Kenyataan Media – Pulau Pinang Cuti Hari Selasa

25 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Kami menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng untuk menetapkan hari Selasa depan sebagai hari cuti umum. Keputusan diambil bagi membolehkan para pengundi di P44 Parlimen Permatang Pauh untuk melaksanakan tanggungjawab mereka seperti yang dituntut oleh Perlembagaan Persekutuan. Keputusan ini jelas selari dengan semangat Keperlembagaan bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini berjalan lancar dan tidak dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Tarikh pengundian bagi Pilihanraya Kecil Permtng Pauh jatuh pada 26hb Ogos 2008. Tarikh yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya ini menimbulkan keraguan kepada umum kerana ditetapkan pada hari bekerja untuk para pengundi P44 Parlimen Permatang Pauh sedangkan kebiasaannya hari pengundian dibuat pada hari cuti hujung minggu mahupun cuti umum.

Kami menyeru semua pihak samada dari sektor awam mahupun swasta agar menghormati hak para pengundi untuk membuang undi mereka pada hari tersebut. Kami menyeru majikan agar tidak menghalang pekerja mereka untuk mengundi pada tarikh tersebut serta memastikan proses demokrasi berjalan lancar.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda