Dari Malaysiakini
Selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu, yang baru memenangi kerusi tersebut dua hari lalu, mengangkat sumpah jam 10.05 pagi tadi, sejurus selepas bacaan doa di dewan yang mulia itu.
Anwar, 61, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat.
Yang Dipertua berkata, Anwar akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang.
Anwar yang berbaju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kerusi itu dulu diduduki isterinya yang mewakili kawasan parlimen yang sama – acara mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama selepas pilihanraya umum lalu dihadiri Anwar sebagai pasangan seorang anggota Dewan Rakyat.
Sebaik sahaja upacara mengangkat sumpah itu selesai, ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric E Majimbun dari BN – sebelum mengajukan soalan pertama – sempat mengucapkan tahniah kepada Anwar yang berjaya memenangi pilihanraya kecil itu dan pemilihan sebagai ketua pembangkang.
Ucap tahniah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz pula sebelum menjawab soalan pertama, turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berharap Anwar dapat sama-sama menyumbang kepada amalan demokrasi di negara ini.
Ketika diminta mengulas pelantikan Anwar sebagai ketua pembangkang, Najib berkata:
“Sebagai ketua pembangkang (di Parlimen), kita harap beliau akan menyumbang dengan baik kepada perjalanan amalan demokrasi dan membantu kita dalam usaha kita memajukan lagi negara kita.”
Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau berasa terharu dapat kembali secara rasmi ke Parlimen selepas 10 tahun.
“Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya berasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya,” katanya.
Penasihat PKR itu memenangi kerusi parlimen tersebut dengan majoriti 15,671 undi Selasa lalu.
Beliau mendapat 31,195 undi, mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang memperolehi 15,524 undi.
Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mendapat 92 undi dan hilang wang pertaruhan di tengah-tengah persaingan sengit antara dua parti besar itu.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan ahli parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.
Dalam pilihanraya Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi.
Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.
Anwar, yang juga mantan timbalan perdana menteri dilucutkan daripada jawatan dalam kerajaan pada 1998, berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan liwat.
Beliau menjalani hukuman penjara selama enam tahun sehingga dibebaskan pada 2004.









Apa pun tahniah di atas kejayaan tersebut.
Puas sudah kita bermunajat dan berhajat di hadapan Allah Azza Wajal di waktu dinihari nan hening, diiringi titisan air jernih yang menyayukan. Itulah kami di Mesjid Perda dan Mesjid Kubang Semang.
Hati berkata untuk kejayaan yang satu ini dan kejayaan seterusnya.
Maka kini Allah swt mempermudahkan laluan dan dilemparkan kehinaan terhadap mereka, sehingga tidak bermaya untuk berkata-kata.
Medianya menjadi seperti orang tongong yang diserang penyakit sengau dan bisu. Pemimpinnya jadi seperti pak lawak yang lawaknya sudah tidak laku lagi.
Dengan segala jentera kerajaan, semua menteri dan wang berjuta, kini rakyat Permatang Pauh telah mengajar mereka erti kehinaan yang terlalu didambakan.
Mereka pergi dan lari seperti paria.
Reply
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS BANG ANWAR !
BERKATA SAIDINA IBRAHIM A.S., “CUKUPLAH BAGIKU TUHANKU SAJA.”
SESUNGGUHNYA, DIALAH SEBAIK-BAIK TEMPAT PERGANTUNGAN !
Reply
Thank you to all Permatang Pauh who have voted for DSAI. And those who voted for BN to give us a yardstick to gauge the sentiment of Malaysian votoer.
This is the dawn of a new era for Malaysia. If PR cannot take over the governemnt on 916. We still have 13th GE. As long as the people of Malaysia have risen, there is nothing we cannot do!
Reply
Gila betul. Kegilaan kuasa Anwar Ibrahim sudah bermula.
Reply
F C Gin Reply:
August 30th, 2008 at 8:32 am
Ooi! Judge you yg gile ke DSAI? What are you to judge DSAI? I fikir U ni SHY FOOL UMNO BN juga agaknya. This is not your blog, you go to BERUK blog and say anything U want!?
Reply
WE THE RAKYAT >>>PLEASE DONT FORGET THAT!!!
MALAYSIAN YANG PILIH KAMU….JANGAN LUPA!!!
Reply
Assalamualaikum saudaraku Datuk Seri Anwar Ibrahim…..
Berpeganglah dengan sumber alquran dan alhadis dalam memerintah Malaysia.Harap memerintah secara adil dan saksama.Jangan lupa akan hukum allah.Bersikap adil keatas semua kaum.
Tahniah kepada anda kerana memenangi kerusi Permatang Pauh – P44 yang telah diberi oleh Allah swt kepada orang yang dikehendakinya,dan boleh ditarik balik oleh Allah swt.
wassalam
Reply
Tahniah dan Selamat Maju Jaya buat DSAI..
Kerjakan mereka-mereka yang cuba menidakkan hak rakyat…
sekali lagi Tahniah buat DSAI.
Reply
DSAI…ANDA TELAH BERJAYA…SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI AHLI PARLIMEN YANG JUJUR..AMANAH..CEKAP. BIAR RAKYAT SETIA PADA KITA…
Reply
Tahniah DSAI menang di permatang pauh.. saya turut merasakan semangat seperti berjihat ke jalan Allah.. melihat banyak penyokong PR dan bendera PKR di merata tempat.
Reply
Reply
SYUKUR KPD TUHAN DIATAS KEMENANGAN DSAI. KALAU DAH JD PM, JGN LUPAKAN RAKYAT.
Reply
salam perjuangan,,,,salam reformasi buat DSAI
Reply
reformasi!!!!!
Reply
Salam,
Saya sememangnya selalu mengajak pemikiran saya kembali ke satu zaman seolahnya kita bersama Rasulullah s.a.w dan bersamanya menghadapi jerih keperitan berdepan jiwa-jiwa makhluk yang KASAR, bertuhankan nafsu dan kemewahan. Saya sedemikian kerna saya percaya kerna dengan itulah juga saya bersama saudara tidak ditakdirkan sezaman dengan Rasulullah sebaliknya kita sezaman untuk sama-sama menyaksikan betapa perlu kita meneguhkan iman,menegakkan kebenaran TANPA meneguk kesempatan. Saya yakin, Allah dan rasul sentiasa bersama saudara kerna mereka yang selesa dalam perjuangan sememangnya diciptakan sebagai bacul yang dipuja mereka yang buta akal fikirannya.
Taniah buat saudara dan keluarga!!!!Salam perjuangan…salam kesejahteraan……salam reformasi!!!!!!! Allahuakbar!!!!
Reply
ASLAMKUM SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DATO SERI DAN BERHARAP DATO SERI AKAN TERUS BERJAYA DALAM SEGALA CITA-CITA YANG DATO SERI PERJUANGKAN DEMI RAKYAT MALAYSIA YANG DAH LAMA TERTINDAS OLEH PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA….ALLAHUAKBAR
Reply
reformasi!!!!!..jatuhkan kerajaan BN, bangkitkan kuasa rakyat…reformasi!!!!!!
Reply
Assalamualaikum Dato Seri,
Alhamdulillah Allah SWT telah memberi kemenangan kpd Dato . Tahniah diucapkan..
Mudah2an Dato Seri dapat menjalankan amanah rakyat dengan penuh ikhlas,tanggungjawab
,jujur serta amanah demi rakyat Malaysia dengan berpaksi kepada ajaran Islam
serta sunah Rasullullah SAW..Rakyat Malaysia doakan agar impian tercapai demi
maruah bangsa , agama & negara.
Takbirrrr!!!!
Reply
Assalammualaikum DSAI. tahniah krn b,jy dlm lgkah p,tma kpd kbnaran. Smga dsai sntiasa b,pgg pd quran dan sunah. Tgak kn keadiln. Km sntiasa m,dkung anda
Reply