27
Aug
08

Rakyat jelak kempen melampau BN - Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Ogos (Hrkh) - PAS menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam membuktikan rakyat sudah jelak dengan kempen politik melampau Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat menolak calon BN walaupun pelbagai serangan dihala terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terutamanya tuduhan liwat kali kedua.

“Zaman Umno dan BN menggunakan kempen politik melampau sudah berlalu kerana rakyat hari ini tidak sama berbanding zaman sebelum merdeka,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Ladang Rakyat dan Panmont Height Sdn Bhd bagi melaksanakan projek tanaman pokok jatropha (jarak) dan nanas.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat Malaysia termasuk penduduk bukan Islam kini mendekati perjuangan yang didokong PAS kerana mementingkan keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Kata beliau Umno seharusnya mengambil iktibar daripada kesilapan pilihan raya umum sebelum ini.

“Sekarang sudah ramai rakyat yang berpelajaran tinggi, di mana berpuluh ribu setiap tahun mereka tamat belajar. Sudah tentu mereka dapat membuat pilihan antara benar dengan yang batil.

“Sudahlah, zaman Umno guna perjuangan kebangsaan dah habis dah..,” ujarnya.

Menurutnya juga Allah Taala menurunkan al-Quran untuk dijadikan perlembagaan hidup manusia, namun kerana ada kepentingan dunia perundangan itu diketepikan oleh pemerintah di negara ini. - mj _

Salmah Mat Husain


101 Responses to “Rakyat jelak kempen melampau BN - Nik Aziz”


  1. 1 KERABU Aug 27th, 2008 at 11:12 pm

    hidup tok guru….pikiran yang sentiasa bernas!!!!!! allahuakbar!

  2. 2 wong jowo parit rojo Aug 27th, 2008 at 11:13 pm

    salam semua
    Tahniah kpd DSAI
    Tahniah kpd semua penyokong yang bekerja keras di P’tang Pauh

    Saya tak sabar untuk melihat Malaysia yang lebih gemilang di bawah pimpinan DSAI

    AllahHuAkbar!!!

    Pemuda_Korban Reply:

    WONG JOWO PARIT ROJO SENG ENDI?
    BP OR MUO?

  3. 3 aisy al sidqi Aug 27th, 2008 at 11:32 pm

    tahniah DSAI, tahniah kpd semua… pandangan tuan guru gua sokong, gua pun rasa benda yg sama, gua harap pada masa depan org bn bleh berubah kepada kebaikan insyaallah, kita doakan bersama2, gua mcm tak sabar je nk tgk DSAI dlm parlimen, mesti best kan… menggigil pak lah bila DSAI ade dpn die… huhuhu

  4. 4 hentamsajela Aug 27th, 2008 at 11:32 pm

    Terima kasih kepada TGNA (berkat doa/sokongan/tenaga/kepercayaan/kerjasama/bantuan dll), pemimpin-pemimpin PAS dan jentera PAS dalam membantu perjuangan DSAI dan PKR sehingga membawa kemenangan besar kepada DSAI di P44.

  5. 5 ahmadhelmibahari Aug 27th, 2008 at 11:32 pm

    akum..
    teringin nak mintak tok guru nik aziz yg berhormat berikan pendapat/ulasan berkenaan pajero PKR yang dilekat stiker muka2 bush dan sekutu2 nya..

    TQ

    ayahteh Reply:

    sedare…

    ape lg yg anda xpuas ati ni ahmadhelmibahari…?

    kl anda betul nk tunjuk jantan, pegi umah TGNA tanye depan2 dia sendiri…ada berani??

    kami cabar kamu buat begitu kl kamu betul2 rasa kamu tu dh cukup benarr…

    pegi skang…berani kerana benar kan? ha, pegi…

    stakat bt kecoh kt sini baik xpayah…anda tetap dilayan mcm sampah & jd bahan ketawa kami saja.

    seeker Reply:

    Bro,,,
    Lu ni apa lah punya poyo,,,tak payah TGNA,,,wa ingat lu kurang membaca,,,lebih baik lu banyakan membaca baru lah lu faham,,,apa,,,? pasal muka lu tak d tampalkan kat pajero tu lu jadi jelous,,,lu bermimpi lah bro,,,orang dah lepas kemana lu baru nak acah acah,,,kasihan lu bro,,,main lagi dengan UMNO

  6. 6 zam Aug 27th, 2008 at 11:34 pm

    kami penduduk mengkuang titi berpuas hati setelah berusaha siang dan mlm MERDEKA

  7. 7 Muhammad Aug 27th, 2008 at 11:39 pm

    salam semua
    alhamdulillah.tahniah DSAI keatas kemenangan majoriti,semoga segala kepemimpinan datuk terus berjaya dan gemilang

  8. 8 ayahteh Aug 27th, 2008 at 11:40 pm

    assalamualaikum,

    saya setuju dgn kenyataan TGNA…alhamdulillah makbul doa tuan guru selama ni.

    ‘umNO perlu berbuat sesuatu jika mahu terus relevan di mata rakyat,’ itu komen muhyidin yassin org kuat umNO sendiri, seperti liang lahad umNO terbayang dr riak wajahnya.

    ‘najib harus bertanggungjawab, paklah tiada lagi wibawa sbg pemimpin,’ kata kuli dgn tsenyum manja, seolah2 kerusi presiden umNO sudah melekat di punggungnya.

    ‘pakatan rakyat tak menang, BN yg kalah.’ kata che’det si putar alam sambil memikirkan hanya kemboja yg ingin menerimanya sbg warganegara.

    ‘ini perkara biasa dlm demokrasi…takkan menggugat pemerintahan kerajaan,’ kata paklah tetap terus menguap mpertahankan air liur basi & bantal empuknya…

    ‘RE…FOR…MA…SIII…!!!’ laungan rakyat, itu yg bergema kedengaran ketika ini di mana2 pelusuk seluruh Malaysia.

  9. 9 ilovemycountryMALAYSIA Aug 27th, 2008 at 11:42 pm

    Allahuakbar!
    Allahuakbar!
    Allahuakbar!

    Teruskan Perjuangan mu Tok Guru!

  10. 10 KETUANAN RAKYAT HERO Aug 27th, 2008 at 11:45 pm

    Dr Mahathir predicted that with Anwar back in Parliament, he would be making “life very difficult” for Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.”I don’t think Abdullah is a match for Anwar. This man (Anwar) can convince even the devil to follow him. He is going to raise all kinds of issues and questions and will demand and pressure the Prime Minister for answers. It is going to be a tough time for Barisan,” Tun said. - Correct, Correct, Correct.

    Memang betul dan jauh pandangan Pak TUN Dr M and Tuk Haji pasal UMNO telah ketinggalan zaman disebabkan tamak, sombong, korupsi, sikap kroni dan bau perkauman dalam parti dan pemimpin-pemimpim. Dalam bulan HANTU ini, semua hantu hantu dan toyo toyo pun keluar beramai -ramai sokong dan undi Sdr DSAI dan tolak UMNO - BN yang dibenci semua rakyat kini.

    BADAN BINASA PASAL MULUT KOTOR & DURI DALAM DAGING - PEPATAH MELAYU UNTUK KETUANAN MELAYU SOMBONG.

    HIDUP BANGSA MALAYSIA

  11. 11 gc Aug 27th, 2008 at 11:51 pm

    hello,

    was YB gobalakrishnan and his two sons released from lokap?
    read paper said he was beaten on 26/8/08 evening and ditahan for stopping phantom voters.
    is he released?
    heard he was handcuffed and taken to hospital for x-ray
    why police beat him?
    he and his two sons did right thing by stopping phantom voters bus.

  12. 12 alfetta Aug 27th, 2008 at 11:54 pm

    Saya sekeluarga di Singapura amat menyanjungi Tok Guru…super clean image..tak macam pemimpin2 UMNO.

    Anyway, tahniah sekali lagi kepada DSAI, jentera PKR, PAS dan DAP.

    Maka bertambah kuat suara pembangkang di Parlimen nanti bila DSAI mnyertainya semula ibarat sirih pulang ke ganggang.

    Takbir!!

  13. 13 taiping KL Aug 28th, 2008 at 12:09 am

    “Zaman Umno dan BN menggunakan kempen politik melampau sudah berlalu”. Ayat ni RTM3 dah manipulate dan putarbelate dalam BULUTIN UTAMA pukul 8 tadi. Punyalah panjang tuan guru cakap, ayat tu je yang keluar TV. Iklan panjang berjela tak pulak kena potong. Tengin bebenor.

  14. 14 LimitedEdision Aug 28th, 2008 at 12:15 am

    Semoga DSAI akan dapat merealisasikan impian mewujudkan Malaysia baru yg lebih makmur..aminn

  15. 15 Lawan Tetap Lawan Aug 28th, 2008 at 12:21 am

    Tahniah tok guru. Ternyata selepas kemenangan rakyat dengan memenangkan DSAI, BN terutamanya UMNO masi dalam state of denial / penafian akan pilihan yang dibuat rakyat. Dalam paparan berita arus perdana (main stream media); betapa pemimpin2 UMNO masih menidakkan kemenangan DSAI sebagai sesuatu yang signifikan.

    Biasala UMNO, 200 ahli PKR masuk BN.. keluar TV situ, TV sini.. Akhbar itu.. Akhbar ini.. Tapi keluar ahli BN 2000 masuk PKR/DAP/PAS.. dia buat tak tahu pulak.. inilah ketelusan yang mereka canangkan. Tapi rakyat lebih tahu..

    * Harap2.. MP BN yang tak was-was akan pimpinan kroni UMNO akan menunjukkan keberanian mereka untuk menyatakan pendirian..

  16. 16 Tuan Lokong Aug 28th, 2008 at 12:22 am

    Tahniah sekali lagi DSAI atas kejayaan Cermerlang keep it up Dato Seri,…

  17. 17 MIZUMI ABE Aug 28th, 2008 at 12:41 am

    omedeto gozaimasu tok guru.
    anatawa honto ni jozu desu ne. Ja ne, ganbatte kudasai. Banzai DSAI !

  18. 18 BAWEAN TERMENUNG Aug 28th, 2008 at 12:43 am

    tahniah buat dsai..ingatlah doa rakyat buat dsai selama ini.. harap islam akan lebih mulia dengan kemulianmu..salam komunitas bawean peranakan @ rantau.. tahniah..

  19. 19 abGBrader35 Aug 28th, 2008 at 1:37 am

    ALHAMDULILLAH….TAHNIAH!!! DSAI…TAHNIAH PR U ALL DONE A GREAT JOB…..
    MOGA DSAI & PR TERUS MELANGKAH SEIRINGAN LEBIH JAUH…..

    PANJATKAN DOA AGAR KESIHATAN TOK GURU DALAM SENANTIASA DALAM KEADAAN SIHAT…

  20. 20 PENCINTA NEGARA Aug 28th, 2008 at 1:45 am

    hidup TGNA
    tidak keterlaluan jika dikatakan TGNA merupakan ikon bagi rakyat

  21. 21 labu sayong Aug 28th, 2008 at 1:47 am

    Saya just nk berlaku adil…bagi saya pakatan rakyat berkempen pn sama jgk la…mengata menghina memfitnah tanpa ada bukti yang kukuh dan sahih…sama ja bn dgn pakatan rakyat ni…nama pn politik…nk menang hati rakyat dengan kebijaksaan, idea2 yg bernas utk negara dah xmampu nk buat…terpaksala hina org sana sini,kutuk org sana sini,caci org sana sini…sama ja umno ka,pas ka,pkr ka…tuk guru nik aziz pn penah ckp…mmg manusia ni blh kena kutuk…sbb manusia ni yg bt jahat…politics is always dirty….no matter which camp we joined…percayala

    john Reply:

    labu……… haha…..

  22. 22 mohd noor AR Aug 28th, 2008 at 2:01 am

    Asalamualaikum sebagai anak jati Seberang Perai saya ucapkan Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Ulama2 PAS yang telah bersusah payah menyertai kempen dan khususnya kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim kerana memenangi pilihanraya Permatang Pauh.Sebagai rakyat malaysia saya merasa lega
    kerana ada golongan yang betul2 bersungguh2 menegakkan kebenaran dan Keadilan dan mencegah kemungkaran .Mereka yang melampau batas harus diajar supaya kembali kepada Islam sepenuhnya bukan separuh2.Teruskan kepimpinan tuan2 semoga diberkati Allah rakyat malaysaia seluruhnya.

    Pencinta Keamanan dan Keadilan.

  23. 23 kabusputih Aug 28th, 2008 at 2:20 am

    JANGKAAN
    Si mata lebam,
    terkebil-kebil lagi
    di celah-celah gerigi besi pekat berkarat,
    pandangannya tidak mudah menemui asalnya semula,
    bertambah lebam,
    melakar pemandangan berbalam semakin kelam,
    penat,
    menunggu isyarat untuk beristirihat,
    angkara ketebalan dusta dari manusia berkusta.

    KEBENARAN
    Si mata lebam,
    tiada kenal arti gerigi besi,
    ke Sungai Buluh sudah diharungi,
    yang terpacak dipatahnya berulangkali,

    Kini,
    diberikan penawar se kalung bunga mawar,
    dijunjung bayangan yang samar-samar tapi setia,
    tiada lagi pencium tangan penyembah kaki,
    pembawa sengsara tujuh puluh dua purnama.

    Pandangannya bertambah terang pantas menandingi,
    mangkuk ajaib mama mia seorang ‘mother gypsy’,
    di hadapannya satu impian suci menanti.

    Dengan hati yang cekal kepunyaan si Leo,
    majulah si mata lebam seorang hero,
    dari Sungai Buloh yang hina nista,
    ke Kota Putrajaya membawa rencana.

    Berjayalah hendaknya pewira rakyat jelata,
    banyangan samar-samar dahaga dibela.

  24. 24 Mohd Safuan Aug 28th, 2008 at 2:49 am

    Saya sokong 100% kata2 tok guru.
    Berpegang lah kita kepada Al-quran dan As-sunnah, dan jangan sekali2 abaikan dalam apa2 cara dalam sepanjang kehidupan sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini..
    Wassalam

  25. 25 orang muda Aug 28th, 2008 at 4:25 am

    Gaya politik tradisional umno yang penuh dengan caki, maki, serang menyerang, adu domba,taburan wang sudah tidak releven dalam politik malaysia. Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia kuburkan Umno dan Barisan Nasional di bumi Malaysia ini.

    http://suarasaktii.wordpress.com

    Seri Kundang Man Reply:

    Setuju supaya semua rakyat Malaysia kuburkan BN. Saya masih tercari-cari batu nesan untuk serah pada KJ agar dapatkan pacakkan di Permatang Pauh utk BN bukan untuk Ariff Shah. Ikut KJ dia nak pacak untuk DSAI. Mungkin KJ sibuk berpolitik dan jarang duduk dalam kuliah agama. Manusia seperti KJ hanya boleh merancang tapi perancangan yang maha esa mengatasi segala-galanya.

  26. 26 Anjun Andiff Aug 28th, 2008 at 6:11 am

    Alhamdullilah, Syukur kepada Allah S.N.W. atas kurnianya memberi kemenangan kepada Dtk. Seri Anwar sekaligus kemenangan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sesungguhnya yang benar itu tetap benar sementara yang lalang itu tetap lalang. Saya ingin berpesan kepada mereka yang berjiwa lalang ni, sudahlah, cukuplah dan tak payah lagi nak mengampu serta menegakkan benang yang sedia basah. Percayalah rezeki yang kamu perolehi dengan mengampu serta memburukkan sekaligus mengaibkan orang lain yang tidak bersalah itu sebenarnya adalah dalam kategori HARAM hukumnya.

  27. 27 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Aug 28th, 2008 at 6:31 am

    Askm dato seri

    jamil gunakan foto-foto dato seri di flickr untuk blog jamil.harap dato seri tidak keberatan.

    terimakasih

    jamilkucing

  28. 28 kotadamansara Aug 28th, 2008 at 7:08 am

    salam,
    takbir! reformasi….
    apa yang penting pemikiran rakyat…. terutamanya di permatang pauh
    tahniah kepada semua
    ALLAH HU AKBAR!!!!

  29. 29 ayu Aug 28th, 2008 at 7:09 am

    Tok Guru!!!! mana pi Hadi Awang dan Nasa??????? Hidup lagi ke?????
    Langsung tak nampak pun muka dia orang ni….
    Bermuzakarah lagi ke ngan UMNOOOO……

    Dah! dah! lah tu…. tak yah nak susah2 bermuzakarah dengan parti yang dah nak ke alam barzakh…. Buang masa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  30. 30 Teacher Aug 28th, 2008 at 7:34 am

    YA ALLAH…..LONG LIVE TO TOK GURU!!!!!!!!
    A MAN WITH FULL OF WISDOM!!!!!!
    LET MALAYSIA BE BLESS WITH THE IMPLEMENTATION OF AL QURAN TEACHING AS GUIDANCE!!!

  31. 31 Azari.Aur@Rembau Aug 28th, 2008 at 7:44 am

    TV3 dan TV TV yang sewaktu dengannya adalah penyumbang kepada kekalahan serta kebencian rakyat

    terhadap BN.Kempen melampau yang dijalankan dalam tv kepunyaan mutlak BN menyababkan rakyat

    muak,jelak,loya dan berbagai-bagai perasaan yang tidak dapat digambarkan lagi.

    Makin banyak kempen dijalankan dalam tv makin jauh perasaan rakyat terhadap BN.

    Tahniah BN, TV3 , RTM dan akhbar tempatan kerana telah menjayakan kempen untuk membenci BN…

    Selamat berundur buat BN.

  32. 32 BangAbu Aug 28th, 2008 at 7:51 am

    SETUJU TUAN GURU,
    BIAR DIE RASE.

    SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,
    CAKAP BOHONG LAMA-LAMA……. lama2 ape yah ?

    LAMA-LAMA MAKAN TAIK SENDIRI !
    (korang pikir le sendiri apa makna nye….kata2 sufi tinggi tuh!)

    ………aku bagi klu, tak yah…..

    ……… LAMA2 JADI GILA BABI !

  33. 33 fauzi Aug 28th, 2008 at 8:16 am

    Penilaian selepas 5 bulan Pilihanraya Umum pada 8 Mac 08 lalu menunjukan sokongan terhadap PR telah meningkat. Manakala sokongan kepada BN pula nampak semakin menurun.

    Segalanya bermula di Permatang pauh.

    Ogos 2008 PKR (ANWAR) = 31,195
    Mac 2008 PKR (wan azizah) = 30,338
    Kenaikan undi PKR sebanyak = 857 atau 2.74%

    Ogos 2008 BN = 15,524
    Mac 2008 BN = 16,950
    Penurunan undi BN sebanyak = 1426 atau turun 9.18%

    Angka di atas menunjukan bahawa sokongan kepada PR meningkat 2.74% dalam masa 5 bulan dan di pihak BN pula sokongan terhadap parti itu mula merosot sebanyak 9.18% dalam masa 5 bulan.

    Majoriti Ogos 2008 PKR mendapat 15,671 berbanding 13,388 pada bulan mac 2008 dengan kenaikan sebanyak 2263 orang atau 14.56%. Walaupun ini adalah pilihanraya kecil tetapi seluruh negara memberi tumpuan dan BN mengunakan segala jentera dan dana wang ringgit meraih sokongan, tetapi pengundi memberi keputusan sebaliknya, sokongan BN di sahkan merosot dan PR mula meningkat.

    Taktik jahat BN dengan membuat fitnah liwat dan menjaja fitnah memberi dosa kepada mereka dan pengikut BN serta memakan diri sendiri dan keputusan di P44 adalah bukti jelas rakyat menolak fitnah tersebut.

    Datuk Arif Shah BN hanya mendapat 15,524 pada 26 Ogos lalu dan tiada langsung nombor ONG KHURAFAT iaitu “NO 3″ dalam keputusan tersebut dan kepercayaan karut marut Arif Shah memakan dirinya dan partinya.

    http://koleksiparlimen.blogspot.com

  34. 34 Pemerhati Aug 28th, 2008 at 8:47 am

    Tahniah kepada DSAI dan semua pimpinan Pakatan Rakyat kerana berjaya di Permatang Pauh, semoga dapat mengurus negara ini dengan sebaik dan seadilnya.

    Drpd; Rakyat Malaysia dari Sabah.

  35. 35 Bigfoot Aug 28th, 2008 at 9:27 am

    Terima kasih Tok Guru semoga dipanjangkan umur dan sihat selalu. Buat DSAI hargailah sumbangan Tok Guru. Semoga DSAI dilindungi ALLAH hendaknya dan selamat kembali ke Parlimen.

  36. 36 Pateriotik Merdeka Aug 28th, 2008 at 9:28 am

    Saya setuju benar dengan komen TGNA. Semoga doa-doa beliau dimakbulkan. Tahniah juga kepada DSAI. Semoga perjuangan berterusan dan dirahmati. Semua rakyat harus bangkit. Tidak mementingkan diri sendiri. Bersama berjuang dan berkorban demi Agama, Bangsa dan Negara tercinta. Kasihi kesejahteraan, Kemajuan, Kerahmatan dan Kebahagiaan yang mana kita semua kena berusaha untuknya. Jangan sekadar tunggu dan lihat,sebaliknya sumbangkanlah walau sepatah dua seruan ke satu matlamat seiring yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin yang dihormati seperti TGNA. Assalammualaikum.

  37. 37 I Love PAKATAN Aug 28th, 2008 at 9:29 am

    Saya betul-betul teruja dengan Tok Guru. Pemikiran dan pendapat yang bernas. Saya bumiputera Sabah bukan islam tetapi untuk kebaikan bangsa Malaysia, saya ingin melihat perubahan pentadbiran kerajaan Malaysia kearah kerajaan yang unggul. Semoga DSAI & Tok Guru dipanjangan usia.

  38. 38 ANUAR Aug 28th, 2008 at 9:49 am

    SUDAH SAMPAI MASANYA UMNO/BN BEREDAR DARIPADA POLITIK.

    POLITIK UMNO/BN DAH TERGADAI, MARUAHNYA SUDAH JATUH DAN TELAH HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT.

    SAMPAI MASANYA UMNOBN MENUTUP LUBABG YANG DIGALINYA SENDIRI.

    SU;PAH LAKNAT TELAH MAKAN DIRI SENDIRI.

    RAKYAT SUDAH MATANG.

    BAGI YANG GILA KUASA, GILA NOMBOR JUDI, GILA TALAK, GILA DUIT, GILA BABI DAN GILA PERMPUAN TU…………………

    MASANYA SUDAH TIBA UNTUK BERTAUBAT, INSAF DAN MENYESAL.

  39. 39 akulah Aug 28th, 2008 at 9:51 am

    tahniah buat DSAI, lambang perjuangan tegar dalam membela rakyat malaysia bukan untuk kaum melayu sahaja mcm yang selalu dimomokkan UMNO, tak kisah lah orang nak kata melayu terpinggir ke apa ke,bagi saya apa yang UMNO buat dari dulu lah menjadi penyumbang berlaku nya segala macam keterpinggiran dan lemah juang melayu, apa yang UMNO buat untuk orang melayu, melayu macam tu jugak, koata 30% pun tak pernah archieve sampai sekarang, yang nampak apa yang mereka buat hanya untuk kekayaan mereka sendiri bukan untuk orang melayu…harap DSAI boleh menyama tarafkan melayu dengan kaum cina terutama dalam aspek ekonomi… bantu kaum india yang masih jauh ketinggalan dalam semua sudut, banyak DSAI perlu lakukan untuk mencipta keharmonian,kesamarataan dan saling menghormati.. bukan manis dibibir tapi dalam hati menyimpan curiga…saya orang melayu,melihat hebatnya cina dalam bisnes,saling membantu, kaum india yang tidak menonjol, bila mereka bersatu bergegar satu malaysia. Dan melayu masih lagi bertelagah dari ekonomi,politik dan agama,Bukan kerana kita lemah kita jatuh,tapi kerana kita tidak bersatu…

  40. 40 Samuel Goh Kim Eng Aug 28th, 2008 at 10:05 am

    Can people continue to profess
    What they want to fully confess
    As their own solutions to progress
    Without having deemed to transgress

    (C) Samuel Goh Kim Eng - 280808
    http://MotivationInMotion.blogspot.com
    Thu. 28th Aug. 2008.

  41. 41 Samdol Aug 28th, 2008 at 10:06 am

    Saya sangat bersetuju dgn pendapat TGNA.
    Minda UMNO masih dijajah cara pemerintahan penjajah Inggeris
    sebab tertubuhnya UMNO dgn restu didik Inggeris pada tahun 1946 jadi corak
    perintah UMNO dgn memperbodohkan rakyat seperti Inggeris memperbodohkan UMNO
    dahulu.

    Kesedaran rakyat menolak tektik jahat kotor UMNO amalan penjajah Inggeris itu.
    Sekiranya tidak berubah !!….diPRU 13 UMNO akan terkubur.

    Salam sejahtera TGNA dgn keberkatan dan kesejahteraan dari ALLAH.

  42. 42 Samuel Goh Kim Eng Aug 28th, 2008 at 10:13 am

    If anything on earth deemed ’sensitive’ is blocked
    Then all blockheads should be the first to be blocked
    Often when the door is wrongly closed
    There’ll be a window still left exposed

    (C) Samuel Goh Kim Eng - 280808
    http://MotivationInMotion.blogspot.com
    Thu. 28th Aug. 2008.

  43. 43 Ampunkan Dosaku Aug 28th, 2008 at 10:16 am

    Saya setuju dengan NIk Aziz..
    walaupun pentadbiran menggunakan hukum Al-Quran..
    Rakyat yang beragama dan berbangsa lain tidak ditindas..
    kerana hukum Al-Quran itu adil

    Lau BN memerintah…Semua bangsa dan agama ditindas..
    yang hidup senang,hanyalah Pemimpin-pemimpin BN dan kroninya..
    rakyat jelata,walaupun pengundi Bn sendiri tetap ditindas…

  44. 44 tycoon Aug 28th, 2008 at 10:25 am

    Salam semua…
    Memang pandangan Tok Guru tu ada significannya…
    BN selama ni memang tak tau nak mencari formula… lagipun memang dah tak dak formula hehhehe…
    Mereka yang buatkan keadaan menjadi sebegini sebenarnya.. Pemimpin2nya pun tak sedar2 lagi… Itulah yang terjadi kalau kita asyik mencari kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri tak nampak2…
    Semoda DSAI boleh menunjuk ajar semua ahli mp BN lepas ni…
    http://www.electrologystlouis.com/index.php

  45. 45 daniel Aug 28th, 2008 at 10:38 am

    memang dari dulu lagi,setiap kata tok guru memang mempunyai kebenarannye…
    beliau adalah pejuang sejati islam dan org melayu…. dan patut dicontohi…
    hidup tok guru….semoga tok guru dipanjangkan umur…..allah hu akbar!!!

  46. 46 al ashaari Aug 28th, 2008 at 10:45 am

    Ya, perjuangan kebangsaan bukanlah dituntut dalam Islam. Tugas manusia ada dua iaitu pertama, mengabdikan diri kepada Allah dan Kedua , Menegakkan Addin dan mentadbir dunia dengannya.

  47. 47 Pemuda_Korban Aug 28th, 2008 at 10:46 am

    TAKBIR…….ALLAHHUAKBAR 3X
    HIDUP TUAN GURU NIK AZIZ..
    AL-QURAN DAN HADIS PERLU DIJADIKAN RUJUKAN UTAMA NEGARA
    SEKIRANYA KERAJAAN BARU TERBENTUK,AGAMA WAJIB DIJADIKAN TUNJANG

    TAKBIRRRR

  48. 48 sinar_cahaya688 Aug 28th, 2008 at 10:51 am

    Sama-sama kita menyambut Hari kemerdekaan yang membawa pembaharuan dan perubahan!

    Berani kerana benar, takut kerana salah.

    Menang kerana keadilan, kalah kerana penghasutan.

    Bijak kerana pemikiran, bodoh kerana pembohongan.

    Jujur kerana keikhlasan, Jijik kerana pengkhianatan.

    kena ingat semua ya, ya lah tu… inysaallah

  49. 49 macho Aug 28th, 2008 at 10:55 am

    ALHAMDULILLAH,SYUKUR PADA ALLAH S.W.T.KERANA TELAH MELETAKKAN KEMENANGAN PADA HAMBANYA YANG TERPILIH,SEMOGA DENGAN KEMENANGAN DSAI,AKAN MENGGERAKKAN MALAYSIA BARU YANG ADIL DAN SAKSAMA BERLANDASKAN PEMERINTAHAN SECARA MENYELURUH MENGIKUT AL-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W.UTAMAKANLAH NASIB GOLONGAN FAKIR DAN MISKIN ,ANAK YATIM,IBU TUNGGAL,ORANG-ORANG KURANG UPAYA DAN WARGA EMAS SUPAYA KESEJAHTERAAN GOLONGAN INI TERBELA. PASTIKAN MASYARAKAT MALAYSIA BERIMAN HANYA KEPADA ALLAH S.W.T,AGAR MEREKA TIDAK SESAT DALAM TERANG DAN TERHINDAR API NERAKA YANG AMAT DAHSYAT SEKSAANNYA.

  50. 50 Maniwannan Aug 28th, 2008 at 10:59 am

    Tok Guru….May God Bless You with longlife & health.. I’m blessd to witness again my “once” beloved country back to normal as it was before the administration of UMNO/Bn 22yrs ago….i was born at a time as a child where i did not know racism or segregation due to different faiths……my heart pains to see what was happening all this while…i’m relieved people like u,DSAI are sent by GOD again to bring this nation to the corect path we had been before Mahathir…..i as a practising Hindu , have never had any ill faith towards my other Malaysian brethren in aspect of race or religion and i’m stil…THANK GOD for u people again…GOD BLESS YOU AND THIS BEAUTIFUL COUNTRY OF MINE FOREVER.

  51. 51 lin Aug 28th, 2008 at 11:15 am

    salam semua,
    aku pun orang jowo juga,
    mudah-mudahan akan ada perubahan yang baik,
    dibawah pemerintahan orang yang baik akhlaknya dan bijak…
    amin……

  52. 52 Orang Susah Aug 28th, 2008 at 11:21 am

    Tahniah DSAI atas kemenangan PKR. Tahniah orang Permatang Pauh kerana tidak mudah terpedaya dengan dakyah BN. Satu tekad permulaan yang jelas bagi membawa negara ke arah Malaysia yang lebih makmur dan bebas dari korupsi serta pentadbiran kurang cekap sehingga menekan kehidupan rakyat.

  53. 53 Ijam Jowo Aug 28th, 2008 at 11:53 am

    Tahniah DSAI…..Semoga visi DSAI tercapai

  54. 54 pechal Aug 28th, 2008 at 12:05 pm

    Tok Guru mmg pemimpin yg brkarisma……..Tahniah warga Permatang Pauh.

  55. 55 Kiefly Aug 28th, 2008 at 12:06 pm

    Tak apalah Tok Guru..Yang pentingnya DSAI dah menang besar kat Permatang Pauh tu..Itu dah cukup memberi pengajaran kepada sesiapa yang berkenaan atau berkaitan menjatuhkan DSAI..Walaupun bermacam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada DSAI namun Allah yang lebih mengetahui dan menentukan segalanya..Syukur Alhamdulillah..Diharapkan kemunculan DSAI di Parlimen nanti akan memberi tamparan yang hebat kepada MP-MP yang menghina dan berkomplot menjatuhkannya sebelum ini. Dunia semakin berubah..Manusia semakin tabah..Terus berdiri teguh wahai DSAI jangan sampai rebah..Biarkan Si Luncai Terjun Bersama Labu-Labunya..

  56. 56 Maria Aug 28th, 2008 at 12:07 pm

    Allahuakbar…

    Kagum dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Frust betul hari nie tak dapat dengar dari radio 24 lintas langsung dari dewan parlimen DSAI angkat sumpah disana.. entah kenapa hari nie radio 24 asik ada masalah teknikal saja dari pagi.

    Hahaha kalau tak silap beberapa minggu lepas ada yang kata yang tambang bas takkan dinaikkan musim perayaan ini, pagi nie surcharge dinaikkan 30%.. bila la nasib rakyat akan terbela? kesian orang2 diperingkat rendah nak balik.. kalau ramai anak tu tentu lebih membebankan.. Minyak turun pun tak dapat membantu apa2 kerana harga kos barangan takkan turun.

    Cepat2 lah DSAI menuju ke Putrajaya.. tak sanggup lagi nak hidup susah. Kami pun nak hidup senang jugak bukan orang2 besar je yang kenyang poket.

    Syabas DSAI..
    Hidup DSAI..

  57. 57 chong Aug 28th, 2008 at 12:11 pm

    hidup PAS!!!

  58. 58 Yang mahu keadilan... Aug 28th, 2008 at 12:21 pm

    Semoga pakatan rakyat akan memerintah pada 16 September ni…

  59. 59 Skyhigh Aug 28th, 2008 at 12:41 pm

    For those of you who still want to access the malaysia-today website, use this link
    http://mt.harapanmalaysia.com/2008

  60. 60 hyde Aug 28th, 2008 at 12:45 pm

    Rakyat telah zahirkan kemualan itu sekian lama, kenyataan bernas Dato’ TG menguatkan lagi. Didoakan semoga mereka sedar..masalah mereka ialah bila sering tidak mengambil ikhtibar dan mendengar nasihat ulamak.Kemenangan DSAI memungkinkan peranan ulamak di tangga teratas.Insya Allah.

  61. 61 Muslimpreneur Aug 28th, 2008 at 12:48 pm

    Tahniah DSAI__Daripada seluruh warga IIU

  62. 62 BRADER PKR Aug 28th, 2008 at 12:58 pm

    DSAI

    tahniah kembali ke parlimen

    takmuru bil makruf wa tanhau anil munkar

    semoga dsai berjaya sebagai seorang MP yang memperjuangkan kemaslahatan rakyat malaysia

    reformasi! takbir!

  63. 63 pooh Aug 28th, 2008 at 12:59 pm

    sye sokong ape kte tok guru…cukup2 ah BN main kotor…generasi skunk mcm sye dh boleh nk berpk yg mane btul or salah….

  64. 64 ramsa Aug 28th, 2008 at 1:04 pm

    Assalamualaikum semua

    Saya kini merasa jelak di kalangan kawan-kawan saya yang masih bergantung hidup kepada pemimpin-pemimpin UMNO, mereka kenal rapat orang-orang besar UMNO, bangga dapat kenal orang-orang ini. Pada mereka orang-orang inilah yang memberikan rezeki melalui projek2 yang diberi. Mereka terlalu hebat dan agung dan seolah olah mereka untung dan bertuah dapat berkawan dgn pembesar2 UMNO ini. Kalau duduk bersembang dgn diorang..semua cerita juta-juta projek yang bakal dapat dari org UMNO. Kita ni yang tak kenal orang UMNO seolah-olah akan macam terkilan tak dapat berkawan dgn mereka(org UMNO). Sebut sahaja nama pembesar itu..mereka boleh dapat itu dan ini.
    tapi…….mereka lupa bahawasa nya ALLAH lah yang memberi rezeki..mereka bangga kerap berjumpa pembesar2 ini tapi berapa kerap mereka berjumpa dgn ALLAH?.. mereka rasa kekayaan mereka akan kekal selama-lamanya dan pimpinan UMNO..tapi lihat lah hari ini..mereka bakal kecundang.. InsyaALLAH dgn kepimpinan DSAI, segalanya akan berubah..dan dimana kah kawan-kawan saya ini nanti. fikir-fikirkan la

  65. 65 pak belalang Aug 28th, 2008 at 1:11 pm

    Terima Kasih Tok Guru kerana turut berkempen untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim, JasaMu sentiasa di kenang, Takbirr!

  66. 66 renaissance.MY Aug 28th, 2008 at 1:15 pm

    congratulation to DSAI for returning to Dewan Rakyat in style by winning P44 with a bigger margin

    renaissance.MY’s last blog … Anwar In Parliament

  67. 67 anak malaysia Aug 28th, 2008 at 1:22 pm

    Benar sekali kata-kata Tok Guru, zaman ini semua rakyat di bawah satu bangsa, iaitu Bangsa Malaysia, tidak kira apa-apa kaum. UMNO sudah tidak relevan lagi, mereka cuma mahu mengapi-apikan isu-isu perkauman and menggunakan taktik-taktik tidak bermoral untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia. Rakyat bukannya buta mahupun bodoh, keputusan undi di Permatang Pauh jelas memberitahu hasrat and isi hati kami, majulah pergabungan PKR-PAS-DAP, kami mahukan perubahan, kerajaan yang baru..sebuah negara yang maju,adil dan bersih!

  68. 68 ums Aug 28th, 2008 at 1:25 pm

    wajah ceria DSAI menolak kepalsuan BN

  69. 69 atifgazali Aug 28th, 2008 at 1:26 pm

    Jika manusia tidak mengikut hukum yang telah Allah ciptakan..
    habislah semua..perundangan punah randah..

  70. 70 SOLEH Aug 28th, 2008 at 1:28 pm
  71. 71 SOLEH Aug 28th, 2008 at 1:31 pm

    VIDEO ANGKAT SUMPAH

    http://www.metacafe.com/watch/1676675/anwar_ibrahim_was_sworn_in_as_a_member_of_parliament/

    HANYA ADA 3 MENTERI PADA MASA ANGKAT SUMPAH TERSEBUT.SALAH SORANG Datuk Seri Nazri Abdul Aziz YANG MENGUCAPKAN TAHNIAH BAGI PIHAK KERAJAAN.

    MANA MENTERI LAIN PERGI?

    BACA KOMEN2 RAKYAT MALAYSIA DISINI
    eSOK aHLI PARLIMEN UMNO,KENA PAKAI TOPENG….

    http://tawanpekan.blogspot.com/

    BangAbu Reply:

    KO KENA PAHAM LE SOLEH…..!

    DIA ORANG TU KAN MENTORI. DIA BOLEH BUAT APE DIA SUKA. ORANG LAIN JANGAN. TAK BETUL BELAKA. ORANG LAIN KENA KERJA KUAT. JADI MENTERI KAT MALAYSIA NI SYARAT PAKAI CAKAP JE ! GORENG-GORENG LEBIH KURANG. HENTAM SANA, HENTAM SINI. KIRA OK LE TUH !

    MENGABIHKAN BOGHEH !

    CUBA KO TENGOK KJ ! KEJE TAK DE. SETAKAT YANG AKU TAU LAYAR BURUK JE. TAPI, CUBO KO TENGOK GAYO CAKAP DIA !KALAH PAK MERTUA ! YANG AKU HERAN, DUIT SEKOR NI BANYAK. MANA DIA DAPAT HAH ?

    seeker Reply:

    kan dia tu penyamun tarbus,,,segala macam di jual pada YAHUDI,,,sampai seluar dalam Pak Mertua dia pun jual dengan YAHUDI,,,satu dunia dah TAU,,,cuma orang2 UMNO je yg tak tau

  72. 72 renaissance.MY Aug 28th, 2008 at 1:36 pm

    BN will go down into oblivion come 16/9 … insya-Allah

    renaissance.MY’s last blog … Anwar In Parliament

  73. 73 Balabaque Aug 28th, 2008 at 2:23 pm

    hidup DSAI…………

    jangan pula sisihkan rakyat Sabah……..
    saya merupakan penyokong kuat pakatan rakyat….oleh itu jangan tumpukan kemajuan d semenanjung shaja……lihatlah juga penderitaan kami (rakyat Sabah) yang sangat jauh ketinggalan angkara ekonomi yang dipolitikkan oleh BN dan UMNO……….

    Majulah Pakatan Rakyat!!!!!!!! realisasikan REFORMASI!!!!!!!!!

  74. 74 angkasawan nasa Aug 28th, 2008 at 2:23 pm

    Assalamualaikum w.b.r.

    Salam sejahtera buat semua rakyat yang mahu berubah dan semua jentera Pakatan rakyat yang telah berkerja tampa jemu untuk memastikan kemenangan DSAI keringat mu di kenang dan di hormati. saya sebagai nasi tambah dengan apa yang di katakan oleh Tok Guru memang tepat, kita di abab ke 21 tetapi UMNO masih berfikiran zaman batu. dizaman cyber ini UMNO masih guna kertas ( Utusan Meloya ) nanpaknya zaman Cyber akhbar lebih banyak di scrap dari di beli untuk di baca. Harap UMNO sedar dari tidur mu yang lena itu.

    Salam hormat buat Utusan Meloya dan Berita Haram.

  75. 75 d.oxleykhan Aug 28th, 2008 at 2:25 pm

    Dear DSAI,
    TAHNIAH !!! Atas Kemenangan Raayat Malaysia Yg belum Merdeka Hakilki.

    The actual fact is that THE UMNO WERE NOT LOOKING AFTER THE MALAYS. Well 50 years ago d malays were in Town n living better but now in the jungle getting backward. Their lands gone. Property sold. Adat istiadat fading away, where`s the inang, zapin, joget n culture gone. Their moral wow !!! with mat rampage, pusat seranti dll. Apa yang nak dibanggakan semasa umno memerentah- tiada club, association atau persatuan or even one Malaysian school with all races - nothing. The British built Malay Reservation, Jaga Raja2 ramai kaya raya maruah tip top. Sekarang kebanyakkan miskin papa kedana, sanggup buat apa saja nak hidup…
    Not like the MCA, Gerakan, MIC or PPP…..who really take care of their community. Look at the d malays. Apa sudah jadi dgn pemimpin2, penguasa2, broker2 yang boleh dibeli. Nak selamat pilih Pemimpin seperti Datuk Sera Anuar Ibrahim. Semasa jadi TPM tiada harta, PM mahatuhir ada Ladang Kuda etc di Argentina, Menteri lain ada harta merata dunia . Ada jawatan dlm umno blh jadi kaya sekejap, Siapa yg mendirikan UIA, Bank Islam, PPRT dan banyak lagi siapa kalau bukan DSAI. Come on man wakeup jangan tidur lagi see 4 yourself what is HAPPENING. You need …..REFORMATION…4 the good of the RAAYAT of ONE MALAYSIA - Orang Bandar

  76. 76 mnzct Aug 28th, 2008 at 2:38 pm

    setuju bonar eden dengan kato² tok guru kito. walau apa pun yang diperjuangkan, Islam tetap no 1. HIDUP PAS! HIDUP PKR!

  77. 77 Nano2k Aug 28th, 2008 at 2:45 pm

    Raja adil - raja disembah!, raja zalim - raja disanggah!

    fikir-fikirkan!

  78. 78 anafiqir Aug 28th, 2008 at 2:53 pm

    Ingin merasai angin perubahan yang ditiupkan. Semoga angin yang menyegarkan.

  79. 79 uda_cutez Aug 28th, 2008 at 3:32 pm

    sejuk mata memandang Tok Guru Nik Aziz..semoga ada lagi insan yang lahir menjadi sepertinya….ALLAHUAKBAR!

  80. 80 nur luza Aug 28th, 2008 at 3:41 pm

    allahuakbarr…allahuakbar….
    tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim ….
    tahniah kepada rakyat permatang pauh …..
    tahniah kepada semua yang mahukan keadilan dan kesejahteraan….
    semoga Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat membuka lembaran baru untuk rakyat malaysia……..

  81. 81 PEJUANG REFORMASI Aug 28th, 2008 at 4:19 pm

    MEMANG BENAR APA YANG DIKATAN OLEH TUAN GURU. TAPI KITA SEMUA TENGOK KOMEN ARIF SHAH DI TV APABILA DITANYA MENGENAI KEKALAH BELIAU.NAMPAK SANGAT TAK BELAJAR DARI KESILAPAN WALAUPUN PEMIMPIN ATASAN BN NAMPAK LEBIH BERHATI2 DALAM MEMBERI KOMEN MENGENAI KEKALAHAN BN DI PERMATANG PAUN (WALAUPUN NAMPAK BERPURA-PURA).

    ARIF SHAH MENGATAKAN KEMENANGAN PKR ADALAH SISEBABKAN RAKYAT TERMAKAN DENGAN DAKYAH DAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.APE KES NI ARIF? LANGSUNG TAK BELAJAR DARI KESILAPAN. DAH KALAH PUN MASIH NAK BUAT KENYATAAN ANGKUH,BODOH DAN MENJELIKKAN. MEMANG PATUT PUN KAU KALAH.

    siti umni Reply:

    kalau .arif menang,
    1.penduduk permatang pauh sudah tidak mau orang cakap byk dari keja
    2.kita sudah menyangka kita akan menang.
    3.penduduk permatang pauh bukan bodoh.
    4.inilah tanda BN yang perihatin pada permatang pauh

    siti umni Reply:

    hidup datuk sri,datuk sri akan mengegarkan dewan parlimen malaysia.kami rakyat malaysia mengharapkan orang seperti datuk sri,yang boleh mengangkatkan mertarbat rakyat malaysia berdiri sama tinggi dgn pemimpin.pemimpin2 sekarang ini tak sedar rakyat menderita.barang2 mahal,kerna mereka2 ini tak pernah membeli barang2,sebab makan free,pengangkutan free ,anak kawin free ,

    seeker Reply:

    WAaaa,,, TAMBAH sikit lagi boleh,,,,,,,,,,,,,Arif shah ni nama je “arrif”tapi BODOH macam kaldai,,,layak jadi budak suruhan UMNO jeeee,,,,orang UMNO lain mana nak lawan dgn DSAI sebab diorang ni semua tahu tak boleh menang punya,,,tapi sibodoh ni memang bodoh tak reti bahasa.

  82. 82 zz_joe Aug 28th, 2008 at 4:20 pm

    idup Islam… Ingat sahabat,,, Kita bepegang teguh pada kerajaan yang betol2 mengamalkan islam… ISLAM 4 LIFE….

  83. 83 faranadia Aug 28th, 2008 at 4:34 pm

    semoga tok guru & dsai dirahmati ALLAH…

  84. 84 mimi Aug 28th, 2008 at 4:35 pm

    Tahniah to DSAI…

  85. 85 yus Aug 28th, 2008 at 5:40 pm

    saya adalah naib ketua pemuda umno cawanagn untuk pengetahuan yb anwar..walaupun saya ahli umno tp saya ada lah penyokong setia datuk seri…skarang ni saya tgh tunggu masa nak keluar dari parti umnoLAH…saya tetap akan sokong datuk seri..hidu datuk seri

  86. 86 sjeicah Aug 28th, 2008 at 7:28 pm

    Allah selamatkan semua pejuang-pejuang PAS yang telah bertungkus lumus bersama PKR untuk memastikan kemenangan mutlak kepada DSAI. Allahuakbar….hidup Tuan Guru Nik Aziz…Hidup Anwar!!

  87. 87 kaka Aug 28th, 2008 at 10:54 pm

    SEMOGA TOK GURU DIPANJANGKAN UMUR DAN SIHAT SELALU……….TAHNIAH DSAI,PENGUNDI PERMATANG PAUH DAN BERJUTA TERIMA KASIH PADA SELURUH PETUGAS- PAKATAN RAKYAT…………ANDA SEMUA HEBAT

  88. 88 media Aug 29th, 2008 at 1:04 am

    Doa orang yang teraniaya itu makbul.

    http://video-politik-malaysia.blogspot.com/

  89. 89 saifful azmi Aug 29th, 2008 at 8:44 am

    sntiasa d belakang tok guru

  90. 90 saifful azmi Aug 29th, 2008 at 8:45 am

    penantian keramat 16 sept

  91. 91 matsabu Sep 16th, 2008 at 8:55 pm

    anwar jual negara dia reti.
    sekarang ni ulama pun boleh mengata kat orang.
    pening nak ikut yang mana.mujur ada al-quran pegangan ku.
    aku pecaya al-quran,
    bukan pas,
    nabi muhammad ikutan ku,
    bukan pas,pkr,umno,
    marilah kita balik keajaran islam yang sebenar.
    besatu padulah orang2 islam.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners