36 Responses to “Rumah Terbuka di Cherok To’kun”


  1. 1 juma'noh abd bunga Oct 11th, 2008 at 11:21 pm

    Assalamualaikum,

    Sdr,

    Saya, isteri dan anak-anak memang tidak pernah gagal berhariraya di rumah Sdr di Cheruk Tok Kun. Lebih dua belas tahun isteri saya mengajar di Sekolah Tok Kun. Pak Brahim adalah sala seorang penandatangan cek gaji guru-guru sekoleh tersebut sekita tahun 70han.

    Bagi diri saya, sekalipun pada satu ketika kata-kata Sdr begitu mengguris hati dan perasaan saya, saya tetap juga berkunjung. Sudah jadi amalan saya, sebelum tidur malam, saya memaafkan semua orang.

    Tetapi hari ini, saya tidak dapat berkunjung dan berhariraya dengan Sdr di Cheruk Tok Kun. Kesihatan saya tidak begitu baik. Isteri pula sibuk buat persiapan untuk Jamuan Hari Raya PKR Bahagia Lumut esok. Teman-teman dari Singapura, Johor, Klang dan dari tempat-tempat lain datang berkunjung.

    Biasanya, rumah terbuka Sdr di Cheruk Tok Kun dibuat pada hari raya ke-2. Masa itu kami balik ke Permatang Pauh sehingga hari raya ke-4. Untuk ke Kelab Sultan Sulaiman esok pun kami tidak dapat. Tidak mengapalah. Panjang umur, di masa-masa akan datang, insya-Allah.

    Sekadar catatan sebelum tidur. Maaf zahir batin.

    Wassalam.

    HangpaBodo Reply:

    Ade komen-komen dari orang-orang Permatang Pauh dan Cheruk Tok Kun tak? Dalam beberapa bulan AI pegang MP ape perubahan dan pendekatan yang dibuat untuk orang-orang Permatang Pauh dan Cheruk Tok Kun? Atau asyik dengan urusan di ibu negara. Plz enlighten me!

  2. 2 agen anwar Oct 11th, 2008 at 11:32 pm

    esok sama2 kita pergi rumah terbuka DSAI…..

  3. 3 indraputra80 Oct 12th, 2008 at 12:02 am

    Cukupkah dgn menjamuselera(Rumah Terbuka),atau memberi ucapan untuk rakyat yang menanti dengan penoh harapan agar berlaku sebarang perubahan???

    Yang Jelas UMNO (BN)sudah melakukan nya,.

    Najib bakal jadi PM,.Bedollah sudah sedia untuk bersara.

    Kita (PR) dok tang tu juga.

  4. 4 Mat Tebu Oct 12th, 2008 at 12:09 am

    Salam Aidil Fithri buat DSAI.Moga kemenangan Syawal menyemarakkan lagi api perjuangan membina negara bangsa baru demi kesejahteraan umat.Takbirr….

  5. 5 sjchange Oct 12th, 2008 at 12:25 am

    My Alma mater is Jit Sin High School. But now, I am staying in the state of Selangor. I am so envy and so proud of the Permatang Pauh people, they are living under the ruling of Pakatan Rakyat, especially with the presence of DSAI. I hope the whole Malaysia will have the same privilege as Permatang Pauh very very soon.

  6. 6 labu sayung Oct 12th, 2008 at 12:39 am

    Aku nak citer sikit

    Dulu kat tempat aku, salah satu Caw. di Parlimen Lembah Pantai
    lepas PRU 11, mase hari raye Korban Ahli Parlimen ade sponsor Lembu (skali je)
    tapi nak ambik kene tggu lepas die abih bagi ucapan lah

    pastu ade buat kempen ANTI DADAH kat sini (di kelolakan & sponsor by RTM & DBKL)

    tapi skrg mungkin tiada lagi kerana Ahli Parlimen dah bertukar kpd seorang Ibu Muda
    wakil dr PKR
    Ye kite maklum walau WPKL dimenangi PR tapi menteri nye masih dari BN sbb ini
    (demokrasi jenama BN, so DBKL & RTM pun pasti buat bodoh je bile MP baru ni nak mintak tlg)

    Ape pun ibu mude ni sng di dekati, bulan puase baru ni die ade mai solat kat sini
    itu pun kire ok lah sbb kami paham abeliau telah cube bekerja dgn sebaik mungkin cuma agensi2 dibawah kuasa Kementerian yg dikawal Menteri golongan BN ini yg menyusahkan .

    Lagi satu yg aku tak puas hati dgn Menteri wakil2 BN ni
    1.klau mai nak ceramah atas tiket PARTI gune lah harta PARTI jgn gune harta Kerajaan
    2. Kalau menderma gune duit Kerajaan / Rakyat jgn ckp dari PARTI
    3. Klau buat Projek pakai duit Kerajaan tak payah lah letak slogan
    ” SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN” rakyat tau korang yg memerintah
    4. Balai Raya , jgn jadikan pusat BN itu rakyat punye.

    byk lagi ni tak larat nak tulih ni

    INSAF LAH WAHAI ORANG2 POLITIK YANG RAKUS, GAJI ANDA PUN HASIL DARI CUKAI WANG RAKYAT

    HangpaBodo Reply:

    Kat perak pun lebih kurang je labu.

    1. Buat muktamar AM guna kompleks dan bangunan kerajaan secara percuma.
    2. Khemah, perhiasan, banner dan sepanduk yg besar-besar (pasti mahal rasanya), guna duit kerajaan negeri. Siap bagi goodies lagi. Goodies = bendera, beg, souvenir.
    3. Orang lain buat projek susah-susah, declare buat sendiri.
    4. Kroni-kroni dipilih jadi amil. Maklum le zakat fitrah tahun nih RM7. Kalau darab 2.5% dah berapa? Boleh berpoligami la pasni, ikut sunnah katanya (penulis menegaskan supaya pastikan cukup syarat).
    5. Masih juga berharap untuk kerja dengan kerajaan kerana security, intensif, bonus dan pencen.
    6. Yang berniaga masih juga berharap tender, kontrak dan sebutharga dari kerajaan.
    7. Komen-komen yg negatif, disekat dan tidak dimoderate secara demokrasi oleh moderator pro-kebebasan suara.
    8. Sila la tambah sendiri mana yang rasa best.

  7. 7 webm Oct 12th, 2008 at 12:45 am

    Makin ramai org di sebelah PR
    Petanda positif..

    webmelayu.blogspot.com

  8. 8 fmy Oct 12th, 2008 at 3:20 am

    salam….kenapa btn harus ditutup..apa akan jadi kepada pekerja-pekerjanya…adakah anda sedar dengan menutup agensi itu akan memusnahkan pekerjaan orang yang bekerja untuk menyara keluarga serta anak2 yang masih kecil…adakah tahap membuang itu satu perbuatan yang baik.seperti menuangkan pasir ke periuk nasi seseorang itu. fikir dan renungkan sekiranya anda berada di tempat kami. adakah pekerja btn itu mematuhi arahan daripada ketua…fikir dan renungkan…sekian terima kasih

    anuar Reply:

    bagi saya btn tak wajar ditutup..yang perlu diubah adalah cara penyampaian nye atau fungsi nye diubah dan perlu diperhalusi lagi..seperti yang kita sedia maklum ianya adalah seperti tempat untuk “brainwashing centre”. Saya harap kita tidaklah sekejam ingin membuang terus pekerja2 yang sedia ada..pastikan kebajikan dan keadilan untuk mereka tetap ditegakkan..

    wasallam

  9. 9 labu sayung Oct 12th, 2008 at 6:02 am

    Gua dah taip panjang2 apsal tak kuar lagi nie ?????????????????

  10. 10 AMK JOHOR Oct 12th, 2008 at 9:43 am

    KHALID NORDIN : PEJUANG HIPOKIT

    Siapa peduli ???
    Semalam petang kami terharu apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim menalipon Setiausaha AMK Johor. Beliau menyatakan kebimbangan kerakusan pihak berkuasa sekarang untuk merobohkan semua rumah , bangunan dan Surau di Kg. Plentong Tengah, Plentong Johor.
    DSAI minta seluruh jentera AMK Johor membantu penduduk disitu sehingga ke peluh dan usaha terakhir. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu kampung yang telah dibayar sebahagian hakmilik tanah itu.

    Terdahulu Ketua dan Naib Ketua AMK Malaysia telah datang ke Kg. Plentong Tengah pada pertengahan Ramadhan yang lepas. Sokongan moral, sumbangan,kata-kata semangat dan nasihat telah beliau sampaikan pada masjis berbuka puasa.

    Malangnya ahli parlimen Tebrau iaitu En. Khalid Nordin hanya sibuk merebut jawapatan Ketua Bahagian & MT UMNO tanpa memperdulikan para penyokong dan pengundinya. Pemimpin yang berjiwa konon-kononnya mulia ini sebenarnya salah seorang yang Hipokrit. Diberitahu pondok Polis akan ditempatkan disitu bagi menyekat dan menangkap ’sesiapa yang dianggap onak’. Penduduk disitu dimaklumkan secara lisan bahawa roboh tetap roboh, hanya menanti hari yang sesuai.
    Surat rayuan penduduk yang diajukan kepada Menteri Besar Johor, ada sumber yang yang memberitahu bahawa ia mungkin telah berada ‘ditong sampah’ untuk menanti masa untuk dihantar ke tempat ‘pembuangan pusat sampah’.

    Kepada semua rakyat Malaysia, Kg. Plentong Tengah bukanlah kawasan Setinggan tetapi pemilik tanah tersebut berbangsa Singh telahpun mengambil deposit dan pada masa yang sama Sigh penipu itu telah menjualnya kepada syarikat yang mempunyai talian darah dengan Istana. Ratusan ribu ringgit telah diserahkan tetapi En. Khalid Nordin, En Ghani Othman dan En. Shahrir Samad lebih sibuk untuk pertandingan untuk program ‘Raja Lawak musim ke-3′.

  11. 11 Justice Oct 12th, 2008 at 9:51 am

    Selamat Hari RAya Aidilfitri, Maaf zahir batin kepada Dato’ Seri sekeluarga, pemimpin pakatan rakyat dan semua rakan seperjuangan. Teruskan semangat ini. Lawan tetap lawan.

  12. 12 bekas pelajar MRSM Oct 12th, 2008 at 10:04 am

    Pada akhir bulan ini adalah tarikh akhir keputusan kes bunuh Altantuya. MAka saya harap agar Pakatan Rakyat dapat halang perkara ini sebab kita bimbang yang tertuduh akan dibebaskan dan Najib selamat dan kes ditutup

  13. 13 msh Oct 12th, 2008 at 12:41 pm

    Sdr DSAI,
    Kalau boleh aturkan rumah terbuka bagi seluruh negara samaada peringkat negeri, daerah, parlimen, DUN, Taman, Kg dan sebagainya. Mungkin ini dapat memberi peluang DSAI berjumpa seramai mungkin penyokong PR. Kalau dulu orang ramai boleh membawa bersama kueh-mueh atau makanan sekarang juga boleh dilakukan agar program ini lebih meriah lagi dan ini boleh membantu pihak penganjur disemua peringkat dan semua dapat bersedekah makan. Jangan bebankan pemimpin saja.

  14. 14 The Ritz Oct 12th, 2008 at 5:18 pm

    Kepada penyokong-penyokong PKR,

    Tahukah kamu asal-usul parti PKR yang mewawarkan untuk menetang kezaliman, ketidakadilan, rasuah dan macam-macam lagi yang kononnya dilakukan oleh orang UMNO dan yang menjanjikan kerajaan baru yang akan mengambil alih kerajaan BN sekarang. Kepada yang tidak tahu sila semak kembali sejarah pertubuhan PKR, sebab tubuhnya PKR dan matlamatnya.

    Jangan meyokong kerena orang lain sokong, jangan meyokong kerana kamu fikir PKR itu macam tempat mengadu. Memang kita banyak merasa tidak puas hati tentang keadaan sekeliling, kalau boleh kita mahu yang terbaik untuk kita…. untuk kita… untuk kita. Tapi kita tak sedar apa yang baik untuk kita mungkin tidak baik untuk orang lain. Bagaimana pula lain, kepada siapa mereka nak mengadu kalau mereka tak puas hati… dan seterusnya.

    Kalau kita lihat PKR ditubuhkan untuk memperjuangkan pembebaskan DSAI yang mana pada anggapan peyokong DSAI telah diambil tindakan secara tidak adil, setelah dibebaskan PKR kononnya berjuang untuk menentang ketidak adilan and kekejaman yang dibuat oleh BN.

    Cuba fikir, kalau DSAI tak diambil tindakan tidak akan ada PKR, maka tidak akan ada tindakan menetang ketidak adilan dan kekejaman.

    kalau tidak ada tindakan menentang ini MUNGKIN bermakna tiada ketidak adilan dan kekejaman… hemm pelik… maknanya kalau DSAI masih dalam UMNO & BN, BN itu adil dan baik dan bila saja DSAI keluar BN jadi jahat… sekelip mata aje.

    Siapa itu DSAi untuk menetukkan siapa baik, siapa jahat, siapa adil, siapa dajal…. siapa itu DSAI. Baik sangat ke DSAI sehingga kroninye bermaharajalela semasa beliau berkuasa, baik sangat ke beliau sehinnga Tun Ghafar menjadi mangsa nafsu politiknya. Baik sangat ke DSAi sehingga kaunter saham milik sedarnya (sebuah syarikat di P. Pinang) naik mendadak selama 2 minggu berturut-turut dari tarikh IPOnya pada tahun 1997/1998.

    Sememangnya DSAI seorang politik yang pembelit seperti ahli politik lain. Jika dulu semasa dalam UMNO, UMNOlah nyawanya, Lim Kit Siang and Karpal Singh itu mush ketatnya, pantang bertemu pasti bertikam lidah… tetapi apabila keluar aje dari BN mereka inilah kawan-karipnya, berpeluk dan berpegang tangan kemana sahaja… mereka berdua ini yang ingin menghancurkan hak-hak istemewa malayu manjadi kawan baik DSAI, mereka ini yang ingin membunuh kerjayaan melayu menjadi sahabat DSAI…dimana kejujuran DSAI, dimana keikhlasan DSAI kepada 2 kawan baiknya pembunuh masa depan melayu atau kepada bangsa melayu itu sendiri.

    Pada saya keikhlasan dan kejujuran DSAI adalah pada dirinya sendiri dan cita-citanya, dia sanggup mengadai apa aje untuk dirinya dan cita-citanya, dia snaggup berkata apa sahaja kerananya… dia tidak ubah seperti seorang pelacur yang sanggup mengadai maruah untuk kepuasan hati dan wang ringgit.

    Itulah DSAI yang kamu sokong, itulah PKR yang kamu sokong, parti politik yang berdasarkan kekuasan keluarga…. Siapa bini DSAI dalam PKR?, Siapa anak DSAI dalam PKR?. Saya tak pasti tetapi setahu saya dalam BN lebih-lebih lagi UMNO, tidak ada kaum keluarga terdekat yang menjadi Ahli Parlimen pada masa yang sama seperti DSAI & Anaknya, Lim Kit Siang & Anaknya and Karpal Singh & Anaknya…kecuali Pak Lah dengan menantunya. Kenapa tak diberi peluang kepada yang lain dalam parti Pembangkang….kenapa deberi kepada keluarga terdekat sahaja…tidakkah ini Kronism namanya.

    Penyokong pembangkang kamu sebenarnye meyokong Parti Kronism yang kamu war-warkan kamu menentang, buka mata kamu dan lihat lah sekeliling kamu, sebelum terlambat.

    The Ritz from Riyadh

    khalib Reply:

    Kalau nak tahu, DSAI dipecat, difitnah, dihina, dipenjara, disepak terajang, diperlakukan demikian rupa penginayaan adalah bertitik tolak dari perjuangan beliau menentang kekejamaan dan ketidakadilan semasa beliau berada didalam bn sebagai TPM. Perjuangan PKR dan PR sekarang adalah merupakan kesinambungan kepada perjuangan beliau yang bermula dikala itu. Berbaik-baik dengan pemimpin pembangkang, menjadi amalan beliau sejak dahulu hingga sekarang, kenapa harus beliau bermusuh dengan mereka. Bertikam lidah di parlimen atau dipentas-pentas politik, tidak bererti mereka harus bermusuhan secara peribadi.Inikan negara demokrasi. Kenapa, adakalanya kita bercakap tentang perpaduan antara kaum, kadangkala kita pula yang keras dengan perkauman.Apakah selama ini kita hanya manpu bercakap tentang perpaduan dan perkauman, tidak lebih dari itu. Sia-sia 51 tahun kita merdeka.

    Apa salahnya dan dimana keburukannya apabila lebih dari satu ahli keluarga menjadi MP, bukankah itu menunjukkan komitmen mereka terhadap negara dan rakyat. Jauh lebih baik dari sesaorang pemimpin politik yang ahli keluarganya, anak-anaknya menjadi ahli-ahli koperat, pengerusi disana, pengarah disini, Memperkaya diri sendiri dan sanak saudara sendiri tanpa menghiraukan kehidupan rakyat.

    Tidak payahlah cuba-cuba memburuk-burukkan orang, pandang-pandanglah akan diri sendiri. Tak usah bersusah payah memaparkan hujah, rata-rata orang sudah pun mengerti dan mengenal erti kehidupan ini. Tiada siapa yang akan terpengaruh dengan hujah-hujah lapuk begini. Orang dah pandai dan cerdik belaka…….Maaf zahir dan batin, wassalam.

  15. 15 anak muda Oct 12th, 2008 at 5:57 pm

    salam…
    tahniah Dato Seri,dan selamat kembali.dah lama rasa nya cherok tok kun x ada majlis rumah terbuka yang DSAI buat.Sy pernah hadir di rumah terbuka DSAI pada tahun 90an,ketika itu sy di sekolah rendah,dan DSAI merupakan TPM.rasa bangga bersalam(dan dpt duit raya) masih teringat lagi.dr situ lagi sy amat mengagumi DSAI.Semoga DSAI akan berjaya melaksanakan harapan rakyat segera.Kami sudah cukup sengsara dengan pemimpin malaysia sekarang.segeralah selamatkan malaysia.semoga ALLAH memudahkan usaha DSAI.sekian

  16. 16 sivagi Oct 12th, 2008 at 10:24 pm

    Selamat hari raya dato’seri,
    saya rasa dato seri,kita tak perlu sangat mau raya2 buat itu open house banyak kali dato seri,
    pasal apa dato seri saya cakap itu macam,
    sebagai PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT(sivagi the boss)
    dato seri perlu mengenang atau buat macam itu berkabunglah! sempena mengigati RPK itu dalam jugak ada duduk..tapi dato seri sini ada senang2 jugak..RAYA SAKAN..NAMPAK! itu duit ada bazir jugak nanti..
    eloklah dato seri kasi kurang itu OPEN HOUSE..tapi buat kendurika, sembahyang hajat ka,atau sambutan hari raya dekat penjara itu RPK JUGA ADA DUDUK,baru dia hati boleh senang sikit dato seri,
    ini cuma saya punya pandangan sebagai rakyatlah Dato Seri,ammaaa.tankiu very much~

  17. 17 fitri Oct 13th, 2008 at 12:43 am

    salam reformasi..meriahnya suasana di sana, seronok kalau dapat bersama namun ana di menara gading. Ana ingin minta pendapat dan nasihat daripada DSAI bagaimana dan apakah peranan mahasiswa terutama ana sendiri dalam menghadapi situasi ketidakstabilan politik negara dan ekonomi dunia, tambahan pula banyak pembohongan di buat di media massa dan cetak, apakah umNO dan sekutunya cuba mengaburi mata hati rakyat Malaysia..? ana terkilan dan kecewa dengan kepimpinan yang ada sekarang yang tidak menjurus kepada soal akidah, iman dan negara. yang mereka tahu adalah untuk merebut jawatan dan perkara duniawi semata-mata. bagaimana untuk insan seperti saya untuk membentuk peribadi dan akhlak yang baik dalam suasana seperti ini. sekarang ini ramai orang bertanyakan tentang kenyataan DSAI mengenai 16 sept., bagi ana bila itu tidak menjadi persoalan kerana ana yakin ALLAH bersama-sama kita dan orang yang berjuang di jalanNya..sebaik-baik perancangan kita baik lagi perancangan ALLAH, kerana ALLAh Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.semoga DSAI tabah dalam perjuangan..teruskan perjuangan membela agama ALLAH dan rakyat, sama-sama kita menentang kezaliman..salam reformasi, salam aidilfitri dari ana membangun bersama Islam..sama-sama juga kita menentang kezaliman..teruskan perjuangan…….

  18. 18 khalib Oct 13th, 2008 at 3:29 am

    Sivaji ya!! sini pun ada marika,dua-dua tumpat pun ada mari …..lagi banyak cakap apasal?

    sivagi Reply:

    yelahhhh…aiyo.yo…pasal saya ta da pegi itu dato seri punya OPEN HAUSE..pasal hati ada sakit jugak!sepatutnya mr.kalib hari open house PR..suma orag MUSTI MAU PAKAI ITU HINDRAF! PUNYA BAJULAH BARULAH…”MAKKAL SAKTHI” ADA betullahhhh… suara rakyat..ini tadaaaa..saya punya saudara summma ada DALAM JUGAK DUDUK…lu orang ada RAYA SAKAN JUGAK!!! chit! ada patutkah…SENDRI MAU INGAT!

  19. 19 Mohd Abd Nasir b. Idris Oct 13th, 2008 at 10:55 am

    Sy setuju dengan pendapat indraputra80, sy harap dato’ seri jgan terlalu lewat mengambil alih malaysia dari BN, ia akan memberi kesempatan kepada mr altantuya dan kuncu-kuncu nya membuat macam-macam hal, bimbang dia akan guna ISA terhadap dato seri dan rakan2 dari pakatan lain.
    Cepatlah ambil alih…… minta ahli parlimen BN wat peristiharan keluar BN ramai2 dan masuk Pakatan…. tak boleh ke pakai cara ini?

    anak malaysia Reply:

    Sivagi,

    Deepavali sudah mau datang. Hope you are not celebrating it. You kena berkabung sebab ramai orang you ada itu DALAM!!!!!

    sivagi Reply:

    mustilahhh..ingat serupa lu orang kah!cit!..annuar mau jadi pm punya pasal..kita suma itu batu cave marii..mau bagi isu baru kasi kalah PRU12..untuk dapat sokongan indiaaa..sekarang ada dalam apa dia ada buat kasi cakaaaaaaaaaaaaap jugak!
    kita orang tada serupa lu orang..BELAKANG KASI TARUK JUGA..WACCI DTHA UPPE!

  20. 20 Zomar69 Oct 13th, 2008 at 11:16 am

    Assalamualikum. Cam na dengan Penubuhan kerajaan Baru, sonyap aje kenapa?biar ada Usul kat Parlimen, jangan biar jadi ejekan orang terhadap DSAI aje. MALU.SELAMAT BERJUANG.
    .

    anuar Reply:

    Assalammualaikum Zomar69,

    dulu kita tidak percaya yang akan bn dinafikan majoriti 2/3…dan negeri-negeri seperti selangor dan perak bole dirampas pakatan rakyat…

    mereka juga pernah berkata permatang pauh boleh jatuh ke tangan BN atau paling tidak majoriti nye boleh dikurangkan…

    Tetapi kita semua arif akan keputusan atas peristiwa di atas…

    Ya. Memang benar, kita boleh merancang dan Yang Maha Kuasa penentu segalanya. Sekarang ini kita bercakap tentang peralihan kuasa dengan segala jentera kerajaan berpihak kepada mereka. Para pemimpin Pakatan seperti saudara sedia maklum (harap-harap saudara senantiasa mengikuti perkembangan kisah peralihan kuasa ini) telah pun menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk berjumpa dengan beliau. Bagi saya dia adalah perdana menteri, mengapa tatkala itu harus takut atau kurang berani untuk berjumpa seorang insan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Di samping itu, pakatan rakyat juga telah meminta diadakan sidang luar biasa di parlimen. Ini juga ditolak. Dengan bertopengkan lawatan sambil belajar ke Taiwan, mereka telah menghantar serombongan ahli Parlimen ke Taiwan. Apakah yang dilakukan disana tidak jua kita mengetahui hasilnya. Apakah pengisiannya juga tidak diketahui.Yang pasti duit rakyat digadai begitu sahaja untuk memuaskan dan memenuhi impian sendiri. Saya haramkan andai duit saya dan keluarga diambil dan digunakan oleh kerajaan untuk kepentingan mereka sendiri bukan pada ketika itu dibelanjankan demi kepentingan rakyat terbanyak ataupun negara.

    Oleh itu kita harus berhati-hati dan jangan langkah semberono di ambil. Setiap langkah perlu diperhalusi kerana setiap keputusan dan tindakan diambil, kita tidak mahu apa-apa tindakan akan menikam kita semula lalu menampakkan kegelojohan dan kebodohan seperti mana yang biasa dilakukan oleh pimpinan barisan nasional terutamanya pimpinan UMNO.

    Sabar dan ikhlas dalam sesuatu perkara merupakan intipati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita. Walhal setiap ujian yang kita lalui merupakan satu wadah dimana pada ketika itu Tuhan sedang berbicara dengan kita tentang erti kesabaran, keikhlasan dan integriti diri kita. Hanya kita ini yang lalai dalam pengertian.

    Yang baik itu datang dari Allah dan memohon keampunan dari-Nya atas kelemahan bicaraku ini.

  21. 21 wira kini Oct 13th, 2008 at 5:32 pm

    Apalah kau moderator buang masa aku buat post. Kau tak siar pun. CABAI LAH LU. Kata nak amalkan prinsip bebas bersuara. baru dalam blog yang entah berapa orang yang baca dak nak main censorship. Alahhhhhh tak payah lah nak menjuarai kebebasan bersuara, tak layak. 10 kali lagi buruk daripada UMNO.
    Pastinya kamu ni semua jenis kata pepatah kuman di seberang laut nampak, gajah tepi tak nampak. Lagi buruk dari perangai UMNO (lawannya UMYES) apa lagi PAS (lawannya FAIL). buang masa lah sokong kau orang ni.

    Lagi satu aku rasa Dr Wan Zizah sepatutnya tahu Nuar laki dia ni perlukan pemeriksaan psikiatri. Sekurang-kurangnya untuk disahkan yang dia sehat mentalnya. Aku tengok dia semacam aje lah. Mungkin jenis gila - gila kuasa agaknya.

  22. 22 BuDoK13 Oct 14th, 2008 at 4:05 pm

    assalamualikum DSAI….. =)

    Saya dan keluarga dah p Open House DSAI…DSAI n DSWA baeklah.. peramah btol!
    kalu Dato’ Seri wat open house lepas seminggu bru sy n family boleh p lagi taon depan.. coz x busy sgt….

    Oh ya! untok pengthuan suma orang.. mak saye ckap mungkin awal bulan 12 nih DS akan ambil alih kerajaan..mak saye ckp DS Anwar nak amik kerajaan secara baek supaya Sejarah untk generasi akn dtg nnt xde la mmburuk-brukkan kan kerajaan PR …. hik3! :P

  23. 23 Malayrights Oct 15th, 2008 at 3:02 am

    Blog Anwar Ibrahim (baca: Dewa Sri Brahem) ni tak terlawan blog TUN M .. @ chedet.com . Makin hari makin kurang orang kasi komen . tu lah banyak sangat duk kebang kat rakyat kata ini .. kata itu .. tapi satu hapah pun tak jalan .. kisah minyak naik tak habis2 .. Sekarang ni minyak turun tak dengar satu cerita pun .. Cakap lah terima kasih ka .. syukur ka .. ini , hari hari kata diri hebat, sampai batu cave pun dah ada monument Anwar. Ini pejuang Islam ??

    MP nak lompat parti ?? Bukan MP PKR pun nak join BN ka semenjak Najib and Pak lah umumkan plan peralihan kuasa yang baru ??

    Apa kata u (Anwar) concentrate on jadi pembangkang biar kalo ader usul yang tak bermakna dan tak mendatangkan faedah you lawan balik, bahas. Jadikan politik Malaysia satu scenario yang sihat. Ini Semenjak diumumkan tarikh 16/9 tu, bukan mendatangkan apa2, tapi cuma menjatuhkan ekonomi dan keadaan tidak tentuan kepada pelabur2 terhadap kestabilan politik. Bila ekonomi merosot sapa susah?? Rakyat balik … ingat tujuan utama, semua nya untuk rakyat bukan untuk diri sendiri.

    Moderator, jika anda yakin dan telus pada media, siar kan lah comment ini. Bukan apa, kalo ader org reply, boleh juga saya baca dan analisa.Bukan saya sahaja, malah seluruh rakyat Malaysia. Comment saya dulu2 rasanya tak timbul2.

  24. 24 NoName Oct 15th, 2008 at 1:26 pm

    ms kat permatang pauh..
    kata xda duit..
    tp leh plak wat open house besar-besaran..
    pas tu bg cenderhati plak..
    ishh..
    sapa plak yg sponsor tu..

  25. 25 anak malaysia Oct 15th, 2008 at 4:55 pm

    Saya sokong wira kira. Dah banyak kali saya submit komen saya tapi satu pun tak keluar. Takan kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh KPR pun ada tapis menapis kut! Kalau ada, nampaknya PKR pun sama dengan BN juga la! Tak boleh terima teguran. Kalau BN ada ISA, lepas ni PKR nak buat apa pula untuk sumbat orang yang komen pasal PKR

  26. 26 anak malaysia Oct 16th, 2008 at 1:52 pm

    Apasal dah banyak aku bai komen, satu pun tak ada dalam blog ni.

  27. 27 rozilah ramli Oct 18th, 2008 at 10:25 am

    assalamualaikum DSAI..
    saya merupakan salah seorang MANGSA sistem pemerintahan kerajaan kita.
    saya isteri (warganegara/asal smnjg) kepada suami (permastautin sementara/asal sabah).
    kami mendirikan rumahtangga 4 tahun yg lalu.
    kini mempunyai seorang anak lelaki(warganegara) berumur 2 tahun 8 bln.
    terasa diri ‘TERTIPU’…
    apa guna saya mempunyai suami sedangkan hubungan kami TERBATAS hanya d SABAH sahaja.
    apalah nasib & masa depan anak kami?membesar tanpa ayah?
    hubungan saya & keluarga d smnjg terputus..
    semua ini disebabkan dokumen suami yg tidak boleh menetap d smnjg lebih drpd 30 HARI!
    saya sudah rujuk JPN tetapi tidak berhasil.
    BILAKAH PEMBUKAAN PERMOHONAN ‘GREEN CARD’ yg dah 2 tahun expired?
    MENGAPA KERAJAAN SABAH MEWUJUDKAN DOKUMEN TERSEBUT?
    APAKAH NASIB ISTERI SEPERTI SAYA?
    saya mengadu kpd DSAI kerana tidak tahu kemana arah tuju,
    KERANA PEGAWAI KERAJAAN SABAH kebenyakannya MENGAMALKAN RASUAH!
    hal ini sangat SERIUS di SABAH.
    sila rujuk permasalahan saya ini.
    sekian,terima kasih.

    suhadi Reply:

    Pn Rozila,
    Saya bersimpati dengan nasib yang Pn hadapi ini. namun tidak kira di Sabah / Smnjg soal pegawai kerajaan rasuah ini berlaku di mana-mana. Sekiranya soal rasuah ini yang menyebabkan masalah puan, jangan takut untuk membuat laporan kpd BPR. Kita tidak mahu segelintir pegawai khianat seluruh imej kakitangan awam terjejas.Tidak perlu melemparkan tuduhan melulu , kenapa tidak ambil tindakan yang lebih bijak. Soal suami puan yang berstatus permaustatin sementara sebenarnya bukan berasal dari Sabah, tetapi kebiasaannya adalah pendatang indonesia, Filipina atau lain. Masalah yang pn hadapi sekarang ni adalah kesan tidak langsung dari kebanjiran PTI Sabah. Haraf Pn bersabar sahaja. maaf zahir dan batin.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031