Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan sertai PKR

6 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Mstar Online

PETALING JAYA: Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong yang digantung keahlian dua bulan lalu hari ini secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Ahli Parlimen Segambut itu mengumumkan perkara tersebut di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur pada sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR pukul 1 tengah hari tadi.

Gerakan menggantung keahlian Dr. Tan berikutan tindakannya menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Dr. Tan menerima tawaran menyertai kerajaan Selangor bagi mengetuai pasukan petugas untuk memperbaiki pentadbiran serta dasar berhubung pemilikan tanah. Tindakan bekas
Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi itu adalah yang kedua membabitkan pemimpin Gerakan, selepas Datuk Lee Kah Choon.

Lee yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, menerima jawatan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan InvestPenang daripada kerajaan pimpinan pembangkang di Pulau Pinang.

Bacaan lanjut di The Star Online.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site