Saya mendapat perkhabaran bahawa tokoh pembangkang tersohor Singapura, JB Jeyaratnam telah meninggal dunia awal pagi tadi kerana masalah jantung.
Perjuangan mendiang J.B.J penuh liku & rencam, tatkala menjadi Ahli Parlimen Pembangkang pertama di Singapura pada tahun 1981.
Tidak lekang daripada pelbagai sabitan kes mahkamah sehingga menyebabkan mendiang jatuh muflis pada tahun 2001 tidak sekelumitpun mematikan semangat mendiang. Masih segar di ingatan bagaimana tegarnya mendiang menukilkan dua buah buku, Make it Right for Singapore dan The Hatchet Man of Singapore yang berkisar perjuangan menegakkan lunas demokrasi segar dan kebebasan bersuara di Singapura sepanjang perjuangan mendiang. Hasil jualan buku-buku yang dijual sendiri oleh mendiang di jalanan membebaskan mendiang daripada belenggu muflis seusai tahun lepas.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Semoga perjuangan mendiang sentiasa tersemat dalam sanubari warga yang cintakan kebebasan bersuara dan demokrasi.
ANWAR IBRAHIM
















DIA PERGI MENINGGALKAN NAMA.
MUHD ALI ABD RAHMAN Reply:
October 1st, 2008 at 12:30 pm
SINGAPURA NI BAGUS….MAJU….AMAN DAN DAMAI. UNDANG2 KETAT ELOK UTK PASTIKAN KERJA M EMBANGUN DAN MEMAJUKAN NEGARA…BERJALAN LANCAR….TANPA GANGGUAN. MALAYSIA ELOK JADI MACAM TU…KALAU ADA PEMBANGKANG YG SIHAT MACAM PAS DAAN DAP BAGUS….ADA PELUANG JUGA UTK MEREKA UTK MEMERINTAH.DUA PARTI NI PEMBANGKANG YANG SEBENAR. PARTI RECYCLE YG SATU LAGI NI…..UTK GOLONGAN YANG BINGUNG…TAK TAU NAK PI MANA…ADA PERANGAI UMNO YG MASIH KUAT…HEHEHEHEHEHE
khalib Reply:
October 4th, 2008 at 9:09 pm
Tahu pun….kamu, setidak-tidaknya, recycle ke apa pun, mereka bukan jenis pi mai pi mai dok tang tu, macam kamu. Baguslah kalau dah mula faham sikit-sikit. Pakatan Rakyat memang BAGUS.
MUHD ALI ABD RAHMAN Reply:
October 7th, 2008 at 7:43 pm
recycle…tu maksudnya…pi mai..pi mai..duk tang tu juga….itu lah tu…pakatan rakyat tak bagus lah kawan…aku kata PAS dan DAP je…..boleh tahan juga kamu putar2 ni…dah berguru ke?…….PKR……tak ade dalam kamus aku……
YEAH…DIA ANTARA BEKAS MP YG DIGERUNI DISINGAPURA…
ANTARA PEMBANGKANG YG VOKAL…
KEPERGIANNYA SATU KEHILANGAN BUAT RAKYAT SINGAPURA
SALAM DARI SINGAPURA…
MR GREEN
apa kaitan beliau dgn awk?
sayabodo Reply:
October 4th, 2008 at 3:09 am
u siapa?
Salam DSAI
Sememang nya DSAI adalah pemimpin bertaraf Dunia yg tidak lupa akan pejuang2 demokrasi.
Saya juga terasa amat terhormat akan kepimpinan DSAI, beliau yg tidak lupa pada ahli2 politik yg berjuang habis2san sehingga nafas terahkir seperti JBJ.
Malaysia seharus nya bangga ada pemimpin ‘World Class’ seperti DSAI.
Datuk Seri will be a World Class Prime Minister, indeed.
Selamat Hari Raya dari Kota Singa pada semua Rakyat Malaysia
He is a warrior for the opposition and importantly he do what he say at the punctual time …n not like DSAI…DSAI is a good presenter but not builder.
Saya bejumpa dengannya semasa memperingati Arwah Razak Ahmad di Johor Bharu. Mr Jeyaretnam hadir sebagai kawan kepada Razak. Sempat saya bersalam dan berbual dengannya. Dia ada menyatakan bahawa dia akan menyertai pilihanraya yang akan diadakan di Singapura dan dia akan menubuhkan parti baru.
Jeya tidak kesempatan berbuat begitu tetapi sebagai seorang yang sudah begitu lanjut usianya dan dia masih bercakap untuk meneruskan perjuangan adalah perkara yang saya sendiri berasa malu untuk memperkatakan. Saya merasakan diri saya sudah amat tua, apatah lagi di Bahagian saya, hampir 98% dari ahli-ahli adalah berumur kurang dari 55 tahun, dan kebanyakanya kurang dari 40 tahun.
Saya angkat topi kepada Jeya, beliau adalah pejuang yang kenal, menentang kezaliman keatas demokrasi yang dilakukan oleh Rejm Lee Kuan Yew. We alute you, Mr. Jeyaratnam.
Pelik tapi benar…. masa akan menunjukkan kebenaran…. betapa DSAI seorang pembelit, opotunis and kaki tikam belakang…
Saban hari DSAI mengutuk Barisan Nasional dan menyatakan perjuangannya untuk melihat Malaysia lebih demokrasi… DSAI telah menjaja niat perjuangannya ini ke merata tempat. Sehingga ke Singapura dimana semasa memberi ucapan disana baru-baru ini DSAI telah menyatakkan rasa terharu beliau kerana dijemput oleh Kerajaan Singapura untuk memberi ucapan di Economic Forum disana..
Dalam ucapan beliau DSAI telah menghemtan Kerajaan BN kerana gagal meniru Kerajaan Singapura darui segi pentakbiran Negara and mendapat Foreign Investment…
Tapi dalam artikel hari ini DSAI bersedih atas permegian Pembangkang tersohor Singapura… yang semasa hayat nie memperjuangkan Domokrasi terbuka untuk Singapura…. tidakkah kedua-dua kenyataan ini berlawanan… ini menunjukkan DSAI putar belit dalam kenyataannya, dalam penderiannya.
Ini juga menunjukkan DSAI opotunis kerana akan meyokong sesiapa ynag akan mengutungkannya dan kenyataan simpati DSAI terhadap JB Jeyaratnam menumjukkan sikap DSAI yang menikam Kerajaan Singapura dari belakang….
Tuan Administration tolong siarkan komen saya kalau benar-benar tulus and ikhlas…