30
Sep
08

Perutusan Eidulfitri 1429 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Ramadhan kini menghampiri penghujung, Syawal bakal menjelang tiba. Umat Islam selepas menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini pastinya menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa penuh kesyukuran.

Bulan Ramadhan ini, sebagaimana yang diulas oleh para ulama’, adalah madrasah terbaik buat melatih serta mendidik kita umat Islam agar berani dan yakin mendepani segala cabaran yang mendatang. Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki dan memperkukuhkan kekuatan ruh serta jiwa. Ini kerana jiwa dan ruh yang membentuk manusia, seperti yang diungkapkan oleh Abul Fath al-Busti:

Perhatikan jiwamu, dan sempurnakan,
Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad.

Ramadhan pastinya mengingatkan kita akan kisah Pembukaan Kota Mekah(Fath Mekah). Kejayaan Rasulullah S.A.W yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah S.A.W dengan wakil kaum Quraisy.

Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut. Namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah S.A.W di dalam menerima perjanjian tersebut. Rupa-rupanya ‘jalan kemenangan sudah jelas nyata.’ Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah S.W.T yang berbunyi:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana.

Rakan-rakan sekalian,

Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksanaan adalah kunci utama untuk mengecap kejayaan. Janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir. Saya menyeru pencinta kebenaran agar perkukuhkan tekad perjuangan. Ingatlah anjuran Al Quran yang berbunyi:

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Perubahan yang ingin kita laksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan. Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah “siapa yang menyemai angin akan menuai badai.”

Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang. Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman. Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri.

Rakan-rakan sekalian,

Syawal yang bakal menjelang pastinya disambut meriah oleh semua. Pun begitu hendaklah kita sentiasa wasatiyah dalam pendekatan, yakni bersederhana tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan. Syawal adalah bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadhan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah. Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

InshaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,”ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)”

Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat


231 Responses to “Perutusan Eidulfitri 1429 Hijrah”


  1. 1 sabahan Sep 30th, 2008 at 3:16 pm
  2. 2 Jack Cheow Sep 30th, 2008 at 3:17 pm

    Dear Dato Seri Anwar,

    Have a peace & great fasting duty In the ?????, Rama??n month,

    We Wishing you guys have a great celebration and
    great prayer on ??? ????? Eid ul-Fitr day.!!!

    May ???? Allah blessing you with Peace, Good health and Grand Prospect on Changing Federal Government.

    Warm Regards
    Jack Cheow

    VIjay Reply:

    Wait he will change the Federal Goverment dude..patiently wait…Now he have 40 MPs…but dont how to produce them to public….u just wait….k…n wait

  3. 3 anthony Sep 30th, 2008 at 3:21 pm

    Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada Datuk & seisi keluarga.
    Semoga bergembira dengan keluarga di hari yang bahagia ini.

    BR//
    Anthony
    STC(Kuwait)

  4. 4 Halik Zaman Sep 30th, 2008 at 3:26 pm

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Lahir batin kepada YB.Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Dr. Wan Azizah Ismail, kepada semua bloggers dalam blog ini.

    Halik Zaman
    Nordiana Mohd. Razis
    Kampung Langsat
    Kinarut, Papar.

    pakatan BAJAU Kota Belud Reply:

    Salam

    Saudara Halik orang kinarut rupanya.heheheh..SELAMAT HARI RAYA..MANGAN NIA MANGAN ASAL JO KITI KURUNG-KURUNG.

    Ronin Sabahan Reply:

    Selamat Hari Raya Halik Zaman & pakatan BAJAU Kota Belud serta semua blogger di laman web DSAI.

    bangsa malaysia Reply:

    pakatan bajau?woh org filipine pun ambil berat hal politik kami?bajau asal dari mindanau…..selamat hari raya kepada saudara sana…

    pakatan BAJAU Kota Belud Reply:

    Betul ke saudara…Ingatkan tu BADJAU Sempolna….

    bangsa malaysia Reply:

    sama saja tu bajau kota beludkah bajau semponakah asal usul bajau ni asal dari filipine,bersaudaralah tu

    PEMUDA BAJAU Reply:

    ya saya pun bajau jugak KAMI ANAK - ANAK BAJAU ( PEJUANG & PELAUT YANGH HANDAL)
    SENTIASA MENYOKONG KEBENARAN DAN KEADILAN …. BERTERASKAN ISLAM ….

    RAMAI ORANG SEMENANJUNG TAK TAHU BAHAWA BAJAU MERUPAKAN RUMPUN MASYARAKAT MELAYU
    DI KEPULAUAN BORNEO !!!!!!!!

    SENTIASA BERJUANG HINGGA KE AHKIR HAYAT ….

    linfavourite Reply:

    Selamat Hari Raya juga~

    BUGIS ITU TIMOR INDON OM OM SERUMPUN Reply:

    ASALAMMULAIKUM DSAI,

    SELAMAT HARI RAYA KAMI BANGSA-BANGSA BUGIS ITU TIMOR MENGUCAPKAN KEPADA DSAI & KELUARGA. SEMOGA PERJUANGAN MENEGAKKAN HAK-HAK RAKYAT DAPAT DITERUSKAN SELEPAS RAYA INI NANTI.

    SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

  5. 5 Charles Tan Sep 30th, 2008 at 3:26 pm

    DSAI,

    Semoga perjuangan anda berjaya.

    Bersedia berkhidmat bersama DAto Seri jika diberi perluang.

  6. 6 bluesailor Sep 30th, 2008 at 3:43 pm

    Selamat hari raya, semoga perjuangan kita masih diteruskan.

  7. 7 Khairul Sep 30th, 2008 at 3:45 pm

    Alhamdulillah selesai Ramadhan Tiba pula Syawal…
    Saya selalu mengikuti perkembangan perjuangan DSAI terutama dari Blog site. Sebenarnya saya masih tertanya-tanya bagaimana menunjukan sokongan saya kepada DSAI. Saya berasal dari zon tengah Sarawak dan tertanya-tanya siapakah tokoh ke-Adilan di sini. Apakah perjuangan mereka. Pak cik saya seorang pesara dan beliau cukup menyokong DSAI sejak dari peristiwa 1997 lagi. Beliau sentiasa menyuarakan untuk memperjuangkan Ke-Adilan tetapi ketandusan pemimpin yang rata-rata masih takut menonjolkan diri akibat faktor pekerjaan. IsyaAllah jika betul terdapat tokoh yang boleh di angkat dan di sokong..kami rakyat Sarawak memang amat menantikanya. Selamat menyambut hari kemenangan setelah berjuang melawan hawa nafsu… perjuangan politik insyaAllah is Comming Soon..

    MUHD ALI ABD RAAHMAN Reply:

    OH…AWAK NAK PROMOTE PAKCIK AWAKLAH…TAK PA…SURUH JA PAKCIK AWAK TUBUH CAWANGAN PKR KAT SITU….SELESAILAH MASALAH……K?

    Khairul Reply:

    nak tubuh tu memanag senag bang oi.. sarawak tak same mcm semenanjung sane. Tolong lah lbh mebina sikit. baru boleh maju. Bukan nak promote pak cik saye. die pun tak nak. tapi ni kes nak cari pemimpin yang layak.. pa pun selamat hari raye..

    Bakal KM Sabah Reply:

    IDris Jala

    Jijah Cantik-Paroi Negeri Reply:

    Muhd Ali Rahman, sapo tak hingin nak promote pakcik sendiri.

    Cam Ali pun promot juga pakcik sendiri Halik Zaman, mano tumpah ei kuah kalau tak kek nasik.

    Ekau samo ekau mano buleh cayo ? tabi’e korang cam kiambang, porahu berlalu kiambang bertaut smulo jugak.

    Den kagum ngan pakcik ekau Halik Zaman tu, bilo ajo seruling berbunyi, ular semuo pandai nari.

  8. 8 anwaribrahim Sep 30th, 2008 at 4:04 pm

    Bersam kita dokong perjuangan memerdekakan dari pemerintahan Barisan Nasional ketika umat islam di malaysia sambut eid mubarak tahun ini dalam suasana ekonommi muram dgn kerakusan Pak Lah dan rejim menaikkan Harga minyak yg mendadak dan menurunkan minyak dgn sedikit menyebabkan barang masih mahal ,,,,rakyat jgn lupa ini semua dlm menyambut eid fitr 1429…ALLah Akbar..

  9. 9 deven Sep 30th, 2008 at 4:27 pm

    selamat hari raya DSAI….still waiting for the true moment…

    VIjay Reply:

    Waste of time waiting….Till now not even 1 MP oso…30MP need to wait 30 years.By then DSAI will be the oldest prime minister in world history.

  10. 10 Mikester Sep 30th, 2008 at 4:28 pm

    Dear DSAI,
    I’d like to wish you and family a blessed and meaningful Hari Raya. We will march on with you in this great time of perseverence. The day is near.

    God bless you sir, and keep you safe.

    Warmest regards,
    Mikester and family

  11. 11 Muhd Ali Abd Rahman Sep 30th, 2008 at 4:48 pm

    selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan bathin kepada semua hati yang saya lukai hati mereka….he he he

    SAYA MUHD ALI ABD RAHMAN MEMINTA AMPUN DAN MAAF KEPADA SEKALIAN ORANG YANG SAYA SUDAH MENABUR FITNAH…HE HE HE. HARI YANG MAHA MULIA INI BULAN RAMADDAN SAYA DENGAN JUJUR MENGAKUI SAYA TERIMA ARAHAN ORANG ATAS SAYA SUPAYA MENABUR FITNAH TUJUANNYA UNTUK KAMBALIKAN KEPERCAYAAN ORANG KEPADA UMNO….Saya berjanji tidak buat lagi.Maafkan saya yang terlanjUr.Kalau ada lagi orang lain guna nama saya Muhd Ali Abd Rahman atau Tinta Kinabalu tulung jangan siarkan.

    Yang sebenarnya saya

    Muhd Ali Abd Rahman@ Tinta Kinabalu

    AFF Reply:

    Alhamdullillah syukur pada Allah….
    Memang tidak dinafikan anda selalu menyakitkan hati dan mengguris perasaan ramai pelayar blog ni,, terutamanya DSAI,,
    TAPI HATI DAN JIWA KITA yang hidup ini sebenarnya milik ALLAH…kita berbalik dan ingat pada ALLAH…insyallah kita tidak akan menyakiti hati dan perasaan orang lain…Janganlah lupa padaNYa meskipun dihidang dengan jutaan RM atau apa sekalipun…juga janganlah terlalu mengikut telunjuk orang lain sedangkan semua itu adalah untuk memusnahkan hamba ALLAH yang lain…itu fitnah namanya.
    Ingatilah bahawa apa sekalipun dan sebesar mana pun dosa kita hanya Allah yang dapat mengampuninya…maka memohon ampunlah padaNya dan bertaubatlah akan dosa dosa yang anda lakukan…moga Allah mengampni dosa saudara…Amin

    Salam Aidulfitri

    hamba allah Reply:

    salam…hangpa ni menyamar…toksah buat keja takda faedah…bawa2 bertaubatla

    MUHD ALI ABD RAAHMAN Reply:

    BIAQ DEPA BUAT KERJA PENYAMARAN……NAMA BOLEH TIRU…AKAI TAK DAPAT PUNYA….LAGIPUN HEHEHEHEEHEH…AKU TAK KENAL TINTA KINABALU TU……….SELAMAT HARI RAYA.

    Hamba ALLAH Reply:

    Sdr. Muhd Ali Abd Rahman,
    Kalau jujurlah apa yang sdr. kata, Saya adalah orang yang pertama mengucapkan tahniah kepada saudara, kerana sdr. telah diberi hidayah oleh Allah pada penghujung Ramadhan yang mulia ini. Dosa dengan Allah mudah untuk dihapuskan ( iaitu dengan memohon ampun kepada Allah dan bertaubat ) tetapi dosa dengan manusia kita perlu meminta maaf dengan orang yang telah kita buat dosa itu. Memfitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh.

    Kesali perbuatan sdr. dengan bertukar menjadi agen penegak kebenaran.

    Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.
    Maaf zahir dan batin.

    MUHD ALI ABD RAAHMAN Reply:

    SALAM….HAMBA ALLAH…..AKU YAKIN AKU BUAT BENDA BETUL…..SIAPAPUN YANG GUNA NAMA TU BIAQ DIA BERURUSAN DGN ALLAH LAH…AKU KRITIK…PASAL AKU YAKIN AKU BUAT BENDA BETUL………HARAP2 BUDAYA TIAN CHUA TAK MEREBAK KE DALAM LAMAN NI…HEHEHEHEHEHEHE…….

    MUHD ALI ABD RAHMAN Reply:

    AFF…HAMBA ALAH….KO TANYA RAKAN2 KO ATAU DIRI KO SENDIRILAH….DRAMA ALA ANWAR DAN TIAN CHUA MEMANG BIASA KITA DENGAR……….HEHEHEHEHHEEH. KITA SENTIASA MENEGAKKAN KEBENARAN…SEBAB TU DUK BANTAI PKR….PAS KITA SAYANG. PASTINYA BUKAN AGEN UMNO….KESIANNYA. IDEA MENYAMAR NI BIASA DIGUNAKAN OLEH ORANG2 YANG TERDESAK….KALAU PEMIMPINNYA LARI KE KEDUTAAN….ANAK BUAH LARI SEMBUNYI DIBELAKANG NAMA ORANG LAIN……KESIAN JUGA LAH.

    rusdi Reply:

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Janganla emosi di Hari Raya wahai Ali..

    MUHD ALI ABD RAAHMAN Reply:

    SELAMAT HARI RAYA BUAT HALIK ZAMAN. BANGABU DAN GENG………..LEPAS RAYA KITA SAMBUNG LAGI. SIAPAPUN JUA YANG BUAT TULISAN DAN GUNA NAMA YANG SAMA SIAP MINTA MAAF PULA TU….ITU ANTARA DIA DENGAN ALLAH….ADA BANYAK CARA LAIN UTK MEMATAHLAN HUJAH DAN MENAFIKAN HAKIKAT……BUKAN DENGAN CARA MENGGUNAKAN NAMA ORANG LAIN………INILAH KEISTIMEWAAN BLOG INI…JIKA TAK MAMPU MENJAWAB…..GUNA NAMA ORANG….BIASALAH TU…..NI MESTI KERJA ANAK MURID TIAN CHUA….HEHEHEHEHEH

    BangAbu Reply:

    SURAT TERTUTUP BUAT KEKANDO DEN YANG JAUH DI MATO,
    SHEIKH MUHD ALI ABD RAHMAN, hihihi….

    DEN DAH BONAR-BONAR ‘TER-CONFUSE’ GAN KLON KO, BROTHER !
    KONO PAKAI ‘TRADE MARK BARU’ KE ?!

    HAL TIPU2 NI, DEN MEMANG BERBULU HABIS..DAH LOMA DAH DEN BERBULU NIH…hihi..

    …NASIHAT DEN…JANGAN TIPU LE…KASI TUNJUK LU PUNYE JANTAN HABIS-HABIS.. TALAK BAIK SOLOK2 PUNYE… JANTAN TUNJUK YOU PUNYE JANTAN…PEREMPUAN KALU..TUNJUK YOU PUNYE PELEMPUAN JUGAK..HAH..GITU…HIHIHI…

    LU TALAK SUKE OLANG LAIN TIPU SAME LU…LU PUN JANGAN TIPU SAME OLANG….ITU MACIAM LE..sori, pinjam cakap apek ! KO DAH LOSAP MANO APEK ?

    WE ARE ALL BROTHERS & SISTERS !
    JANGAN MARAH-MARAH, JANGAN GADUH2…DUDUK ONTOK2 !
    BUKAN KITA YANG DAPAT UBAH HATI MANUSIA, KAWAN !
    MARI KITA BERSANTAI, TUKAR2 FIKIRAN CARA ADIK-BERADIK, SUKA2..LAGI BAIK !

    I MISS YOU BROTHER HALIK ZAMAN & MUHD ALI ABD RAHMAN !

    BINTANG12 Reply:

    me 2….kehkeh

    TINTA KINBALU Reply:

    YA…ALLAH. NI MESTI KERJA ORANG2 YANG PANIK. KESIAN UMNO KENA FITNAH……DALAM NAK SAMBUT AIDILFITRI PUN SEMPAT JUGA MENYAMAR DAN TABUR FITNAH…..NI MESTI KERJA FANATIK PKR. NI YANG BUAT MACAM NI….DAH KEHABISAN IDEA KOT UTK MELAWAN FAKTA DAN HAKIKAT………KEPADA HAMBA ALLAH DAN AFF……SIA2 JA KERJA KAMU NI. TAK CUKUP KALI ILMU “PEMALSUAN DAN PENIRUAN” YANG SI TIAN CHUA AJAR TU.

    TEKNIK MURAHAN…HEHEHEHEHHEHE….YANG MENGAKU DAN MENULIS MEMFITNAH MUHD ALI ABD RAHMAN@ TINTA KINABALU TU KALI SEBENARNYA MENERIMA ARAHAN ORANG ATAS…HEHEHEHEHHEHE..KESIAN JUGA LAH.

    Jijah Cantik-Paroi Negeri Reply:

    Muhd Ali, tak balik Kolo Pilah ko ? kek Sabah ni cukup makan ko ?
    Bini ekau tak balik Mesir ko ?
    Kalau sudi, kirimkanlah rokok KENT kalu ado.

    Jijah Cantik:-famili Cikgu Ghani Kuala Pilah.mengucapkan selamat Raya kepada Jalil Haji Ghani, Abd Nasir Ghani@Kent)

    Poie pokan naik basikal,
    motong gotah tongah hari,
    apo nak dikato,
    hajat hati nak jadi cekgu
    skolah kek kolo pilah

    Obi Wan Kenobi Reply:

    Di bulan mulia ini kami maafkan MUhd Ali Abd Rahman.

    Dengan kehadiran anda ada gunanya juga untuk:

    a) Dijadikan tembok lontaran di blog ini.
    b) Untuk menjadi tempat melepas geram
    c) Untuk menjadi pembakar semangat juang Pakatan Rakyat
    d) Untuk meningkatkan bilangan pengunjung blog
    e) Untuk menerangkan kebodohan Umno dengan sejelasnyaa secara tidak langsung
    f) Untuk menjadi tempat latihan bagaimana nak patahkan tohmahan dan pegangan UMNO

    Untuk semuanya itu, semoga kita semua menjadi orang-orang yang bersyukur & peralatkan Muhd Ali Abdul Rahman ini dengan sedapat mungkin di blog ini.

    Melati Kota Reply:

    kalau dasar musang berbulu ayam
    masa tersepit terbuka ati mengungkap tobat
    hati-hati tobat sambal belacan
    pedas itu tergigit lada tapi makan juga berulang2
    anda berani buat patutnya berani tanggung
    mudahnya mintak maaf setelah menabur cerita tak berasas
    lotih den sikap munafik di akhir zaman
    nak pecaya ke pada tokoh2 itu
    ko pikir sendiri ko banding satu-satu
    siapa terbilang
    siapa temberang
    siapa pejuang

  12. 12 Selamat Hari Raya Semua Sep 30th, 2008 at 4:49 pm

    Assalamualaikum,Selamat Hari Raya untuk semua umat islam di Malaysia,Selamat Hari Raya juga kepada DSAI dan Keluarga,insyaalah selepas hariaya ini,sekalai lagi kita akan merakayan hari raya iaitu HARI RAYA KEBEBASAN RAKYAT MALAYSIA DARI DIBELENGGU OLEH UMNO DAN BN…Insyaalah..yg penting “LAWAN TETAP LAWAN”.

  13. 13 Marwan Bukhari Sep 30th, 2008 at 5:16 pm

    Salam Dato Seri, teruskan perjuangan… cahaya itu kekadang akan muncul di balik awan yang gelap…dan kemudahan itu akan menyapa sesudah kesukaran…Saya, Marwan Bukhari A. Hamid, penyokong kuat PAS menyokong hasrat saudara sebagaimana saya mengasihi ulama-ulama di dalam PAS… moga sinar yang tak sirna akan tersenyum dengan tangis kegembiraan.. semoga kesedihan nabi di hujung nyawanya terbalas di bumi Malaysia ini…. Salam Perjuangan!!! ana bersama Dato Seri selagi Dato Seri setia di atas jalan sunyi ini…

  14. 14 kembara nelayan Sep 30th, 2008 at 5:17 pm

    Inna fatahna laka fathammubina insyaallah DSAI berjaya……

    Selamat Hari Raya buat DSAI sekeluarga….

  15. 15 tajudin Sep 30th, 2008 at 5:48 pm

    salam aidilfitri.

    moga dato ceria bahagia menyambut aidilfitri bersama kaum keluarga dan sanak saudara.

  16. 16 joki p044 Sep 30th, 2008 at 5:51 pm

    macam perutusan raya PM dah ni…..tapi sayang….x jadi pm pun lagi

    Jijah Cantik-Paroi Negeri Reply:

    joki - jago kudo laie baik dari mulut busok, mulut ngalahkan mami pisau. kalau ekau brani, meh datang nogri, den lado mulut ekau baru tauuu.

  17. 17 Diari Rafique Sep 30th, 2008 at 6:16 pm

    Salam Aidilfitri buat DSAI dan famili

  18. 18 UMNO LAMA Sep 30th, 2008 at 6:40 pm

    DSAI DAN KELUARGA SUPAYA KITA BERMAAF-MAAFAN DIANTARA SATU SAMA LAIN… INSAFLAH RAKYAT MALAYSIA DI AKHIR ZAMAN…

    LELAKI SUKA LELAKI,

    FITNAH SESAMA SENDIRI

    Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.
    Minal ‘aidil wal faiziin.
    Maaf zahir dan batin.

    ANWAR IBRAHIM
    Ketua Penipu
    Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

    zoyak Reply:

    Tuan UMNO LAMA ni manusia ke atau bukan. Muslim ke atau bukan. Orang sibuk minta maaf kamu pula sibuk buat fitnah. Pelik betul tabiat awak ni. Mula-mula minta maaf lepas itu buat kata nista. Inilah sebenarnya sifat munafik. Orang munafik duduknya ditingkat bawah dalam neraka. Lebih baik diam daripada menulis benda-benda lagha. Saya minta maaf kalau kata-kata saya kasar.

    apek Reply:

    aiyah…umno lama,otak jangan lama sangat maaa..nanti manyak kalat…

    lu tatak nampak sama mata kepala yangan cakap nanti sulah kila fitnah lebih BESAR LOSA DARI ZINA LOOOO…haiyaaa…hali laya yangan malah2..bermaafan looo,tatak lugi looo…ideologi lain tapi tetap seagama musti mau kasih sayang looooo..

    haiya umno lama..yangan lama2 sangat nanti nanti yadi kain buluk maaa.

    DenOrgKodah Reply:

    TIMER ACIH ! ITU JE NAK CAKAP..TUDUH LE LAGI…TAKPE…LAGI LE…!
    SERONOK TENGOK ORANG MARAH2 NI…LAGI LE UMNOOOO….TUDUH LE LAGI…!

    Jijah Cantik-Paroi Negeri Reply:

    UMNO LAMA - Ekau tak takut ko doso mengato orang penipu ? Reta omak bapak ekau ko yang dsai tipu ? buek doso pagi2 rayo ni tak baguih. Yang eden raso yang nyatonyolah idola ekau bn paling penipu bosa. Ekau masok rumah orang buek cam rumah sndiri jo, tak roti malu ko ?

    Noh Reply:

    APA GUNA KAMU BERMAAFAAN JIKA HATI MASEH MEMBATU, BERDENDAM KESUMAT DENGAN FITNAH YANG MASEH TERSEMAT DIHATI SANUBARI.

    antiumno Reply:

    penipu yg sbenarny adelah pemimpin UMNO..
    xkn xnmpk lg atau buat2 x nmpk..

  19. 19 Tun Jebat Melaka Sep 30th, 2008 at 6:41 pm

    Salam Eid Mubarak buat Dato Seri dan Keluarga. Juga buat semua pimpinan PR.

    Rasanya ini adalah satu peruusan Aidilfitri yang sangat baik pernah dibuat oleh Dato Seri. Banyak betul maksud tersirat yang ada dalam perutusan ini.

    Insha Allah, Kami akan terus menyokong Dato Seri menuju kemenangan untuk seluruh rakyat Malaysia

  20. 20 pohonhijau Sep 30th, 2008 at 6:58 pm

    Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd

    Allahumma solli ala saidina muhammad wa ali muhammad.

    Salam penuh rindu buat pak sheikh sekeluarga. perutusan ataupun tazkirah yang sebeginilah kami pejuang kebenaran amat rindu mendengar atau membacanya.

    Islam itu amat indah serba serbinya!

    Minal a’idin wal fa izin

    Maaf zahir batin.

    REFORMASI

    lUQMAN HISYAM CHE MAZLAN DAN KELUARGA

  21. 21 BangAbu Sep 30th, 2008 at 6:59 pm

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Lahir batin kepada YB.Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Dr. Wan Azizah Ismail serta semua bloggers dalam blog ini.(GUA COPY-PASTE HALIK PUNYE)

    Ampun maaf di atas silap dan salah saya.
    Setiap yang yang tersalah, anggaplah itu adalah kelemahan dan kesilapan saya dan maafkan saya.
    Lepas ni, kita gurau-gurau lagi. Kutuk-kutuk lagi. Semata-mata nak bersantai kat dopan komputer ni..bukan apo…hah gitu !

    Apo pun, very much sorry !
    Poyi Pokan ! Naik basikalllll…Tongah hari…Tongah panehhhh…APO DAYO…..apo nak dikato……

    To Brother Halik Zaman & Muhd Ali Abd Rahman….WA CAYA LU !
    …DUA ORANG NI, GURU DEN ! den sasau sebab ali raman…jangan mareee…!

    BangAbu.CORN !
    LOVE YOU ALL !

    ….he he (INI GUA COPY-PASTE ALI RAMAN PUNYE!)

    P/s…SIAR JANGAN TAK SIAR…kasi chance leee..abang…!

    BINTANG12 Reply:

    hari tu guru ko wali songo… hari ni halik zaman n ali raman plak…sok sapa la plak….

    BangAbu Reply:

    RUJUK BINTANG12,
    TERIMA KASIH, CIKGU !

    PEGANGAN ALLAH & ROSUL. PEMIMPIN, ORANG BERIMAN. PANDUAN, AL-QURAN, AS-SUNNAH, IJMA` ULAMA’ & QIAS !

    GURU….BANYAK…PARA ULAMA’ YANG BENAR LAGI AMANAH, PARA WALI, GUNUNG, BINTANG, CAKERAWALA, KUCING, HARIMAU, BATU, KAYU…HALIK ZAMAN, MUHD ALI ABD RAHMAN, BINTANG12, SITUA, SIMUDA, SEKECIL DAN SIBESAR…”YANG BAIK DEN JADIKAN PANDUAN YANG MUDHARAT BUAT SEMPADAN” !

    HATTA, DEN BELAJAR DARIPADA ‘SAMPAH’ YANG TAK BERGUNA !

    TERIMA KASIH, CIKGU !

  22. 22 Your Friend Sep 30th, 2008 at 7:07 pm

    Dear DSAI,

    Just want to wish you and your family a Happy Hari Raya.
    May God continue to give you stregths, wisdom, peace, and shine upon you with abundant love, and richness that money cannot buy. To all your family, cheers, happiness, health and wealth will overflow in the family. We, the rakyat salute and love you.

  23. 23 hadi Sep 30th, 2008 at 7:09 pm

    ‘Kalau takut di landa ombak, Jangan berumah ditepi pantai’. Kita teruskan perjuangan supaya perubahan dapat di laksanakan. DalAm keresonokan berhari raya, jangan lah kita lupa mereka yang dipisahkan oleh sang zalim yang berkuasa. Apabila takbir berkumandang di udara, tekat kan hati untuk terus bersuara tanpa takut sang berkuasa dan mari lah kita lakukan dengan bijaksana.
    MAAF ZAHIR BATIN, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

  24. 24 icare Sep 30th, 2008 at 7:13 pm

    Akm Dato Seri,
    Happy Hari Raya.Maaf Zahir Batin.
    May Alllah Bless you and your family.
    For a better Malaysia soon.
    Salam.

    p/s nothing fancy for me this year.Bloody BN economic policy.

  25. 25 Anak Keningau Sep 30th, 2008 at 7:15 pm

    Selamat Hari Raya DSAI dan keluarga. Tak lupa juga kepada Datuk Halik Zaman dan keluarga. Semoga dipanjangkan umur dan terus memantapkan perjuangan rakyat.Anak Keningau.

  26. 26 jagoan Sep 30th, 2008 at 7:34 pm

    salam pak anwar…

    bila nak memimpin malaysia?Haritu kata nak pimpin 16september 2008.

    Pak anwar boley tak saya jadi penasihat sulit pak anwar untuk merencana perancangan dalam pembangunan modal insan di Malaysia ini yang kian keruh.

  27. 27 hafiz Sep 30th, 2008 at 7:43 pm

    eid mubarak DS!

  28. 28 Palaniappan Sep 30th, 2008 at 7:59 pm

    DEAR DSAI,

    WISHING YOU AND YOUR FAMILY A “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN”. I SINCERELY HOPE THAT AFTER RAYA YOU WILL EXPEDITE YOUR COURSE OF ACTION TO TAKE OVER PUTRAJAYA.

    MEANWHILE PLEASE TREAD CAREFULLY WITH HAJI AWANG HADI WHO IS TALKING ABOUT MALAY MUSLIM MAJORITY IN PARLIAMENT.DURING THE RECENT PRU 12 PAS WANTED THE SUPPORT OF NON MALAYS AND EVEN NON MALAYS VIGOROUSLY CAMPAIGNED FOR PAS WHICH ENABLED THEM TO WIN MORE SEATS BUT NOW PAS LEADERS( NOT ALL OF THEM) ARE TALKING DIFFERENTLY. I AM FOR MORE MUSLIMS IN PARLIAMENT BUT NOT NECESSARILY MALAY MUSLIMS. WHY PAS SEGREGATES MUSLIMS FROM OTHER RACES? ISLAM DOES NOT DIFFERENTIATE MUSLIMS FROM OTHER RACES OR NATIONALITIES. IT’S A RELIGION OF ESPOUSE JUSTICE AND PERSAUDARAAN DI KALANGAN UMMAH. I HOPE PAS MUST UNDERSTAND THE REALITY OF CURRENT POLITICAL SITUATION AND MOST IMPORTANT IS THAT WE HAVE TO TAKE THE GOVERNMENT FIRST AND LET US OVERHAUL THE SYSTEM AND WE CAN HAVE ELECTION TO SELECT A NEW GOVERNMENT. UNTIL THEN PAS HAS TO UNDERSTAND AND TOLERATE.

  29. 29 Limau Sep 30th, 2008 at 8:07 pm

    Selamat hari raya Aidil Fitri Maaf lahir batin kepada DSAI, isteri dan anak anak nya, dan juga kepada semua rayaat muslimin.

  30. 30 Abd Shukor Awad Sep 30th, 2008 at 8:11 pm

    Assalamualaikum,
    Selamat Hari Raya EidulFitri buat DSAI sekeluarga,Pimpinan Pakatan Rakyat,Ahli-ahli serta penyokong PR,penyokong serta pendokong perjuangan menegakkan keadilan…
    Syawal merupakan bulan kemenangan bagi mereka yang tawadduk dan berusaha untuk memenuhi tuntutan Ramadhan….Begitu juga diharapkan bagi usaha kita semua dalam perjuangan ke arah Malaysia Baru ini..

    LAWAN TETAP LAWAN !!!

    A.Shukor

  31. 31 Hanafi.Jamil Sep 30th, 2008 at 8:33 pm

    Yg pastinya,.. ucapan hari raya DSAI lebih baik dr ucapan Perdana Menteri Malaysia.

  32. 32 revolusi Sep 30th, 2008 at 8:34 pm

    Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat DSAI sekeluarga dan tak lupa pada penyokong Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Rakyat!!

  33. 33 Shobhan Sep 30th, 2008 at 8:43 pm

    Wishing all my Muslim friends especially my
    blogger friends, ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri’.

    To DSAI and DSWA and Family, a special raya wish and that may you have many more to come.

  34. 34 winds of change Sep 30th, 2008 at 8:56 pm

    ya…Lawan Tetap Lawan..

    Selamat Hari Raya kepada DSAI dan sekeluaganya…

    Semoga berjaya.

  35. 35 Edwin Goh Sep 30th, 2008 at 9:07 pm

    Wishing all our muslim friends Selamat Hari Raya Aidilfiitri!
    May God bless all of you always.

  36. 36 george teh Sep 30th, 2008 at 9:15 pm

    SELAMAT HARI RAYA to DSAI and family, with a message -weather it takes 1 year 10 yrs 20 yrs to become PM, we will be patiencely waiting. Fr me and family.

  37. 37 ismail Sep 30th, 2008 at 9:43 pm

    ASSALAMUALAIKUM DSAI,DTGNAA,SAUDARAKU SEISLAM DAN SALAMSEJAHTERA SAHABATKU RAKYAT MALAYSIA,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA MUSLIMIN, PARA PEMIMPIN DAN PEJUANG KEADILAN,SEMOGA PERJUANGAN DI TERUSKAN,SERTA DOA UNTUK UMAT ISLAM PELESTIN.

  38. 38 DR SURESH KUMAR Sep 30th, 2008 at 9:50 pm

    Saya mengucapkan selamat hari raya id-ul-fitr kepada DSAI dan seisi keluarga dan juga kepada semua umat islam di malaysia.semoga negara aman damai,rakyat gembira,tolong menolong antara satu sama lain tanpa kira bangsa dan agama.
    Let us all malaysians move forward as one and make our beloved country a united,loving,dynamic,intelligent and a prosperous one,irrespective of race.religion and creed.

    May god continue to bless our nation.

    Om Shanthi.

    Bakal KM Sabah Reply:

    Tapi HINDRAF tu sudah buat kacau lah pada 1 syawal. Ni apa ceta ni.

    Shobhan Reply:

    Bakal Ketua Menteri BN Sabah, cakaplah saudara sokong BN. Terus terang lebih baik daripada kutuk sini sanalah

    apek Reply:

    shobhan..minta anda tidak berfikiran estate walaupun saya tak menyokong pr tetapi

    janganlah bila orang memberi pandangan yang berbeza telah dilabel sebagai..”BARISAN NASIONAL”..

    boleh ker bila orang sokong HINDRAF kami labelkan mereka sebagai penyokong “pengganas tamil”??
    perbuatan HINDRAF BIADAP! YANG TERAMAT SANGAT SANGAT DAN MENGGURIS HATI MASYARAKAT
    MELAYU CINA DAN INDIA YANG CINTAKAN KEHARMONIAN KERANA INI MAJLIS PERAYAAN..CUBA BELAJAR HORMATI MAJLIS ORANG,KERANA TINDAKAN2 SEBEGINILAH MAKA DATANGNYA UNDANG2 YANG AKAN MENJERAT LEHER MEREKA SENDIRI,BILA DI TANGKAP SIBUK GUNAKAN KANAK2 DAN PEREMPUAN UNTUK MINTA DI LEPASKAN SEMATA2 UNTUK MENDAPAT SIMPATI DARI MASYARAKAT LUAR!!! BIASALAH TEKTIK NI ANUAR DAH GUNAKAN LAMA…TAULAH ANNUAR ADLAH DEWA ANDA SEBAGAIMANA
    REPLIKA YANG DIBINA OLEH DUN BATU CAVE…TAPI CUBALAH BELAJAR KESOPANAN SIKIT!!!

    ANDA JANGAN BERSELINDUNG BAGAIMANA KEANGKUHAN HINDRAF KETIKA DI PWTC TU DENGAN PAKAIAN,LAGAK,KATA2DAN SUARA MEREKA…RAMAI YANG MENYAKSIKAN PUAN SHOBA!

    Shobhan Reply:

    Dr Suresh hanya ucapkan Selamat hari Raya, tetapi Bakal KM Sabah itu cakap yang tidak berkaitan dengan apa yang di ucapkan itu, apek oii!! Siapa yang kurang sopan? Mengapa apek panggil saya Pn? Apek pernah jumpa saya untuk tahu siapakah saya untuk memberi saya nama lain?

    Bakal KM Sabah Reply:

    Shobhan bawa mengucap. Saya tak kata Dr Suresh tu penyokong HINDRAF cuma niat saya nak tanya apa komen Dr Suresh tu je. Yang awak melenting ni apa hal. Mesti awak ni pengikut HIDRAF yang jenis minum air selipar. Tapi Tak salah kalau saya sokong mana-mana Parti Politik. Yang penting Sobhan jalan halalkan demonstrasi alaf baru ni.

  39. 39 Reformasi_Mujahid Sep 30th, 2008 at 9:50 pm

    Assalamualaikum DSAI,

    Selamat Hari Raya. Saya merasa terharu bila membaca perutusan Hari Raya daripada DSAI. Sekarang saya sedang merantau bagi menambah ilmu di dada. Sebulan yg lepas, saya masih di Malaysia - bersama2 di permatang pauh melihat keajaiban kurniaan tuhan. Sekarang walaupun di luar negeri, saya tetap memberikan sokongan penuh.

    Semoga Allah swt memberikan kemenangan bagi orang2 yang sabar lagi teraniaya.

    Sekian.

  40. 40 RDI Sep 30th, 2008 at 9:52 pm

    selamat hari raya saya ucapkan kepada sdr anwar sekeluarga.SALAM REFORMASI

  41. 41 ankabut Sep 30th, 2008 at 10:25 pm

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin, semoga hari raya pada kali ini membawa makna sebenar kepada diri kita. Semoga Dato’ Seri Bahagia dan teruskan perjuangan yang sudah hampir tiba.

  42. 42 GrandPa Sep 30th, 2008 at 10:46 pm

    Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.
    Minal ‘aidil wal faiziin.
    Maaf zahir dan batin.

    GrandPa…. isteri & dan anak cucu

  43. 43 Tuan tanah Sep 30th, 2008 at 10:49 pm

    Salam DSAI,

    Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan bathin buat DSAI sekeluarga semoga mendapat rahmat dan hidayah daripada amalan di bulan ramadan yang lalu sama-samalah kita derdoa agar amalan kita di terima Allah dan mendapat ganjaran daripada nya amin..

    Daripada

    Kamal, Sekeluarga.

    Dari Kuching Sarawak.

  44. 44 anonymous Sep 30th, 2008 at 11:18 pm

    Greetings and a joyous meaningful Eid-al-Fitr to you and your family. May the blessings of Allah subhanahu wataala be with you always.May the new year bring about the much awaited political changes to replace this corrupted and decadent regime and herald a new Malaysia.

  45. 45 yokatta Sep 30th, 2008 at 11:18 pm

    selamat hari raya Dato’ Seri…

    semoga di bulan Syawal yg mulia ini, Allah akan membuka pintu hati orang2 ameno yg semakin bercelaru di dlm perjuangan asobiah mereka itu…

  46. 46 abe MIE Sep 30th, 2008 at 11:23 pm

    tak ada lagi kerajaan rakyat? tian kata nak tubuh pada esok hari?

    anglers Reply:

    abe mie kamu org umno dan kamu takkan percaya sampai bila2 kerana hati kamu sudah gelap.

    MUHD ALI ABD RAAHMAN Reply:

    TIAN CHUA TU SIAPA TAK KENAL……TERANG2 PENIPU DIHANTAR JUGA KE PARLIMEN…HEHEHEHEHE

  47. 47 Sabahan Girl Sep 30th, 2008 at 11:39 pm

    DSAI,
    wish you Selamat Hari Raya.
    pls..pls help RPK!!

  48. 48 Abe Latique Oct 1st, 2008 at 12:02 am

    Assalamualaikum Dato Seri Anwar Ibrahim bersama keluarga tercinta.
    Saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI AL MUBARAK 1429 kepada Dato Seri sekeluarga.Saya senantiasa berdoa agar perjuangan DSAI membebaskan Negara Tercinta MALAYSIA bebas dari kepimpinan yang keji dan mungkar.Insyaallah Allah swt akan memakbulkan perjuangan DSAI selama ini..Insyaallah…. Allahu Akbar..Allahu Akbar…Allahu Akbar.Wasallam

  49. 49 anak kenyalang Oct 1st, 2008 at 12:09 am

    Pak Jeb balik dari luar negara
    Singgah di Pekan membeli durian
    Selamat Hari Raya DSAI serta keluarga
    Tak lupa juga saudara sedari sekalian

    bisnes umno banyak ali baba
    itulah dasar melayu pemalas
    16 September tak kunjung tiba
    alamatnya kena tunggu PRU ke tiga belas

  50. 50 Shobhan Oct 1st, 2008 at 12:19 am

    Even the pirates had the common sense and the heart to release all the hostages before Hari Raya Aidil Fitri. But the Malaysian govt does not have the heart to release the ISA detainees from their cold prison cells on this wonderful occasion. Shame to the ruling body!!!

  51. 51 smy Oct 1st, 2008 at 12:22 am

    selamat hari raya puasa buat DSAI dan sekeluarga.
    terus berjuang dan be smart.
    takbir…
    reformasi…
    lawan tetap lawan…

  52. 52 mohd aqbal ab hamid Oct 1st, 2008 at 12:26 am

    salam eidul fitri dato’ seri dan keluarga…
    semoga terus kuat dan tetap dengan perjuangan…

  53. 53 Shobhan Oct 1st, 2008 at 12:28 am

    Please all RPK supporters, do not forget to wear the RPK T shirts to all open house events this Raya and Deepavli. PR, RPK and all ISA detainees need our help!!!

    VIjay Reply:

    Hello Indian warrior….pls lah change your foolish mindset….if you really want to fight for him …dont urge the public to join you hence let them come by their own to support …hari raya u know not riot day ….

    Shobhan Reply:

    Hey Vijay, you must be living a very comfortable life under this BN, probably a crony of uncle Sam or even his relative who has amassed a lot of wealth illegally. Be in the shoes of RPK, The Hindraf 5 and other ISA detainees then you will know what is real celebration, you nincompoop!!!

    Shobhan Reply:

    An after thought to add to my earlier comment on your comment, dei Vijay. Did you read the latest news or are you an idiot who writes something without substance? Did you watch the news on your favourite TV1,TV2 or even TV3? Watch it first before you come out with anything in writing and make a blinking idiot of yourself!!!!

    Bakal KM Sabah Reply:

    Kesian Shobhan. Anak buah RPK kah?

  54. 54 zoyak Oct 1st, 2008 at 12:36 am

    Assalam mu alaikum wr wbt.
    DSAI, saya ucapkan Selamat Hari Raya dul Fitri, Maaf Zahir Batin. Semoga latihan di kem Ramadhan menambahkan tekad dan kesabaran untuk maju ketahap seterusnya. Semoga kem Ramadhan mematangkan lagi ahli-ahli yang turut berjuang dalam PR. Semoga kesepakatan dan kesefahaman menjadi tunjang usaha meniti kejayaan. Semoga kesabaran dan ketekalan menjadi obor penguat usaha bgi melihat berakhirnya zaman kekuasaan UMNO dan Bee End. Maaf dipinta diiringi doa untuk mencipta jaya.

  55. 55 hamba Oct 1st, 2008 at 12:39 am

    Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta keluarga.Tidak lupa juga kepada ahli-ahli pembangkang yang gigih menentang sang penguasa yang zalim dan hipokrit.Hanya Allah Yang Mengetahui apa yang berlaku di seluruh alam semesta ciptaannya. Diharap Pakatan Rakyat akan berusaha dengan lebih gigih dan terus bekerjasama untuk memastikan kerajaan baru mampu dibentuk secepat yang mungkin kerana ada sebilangan rakyat mula kurang percaya akan kata-kata Dato’ Seri.Saya dan rakyat Malaysia yang bijak berfikir amat mengharapkannya. Bak kata peribahasa Melayu ” Menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”..Lawan Tetap Lawan!!! ALLAHUAKBAR!!

  56. 56 TUKANG SIGI Oct 1st, 2008 at 12:44 am

    Selamat Hari Raya, Pak ANWAR dan Keluarga, Maaf Lahir & Batin.

    INSYA ALLAH Rakyat Malaysia akan menuai KEMENANGAN di bulan SYAWAL ini.
    Dan siapa yang telah MENABUR ANGIN selama ini semoga cepat MENUAI BADAI BESAR.

  57. 57 pakatan BAJAU Kota Belud Oct 1st, 2008 at 12:58 am

    Salam….

    Anyway..saya masih kurang JELAS MAKSUD saudara selama ini…
    Ibarat saudara MELUDAH KE LANGIT terkena MUKA sendiri…

    Saya yakin bahawa saudara bukan main HEBAT berbicara dan mengolahkan pendapat..atas dasar ini saya slalu membaca komen2 saudara yg berbaur SINIS. Ada kalanya sangat menyakitkan hati dan hanya mereka2 mempunyai pemikiran yg cetek menerima pandangan saudara selama ini dengan penuh EMOSI..

    Saudara seorang yang mempunyai PENDIRIAN dan PERJUANGAN sendiri…Adalah lebih baik kita memperjuangkan yang HAQ dan meninggalkan yang BATHIL…DARIPADA kita lebih berbicara tanpa memikirkan KESANNYA terlebih dahulu..

    SALAM AIDILFITRI kepada SAUDARA2KU SEISLAM….MAAF ZAHIRIYYAH…..

  58. 58 jamilkucing Oct 1st, 2008 at 1:00 am

    Assalamualaikum dato seri

    Jamil ucapkans elamat hari raya aidilfitri buat dato seri sekeluarga. terimakasih atas kad hariraya dan kad jemputan insyaallah jamil akan bertandang.

  59. 59 Zainal Abidin Bin Abu Bakar Oct 1st, 2008 at 1:17 am

    Assalamu’alaikum dan salam sejahtera Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kaum keluarga, para REFORMIS, penggiat Pakatan Rakyat (PR), pendukung dan penyokong keadilan serta para netters budiman. Semoga kita semua sentiasa dalam lingkungan perlindunganNya.

    Agak lama juga saya tidak mengirim ulasan ke blog DSAI ini. Namun saya tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap kiriman dan ulasan di sini. Adalah lumrah, kiriman dan ulasan bersifat pro dan kontra, samada daripada ahli, penyokong PR, pemerhati atas pagar dan sudah tentu sekali kedapatan ‘cyber troopers’ ameno be end yang turut memeriahkan daftar pengira pengunjung blog DSAI.

    Fitrahnya setiap kejadian atau sesuatu yang berlaku itu mempunyai asbab yang tertentu. Begitu jugalah dengan semua kiriman dan ulasan para pngunjung di sini termasuk juga kiriman saya ini. Masing-masing mempunyai sebab dan alasan, hasrat dan tujuan menjadikan blog DSAI sebagai platform menyuarakan rasa ketidakpuasan hati, memeta cetusan idea yang akhirnya DSAI dan para moderator blog DSAI akan membuat keputusan samada menerima dan menilai setiap suatu kiriman itu samada sesuai atau tidak demi memperelokkan perjalanan dan perlaksanaan kegiatan PKR khasnya dan PR amnya. Atau sekadar hanya memantau daftar pengira pengunjung tanpa membaca setiap kiriman dan membiarkan ianya berlalu tanpa tindakan proaktif yang menyusul.

    Setiap sesuatu perkataan itu adalah do’a. Pujian melangit itu do’a, idea penyokong dan pendukung keadilan juga do’a waima caci maki hangit si ‘cyber troopers’ itu juga do’a. Makbul atau tidak setiap do’a itu adalah hakNya.

    Ketika di ambang ‘Aidil Fitri ini, kita semua dikejutkan oleh kenyataan YB Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) dalam keluaran lidah rasmi PAS, Harakah keluaran terbaru (saya mendapat maklumat ini daripada blog Perisik Rakyat) dan juga ulasan YB Saudara Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor dalam blog beliau bertarikh 29hb Sept.2008.

    Dukacita! Amat dukacita! Dangkal! Amat dangkal!

    Menggambarkan betapa tiada lagi perkataan yang sesuai saya perolehi dari kamus perasaan saya kala menerima perkhabaran berkenaan. Malah, saya berkeyakinan tinggi perasaan sama juga turut dikongsi para penyokong keadilan dan penggiat politik PR di luar sana. Amat pasti kenyataan sebegitu disambut sorak gembira hilai tawa seteru politik PR dan si ‘cyber troopers’ di sini.

    Berpijaklah dibumi nyata wahai TGHH dan para pengikut setia TGHH! Saya bukanlah seorang politikus separa masa atau sepenuh masa. Bukan juga seorang penganalisis politik lepasan universiti menggalas gelaran Professor. Bukan juga tergolong dari kalangan ilmuwan atau cendikiawan. Tetapi saya adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu beragama Islam yang hidup berkerjaya, berkeluarga, bermastautin dan bermasyrakat di bumi Malaysia ini. Bersama-sama dengan TGHH dan rakyat Malaysia lainnya menjadi saksi turun naik seseorang Perdana Menteri dan barisan menteri kabinetnya. Kita telah bersama-sama melalui setiap detik helaan nafas dan titisan peluh mengharungi kehidupan bermasyarakat dalam negara majmuk ini. Tiada batasan ras, masing-masing bertungkus lumus meningkatkan produktiviti sambil memperlengkap dan menyesuaikan diri agar tidak ketinggalan bersaing dalam segenap aspek kegiatan seharian.

    Memang ini adalah pendapat peribadi saya. Suara hati seorang manusia yang menjadi rakyat Malaysia. Seorang hamba Allah swt yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, isteri dan anak-anak serta kaum keluarga. Dengan izinNya juga, saya merasakan bertanggungjawab juga untuk berbuat sesuatu kepada masyarakat dan negaranya. Kehidupan saya seharian tidak dapat lari daripada pergaulan dengan masyarakat berbilang kaum.

    Jika YB TGHH masih tidak jelas maksudnya, di sini saya perjelaskan. Mereka yang saya maksudkan dengan masyarakat berbilang kaum itu ialah terdiri daripada keturunan Melayu (Bumiputera) Islam, Cina Islam, India Islam, keturunan Melayu (Bumiputera) bukan Islam, Cina bukan Islam, India bukan Islam dan lain-lain bangsa keturunan bukan beragama Islam!

    Berpijaklah dibumi nyata wahai TGHH dan para pengikut setia TGHH! Saya tidak pernah walau sesaat pun menafikan hak PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, Al Quran dan As Sunnah sebagai asas pentadbirannya. Tidak sesekali! Saya juga amat sedar bahawa Islam itu bukan HAK Melayu sahaja! Bumi Allah swt ini juga bukan hanya semata-mata untuk didiami oleh yang Islam sahaja! Siapa saya untuk mengajar YB TGHH dan pengikut setia TGHH tentang Islam!? Ustaz bukan, ilmuwan bukan cendikiawan pun bukan. Jauh sekali bergelar Tuan Guru!

    Seperkara yang saya amat pasti adalah hak saya dan wajar sekali saya nyatakan di sini ialah saya sebagai ahli masyarakat Malaysia dan yang paling penting ialah seorang Islam menegur walau dengan apa cara sekali pun selagi ianya tidak melanggar hukum etika bermasyarakat dan bernegara. Tanpa mengira tahap pendidikan, kelas atau status ekonomi dan tiada persoalan keahlian parti politik mana yang saya memihak, saya fikir adalah menjadi tugas saya menegur YB TGHH.

    Dukacita! Amat dukacita! Dangkal! Amat dangkal!

    Syarat mutlak 3M yang ditetapkan oleh YB TGHH itu amat dangkal! Agaknya YB TGHH sedang mengelamun dan bermimpi berada dalam sebuah Negara yang hanya terdiri daripada 2 golongan sahaja? 1 golongan Melayu Islam dan 1 lagi golongan Melayu bukan Islam!? Memanglah YB TGHH menjadi ADUN dan Ahli Parlimen hanya untuk Rhu Rendang dan Marang tetapi YB TGHH ialah Tuan Presiden PAS dan parti YB TGHH ialah salah satu daripada 3 tonggak utama dalam PR!

    Kenyataan YB TGHH itu bukan sahaja terkesan di hati saya tetapi saya berkeyakinan ianya amat menusuk jiwa setiap rakyat yang mengimpikan sebuah kerajaan baru iaitu kerjaan PR menggantikan kerajaan be end yang diterajui ameno. Sedar atau tidak, kejayaan PR dalam PRU 12 yang lalu menunjukkan rakyat berani melakukan anjakan untuk perubahan. Undi kami bukan undi daripada pengundi Melayu Islam dan Melayu bukan Islam sahaja tetapi undi daripada pengundi rakyat Malaysia majmuk! Terutamanya di sebelah Semenanjung ini. Tiada hasrat untuk menafikan peranan jentera pilihanraya PAS dan istiqamah perjuangan ahli-ahlinya yang paling mantap dan ampuh berbanding jentera PKR dan DAP. Malah jauh lebih baik daripada persembahan jentera ameno be end. Justeru, memang PR amat mengharapkan pengekalan PAS dalam gabungannya agar kekuatan PAS itu dapat dikongsi bersama memperteguhkan strategi ke arah perlaksanaan pelan peralihan tampuk pemerintahan negara.

    Tidak diketahui samada YB TGHH dan para pengikut setia TGHH masih teruja bermuzakarah dengan ameno untuk bersama-sama mentadbir negara atas nama be end? Tidak cukup zalim lagikah perlakuan kerajaan ameno be end selama ini? Masih tidak serik dengan 2 kecurangan terbesar mereka terhadap PAS ketika sama-sama memerintah kerjaan negeri Kelantan dan Pusat sebelum ini? Sedar atau tidak, jika ditakdirkan PAS kembali ‘bersatu’ dengan ameno be end memerintah kerajaan Pusat, PAS masih lagi minoriti dan cita-cita PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, Al Quran dan As Sunnah sebagai asas pentadbirannya hanya akan kekal sebagai motto perjuangan partinya sahaja sehingga PAS akan ditendang keluar sekali lagi!

    Masih segar di ingatan setiap rakyat Malaysia dewasa ini, betapa PAS di bawah YB TGHH telah berjaya menawan negeri Terengganu pada PRU 10 tetapi hanya mampu bertahan sepenggal. Kerajaan PAS Terengganu kalah teruk, jatuh tersungkur tidak berdaya bangkit di PRU 11 dan terkini di PRU 12. Peluang yang ada sekarang ini, kekuatan PR yang wujud ketika ini usah dipersiakan hanya semata-mata status YB TGHH seorang ADUN, ahli Parlimen merangkap Presiden PAS yang mahu menunjukkan bahawa YB TGHH juga perlu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. Ular yang menyusur akar tidakkan hilang bisanya wahai YB TGHH. Percayalah! Kesudian YB TGHH merendahkan sedikit keegoan YB TGHH itu akan lebih disenangi dan disanjungi daripada mengeluarkan kenyataan yang dangkal seperti itu.

    Alangkah moleknya diperkukuhkan PR (yang dikatakan longgar oleh segolongan pemimpin PAS sendiri) ini kemudian bersama-sama berkongsi kuasa memerintah di Pusat sambil menyebar dan menerapkan keindahan Islam itu di kalangan pemimpin dan penyokong PR itu sendiri yang telah sama-sama mengharungi jerih perih gelanggang pilihanraya yang tidak sama rata selama ini? Betapa cantiknya jika PAS bersama-sama PR membersihkan pentadbiran negara dari segala gejala mungkar yang semakin subur dengan kerenah bermacam jenis rasuah dan ketidakadilannya itu yang telah PAS cuba tentang selama setengah abad yang lalu!?

    Akhirul kalam, cukuplah seorang WIRAWAN yang terGELUMANG dalam tong tahi yang kemudiannya WIRAWAN itu telah ditendang keluar dengan cara amat aib sekali dari sebuah yang terserlah keaibannya itu. WIRAWAN itu kini telah bersih dan semakin terserlah sinar keceriaannya semenjak diterajang dulu! Adakah YB TGHH dan para pengikut setia TGHH hendak menjadi WIRAWAN ke2!? Percayalah! Walau YB TGHH tidak memasuki tong tahi berkenaan namun busuk najis itu akan terpalit juga di batang tubuh YB TGHH dan para pengikut setia TGHH dengan hanya tinggal serumah dan duduk bergandingan tong tahi itu! Apabila sampai ketika dan waktunya kehadiran YB TGHH dan para pengikut setia TGHH tidak diperlukan lagi, YB TGHH dan para pengikut setia TGHH akan diterajang keluar dengan keadaan lebih aib!

    SALAM ‘AIDIL FITRI 1429H.
    MINAL ‘AIDIL WAL FAIZIIN.
    MAAF ZAHIR DAN BATIN

    Zainal Abidin Bin Abu Bakar
    Pengundi berdaftar di PJ Utara

    c.c. blog Perisik Rakyat dan blog YB Kahlid Samad

    Palaniappan Reply:

    Satu nukilan yang baik dan diharap TGHH akan mengambil perhatian. Juga luahan perasaan anda turut mencerminkan perasaan sebilangan besar rakyat negara ini yang menginginkan peralihan kuasa dari BN ke PR.

    msh Reply:

    Zainal Abidin bin Abu Bakar
    Mana ada di Malaysia ungkapan Melayu Bukan Islam tapi Bumiputera Bukan Islam ada le. Berhati-hati sikit.

    Zainal Abidin Bin Abu Bakar Reply:

    Assalamu’alaikum Saudara msh, terima kasih atas teguran Sdr itu. Saya tidak pasti samada Sdr membaca kiriman saya itu dr awal hingga habis atau sekadar membaca sepintas lalu shj.
    Suka saya perjelaskan bhw kiriman saya itu bersifat sebuah ulasan menyanggah kenyataan YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) berkenaan 3M (Majoriti Melayu Muslim) agar beliau juga harus juga ‘berhati-hati’ membuat pernyataan dalam konteks masyarakat majmuk.
    Ungkapan Melayu bukan Islam saya gunakan adalah merujuk kepada rumpun / suku kaum keturunan Melayu yg kompleks terdiri drpd antaranya Jawa, Bugis, Baweyan, Rawo, Naning, Minang, Mendiling, Banjar, Kerinchi, Melanau, Pattani dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bhw ada yg beragama Kristian dan ada juga yg masih menganut fahaman anamisme. Kedapatan ramai juga kaum keturunan TiongHua beragama Islam, kaum keturunan India beragama Islam tinggal diam dan bermasyarakat di samping masyarakat mereka yg menganut agama asal mereka.
    Saya menganggap, kenyataan TGHH tersebut seakan memperlekehkan undi yg telah diberi oleh para pengundi majmuk pada PRU12 yg lalu. Harus dijadikan iktibar bhw tanpa undi majmuk ini, tidak mungkin akan terciptanya sejarah kemenangan sebesar itu. Apakah kita semua sanggup dihukum oleh para pengundi majmuk pada PRU13 nanti? Para pengundi majmuk itu ialah KITA! Melayu, Cina, India, Sikh, Asli dan lain-lain yg dengan berani menolak ameno be end! Adakah KITA ini semua Melayu Muslim? Adakah semua AP dan ADUN PR yg terpilih itu Melayu Muslim? Harus juga kita sedar bhw sebilangan AP dan ADUN Melayu Muslim itu berada di kem ameno be end.
    Pokok keutamaan PR kini ialah memperkukuhkan ikatan yg ada ini dgn merangka strategi memantapkan langkah-langkah seterusnya ke arah mengambil alih pemerintahan negara dari ameno be end yg ternyata ZALIM itu. Sambil 4 buah negeri yg baru diperintah PR (kecuali K’tan yg terbukti makmur di bwh pemerintahan TGNA), mempertingkatkan permuafakatan dan persefahaman sesama pemimpin tanpa meminggirkan kepentingan rakyat jelata. DAP memperjuangkan kesamarataan, PKR mahukan keadilan dan ketelusan. PAS pula lebih terkehadapan mahukan ISLAM dimartabatkan sebagai ADDIN berpandukan AlQuran dan AsSunnah yg merangkumi segala aspek kehidupan, kesamarataan, keadilan dan ketelusan melangkaui batasan darjat keturunan dan warna kulit.

    Wallahu’alam

    Salam ‘Aidil Fitri

    TIADA PKR TIADA PAKATAN RAKYAT
    TIADA PAS TIADA PAKATAN RAKYAT
    TIADA DAP TIADA PAKATAN RAKYAT
    BERSAMA-SAMA MENGGEMBLENG USAHA
    KE ARAH MALAYSIA BARU

    Zainal Abidin Bin Abu Bakar
    Pengundi berdaftar di PJ Utara

  60. 60 anglers Oct 1st, 2008 at 1:45 am

    selamat hari raya DSAI dan family!!! takbir!! Takbir!! Takbirr!!
    inilah perutusan seorg pemimpin yg sejati!!
    tak mcm perutusan paklah yg kosong dan tak bermakna!
    ada ke perutusan hari raya pun nak cite pasal harga minyak,masalah politik umno dan budget kerajaan??
    hey paklah u r so stoopid!!!!

    DSAI kami penduduk ampang sentiasa mendokong perjuangan DSAI.

  61. 61 Blok G Oct 1st, 2008 at 1:59 am

    DSAI…Berjuang tetap berjuang!!! Tapi jangan biar adik si korapsi jadi DPM bila pakatan naik nanti!!!Gua hilang respect sama lu kalau macam tu….

    to abe MIE,
    Setiap sejak 916 orang hilang 1 percent confident..sekarang da lebih 20 percent da…..!!!!

  62. 62 Noh Oct 1st, 2008 at 2:07 am

    SALAM IDILFITRI YB DSAI SEKELUAGEA DAN RAKAN2 SERPERJUANGAN. MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA KEPADA SEMUA. Ujian Ramadhan kali ini telah kita lalui dengan harapan Lailatulkadar mengunung disanubari. Menyongsong pula ujian yang Insyahallah bakal menjadi dengan harapan PR membentuk kerajaan di Puterajaya.

    Satu perkara yang bukan mudah, tetapi tidak terluntur apabila dihayatai Firman Allah dalam Sura Al-Sharh (94) ayat 5 dan 6 ??????? ???? ????????? ??????? ????? ???? ????????? ??????? yang membawa maksud “Dalam kesusahan ada kesenagan, bahawa sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenganan” - Dalam gelap ada terang, dalam hitam ada putih, dalam negetif ada positif - mengimbas kembali kata-kata Hujjahtul Islami, Al’Ghazaly “Kerana terangnya matahari membuatkan pungguk terebang malam” - begitulah diibaratkan manusia yang telah dijelaskan dan diterangkan dengan ayat-ayat Allah tetapi maseh teraba-raba dan meraba-raba tidak keharuan. - Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.

  63. 63 anna brella Oct 1st, 2008 at 2:08 am

    I wish a Happy and Selamat Hari Raya Aidilfitri to DS Anwar Ibrahim, to DS Wan Azizah and to their family.

    I also wish the same to all good PKR and PR members, and especially to all the unjustly locked-up ISA detainees.

    For all our sakes, may BN be no more by the time the next Hari Raya is here!

    “Imagine Power To The People” John Lennon.

  64. 64 alfons0 Oct 1st, 2008 at 5:16 am

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf, zahir & batin ;)

  65. 65 rakyatgila Oct 1st, 2008 at 5:46 am

    Semua strategi DSAI berasaskan keagungan perjuangan islam.Patutlah dia diorg kelam kabut.(tak mengaji betul-betul)Saya bengung juga.Pada hari yg mulia ini,saya amat berharap semua umat dpt maaf bermaafan.RPK dikategorikan menghina agama,tetapi beliau yg berusaha memberikan taklimat positif agamanya.(ramai yg menyokongnya dari golongan bkn muslim,spt di satu masa dulu, bandar Mekah bknnya muslim.Nabi menyatukannya.)Ini satu pencapaian yg harus dihargai.Diharap JAKIM dpt memaafkan RPK dan menarik balik segala dakwaannya.Pada yg disanjungi menteri dlm negeri ,syed hamid utk memaafkan RPK di hari yg mulia.Diharap juga beliau selaku menteri,memansuhkan ISA.Lupakan segala perselisihan faham yg lalu.Demi negara,kita kena berhadapan dgn segala kerumitan.Jgn jadikan beban krn sedikit perselisih fahaman.Selagi takda komunis,ISA tidak harus digunakan.Kalau RPK telah menyakiti sesiapa,diharap dpt dimaafkan.(Rosmah,Najib,Badawi,Jakim,IGP,DLL)

  66. 66 pemuda_manong Oct 1st, 2008 at 6:57 am

    selamat hari raya aidilfitri Datuk Seri Anwar Ibrahim..

    kami penduduk manong mendoakan dato’ seri sihat seadanya..
    teruskan perjuangan ..

    semoga kita dapat mentadbir kerajaan…

    salam reformasi dari kami penduduk manong…

  67. 67 salos Oct 1st, 2008 at 7:08 am

    Assalamualaikum wmth.

    Selamat Hari Raya. Tidak sabar rasanya menunggu Malaysia dibebaskan dari fahaman nasionalais,korupsi, nepotisma, dan kronisma .
    Semuga kita berjaya menubuhkan suatu kerajaan yang menuju kebahagian di dunia dan di akhirat.
    Datanglah bertangdang ke rumah saya apabila tiba di Melaka nanti. Insyaallah. Salam.

  68. 68 Jijah Cantik-Paroi Negeri Oct 1st, 2008 at 7:17 am

    Selamat eidulfitri maaf zahir batin doa restu untuk ds anwar & ds Wan Azizah. perjuanganmu tetap dikenang.

  69. 69 jAuh Oct 1st, 2008 at 9:20 am

    Salam.
    Salam Aidilfitri 1429H dari perantauan

  70. 70 OrangAsalMalaysia Oct 1st, 2008 at 9:26 am

    DSAI dan Keluarga,

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    Semoga di hari raya ini DSAI Happy Selalu. Kuatkan Azam demi membela Rakyat.

    Pengorbanan DSAI sangat dihargai dan semoga dapat pahala setimpal.

    Dari OrangAsalMalaysia dan keluarga.

  71. 71 imaduddin Oct 1st, 2008 at 9:42 am

    assalamualaikum datuk seri. saya cadangkan, suatu masa nanti nama Pakatan Rakyat diubah kepada Pakatan Nasional. terima kasih.

  72. 72 ibrahim man Oct 1st, 2008 at 9:54 am

    Allah huakbar, Allah huakbar,Allah huakbar.
    Selawat dan Salam sejahtera ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para Anbiya serta para sahabat, dan solehin solehat sekelian.

    Assalamualaikum DSAI dan DSWAI serta keluarga.
    Ampun maaf dari pengunjung yang tak kau kenal tetapi sentiasa mendoakan keselamatan untukmu dan para pejuang yang menegakkan keadilan dari dulu,sekarang dan selamanya , Insya Allah

  73. 73 zai Oct 1st, 2008 at 10:14 am

    selamat hari raya dan maaf zahir batin ke dsai moga allah s.w.t panjangkan umur dsai dan cit-cita dsai terlaksana utk menerajui malaysia insyallah dan kpd pakatan bajau kota belud dimana sbb isteri saya org bajau kota belud kg enggak kau disana ke nama bapa dia setuh dan abg ipar dia pajar ali

  74. 74 MY MALAYSIA Oct 1st, 2008 at 10:28 am

    Dear Dato Seri Anwar Ibrahim,

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Selamat Hari Raya AidilFitri to you, your family and PR members.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri to all Muslims in Malaysia.

    What happen next after 916 promise was over ?

    When Parliament reconvenes on 13th October, Pakatan Rakyat can move a motion in Parliament to abolish/repeal the ISA, which under standing orders may be heard 14 days later on 28th October.

    IF Anwar has ‘majority’ numbers in parliament, the motion to abolish/repeal the ISA will be passed, which indirectly constitutes a vote of no confidence on Pak Lah, with PR’s “numbers” voting exceeding BN’s!

    The question is : Do Dato Seri Anwar really have the numbers?

    RPK has already made it known :
    He is counting on Anwar and PR for regaining his freedom of life.

    Penderitaan rakyat tidak diperdulikan oleh pemimpin UMNO/BN, ada pula rakyat yang dinafikan hak mereka dengan ditahan tanpa bicara di penjara kamunting. Kezaliman kerajaan UMNO/BN semakin jelas. Rakyat mesti terus menentang UMNO sehingga tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat.

    Can Sdr Anwar topple Pak Lah on your next move ? Malaysians wonder .

    But for now….have a happy hari raya holiday festival!

    “Imagine Power To The People” John Lennon

    Once again, Bangsa Malaysians celebrated Hari Raya under One Nation, One Race, One System and One Dream. Malaysia Boleh.

    VIjay Reply:

    u r daydreaming together wit DSAI….His words so far all are not kept and done….people are losing trust against him…Y not he just display his 30 MPs to the press and proceed according to law in forming a goverment…as a opposition leader he is not doing his part…n everything is done for his own sake…he doesnt consider about the other party in PR.

    Shobhan Reply:

    Hey Thambi Vijay, what law are you talking about? Do you know UMNO and BN is practising ‘Heads I win, tails you lose’. How else do you think your uncle Sam gets to show his ugly face on BN TV? You are shallow minded man, real shallow. Sharpen your wits and imagination and then criticise, you nincompoop!!!

    Shobhan Reply:

    Why do you still address DSAI as the opposition leader and hoping that he does something about the change in govt? Why even mention the other parties in PR if he is not the one the other parties in PR look up to? You are contradicting yourself on DSAI’s ability to form the new govt. You know he is the one who can make the change, yet you are putting him down in his blog.Do you think the greater public would be supporting DSAI if he were incapable or not genuine in his fight for change? All other Malaysians are getting DSAI’s and PR’s support indirectly or directly when they march forward making demands. Even you and I are writing all this without bars here because of RPK, DSAI and PR

    Shobhan Reply:

    Even if DSAI does not form the govt immediately as promised, we have to admit that we have made marked achievements in today’s governance. At least we can voice out now, which we couldn’t at this time last year. We have to thank RPK who started the ball rolling and is still behind bars and suffering for all Malaysians, including you Vijay. Even uncle Sam, the big hypocrite and opportunist is talking his mind now, but nobody is interested in listening to him. Uncle Sam should have stood up to this challenge years ago when temples were being demolished and Indians were being marginalised. Where was his voice at that time? Now when we don’t need him, but the coward Uncle Sam, is bravely standing up to show his support.

  75. 75 Amirul stop it Oct 1st, 2008 at 10:29 am

    SELAMAT HARI RAYA,

    MAAF ZAHIR BATIN!!!!

  76. 76 jomoindaituaran Oct 1st, 2008 at 10:43 am

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Lahir batin kepada YB.Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Datuk Halik Zaman dan Datuk HJ Ansari Abdulah

  77. 77 balsing Oct 1st, 2008 at 10:55 am

    Salam DSAI Selamat Hari Raya Idulfitri buat DSAI sekeluarga dan tak lupa juga kepada semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada. Mari lah kita sama2 merayakan hari yang mulia penuh kemaafan dan keinsafan serta mengeratkan lagi silaturahim di kalangan kaum keluarga, sahabat handai dan rakan2 tanpa mengira kaum, keturunan dan agama….murah rezeki hendaknya
    sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI

    MAKKAL SAKHTI

  78. 78 MY MALAYSIA Oct 1st, 2008 at 11:00 am

    Dear Bloggers and Dato Seri Anwar,

    Malaysians are grateful to read Najib’s new website on http://www.1malaysia.com.my and invited all Malaysians to participate in writing comments and feedback to his blog. Najib wanted to analyse and test how great his popularity to become the next PM in Malaysia. Unfortunate, his blog is closed for public feedback and comments now since many Malaysians have voiced their comments hurted his eyes reading them. What a great shame ? Najib is future PM has chicken out from listening the moment of truth from his rakyat. Do we want a coward PM ?

    Unlike other blogs in LKS, Anwar and Che Det websites, many Malaysians are voicing their opinions, suggestions and comments without fear and favour. We, Malaysians sincerely appeal and hope Sdr Anwar will continue his blog and his comments after he becomes the next PM to replace Najib and Pak Lah anytime from today. Bravo !! Anwar keep on fighting to realise the dream of all Malaysians today.

    Last but not least, Selamat Berjuang & Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    Bangsa Malaysia of ONE NATION, ONE RACE, ONE SYSTEM and ONE DREAM.

  79. 79 MUHD ALI ABD RAHMAN Oct 1st, 2008 at 11:13 am

    ALHAMDULILLAH….BERSYUKURLAH KITA KERANA ANWAR GAGAL JADI PM PADA 16 SEPTEMBER LALU…..TAU KENAPA? KALAU DIA JADI PM LAH WAKTU TU…..MALU JUGA TU…NANTI ORANG NAK INTRODUCE DIA…MESTI SEBUT……..LATAARBELAKANG DIA……..ANTARANYA KES LIWAT 1 DAN TERBARU….SEDANG MENANTI PERBICARAAN KES LIWAT 2……..MALU KITA KAWAN…….KALAU HADI AWANG KAN HEBAT DAN BANGGA JUGA KITA NAK INTRODUCE DIA TU……HEHEHEHEHHE. SURUH DIA BERSIHKAN DULULAH MANA-MANA YANG BELUM BERSIH TU…INSYAALLAH…KALAU ALLAH IZINKAN DAN MEMANG REZEKI DIA…JADI PM JUGA TU NANTI LAH..KAN HALIK?

    alfons0 Reply:

    Hahahaha..ko ni ali..kes liwat1 lintang pukang @ tunggang lenggang yg k2 sama, takkan ko tak perasaan yg semua tu hanya fitnah? Ingatkan puasa dah hilang karat di hati rupa2nya makin bertambah lagi :)