Archive for November 17th, 2008

17 November 2008

Pendapat

Pendapat Anda?


Tarikh 8 September 2008 merupakan satu tarikh penting kerana ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin agama lain bebas untuk diamalkan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan sentiasa mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Persefahaman ini dicapai kerana kami semua sedar ianya tidak bersalahan dengan agenda Pakatan Rakyat yang sememangnya melewati sebarang sempadan kaum dan budaya.

Pagi ini, saya bersama YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi mengulangi komitmen kami yang dipersetujui 8 November lalu di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Stadium Malawati, Shah Alam. Di majlis tersebut, Tan Sri Khalid mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA, dari RM 738.30 kepada RM 1000 dan elaun penyelia KAFA, dari RM 1112.00 kepada RM1500.

Tahniah buat Tan Sri Khalid dan Kerajaan Pakatan di Selangor. Doa buat guru KAFA agar amanah mendidik umat memantapkan aqidah, akhlak dan shaksiyah dapat dilaksanakan sebaiknya.

ANWAR IBRAHIM

17 November 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysiakini
By Tony Thien

“We join tonight, tomorrow we start work.”

These were the words of PKR’s latest elected representative recruit Gabriel Adit Demong, 58.

Adit, who until two days ago was an independent state assemblyperson for Ngemah – a predominantly-Iban constituency in Sarawak’s central region – has on Saturday hosted a 330-table dinner in Sibu with PKR chief Anwar Ibrahim as the guest of honour.

Adit’s speech before a crowd of 4,000 people at Sibu Trade and Exhibition Centre was listened intently by his new boss Anwar, the recently-elected MP for Permatang Pauh and parliamentary opposition leader.

(more…)

17 November 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Nov 17, 08 12:30pm

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan – PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.
(more…)

17 November 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu perjumpaan dengan guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam pagi ini. Majlis akan turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berikut adalah butiran majlis:

Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam.
Masa: 10.00 pagi.
Tarikh: Isnin, 17 November 2008.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM