Archive for September, 2008

30
Sep

Perutusan Eidulfitri 1429 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Ramadhan kini menghampiri penghujung, Syawal bakal menjelang tiba. Umat Islam selepas menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini pastinya menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa penuh kesyukuran.

Bulan Ramadhan ini, sebagaimana yang diulas oleh para ulama’, adalah madrasah terbaik buat melatih serta mendidik kita umat Islam agar berani dan yakin mendepani segala cabaran yang mendatang. Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki dan memperkukuhkan kekuatan ruh serta jiwa. Ini kerana jiwa dan ruh yang membentuk manusia, seperti yang diungkapkan oleh Abul Fath al-Busti:

Perhatikan jiwamu, dan sempurnakan,
Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad.

Ramadhan pastinya mengingatkan kita akan kisah Pembukaan Kota Mekah(Fath Mekah). Kejayaan Rasulullah S.A.W yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah S.A.W dengan wakil kaum Quraisy. Continue reading ‘Perutusan Eidulfitri 1429 Hijrah’

30
Sep

Belasungkawa Buat Mendiang JB Jeyaretnam

Saya mendapat perkhabaran bahawa tokoh pembangkang tersohor Singapura, JB Jeyaratnam telah meninggal dunia awal pagi tadi kerana masalah jantung.

Perjuangan mendiang J.B.J penuh liku & rencam, tatkala menjadi Ahli Parlimen Pembangkang pertama di Singapura pada tahun 1981.

Tidak lekang daripada pelbagai sabitan kes mahkamah sehingga menyebabkan mendiang jatuh muflis pada tahun 2001 tidak sekelumitpun mematikan semangat mendiang. Masih segar di ingatan bagaimana tegarnya mendiang menukilkan dua buah buku, Make it Right for Singapore dan The Hatchet Man of Singapore yang berkisar perjuangan menegakkan lunas demokrasi segar dan kebebasan bersuara di Singapura sepanjang perjuangan mendiang. Hasil jualan buku-buku yang dijual sendiri oleh mendiang di jalanan membebaskan mendiang daripada belenggu muflis seusai tahun lepas.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Semoga perjuangan mendiang sentiasa tersemat dalam sanubari warga yang cintakan kebebasan bersuara dan demokrasi.

ANWAR IBRAHIM

29
Sep

Anwar tops Malaysia poll, economy dominates concerns

By David Chance | Reuters

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim scored better than the government’s pick to become the next prime minister in an opinion poll which showed that worries over the economy dominated voter concerns.

Anwar is threatening to unseat the government that has ruled Malaysia for 51 years and the rise of the opposition since their success in elections in March has paralysed policy-making as top politicians from the government jostle for power.

Continue reading ‘Anwar tops Malaysia poll, economy dominates concerns’

29
Sep

Bercerai Kaseh Bertalak Tiada…

Imam Masjid Kuala Mengkuang di Permatang Pauh sempat bermadah sabelum menjemput saya memberikan tazkirah selepas menunaikan solat tarawikh sebentar tadi. “Bercerai kaseh bertalak tiada,” kata beliau untuk mengungkapkan rasa rindu penduduk Kuala Mengkuang sepanjang ketiadaan saya akibat dipenjarakan oleh rejim yang zalim.

Madah itu saya kira, juga sesuai untuk mengungkapkan rasa rindu umat Islam kepada Ramadhan Karim yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Saya ambil kesempatan mengingatkan diri serta jemaah Kuala Mengkuang peri pentingnya buat umat Islam merebut peluang memperkasakan kekuatan ruhiyyah ketika menjalani ibadat berpuasa. Bulan yang mulia ini merupakan madrasah terbaik bagi kita menghayati pengertian dan anjuran Al-Quran, moga dilimpahkan Allah S.W.T dengan keredhaan dan petunjukNya.

Maka dengan itu bila saja kita umat Islam melihat fasad dan kezaliman bermaharajalela, islah mesti dilaksanakan agar keadilan dapat ditegakkan. Melakukan islah ataupun perubahan bukan hanya untuk memenuhi hasrat rakyat, bahkan juga untuk mendakap seruan Al-Quran sebagaimana yang difirmankan Allah Azza Wajalla di dalam Surah Hud ayat 88. Nasehat Nabi Allah Syuaib kepada kaumnya cukup mengesankan. Usaha dakwah yang bersungguh-sungguh berserta kerendahan hati dan tawakkal baginda kepada Allah merupakan antara asas buat kita menghayati erti ‘Generasi Qurani Yang Istimewa.’

ANWAR IBRAHIM

29
Sep

Kenyataan Media YB Zuraida Kamaruddin Berkenaan Perobohan Kuil Sri Maha Kaliamman, Ampang

KENYATAAN MEDIA - Ahad, 28 September 2008

ISU: PEROBOHAN KUIL SRI MAHA KALIAMMAN, AMPANG

Laporan beberapa buah akhbar berbahasa Melayu, Tamil dan Inggeris hari ini telahpun menyiarkan sedutan daripada kenyataan media saya semalam berkenaan kes di atas.Namun saya amat kecewa apabila kenyataan asal saya telah diputar belit dalam konteks yang amat bertentangan oleh beberapa buah akhbar dengan mengambil rujukan daripada sidang media oleh S. Samy Vellu, Presiden MIC.Disini saya ingin membuat penerangan mengenai isu perobohan kui tersebut. Continue reading ‘Kenyataan Media YB Zuraida Kamaruddin Berkenaan Perobohan Kuil Sri Maha Kaliamman, Ampang’

28
Sep

Mengenang Hikmah Wali Songo

Selesai iftar semalam di rumah saudara, saya kenangkan hikmah daawah Wali Songo Sunan Derajat. Sempat dinukil buat anak-anak dari Babad Tanah Jawa dan buku Nine Saints of Java.

Bayangkan betapa menakjubkan pengurbanan dan kebijaksanaan Wali Sembilan menangani hukum dan budaya sehingga menjadikan proses pengislaman Jawa suatu babak hebat dalam sejarah.

Saya tambah hiba mengenangkan pengalaman peribadi kisah Wali Songo dengan sahabat karib tercinta.

ANWAR IBRAHIM

28
Sep

Bebaskan Raja Petra!

Menjelang Eid ingatan kami sakeluarga tetap bersama Pet dan Marina sakeluarga. Malam tadi rakan-rakan berhimpun menunjuk rasa simpati sambil bencikan kezaliman.

Di Hong Kong Jumaat lalu, saya ulangi desakan tegas agar pemerintah segera membebaskan Pet tanpa syarat.

Pet dicurigai dan dibenci sang penguasa kerana keberaniannya mendedahkan rasuah dan jenayah. Dan diantara isu paling menyengat termasuk perisytiharan bersumpah Bala dan komisyen pembelian senjata yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Najib. Walhasil, Pet menjadi mangsa!

Hentikan kezaliman, bebaskan semua tahanan ISA!

ANWAR IBRAHIM

28
Sep

‘Opaque’ government crippling economy

From The Malaysian Insider

HONG KONG, Sept 26 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim took a swipe at the government’s opaque operations, which he claims, are crippling the economy and discouraging investment.

He said the opposition was concerned that public-sector spending had risen to RM200 billion annually from RM160 billion in 2004.

“That of course doesn’t include the slush funds in excess of RM30 billion used at the discretion of the Prime Minister,” Anwar said in his address at the CLSA Investor Forum in Hong Kong today.

Continue reading ‘‘Opaque’ government crippling economy’

27
Sep

Program DSAI di Permatang Pauh 28 September 2008

Masa: 3.00 PM

Program: Perjumpaan dengan Jawatankuasa Perhubungan Negeri P. Pinang

Tempat: Yayasan Aman

Tindakan: Pak Mus -012 577 3045

Masa: 4.30 PM

Program:Perjumpaan dengan orang perseorangan

Tempat: Pej. Ahli Parlimen Pmtg. Pauh

Tindakan: Sdr Rodzi -019 525 2552

Masa : 6.00 PM

Program: Rehat

Tempat: Yayasan Aman

Masa: 7.13 PM

Program: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

Tempat: Surau Pangsapuri Idaman Tmn Pauh

Tindakan: Sdr. Alias Said - 012 463 6097

Masa: 8.22 PM

Program: Solat Isyak dan Solat Tarawikh

Tempat: Masjid Jamek Kuala Mengkuang

Tindakan: Sdr. Zainal Abidin -019 564 6353

Masa: 10.00 PM

Program: Kenduri

Tempat: Surau Kampung Terus

Tindakan: Sdr Baharudin Abdullah 019- 413 1238

Masa:11.00 PM

Program: Bertolak ke Kuala Lumpur

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

27
Sep

Anwar: Najib More Unpopular Than His Boss

South China Morning Post

HONG KONG, Sept 27 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said yesterday his campaign to topple the government would only be strengthened if Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi stepped down earlier than expected and Abdullah’s deputy took the reins.

As Umno huddled in Kuala Lumpur to discuss whether the country’s unpopular prime minister should step down earlier than planned, Anwar said both leaders had lost the mandate of the people to rule, but that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had even less credibility.

“From a survey [it] showed that however unpopular Abdullah is now, Najib is more unpopular. He has a major problem of credibility. Many unexplained cases which does insinuate his involvement in [an] earlier murder case he has to explain, I’m not suggesting anything beyond that,” Anwar said in Hong Kong, while in Hong Kong for an Asia investment conference.

Continue reading ‘Anwar: Najib More Unpopular Than His Boss’

27
Sep

Kenyataan Media Forum Muslim Profesional (MPF)

MPF

25th Sept 2008

Kami telah meneliti penjelasan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri berhubung penahanan Raja Petra Kamaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kejam lagi tidak berperi-kemanusiaan, dengan penuh rasa hairan lagi takjub. Menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri, Raja Petra ditahan kerana menulis artikel yang menghina Islam. Yang menjadi persoalan pada setiap mereka yang berfikir, adakah Islam sendiri mengizinkan sebarang bentuk penahanan tanpa perbicaraan demi untuk memelihara kesuciannya daripada dihina oleh manusia yang seperti Raja Petra. Continue reading ‘Kenyataan Media Forum Muslim Profesional (MPF)’

26
Sep

Keynote address on US financial turmoil and the future prospects for Asean economies

image2imageimage1

Speech by Anwar Ibrahim delivered at the CLSA Investor Forum in Hong Kong on Friday 26th September, 2008

What do you do when a financial behemoth implodes?

What can you say about free market capitalism when the world’s leading liberal democracy dumps nearly a trillion dollars in private debt onto taxpayers? Are Freddie Mac and Fannie May along with Lehman Brothers, Merrill Lynch, and AIG totally unforeseen victims of systemic once in a lifetime financial meltdowns or are they not really victims of their own greed? When you allow the “mushrooming of weapons of financial mass destruction,” to borrow a phrase from Warren Buffet then isn’t it written that you shall reap what you sow?

The question is who should pay the price of Wall Street’s excesses. I learned in Economics 101 that those who live by the market must also die by the market. But with this gargantuan bailout it looks like the only thing that is dead is raw capitalism. Not that I’m complaining or that I ever subscribed to this thing called a totally free market. Some will recall that in my address in Bangkok last year I repeated my mantra that the free market is well and good but Adam Smith’s invisible hand may sometimes continue to be invisible if not altogether paralysed when the time for action draws nigh. Sometimes as it is in times like these, Uncle Sam’s hand may prove to be far quicker on the draw. Otherwise spontaneous order may well turn out to be spontaneous chaos.

Hayek is history, so they claimed.

Speaking of history, it would appear that the powers that be have learned some lessons. We know what happened in the 1930s when, adhering strictly to free market principles, the Federal Reserve folded its arms and did absolutely nothing even as the financial system was cracking under the weight of massive defaults that eventually caused the collapse of the American economy and the contagion spread to Europe. There would have been lessons learned too from the October 87 crash, and the savings and loans scandal. Then of course, there was the 1997 Asian financial crisis.

Continue reading ‘Keynote address on US financial turmoil and the future prospects for Asean economies’






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930