Archive for September 29th, 2008

29 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

By David Chance | Reuters

KUALA LUMPUR (Reuters) – Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim scored better than the government’s pick to become the next prime minister in an opinion poll which showed that worries over the economy dominated voter concerns.

Anwar is threatening to unseat the government that has ruled Malaysia for 51 years and the rise of the opposition since their success in elections in March has paralysed policy-making as top politicians from the government jostle for power.

(more…)

29 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Imam Masjid Kuala Mengkuang di Permatang Pauh sempat bermadah sabelum menjemput saya memberikan tazkirah selepas menunaikan solat tarawikh sebentar tadi. “Bercerai kaseh bertalak tiada,” kata beliau untuk mengungkapkan rasa rindu penduduk Kuala Mengkuang sepanjang ketiadaan saya akibat dipenjarakan oleh rejim yang zalim.

Madah itu saya kira, juga sesuai untuk mengungkapkan rasa rindu umat Islam kepada Ramadhan Karim yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Saya ambil kesempatan mengingatkan diri serta jemaah Kuala Mengkuang peri pentingnya buat umat Islam merebut peluang memperkasakan kekuatan ruhiyyah ketika menjalani ibadat berpuasa. Bulan yang mulia ini merupakan madrasah terbaik bagi kita menghayati pengertian dan anjuran Al-Quran, moga dilimpahkan Allah S.W.T dengan keredhaan dan petunjukNya.

Maka dengan itu bila saja kita umat Islam melihat fasad dan kezaliman bermaharajalela, islah mesti dilaksanakan agar keadilan dapat ditegakkan. Melakukan islah ataupun perubahan bukan hanya untuk memenuhi hasrat rakyat, bahkan juga untuk mendakap seruan Al-Quran sebagaimana yang difirmankan Allah Azza Wajalla di dalam Surah Hud ayat 88. Nasehat Nabi Allah Syuaib kepada kaumnya cukup mengesankan. Usaha dakwah yang bersungguh-sungguh berserta kerendahan hati dan tawakkal baginda kepada Allah merupakan antara asas buat kita menghayati erti ‘Generasi Qurani Yang Istimewa.’

ANWAR IBRAHIM

29 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA – Ahad, 28 September 2008

ISU: PEROBOHAN KUIL SRI MAHA KALIAMMAN, AMPANG

Laporan beberapa buah akhbar berbahasa Melayu, Tamil dan Inggeris hari ini telahpun menyiarkan sedutan daripada kenyataan media saya semalam berkenaan kes di atas.Namun saya amat kecewa apabila kenyataan asal saya telah diputar belit dalam konteks yang amat bertentangan oleh beberapa buah akhbar dengan mengambil rujukan daripada sidang media oleh S. Samy Vellu, Presiden MIC.Disini saya ingin membuat penerangan mengenai isu perobohan kui tersebut. (more…)