Archive for September, 2008

26 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Siaran langsung sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Hong Kong.

Tempat : CLSA, Hong Kong
Masa : 12.15

Sila klik disini untuk menonton siaran langsung tersebut

http://www.justin.tv/anwaribrahim

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

26 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Jam hampir satu pagi. Saya di Hotel Grand Hyatt, Hong Kong dan bergelut menyiapkan pidato khas pagi nanti.

Mauduk menjadi rumit lantaran krisis kewangan Amerika dan kesan dahshat buat ekonomi dunia. Saya diminta mengupas dan menggariskan dasar ekonomi makro.

Saya terpaksa berhenti sajenak untuk menyelesaikan tarawikh. InshaAllah teks akan disebarkan selesai pidato nanti.

Sabelum pulang saya akan menemui kumpulan pelabur dan pengurus dana secara berasingan dan temuramah media.

ANWAR IBRAHIM

25 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Hong Kong untuk memberi ucap tama di Forum Pelabur CLSA-Asia-Pasific-Markets yang ke 15. Forum tersebut dihadiri lebih dari 1,000 pelabur dari 29 buah negara, 430 Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan dari seluruh Asia Pasifik, pemimpin-pemimpin negara, pakar-pakar industri dan pengulas pasaran.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

25 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Mutakhir ini bertebaran cerita bahawa ada rundingan di buat oleh wakil Pakatan Rakyat dengan BN mengenai peralihan kuasa.

Catatan ringkas melalui beberapa catitan emel dan blog kononnya ada rakaman perbualan saya dan PM Abdullah yang dilaporkan adalah tidak benar sama sekali.

Kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta. Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!

ANWAR IBRAHIM

24 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

by Colum Murphy
Far Eastern Economic Review

September 2008

Whether Anwar Ibrahim becomes Malaysia’s next prime minister or not, Malaysians are already seeing the benefits of political competition as entrenched parties are forced to rethink policies. (more…)

24 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

8.30 pagi: Perkarangan mahkamah telahpun dibanjiri oleh ratusan penyokong dan wartawan dari media dalam serta luar negara. Perbicaraan dijangka bermula jam 10.00 pagi.

9.51 pagi: DSAI selamat tiba di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Kini sedang dikerumuni wartawan.

9.59 pagi: DSAI kini melangkah masuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, diiringi keluarga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

10.05 pagi: Perbicaraan dimulakan.

11.24 pagi: sesi perbicaraan pagi ini tamat. Perbicaraan akan disambung pada 7hb Oktober. Hakim SM Komathy Suppiah akan menentukan samada kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi ataupun tidak.

Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08

24 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.

Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara. Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri – di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan.

(more…)

24 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Pakatan Rakyat sentiasa konsisten menekankan perlunya perubahan di negara ini di mana kepentingan rakyat menjadi pertimbangan utama. Oleh kerana itu, kita percaya perubahan sentiasa didasari dengan makna, bukan sekadar laungan retorik kosong semata-mata. Bila mana perubahan hanyalah sekadar laungan; hanya untuk mengaburi rakyat, hanya untuk memastikan hayat politik serta kepentingan peribadi terjaga, maka ketika itulah kepentingan nusa dan bangsa tergadai.

Jelas, keangkuhan penguasa semakin terserlah. Hasrat rakyat yang mahukan perubahan diremehkan begitu sahaja. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disalahguna untuk menakut-nakutkan musuh politik serta membungkam suara-suara yang tidak sehaluan.

Hari ini, kita menyaksikan saudara Raja Petra Kamaruddin terpaksa ditahan untuk tempoh dua tahun di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping. Lucu sekali, tatkala kepentingan politik Umno-BN tergugat, undang-undang warisan penjajah digunakan tanpa segan silu. Malah penggunaan ISA — yang direka khas oleh penjajah — dipuja dan dijustifikasikan dengan pelbagai alasan. Sekonyong-konyong saya pula yang dituduh sebagai agen asing. Sikap pimpinan Umno ini ibarat pepatah Melayu lama: mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!

ANWAR IBRAHIM

23 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

dipetik daripada  SiasahDaily

KOTA BHARU, 23 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Pertemuan itu bermula jam 12.05 tengahari tadi di rumah rasmi MB Kelantan, JKR 10.

Presiden PAS, Abdul Hadi kelihatan mula-mula sampai di situ iaitu kira-kira jam 11.50 pagi diikuti Nik Aziz yang sampai kira-kira jam 11.55 pagi. Anwar pula tiba kira-kira jam 12.05 tengahari.

Hanya mereka bertiga sahaja terlibat dalam pertemuan tertutup itu.

Turut mengiringi Anwar ke JKR 10 adalah anggota Parlimen dari PKR Saifuddin Nasution Ismail, Amran Abdul Ghani dan Abdul Aziz Abdul Kadir.

22 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

From New Straits Times

KUALA LUMPUR: A historian has blamed politicians for the country’s deteriorating race relations. Racial politics were souring relations, Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim told a forum on integrity held at the Institut Integrity Malaysia yesterday.

(more…)

22 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

The Sun, September 22, 2008
By Maria J. Dass

THE premise that Parliament has to be called for a vote of no-confidence against the prime minister (PM) to be passed is too simplistic, said advocate and solicitor Tommy Thomas. He was responding to an interview published on Thursday in theSun with constitutional law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi who said that under the Constitution [Article 43(4)], it is Parliament, and not the Agong, which must dismiss the PM.

(more…)

21 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Para pengunjung yang dihormati,

Saluran Al-Jazeera akan menyiarkan rakaman temubual bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 1.30 pagi 22 September 2008.

Sekian untuk makluman semua. Terima kasih.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim