Archive for October 8th, 2008

8 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Sinar Harian telah secara salah melaporkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Laporan Sinar Harian tersebut menyatakan bahawa saya percaya Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.

Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam Umno.

Sebaliknya saya yakin sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, negara ini akan terjerumus ke dalam bencana yang besar.

Datuk Seri Najib Tun Razak secara jelas menyatakan beliau sebagai Menteri Kewangan akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan.

Beliau juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah. Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera.

Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan.

Selain itu beberapa persoalan yang belum terjawab seperti tuduhan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam komisen yang diperolehi hasil pembelian peralatan tentera dari Perancis dan Russia serta pembunuhan wanita Mongolia; Altantuya Shaariibuu, menggugat serta melemahkan kedudukannya di dalam kerajaan.

Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia.

Saya mohon agar Sinar Harian segera menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan

(more…)

8 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Kemaskini Secara Langsung Perjalanan Sebutan Kes DSAI Daripada Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur

9.00 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat kelihatan telah berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL. Ratusan penyokong dan wartawan daripada dalam & luar negara sedang menanti kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut kelihatan pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat.

9.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta daripada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk menemui Raja Petra Kamaruddin di sana.

10.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di perkarangan mahkamah, dikerumuni oleh wartawan dan juga para penyokong yang menanti dari pagi.

11.05 pagi: Perbicaraan kini dimulakan.

12.46 tengahari: Mahkamah berhenti bersidang dan akan disambung esok pagi untuk mendengar hujahbalas Peguambela. Datuk Seri Anwar dijangka akan memberikan kenyataan media kepada wartawan di lobi Kompleks Mahkamah.

Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08

8 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Sila klik di pautan yang tersedia untuk membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v. Pendakwaraya: Click here for PDF and and here.

Sila klik di pautan yang tersedia untuk meneliti afidavit Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Abdul Gani Patail. Afidavit ini juga memuatkan petikan penting akuan bersumpah Manjeet Singh Dhillon berhubung penglibatan Gani Patail di dalam mengugut dan mereka bukti di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdahulu: Click here for PDF

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

8 October 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

By Susan Loone


Altantuya Shariibuu’s dad, Stev, has emailed me his statement (through his lawyer in Mongolia) regarding RPK’s trial and detention under the ISA. The image above is his own handwriting. The translation copy I receive in his mail says:

I understand, Mr. Raja Petra has good personal character and has a good reputation and runs humanitarian activity. (more…)