29
Sep
08

Kenyataan Media YB Zuraida Kamaruddin Berkenaan Perobohan Kuil Sri Maha Kaliamman, Ampang

KENYATAAN MEDIA - Ahad, 28 September 2008

ISU: PEROBOHAN KUIL SRI MAHA KALIAMMAN, AMPANG

Laporan beberapa buah akhbar berbahasa Melayu, Tamil dan Inggeris hari ini telahpun menyiarkan sedutan daripada kenyataan media saya semalam berkenaan kes di atas.Namun saya amat kecewa apabila kenyataan asal saya telah diputar belit dalam konteks yang amat bertentangan oleh beberapa buah akhbar dengan mengambil rujukan daripada sidang media oleh S. Samy Vellu, Presiden MIC.Disini saya ingin membuat penerangan mengenai isu perobohan kui tersebut.

Menurut Murugiah selaku pengerusi kuil berkenaan bahawa kuil itu sedang dalam kerja-kerja pengubahsuaian kecil yang berterusan apabila tindakan perobohan dijalankan oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).Adalah lebih malang apabila sekali lagi S. Samy Vellu membuat kenyataan tentang perkara yang tidak diketahuinya. Beliau harus sedar dan tidak sepatutnya cuba menjadi juara kepada masyarakat India dalam perkara ini hanya setelah beliau dan parti pimpinannya ditolak mentah-mentah oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lepas.

Kini kebajikan masyarakat semua kaum di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat terutama sekali di negeri Selangor ini terpelihara dengan baik. Saya menyeru supaya S.Samy Vellu dan pimpinan MIC yang lain memikirkan soal saham Maika Holdings yang hilang, tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang diambil MIC sendiri, soal pendidikan dan kebajikan masyarakat India sendiri. Oleh itu, saya mencabar S. Samy Vellu untuk membuktikan dakwaan beliau kepada saya.

Saya juga suka menyatakan bahawa berikutan lawatan Y.B Dr Xavier Jeyakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor ke kawasan kuil itu pagi ini, telah menjernihkan suasana dan diterima baik oleh penduduk setempat dan AJK kuil berkenaan. Kini Kerajaan Negeri Selangor sedang berusaha untuk memikirkan jalan terbaik bagi mencari penyelesaian kepada perkara tersebut.

Adalah diharapkan agar isu ini tidak lagi disensasikan media lebih-lebih lagi dengan penyebaran maklumat yang tidak tepat dan tersasar. Dapat saya simpulkan di sini bahawa isu berkenaan sebenarnya sudah ditangani dengan baik oleh kesemua pihak yang terlibat dan kita harus terus melihat kehadapan dalam memperkasa pelbagai agenda lain yang memberi lebih banyak manfaat kepada keseluruhan masyarakat termasuk kaum India di Negara ini.

Akhir sekali saya meminta kerjasama semua media yang menyiarkan kenyataan saya yang bercanggah daripada asal agar menarik semula kenyataan tersebut dengan kadar segera dan membuat pembetulan. Ini amat penting bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat.

YB ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang


62 Responses to “Kenyataan Media YB Zuraida Kamaruddin Berkenaan Perobohan Kuil Sri Maha Kaliamman, Ampang”


  1. 1 ALBACHAMPUR Sep 29th, 2008 at 1:59 am

    DEAR YB ZURAIDA KAMARUDIN !

    MALAYSIAN ARE REALLY MATURED ENOUGH ! BE PRO ACTIVE AND ALWAYS FIND AMICABLE SOLUTION WHENEVER PROBLEM ARISE,ESPECIALLY ISSUE INVOLVED PLACE OF WORSHIP.SYABAS TO YOU!

    SELAMAT HARI RAYA AND MAY GOD BLESS YOU!

    aktivis Reply:

    syabas

    Shobhan Reply:

    This bloody Botak Sam is monopolising on this temple issue to regain sympathy and votes. This Botak Sam has no shame and appears really thick skinned. He thinks all Indians are as uneducated and uninformed like him.He thinks we can be bought over by his lies and manipulations. He has yet to explain what has happened to the Maika funds and other funds invested. He has to explain how he got so opulent and fat. He has to explain how he managed to be in power so long. He has to explain the mysterious death of the local female artist. We DO NOT WANT ANY CRIMINAL, LIAR , IMMORAL, INDECENT, UNSCRUPULOUS,and last but NOT LEAST AN UNEDUCATED ROGUE TO REPRESENT US INDIANS IN OUR GOVT.

  2. 2 Mr Green Sep 29th, 2008 at 2:27 am

    TERKINI

    Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabagsa dan Ahli Parlimen Gombak. Saya sudah bosan.

    Azmin Ali

    MINTAK KOMEN DARI DATO SERI….

    aim Reply:

    ya ke , kenapa ya, dok orang banyak beri kepercayaan pd yb, yb ambil keputusan di luar dugaan

    Edward John Reply:

    Kesian UMNO……..dah kehabisan modal…..kesiaaaannnn.

    grkme Reply:

    Janganlah YB Azmin buat macam ini.Kaum India
    menunggu masa untuk DSAI ambil alih kerajaan
    UMNOistic BN yang penuh rasuah.
    Terkejutlah kami dengar berita YB dan juga
    YB Manickavasagam.Depalah syok dengar berita ini.
    Pleeeeeeaselah YB-YB jangan.Perkara kuil ini perkara kecil
    dan kami sudah faham selepas denganr daripada YB Zuraida.
    Biar pi lah hujjah DS Samy.50 tahun dok dalam kelambu
    baru nak jadi hero.Tetapi YB Zuraida janganlah mengungkit
    hal peribadi dia.Dosalah itu cakap macam ini dalam bulan
    yang mulia ini.Take it easylah kawan-kawan !

    keta kebal Reply:

    berita berkenaan adalah palsu sama sekali. ada sesetengah pihak ingin mengelirukan keadaan. berikut adalah kenyataan Azmin Ali di blog beliau:

    http://blog.azminali.com/

    “Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR serta ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.”

    coma of souls Reply:

    bERITA AZMIN ALI LETAK JAWATAN TUH…BERITA PALSU…ADA ORANG GODAM BLOG DIA…

    An Reply:

    SubhanAllah… YB AZMIN, Gedebuk gedebak jadinya saya ni, bagai nak pengsan huh lega la balik bila berita betul tersiar. Kita samasama doakan Allah berikan petunjuk kepada si penggodam tu, inilah kerja-kerja orang yang dah nak mampus, tenggelamlah kamu bersama labu-labu siluncai UMNO tu.

  3. 3 Nano2k Sep 29th, 2008 at 2:39 am

    Tahniah YB Zuraida! teruskan lawan pembohongan mereka!
    diorang semua tu cukup dengki dengan prestasi yang semakin
    membaik di Selangor.

  4. 4 TERAKU MATSUMOTO Sep 29th, 2008 at 7:40 am

    BIKIN KECOH !

    Samada ANDA seorang pemimpin atau ‘yang dipimpin’ atau apa juga status anda, jadilah anda ‘PENAWAR’ di dalam hidup !

    Jadilah PEMUDAH CARA jangan jadi BERMUKA-MUKA !
    Bantu selesaikan masalah jangan pula timbulkan masalah.

    Zaman BERMUKA-MUKA sudah berlalu..Ini zaman untuk terus MAJU !
    Rakyat Malaysia bukan lagi ‘budak-budak’. Mereka sudah dewasa. Sudah kenal erti ‘merdeka’. Kenapa cari susah sendiri. Kan jalan mudah luas terbentang !

    Ambil iktibar cerita Samy Vellu…siapa yang dah malu ?
    Tak sangka ! Samy sendiri ‘bikin kecoh’ dalam ‘famili’ !

  5. 5 BangAbu Sep 29th, 2008 at 7:57 am

    PERANAN MEDIA : AMBIL IKTIBAR JANGAN JADI DAJAL !

    PENA KAMU JIKA MENCORET FITNAH, KAMU YANG BAKAL MUSNAH…FORMULA ALAM BEGITU ! SAYA TIDAK MENGUGUT ANDA. TAPI, ANDA TIDAK MAHU MENGAMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH TULISAN TANGAN KAMU SENDIRI. KAMU LEBIH LEKA DENGAN ‘UPAH YANG SEDIKIT’ DENGAN MEMBELI SEBUAH ‘NERAKA’ !

    KENAPA MENEMPAH BALA ? DARI MANA ASALMU DAN KE MANA KESUDAHAN HIDUPMU ?
    DARI MANA HENDAK KE MANA, HIDUP DI DUNIA JANGAN BUAT BENCANA !

    RAKAM YANG BENAR. JIKA TIDAK, LEBIH BAIK ANDA DIAM !
    BIAR KITA BODOH DI HADAPAN TUHAN, JANGAN DIPERBODOH OLEH MAJIKAN !

    AKAI ADA KA ?
    YA ! AMBIL BELAJAR CERITA S.SAMY VELLU !

  6. 6 Karepu Samy Sep 29th, 2008 at 8:22 am

    Vanakam and Salam Hari Raya Y.B.

    I’m Malaysian Indian. I buy your explanantion and I really hope the state government will monitor the local councilor’s. I don’t blame them totally for their unaccepted actions because they was colonised by umno mentally for last 50 years. They will be easily diverted from the present state people’s government policy. For Semi Value, his party are moving without any direction. He hijack everything from Indian community and now after he was shoo away by Indians now only he realised and producing a good drama. Well we are not stupid as his supporters.

    When Khir Toyo, demolished the temple, Semi Value said he beg Khir as a begger to postpone the actions. But Khir didn’t bother about it at all. Then Khir said Semi Value called him to demolish because Hindraf have conquered the issue. Until now even Semi Value or Khir are in denial syndrome in this issue.

    Well I didnt meant to justify on what the MPAJ did but my point here is, the present state government have reall moved very fast to rectify the error and they was not in denial syndrome like semi value or Khir. But I really hope this will not re-occur in future. Any relocation shall be done in manner way.

  7. 7 JC Sep 29th, 2008 at 8:34 am

    YB,

    Setiap kali, apabila berlaku isu-isu yang semacam ini, setiap kerajaan negeri akan menyalahkan pegawai-pegawai Majlis Bandaraya/Perbandaran yang tidak mematuhi polisi kerajaan yang ditetapkan, ataupun menyalahkan pihak media yang mengapi-apikan isu tersebut.

    Tetapi, yang paling penting ialah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai tersebut, adakah dia akan semata-mata diberi amaran sahaja? Kalau macam itu, tiada bezalah antara kerajaan PR dengan Kerajaan BN yang selalu cuba memcabar hak-hak kaum lain.

    mat jenin2 Reply:

    saya setuju!!! politik semuanya kotor!!

  8. 8 POKOK CERI Sep 29th, 2008 at 8:37 am

    RAKYAT UMUM MENYEDARI BAHAWA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN MENGULANGI KESILAPAN KERAJAAN YANG LEPAS DALAM MANA 2 TINDAKAN MENYENTUH PERASAAN UMUM TERUTAMANYA DALAM HAL2 AGAMA DAN BUDAYA SESUATU KAUM. INGIN SEKALI LAGI DI INGATKAN BAHAWA NGO SEPERTI MALAYSIA HINDU SANGAM PERLU MENJALANKAN TUGAS DENGAN BERKESAN.. SUPAYA RUMAH IBADAH TIDAK DIJADIKAN ISU POLITIK OLEH MANA2 PIHAK. NGO INI HARUS TURUN KE PADANG DAN MENGETAHUI MASALAH DENGAN SEJELAS2NYA. KERAJAAN NEGERI AKAN BEKERJASAMA DENGAN NGO YANG EFISYEN DAN BERKESAN.

  9. 9 bgees Sep 29th, 2008 at 8:41 am

    YB Zuraida,
    Thank you very much for your explanation, we M’sian Indian’s already meluat with MIC and the goon’s. They’ll twist and turn at every angle for their selfish gain. They can do and say whatever they want to be hero for indian, but as you said MIC is “not relevent” in M’sia any more. If they wanted to be champion,reopen what happen to MAICA holdings and what happen to the investment of the poors who had invested, go door to door to indians homes and check out what they can help enable to lift their livelyhood rather then politised around.We trust PKR profesionalism and sincerity of handling issues. We’ll always support the cause and wish to live as M’sian no matter what. To SV we had decided PKR,PAS&DAP as our leadership under PR, pls close shop and if you want to join in we’ll consider.

  10. 10 hadi Sep 29th, 2008 at 8:48 am

    Apa lah yang nak di harapkan dari akhbar perdana. Yang mereka tahu ialah memutar belitkan maklumat, membodek dan mengampu. Saya berpendapat kita tak perlu layan terutama nya seorang yang cuba mencari talian hayat untuk terus berkuasa. Bagi pehak Majlis Tempatan, mereka perlu lah bijak dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi. Dalam keadaan sekarang cabaran dan gangguan politik akan terus di gunakan terutama mereka yang hanya mementingkan agenda politik sempit mereka.Tetapi sekiranya Ahli Majlis tak mampu dan tidak tahu nak buat kerja maka saya cadangkan letak jawatan dan beri orang yang lebih mampu. I am sure YB Zuraida knows, people in Ampang want this place to be the most attractive town as well as the best residential areas money can’t buy. Hidup Pakatan Rakyat.

  11. 11 mail Sep 29th, 2008 at 9:37 am

    syabas yb zuraida.inilah sedikit cabaran bagi membawa kebenaran dan malaysia baru yang diwar warkan olih dsai.teruskan kerja baik yb.semuga allah memberkatinya.amin

  12. 12 SOROB Sep 29th, 2008 at 9:53 am

    Betul….

    Media di Malaysia pada masa kini adalah sangat tidak seimbang, berita-berita yang dilaporkan hanya dari satu sudut sahaja.

    kerap kali berita diolah semula dan ketepatan cerita tidak lagi wujud dalam media Malaysia, khususnya yang dikawal oleh kerajaan BN. Lihat sajalah pada Utusan malaysia dan Berita harian, tak boleh percaya pada berita-berita nasional tu.

    TERAKU MATSUMOTO Reply:

    Betul SOROB ! Mereka menghalalkan CARA demi CITA-CITA !

  13. 13 PR Sokmo Sep 29th, 2008 at 9:54 am

    Syabas TB. Anda menangani dugaan ini dengan baik. Keep up the good work! Jangan layan sama orang2 yang dengki dan sore losers…especially samy vellu yang cuba menjadi hero….

  14. 14 PR Sokmo Sep 29th, 2008 at 9:55 am

    Sorry, YB, bukan TB, typo error.

  15. 15 mdnazir Sep 29th, 2008 at 10:06 am

    salam..dan selamat sejahtera…kenapa baru sekarang nak dibangkitkan tentang isu kuil tersebut…kenapa..pada zaman pemerintahan BN tiada isu pencerobohan dan pemusnahan kuil ke?…sepatutnya pihak MIC perlu lebih peka pada isu-isu yang berkaitan tentang kemajuan kaum india…jangan meneguk di air yang keruh semata mata..setiap permasaalahan akan dilakukan dan di pertangungjawapkan oleh kritebiliti Pakatan Rakyat…buat Ahli Parlimen Ampang teruskan usaha anda sebaik mungkin…jangan kerana sedikit suara suara sumbang bagi pihak yang telah dan sememangnya kalah itu mematahkan semangat anda..kami rakyat dan penduduk selangor tetap berdiri teguh di belakang anda dan Barisan Rakyat..sekian..

  16. 16 Petaling Sep 29th, 2008 at 10:23 am

    Saya mengesyorkan agar diambil tindakan undang-undang terhadap putar belit kenyataan YB oleh media dan Samivellu, sebagai satu pengajaran kepada mereka. dengan kadar segera.

  17. 17 juragan Sep 29th, 2008 at 10:46 am

    Salam Aidilfitri YB,
    YB jangan risau, buat aje kerja yang difikirkan baik untuk majoriti dan jangan perdulikan mereka yang sekarang ini telah ditolak oleh bangsa mereka sendiri kerana 51 tahun merdeka mereka telah banyak menipu. Teruskan perjuangan.

  18. 18 Devan Sep 29th, 2008 at 11:42 am

    What is actually going on????/ Its time PR State Govt put its foot down hard on those TOYOL supporters and RACIST Gang…..
    Sack them….Terminate their services….

  19. 19 Vincent Sep 29th, 2008 at 1:05 pm

    Yes. Must take serious action against those racist gang.

    Also, at the same time, must watch and punish those KAKI RAHSUAH in or outside PKR/Pakatan.

  20. 20 ampang indian Sep 29th, 2008 at 1:16 pm

    Kepada YB terima kasih atas ulasan kamu.kuil tu dah lama dibina dan kenapa mic pada zaman BN tidak
    daftarkan kuil itu. Atau pun mic nak belikan tanah tu dgn hanya menggunakan sebuah pen seperti di damansara ke.kepada kwn2 jgn terpengaruh dgn muslihat ni.kita telah ditipu 50thn jgn terpedaya lagi bagilah masa utk PKR :)

  21. 21 VforVictory Sep 29th, 2008 at 1:27 pm

    Bravo …..Well done YB…..

    MIC is already a goner, just waiting to be vaporised from the face of Malaysia History….

    A selfish good for nothing Samy, time for his to retire quietly in Sg Siput…

  22. 22 mohd izam sulaiman Sep 29th, 2008 at 1:36 pm

    Saya seru semua rakyat malaysia jangan beli akhbar-akhbar seperti utusan malaysia, berita harian dan yang sewaktu dengannya. Mereka ini semua adalah maha pembelit fakta dan mereka memainkan peranan yang begitu besar dalam menghalalkan apa saja perkara yang bertentangan,mereka sanggup menipu, membelit demi mempertahankan sebuah kerajaan yang samasekali begitu korup,rasuah,bunuh,gila kuasa,menindas,gila pangkat,takut akan mati. Dan saya juga menyeru agar jangan la lagi kita semua menonton berita-berita yang disiarkan oleh TV3, RTM dan jangan la kita terus mempercayai apa saja berita yang datang dari pihak ini dan sebaliknya cari matlumat yang betul dan sahih. Percaya la mereka-mereka yang saya sebut diatas adalah dalang segala dalang dalam merencana agenda mereka sendiri untuk melihat rakyat kucar-kacir dan menuduh pihak lain yang melakukan. Ingat mereka tetap ada konspirasi untuk menjatuhkan PARTI KEADILAN RAKYAT. Demi Allah saya panjatkan doa saya kehadrat Allah agar segala agenda mereka,segala rancangan mereka,segala tipu muslihat mereka gagal dan hancur sesama sekali seperti ulat dimakan tahi..Kun Fayakun..

    fidel castro Reply:

    setuju dan juga BERNAMA.

    AdukaJebat Reply:

    btul tu bro.. sokonglah utusan malaysia dan berita harian kerana selain dapat bantu orang2 melayu yg keje kat situ, dptlah juga kita mengimbangi fitnah dan fiksyen yg disebarkan oleh golongan2 bloggers yg x pandai mereka kisah dan cerita ni.

  23. 23 drop out Sep 29th, 2008 at 10:08 pm

    I think little did most of us realised that it was a case of the pot calling the kettle black.

  24. 24 rakyatgila Sep 29th, 2008 at 11:30 pm

    Disini kita dpt melihat satu krisis,Perbezaan antara PR dan BN.Biasanya mana-mana puak ada masalah,maka kaum ketua parti tu glu gar.(mcn-mcn)Parti komponen BN yg lain terus berpeluk tubuh.(tgk saja sbb bkn hal mrk)

    PR lain sikit terus memberikan penjelasan berbagai peringkat.(DAP,PKR,PAS,fleksible)Apa yg saya nak tekankan,ini bknnya hal sesetengah kaum.Sebaliknya ini mengenai rakyat seMalaysia.(sebangsa)50 thn kita diberikan satu persepsi bahawa hanya kaum kita dpt menuntut keadilan kaumnya saja.(satu mimpi panjang 50thn)Kalau ada mana-mana kaum yg tersisih,maka sentiasa diadili.MIC telah membuka peluang kpd PR.(ramai juga penyokong-penyokong BN masih tidak mengetahui apakah ertinya semalaysia)Tiada ada apa yg mustahil,selagi kita berganding bahu.

  25. 25 ali senai Sep 29th, 2008 at 11:32 pm

    sy setuju cdgn izam

  26. 26 ali senai Sep 29th, 2008 at 11:35 pm

    sy ikut saranan DSAI haram media umno

  27. 27 fauzi@Oz Sep 30th, 2008 at 6:19 am

    jangan cepat melatah dengan media Be-end mereka sentiasa mengapi2kan dan memburuk keadaan dengan tokok tambah cerita, dengar cerita kedua2 belah pihak dan baru buat kesimpulan

  28. 28 Port Klang Member Sep 30th, 2008 at 6:20 am

    Asalamualaikum semua dan salam sejahtera semua,Peyokong Pr tolong jangan beli dan baca akhbar utusan,Bh dan sekutunya lebih-lebih lagi TV3 yang penuh dgn pembohongan .Kalau boleh saya nak tahu berita mengenai kenyataan yb Parlimen kapar .Hidup PAKATAAN RAKYAT,,,,, Wassalam

  29. 29 giyu Sep 30th, 2008 at 11:24 am

    sudahlah…..cukup2 la tu….dah la kena kelentong sampai la ni
    pun tak jadi PM….dah bosan dah den !!!!

    coma of souls Reply:

    KENE KELENTONG DENGAN BN LU X BOSAN KE?

    mat jenin2 Reply:

    korang nih memang sama mcm aku ngan DSAI la!!!tak abis2 berangan….

  30. 30 dave Sep 30th, 2008 at 2:08 pm

    this is not a big problem at all….i hope all the indian community here will understand….that the problem will be solve as soon as possible..& to the MIC plss dont take atvantage of the situation to confuse the people…(WE WILL ALWAYS SUPPORT PAKATAN RAKYAT)..MAKKAL SAKTI…

  31. 31 Bangsa Malaysia Sep 30th, 2008 at 2:38 pm

    5 x 2 / 2 x 5 … semua sama juga

  32. 32 RASISHIVA Sep 30th, 2008 at 5:02 pm

    YB.ZURAIDAH cepat melatah,YB.Xavier melawat tempat kejadian pada pagi 28.sept(menurut YB sendiri) kenapa lambat sangat,exco sibuk ke ?Atau tak berani jumpa rakyat?Terima kasih kerana berjaya menipu kaum India.Jawatan Timbalan Menteri Besar?Tiada exco dari kaum Hindu ?YB Manikavasagam ugut letak jawatan…pemimpin apa yang berkhidmat secara mengugut…sepatutnya memperjuangkan dalam dan di luar mesyuarat.YB ini bukan perobohan tapi pencerobohan ke suatu tempat ibadat.Baru 6 bulan sudah kelam kabut.YB masih pra politik ,pemimpin yang timbul dari kotoran tsunami…..Ramai orang tertawa,anda bersama orang yang menyatakan “seks adalah sedekah”

    Shobhan Reply:

    Rasishiva, lebih baik awak jadi pemimpin kita orang Hindu.

  33. 33 SKP Sep 30th, 2008 at 7:39 pm

    Dear YB ,

    Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
    Itu Semi Value ada lah barua dan anak haram nombor satu.

    MIC is really helpless,hopeless and hapless.

    We indians will never vote MIC in our life.
    MIC is a bastard political party run by whores.

    RASISHIVA Reply:

    Bodohnya SKP,kita tak minta undi MIC,Jika warganegara waras,pilih lah antara BN atau Pakatan Rakyat.Oi,si bodoh u,tak di minta undi umno ,mca atau pas mahupun keadilan.kalau cetek ilmu ,jangan beri pendapat bodah,malukan orang india saja.

  34. 34 Mohd SivaKumar Art Pillay Sep 30th, 2008 at 11:50 pm

    Oooi Samy Velu Botak,Your party MIC is no longer relevant or dont deserve to speak for the indians in malaysia.We dont need your representation anymore and we have showed it physically in the 12TH Genaral Election.You may leave us alone and let the Pakatan speak for us,You bloody OLD MORON.
    The pull down of the temple is well explained by the YB of Ampang Jaya.For jesus sake pls stop exploting this issue and polluting the indians and hindus in particular.Why are you bothering us,You bloody thick skin IDIOT.
    Pls explain the missing fund in MAICA and the death of the Indian Drama Actor.This issue’s we feel are very prime and needs inmediate solutions.All this happen during your time as the leader of the indian community in malaysia.But now,We have ditched you for good.
    tHE PEOPLE OF sUNGAI sIPUT has rejected you what more fame are you looking at.Pls repent and support PAKATAN.

    RASISHIVA Reply:

    MIC relevant atau tidak,akan diputuskan oleh ahli tulen mic,bukannya orang celup seperti mohd sivakumar.Dimanakah moral anda,hina orang sebagai si botak.Jika ayah kamu botak atau guru kamu botak,bagaimana?blog ini untuk bincangkan pencerobohan kovil.Sila beri komen yang masuk akal,bukan mengampu .baru 6 bulan perintah sudah mula gelabah,bagi idea bernas.tunjuk bukti pakatan rakyat berani hadapi cabaran dan isu semasa.bukannya salahkan orang lain.

    Shobhan Reply:

    Rashishva, are you an Indian in the first place. This MIC man whom we had trusted so far, let us down miserably. That is why we Indians are very angry with him. Further he has used many of our funds like the Maika holdings and there is no account of what has happened to it. He has been involved in criminal activities as well gangsterism. Would you like your representative to be a criminal and a gangster? Has he really voiced out when the Indians were being marginalised? Probably you are one of botak Sam’s cronies.

  35. 35 Killi Valavan Oct 1st, 2008 at 3:40 pm

    the MPAJ deputy Hamid suspended for just one week?? he is already on leave this week so what difference it makes ?? Is it a reasonable punishment or just a showcase to shut indians mouth??

  36. 36 NIBONG TEBAL GUY Oct 1st, 2008 at 8:52 pm

    SALAM AIDILFITRI TO YB DSAI & FAMILY AS WELL AS TO ALL MY MUSLIM FRIENDS. WE HAVE READ A LOT OF COMPLAINTS AND PRAISES IN THIS COLUMN. I SUGGEST THAT THE OPPOSITION SHOULD NOW SIT DOWN AND PLAN, COORDINATE AND RULE THE STATES YOU HAVE IN CONTROL. WITH PROPER PLANNING AND COORDINATION, WE RAKYAT WILL BE ABLE TO GAUGE YOUR PERFORMANCE AND THE WELL BEING OF THE RAKYAT SHOULD SHOULD BE YOUR ONLY PREFERENCE.

    WHEN I WORKED IN KELANTAN AND MELAKA, I USED TO ATTEND PAS’ PUBLIC SPEECHES AND TALKS (CERAMAH) AND I KNEW VERY WELL HOW THEY PLANNED AND KICKED OUT BN FROM KELANTAN. THEY COULD HAVE MADE SOME IN-ROADS IN KEDAH, PERLIS AND PERAK. THEY USED TO BE VERY ACCOMODATING TO ME EVEN THOUGH I WAS NOT A PAS MEMBER. THEY WELCOMED EVERY HUMAN BEING TO THEIR ‘CERAMAHS’ AND THAT IS THE SPIRIT WE NEED AND NOT THE GANGSTER TYPE OF ACTION IN BN.

    I ALSO KNOW SAMY VELLU FROM 1956 WHEN HE USED TO ACT IN DRAMAS DURING FESTIVALS IN ESTATES IN PENANG, KEDAH AND PERAK. HE IS STILL ACTING AND THINKS INDIANS NEED HIM. HE SHOULD BE ASHAMED FOR WHAT HAPPENEND AND RETIRE IMMEDIATELY. HE WAS VERY VOCIFEROUS ABOUT HINDRAF AND I WON’T BE SURPRISED IF HE WOULD HAVE ASKED PAK LAH TO CHARGE THEM UNDER ISA. TODAY HE IS SINGING A DIFFERENT SONG. AYAH SAMY PI TIDUR DIAM DIAMLAH! KAMI ORANG INDIA TIDAK PERLU AWAK LAGI LAH. TUN MAHATHIR CLEARLY SAID THAT AYAH SAMY NEVER TALKED ABOUT INDIAN MATTERS BUT ONLY ABOUT THE PROJECTS IN HAND. WHAT ELSE YOU WANT AYAH? TRAITOR, GOLAH.

  37. 37 Adimarudu Oct 2nd, 2008 at 12:58 pm

    Anggapan YB tentang isu perobohan kuil tersebut telah selesai mungkin hanya dapat diterima oleh sebahagian pihak, khususnya pihak YB sendiri. Masyarakat umum yang berada di luar lingkungan kawasan tersebut mungkin masih keliru. Isu perobohan kuil berkenaan telah mendapat liputan luas pelbagai media dan telah tersebar luas ke seluruh negara. Kini pelbagai pihak telah membuat kenyataan berhubung isu tersebut. Pengetahuan umum tentang hakikat sebenar isu kuil berkenaan semata-mata bergantung kepada sebaran pihak media. Malangnya ada antara media sebaran tersebut tidak jujur dalam membuat liputan mereka. Hal ini menambahkan kekeliruan. Adalah lebih baik agar pihak AJK Kuil berkenaan membuat kenyataan rasmi berhubung kuil berkenaan. Mereka lebih berotoriti untuk bercakap tentang isu tersebut berbanding pihak lain. Apa yang membimbangkan saya ialah isu kuil ini berhubung kait dengan hal-ehwal agama dan kaum. Amat mudah menyentuh sentimen umum, khususnya masyarakat India yang beragama Hindu. Saya dapati bahawa ada segelintir pihak yang tidak bertanggung jawab yang cuba mengeksploitasi isu ini tanpa memikirkan impak negatif yang akan timbul. Rakyat Malaysia sudah tentu tidak ingin berlaku masalah pergeseran kaum-agama yang boleh memburukkan hubungan kaum di negara ini. Pihak YB patut mengambil inisiatif untuk memperjelaskan perkara ini kepada masyarakat umum.

  38. 38 aisy al sidqi Oct 4th, 2008 at 12:28 am

    aramak, apa duk sibuk pasai ni, yg berpuloh2 surau dirobohkan tu x kecoh plak… masjid dirobohkan x kecoh plak, aduuuiiihaiii, ni duk kecoh pasai satu benda, nape x kecoh pasai rasuah politik umno? nape x kecoh pasai brape byk duit indian si botak vellu tu ambik? ermmmm kita jgn dengar sgt media ni, byk yg x betul dr yg btul… aduhai, gua ni dh rase muak lar dgn cite ni…

  39. 39 rudravettri Oct 4th, 2008 at 10:08 am

    saya rudravettri ingin memberikan pandangan saya , terhadap pencerobohan kuil di malaysia , agama merupakan identeti sesebuah kaum dan pengikutnya . Bila identeti itu tidak di hormati maka manusia sudah ke zaman batu di mana tidak mempunyai akal fikiran yang normal . Maka di sinilah kita perlukan satu platform di mana perkara seperti ini tidak berulang lagi. kerajaan harus membuat satu perlembagaan dimana pencerobohan kuil ini terkawal di bawah pimpinan kerajaan.JIKA KERAJAAN RASA KES INI AMAT SERUIS. Jika perlu, buat rang undang - undang terhadap pencerobohan kuil.Di mana setip kali berlaku pencerobohan kuil rasa seperti indenti sebuah kaum itu di tindas , adakah perkara seperti ini menunjukkan kita ini anak malaysia , Di sini saya tidak salahkan majlis , Tetapi manusia yang mengikut perasaan di mana manusia ini bukan seorong yang menghormati agama beliau sendiri , jika seorang manusia tahu menghormati agama sendiri maka manuasia itu tidak akan mengina indentiti kaum lain,Perkara ini tidak menunjukkan kekuasaan ataupun kedudukkan manusia itu . Ia menunjukkan betapa kejinya hati manusia itu sanggup mengadaikan marua demi untuk berbuatan keji seperti itu .Siapakah kita ini untuk memberi hukum terhadap manusia ini , manusia ini akan menjawap di akhir khimat nanti. Manusia itu hanyalah panah, Robin hoodnya masih di hutan . Di sini saya maksudkan NANUSIA adalah pihak -pihak dalam Drama pencerobohan kuil Di malaysia .

    AdukaJebat Reply:

    bro.. gua sokong cakap lu. dalam konteks agama hindu ni mungkin akan ada kesukaran sedikit kerana tempat ibadat hindu ini terlalu banyak. lebih banyak dari masjid dan gereja yg ada kat negara ni. sumanya disebabkan oleh konsep agama yg dibawa oleh pengasasnya. so, sesiapa yg jd pemimpin kenala bijak mengatur permasalahan ni n kalau nak lebih baik sila rujuk piagam madinah yg penah nabi Muhammad saw buat dulu masa dia nak dirikan negara islam di madinah. islam adalah agama yg paling lengkap cuma sbg pemimpin kita kena tahu mana sumber yg bleh digunakan sbg rujukan utk mengtasi masalah penganut hindu ini. sbg org islam kita kena hormati agama diorg kerana dalam al-Quran pun dah sebut ttg larangan memusnahkan rumah2 ibadat agama lain. so, masa inilah baru kita bleh nilai pemimpin yg terbaik dan muslim yg cemerlang.

  40. 40 hakim ampang Oct 4th, 2008 at 2:10 pm

    YB Zuraida is well known in Ampang area. She has been seen doing her work in Ampang long time ago but i heard she was politically active in wangsa maju. Being a voter in Ampang, i must say that she’s easily seen everday in her constituency. I personally have been to her office and my land issues i brought to her attention was resolved in less than a month’s time. In this case i think some quarters in MPAJ and Ampang MIC is trying to sabotage her and the PR Govmnt. Dont worry YB, we r with u. Indians like us will never fall in the MIC trap again. Our support is forever with PR! long live PR, long live YB

  41. 41 taraknama Oct 5th, 2008 at 10:34 am

    awat bangang sangat pimpinan yg ada kat Selangor nie
    pasal kes KUIL nie tak sudah2 pakat nak buat statement
    dan stetement tu plak pie buat buat kat TV3 UTUSAN..
    hangpa tak tau ka puak2 tu serampang seribu mata…
    bukan siar berita nak bagi elok pon cuma nak pelaga ada laa

    lanie pakat pie mesyuarat elok2.. Bincang dgn MB Selangor apa nak buat dgn kes nie
    tak payah pakat nak tunjuk jaguh buat statement…cari keputusan yg terbaik itu baru betul
    nie tak aku bercakap hang bercakap engkou bercakap kamu bercakap last cuba tengok
    MUSUH SEDANG BERGEMBIRA KITA SEDANG BERCAKARAN….

    - akal bangang macam nie pon boleh perintah negeri..eishh eishh eishhh

  42. 42 RASISHIVA Oct 7th, 2008 at 12:26 pm

    Thanks for your respon…SHOBHAN.Mari kita sama sama tegur kepincangan kepimpinan Pakatan Rakyat SELANGOR.Insiden kovil di Ampang,membuktikan tiada satu kerajaan pun boleh memberi jaminan bahawa ,we are the best.Setiap kerajaan pasti ada kepincangan,angkara pegawai kerajaan atau pemimpin politiknya.Persoalannya janji Pakatan Rakyat bahawa “we are the best’.Tapi kini banyak janjinya tidak dikotakan.Exco exco tidak di beri portfolio lain.Hanya menjawat portfolio yang di sandang oleh bekas exco MIC.YB Ampang hanya perlu respon dan mencari jalan penyesaian.Bukannya marahkan kepimpinam MIC.MIC kena bersuara kerana mewakili agama,kebudayaan dan keselesaan kaum India.Kalau MIC duduk diam,ia akan menjadi joke of the year.Masa DSAI bersama BN,MIC dan DSSV menjadi relevan.Bila DSAI keluar MIC jadi tidak relevan.Jangan jadi macam SI TANGGANG,yang melupakan jasa ibunya.Satu soalan saya,Apakah MIC tidak membuat sesuatu untuk Kaum India.Hanya India berdarah SI TANGGANG saja katakan TIDAK.Marilah kita sama sama berjuang dalam MIC untuk melahirkan kepimpinan baru selepas DSSV.Mari kita berpakat mendapatkan TIMBALAN PRESIDEN MIC yang berwibawa ,karisma dan pejuang tulen kaum India dalam konteks MALAYSIA>.Pemimpin kaum India dlm PKR dan DAP tidak memperjuangkan kita dalam isu kovil ini.Lihat dalam Laman WEB mereka,tiada apa komen tentang Kovil ini.Inikah peminpin yang kita boleh harap?.

  43. 43 leejunsiang Oct 17th, 2008 at 8:49 am

    hi, hw r u ? a free custom made car windscreen sticker of your blog, website, already done just a complimentary from us.
    detail ? Lee 017-3299200 17 Oct 2008.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930