24
Aug
08

Imam saksi sumpah Saiful kempen untuk Anwar

Mstar Online

24-08-2008 09:56:50 PM
Oleh G.MANIMARAN

(Mutakhir) PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.

Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar.

Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang tadi.

Beliau dijadualkan akan mengaku serta membuat pendedahan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya di pentas ceramah PKR.

Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.

Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.

Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Penanti.

Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful  di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.

Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: “Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

“Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

“Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam.”

Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.

“Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh,” katanya.


97 Responses to “Imam saksi sumpah Saiful kempen untuk Anwar”


  1. 1 abraradib Aug 24th, 2008 at 11:51 pm

    Alhamdulillah… Syabas Tuan Imam…
    Semoga “seeratal Mustaqim” yg kita cari di maqbulkan Allah..

  2. 2 Megat Dewa Aug 24th, 2008 at 11:53 pm

    Kepada para petugas PKR di Permatang Pauh. Sila jaga / kawal Ustaz Ramlang serta keluarganya dengan baik. Risau nanti ada orang BN yang buat khianat kepada beliau dan keluarganya. Semoga Allah terus melindungi pihak yang benar.

    JANGAN JADI MACAM BLA Reply:

    Sumpah sumpah sumpah

    Akuan akuan akuan

    tarik balik, tarik balik, tarik balikkk

  3. 3 lihat ini video Aug 24th, 2008 at 11:53 pm

    http://www.youtube.com/watch?v=KgxUf8Os1M4

    cinaapek Reply:

    Thank you so much for this link.
    Send to all our friends who do not read political blogs.

  4. 4 NIK LAH B NIK YUSOFF Aug 24th, 2008 at 11:59 pm

    Diharapkan semua pehak berkata benar agar tidak ada pehak yang teraniaya demi mewujudakan keharmonian dalam negara

    Razman Sulong Reply:

    Sokong! Biar kebenaran terserlah, demi keharmonian bersama antara seluruh warga Malaysia tak kira bangsa atau agama…

  5. 5 ZIK Aug 25th, 2008 at 12:04 am

    KUANG..KUANG..KUANG…KUANG..MACAMNILA NAK BAGITAU STRATEGI PAKATAN YG BIJAK…BARU DEPA TAU DEPA TAK BOLE NAK KELENTONG DAH..APA LAGI MAKCIK PAKCIK DAN SUKU SAKAT BALANCE UMNO…HANGPA NAK SOKONG UMNO LAGIKA????

  6. 6 Nan Aug 25th, 2008 at 12:04 am

    Allah knowest Best, the truth will prevail. We shall make du’aa for Allah’s protection for the victims of lies. Du’aa yg teraniaya dimakbulkan-Nya selalu. Sepandai-pandai tupai melompat…..

  7. 7 Lawan tetap Lawan Aug 25th, 2008 at 12:05 am

    Ramlan Porigi.. what a surprise? Perhaps when PKR want to make a press statement, you will announce in public that what you are just kidding and humilate anwar instead. I dont trust your face.

  8. 8 pahlawan13 Aug 25th, 2008 at 12:14 am

    Kan dah pecah tembelang. Janganlah mempermainkan agama demi kepentingan politik sendiri. Apa bangsa lain fikir melihat percanggahan ulama mengenai kes ini? Memang cukup malu dan hina. Wahai para ulama, jangan gentar dengan ugutan atau terpengaruh dengan dasar sogokan lanun-lanun tersebut. Hanya janji manis sahaja. Mereka kini sudah cukup terdesak. Ibarat serigala lapar, mereka menghumban segala fitnah bodoh untuk mengagalkan usaha Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya. Politik wang, ugutan, fitnah dan konspirasi, semua lengkap untuk mengurangkan majoriti undi kali ini. Namun, yang pasti, di seluruh pelosok Malaysia, rakyat berdoa bahawa kemenangan yang mutakhir menjadi milik yang menjuangkan hak rakyat selama ini. REFORMASI!!!

  9. 9 Lawan tetap Lawan Aug 25th, 2008 at 12:20 am

    ..anyway, appreciate if you are honest Ramlan Porigi. Lawan tetap Lawan!

  10. 10 Nan Aug 25th, 2008 at 12:21 am

    Assalaam. Allah knowest Best. Let’s make du’aa tt Allah will protect the victims of lies. Sepandai-pandai tupai melompat….. May Allah keep our hearts always humble before Allah, even in the jihad. All the BEST to u!

  11. 11 lan Aug 25th, 2008 at 12:24 am

    POHONLAH NMPUN DRP ALLAH SEGERA SEBELUM MENURUN AZABNYA KPD KAMU

  12. 12 JANGAN MEROSAKKAN AGAMA ALLAH S.W.T Aug 25th, 2008 at 12:34 am

    JAGA2 TAKUTLAH… PERANCANGAN UMNO SAMA DGN PERANCANGAN YAHUDI & LEBIH TERUK…….
    SIFAT MUNAFIK….. PERLU SELIDIK DGN MENDALAM…. APA2 YG UMNO CAKAP…..

    KELUARGANYA AKAN DLM BAHAYA……. BERTINDAK DGN CERDIK…DENGAN PERTOLONGAN & ILMU ALLAH SWT…
    YG MAHA BIJAKSANA…..

  13. 13 cula tupai Aug 25th, 2008 at 12:35 am

    ALHAMDULILLAH….MUGA MUGA ALLAH AKAN SELAMATKAN KITA SEMUA DARI MALPETAKA.INSYALLAH ALLAH AKAN MEMBERI KEJAYAAN BUAT DSAI…AMIN !!!

  14. 14 PeoplePower Aug 25th, 2008 at 12:37 am

    To All Pakatan Rakyat and DSAI Supporters,

    Pls inform to those Permatang Pauh voters who thought if the majority votes for DSAI is lower than 10000, they will get RM200 stop dreaming.
    Pls told them the BeeNd govt had big victory in 2004 General Election but they still owe Publisher Company for RM200Millions until now!

    Therefore, pls ask them must come out and cast their vote to DSAI on 26/8/2008.

  15. 15 ainiz Aug 25th, 2008 at 12:38 am

    ….DSAI, gambar Ustaz Ramlang dengan DSAI ada dalam flckr? Harap ada… semoga lebih kukuh lagi hendaknyer… amin ya allah

  16. 16 woh getoh Aug 25th, 2008 at 12:44 am

    wait for another BIG BOOM tomorrow nite from DSAI…

    beruk KJ said: we’ll bury anwar here…
    rakyat says: we’ll bury umno/be end here!!!!

    ayuh permatang pauh voters… lets make history.. be proud of it…

  17. 17 elnino Aug 25th, 2008 at 12:45 am

    apa lagi yang najib nak kata lepas ni???padan muka BN!!! penipu!!! dah sah2 BN ni menipu rakyat!!!bangang punya pemimpin!!! lepas ni penyokong BN nak kata apa lagi???takkan dok nak tunggu lagi segalanya terbongkar!!! lompat parti cepat!!!!!!!!!!TAKBIR!!!!!!!!!

    Naq Reply:

    Hanya orang terpilih saja yang Allah akan bukakan hatinya melompat parti. Yang tidak terpilih akan kekal dalam parti yang buta. Takbir!!!!!!!!! Allahuakbar!!!!!!!!!!

    REMAJA_keADILan Reply:

    memang sdih aa tgk prbicaraan anwar 2!!mhthir memang mnipu rkyat msia..sng2 saja rkyt msia kna tipooo..tp np skrg xdak TINDAKAN terhadap Dr.M aa???!!!!people dont need BN!!get lost BN!!!ANWAR 4 EVA!!!TAKBIR!!

  18. 18 ast73 Aug 25th, 2008 at 12:50 am

    alhamdulillah….moga2menjadi pengajaran pada imam2 dan rakyat jelata.sbagai manusia kita tiada hak nak menghukum sesiapa.lbih baik jaga akidah keluarga dahulu.
    buta jeee dpat dosaa nanti…dunia memang tk nampak.akhirat nanti baru rasa balasannya..masa tu tk guna dah nk taubat dahhhh.apapun utk dsi & k.wan sabar jeee lah.lawan dgn orang mata duitan ni tak kemanaaaa..kita serah pada yg esa .dia lebih berhak..keatas umatnya….biar si saiful tu terima kejutan…atas apa yg di sendiri yg mtak…k…bye..wassalam

  19. 19 abubasyir Aug 25th, 2008 at 12:55 am

    Manusia tidak akan mampu untuk menyembunyikan akan kebenaran kerana .. kebenaran itudari Allah dan ianya pasti akan datang dan .. ingatlah janji Allah untuk hamba hambaNya yang beriman pasti akan terjadi. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekalipun memungkiri akan janji janjiNya. Wahai perancang Konspirasi,Ingatlah doa orang yang kena zalim itu tiada hijab (doanya terus menerus kepada Allah)

    hanafi bin jamil Reply:

    Amiin.

  20. 20 Mohd Safuan Aug 25th, 2008 at 1:02 am

    Terima kasih ustaz kerana tahu memilih pihak yang akan mempertahankan agama islam di muka bumi ALLAh ini.
    harap ustaz dapat bongkarkan penipuan yang dilakukan dalam sumpah si saiful, dan sebarkan la bahawa mana satu kebenaran, mana satu kebatilan..

  21. 21 abubasyir Aug 25th, 2008 at 1:07 am

    Sebagaimana hebatnya manusia Manusia tidak akan mampu untuk menyembunyikan akan kebenaran. Kenapa ? kerana .. kebenaran itu datangnya dari Allah
    dan ingatlah Sesungguhnya janji Allah untuk hamba hambaNya yang beriman pasti akan terjadi kerana Allah tidak pernah sekalipun memungkiri akan janji janjiNya.
    Wahai manusia durjana.. ingatlah antara doa doa yang mustajab yang tiada hijab (halangan ) antara dirinya dengan Allah ialah doa orang yang kena zalim. Cukuplah apa yang dah terjadi sebelum ini, tidak cukupkah untuk kita buat pengajaran?????

  22. 22 Kamaruddin Aug 25th, 2008 at 1:07 am

    Assalamualaikum

    Sila lawat blog ini:

    http://wrlr.blogspot.com/2008/08/ramlang-porigi-hadir-di-pentas-pakatan.html

    Alhamdullillah, Imam muda ini lebih takut kepada Allah daripada takut dengan manusia. Semoga Imam muda ini dirahmati Allah.

  23. 23 Dollah, lu mau ki to lok? (Dollah, where you want to go?) Aug 25th, 2008 at 1:21 am

    The truth will be revealed eventually. On 26.08, I beg to all P.Pauh folks, please vote for justice, vote to throw BN regime away. Remember folks, you have a heavy responsibility to shape the whole country future, not just P.Pauh. This chance is not coming to us everyday every year. It is now or never. Thanks!

    APex_kEAdilan Reply:

    dollah,ang p dok kt kdsai kopi la…
    xlaqat dh nk jga negara
    ……tq

  24. 24 storm62 Aug 25th, 2008 at 1:26 am

    syabas Imam Ramlang ,

    DSAI , tolong jaga keselamatan Imam Ramlang dan sekeluarga dari pengkhianat2 Bangsa Melayu dan Islam dari pemimpin2 UMNO yang jahat dan kejam ini.

    Permatang Pauh, tolong HAPUSKAN KEKEJAMAN UMNO dan Hadhari esuk!!

  25. 25 man Aug 25th, 2008 at 1:36 am

    umno ne dah nak mampus pun masih byk ckp lg.sesiapa ade video imam 2 masuk kan kat youtube k.aku nak tgk.

  26. 26 HJ MOHD KHAIREL Aug 25th, 2008 at 1:41 am

    takbir ..Semoga Allah bri pertunjuk kepada Saipool tu

  27. 27 piranha kepala batas Aug 25th, 2008 at 1:47 am

    alhamddulillah..walaupun imam x cakap apa yng berlaku atas arahan siapa sekurang-kurangnya rakyat tahu ada seseorang disebalik sumpah shaifool..mudah mudahan kebenaran akan terbukti dan imam tak menjadi seperti imam yg diboleh dibeli dan memperbodohkan diri sendiri seperti Firdaus yg sepak peti undi….

  28. 28 Kai Aug 25th, 2008 at 2:04 am

    Kepada Tuan Ramlang Porigi,saya memohon maaf kerana buruk sangka saya kepada tuan sebelum ini.Saya doakan tuan sejahtera dunia dan akhirat,amin.

  29. 29 orang muda Aug 25th, 2008 at 3:45 am

    kantoi lagi BN dan UMNO….Umno hari ini hanya berkempen dengan modal punggung Saiful ja…depa dah takda modal dah…

    http://suarasaktii.wordpress.com

  30. 30 cinaapek Aug 25th, 2008 at 3:46 am

    Hmm… what’s next?
    Ezam & Khairy juga nak sumpah??

  31. 31 bard Aug 25th, 2008 at 4:02 am

    Dengan nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

    Segala Puji Bagi Allah.. Tuhan Seru Sekelian Alam

    Tidak ada sebarang makhluk di muka bumi Allah ini yang boleh menyaingi mahupun menandingi kekuasaan Allah yang Maha Agung. Kejutan yang terbaru ini seharusnya menginsafkan kita untuk terus berada dalam kelompok manusia yang memperjuangkan kebenaran. Berkat doa dan munajat serta pengharapan yang tulus dan ikhlas akan beroleh keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Disaat-saat PR dihimpit dengan berbagai fitnah, hasutan, peranan SPR yang boleh dipertikaikan, umpanan wang, tekanan media tempatan, ugutan dan unsur-unsur lain yang menjejas dan mengganggu gugat bukan hanya perjalanan kempen pilihanraya malah hubungan dalam PR, Allah Taala memberikan ruang dan peluang untuk kita melihat pendedahan perancangan jahat BN. Kita seharusnya perlu teruskan berusaha, berdoa, bermunajat, dan bertawakal kepadaNya agar dibongkarkan lagi segala kerja jahat pihak lawan agar sekelian rakyat Malaysia khususnya dapat mengetahui segala kejahatan dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh mereka selama ini.

  32. 32 sidilaila Aug 25th, 2008 at 7:15 am

    SALAM..HARAP DAPAT SERTAKAN VEDIO CERAMAH IMAM TERSEBUT..
    SUPAYA KAMI DAPAT MEMBUAT PENILAIAN APA YANG DIBERITAU
    SEMASA BERCERAMAH TERSEBUT..

  33. 33 adyworld Aug 25th, 2008 at 7:48 am

    akhirnya kita semua tidak tahu bagaimana sumpah yang benar sekiranya anwar sendiri tidak bersumpah…. pandai cakap orang sumpah temberang jika sendiri tak sumpah yang sebenarnya.,..,

  34. 34 RAWANG2 Aug 25th, 2008 at 7:48 am

    Iman Ramlang akan dilucutkan jawatannya oleh BEE EEN…pastikan beliau dapat pembelaan selepas kemenangan DSAI. Tuan Imam batu DSAI hingga kejayaannya…

  35. 35 infoRakyat Aug 25th, 2008 at 8:39 am

    Bukan setakat imam, umno salah pilih…. BOM pun salah pilih. Adaka BOM tetiba ada kat bilik gerakan dia BN. Nak jaga bilik gerakan pun lalai, inikan nak jaga negara. HAIIII tak tau la BN niiiii.

  36. 36 ayu Aug 25th, 2008 at 9:06 am

    Khahahakhahahahah……………..

    Nak menipu tapi tak pandai…..
    Bangang punya BN……………..

    BN=Bangang Nauu…………….

    storm62 Reply:

    ayu (36)

    boleh tambah lagi kah?

    BN = Bangsa Neraka..ka..ka..ka..ka

  37. 37 AISHAH Aug 25th, 2008 at 9:21 am

    Ni la kalau tak reti beza dunia & akhirat. Dimana kreabiliti hang sebagai iman. Cuba ikut gaya Mufti Perlis. Politik letak sebelah. Agama didulukan. Ini semua duit punya pasai.

  38. 38 Badrul Aug 25th, 2008 at 9:24 am

    Kami berdoa kepada Allah memberi kemenangan pilihanraya kecil ini kepada DSAI. Amin.

  39. 39 cahaya iman Aug 25th, 2008 at 9:26 am

    saya amat gembira dan bersyukur tersebarnya berita pendedahan baru ni .memang dlm naluri hati saya memang sememjak menonton video sumpah saifool tu ..berkata di hati saya ada sesuatu yg tak kena.lebih lagi bila melihat wajah ustaz ramlang yg berada di situ .dia kelihatan takut dan keliru dan seperti “terpaksa.. jangkaan saya benar berlaka !!!

    kepada ustaz ramlang ..syabas kerana kamu bernai ke depan untuk menerangkan duduk perkara yg sebenar ..MEMANG DLM NALURI HATI SAYA TAHU DSERI MEMANG DI ANIAYAI DAN DI FITNAH DGN KEJAM OLEH BN YG ZALIM .KOTOR DAN KEJAM ..TUHAN MAHA MENGETAHUI..

    Saya doakan DSERI ..moga berjaya dan menang besar dlm pRYAA ..
    dan MEMERDEKA KAN BUMI MALAYSIA KITA ni DARI GEJALA KEZALIMAN PEMERINTAHAN BN/UMNO PEROSAK,RASUAH,PENIPU.PEMBOHONG..!

    TAKBIR!!

  40. 40 Areeza Aug 25th, 2008 at 9:42 am

    Salam semua……

    Dari dulu lagi kita dah agak yg Si Najib tu master mind bagi segala2nya.Tembelang busuknya dh pecah hancurrrrr….semuga sumpah siNajib dan Saiful akan memakan diri mereka sendiri. Ya Allah….kau turunlah bala pada mereka2 yg terlibat.Amin….

    Apa yg kita risaukan, adakah lepas ni Ustaz RP akan turut hilang?Jadi kita pinta agar diberi perlindungan yg secukupnya pd RP dan keluaga sbb pehak terdesak akan gunakan segala jentera kerajaan utk mereka cipta tuduhan pd Ustaz RP.Ya Allah….lindungilah Ustaz RP dan famili.

    Jadi…rakyat P.Pauh dan M’sia…jelas nyata ini adalah satu komplot jijik, busuk lebih busuk dari bangkai binatang BARISAN NASIONAL DAN UMNO.

    Lepas ni…kita tengok dan dengar apa lagi komen SiNajib.Mlm tadi dia tak boleh tidor lena tu, sbb sdg dok fikir nak buat camne lagi.Susah sgt tanya lah pakar2 konspirasi UMNO yg memang terer buat cerita.

    Go DSAI DAN PAKATAN RAKYAT.

    REFORMASI…..

  41. 41 se7en.com Aug 25th, 2008 at 9:53 am

    Adakah Ini BENAR TUAN IMAM…Kalau sumpah itu TIDAK SAH Kenapa tuan imam perbetulkan Kesalahan si saipol tu ketika angkat sumpah…ada mata lihat…ada telinga dengar…ada mulut JANGAN DIAM tapi BERKATA BENAR…ingat sumpah itu di buat dirumah paling suci bagi agama islam dan memegang kitab paling suci didalam agama islam….Moga ALLAH melindungi yang BENAR…amin

  42. 42 narz71 Aug 25th, 2008 at 9:54 am

    Kawalan ketat harus diberikan pada imam ini..takut nanti hilang macam BALA

  43. 43 ANUAR Aug 25th, 2008 at 10:01 am

    ALHAMDULLILLAH

  44. 44 alumni UiTM Aug 25th, 2008 at 10:01 am

    Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah..

  45. 45 kerengga Aug 25th, 2008 at 10:44 am

    Alhamdullliah Imam Ramlang…
    Mulai sekarang, daftarlah keahlian PKR atau PAS sebagai wadah perjuangan. Insyaallah Allah pasti bersama dengan ornag-orang yang benar…

  46. 46 apag Aug 25th, 2008 at 11:03 am

    temberang umno baik dr mdia massa ke mdia cetak la yg mybabkan kami sbgai rakyat malaysa hilang kpercaya thadap umno..kami sume bkn buta hrf,buta it,buta hati.kami tahu mbezakn yg baik dn brk ssuatu..

  47. 47 jebon Aug 25th, 2008 at 11:17 am

    gerrammmmmmm aku…geram sungguh ngan UMNO…nak ganyang-ganyang aje…

  48. 48 insanduniafana Aug 25th, 2008 at 11:19 am

    MasaAllah apa nak jadi pada dunia politik malaysia. Seorang imam hanya takut kerana arahan dari seorang manusia. En Ramlang anda bagi saya menjatuhkan mertabat dan status seorang imam…hanya dengan arahan anda sudah kecundang…membawa walang kepada rakyat malaysia beragama islam..orang macam ini bagi saya adalah lalang dan tidak punya kredibilit(iman???bukan saya yang layak menilainya..hanya Allah).Jangan terus memalukan Islam dengan sikap yang saudara paparkan(memamng benar siapalah kita jika dibandingkan dangan Bilal yang walaupun diseksa..ahad dibibirnya…saudara kecundang hanya dengan satu arahan dan kini kehulu-kehilir untuk apa???berdendang??) Suatu pesanan ikhlas saya untuk anda semua..1.Jangan terlalu taksub kepada manusia(teringat bagaimana taksubnya pengikut AlArqam pada Asshari)2.Jangan mencacai hamun sesama manusia apalagi kita yang beragama Islam(apakah contoh sebegini yang akan kita tinggalkan untuk diwarisi generasi akan datang)3.Dalam keadaan fitnah politik sekarang ini..lebih baik banyak-banyak kita berdoa memohon petunjuk dari Allah(percayalah yang benar akan timbul juga akhirnya)

    se7en.com Reply:

    aku sokong apa yang kau kata…pak imam ini tak boleh dipakai…tak mustahil jika pak imam ni akan berkempen untuk UMNO pulak…pak imam inikan ‘aku yang menurut perintah’…aku Memohon Kepada yang ESA tunjukkanlah kebenaran tidak sanggup lagi aku melihat Bangsaku mencaci dan Bangsa lain bertepuk tangan….BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH SALAH AKAN DIPERBETULKAN BUKA DIMAKI HAMUN…

  49. 49 sikit sikit nak sumpah Aug 25th, 2008 at 11:27 am

    kan kebenaran tu ade..Alhamdulillah..
    ANWAR!!!..MALAYSIAN ARE BEHIND YOU!!!…

  50. 50 Mat Kedah 7888 Aug 25th, 2008 at 11:36 am

    tahniah ustaz…. pengakuan dari anda amat diperlukan demi untuk menidakkan kemenangan parti pemerintah yang zalim sejak 50 tahun

  51. 51 polisi Aug 25th, 2008 at 11:40 am

    taniah bt pakatan rakyat keatas kejayaan p1 dpermatang pauh apabila iman yg mjd sksi angkat sumpah c sepul ni menyatakan bahwa sumpah tersebut adalah TIDAK SAH!!takbir!

  52. 52 kapal kimia Aug 25th, 2008 at 11:58 am

    sy di fahamkan yg menjadi saksi kpd angkat sumpah saiful hanyalah seorang tok sia bknnya tok imam, mgkin sy salah dpt maklumat tapi pendedahan Ustaz Ramlang sudah cukup mmbuktikan kebenaran DSAI..May ALLAH BLESS MSIA.. hidup 3P!!!!.

  53. 53 man reformasi Aug 25th, 2008 at 12:15 pm

    DSAI,AWASSSSSSS!AWASI CARA UMNO LAST CHANGE diorang,
    i)GUNA POLIS BUAT ROADBLOCK<SENGAJA BUAT JAM <BAGI ORANG SUSAH PEGI UNDI,terutama pengundi dari negeri lain/luar kawasan/dari pulau< PLS COUNTER THIS WITH KEADILAN TEAM CLEAR ALL JAM(di jalanraya dan Jambatan Pulau Pinang) AND ACCIDENT yang dibut-buat oleh polis,lori rosak,pokok tumbang!!!!TAK LUPA UNDI HANTU DANN UNDI POS(UMNO CUBA TIPU DLM MEDIA PERDANA KATA ADA 400 lebih sahaja undi POS.
    ii)AMBIL KAD PENGENALAN PENGUNDI
    iii)TIPU SEMASA KIRA UNDI
    iv)tambah kertas undi secara haram semasa kira undi

  54. 54 Tok Ayah Aug 25th, 2008 at 12:19 pm

    TAKBIR………………………SEMOGA PR BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN SELEPAS 16 SEPT…….DAN 17 SEPT HARGA MINYAK TURUN LAGI 50SEN

  55. 55 sabit merah Aug 25th, 2008 at 12:23 pm

    bila la org melayu nak sedar dari lamunan. sejarah telah menyatakan bahawa Melaka tumbang kerana fitnah , dengki tamak haloba, gila pangkat . bila dah bangsa lain dah kuasai semua yang kita ada baru nok sedar ke. moga tuhan beri perlindungan keatas semua umat islam .

  56. 56 nora Aug 25th, 2008 at 12:43 pm

    Allah akan membuktikan kebenaran atas apa yang berlaku selama ini. Wahai manusia sekalian, ingatlah pada suatu masa kelak kita semua akan MATI. Setiap apa yang dilakukan akan dihitung di akhirat kelak. Mati itu sesuatu yang pasti,cuma masanya tidak kita ketahui. Bayangkan jika kita akan mati dalam tempoh terdekat ini? Bagaimana dengan dosa2 kita? Sudahkah kita bertaubat? Alangkah takutnya kita jika mati dalam keadaan dosa yang menimbun.Ditambah pula dengan siksaan alam kubur sebelum tibanya hari kiamat.Cukupkah amalan2 kita untuk membantu kita?

    Kepada pemimpin2 semua,

    Tanggungjawap anda sangat besar. Jadilah pemimpin yang ADIL. Sesungguhnya keadilan itu akan diadili dengan seadil adilnya di akhirat kelak. Sesungguhnya siksaan Allah itu sangat dasyat kepada hambanya yang ENGKAR.Renungkanlah..

    Insyallah, kebenaran akan terserlah jua….

  57. 57 labib Aug 25th, 2008 at 12:48 pm

    Assalamualaikum…
    Alhamdulillah, Semua kebenaran hampir terserlah, kita tunggu akan keajaiban pada 26 ogos 2008 nanti, pada tarikh itu, semua akan berubah, Berdoa, Bermunajat, Bertawakkal kita semua pada ALLah, moga kemenangan kita perolehi.

    Vote for Dato’ Seri Anwar Ibrahim ESOK, 26 ogos 2008. PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR).
    Satu undi, adalah perubahan untuk kita semua menuju ke PUTRAJAYA.

  58. 58 Fauzi Aug 25th, 2008 at 12:57 pm

    Saudara Ramlang Porigi,

    (jika anda membaca blog ini)

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada saudara kerana selepas mendengar sumpah sayfool di buletin utama 15/8/08, saya terlampau marah yang amat sangat terhadap saudara kerana bertapa senangnya UMNO menggunakan saudara untuk kepentingan mereka. Tahniah keatas keberaniaan saudara kerana dapat menerangkan peristiwa tersebut.

    se7en.com Reply:

    Apasal pulak kau nak mintak maaf kat dia….kalau macamnila perangai imam ni aku tak RESPECT langsung…cuba kau fikir kalau dia menjadi saksi UTAMA sesuatu kes…tak pasal-pasal orang yang tak bersalah masuk kedalam…Katakan PAK IMAM yang menurut perintah…

  59. 59 Benderbuzz Aug 25th, 2008 at 1:42 pm

    Apapun, Saiful dah bersumpah. Saudara Anwar bila lagi nak bersumpah dengan cara yang betul? Atau sekadar nak bertaubat nasuha sahaja dan bertekad tidak akan mengulangi dosa-dosa lampau? Ok la jugak tu. Buat le sekarang sebelum terlambat.

  60. 60 MF Aug 25th, 2008 at 1:56 pm

    Tula…kan dah kantoi..
    abih tu si say fool tu ape jadik nanti..
    kene panah petir la ko…
    tunang ko pun bodo gak cam ko…
    sumer mata duitan…
    harap2 bontot ko bertambah busuk la pasni say foolllll….
    GO DSAI…

  61. 61 shobhan Aug 25th, 2008 at 2:18 pm

    God has shown His greatness. He has shown that DSAI should represent the masses. The Imam, Ustaz Ramlang Porigi himself cleared the way for DSAI. NOONE IS ABOVE THE ALMIGHTY!!!!

  62. 62 Ismandy Hamza Aug 25th, 2008 at 2:19 pm

    Salam buat semua.
    Saya setuju benar dengan sikap berani imam Ramlang Porigi ni. Tak lah macam ketua dia tu yang suruh imam suci ni duduk kat si laknat Taik-ful tu. Dia sendiri tak berani tampil ke hadapan! Pengecut! Mana pegi bijik kau tu?
    Kita dah boleh panggil budak tu ’si laknat’ kerana dia sendiri yang minta kena laknat Allah. Hah! Padan muka hang. Elok benarlah panggilan tu.
    Tapi saya hairan memerhatikan perangai orang kita Melayu…lah. Pelik, tapi benar.
    Cepat benar percaya pada cerita karut-marut! Tu lah tercegat sangat duduk depan TV3 tengok cerita hantu belaka…! Baca Quran tak nak!
    Tak pasal-pasal caya juga sedikit sebanyak orang Melayu kite ni.
    Kau orang tak tahu kah? Itulah ‘taktik 101′ dalam business. Copycat seratus peratus. Kalau 10 kali speaker tu cakap benda yang sama, berulang kali, akhirnya percaya juga pendengar sekelian. Orang Melayu…lah. Bangsa lain saya tak tahu. He..hee.heee…
    Bak kata Ustaz Ismail Kamus - Orang macam ni kalau susah sangat nak tegur, kita baca saja Talkin untuk dia. Habis cerita.
    Saya seorang yang selalu mengikuti arus politik tanahair, walaupun saya bukan seorang politik. Dari umur saya di bangku sekolah lagi, dah minat dah. Sebab tu saya tahu serba sedikit sejarah politik tanahir, sampai sekarang.
    Saya beri satu contohlah. Kita semua tahu siapa Ustaz Haron Din tu… kan!
    Seorang Professor, ahli akademik dan ulamak dan juga pemikir Islam yang sangat disegani umum kerana kebijaksanaannya menjawab segala macam permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam kita hari ini.
    Tengok apa jadi dengan dia akibat perbuatan orang Melayu sendiri!
    Seorang yang alim, warak dan sopan santun, berbudi bahasa macam dia tu - orang Melayu tak nak undi dalam pilihanraya. Undi yang lain pulak.
    Orang Melayu tolak mentah-mentah. Tuduh dia jual air jampi lah, ada skandal dengan budak universiti lah dulu dan macam-macam lagi. Saya baca banyak articles, sebab tu saya tahu dan masih segar lagi dalam ingatan ni.
    Aduhhhhh….sakitnya hati saya dengar semua ni. Tapi orang yang empunya badan relaks saja, sentiasa Kool. Kenapa ya….? semacam ada petunjuk dari Allah S.W.T. kepada Ustaz Haron ni.
    Tapi tak semestinya tuhan tak bagi petunjuk kat saya. Hello!!!
    Tak usah lah nak cakap DSAI. Dr Haron Din pun di layan sebegitu rupa!!!.
    Sebab tu saya tak faham perangai orang Melayu kite ni. Dr Haron Din ni bukan pembohong, pendusta dan munafik macam sesetengah orang Melayu.
    Tikam batu, sorok tangan.
    Orang macam ni pun ditolak pencalonannya dan … kewibawaannya dipertikaikan akibat perbuatan tangan dan mulut orang Melayu sendiri.
    Alamak! Rugi tahu tak! Seorang ulamak kita perbuat sebegitu rupa.
    Tengok adik-beradik beliau. Semua nya alim2 belaka. Siapa tak kenal abang beliau Datuk Hassan Din kan? Penasihat kepada Istana pulak kan!
    Itu pun orang kita tolak. Aduhai….orang Melayu! Bangunlah dari tidormu! Jangan dengar muzik banyak sangat. Enjoy kuat sangat, otak kosong.
    Takkan seorang yang ada kredibiliti seperti Dr Haron Din kita menidakkan fakta dan pendapat beliau ketika dalam kempen pilihanraya beliau yang lalu.
    Walaupun semua orang ada fikiran dan pendapat masing-masing. Tapi DENGAR lah teguran dan fakta dia, baru turun mengundi.
    Ni tak! Asal tengok Dacing aje…. dah mengelabah kepala lutut tu. Macam kera di beri belacan! Belum lawan lagi dah ngaku kalah.
    Tapi tengok anak jantan Melayu seorang lagi yang bernama ANWAR IBRAHIM tu. Anak jati Permatang Pauh tu! Tu baru jantan. Melayu sejati. Semangat Jebat!
    Di pukul, di hina, di maki hamun bertahun-tahun lamanya tetap dia lawan juga. Tu baru lah dikatakan NYAWA Melayu. Tak kan Melayu hilang di dunia ni.!!!!
    Janganlah jadi sesetengah orang, pandai tuduh aje, lepas tu bersembunyi belakang pihak berkuasa beruniform.
    Nak bela nasib Melayu konon! Ketuanan Melayu tercabar konon? Ehh….ni apa benda ni?
    Kos belanja untuk cetak poster dan banner BN dalam pilihanraya lalu bernilai RM218 JUTA belum lagi dilangsai! Nak cakap banyak pulak.
    Anak jantan, sikap anak Melayu apa macam ni? Nak bela siapa? Boleh belah….lah.
    Saya tak tahu lah, HATI apa yang Allah S.W.T. tanam dalam jasad orang Melayu kite ni! Dengi-mendengi, tuduh-menuduh tak habis-habis. Tu Nombor Satu!
    Nasib yang menimpa DSAI lagi parah. Semua dah maklumkan apa yang berlaku? Tak payah cerita lagi dah.
    Tak celik lagi? Masih tidor lagi ke?
    Itu lah Nabi Muhammad S.A.W. bersabda - Akhir zaman nanti umat Islam ramai bilangannya. Tapi diibaratkan macam buih-buih yang menghempas pantai.
    Sekali ombak menghempas, sekali pantai berubah.
    Maksudnya: Tak kuat dan rapuh pegangan agama dan iman mereka.
    Bagi orang Melayu yang menpunyai iman kental dan berhati waja, sabar-sabar aje lah. Banyak munajat dan doa. Mudahan Allah akan memberi petunjuk kepada kita semua.
    Amalkan baca Ayat Seribu Dinar dalam keadaan kelam-kabut begini.
    Yang nak mengundi di PP tu, bagus sekali ayat ini di baca dan difahami isi kandungannya.
    Benar kata abubasyir kat atas tu. Doa orang yg kena zalim terus sampai kepada Allah.

    aishah Reply:

    saya sokong sangat dengan pendapat saudara, kalo kita hilang tujuan kita kena la ikut golongan ulama’ ni. Tu la yang bantu kita menuju jalan yang benar, sbb kn kita manusia, kadang2 alpa. Tapi kalo dh ulama’ pon dibuang & di GAM, kita nk dengar pandapat sapa??? Cakap pemimpin yang x berhati perut???? sudah la bunuh org, bom pulak lagi nk hilangkn bukti. Kebenaran akan terserlah.

  63. 63 Rambo Bandar Baru Samariang Aug 25th, 2008 at 2:52 pm

    Tahniah akhirnya seorang ustaz sudah bertaubat dan pandai bercakap benar. Ciri2 yg perlu ada pada seorang al-ustaz bila bercakap jangan berdusta..Saya harap Najib dan Pak Lah harus mencontohi sikap dan perangai berani kerani benar dan cepat2lah berundur sebelum Allah Swt mencabut nyawa Tuan2 berdua…Hidup Anwar, Hidup reformasi Malaysia…Pilihan raya di Swk kita punya agenda selepas ini. Tukar kepimpinan baru kepada Parti Keadilan…

  64. 64 mohd hazlin sst permatang pauh Aug 25th, 2008 at 5:14 pm

    assalammualaikum
    saya mohd hazlin dari pmtg pauh akan sokong penuh pada pakatan rakyat .walaupun berapa kawan saya adalah umno……..saya tak kisah la apapun yg yang media katakan .TAPI SAYA YAKIN DAN PASTI ANWAR TETAP TAK BERSALAH …..MENGAPA UMNO HARUS BUAT CERITA LIWAT SEKALI LAGI ??? SAYA MINTA JANGAN LAGI APA BERLAKU PADA ANUAR….AMIN……….MARILAH KITA BERSAMA BERDOA AGAR PALIMEN PMTG PAUH TETAP JADI MILIK PKR…..KALAU DIIZINKAN TUHAN BIARLAH KERAJAAN MALAYSIA AKAN BERTUKAR DAN MENJADI MILIK PKR…………..MERDEKA………MERDEKA…….MERDEKA

  65. 65 Ampunkan Dosaku Aug 25th, 2008 at 5:26 pm

    Wlpn ustad ni berkata begitu..
    saya berpendapat..kite sentiasa harus berhati dengan beliau…
    Jangan semudah2 PR n DSAI nk percaya pada seseorg..
    Tektik BeEnd ni byk…so hati2 la..

  66. 66 studentIPTA Aug 25th, 2008 at 6:12 pm

    apa lagi?semua masyarakat berdoalah agar DSAI menang besar.insyaAllah..kepadaMu kami memohon kepadaMu kami meminta pertolongan ya Allah.sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui.amin..

  67. 67 HUSSIN ALI Aug 25th, 2008 at 6:31 pm

    Tahniah la Pak Imam semuga ALLAH memberkati kehidupan Pak Imam….amim, Najib plak bersumpah sapa suruh tu, awat dia rasa dia kena tuduh ke kalau macam tu bole la tangkap dia, pasai apa tak tangkap… Sekarang kan org kena tuduh kena tangkap! Anwar kan selalu tuduh najib, jadi kena lindung la dia kan….betui tak??? betui ke takkkkkkkkkkkkk niiiiiiiiii….

  68. 68 al-hikmah Aug 25th, 2008 at 10:10 pm

    salam.
    doa org yg teraniaya tu dimakbul Allah..
    Yakinlah bahawa Allah bersama2 org yg sabar…

  69. 69 Laila Yifan Aug 26th, 2008 at 12:32 am

    Another case of coersion and plot against DSAI reminiscent of a barrage of scheme hatched out to discredi him.

  70. 70 brotherdahbosan Aug 26th, 2008 at 3:13 am

    Kita bakal dengar kehilangan IMAM pulak lepas ni….

  71. 71 chron Aug 26th, 2008 at 3:37 am

    Sumpah dgn nama ALLAH dah mula menjadi permainan..tanpa penyiasatan dan bukti tiba2 bila ada yg bersumpah kita semua rasa org yg bersumpah tak bersalah…. ini tidak adil, sebab kita kena siasat dulu…. klau la ada sumpah atas nama ALLAH tp tidak pada niat nya memang tak jadi jugak… Yang bahaya skang ni klau lepas2 ni ada org awam lain yg cetek agama mengunakan kaedah sumpah ini utk melepaskan diri dari disiasat… aku rasa klau diberi chance kat org dalam lokap kat sg buloh tu angkat sumpah semua nk angkat sumpah…. lepas ni kurang la banduan… takde la kesesakan dalam lokap…. btul tak… APe pun RE.4.MA.C!!!!!

  72. 72 kakak Aug 26th, 2008 at 10:57 am

    HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERANG DAN TERSEMBUNYI…….WALLALHUALAM……

  73. 73 M.Jamil Aug 26th, 2008 at 10:57 am

    Perlukah soal agama dan ketuhanan diheret sama dalam kancah politik yang begitu mengaibkan? Dalam pergolakkan yang ironinya Melayu sama Melayu, Islam sama Islam,kita berantakan sesama sendiri.Lebih memalukan kita tuduh menuduh dan fitnah menfitnah tanpa asas yang kukuh dan menjadikan dunia politik kita lebih glamor dari dunia artis Hollywood, Bollywood apatah lagi di Malaysiawood.

    Ingat, sebesar zarah pun dosa dan pahala itu akan mendapat balasan setimpal dari Allah subhanawataala. Everything ada price tag on it! Berani buat beranilah tanggung. Bangkai gajah tak boleh di sorok. Kebenaran akan muncul jua, tak esok lusa. Cuma jangan berani sangat bermain api nanti terbakar diri. Islam sebagai Addin jangan sesekali berani memperlekehnya. Marilah kita sama-sama ingat mengingati di antara satu sama lain. Life is short!

  74. 74 amihani Aug 26th, 2008 at 2:35 pm

    Semuga berjaya DSAI dan seluruh jentera PKR…

    Takbir…
    Baru la merdeka…..

  75. 75 hary Aug 26th, 2008 at 2:40 pm

    arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.ANWAR MENANG

  76. 76 Seri Kundang Man Aug 26th, 2008 at 2:54 pm

    Doa orang yang diinaya tiada hijab, pasti dikabul Allah. Insya-Allah yang hak pasti akan menang dan yang bathil pasti kecundang. Ini janji dari Allah. Jalan DSAI ke Putrajaya nampak lancar dengan pendedahan Tuan Imam Ramlang Porigi. Cuma saya nak tanya kenapa Tok Najib tak nak saman DSAI kes Tantuya. Saya yang jahil bab perundangan ni boleh bagi jawapan, kalau sama kes akan didengar di mahkamah dan bukti pasti didedahkan. Takut………………

  77. 77 sabung Aug 26th, 2008 at 3:35 pm

    moga Allah kabulkan doa hambaNya yg terinaya..Semoga Dato’Seri Anwar mendapat kemenangan yang cemerlang malam ini..amin..amin..amin robbalalamin..

  78. 78 Kopi Panas Aug 26th, 2008 at 4:12 pm

    salam..

    buka mata hati.. pikir la dgn tenang..

    HIDUP DSAI UTK RAKYAT!!!

  79. 79 alfetta Aug 26th, 2008 at 11:00 pm

    Tahniah buat DSAI yang saya sanjungi..saya sekeluarga di Singapura amat terharu dengan kemenangan ini..

    Cuma di sini saya dapat melihat berita yg benar, tidak semacam di RTM dan TV3..sentiasa mengaburi mata rakyat Malaysia dengan niat jahat.

    Selamat kembali ke Parlimen!!

    Takbir!!

  80. 80 md rozi seremban Aug 27th, 2008 at 3:04 am

    alham dullillah dato seri anwar dah kembali ke pahlimen,,,,,,,,
    lepas ni kutukan bn cukup cukup terutama najip kakakakakaka

  81. 81 Padi Aug 27th, 2008 at 6:49 am

    Kempen MEMFITNAH sebangsa,seagama menjadi amat penting perkara pokok dalam kempen BN sekarang,Rakyat majoriti ,terutama generasi muda mudah faham dengan kuasa gila BN cuba membunuh keingin seorang insan yg tidak bersalah,difitnah sedemikian rupa…Allah Maha pasti akan niat jahat orang berkepentingan dalam BN ini…Apakah rakyat sanggup berpayung dibawah pemimpin yang suka berfitnah,membunuh,menipu,menkorup duit rakyat…..DEMI perut ,jantung,kedudukan mereka yang tamak seolah mereka hidup tiada tanda kiamat dimana PASTI diSOAL nanti…NAJIP nama dan rupa yang tidak boleh dipercayai,wajah pemimpin yang akan menjahanamkan MALAYSIA jika DIa berkuasa….JADI apa tindakan rakyat MALAYSIAakan datang demi menyelamat pemimpin sebegini…Jikalau DSAI mereka buat begini bagaimana pula kita rakyat biasa..Maka fikir fikir lah sendiri..
    Wasalam

  82. 82 dugong Aug 27th, 2008 at 3:11 pm

    lawan tetap lawan
    tak caya kat imam… habistu caya kat saipol.. eheh..
    semoga allah melindungi hambanya yang jujur… buktinye pkr menang di bulan kemerdekaan n penuh kemuliaan … amin

  83. 83 dugong Aug 27th, 2008 at 3:16 pm

    aishah oi.. jgn kata imam mcm tu tak baik.. kan dia ngaku dia hanya di arah mendengar.
    jd jangan tambah dosa awak menghina imam….

  84. 84 green heart Sep 5th, 2008 at 9:28 am

    salam…Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang benar…kalau tak nampak kebenaran di dunia…akhirat di sana menanti…tapi..sekarang ni dah nampak sangat2 mana yang benar, mana yang batil…Allah maha Hebat…Kesabaran diuji dengan masa…masa untuk kebenaran menguasai segalanya telah pun tibaaaa……so, untuk orang2 yang bersabar,tahniah!!!

  85. 85 aby Sep 15th, 2008 at 1:19 pm

    untuk ramlang,
    semoga allah merahmati anda kerana berani bercakap benar…

  1. 1 Berita Sekitar Tuduhan Kepada DSAI Pingback on Aug 29th, 2008 at 12:04 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners