SEBELUM melangkah ke meja yang disiapkan untuk mengadakan sidang akhbar ringkas (untuk ambil hati para wartawan saya kira) Penasihat PKR, Anwar Ibrahim berbual lama dengan seorang lelaki Cina yang sudah berusia.
Perwatakan dan ismi lelaki itu tenang dan terserlah dia seorang cendekiawan atau pemikir. Ramai yang tidak mengenali dan terperasaan kehadirannya.
Melihat kepada perbualan mesra Anwar dan layanan istimewa sampai menunjukkan pinggangnya yang sakit berbalut bekung putih, ternyata lelaki itu bukan sembarangan dan sangat dekat dengan bakal PM itu. Saya bertanya kepada seorang pengawal Anwar gerangan lelaki itu namun dia tidak mengenalinya.
Mulanya saya mengira dia seorang tokoh politik veteran yang sebaya dengan usia bapak Anwar, Pak Yim atau bapa Dr Wan Azizah, Pak Wan, Datuk Ismail. Mungkin dia tokoh Gerakan veteran di KL yang baru-baru ini menyertai PKR?
Sebaik mereka selesai berbual dan bergelak ketawa saya memberanikan diri bertanyakan seseorang tetamu lelaki yang memerhatikan perbualan mereka sejak awal tadi yang berdiri berhampirannya untuk mencuri dengar perbualan itu. “Dia teacher Datuk Seri,” jelas lelaki itu.
Baru saya tahu rupanya lelaki itu ialah cikgu Anwar sesama di MCKK. Namanya ialah Chin Lim Sim. Dia mengajar mata pelajaran matematik. Usianya sudah mengjankau 73 tahun tetapi nampak cergas dan sihat.
“Ini cikgu Datuk Seri ke…?” tanya saya kepadanya selepas mendapat kepastian dari seorang tetamu tadi. Dia terus mengangguk-angguk bangga dan bersalaman dengan saya tanpa merasa kekok.
“Boleh saya tanya sikit fasal dia, cikgu?”
“Oh… boleh..?” katanya lantas menarik kerusi. Dia mudah mesra dan menyerlahkan displin beliau sebagai seorang guru. “Tidak elok bercakap sambil berdiri, kita duduk baru sedap…,” ujarnya mesra dan tidak habis-habis ketawa.
“Tinggal di mana?” tanya saya.
“Saya datang dari Ipoh…untuk hadir pada majlis ini,” jelasnya. “Ini isteri saya dan ini anak mertua saya… (saya kira menantunya),” dia memperkenalkan anggota keluarganya seramai empat orang. Isterinya, anak perempuannya dan menantunya. Menurut kad nama menantunya bernama, Alan Fung. Menantu, anak dan isterinya Cikgu Chin juga baik dan ramah.
“Boleh cikgu crita sikit mengenai Datuk Seri semasa dibangku sekolah dulu,” minta saya.
“Oh… dia seorang yang baik. Dia seorang yang alim. Selalu dia bincang agama bersama dengan Sanusi Junid. Tuan kenal Sanusi Junid? Dia kini sudah jauh dengan Anwar…,” ceritanya sedikit kesal kerana kedua muridnya itu tidak sejalan. Cikgu Chin mungkin merasakan saya tidak tahu history Sanusi dengan Anwar.
“Dia suka pakai baju lengang panjang, dia suka smart…. suka tersenyum kepada semua orang. Bila saya masuk kelas dia akan tersenyum…saja dia baik,” cerita cikgu Chin sambil mengenangkan peristiwa lebih 40 tahun lalu.
“Cikgu mengajar apa?”
“Saya mengajar matemetik….?”
“Macam mana dia di sekolah, maksudnya bakat kepimpinannya?”
“Oh…. dia mula tunjukkan bakat kepimpinannya bila naik tingkatan tiga. Waktu ini bakatnya sudah berkembang. Dia mengembangkan bakat kepimpinan secara perlahan-lahan, dia bercakap (pidato) pandai. Dia mengambil bahagian dalam acara di sekolah dan sudah mula dikenali…”, tambah cikgu Chin lagi.
“Dia sangat baik… dia selalu ingatkan cikgunya. Dia pergi mana dia akan ingat cikgu dia ni,” tambah pula isterinya tanpa diminta. Laki bini nampak begitu sayang kepada Anwar.
“Dia suka menulis… dan dia tujuk kepada saya apa-apa yang dia buat. Begitu juga bila dia ada masalah dalam matematik dia akan cari dan bincang dengan saya. Dia seorang yang suka berbincang dengan sesiapa saja,” sambung cikgu Chin yang tidak dapat menyembunyikan keseronokannya kerana kisah dan kenangannya bersama muridnya bernama Anwar itu diselak.
“Macam mana dengan hal lain, dia nakal ke cikgu.. usik orang dan sebagainya?” saya cuba pancing lagi.
“Tak dak… dia baik. Seingat saya dia tidak pernah buat apa-apa hal tidak baik semasa di sekolah dulu. Dia alim. Semua cikgu juga sayang kepadanya!” tekan cikgu Chin lagi.
Saya tidak sempat bertanyakan apakah harapannya kepada murid beliau bernama Anwar itu. Namun apa dapat disimpulkan kalau dari Ipoh beliau sanggup datang hanya semata-mata meraikan majlis terbuka bekas muridnya itu beberapa jam saja, betapalah cikgu itu begitu sayang dan kasih kepada muridnya itu. Dan tentulah harapan dan doanya agar muridnya itu berjaya dalam hidupnya dan mencapai cita-citanya. [wm.kl 7:30 pm 12/10/08]

















thanks Mohd Sayuti. for sharing your nice conversation with Cikgu Chin.
light saber Reply:
October 13th, 2008 at 9:50 pm
“dia memang pandai bercakap”
HudHud Reply:
October 16th, 2008 at 2:29 pm
FALSAFAH KOLEJ MELAYU:
Kesepaduan antara kebijaksanaan dan ilmu yang bermanfaat adalah teras pembangunan manusia yang berkualiti, beriman dan bertakwa yang akan membela agama bangsa dan negara
LAGU KOLEJ MELAYU:
Oh Kolej Melayu
Harapan Bangsaku
Dengan Sejarah Yang Cemerlang
Harumlah Namamu
Kolej Istimewa
Didikan untuk semua
Keluar membimbing negara
Maju terus mara
Banggaku rasakan
Khidmatku berikan
Takku lupakan jasa-jasamu
Oh Kolej Melayu
mamat Reply:
October 22nd, 2008 at 11:14 pm
tu lagu baru….ada yang lebih awal dari tu…
ini menunujukkan DSAI masih mengenang jasa guru beliau yang telah banyak berkorban untuk membentuk dato’ seri menjadi seorg murid dan pelajar bukan saja pandai dalam ilmu agama tapi juga ilmu duniawi…….
kita harapkan DSAI inilah yang boleh djadikan contoh terbaik kepada generasi muda pada hari ini dan pada masa akan datang kerana DSAIlah yang telah membentuk masyarakat yang mengenal erti kemerdekaan,erti hidup,erti bersatu padu dan berani menerima cabaran baru sebg warga malaysia.
satu lagi,contohilah AMERIKA SYARIKAT YANG BERSIKAP MATANG DALAM PEMILIHAN PRESIDEN 2008.Kalau boleh.adakan pilihan raya umum ke-13 d negara kita ini secara matang.
azmin Reply:
October 13th, 2008 at 10:05 am
contoh atau inspirasi untuk generasi sekarang atau akan datang..
tidak dinafikan PR mempunyai ramai pemimpin-pemimpin yang berpendidikan, bijak, mesra & berjiwa rakyat…semua pemimpin ini sedia berkhidmat untuk rakyat…
nekas umno Reply:
October 14th, 2008 at 1:26 am
betul tu…PR memang mempunyai ramai pemimpin yang berpendidikan. Bukan macham caw UMNO yang masih mencantas professional melayu. Buruh JKR bawak JCB dan tukang gunting rambut jadi ketua dan tim ketua cawangan di kampung bachang darat melaka.Ketua pemuda pulak adik ketua cawangan dan kerja sebagai pembaca meter air. Ada yang berpendidikan sebagai pensyarah nak masuk umno dibuangkan borang keahliannya. Bukan nak menghina cuma terkilan apakah mereka ini boleh membantu kerajaan jadi pemikir untuk kebangkitan ekonomi melayu atau hanya untuk pegang jawatan JKKK satu keluarga dan dapat elaun sahaja. Apa nak jadi dengan bangsa tak dipedulikan. Dah tu ada yang berstatus bankrap teringin nak jadi AJK bahagian dengan harapan dapat jadi Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat krjaan negeri melaka. Dia ingat dia boleh tipu orang seumur hidup. Kerja kejar projek atau agihkan projek kampung. Pendidikan anak kampung pii mampuslah…tak ambil peduli.Orang bankrap pun jadi ketua umno. Apalah punya undang-undang.
Orang Kapong. Reply:
October 17th, 2008 at 8:17 am
Apa kaitan jawatan kerja dengan ketua cawangan. Adakah penulis bermaksud pembawa
JCB dan tukang gunting bodoh? Tidak profesional? Saya melihat pandangan tuan
dengan rasa yang sedih dan sebak…
Itulah hati seorang cik gu!! Mengharapkan kebahagian kepada setiap anak muridnya. Walau bagaimana aksi si murid waktu sekolah dulu. Sama ada dia murid baik, atau murid nakal atau murid jahat atau murid malas di hati seorang cik gu, mereka diharapkan akan menjadi orang yang berjaya. Itulah doa, itulah harapan. Hanya satu yang perlu dingat kepada kita yang bergelar murid. Apabila kita menyapa cik gu kita mungkin cik gu kita tak ingat kita sebab dia ramai anak murid. Kitalah sebagai murid yang kena perkenalkan diri. Jadi jangan nanti cik gu tegur kita, kitalah yang tgur cik gu kita dahulu. Sebagai guru saya biasanya ingat dengan jelas dua kategori murid iaitu murid paling baik/bijak dan murid paling nakal yang lain selalunya tak ingat lagi wajahnya. Apatah lagi kalau bertahun-tahun berlalu.
nice one MSO
guru lilin hidup
Teringat aku akan Mr.Tan Eng Hock (cikgu Bahasa Inggeris) ketika di Anderson dahulu.
Kalau Ibu Bapa tentu lebih rapat dengan anaknya dan tahu kenakalan anakxnya, ditambah lagi keyakinan seorang guru yang mengajar dia mengaku dia seorang murid yang baik dan alim, kenapa puakx dalam UMCINO tak percaya dengan moralnya yang baik tu. Mungkin tersimpan dendam kesumat. Che gu dia juga rasa kecewa kerana DSAI dengan DATUK SERI SANUSI JUNID, anak kelahiran Kg. Acheh, Yan Kedah, yang masa kecil diasuh olih Brahim Kuboq, tak sejalan, mungkin tak sejalan dari segi politik, tapi dek kerana Bos TDM, Sanusi pun ada menyatakan kawan dia tu rendah moral. Bagi saya yang mengenali DSAI dari tahun 70an lagi, saya yakin DSAI adalah seorang yang tinggi pekertinya dan yakin DSAI bolih membawa pentadbiran sebuah negara MALAYSIA BARU, Insyaallah!
Salam buat semua.
Fiat Sepentia Virtus — may the Hargreaves Hall continue to harness Malaysian into prosperity and distinction.
Free RPK we want him to be among us at the next old boys weekend. Stay strong pete.. our thought and prayers for you always.
HudHud Reply:
October 16th, 2008 at 7:45 pm
Fiat Sapienta Virtus is Latin for ‘Let manliness come through wisdom’. But even the translation did not elucidate much about the real meaning.
Manliness? The first image conjured up then in those early years was that of Charles Bronson, the rugged, macho hero in many Hollywood movies.
Wisdom? We normally associate this word with the elder section of society, never with the young and brash.
So how can one attain manliness through wisdom?
Can one be a man just by being wise?
It took years to register but it did, later rather than sooner. A Budak Kolej can be a man if he is wise. ‘ Manliness’ here refers to the emotional traits of courage and conviction. ‘ Wisdom’ is the ability to hold back, assess and take the harder option even though the softer one, the path of least resistance, seems more appealing. It is the state of the heart rather than of the mind, when one is able to gauge from the guts that to deliberately not act when acting would be wrong, is the preferred choice. A wise person is he or she who chooses the live and let live option, an acknowledgment of the other person’s rights while not compromising one’s own. (lakum di nukum waliyadin). It is very difficult to define wisdom but there is a saying that was interpreted to mean that wisdom is the lost jewel of the Muslims; find it if one wants to be a good Muslim.
cikgu….sampai bila2 pun orang akan kenang sebagai cikgu..sampai ke liang lahad!
Tanpa guru.. tiadalah muridnya. Rasanya masa DSAI belajar tu tak de ppsmi kan. Harapnya DSAI tak gunakan PPSMI pasni..
Tiba-tiba saya teringat cikgu-cikgu saya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas. Saya masih mencari terutama cikgu Mashudi Bahari dan cikgu Serva Kumar yang banyak mengajar saya meninati sejarah bangsa dan negara. Di manakah mereka?
nazim55 Reply:
October 14th, 2008 at 6:34 pm
mashudi bahari sekarang di ins bahasa kl..dah ada phd.
cadangan saya. marilah kita jejak insan yang mendidik DSAI, rakan sekolah dan siswa. saya yakin mereka dapat menjelaskan segala kebaikan atau keburukan.untuk DSAI teruskan perjuangan Islam yang suci. rapatkan saf semua golongan. dekati yang belum beriman. kita yang muslim beri contoh terbaik. seperti nabi muhammad menjadi contoh terbaik dunia.
Bukan senang dapat cikgu yang baik sekarang…(”,)
bukan momok Reply:
October 21st, 2008 at 12:55 pm
cikgu yg baik banyakkk..tp student yg tak baikkk lagi banyakkkk..the other perfect reason why i am quitting from serving the MOE..hihi..
For whatever reason DSAI has bought the heart of most M’sian. Our sincere well wishes may brought him more energy,confident and love towards all M’sians and our mother land M’sia.We always wish and pray to almighty God for your well being and save our generation.
saya juga guru,kita akan ingat dan kenang semua anak didik kita tapi adakah anak didik itu akan meningati kita.selamat berjuang DSAI
Walau pun sudah puluhan tahun tapi Mr.Chin masih sayang dan ingat pada DS,kerana DS masih sayang dan ingat pada Mr.Chin,biar pun mereka berlainan keturunan.Tapi ‘anak murid’ DS yg bernama Ezam,walau pun sama keturunan bangsanya,namun keadaan jauh berbeda,bukan setakat tidak mengenang jasa tapi juga menghina dan mengkhianati gurunya.Ini lah satu contoh yg menunjukan bahawa sebangsa bukan lah segala-galanya,tapi keikhlasan lah yg lebih penting dalam hubungan sesama maknusia.
mnzct Reply:
October 13th, 2008 at 2:18 pm
saya setuju sangat dengan u bang thaqif!
storm62 Reply:
October 14th, 2008 at 12:31 am
saya bersetuju dengan thaqif.
kelkhlasan lebih penting bukan kuasa dan kekayaan.
MalaysiaBaru! Reply:
October 14th, 2008 at 7:34 pm
nak nanggis pulak saya……
Jiran rumah saya adalah teman sebilik Anwar semasa mereka bujang…mengikut cerita beliau, Anwarlah yang paling rajin bangun untuk Qiamulail dan membangunkan rakan-rakan yang lain untuk solat Subuh..
Menurut ustaz saya pula (yang mengenali Anwar secara peribadi)mengatakan segala bala, fitnah dan dugaan yang Anwar hadapi sekarang adalah kaffarah atas dosa-dosa yang Anwar telah lakukan. Ada orang yang telah teraniaya dan doa orang yang teraniaya adalah mustajab. Tetapi ustaz saya pantas juga berkata yang beliau langsung tidak percaya dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar. Bagi ustaz saya, itu adalah fitnah semata-mata…wallahualam
Azmi Azim Reply:
October 13th, 2008 at 8:14 pm
Saya nak tambah sikit….
Kalau tak silap saya dalam tahun ‘84 atau ‘85 dulu DSAI telah mengarahkan agar pelajar-pelajar Politeknik Kuantan (PSAS) yang mengikuti usrah Al-Arqam pada ketika itu di buang tanpa diberi peluang membela diri.
Cerita adik saya, sebaik pulang dari mengikuti usrah kesemua barang-barang mereka telah siap dikumpulkan depan gate dan pak guard tidak membenarkan mereka memasuki kawasan asrama, katanya arahan atasan.
Berapa ramai pelajar tahun akhir politeknik yang menjadi harapan untuk membela keluarga telah di anyayai oleh DSAI dengan keputusan beliau ketika itu.
Mungkin apa yang DSAI alami selepas itu adalah sebahagian balasan Allah atas perbuatannya ketika dia berkuasa dalam UMNO/kerajaan dulu. Selagi dia tidak mohon maaf dan minta ampun kepada orang yang telah dia anyayai semasa dia berkuasa dulu selagi tu dia juga akan di anyayai oleh orang lain.
nana Reply:
October 14th, 2008 at 8:20 am
azmi…
You have to think..Masa tu DSAI bukan berkuasa tetapi ada lagi kuasa besar drp dia..Itulah yang disebut “Aku yang menurut perintah”"….Kalau dia berkuasa..masakan dia boleh masuk itu tempat kat Sg. Buloh… Dia masuk sebab dia ada la tak “menurut perintah”..understand…
semoga menjadi contoh kpd anak2 zaman sekrg.ingat kembali betapa hormatnya pemimpin islam dahulu kpd guru2 mereka,wlupun berbangsa YAHUDI laknatullah.
biasanya kata kata dan ramalan cikgu itu azimat hidup.
jangan main-main… mak saya cikgu. die kata guru itu lebih mengenali anak murid berbanding ibu bapa sebab anak lebih lama berada disekolah dari rumah..
tahniah buat DSAI yang berpeluang bertemu cikgu yang mendidiknya ..
bertuahnya kita dapat melihat peristiwa silam DSAI dizaman sekolahnya…
tahniah DSAI kerana konsistensi sejak dibangku sekolah….
Alah biasalah sapa nak cakap buruk tentang orang apaatah lagi depan khalayak ramai. Aku yang setan semasa sekolah dulu pun sekarang ni depan khalayak cikgu aku di puji melangit. Siap mengaku aku anak angkat dia pulak tu.
Pasti nya apa yang Cikgu Chin cakap korang putar, pusing-pusing sikit supaya favour Nuar. Macam biasa lah tu kan. Kami yang mengikut blok ni faham benar dah. Dah tu pandai nak tuduh Utusan Malaysia memutar. Pigi dah……….
Lagi pun soalan yang kamu utarakan tu semua nya yang boleh memberi favour pada Anwar.
balboa Reply:
October 14th, 2008 at 2:43 am
Wira kini (poraahh)
Pandai mengaku setan…. nilah dia org AMENO… dari kepala sampai org bawahan macam wira kini (konon) mmg dah setan…
terima kasih kerana mengaku sendiri…
neutral Reply:
October 14th, 2008 at 8:24 am
Janganlah mengaku diri tu wira kalau cuma mementingkan diri sendiri dan suku sakat. Saya dah naik meloya membaca Utusan Malaysia yang disuakan setiap hari ditempat saya bekerja.
Kalau seseorang tu tidak disukai oleh guru tersebut, dia tak akan bersusah payah untuk datang dari jauh. Lainlah kalau umno yang buat rumah terbuka dengan segala pembaziran, orang yang datang tu cuma nak melantak je bukannya nak tunjukkan sokongan sangat.
khalib Reply:
October 15th, 2008 at 4:10 am
Persis seperti kepala hotak orang2 umno, cara berfikir mereka telah disinkronize. Sebab apa mereka begitu?, sebab mereka lah yang paling pantas mereka-reka propaganda. Kerana itulah budaya mereka. Suka bersangka buruk terhadap orang. Tak tahu menilai mana satu betul dan mana satu salah. Berhujah dengan mereka, walau pun berdasarkan fakta,angka-angka dan bukti nyata, mereka tetap tak berubah,laksana mencurah air kedaun keladi.Nau’zubillah….
dewa durjana Reply:
October 15th, 2008 at 12:19 pm
dah makan ubat lom?
Aku bet kamu tak akan siaran apa yang aku komen. Kalau keluar besok aku sunat lagi sekali.
balboa Reply:
October 14th, 2008 at 2:43 am
Haaa…. tunggu apa lagi???? cakap jgn berapi sgt brader….
anti wira kini Reply:
October 14th, 2008 at 1:33 pm
hei..wira kini..
semalam kau sumpah tak nak sunat..
kalau kau sumpah..baik kau pg sunat sekarang..
dan aku doa kan kau boleh..
kau boleh BLAHHHHHH!!!!!
Lamje Reply:
October 14th, 2008 at 4:06 pm
apa lagi nak tunggu? sunatla lagi sekali… hehe jgn marah.. selamat hari raya
khalib Reply:
October 14th, 2008 at 5:41 pm
Awak pegi sunat sekarang ,biar hilang kepala tu hahahaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
zaidievo Reply:
October 14th, 2008 at 7:59 pm
Hehehe ada org nak ilang ‘kepala’.
akram Reply:
October 15th, 2008 at 5:48 am
Wira Kini cukup panjang ke “anu” tu lagak jantann nak offer sunat lg sekali? rasanya kontot mcm IQ dia jugak kot!? hahahhaa..
I first met Anwar in 1973 when he was running a private tuition school in KL. I was a young boy then. I remember this man helping the poor Malays, Chinese and Indians. He was a simple guy. Smiling at everyone he met. One day he said, ” We should help the poor, irrespective of who they are. I’m helping the Malays because they are the poorest community in the country. I have also helped the poor Indians and the poor Chinese. We have to learn to live together as we are fated to be like this. If only the rich could help the poor we shall succeed as a nation.If only the poor could uplift their living standard could the rich live in peace. So, let’s be fair to all. When you see me helping the Malays more now, it does not mean that I am not helping the poor among other races.”
Y B pak DSAI adalah sosok seorang Peminpin yang tanggu dan bersahaja
semoga kekal membawa rakyat malaysia berjaya sampai PUTRA JAYA
dan disertai kemakmuran negara dan rakyat maju bahagia
selamat berjuang terus Pak DSAI sebagai anugrah Yg Mulia membawa rakyatmu jadi Megah
Terima kasih.
dari jakarta
Indonesia
terharu membaca stori ni..adeh
Saya terkenangkan cikgu Matematik saya didalam Tingkatan 4 & 5 di SMK Arshad, Kota Belud dalam tahun 70 an… Cikgu YUSOF ARIFFIN dari Ipoh dan berkahwin dengan orang Kuala Kangsar. Mudah2an beliau sentiasa dibawah Lindungan dan Rahmat Allah.
Betul kata Cikgu Zoyak. Sebagai murid saya pun ingat Cikgu yang paling baik dan paling garang.
Walu apa pun kedua-duanya tetap di kenang.
http//:www.howtospeedupmypc.net
Buatlah baik tapi lupakan sahaja kerana amalan kita belum tentu diterima, buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat.
semoga sukses selalu hendaknya
Nice article and that show the human side of DSAI. Interesting that he remember how both Sanusi and DSAI use to talk about religion and feel sad that they are not on friendly terms.
THat is why personal attack is probably not the best in politic but in Malaysia we have not reach the maturity we would like to have. I am exposed to that in the USA and pray that one day we will reach there before it is too late for Malaysia.
DULU LAIN,SEKARANG LAIN.
haisara,
Hargreaves Hall had really been one fantastic classroom. Nama DSAI mungkin tak terakam dalam the big book, kalau ada mungkin sebagai penghantar budak ke DC! Remind me of late Headboy Tan Sri Yahya. He could have made a difference.
haisara Reply:
October 14th, 2008 at 8:18 am
Yes sir i agreed. But what choice hve we got now? Tengku Razaleigh, Sanusi, Shahrir, Nazri wore the same tie but …. kamaruddin jaafar is within confines but i guess too ‘far away’ Allahyarham Tan Sri Yahya…., i still can feel the silence and hear the pin dropping as he entered Hargreaves Hall.
For a moment its good to share the old days where we thought we could change the whole world… we still can… perhaps in the near future. The difference would be colorful even when some of us are not on our …or maybe on my side. I still think they are of worthy ‘opponents’ and not some half past six accusation and manipulation all along that insults the very human instinct. This burung shima really piss me off.
regards
setiap manusia melakukan kesilapan…tapi xsemestinya kesilapan itu xbole dibaiki…bagi saya DSAI ada ciri-ciri kepimpinan…daripada pemimpin kerajaan KERIS yang lain…saya dpt rasakan kempimpinan(BN) sekarang teruk sgt…ekonomi huru-hara,politik di tokok lama…orang dah naik jet..diorang baru naik sampan…tapi beli jet&kapal selam pandai pulak…pelik…??..tapi saya sedikit pelik kenapa DSAI join BN@UMNO dulu??….sape ada maklumat bole kirimkan pada saya di asrullita82@gmail.com…thanks..
apa nak ingatkan zaman kecil2 dulu. semua budak nakal barulah cerdik bila besar.
HI BROTHERS AND SISTERS !..
SAYA KENAL DSAI SEMENJAK BELIAU MEMIMPIN BEBERAPA PERTUBUHAN BELIA DI PULAU PINANG TERMASUK ABIM.
DSAI MEMAMG SEORANG YANG REALISTIK DAN TAK PERNAH BERLAGAK SOMBONG.IDEA DSAI DAN PEMIKIRAN KASSIM AHMAD MEMANG DIANTARA FAKTOR YANG MENJADIKAN SAYA SEBAGAI BOOK WORM. SUKA MEMBACA.
PERNAH SEKALI SAYA BERJUMPA DSAI KAT GENTING SEMASA BELIAU MENJADI TIMBALAN MENTERI PERTANIAN,WALAUPUN SAYA HANYA SEORANG WAITER TETAPI BELIAU MASIH BOLEH KENAL SAYA DAN SEMBANG DENGAN SAYA LEBIH KURANG 10 MINIT SEHINGGA COFEE HOUSE MANAGER PUN TERPEGUN DENGAN SIFAT PERAMAH DSAI!
RAMAI ORANG PERNAH MENGRITIK DAN MENGADU YANG DSAI KADANGKALA FANATIK TETAPI SAYA SELALU BERDEBAT DAN MENYANGKAL SEGALA PANDANGAN NEGATIF TERHADAP DSAI.
INI MENJADI BUKTI SELEPAS BELIAU MELALUI SATU PERJALANAN POLITIK YANG CUKUP LUAS. BUKAN SENANG UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMIPIN YANG BERSIFAT ADIL DAN RELEVANT DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM. DAHLAH CUKUP KITA BAGI PELUANG UNTUK SESETENGAH PARTI UNTUK MENGONGKONG PEMIKIRAN RAKYAT SELAMA 51 TAHUN.
BUKAN NEGARA TAK MAJU TETAPI KITA HARUS INSAF KERANA SALAH PENGURUSAN DAN SIFAT TAMAK SESETENGAH PIHAK MENGAKIBATKAN NEGARA KITA KERUGIAN BERJUTA JUTA BILLION RINGGI.
KITA HARUS BERTINDAK DAN MEMILIH PEMIMPIN MACAM DSAI ATAU LAIN LAIN PEMIMIMPIN YANG SETARAF DENGAN BELIAU.
LIHATLAH DRAMA DAN WATAK PEMIMPIN PEMIMPIN SEKARANG SECARA GENERAL MACAM WATAK KARTUN! TAKERTI JAWAP DENGAN CONFIDENT DIPARLIMENT DAN TAK RELEVANT MENGIKUT TREND DUNIA SEKARANG.
WALAUBAGAIMANA PUN BAGI PENDAPAT SAYA JANGALAH MENGURUNG RPK DAN LAI LAIN BANDUAN ISA.SAYA BERHARAP PIHAK PEMERINTAH JANGAN MENGURUNG LAGI DI KEMUNTING, BICARA MEREKA DI MAHKAMAH JIKA MEREKA BERSALAH. INGAT KITA MASIH ADA 4 TAHUN LAGI. THINGS ARE CHANGING DRASTICALLY, YOUNG MINDS ARE NOT SAME AS THE MINDS OF 1950 O 1960!IF BARRACK OBAMA CAN! WE MALAYSIAN ALSO CAN! CAN CHANGE ANYTIME!
ambil yang keruh.. tinggal yang jernih
Itulah contoh murid yang mengenang budi gurunya. Memang patutpun kita kena selalu mengenang dan cuba diusahakan untuk mencari guru-guru kita.Tanpa guru tang mungkin kita kenal A hingga Z. Aliff hingga Ya.
Alfatihah untuk guru-guru kita yang telah pergi….. Amin…..!
anwar bapak reformasi….
Aku berbangga mendapat Pemimpin yang amat disegani oleh rakyat terbanyak dan Ahli2 UMNO ( jangan hipokrit untuk mengaku)…
p/s : Najib & Muhyiddin 2 X 5 sama2 hancurkan Melayu
MSO,
Alahai….itu 40 tahun dulu. Lama tu. Masa tu DSAI umur belasan tahun. Belum ada kuasa. Belum ke luar negeri. Belum macam-macam lagi. Pendek kata tak tahu apa-apa pun lagi. MSO kan orang lama. Penulis yang dah keluarkan macam-macam buku. Takkan itu pun tak boleh nak kaji.
Perlukah saya nak ingatkan pepatah ni? SEDANGKAN PANTAI LAGI BERUBAH INIKAN PULA MANUSIA. Nak lagi? SEKALI AIR BAH SEKALI PANTAI BERUBAH. Sama aje kan?
ALAHAI NAK BODEK JGNLAH BODEK DSAI SAMPAI MCM TU…
BAIK ADA MAKNA
ORG BAHCANG MELAKA ,,, JGNLAH KUTUK ORG MELAKA,, AKU TAU KO SBB TAK DPT JAWATAN
TAK KIRA LAH ORG TU BACA METER AIR KE APA KE? YANG PASTI BUKAN BANDUAN MCM PARTI TUUUUUUU.
APA APA PUN SELAMAT HARI RAYA MAAF & ZAHIR BATIN KEPADA DSAI YANG PALING AKU SAYANGI
APA-APA PUN JASA GURU TETAP DIKENANG
aku terkenang cikgu shaari dlm masam2 manis..tak pernah rotan murid,suruh murid membaca sorang,pastu murid bising dia buat dek..dh budak nk marah apa..bia je la,baik tido kejab..ada kah dia tk pandai ngajar?tak…dia naik pangkat jd guru besau..rumah pun besau..keluarga pun besau..itu berkat kerja dia,itu menunjuk kan kerja cik gu ni mulia..menyampai kan ilmu tuhan,manusia ada la hamba allah,yg di amanah kan ole nye,cikgu ada la utusan ilmu2 allah..walaupun bukan islam,ilmu allah tetap terlaksana..maha besar allah yg menguasai segala nye..berkat ilmu itu la yg menemukan dsai ngan utusan itu…pikir la puak umno.
jarang pulak aku dgr org puji Anwar..kalau 10 satu jer yang memuji.tu pun aku kena betulkan fakta diaorang..oppsss sory, luper plak ni kan blog nuar..sori 3x
AKU ORANG UMNOOOOOOOOOO..HIDUP UMNO
Salam…
Komen sy dgn statement….azmi azim…
Dalam hidup..manusia kdg2 terlupa….byk la lupanya…lupa diri,lupa org sekeliling…selalunya bila kita ada di puncak ..kita selalunya terlupa yg di bawah…
Sama ada ape yg dialami oleh DSAI..adalah balasan dosanya…ataupn sebaliknya ..pastinya kita xlayak utk menilai..atau apalagi menghukum..coz semunya dari Allah…bukan DSAI sorang tapi manusia lain juga..
At least dgn ujian yg sebegitu…boleh buat kita kembali kpdNya…Insya Allah…
pandangan dari guru ttg anak didik..
apa lagi nak dikata?????
semoga dsai n famili dirahmati dan diberkati ALLAH SWT
menitis airmata baca coretan. Cikgu, jasamu tak terbalas. kagum saya dgn DSAI. rapatnya beliau dgn guru. saya copy/paste utk tatapn adik2 saya yg masih lagi menuntut…..
aku berjaya dengan kata2 DSAI..
” Usah bicara tentang perjuangan kalau tak berani tanggung risiko”