Takziah Buat Keluarga Allahyarham Shamsiah Fakeh

20 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya berada di Parlimen tatkala dimaklumkan sabentar tadi akan pemergian kerahmatullah Allahyarham Shamsiah Fakeh.

Allahyarham merupakan antara tokoh pejuang kemerdekaan yang hebat dan cekal. Melalui penglibatan beliau sebagai ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), semangat pemuda-pemudi Malaya ditiup dalam menjana kesedaran menentang penjajah.

Saya dan Azizah merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham khususnya buat anak-anak dan cucu-cucu beliau. Semoga rohnya diberkati dan dirahmati oleh Allah swt serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site