Archive for October, 2008

26 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam saya sehari suntuk di Permatang Pauh, menghadhiri majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran, sambutan eid, mesyuarat dengan petugas parti dan Ahli Jawatankuasa Keadilan Bahagian Permatang Pauh. Saya terkesan dengan penegasan sahabat lama, bekas ahli jawatankuasa bahagian Umno Permatang Pauh yang berhempas pulas menyerang kami sekian lama. Beliau memegang kemas tangan saya dan menyatakan bahawa beliau telah meletakkan semua jawatan dalam Umno dan berikrar menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
(more…)

26 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

26 Oktober 2008 | Harian Metro

KUALA LUMPUR: Majlis ‘wedding of the year’ antara juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 27, dengan pelakon, Nora’asyikin Rahmat (Ekin), 29, dikhabarkan akan lebih ‘hangat’ dengan kehadiran tiga tokoh politik tanah air.

Mawi yang dihubungi Harian Metro berkata, memang menjadi impiannya majlis bersejarah itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, kata penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha, perkara itu masih dalam rangka senarai jemputan orang kenamaan dan belum ada perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan majlis.

“Pada dasarnya tujuan jemputan ini bagi memenuhi impian saya. Apapun, bukan mereka bertiga (Pak Lah, Anwar dan Nik Aziz ) saja diundang tetapi orang kenamaan lain turut dijemput seperti Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein serta Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Yusof Noor.

25 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya dan Azizah ingin merakamkan ucapan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Hindu.

Mudah-mudahan perayaan Pesta Cahaya yang bakal diraikan pada hari Isnin ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan muhibah sesama rakyat Malaysia, seterusnya memupuk persefahaman yang lebih harmoni.

Buat semua, diucapkan Deepavali Nal Valthukhal!

ANWAR IBRAHIM

24 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Entah apa pertimbangan dan percaturan pimpinan Umno-BN tatkala saban tahun mereka melakukan penindasan ke atas masyarakat India. Tahun lepas kita menyaksikan perobohan Kuil Rimba Jaya menjadi ‘hadiah’ Deepavali Umno-BN buat masyarakat India.

Tahun ini, dalam keadaan beberapa hari saja lagi masyarakat India akan menyambut Deepavali, 11 individu ditahan – termasuk seorang anak kecil berusia 6 tahun – di saat mereka mahu menyerahkan memorandum secara aman di Pejabat Perdana Menteri semalam.

Hari ini Mahkamah Majistret Kajang menetapkan supaya 10 daripada mereka direman selama 3 hari sebermula hari ini. Sekaligus keputusan mahkamah ini menafikan hak mereka untuk merayakan Deepavali sebagaimana masyarakat India lainnya.

Saya berasa kesal dengan tindakan dangkal yang diambil oleh penguasa untuk menahan kumpulan 11 individu semalam. Hujahnya masih samar dan tidak jelas. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan justifikasi dari konteks perundangan dan hak asasi, bukan mengambil tindakan cacamarba yang hanya memburukkan keadaan.

Kenyataan terdahulu Menteri Dalam Negeri bahawa Hindraf diharamkan atas alasan penganjuran demonstrasi yang menganjurkan keganasan adalah tidak munasabah. Waima ada pelanggaran undang-undang sekalipun, wajar bagi beliau membuktikan setiap butir katanya dengan fakta dan pembuktian jelas, bukan mengadu domba tanpa hala!

Saya menyeru agar Kementerian Dalam Negeri khususnya Menteri yang berkenaan tidak bersikap selektif terhadap berpuluh lagi gabungan dan pertubuhan yang acapkali berselindung di sebalik sentimen perkauman sempit, sekiranya mereka mahu membuktikan mereka adil di mata rakyat.

Kita tidak boleh terus berkompromi dengan slogan anti-keganasan dan anti-sentimen perkauman untuk terus menghalalkan kezaliman!

ANWAR IBRAHIM

24 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

PENDAHULUAN MENANGANI KEMELUT EKONOMI DAN MEMULIH KEYAKINAN

Pakatan Rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli Parlimen masih meneruskan perbahasan Belanjawan 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos tahun ini. Saranan kami dikemukakan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan beberapa faktor lainnya terhadap Malaysia.

Kepincangan Belanjawan 2009 tampak jelas, bukan sahaja pada jangkaannya tetapi juga preskripsi untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan pada 2008 dan 2009. Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan penguncupan kemasukan dana asing. Yang lebih menakutkan adalah sikap tidak mahu mengakui (state of denial) ramalan kemuraman ekonomi. Kebanyakan negara maju, yang selama ini menjadi rakan dagang penting ekonomi Malaysia, sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari setengah abad yang lalu. Namun para pemimpin kita masih belum atau tidak langsung membuat sebarang kenyataan atau merangka polisi yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap realiti ini.

Terdapat keperluan mendesak bagi Ahli Dewan dari kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar fikiran bagi merangka belanjawan yang lebih dipercayai serta rancangan yang lebih bertanggungjawab untuk mengurus dan membelanjakan perbendaharaan negara.

Parti pemerintah setakat ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu mendepani dialog sebegini. Pandangan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat tidak dibahaskan dengan baik kerana kebanyakan Ahli Dewan Rakyat BN dan para Menterinya tidak menghadirkan diri di Dewan Rakyat. Ini mencerminkan sikap sombong dan ketidakprihatinan terhadap penderitaan rakyat yang hidup menderita akibat kesan dari situasi ekonomi yang tidak menentu.

Kami percaya kepada proses demokrasi dan berpegang teguh dengan janji kami kepada rakyat Malaysia. Kami mewakili kepentingan mereka dan akan berjuang bersungguh-sungguh untuk menentang korupsi dan kronisme yang telah menjadi sebab utama kepada ketidaktentuan ekonomi negara ini. Kami akan melaksanakan tugas kami bagi mendesak kerajaan supaya bertanggungjawab dalam hal ini demi memastikan sumbangan para pembayar cukai dan kekayaan hasil semulajadi negara ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat dan masa depan negara ini.

Untuk teks penuh Bahasa Melayu:Cadangan Belanjawan Pakatan Rakyat

Untuk teks penuh Bahasa Inggeris:Pakatan Rakyat budget Recommendation

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

24 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysiakini

By Beh Lih Yi

Pakatan Rakyat today unveiled what is seen to be their ‘alternative budget’ containing a wide range of promises and recommendations specifically to tackle the current global economic crisis.

The 20-page statement titled ‘Facing economic challenges and rebuilding confidence’ was read out by Opposition Leader Anwar Ibrahim at a press conference in Parliament this morning.

Also present were several Pakatan MPs, including DAP supremo Lim Kit Siang and PAS secretary-general Kamaruddin Jaffar.

(more…)

24 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

From NST

By Azmi Anshar

After Datuk Seri Anwar Ibrahim was sworn in this morning as MP for Permatang Pauh and immediately assumed the position of Parliament Opposition Leader, a depressing scenario may have confronted the Barisan Nasional MPs, Government and backbenchers alike, especially the ones with immense loathing molded on their faces the moment Anwar comfortably eased himself into the custodial seat reserved for an elected representative like him: how do you contain a radioactive moving target? If there was anything that the BN learnt in the 10 years they tried to handle, check, curb, neutralise and combat Anwar is that absolutely nothing – no penal code and no media attacks – can contain him. Detain him and jail him, yes but containing his ideas, his influence, his reach and his seductive charisma are beyond the failed conventional containment tactics (general election, by-election, TV debate, mass media et al). Even unconventional tactics sputtered, if you add in the sordid mix a convicted power abuse charge, a convicted sodomy charge and a pending but tenuous sodomy charge. (more…)

23 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

From AFP

KUALA LUMPUR (AFP) — Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim Thursday proposed an alternative budget plan to restore confidence in the country’s economy amid a global downturn and expected low growth rates.

Anwar produced a 20-page document that proposes slashing government expenditure on mega-projects and opening up public tenders while spending more on areas that provide direct help to the people.

“Our recommendations, if implemented properly, will steer the country through the turbulence ahead,” Anwar told reporters on the sidelines of the annual budget debate in parliament.

(more…)

23 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | October 22, 2008

Opposition Leader Anwar Ibrahim today hit out at his detractors, especially those who questioned his track record as finance minister, saying he was responsible for having passed one of the largest allocations ever recorded for Sabah, during his tenure.

During the debate which followed Johari Abdul’s (PKR-Sungai Petani) speech, in which Johari had slammed the government for failing to help bumiputeras, Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) intervened to ask about Anwar’s role during his time in government.

“What did the opposition leader do (for bumiputeras) during his eight years as finance minister?” asked Abdul Rahman.

Unfazed by Johari’s assertions – that he (Johari) and Anwar, among others, had struggled against corruption and nepotism until the latter’s sacking from Umno in 1998 and were punished for it – Abdul Rahman repeated his challenge, saying “Can you just answer the question?”

At this point, Anwar stood up and took leave from Speaker Pandikar Amin Mulia to answer Abdul Rahman himself.

(more…)

22 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Pakatan Rakyat sentiasa konsisten dan komited di dalam merangka sebarang dasar mahupun program untuk rakyat. Kita malah berulang kali menegaskan pentingnya tidak dibebani dengan kadar inflasi yang tinggi sekaligus mengakibatkan kerencatan ekonomi negara. Tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak petrol serta dengan boros membelanjakan wang untuk menjana projek mega amat mengecewakan.

Di dalam perbahasan belanjawan tempoh hari, saya menegaskan belanjawan 2009 yang dibentangkan sudah tidak bermakna lagi. Unjuran yang dibuat berasaskan angka dan fakta lapok! Malah saya menggesa Menteri Kewangan yang baru agar segera membentangkan belanjawan berdasarkan unjuran yang terkini. Ternyata gesaan ini dipandang sepi walau ianya memanfaatkan negara dan rakyat. Jelas ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.

Semalam kerajaan sekali lagi bertindak terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Pengumuman Menteri Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah RM 5 Billion kepada Valuecap Sdn. Bhd. untuk menyokong pasaran saham tempatan menampakkan ketidakcekapan di dalam mengurus ekonomi negara.

Tindakan ini mengesahkan kenyataan kami bahawa asas ekonomi tidak kukuh dan langkah drastik dan berani harus segera diambil. Rasuah, ketirisan harus dibasmi dan ekonomi negara harus dipacu dan dikendalikan oleh orang yang berkebolehan, bukannya oleh segelintir yang dekat dengan pemerintah.

ANWAR IBRAHIM

21 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Siaran Langsung Perbahasan di Parlimen

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

20 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya berada di Parlimen tatkala dimaklumkan sabentar tadi akan pemergian kerahmatullah Allahyarham Shamsiah Fakeh.

Allahyarham merupakan antara tokoh pejuang kemerdekaan yang hebat dan cekal. Melalui penglibatan beliau sebagai ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), semangat pemuda-pemudi Malaya ditiup dalam menjana kesedaran menentang penjajah.

Saya dan Azizah merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham khususnya buat anak-anak dan cucu-cucu beliau. Semoga rohnya diberkati dan dirahmati oleh Allah swt serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

ANWAR IBRAHIM