan SAR.Yang hina melayu UMNO bila TDM kata melayu Haprak seluruh ahli UMNO tepuk tangan.yang perlekeh bahasa melayu UMNO kerana mata pelajaran Sains dan kira kira dalam bahasa inggeris.

    2 tepuk dada tanya selera.

    3 Yang selalu ketimur tegah pergi menziarahi Hisbulah dan yang lain lain adalah para peminpin PAS yang selalu menziarahi para ulamak dan peminpin timur tegah adalah DSAI. pemuda UMNO setakat cium keris boleh lah!……

    apa nak di risaukan sangat masa hadapan kan semuanya adalah hak allah, kita cuma manpu susun dan rancang tetapi allah yang menentukan.

    gendut Reply:

    aku setuju…ade byk lagi kalau nak tambah

  3. 3 dalilah Nov 17th, 2008 at 7:18 pm

    Pertahankan Islam dan hak Melayu. Di samping itu, junjung kedaulatan undang2. Nak harap UMNO semuanya terlepas kerana peguam ramai yang menyusu dengan UMNO. Semua terlepas. Rafidah ada kes terlepas. Janis terlepas dengan duit kapal selamnya dan altantuyanya. Razak Baginda. kalau UMNO semua tak ada kes. Yang ada kes pencuri pasaraya dan pembangkang. Polis bukan main seronok digula-gulakan oleh UMNO. Alahai Malaysia. Musuh sumbat ISA. Kita boleh mengadu kepada Allah agar orang2 jahat ini dihinakan suatu masa nanti. Kita berdoa agar mendapat balasan setimpal, tidak di dunia, di akhirat nanti. Rosmahkah! Naibkah! Jarjiskah hancur dimakan tanah suatu masa nanti.

  4. 4 am9897 Nov 17th, 2008 at 8:43 pm

    sebar2kan berita ini keseluruh malaysia semoga rakyat tahu perjuangan sebenar pakatan rakyat. takbir!!!!

  5. 5 joe-kedah Nov 17th, 2008 at 9:16 pm

    Ini lah semangat MELAYU JATI, tetapi orang-orang UMNO yang pentingkan kebendaan semata-mata ikut cakap pemimpin korup dia orang dengan kata-kata yang menggambarkan DSAI tidak senonim dengan semangat MELAYU. Ini lah yang dinamakan FITNAH UMNO kepada orang yang dia orang tak suka, kerana apa?, kerana DSAI tak mahu ikut telunjuk dia orang.
    Sekarang hati busuk dia orang ni sudah mula menyerang kedah pula, sudah mula nak beli exco-exco dikedah. Kita harap, Exco-Exco kedah tidak gelap mata, kerana wang, Tidak kemana jika dicampakan wang berguni-guni, hanya sekejap saja, tambahan pula wang itu datang dari wang yang haram. Ini lah kerja orang-orang UMNO, hasut menghasut kerja dia orang. Apa kah mereka tidak sedar, rakyat sudah jelak dengan tindak tanduk dia orang ni, cari jalan lain lah kalau nak beli exco pun!. Kepada exco yang ikut jejak penghasut tu, fikir-fikir lah dengan fikiran yang matang, jangan kerana kita, bangsa kita tergadai, agama kita tergadai, negeri kedah kita juga tergadai angkara khianat kita. Jangan anak cucu kita melaknat, mencemuh apabila petaka menimpa. JANGAN JADIKAN SUMPAH MAHSURI KEDUA, JANGAN JADIKAN REZAB MELAYU JADI MENGUNCUP, JANGAN JADIKAN MELAYU MEREMPAT DITEPI RUMAH BANGLO, JANGAN JADIKAN MELAYU TUKANG CUCI KANDANG KHINZIR, JANGAN JADIKAN MELAYU PENAGIH NAMDOT, JANGAN JADIKAN MELAYU HAMBA MENOREH GETAH……..?.
    Hari ini, kita dihidangkan berita PM DAN TPM KELUAR NEGARA, SIAPA YANG MEMANGKU DAN JADI KETUA NEGARA?. Sejak merdeka, tidak pernah berlaku macam ini, zaman Tun Hussain On pun apabila dia nak keluar negera, dia akan umumkan orang yang memangku jawatannya, begitu juga zaman Tun Mahathir, dia nak keluar negara, dia akan umum orang yang memangku jawatannya. Kita tidak faham, cara pentadbiran yang mereka laksanakan. HARAP DSAI BERI KOMEN!

  6. 6 faiz Nov 17th, 2008 at 10:42 pm

    akum..
    saya sampai sekarang masih lagi ragu-ragu dengan pakatan rakyat berkenaan mempertahankan hak2 org melayu.. sebab apa yang saya nampak dan faham tidak mencerminkan apa yang dinyatakan… sekarang, org2 bukan melayu seakan2 mahu menguasai negara setelah ekonomi Malaysia sendiri dikuasai oleh kaum cina….

    pada pendapat saya, apabila kita mahu memperjuangkan hak2 org melayu, bangsa melayu sendri perlu bersatu terlebih dahulu…. andai asas tak kukuh, jangan bicara tentang perkara yang lebih detail…

    andai saya tersalah, minta betulkan…

    joe-kedah Reply:

    EN FAIZ!
    Apa yang disangsikan saudara, tidak begitu tepat. Dalam hal siapa menguasai Malaysia, diakui memang betul kaum cina yang menguasai ekonomi. Apa yang dilihat sekarang, kaum kita sendiri, kalau kerja dengan kerajaan, balik rumah relex dan tidor, tetapi kaum lain saya nampak tidak ada relex. Saya pernah berbincang hal ini dengan kaum cina, prinsip dia orang yang orang melayu kita pegang, iaitu MASA ITU EMAS. Jadi mereka gunakan penuh waktu, masa untuk mereka berehat ialah pergi kerestoran-restoran malam, bukan makan saja, tetapi berbincang perkara ekonomi untuk esok hari. Lain pula orang kita, kalau pergi makan direstoran, lain kerja tidak ada, mengumpat sana mengumpat sini, ISLAM apa ni?. Agama tak suruh kita buat kerja macam tu, tapi itu lah yang diminati, tambahan pula waktu sekarang ini kempen UMNO, kerja metekedarah haram lah ceritanya. Sepatutnya BANGSA kita kena buang sikap ni, Bina minda yang bersih dari perkara-perkara yang keji. Cuba tanya tokoh-tokoh koperat bangsa kita sendiri yang berjaya, CONTOH SYED AL BUKHARI, Zaman susahnya pernah pelihara lembu dalam kawasan pekan Alor Star. Dia tidak terlibat langsong dalam hal politik, alhamdulillah dia telah berjaya jadi jutawan terkenal hari ini. Lihat pula pengedar motosikal honda terbesar diMalaysia, kalau kita ikuti sejarah kejayaannya kutip kertas dan jual kotak kertas. Kesimpulan dan pengajaran yang kita dapat ialahORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM PADA HARI INI HENDAKLAH MEMBUANG DARI DIRI MEREKA PERASAAN HASAD DENGKI (PHD), TUNAIKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU DAN SEMBAHYANG-SEMBAHYANG SUNAT, TINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG HARAM, PEGANG PRINSIP, BERDIKIT-DIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT, JIKA KONSEP PEMUAFAKATAN, PEGANG KEPADA PRINSIP ANAI-ANAI MEMBUAT BUSUT. Jika dinilai dari segi Cemburu, Zaman dulu, sewaktu nyonya-nyonya cina pakai kasut sempit bagi mencantikan kaki dia orang, memang sukar kita hendak dapatkan ilmu perniagaan dari dia orang, tetapi hari ini, orang -orang cina bukan semuanya kafir yang tak bolih dijadikan sahabat, tetapi sekarang banyak juga orang cina menganut agama Islam, mereka tidak kedekut ilmu, cuma yang paling penting, kita kena lah buang sifat malu bertanya. Kalau kita rajin bertanya, mereka juga akan tunjuk jalan bagaimana hendak berjaya. Dalam soal ini, yang penting, yang ditegah agama kita jangan buat, buat lah perkara-perkara yang halal, pasti usaha kita berjaya!.Masaalah nya sekarang, Bangsa kita masih pegang prinsip kais pagi makan pagi kais petang makan petang. JIKA KITA MAHU BERUBAH ALLAH AKAN MERUBAH HIDUP KITA DAN DIREDHOI DIDUNIA DAN AKHIRAT. Saya melihat, apa yang dilakui pakatan hari ini, mahu membawa semua kaum dimalaysia ini dalam hidup serumpun, bersatu dalam ertikata yang sebenarnya. DSAI sendiri pun, jika beliau sendiri memikirkan,AKU DISIKSA DAN DIPENJARA SELAMA 6 TAHUN, SEKARANG AKU DAH BEBAS, BUAT APA LAH AKU NAK BERSUSAH-SUSAH BERJUANG LAGI, CUKUP LAH SETAKAT REZEKI YANG ADA, PERGI MAMPUSLAH ENGKAU ORANG SEMUA!. itu, jika difikirkan orang yang sudah SERIK, tetapi dilihat semangat nya yang masih kental, beliau masih meneruskan perjuangan, dan hari ini LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH, DATO SERI HADI AWANG, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ , telah bersepakat memberi kepercayaan kepada beliau untuk membawa MALAYSIA BARU yang bersandarkan pentadbiran yang bersih, beramanah dan telus. Apa kah kita masih menimbulkan kesangsian atas kesediaan DSAI untuk membawa MALAYSIA KEARAH KEMAKMURAN DIMASA YANG MENDATANG UNTUK KESEJAHTERAAN ANAK CUCU CICIT KITA YANG BAKAL MENERUSKAN HIDUP HINGGA KEAKHIR ZAMAN, WALLAHUALAM!

  7. 7 Revert Nov 17th, 2008 at 11:53 pm

    salam saudara

    Nampaknya komen saya tidak bermakna buat saudara. Hak saudara nak menjawab atau tidak, saya tak nafikan. Tidak mengapa, saya tidak akan ganggu saudara lagi maklumlah saudara sibuk dengan urusan lain ataupun blogmaster ini bukan saudara tetapi orang lain yang tidak hendak mesej tertentu sampai pada perhatian saudara. Namun apa pun, semoga saudara sekeluarga berada di jalan yang lurus hendakNya

    Wassalam
    Revert

  8. 8 kebayan Nov 18th, 2008 at 12:18 am

    Tahniah dan syabas buat DSAI, Tan Sri Khalid dan pemimpin PR Selangor. Tentunya terkejut beruk pemimpin BE END apabila PR mengiktiraf guru-guru agama siap dengan insurans sekali. Begitulah pemimpin berjiwa rakyat yang pentingkan agama. Harapkan BE END, duit zakat pun diorang kebas demi perjuangan agama kata orang-orang dacing yang akan senget banyak ke arah mereka bukannya rakyat.

  9. 9 silat rancak Nov 18th, 2008 at 1:26 am

    hidup dsai…saya orang bandar tun razak akan sokong keadilan sampai bila2.harapan terussss

  10. 10 wan Nov 18th, 2008 at 2:25 am

    Harap para ahli dan pemimpim bukan Islam jangan gusar.. kalo seseorang mengikut ajaran Islam yang sebenar.. pasti akan selamat.. Islam melarang penganutnya menyakiti orang yang bukan Islam.. Keadilan adalah untuk semua orang Islam dan bukan Islam..

  11. 11 siput Nov 18th, 2008 at 9:26 am

    I think its is only fair for Pakatan to spell out what do you mean by ” keistimewaan orang melayu dan Bumiputra”. The previous Government has different interpretation of their own and we have lost 50 years. Does that mean we have quota for university entries, Government project just for the Bumi(es), all consultation services for the Government are only for the Bumi(es) such as lawyers, engineers, architects, all Government projects to be given to bumi(es) etc.

    Pakatan must spell out in writing what do you mean in your statement. Its time we start reading your words. Ref- In good faith.

  12. 12 LIBERAL Nov 18th, 2008 at 12:00 pm

    ko nie anwar macam lalang!!! sekejap tu sekejap nie!!! dalam beberape saat ko boleh ubah pendirian ko!- betul lah si najip dan kuncu kuncunya cakap pasal ko… mula mula aku tak caya- sekarang baru aku tau diri ko sebenar!!! aku orang melayu but still aku selalu akan ingat yang ko tidak boleh dipercayai!

  13. 13 PAWANG HITAM Nov 18th, 2008 at 8:52 pm

    “Pertubuhan India Tanah Melayu” - ”

    “Pertubuhan Cina Tanah Melayu”

    “Takkan Melayu Hilang Di dunia”

  14. 14 Rakyat marhein Nov 19th, 2008 at 9:38 pm

    Betul ke apa yang dikatakan di atas bahawa semua ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat telah bersetuju menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Tapi bila saya tengok di website DAP, lain pulak ceritanya….

    Mana yang betul ni? Kalau tak caya, gi tengok website DAP tu…

    Media Conference Statement by Lim Kit Siang in Parliament on Wednesday, 19th November 2008 at 11 am:
    Imputation that I had been dishonest and opportunistic in signing on behalf of DAP a “secret” compact to uphold Malay rights and status of Islam as the official religion baseless, mischievous and unworthy of a professional journalist

    Star Editor-in-Chief Wong Chun Wai in his blog yesterday on “The realities of Malaysian politics” wrote:
    “Anwar Ibrahim has revealed a signed document between himself, DAP’s Lim Kit Siang and PAS’ Hadi Awang that none of us have heard of until now - an agreement to uphold the rights enshrined in the Federal Constitution. The Sept 8 agreement pledged to uphold Malay rights and the status of Islam as the official religion.

    ”Anwar also said that the social contract between the races were already agreed upon by all members of the coalition. He also revealed that the four-paragraph agreement could not be changed by any party, according to The Star.”
    The imputation that I had signed on behalf of DAP a “secret” compact with the other Pakatan Rakyat leaders to uphold Malay rights and the status of Islam as the official religion as provided in the Federal Constitution is baseless, mischievous and unworthy of a professional journalist.

    This is because Wong’s insinuation imported the innuendo that the DAP and I HAD ALL ALONG OPPOSED THESE TWO CONSTITUTIONAL PROVISIONS but in a most opportunistic and dishonest act of political expediency, I had agreed in Pakatan Rakyat to a secret document “none of us have heard of until now” to support them.

    The September 8 joint statement by Pakatan Rakyat leaders which Anwar referred to in the Star report yesterday, “Anwar: Pakatan committed to ensuring Malay rights”, which was signed by Anwar as the PKR leader, Datuk Husam Musa as PAS National Vice President and myself on behalf of DAP, was issued to all media, including the Star. I put it up on my blog the same day.

    Wong has only himself to blame if he did not keep himself informed of what actually happened as getting properly briefed by Star reporters on the political beat.

    But what is most mischievous, unprofessional and unacceptable is the insinuation that the DAP and I had concluded a dishonest and opportunistic secret agreement to uphold Articles 3 and 153 of the Malaysian Constitution on Islam as the official religion and Malay special rights when we had been opposed to these two provisions all along.

    My position and that of DAP on Articles 3 and 153 had never changed in the past 42 years since the formation of DAP.

    Although Article 3(1) states that “Islam is the religion of Federation” and did not specifically use the term “official religion”, the DAP and I had always supported Islam as the official religion and the constitutional guarantee for freedom of worship for other religions.

    We have also never shifted from our stand that Article 3 does not provide the basis for an Islamic State which is contrary to the secular character of Malaysian nation-building agreed by the major communities on the attainment of independent nationhood and an important feature of the Merdeka “social contract”.

    As far Malay special rights, I declared the DAP’s stand on Article 153 in my first speech in Parliament on February 23, 1971, where I said:

    “The DAP has also been accused of opposing special rights for Malays. We again invite the government to produce a single instance from our speeches and statements to show that we have opposed efforts to raise the economic standards of living of Malays.

    “As democratic socialists, we are dedicated to the abolition of poverty and economic backwardness regardless of race. We want to create a classless community of Malaysians based on fellowship, co-operation and service, where there is no exploitation of man by man, class by class or race by race.

    “We support any measure which will help better the lot of the Malay poor. But we are strongly opposed to the use of Malay special rights to enrich the new Malay rich to make them richer, while the mass of peasantry and poor are exploited as ever.”

    In my first speech in Parliament more than 37 years ago, I stressed that the basic problem in Malaysia was an economic and class one, and not a racial problem.

    I warned: “Any attempt to impose racial theories and solutions to basically socio-economic problems of the have-nots is dangerous as it will pit one race against another, which must culminate in a racial holocaust. It will also be founded on the monstrous falsehood that all the haves in Malaysia are non-Malays, while the Malays are the have-nots.”

    Those who are interested to know more of what I said in Parliament in that first debate after the lifting of 21-month suspension of Parliament following the May 13 riots should look up my first book, “Time Bombs in Malaysia” published in 1978 or wait for a 30-year Reprint expected by the end of the year.

    Wong should make amends for the unfounded innuendos and the grave injustice of his mischievous and completely unwarranted imputation and insinuation against the DAP and myself – as it does not serve the cause of a rational national discourse to chart a new blueprint to create a more united, cohesive, progressive and prosperous Malaysian nation in the aftermath of the March 8 “political tsunami”.
    ________________________________________
    * Lim Kit Siang, DAP Parliamentary leader & MP for Ipoh Timor

  15. 15 Nor Azlan Hj. Mohammad Nov 20th, 2008 at 3:45 pm

    Kami sentiasa menghebahkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan depa tekejut brok.

  16. 16 epik Nov 21st, 2008 at 6:11 pm

    cakap tak serupa bikin…..sudahlah anwar kami dah bosan dengan penipuan demi penipuan, hevok sana-sini dan mcm parti pasar malam dan hampis…kita tunggu pilihanraya akan datang…bekas ahli PR

  1. 1 Lawan tetap lawan, Islam dan Melayu tetap dipertahan! « Alhaj Pingback on Nov 19th, 2008 at 6:01 pm
  2. 2 Pakatan Rakyat - Islam dan hak istimewa Melayu tetap dipertahan! « Alhaj Pingback on Nov 19th, 2008 at 7:45 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930