Archive for October 31st, 2008

31 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kita telah menyaksikan pembebasan Abdul Razak Baginda daripada pertuduhan subahat membunuh Altantuya Shariibuu. Saya mendoakan agar semuanya baik buat Razak, namun isu yang lebih penting ialah persepsi umum yang yakin bahawa penyiasatan tidak dijalankan dengan profesional dan bebas. Begitu juga dengan kontroversi apabila Hakim K.N Segara ditukar dari mengendalikan kes tersebut serta kemungkinan wujudnya penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri.

Walhal semalam Mahkamah Persekutuan melalui Ketua Hakim Negara yang baru dilantik telah menolak rayuan Dr. Munawar Anees yang mahu kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi agar beliau boleh membersihkan namanya dari fitnah jahat 10 tahun lalu. Keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan hakim-hakim yang lain manakala asas kepada penghakiman akan diberikan kemudian. Saya berpendapat rayuan Dr. Munawar wajar dibenarkan bagi membolehkan keadilan terlaksana; yang dipinta ialah Mahkamah Tinggi mendengar hujah serta kisah dari pihak beliau.

Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan bahkan mesti kelihatan dilaksanakan!

ANWAR IBRAHIM

31 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Video ehsan daripada TVpas. Jika anda mengalami masalah menonton video diatas sila muat turun plugin ini

Sesi Dewan Rakyat semalam sedikit panas suhunya selepas pendedahan oleh Timbalan Menteri Pertahanan bahawa tiada percubaan dan pemeriksaan fizikal terhadap 12 unit helikopter model Cougar EC725. Nilai pembelian yang mencecah  RM 1.6 bilion itu dibuat hanya berdasarkan dokumen!

Keputusan ini cukup mengecewakan. Selain melibatkan pembaziran dana yang sebegitu besar di saat prospek ekonomi tidak memberangsangkan,  ianya juga menunjukkan sikap pemerintah Umno-BN yang  tidak prihatin terhadap rakyat terutamanya kepada bakal juruterbang helikopter itu kelak. Keselamatan mereka langsung tidak diendahkan!
Saya berharap bekas Menteri Pertahanan dapat hadir ke Dewan Rakyat untuk mengemukakan penjelasan berhubung perkara ini. Pun demikian, saya ucap tahniah kepada pegawai Kementerian Pertahanan yang menegur dan memperbetulkan bapak menteri kerana berulang kali salah dalam menyediakan angka sebenar bagi harga pembelian helikopter tersebut.
ANWAR IBRAHIM

31 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Wall Street Journal

By JAMES HOOKWAY

A Malaysian court acquitted a key aide of Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak of abetting the murder of a Mongolian woman in 2006.

The verdict could ease political pressure on Mr. Najib as he prepares to assume Malaysia’s premiership next year. But it is also likely to reignite public criticism over the independence and competence of Malaysia’s police, prosecutors and judiciary.

High Court Justice Mohamed Zaki Mohamed Yasin ruled Friday that government prosecutors had failed to establish a prima facie case against 48 year-old Abdul Razak Baginda, a prominent political analyst and close friend and adviser to Mr. Najib.

(more…)

31 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Malaysian Insider

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Oct 31 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim wished Abdul Razak Baginda well, but questioned the manner in which the Altantuya Shaariibuu murder case was handled by the police and the prosecution.

“Of course on a personal level, I wish Razak well, but the issue here revolves around the court procedure and the investigations,” he told reporters when met at the Jalan Duta court complex.

(more…)

31 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Dr Munawar Ahmad Anees berhubung kesnya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 10 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi menolak permohonan peguam pengarang itu Manjeet Singh Dhillon agar mahkamah menggunakan bidang kuasa semakan mengembalikan rayuan Munawar ke Mahkamah Tinggi.

Beliau yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin menjelaskan, alasan penghakiman tersebut akan diberikan kemudian.

(more…)