M-Star Online | 15 September 2008
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.
Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.
“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.
“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.
“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.
Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”
Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.
“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.
Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.
“Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.
Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.
“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.
“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.
Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.
“Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.
“Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?,” soal Dr Asri.
Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.
“Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.
Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.
“Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.
Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.
“Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.
Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.
Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.
“Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.









Ya betul tu Dr. MAZA..saya sokong 100%. ISA patutnya telah dikuburkan semasa pihak komunis menyerah kalah haritu lagi. Mereka simply abuse ISA untuk tujuan pilitik masing2. Ini adalah undang drakonian dan patut di hapuskan sama sekali.
Reply
YOUNG ,INTELIGENT AND GENTLEMAN – HE IS THE IDEAL ISLAMIC SCHOLAR. NEGARA DAN RAKYAT SUDAH CUKUP MATANG UNTUK MENILAI MANA ELOK DAN BURUK MANA BAIK DAN JAHAT. MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA TAHU AKAN PENTINGNYA HORMAT MENGHORMATI DAN SAYANG MENYAYANGI – YANG TAK FAHAM2 IALAH PEMIMPIN2 YANG RAKUS , TAMAK KUASA DAN TAKUT PADA BAYANG2 MEREKA… MUFTI PERLIS ADA CIRI2 TOKOH YANG DISEGANI …
Reply
Fairdinkum ,
Tuan Dr. Asri well said and a timely lecture for our friends in high office.
Reply
ASSALAMUALAIKUM DSAI,DTGNAA,SAUDARAKU SEISLAM DAN SALAMSEJAHTERA SAHABATKU RAKYAT MALAYSIA,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR!YA ALLAH YANG MAHA BERKUASA,ENGKAU BERKATILAH PARA PEMIMPIN KAMI YANG BERIMAN KEPADA MU DAN ENGKAU TURUNKAN BALA PADA PEMIMPIN YANG ZALIM KEPADA MANUSIA2 LAIN YA ALLAH,AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Reply
Takbir!!! ISA undang2 yahudi perlu dihapuskan segera…..Tahniah mufti Perlis bersama DSAI untuk menghapuskan ISA….
Reply
Salam,
Terima kasih Dr. Asri atas penjelasan ini.
Takbir….
Reply
On ISA …
Express yourself at votingmalaysia.blogspot.com
Reply
Subhanallah. Ya ALLAH, Tunjukkanlah kami kebenaran dan berikan kami kekuatan untuk menegakkan kebenaran.. Amiin
Reply
Islam sendiri melarang penahanan seseorang itu dengan tanpa bicara dan proses pengadilan yang sepatutnya. Hanya masyarakat yang tidak bertamadun sahaja menyokong penahanan tanpa bicara ISA ini.
http://suarasaktii.wordpress.com/
Reply
Mufti Perlis Dr Asri inilah dikatakan tokoh Islam yang cukup arif dan terhormat.
Hujah hujah beliau amat tepat dan waras.
My Salute To You !!! Dr Asri.
Reply
Jikalau lebih ramai lagi para cendekiawan agama yang bukan bergiat secara terus dalam politik berani memperkatakan yang benar seperti saudara Dr.Asri, tentu islam di Malaysia ini akan lebih dihormati oleh semua kaum, kerana mereka faham akan apa yang patut dan apa yang tak patut dalam islam. UMNO lah sebenarnya yang telah menghancurkan sistem islam sebenar, kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka menerangkan kepada kaum lain dalam komponen BN betapa islam itu bukanlah musuh orang bukan islam, selagi tiada permusuhan dicetuskan oleh orang bukan islam. Orang bukan islam pasti akan menerima cara kita menjalankan urusan kita dalam islam sekiranya mereka faham sepenuhnya.
Reply
petikan kenyataan DR.ASRI
(“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.
“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.)
Kami non muslim sungguh-sungguh menyanjungtinggi akan seorang berilmu sperti DR.ASRI.Beliau benar-benar berfikiran terbuka dan seorang yng diurapi Tuhan.Dari kenyataannya itu,dia memahami benar akan keadaan dan suasana persekitaran .
Saya percaya,inlah yang dimaksudkan oleh Mp Theresa,yang ditangkap dalam ISA.
Reply
pegi mati syed ahmad albar… mampus ko kena laknat dengan Allah…
Reply
So be it! let the House of Pharoun fall and the People of Lot be dismissed for the last and only symbols for reprieve have set flight. Zahid let your principles take all the way – you are an example to be followed. Cross the floor and make haste the devils demise. God Willing!
Reply
Terima kasih kepada Mufti perlis, di atas pandangan ISA didalam konteks Islam melalui perundangan dan pembelaan.
Reply
MUFTI PERLIS TOLAK HUJAH UMNO-BN GUNA ISA BELA ISLAM !
KATA MUFTI TERSEBUT : TUHAN PUN BUAT MAHKAMAH KAT AKHIRAT !
CUBO ABANG2 UMNO JAWAB SAT, PASAI APA TIBA-TIBA HANG PI TANGKAP ORANG, TAKDO TANYO-TANYO LAYI THEN KO SERET MASUK PENJARO. CUBO HANG JAWAB SAT, CEK NAK DENGAQ ! HAH…AWAT LA KAK BEDAH BUAT LAGU TU…. HEGHAN SUNGGUH CEK !
SILAP TAK SILAP BUKAN HAMID ALBA JE BOTAK, HABIH NGAN PM KORANG SEKALI HILANG BULU !
AKU MEMANG BERBULU !
Reply
Sokong pendapat Dr. Asri, undang-undang rimba paling tidak sesuai digunakan zaman Information dan Technology ni.
Zaman dulu boleh la bila rakyat cuma ada tv/surat khabar untuk mendapatkan maklumat. Zaman sekarang semua orang boleh saling bertukar-tukar maklumat secara langsung! So macam mana nak tipu
orang lagi sewenang-wenang? sorry beb… zaman dah berubah!
Tapi tak pelik sebab yang survival di kalangan cerdik pandai, yang tu lah yang akan mencari alternative. Bila survival, otak banyak digunakan. Bila dah di ZON SELESA terlupa nak guna otak… yang selalu digunakan… NAFSU!
so… ISA ni sama macam NAFSU… keputusan hasil dari NAFSU yg mementingkan sebelah pihak!
BangAbu, apa kita mau bikin dengan ini orang bila kuasa dah berubah tangan? ISA jugak ke? hehehhee
bak kata Dr. Asri, bila dia kena, baru dia tau mcm mana rasa :D
Reply
Tidak silap saya, ISA ini diwujudkan oleh Kerajaan British untuk membanteras Komunis semasa Malaysia masih lagi belum merdeka, adakah ia masih releven untuk pelaksaan sebuah negara yang merdeka. Moga usaha dan iktiar saudara DSAI diberkati dan sentiasa dalam lindungan ilahi
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
Reply
MUFTI PERLIS KATA : TUHAN PUN BUAT MAHKAMAH DI AKHIRAT !
4 SOALAN JIKA UMNO MAHU TERUS MEMBELA ISA !
1. ADAKAH UMNO SANGKA MEREKA LEBIH CERDIK DARI TUHAN ?
2. ADAKAH ISA LEBIH MULIA DARI HUKUM TUHAN ?
3. ADAKAH PAK LAH SANGGUP DERHAKA KEPADA TUHAN ?
4. ADAKAH UMNO SANGKA MEREKA LEBIH ADIL DARIPADA TUHAN ?
JIKA TIDAK, BEBASKAN MEREKA YANG DITAHAN !
Reply
Sudahlahhhhhhh
Dulu Mufti Perlis tu ckp sumpah Saiful diliwat anwar SAH, korang kutuk2 tu la ni la
La ni Mufti Perlis tu ckp ISA ni tak elok, korang angkat abih
PUTAQ ALAM PKR/PR neh
Muakk lah
Muaakkk
Sampahhh
Reply
BangAbu Reply:
September 17th, 2008 at 11:40 am
REFER ahmadhelmibahari
UBAH TAJUK
ISA TETAP ZALIM KERANA MENOLAK ‘KEADILAN’
BUKAN SOAL MUFTI !
YANG DITUDUH BERHAK DIADILI DI MAHKAMAH !
Reply
Hahahahah
mase mufti perlis tu ckp sumpah saiful diliwat anwar SAH,korang hantam dia
La ni, korang dok angkat abih plak dia
sudahhhlahh
muakkkklah muakk
putaq alam PKR neh
sampah
p/s:ish ish moderate siarkan la aku tulih neh.takot dgn realiti?huhu
Reply
ISA PATOT DIKUBURKAN hapuskan isa baru malaysia aman dan damai…..
Reply
Mmg kte org Islam kebanyakannye..tetap sejauh mana kte memahami apa itu Islam..Islam tu hadir tu semua..Islam tu mulia..tetapi beberapa tindakan kte pada masa sekarang ni menyebabkan orng bukan Islam memandang enteng terhadap kte..salah siapa?..salah kita juga kan…mengapa kita melihat perkara batil tu secara terang-terangan..napa kte tidak mahu menetang..kte lahirkan ramai cerdik pandai pada masa sekarang..ramai yg score A dlm SPM..tetapi sejauh mana kte dpt berfikir itu yg menjadi masalah..masalah sekarang ialah kita membiarkan perkara yg batil tu berleluasa walaupun kte boleh berfikir dan boleh bezakan yg mana itu buruk yg mana itu baik..kte bersikap tunggu dan lihat..kte bukan org yg mahu bergerak bersama menegakkan panji kebenaran..kalo kte nak simpulkan..malaysia semakin hari semakin pergi ke lembah yg teruk…oleh itu,dgn harapan baru ini..16908 kte bukan shj membawa perubahan pada diri kita shj, tetapi perubahan itu juga untuk anak2 kita pada masa 50 tahun akan datang..perubahan bukan hanya pada perdana menteri tetapi dr segi seluruh aspek masyarakat..dr segi cara pemikiran,budi pekerti dan pegangan agama itu juga sekali..remember! perubahan yg kita akan lakukan ini bukan untuk 16908 tetapi perubahan ini untuk warisan bangsa Malaysia pada masa akan datang..think bout dat..jgn tgnk parti atau warna bendera parti kamu lg gerakkan panji2 kamu menegakkan apa itu nama dia keadilan….
Reply
allahhuakbar
Reply
True Malaysia talking here…& a model Muslim for modern Malaysian society. The world, if not Malaysia, need more people like Dr. Asri.
Reply
Sekarang saya faham, dah. Islam Hardari lain macamnya.
Reply
Assalamualaikum,
Di sinilah kita dpt lihat betapa indahnya Islam. Penjelasan yang amat jelas, padat dan jitu. Aspek keadilan begitu di titik berat dalam mana2 ajaran agama sekalipun. Kataan TAK NAK pd kezaliman.
Reply
Mungkinlah pendapat ustaz itu betul dan sesuai dipakai dan diikut oleh pehak yang berkuasa. Tetapi siapakah dari pehak berkenaan yang akan menerima dan bersetuju ? Mereka ternyata makan gaji dan mendapat imbuhan yang besar dari majikan mereka! Saya kira mereka akan berdiam diri demi mejaga kedudukan mereka yang sangat selesa. Dizaman ini sangat susah mendapatkan ustaz yang betul berani kerana benar. Mungkinkah ini zaman akhirzamanan! Walahuaalam.
Reply
saya adalah penyokong kuat pakatan rakyat,berasa amat kesal dan marah di atas tindak tanduk teresa kok mmpertikai dan berusaha mghapuskan laungan azan,nama jln bahasa jawi dan sebagainya.usaha beliau ini adalah tidak betul,tidak boleh diterima akal dan tersangat sangat menyentuh sensitiviti umat islam negara ini.islam adalah agama rasmi malaysia.sebagaimana umat islam boleh menghormati agama lain begitu jugalah sebaliknya.teresa kok mesti menarik balik semua usahanya itu dan meminta maaf secara terbuka kpd umat islam di malaysia.saya pasti seluruh rakyat beragama islam di malaysia akan memaafkan teresa.
Reply
Saudara Anwar,
Saya amat setuju 110 persen dengan komen yang diutara oleh Dr Asri, Mufti Perlis, dalam ruangan saudara yang saya sentiasa ikuti dari luar negara. Jelas sekali Islam tidak perlu pembelaan dari satu Akta atau undang-undang negara yang tidak adil, menindas dan sentiasa di `abuse’ oleh individu tertentu dalam kerajaan. Pengalaman saya di sini, sebuah negara Arab Islam yang penuh dengan tamadun, tradisi dan budaya tersendiri, jelas membuktikan bahawa Islam itu penuh dengan toleransi dan keyakinan diri. Islam di sini tidak menghukum tapi mengajar, tidak mencari kesalahan tapi mempelbetulkan, tidak agresif tapi memaafi. Ramai teman di sini tertawa dengan sinis, `sejak bila pula polis Malaysia mempertahankan dan membela Islam? ‘
Berbalik pada isu ISA, saya benar-benar berharap agar Saudara Anwar hapuskan atau ‘repeal’ Akta ISA ini apabila Saudara menerajui Kerajaan Malaysia Baru sebagai PM nanti. Salam.
Reply
woman from kota damansara Reply:
September 16th, 2008 at 8:40 pm
Yes, I agree with you that in progressive muslim countries like Dubai, they don’t go around waiting to ‘catch’ their citizens but instead have a very tolerant approach to Islam. What is the point of forcing your views on a person when ultimately,’there is no compulsion in religion’. Let us not be moral gurdians of others but only of ourselves.
Reply
Shobhan Reply:
September 17th, 2008 at 6:03 pm
Agree with you wfkd, how is a person of a different faith to know what is acceptable by a certain faith. Either the person concerned should be taught about the religion and its approach or be educated more on civic mindedness and moral values. Putting these people under ISA is not the right approach. It shows cruelty and barbarism on the part of the authorities concerned. It is not accepted in today’s world.
Reply
terbaru zaid ibrahim dh eltak jawatn..mcm2 jaid kt bn lepas ni..relax je..dsai brilliant..dateline 16 sept dia bagi mmg harubiru bn h..
dsai dan tok guru nik aziz..2 org yg meliaht dgn mata hati..
Reply
Clearly, our young Mufti and Tok Guru represent the true islamic leaders whom non-muslims have come to respect and trust. If only the government so-called muslim leaders would humble themselves and learn from them, the country would be a great nation (sigh)….
Lee
Reply
Alhamdulillah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana adanya ilmuan2 islam yang besedia dengan jujur dan berhikmah untuk berusaha menjurus umat untuk mampu berfikir di atas asas-asas dan dasar islam yang sememangnya sesuai dengan fitrah akal yang waras serta dapat diterima pakai oleh orang-orang islam dan juga manusia sejagat.
Manusia sememangnya tidak boleh mempunyai kebebasan yang mutlak dan memerlukan kebebsan yang terpimpin. Maka kebebasan didalam islam tercakup dalam lingkungan syariatnya yang sentiasa mementingkan kemakmuran alam sejagat tanpa mengutamakan sesiapa/sesuatu kelompok dan tidak pula meminggirkan sesiapa/sesuatu kelompok.
Selagi nilai itu terjamin hasil dari komitmen dan usaha yang berterusan khususnya pihak berwajib, keharmonian dapat dinikmati bersama dengan lebih bererti. Andaikata kealpaan menular dan kepentingan diri/sesuatu kelompok mengatasi kita, kepincangan dan keruntuhan keharmonian akan datang menjadi gandingannya.
To the muslim and the muslim leaders leaders particularly if we have to differ, its only in the spirit of striving our best for the people and such differences dijanjikan rahmat Allah let the differences not ruin ourselves and the country by resorting to undesirable ways and means but rather making us and the country stronger and better footing for us and our children. All of us have families, children and so on and surely we do not want us to take turn to bash one another. Hargailah harapan rakyat dan negara.
Reply
Memang dari dulu lagi patut dihapuskan. Komunis pun dah tak ada. Saya setujun dengan dato asri.
kerajaan gunakan akta ini untuk tujuan politik. Tapi sebelum dihapuskan pastikan dulu orang-orang umno merasai hidup dilokap tahanan isa untuk tempoh yang lama. Wassalam..
Reply
Assalamualaikum WBT, Tuan Editor,
Nampaknya Tuan Mufti Megeri Indera Kayangan (dimana saya telah menghabiskan genap 5 tahun sebagai guru sekolah kebangsaan di bawah Allahyarham Cikgu Abdul Ghani Ngah, (menantu kepada Allahyarham Senator Pak Wan Ahmad) seorang yang sungguh penuh dedikasi di Behor Latih, persimpangan ke Spg Empat dan Kuala Perlis) adalah seorang yang terconsider sebagai ahli ugama Islam yang avant garde. Nampaknya hujjah-hujjah yang diberinya sangat mermakna mengikut zaman atau tamaddun yang inilah di katakan Hadhari (kini) Islam telah mengajar kita untuk “move forward in alignment with times or era”.Pengetahuna ugama nampaknya berkurangan sangat antara pemimpin kita dan patut belajar daripada tuan Mufti untuk expansion kinda mereka tentang ugama yang tersuci. Saya sangat cinta Allah serta sayangkan UmmahNya. Allah Hu Akhbar!nNak saya bersumpah diatas sekerat ayat yang terkebelakang ini? Tentang cinta dan sayang?
Syabas saya mengucapkan kpd Tuan Mufti yang muda lagi bijak pemikirannya yang dikurniakan oleh Ilahi. Syabas serta tahniah sekali saya ucapkan!Alhamdulillah syukur! Avante Garde, keep moving and we will definitely see the light at the end of the LONG tunnel of truth!Takbir X 7!
Reply
Salam
Sokong 100%. This is indeed the way Islam should be defended.., not by using ISA which will in fact weakens Islamic perception at large. Islam should be defended on transparent grounds and not by running away hiding behind excuses given by the Home Minister which is a mockery to all muslim. It will lead to more suspicion and chaos within the public…. perhaps what these weaklings in umno wanted all along.
Having said that .. Is there any case in the first place? I am pleased with the concerted effort by many quarters comprising of all races and religion to challenge this pathetic arrest.
Reply
Tersangatlah baiknya komen Tuan Dr. Asri, Mufti negeri Perlis. Penasihat-penasihat PM ABB sepatutnya memberi pandangan seperti ini. Si Hamaid Albar patut perbetulkan kenyataannya terhadap penahanan ISA. Beliau sepatutnya menyaksikan cerita ‘Ahmad Albab’ semalam di saluran TV2 sebab ada banyak perkara yang beliau boleh belajar dari filem itu. “Kebahagian, Kerukunan dan Kekayaan bukan datang dari ente tapi dari Allah.”
Reply
the only mufti that dares to speak his mind and soul!
Reply
ASSALAMUALAIKUM,
ISA BUKAN LAH PENYELESAIAN SESUATU MASALAH.
MASALAH AKAN KETARA DAN TERUS MENIMBULKAN KERESAHAN RAKYAT.
RAKYAT AKAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN ZALIM.
SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN MUFTI PERLIS.
WALAUPUN DITENTANG SEKERAS-KERASNYA, NAMUN TETAP TIDAK DIENDAHKAN OLEH KERAJAAN ZALIM.
SAYA AMAT KECEWA DAN SEDIH DENGAN KERAJAAN ZALIM YANG MEMERINTAH MALAYSIA.
BILAKAH KERAJAAN ZALIM NI NAK DIHANCURKAN.
BILA KAH BALASAN ALLAH KEPADA ORANG YANG MENZALIMI KEATAS ORANG TERANIANYA AKAN DITURUNKAN?
SAMA SAMA LAH KITA TUNGGU.
INSYA ALLAH.
Reply
rESPECT for dr ASRI!..
Reply
TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR! YA ALLAH PERMUDAHKAN LAH USAHA KAMI PERALIHAN KUASA, SUPAYA ISLAM SENTIASA BERADA DIATAS. AMIN
Reply
YA ALLAH BERILAH KEKUATAN KEPADASAUDARAKU ANWAR IBRAHIM UNTUK MERIALISASIKAN KERAJAAN PR PADA HARI INI, YA ALLAH BANTULAHIA & KAMI SEMUASEMOGA KERAJAAN PR ADALAH
KERAJAAN YANG TUNDUK KPDMU YAALLAH.
Reply
inilah islam hadhari..
Reply
Assalamualaikum!
Demokrasi adalah agama yang syirik dan kufur kerana ianya adalah didasarkan kepada Aqidah, Syariat dan Akhlak yang syirik dan kufur :
1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH MANUSIA :
i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;
ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;
2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah;
3. AKHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.
Metod Islam untuk mewujudkan kerajaan Islam ialah Jihad, Perang dan Revolusi, bukan melalui jalan demokrasi dan proses demokrasi kerana itu adalah jalan yang syirik dan kufur.
Firman Allah : al-Hajj 40
Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.
Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF terhadap mana-mana kerajaan manusia yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA seperti kerajaan demokrasi kita ini atau mana-mana kerajaan sekalipun yang memerintah dengan undang-undang manusia dan tidak memerintah dengan undang-undang Allah.
Firman Allah: al-Baqarah 193
Dan berperanglah sehingga tiada lagi fitnah (penindasan) dan jadilah agama untuk Allah.
“Fitnah” di sini dimaksudkan kepada penindasan, iaitu penindasan dalam bentuk peraturan dan undang-undang manusia yang berdaulat dan berkuasa ke atas manusia. Selagi mewujudnya “fitnah” dalam sistem politik demokrasi kita ini , selama itulah Jihad, Perang dan Revolusi diperintahkan ke atas kita . Ayat-ayat Jihad dan Perang seperti mana yang sedang kita bicarakan di sini adalah ayat-ayat yang UMUM, TETAP, FINAL dan MUKTAMAD yang diperintahkan ke atas seluruh umat Islam kita dan untuk sepanjang masa.
Reply