Archive for October 15th, 2008

15 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Tuan Guru Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz

Mstar Online

Rabu Oktober 15, 2008

KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

“Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama… belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar… bukan cerita baru,” kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.

(more…)

15 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

From malaysiakini

A high-level investigation has ‘confirmed’ that current attorney-general Abdul Gani Patail had abused his power to fabricate evidence in Anwar Ibrahim’s trials 10 years ago, the Dewan Rakyat was told today.

The claim was made by veteran politician Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor, left) while debating the Budget 2009 this morning.

(more…)

15 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Tuan Yang di-Pertua: Saya persilakan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk memulakan perbahasan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan rasa hormat kepada Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan berbahas di hadapan Tuan Yang di-Pertua yang saya kenal sebagai orang yang pendekar dan petah berbicara, berbahas sendiri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membentangkan Belanjawan Negara bulan lalu. Meskipun terdapat perbezaan dasar yang ketara di antara kami dalam Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan, saya ingin melahirkan rasa hormat dan menghargai usaha beliau sehingga dapat membentangkan satu belanjawan dalam keadaan krisis yang besar yang hampir melanda pada ketika itu.

Hanya setelah satu setengah purnama berlalu, keadaan negara bertambah meruncing. Keadaan dianggap sudah sampai ke tahap parah. Persoalan yang pertama yang harus kita bahaskan, adakah wajar untuk kita meneruskan perbahasan tentang satu belanjawan yang sudah ketinggalan melihat kepada unjuran, angka, fakta, data, satu setengah purnama yang lalu dengan keadaan sekarang. Apakah wajar Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini diminta untuk terus berbahas satu belanjawan yang sudah tidak realistik, tidak menepati fakta dan tidak mampu mengangkat ekonomi dan menyelamatkan negara kita dari kemelut ekonomi yang kian meruncing.

(more…)