Archive for August 26th, 2008

26 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini, 26 Ogos 2008

9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

(more…)

26 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

26 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

8.00 pagi: Pusat Pengundian mula dibuka di 25 pusat seluruh Permatang Pauh
8.52 pagi:
DSAI menuju ke pusat membuang undi di SMK Seri Penanti, Kubang Semang
9.00 pagi:
1000 penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat menyambut ketibaan DSAI.
9.20 pagi:
Penyokong kedua belah pihak sedang bersorak. Keadaan panas tetapi terkawal

9.38 pagi: DSAI tiba di pusat membuang undi

9.49 pagi: DSAI selesai mengundi. Kini menuju keluar dari pusat membuang undi.
9.55 pagi:
DSAI meninggalkan pusat membuang undi, dikerumuni puluhan wartawan.
10.02 pagi: DSAI selesai melayani wartawan, kini berarak ke kenderaan beliau 300 meter dari pusat membuang undi.
10.10 pagi:
DSAI kini berama-sama konvoi Pakatan Rakyat melawat sekitar pusat membuang undi di Permatang Pauh.
10:29 pagi:
DSAI kini sedang melawat pusat pengundian SK Seberang Jaya. Sokongan pengundi sangat positif.
10.40 pagi:
DSAI mula meninggalkan pusat pengundian SK Seberang Jaya.
10.58 pagi:
DSAI tiba di pusat mengundi di Tenggiri, Seberang Jaya.
11.29 pagi:
Konvoi kini sedang bergerak sekitar Seberang Jaya. Helikopter memantau pergerakan konvoi.
11.35 pagi:
DSAI singgah di Pusat mengundi Siakap 2 Seberang Jaya.
11.54 pagi:
DSAI keluar daripada Pusat mengundi Tenggiri, sekarang menujuk ke Taman Tun Hussien Onn. (more…)

26 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Dalam tempoh terdekat ini, kita akan mengetahui keputusan rasmi pengundian bagi pilihanraya kecil hari ini. Pertamanya, saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya. Di sebalik pelbagai bentuk intimidasi yang dilaksanakan oleh Umno-BN, keberanian rakyat untuk menerobos halangan ini sangat dihargai.

Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya.

Tatkala menyorot kenangan dan nostalgia berjuang memartabatkan harakat bangsa, saya sering mengingatkan diri dan teman-teman akan firman Allah swt dalam Surah Hud, ayat ke-88 yang bermaksud:

…Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.

Insha-Allah, mudah-mudahan saya mampu memikul amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan bukan semata-mata ke atas saya, tetapi juga kepada Pakatan Rakyat ke arah merealisasikan harapan baru buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

26 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Alhamdulillah saya dan Azizah baru selesai menunaikan tanggungjawab kami di SK Seri Menanti.

Sepanjang perjalanan, suasana dan iklim sokongan rakyat Permatang Pauh kepada KeADILan dan Pakatan Rakyat ternyata begitu memberangsangkan.

Kini saya dalam perjalananan, diiringi konvoi anak-anak muda Pakatan Rakyat untuk menjengah pusat pengundian lainnya di sekitar Permatang Pauh.

Berdasarkan keadaan semasa, saya optimis, InshaAllah. Pun begitu kepada Tuhan kita sandarkan harapan. Harapan ini bukan untuk Anwar Ibrahim semata-mata, tetapi untuk rakyat dan masa depan negara.

ANWAR IBRAHIM