08
Oct
08

Dokumen Berkaitan Kes DSAI terdahulu

Sila klik di pautan yang tersedia untuk membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v. Pendakwaraya: Click here for PDF and and here.

Sila klik di pautan yang tersedia untuk meneliti afidavit Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Abdul Gani Patail. Afidavit ini juga memuatkan petikan penting akuan bersumpah Manjeet Singh Dhillon berhubung penglibatan Gani Patail di dalam mengugut dan mereka bukti di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdahulu: Click here for PDF

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim


43 Responses to “Dokumen Berkaitan Kes DSAI terdahulu”


  1. 1 Mohd Norhusaini Abd Rahman Oct 8th, 2008 at 4:39 am

    Anwar Ibrahim = Mat Jenin
    16 September 2008 PR ambil alih kerajaan = Angan-angan Mat Jenin

    Reply

    sang sapurba Reply:

    encik husaini, knp kau tak concern ttg laporan doktor yg cek saiul ckp die xde bukti diliwat?knp ko xfkr cmne nk jd 16sept sbb ahli parlimen dipksa mcm org bodoh wt lwtn sambil bljr ke taiwan?xpenah2 ahli parlimen wat lwtn cmtu.np ko xfkr sbb pe pak lah ksygn kau takut utk terima utk diadakan pesidangan parlimn khas hr tu? kau tak tgk ke video siri rekaan liwat thn 98?aku blh bg klu kau nk.tp klu dh hidup mati kau utk umno, xtau la ko nk percya ke tak.aku kesian kt org mcm kau ni , kekurangan info sbnr. yela kau cme tau utusan meloya dan bletin utama dan rtm je kn

    Reply

    edd Reply:

    sabar sang sapurba…kemungkinan besar, Mohd Norhusaini Abd Rahman ni terikut2 dgn kebodohan & kejahilan abang dia,Mohd Ali Abd Rahman tu…biasa la,penyakit keturunan mcm ni mmg susah nak baik…otak lembu pun ok lagi dari otak diorang…haha

    Reply

    Mohd Norhusaini Abd Rahman Reply:

    sang sapurba,

    Rekaan liwat? Sila rujuk penghakiman yang membebaskan Anwar Ibrahim. Penghakiman tersebut dengan jelas menyatakan bahawa ANWAR IBRAHIM TERLIBAT DALAM PERLAKUAN SUMBANG TERSEBUT tetapi dibebaskan kerana masalah teknikal. Hidup mati saya hanyalah untuk Allah SWT, jauh sekali untuk PKR, PR, Anwar Ibrahim, BN, UMNO mahupun Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimana pula dengan isu Anwar Ibrahim yang selalu membangkitkan isu kerajaan akan bertukar pada 16 September 2008 dalam ceramahnya? Bukankah antara ciri-ciri orang munafik adalah:

    “APABILA DIA BERKATA DIA BERDUSTA”
    “APABILA DIA BERJANJI DIA TIDAK MENUNAIKAN”

    Reply

    sang sapurba Reply:

    sy tau ttg teknikal tu.tp tu hnya ats kertas.video yg sy mksudkan dibuat oleh ‘foreign correspondent’ dan memuatkan temuramah thdp sukma drwn,dr munawar anis,ezam,allahyarham christopher fernando,krpal singh dan azizan sndri.tp si mgkuk azizan tu ttp muka lari blkg kerusi xnk diintrview.sukma,munawar dn ln2 critakan blk bgaimana mereka dipksa utk mengaku bhwa mereka diliwat.perbicaraan 98 tupn 3kali kot tkr tarikh pertuduhan sbb wktu mula2 dituduh,condo kononnya anwar meliwat tupn xsiap dibina lg. ttg 16 sept,bygkn awk berjanji nk mghadiri suatu mjlis,tb2 kereta awk disabotaj,dianiaya dibw lari org.adkh wktu tu awk mugkir jnji?org buta pn akn pelik bl tb2 je ahli parlimen msia dihntr ke taiwan ats nm lawatan! wktu kerajaan canang siang mlm sruh berjimat,dorg gi taiwan for nothing.cb mntk duit tu bg kt org miskin!bg email,sy hntr video tu tgk la sndri.rmai org umno dh ‘insaf’ tgk video tu smpaikn anwar mng lbih bsr di pmtg pauh.x tgk ke imam ust ramlang porigi hr tu pn dedahkan die dipksa org atsn utk hadir saiful bersumph.dan skrg imam tu dh kne transfer tnpa sbb.kesian,tu lh die msia islam al-hadari!ulama’ ditindas,perasuah2 hdup bebas! ayuh tinggalkn umno,kte bkn keluar agama,tp hnya parti yg rasuah dan menindas rkyt.klu stkt nk berhujah gne fkta dari utusan msia,tv3 dan rtm,lbih baik xpyh…

    anak demokrasi Reply:

    OH yee,,ker doktor mymmar tu ker?

    Reply

    ANAK MALAYSIA Reply:

    KO INGAT SENANG KER NAK BUAT SEMUA DALAM SATU HARI…SEDANGKAN NABI MUHAMAD SAW NAK MEMBANGUNKAN NEGERI MEKAH PUN MEMERLUKAN MASA DUA TAHUN….

    Reply

    Mohd Norhusaini Abd Rahman Reply:

    ANAK MALAYSIA,

    Rasulullah SAW membangunkan negeri MEKAH untuk menegakkan syiar Islam agar umat Islam lebih dihormati serta tidak dibiarkan ditindas oleh umat bukan Islam. Dalam hal 16 September 2008, jelas sekali Anwar Ibrahim tidak mendukung idea untuk menegakkan syiar Islam apabila gagal untuk menangani isu-isu berkaitan umat Islam seperti:

    A) Mendiamkan diri dalam isu Interfaith Commission (IFC) yang mana intipatinya jelas merugikan umat Islam (sila rujuk intipati IFC di bawah)

    - Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

    - Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    - Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

    - Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

    - Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.

    - Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

    - Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

    - Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

    - Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

    - Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

    - Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

    - Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

    - Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

    - Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    - Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.”

    Inikah manusia yang akan membela umat Islam di Malaysia ?????

    Reply

    KKPPSWP Reply:

    Mad
    Kita ni misti ada angan2. Kalau tidak mad lah kita sebab dah tak ada fikiran. Sebab apa Wawasan 2020 tak dikata angan2 mat jenin? Kalau nak tau berjaya atau tidak pi lah pujuk MP UMNO tu supaya lari kat PR. Awak akan jadi hero kita semua.

    Reply

    pemerhati_blog Reply:

    cukup terkenal mat jenin sekarang ni, sampai angan2 dia pun DSAI gunakan. mungkin ada angan2 mat lain yang lebih hebat boleh DSAI gunakan selepas ni.

    Reply

    mail Reply:

    umno suka orang macam mohd nor.nama tidak mengambarkan jiwa merdeka walaupun negara dah merdeka lebih 51 tahun.diperbodohkan dulu kini dan selamanya.

    Reply

    elnino Reply:

    bahalol punya norhusaini…ko tunggu!

    Reply

  2. 2 thales Oct 8th, 2008 at 6:06 am

    YAB Ketua Pembangkang.

    Raayat Malaysia harus bersedia menganggap Jawatan Ketua pembangkang akan
    TERUS di sandang oleh ahli Parlimen Permatang Pauh.

    Dahulu kita pernah ada Seenivasgama, Tan Chee Kung dan kali ini sa orang
    melayu akan TERUS jadi Pembangkang.

    Banyak susah mahu guling itu UMNO sudah bertapak selama 50 tahun.

    Lagi pun UMNO adalah Pemilik Seumor Hidup jentera Polis, Jeneral2, Hakim2, AG, Doktor2 bahkan
    kesemua PTD dan juga Sultan2 dan Agong.

    Anwar Ibrahim kena cari strategi lain atau TERUS jadi Ketua Pembangkang se Umor Hidup.

    Reply

    ANAK MALAYSIA Reply:

    manusia yang buat jahat akan dbalas jahat

    Reply

    khalib Reply:

    Sejak PRU12, pernah kah beliau berganjak dari dasar perjuangan beliau dan adakah tidak beliau membuat kita terkilan dengan janji-janji dan matlamat politik beliau???CUMA 916 yang membuat kita tidak sabar, tergopoh gapah menggesa beliau melakukan sesuatu overnite. Kalau ditakdirkan beliau kekal sebagai Ketua Pembangkang,Alhamdulillah, hanya yang perlu di mushkilkan adalah kesinambungan pendirian dan semangat perjuangan rakyat yang dahagakan perubahan.Apa yang amat ketara sekali sekarang ini, ada dikalangan rakyat yang tidak tahu bersabar dan beristiqamah.Tolak ketepi sajalah mereka -mereka yang bersikap talibarut dan masih diatas pagar.

    Reply

    mongolian Reply:

    UMNO ada segala galanya, tetapi mereka tiada rakyat jelas pada PRU12 rakyat menolak mereka. di permatang pauh juga UMNO ada segala galanya , tetapi rakyat tidak bersama mereka. PR tiada segala galanya semoga PR ada rakyat dan Allah sentiasa bersama sama orang yang benar.kita tidak takut UMNO tak suka PR tetapi yang kita takut jangan allah tak suka kita. jika allah tak suka kita sunami datang dengan bagaikan kiamat.lihat sahaja sunami yang lepas.

    Reply

    mail Reply:

    ini satu lagi musibat umno dulu kini dan selamanya.tak ada semangat juang langsung untuk berubah.

    Reply

  3. 3 daniel Oct 8th, 2008 at 9:33 am

    Salam Dato’ Seri,

    Salam Aidilfitri bagi kemenangan menempuhi dengan penuh keberkatan bulan Ramadan yg mulia dan Salam Reformasi dalam menempuhi kejahatan UMNO/BN yg semakin menjadi-jadi.

    Saya harapkan Dato’ Seri akan teruskan semangat kental dalam menempuhi segala rintangan. Insya’allah, dengan izin Allah kesemua musibah ini akan berakhir.
    Sama-samalah kita mendoakannya.

    Lawan tetap Lawan!!! Reformasi,Reformasi,Reformasi!!!

    Takbir,Takbir,Takbir!!!

    Reply

  4. 4 paksyeikh Oct 8th, 2008 at 9:48 am

    Selamat masuk mahkamah jangan masuk penjara sudah lah…

    Ramai dah hilang mood utk mengikuti dan membaca perjalanan dan perkembangan DSAI mungkin disebabkan 16 sep yg tak jadi betul ke?boleh komen tajuk ini?

    Reply

    ANAK MALAYSIA Reply:

    ABDUL GANI PATAIL NI SEKARANG SEDANG DISIASAT BADAN PENCEGAH RASUAH(BPR) KERANA MEMBUAT KETERANGAN PALSU MENGENAI KES MATA LEBAM DSAI 1998,YANG LEBIH TERUK PM KITA SUDAH BERCAKAP YANG ABDUL GANI PATAIL(ATTORNEY GENERAL) TIDAK BOLEH MASUK CAMPUR KES ANWAR MASA KINI….DIA SUDAH MELAKUKAN SATU KESILAPAN YANG BOLEH MEMBAWA PADAH KEPADA DIRINYA…..

    Reply

    khalib Reply:

    Siapa kata??????????? Rakyat berharap sangat kepada perubahan…916 hanya tarikh bermulanya proses, aspek-aspek procedural dan perkara-perkara teknikal. Biar lambat asalkan selamat dan berkesan. Tidak semudah itu beliau dilupakan begitu saja. Jangan terpengaruh dengan beberapa kerat talibarut yang menggelabah dan tertekan. Tiada yang sanggup berganjak dari pendirian. Perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia dan tetap di sanjung oleh majority rakyat yang sedar akan peri penting nya perubahan.Tunggu tetap tunggu, keyakinan kepada janji-janji beliau tidak mudah berubah.InsyaAllah, lambat laun akan tercapai jua.

    Reply

    mail Reply:

    tolong bagi nasihat dengan kawan2 kamu tu,inilah yang umno mahu.hangat2 tahi ayam…..lawan tetap lawan sampai menang.

    Reply

  5. 5 daniel Oct 8th, 2008 at 9:51 am

    Salam Dato’ Seri,

    Salam Aidil Fitri bagi kemenangan menempuhi bulan Ramadan yg mulia dan Salam Reformasi utk semangat juang Dato’Seri dalam menghadapi kezaliman UMNO/BN yg semakin rakus.

    Insya’allah, dengan doa dan pertolongan daripada Allah, segala fitnah jahat dan
    kezaliman akan di gagalkan. Semoga kita sama-sama berdoa dan memohon kepadaNya.

    Lawan Tetap Lawan. Reformasi,Reformasi,Reformasi.

    Takbir!Takbir!Takbir!

    Reply

    aisyah Reply:

    tolong bagitau saya sapa yang berada d pihak kebenaran??????

    Reply

    aisyah Reply:

    saya sebagai rakyat begitu tertekan dengan sikap pemimpin kita yang tidak memikirkan tanggunjawab kpd rakyat ttpi lebih mementingkan KPM…..saya pernah terbaca satu artikel yang menyentuh ttng kelemahan pak lah dan UMNO..mmg bnyk kelemahan dlm sistem pntdbiran negara pada masa kini,tp bukankah lebih baik kita bersama-sama membantu pak lah mengatasi segala masaalah ini..???mohon maaf jika saya terkasar bahasa…slmt ari raya maaf zahir dan batin…

    Reply

  6. 6 OWN Oct 8th, 2008 at 10:17 am

    assalam…..teruskan DSAI dalam perjuangan,dan sy suka mengingatkan DSAI,jaganlah tepesong dalam perjuangan…mudah-mudahan perjuangan DSAI diredhai oleh Allah dan moga2 mati kita dalam syahid..Allahhuakhbar!!!

    Reply

  7. 7 wenkt Oct 8th, 2008 at 10:36 am

    DSAI perlu buat sesuatu untuk bersihkan nama dan kembali berjuang dengan betul.

    jangan janji tinggal janji

    http://www.wenkt.com/blog

    Reply

  8. 8 ganu Oct 8th, 2008 at 12:11 pm

    salam raya sesama islam dsai

    orang beriman yg sabar adalah org yg berjaya
    dallam mengejar sesuatu jagn lupa batasan dan jangan terlalu pentingkan diri.jika berada di pihak yg benar sabar adalah satu cara jalan usaha setelah aper semua cara telah lakukan.
    jika dsai di pihak yg betul n benar teruskan berjuang dan bersykr atas apas yg ada sekarang dan teruskan usaha apa yg telah diperolehi dan jgn tamak dalam mengejar cita2.PRU akn tiba lagi.jika benar hari ini 5 negeri menolak BN n menyokong pihak dsai insyaALLAH pru akan datang adalah jalan terbaik mencapai matlamat pejuangn dsai.jgn janji d tabur menjadi munafik d kmudian hari.bersabarlah.usahakan dulu aper yg d perolehi.ALLAH bersama org yg benar.tidak d dunia d akhirat tetap.itulah takwa.
    sekian.

    Reply

  9. 9 mama nor Oct 8th, 2008 at 12:47 pm

    paksyed sabarlah ye.. tarikh memanglah telah di tetapkan. Berdoalah demi kebaikan bersama rakyat jelata.

    Reply

  10. 10 anak kenyalang Oct 8th, 2008 at 10:07 pm

    Kais pagi makan pagi
    Makan roti dengan kaya
    DSAI masuk mahkamah lagi
    Bila pula nak masuk putrajaya?

    Hindraf suka makan kari
    Makan kari kuning gigi
    DSAI apa dah jadi..Penjara kata mari
    Putrajaya kata pergi

    Salam reformasi

    Reply

  11. 11 Mag M Oct 8th, 2008 at 10:14 pm

    Dear DSAI
    It was great knowing that you were at the court house to support RPK. When you do not forget your friends, they will not forget you either. We support you and hope you will be our PM soon.

    Reply

  12. 12 dulu&kini Oct 8th, 2008 at 11:55 pm

    Kepada Mamat Mohd Norhusaini Abd Rahman

    Sekiranya anda tidak ada kesabaran lebih baik duduk diam2/

    Reply

  13. 13 fizik pujangga Oct 9th, 2008 at 2:06 am

    Jika 16/9 jadi
    PKR= Parti Keadilan Rakyat

    Namun Bila 16/9 TAK jadi..
    PKR=Parti Kencing Rakyat

    Reply

    Tibai Reply:

    .
    Setuju!
    .
    .
    Jika 16/9 tidak menjadi
    BN= Barisan Nasional

    Namun jika 16/9 menjadi..
    BN = Barisan Najis!
    .
    .
    .

    Reply

  14. 14 org johor Oct 9th, 2008 at 11:13 am

    aduh la..tak paham2 bahasa la org umno ni..jangan layan lagi la budak2 macam si fizik ni..macam budak tadika tak paham2!!

    Reply

  15. 15 DEF19 Oct 11th, 2008 at 12:32 am

    Salam Sejahtera,

    Semoga dirahmati ALLAH, Yang benar tetap benar, Yang batil tetap batil. Kebenaran terlindung dari penipuan. Bersabarlah, masanya akan tiba, walau dekat walau jauh, Tiada yang dapat menghalang. Kuasa dari Ilahi, Buat insan terpilih. Jangan gentar jangan goyah, walau mati di depan mata. Doa jutaan insan, yang inginkan tegaknya matlamat. Bukan kita yang memimpin, Kita dipimpin oleh yang Esa. Jangan mudah berkata, tapi kebenaran menjadi saksi. Perjuangan harus diteruskan, yang teruk kita betulkan, yang betul kita perbetulkan. Jangan salah dianggap betul, jangan betul dianggap salah. Tampa bukti jangan bicara, Ada bukti kemukakan, bukan rakyat menjadi hakim, biar agama membuat perkiraan. Renungkanlah wahai saudara, mulut pandai berbicara, tersalah langkah boleh perbetulkan, maaf dipinta secara ikhlas, jangan menuduh tanpa cermin, jika betul jika salah, kalau sendiri menjadi saksi, bicaralah dengan adil. Semua pandai berbicara, tetapi bicara adakah kebenarannya. Bukan hidup mencari salah, tapi hidup merubah buruk menjadi baik. Asal manusia lahir jahil, setelah diajar menjadi betul, asal manusia jahiliyah, bercakap semporono. Berbaliklah wahai manusia, perbetulkan diri buat menginsafi. Setiap yang baik wajib disokong, yang jahat jangan sekali. Jika bahasa berbudi pekerti, budi yang baik balas nya baik, tiada budi jahat dalam kamus, salah tetap salah, bukan dianggap budi kalau perbuatan jahat.

    Penunjuk Ke Jalan Yang Benar.

    Semoga perjuangan tuan hamba diberkati ILAHI, dengan kebenaran dan keikhlasan. Kembalilah ke jalan yang ditentukan Agama. Jatuh Bangun Bersama Islam, jika menyimpang ada jalan yang lurus, pintu sentiasa terbuka sehingga nafas terakhir.

    Semoga berjumpa di masa depan, dengan amanah dan tanggungjawab.

    Dari Insan Yang Pernah Bersalam denganmu, walau sekejap tapi penuh makna. Ku mencintai Keadilan dan Tegaknya bersama Agama Sepanjang Zaman. Walau lama ku tunggu tapi tiada ku lepaskan untuk mendakapmu wahai pejuang. Tiada kesempatan buatku, mungkin masa hadapan ku ingin mendakapmu. Jika kau insan terpilih, maka bumi akan bersamamu.

    Wahai saudaraku, kembalilah ke jalan yang benar, cerminkan diri dari sudut Agama sejagat, jangan hanya menuding jari, tapi selamilah lautan ILAHI, Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang Hamba Mengkuang Layu, Dagang Tuan Dagang Bertempat, Dagang kita Menumpang Lalu, ini bumi hanya tumpangan, jangan berkata yang bukan bukan. Semoga Berjumpa lagi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

    Sahabatmu Pencintamu

    Reply

  16. 16 on jb pkr Oct 11th, 2008 at 1:22 pm

    dsai ckp insyaallah.. tngok la ceramah dsai
    kalau x jadi nak buat mcm mana……
    kau cari la makna insyaalah tu ap..
    jangan tuduh org munafiq beb..

    Reply

  17. 17 SaNtAu` Oct 13th, 2008 at 6:13 pm

    huishhh…
    menggunong pujian terhadap dsai…. kembang pungkoq hang nuaq…
    benda dah terang… husaini bagi hasil yang lengkap…
    puak ko dok kata dia tak betoi gak.. nampak tak… ko mangkok… diowang tuh mangkau…
    sszzttzttt… SANTAU BUAT LU…

    Reply

  18. 18 fizik pujangga Oct 14th, 2008 at 12:54 am

    nasib baik tak jadi..
    jadi kena kencing la rakyat hehehe..

    Reply

  19. 19 BDK PAKA Oct 15th, 2008 at 7:32 pm

    wenkt…….>>>>>>>kau suruh najib bersih nama dia ddulu sb nk jadi PM,sumpah laknat tk main,KEARAH MALAYSIA BARU>>>>>>>>>>>GANU BAKAL KITA UBAH DRP BN

    Reply

  20. 20 BDK URC Oct 15th, 2008 at 8:56 pm

    to.>>>>FIZIK lu ingat lu bagus sangat ke ,lu belajar semula le

    Reply

  21. 21 fizik pujangga Oct 17th, 2008 at 1:30 am

    hehe

    Reply

  22. 22 fizik pujangga Oct 17th, 2008 at 1:18 pm

    ’sesungguhnya yahudi dan nasrani tidak akan menyetujui kamu selagi kamu tidak mengikut cara dan kehendak mereka”.. dlm Israel Post dato dikatakan bakal PM malaysia.. Wahh mcm mana dato boleh dapatkan sokongan mereka.. cara apa yang dato ikut daripada mereka.. bagi tau laa.. jgn kedekut ilmu.. tak baik tauu.. rasa nya dkat 4 kali tulis dah.. ashik kena reject je penyataan saya ni dato..

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Pagi:dgn SimonZadek,Mira;Economist.Thari:dgn pelabur Arab.Ptg:3 mesy,pertemuan sebelum kelterbang #fb
3 hours ago
anwaribrahim: Blog: Sidang Media Tian Chua Dan Nurul Izzah Sebaik Selesai Beri Kenyatan Kepada Pihak Polis: http://bit.ly/cj7Wib
8 hours ago
anwaribrahim: Blog: Kerajaan Dicabar Pamer Perjanjian Royalti Minyak: Dari Malaysia Kini Oleh Jimadie Shah Othman Penyelaras Pak... http://bit.ly/chKw6D
11 hours ago
anwaribrahim: Blog: Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri: Dari TV Selangor Pakatan Rakyat menegaskan pe... http://bit.ly/dtB5Vr
11 hours ago
anwaribrahim: @nayeel Tahniah kpd penganjur dan rakan2 London-sokongan memberansangkan.#fb
19 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031