Doa Untuk A. Samad Ismail

4 September 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

[kemaskini jam 8.00 malam]

Al Fatihah.

Pak Samad telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.58 petang tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya  di No 2 Jalan 16/7C, Petaling Jaya dan akan dikebumikan pada hari esok, selepas solat Jumaat.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

—————————————————————————————

Perkhabaran diterima memaklumkan Tan Sri A. Samad Ismail kini sedang tenat.

Ahad lalu, saya, Azizah, Izzah dan Shahrir sempat menziarahi beliau yang kini sedang terlantar di Hospital Pantai. Sabelum daripada itu, sahabat beliau, Dr. Syed Husin Ali turut meluangkan masa melawatnya.

Jika disorot kembali sejarah era penjajahan, tidak boleh dinafikan sama sekali perjuangan beliau menentang penjajahan Jepun dan British melalui Kesatuan Melayu Muda, disusuli peranan beliau mendrafkan Perlembagaan Rakyat bersama-sama Pak Sako dan Ahmad Boestamam.

Saya mendoakan agar beliau terus dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT untuk melawan penyakit. Buat keluarga Pak Samad, diharapkan terus cekal memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Semoga barakah Ramadhan ini membuahkan kerahmatan buat semua.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda