14
Nov
08

Kes Anwar: Rayuan pindah kes didengar 20 Nov

Dari Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 November ini untuk mendengar rayuan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Hakim S M Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan rayuan dan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Komathy menolak permohonan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi pada 7 November lalu.

Oleh itu, ujar Mohd Yusof, pihak pendakwaan memohon agar perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga rayuan untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah Sesyen yang bersidang pagi ini dijadual menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes tersebut didengar oleh Hakim SM Komathy Suppiah.

Bagaimanapun, pihak pendakwa mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga selesai rayuannya terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi.

Jumaat lalu Komathy menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Komathy memutuskan bahawa perintah pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Katanya, kes itu menimbulkan situasi yang unik di mana pembabitan peguam negara akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran keadilan jenayah.

Bagaimanapun, pagi ini, pihak pendakwa mengemukakan permohonan kepada Komathy supaya tidak menetapkan tarikh perbicaraan kes ini sehingga rayuan mereka terhadap keputusannya itu, diputuskan.

Peguam Anwar membantah permohonan pendakwa itu. Mereka juga mengadu tidak menerima beberapa dokumen dari pihak pendakwaraya seperti yang dijanjikan minggu lalu.

Komathy belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan pihak pendakwa itu.


3 Responses to “Kes Anwar: Rayuan pindah kes didengar 20 Nov”


  1. 1 joe-kedah Nov 14th, 2008 at 9:30 pm

    KES DSAI, nampak bagaikan sengaja nak melambat-lambatkan sehingga bulan MARCH 2009. Kita senantiasa memerhati dari satu hal ke satu hal. Kita tidak pasti, prosedure badan kehakiman, kita tidak tahu kebolehan kebijaksanaan pendakwaraya setahap mana. harap para peguambela DSAI dapat menangkis semua tektik pendakwa. Kita hendak lihat, jika kes ini tidak masuk campur politik, InsyaAllah memihak kepada DSAI, tetapi kalau dibelakang hakim/pendakwaraya ada tangan-tangan laknatullah maka, hanyut lah DSAI. Harapan kita hakim kes ini ADIL, dan DSAI InsyaAllah berjaya!

    Reply

  2. 2 gendut Nov 15th, 2008 at 3:31 am

    tak puas hati lagi Pendakwa ni,

    lepas satu minggu ke satu minggu yang lain,
    mula2 Mahkamah Seksyen reject
    rayu kat Mahkamah Tinggi, kalau Mahkamah Tinggi pun reject
    rayu plak kat 2 lagi Mahkamah yg level nye lagi Tinggi dr Mahkamah Tinggi
    klau kene reject gak, nak rayu kat ner lagi..?
    Mahakamah De Huge Belanda ke..atau Mahkamah Tertinggi sebab bangunan nye tinggi..?

    deyyyy, bila mau start ni…, aku nak tgk Najib jadi saksi kat Mahkamah
    sbb kan Saiful tu pergi buat report kat Najib dulu yg die kene liwat bukan polis

    Reply

  3. 3 silat rancak Nov 15th, 2008 at 11:43 am

    sesiapa yg ingin kan sesuatu perlu usaha dan berdoa,tak semesti nye apa yg dirancang akan berlaku dan tak semesti nye ape yg dirancang tak menjadi kenyataan…..allah tentu kan semua tu,jgn lawan takdir.

    Reply

Leave a Reply