Harakahdaily
Seluruh dunia menghalakan fokus ke Permatang Pauh. Melihat dan meninjau pilihan raya kecil yang bakal mengubah lanskap politik di negara ini. Tidak hairanlah Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak bersungguh sungguh mengekang kemaraan Anwar.
Ikuti wawancara eksklusif WAN NORDIN WAN YAAKOB, AZAMIN AMIN serta MOHD SABRI SAID dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga calon KeADILan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Yayasan Aman Permatang Pauh, pada 19 Ogos lalu.
HARAKAH: Buat pertama kalinya selepas sekatan politik yang dikenakan berakhir, Dato’ Seri boleh menyertai pilihan raya kecil. Walaupun Umno cuba gagalkan penyertaan Dato’ Seri dengan isu-isu liwat dan percubaan menahan Dato’ Seri, bagaimana situasi ini dihadapi?
ANWAR: Alhamdulillah, walaupun tekanan kuat dan muslihat Umno untuk menghalang saya dengan apa cara juga ternyata kita dapat lepas dari keadaan ini. Saya dapat bantuan dari sahabat-sahabat dan saya sangat bernasib baik kerana berkat doa sahabat-sahabat untuk meneruskan perjuangan dan saya sangat bernasib baik dengan kerjasama Pakatan Raayat walaupunkita difitnah tetapi kita terus bersama dan dengar bekerja dengan penuh komitmen dan keazaman.
Bagaimana Dato’ Seri melihat sambutan terhadap siri kempen setakat ini?
Umumnya sangat baik kerana jentera kita berkesan, jentera KeADILan dan PAS di Kawasan Melayu sangat kuat di Penang. Malah Kedah dan Kelantan turut membantu dengan sepenuhnya dan di beberapa kawasan seperti Seberang Jaya. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan kerjasama dan sokongan yang cukup kuat.
Namun masalahnya kita bimbang dengan tindakan pihak lawan yang mengambil salinan kad pengenalan (MyKad) para pengundi di sini yang sudah merebak dan kita curigai motif mereka. Kita akan laporkan kepada kepada SPR selain membuat laporan polis.(Dato’ Seri Anwar, tenang berbicara – gambar)
Kita juga minta provokasi ke atas anak-anak muda dapat dibendung dan kita harapkan dapat dikawal. Seterusnya semasa kempen saya didatangi pemimpin-pemimpin Umno tempatan yang mengingatkan saya supaya berhati-hati dengan strategi jentera Umno akan masuk ke rumah untukmenabur wang. Sampai begitu sekali kempen yang mereka jalankan.
Kita lihat isu liwat dan pengakuan sumpah laknat Saiful Bukhari dimainkan di Permatang Pauh walaupun Saiful sendiri kata kononnya isu ini bukan kerana politik, apa pandangan Dato’ Seri?
Ini memang isu politik yang dirancang begitu rupa sebaik sahaja saya ambil keputusan nak bertanding. Kes di bawa ke mahkamah sehari selepas pengumuman SPR, sumpah Saiful pula seharisebelum hari penamaan calon.
Saya percaya beberapa hari lagi sepanjang kempen Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak akan tentu mainkan isu itu sebagai isu besar mereka.
Sekarang ini Najib muncul seolah-olah macam ahli agama cakap seperti seorang agamawan walaupun, berbeza dengan ulama lain, baik Mufti-mufti, baik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat atau Yusuf Qardhawi atau ulamak-ulamak lain.
Pandangan dia (Najib) seolah-olah macam dia sebagai jaguh dalam agama dan nampak macam nak kepada Islam. Kita nampak ini satu politik.
Namun saya juga pergi ke beberapa tempat di kampung-kampung. Nampaknya penduduk tak nak isu (liwat dan akuan sumpah Saiful) ini tetapi mahu kepada isu agenda pembaharuan yang kita bawa sebab Permatang Pauh ini 10 tahun telah dihumban daripada arus pembangunan oleh kerajaan BN yang lalu.
Saya juga diasak dengan propaganda dengan VCD pengakuan sumpah Sukma Dermawan dan Dr Munawar Anees, berhubung isu dahulu. Ini semua dimainkan semula dan diedar kepada lebih 50,000 rumah pengundi di sini walaupun dalam isu ini semua pengakuan tersebut pengakunya telah menarik semula akuan mereka. Ini masih dimainkan.
Dan kempen mereka cukup lucah dan menghina serta mengata orang. Budaya fitnah ini sudah menjadi budaya Umno. Walaupun ramai di kalangan orang Umno di sini kurang minat dengan penggunaan isu ini.
Tiba-tiba Akta DNA dibawa ke Parlimen pula. Ini langkah yang sama dalam perancangan mereka (Umno). Tetapi saya tak mahu ditarik untuk beri komentar tentang isu-isu ini. Mereka bicarasoal ‘rules of law’.
Siapa yang percaya dengan ‘rules of law’ di negara ini? Siapa yang yakin? Kes bunuh, kes Altantuya, kes rasuah ratusan juta, kes hilangnya dadah di balai polis dan siapa yang nak sebut kes ini? Ini tidak pula dimainkan media arus perdana.
Isu perpaduan dan hak Melayu diungkit semula, kononnya kalau Anwar menang, Melayu akan susah di Penang kerana Penang ditadbir DAP. Apa pandangan Dato’ Seri?
Melayu miskin. Bahasa Melayu direndahkan martabatnya.
Agama Islam direndahkan dan penghayatannya tidak berjalan. Maksiat berkembang, jenayah bertambah, rasuah merebak,pemimpin Umno kaya melimpah, rakyat pula terabai. Ini semua siapa yang buat? Sepatutnya pemimpin Umno kena tanya diri mereka sendiri. Mereka penuh kuasa melimpah kekayaan ini. Dia nak salahkan siapa lagi. (Anwar ditemuramah Wan Nordin (kanan) dan Azamin – Gambar)
Saya nak tegaskan bahawa kita di Pakatan Rakyat telah menetapkan agenda yang cukup jelas,dan soal kedudukan Melayu dan martabat Islam tak pernah keluar daripada kerangka kita.
Yang kita tekankan untuk menjamin keadilan kepada semua. Kita usaha angkat Melayu dan tinggikan martabat Islam tanpa bermaksud untuk pinggirkan kaum dan agama penganut lain.
Umno pula sebaliknya gunakan kedudukan Melayu untuk hanya perkayakan diri mereka. Kontrak kerajaan berapa banyak dianugerah kepada anak menantu, keluarga dan kroni. Saham bumiputera pula puluhan juta ringgit diagihkan kepada sanak saudara mereka untuk memperkayakan mereka.
Mereka memainkan kononnya kini Ketua Menteri Pulau Pinang ini Cina DAP. Tetapi sedarkah mereka bahawa selama ini pun Ketua Menteri Penang Cina? Lima bulan di Pulau Pinang apa yang dilakukan kerajaan negeri? Adakah rugikan Melayu?
Kerajaan negeri telah luluskan peruntukan dalam soal mengimarahkan masjid dan tingkatkan mutu serta elaun guru Kafa. Kerajaan negeri ini juga menjalankan program membasmi kemiskinan termasuk kepada majoriti Melayu yang miskin tegar di sini tanpa kesampingkan orang Cina dan India.
Komen Dato’ Seri terhadap kenyataan tegas Presiden PAS yang akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat?
Media Umno tentunya akan perbesarkan pandangan yang akan berlaku dalam kongres KeADILan dan DAP kerana KeADILan di Kedah dan Perak mungkin ada rasa tidak puas hati dengan kerajaan di sana, seperti juga PAS di Pulau Pinang yang tidak puas hati kepada kerajaan negeri.
Ini soal biasa yang bukan isu besar yang boleh sebabkan ketegangan. Namun, ini dilaporkan oleh media arus perdana untuk mencetus kemelut kononnya.
Isu ini sebenarnya isu yang boleh dirundingkan dan pandangan mereka yang tidak berpuas hati itu hanyalah sekadar pandangan mereka dan ini bukanlah mewakili parti secara keseluruhannya.
Soal adanya kritikan dalam muktamar baru-baru ini, itu terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan parti dalam Pakatan dan saya lihat cuma ada kekeliruan. Itu sebab ada kerja fitnah akhbar arus perdana, mereka besarkan isu itu.
Di Permatang Pauh ini sendiri, sebenarnya mereka fitnah kononnya PAS tidak membantu kempen sedangkan kalau tengok jentera bantuan ketara sekali dan kerjasama PAS cukup baik.
Dalam satu majlis baru-baru ini, ramai pemimpin PAS datang. Takkan mereka ini dah tukar parti. Saya kata kepada pemimpin Umno bahawa inilah sokongan yang PAS berikan.
Tetapi ini tak dilaporkan media. Kalau tengok bahawa Nik Aziz telah memberi penegasan terhadap sokongan kepada Pakatan Rakyat di sini dan datang pada hari penamaan calon.
Selain itu kalau dengar doa Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Mohd Daud Iraqi, dia berdoa sangat kuat supaya kerjasama dalam Pakatan semakin kukuh. Ini satu ‘signal’ yang jelas bagisaya. Cara mereka hormati kami dalam muktamar cukup baik tetapi media tak perbesarkan.
Seruan dan harapan Dato’ Seri kepada pengundi?
Mereka adalah sebagai keluarga, sahabat dan rakan-rakan saya sejak sekian lama. Bila saya terperpenjara mereka tetap setia kepada saya. Mereka beri laluan kepada Azizah (Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail). Justeru, saya menaruh keyakinan mereka akan terus bersama mendukung agenda Pakatan Rakyat.
Mereka ini sahut seruan kita supaya untuk kemerdekaan iaitu kebebasan minda, ekonomi yang selama ini dicengkam golongan kaya Umno.
Saya harap pengundi menyokong kerana rakyat Malaysia mengharapkan Permatang Pauh memberi lonjakan baru kepada agenda Pakatan Rakyat memulihkan sistem pentadbiran kerajaan yang dirosakkan Umno-BN.
Saya harap mudah-mudahan mereka menggunakan peluang ini untuk perubahan dengan memberi sokongan kepada kita. – mr_

To All Pakatan Rakyat and DSAI Supporters,
Pls inform to those Permatang Pauh voters who thought if the majority votes for DSAI is lower than 10000, they will get RM200 stop dreaming.
Pls told them the BeeNd govt had big victory in 2004 General Election but they still owe Publisher Company for RM200Millions until now! Therefore, pls ask them must come out and cast their vote to DSAI.
Reply
saya inginkan PENDIRIAN DSAI berkenaan isu “adakah DSAI akan mengiktiraf rejim zionis/israel sebagai sebuah negara” jika{jika} ji PM nnt?
Mintak2 sgt DSAI komen PENDIRIAN..TQ
Reply
reez Reply:
August 25th, 2008 at 9:06 pm
salam sejathera en.ahmad jika negara ini ditadbir pakatan rakyat insyallah isreal akan jadi negara islam apa ko rasa?
Reply
askar Reply:
August 28th, 2008 at 12:00 pm
regim zionis hanya umno dan bn yang mengiktiraf rakyat dibita minda,tahukah puluhan bilion kerajaan membuat pinjaman adalah dari suku sakat zionis yahudi,yang makan hasil bumi palestin.insyaallah pakatan rakyat akan memperjuangkan nasib negara palestin jikalau anwar jadi pm.
Reply
Alhamdulillah, dengan teruramah ni, harp dapat membuka mat pengundi permatang pauh khususnya.
kita semua persan dan sangat arif dengan taktik kotor dan perubahan yang penuh kepura-puraan dari UMNO/BN.
rakyat sekarang bukan bodoh lagi.
semua tahu menilai.
kita dah lihat ape terjadi pada 8mac
semua orang tak boleh lagi duduk bawah pemerintahan yang tak berhati perut dan golongan yang mementingkan pihak tertentu sahaja.
diharap kepada penyokong pakatan rakyat, mari sama2 menggembleng tenaga membantu dan memberi sokongan kepada DSAI dan pilihan raya ni merupakan titik permulaan untuk menyingkirkan kerajaan jahiliah BN.
Reply
di harap dato’ seri bersabar dengan agenda yg dimainkan oleh BN, mereka semakin rancak menggunakan semua saluran TV dan akhbar untuk menjatuhkan dato seri. Saya berharap dato juga akan bersumpah menafikan kes liwat pada hari terakhir berkempen untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan kita, REFORMASI……..
Reply
Anwar is a visionary. Umno is a falling party. Eventually BN will collapse. Matter of time. The Indians are full support of Anwar. Pakatan Rakyat is the Malaysian Agenda. Let them carry out malaysia from the ditch that BN has landed itself into. Makkal Sakthi will clean her up.
Sincerely,
pathmanck.blogspot.com
Reply
Dengan temuramah ini diharap para pengundi permatang pauh tidak termakan tohmahan dan kenyataan pemimpin umno yang cuba melagakan ahli2 pas dgn pkr…diharap undi dari pas akan tetap kepada dsai…pas dan pkr akan terus membela nasib rakyat khasnya melayu yg semakin layu dek kerana pemimpin b end yg rakus..prmtg pauh milik kita PR
Reply
Semoga DSAI akan berjaya…kepada anda yg ingin kepastian kes antatuya..tanyalah wartawan2 di malaysia nie…semua tahu… knp kes itu senyap saja? pandai betul UMNO-BN main taktik kotor…
Moga Allah tunjukkan siapa yg benar siapa yg salah bg mereka yg masih berada atas pagar..
Ya Allah rahmatilah pd yg benar!!!
Reply
APA NK JD DGN MEDIA D MALAYSIA…SMAKIN HARI SMKIN MNJD2…MENYAMPAH PULAK TNGOK…WHEN WILL THIS END???SOMEBODY MUST STOP IT FOR THE COUNTRY..ROSAK FKRAN DGN MEDIA ARUS PERDANA KITA…FIKIR2KANLA SEMUA../
Reply
Dear Readers,
The actual fact is that THE UMNO ARE NOT LOOKING AFTER THE MALAYS. 50 years ago d malays were in Town n better but now in the jungle(backward). Their lands gone. Their moral wow!!! Apa yang nak dibanggakan- notting. Kebanyakkan miskin papa kedana, sanggup buat apa saja nak hidup…
Not like the MCA, Gerakan, MIC or PPP…..who fight 4 their community. I pity d malays. Apa sudah jadi dgn pemimpin2, penguasa2, broker2 yang boleh dibeli, peniaga Pasar Malam kecuali. Nak selamat pilih Datuk Seri Anuar Ibrahim, he will bring changes 4 good.
Reply
Kepada pengundi permatang pauh, janganlah terpedaya dgn RM200 UMNO. Teruslah mencipta sejarah demi harapan malaysia baru yg aman dan makmur. Andalah penentu hala tuju politik negara. Buktikan sekali lagi. Permatang pauh boleh!
Reply
Taktik Kotor UMNO ( BN ) sudah terbongkar, Mereka tidak mampu menandingi sokongan semua kaum terhadap Pakatan. Politik Perkauman MIC MCA dan UMNO sudah lama basi… polisi “Pecah dan Perintah” BN yang ditiru dari Penjajah Inggeris sudah Lapuhdah…
Rakayat Malaysia mahukan kemakmuran dan keadilan untuk semua… “Hidup Pakatan” si bawah pimpinan PAS DAP dan PKR.
Reply
saya setuju Dato’ Seri Anwar Jadi PM. kerajaan UMNO dah lapok sangat dan tidak seimbang pentakbirannya. saya tabit Dato’ Seri kerana berani kerana benar dan tidak gentar. di Pahang Pengundi disogok bakal dipulaukan dari masyarakat jika menyokong pembangkang. saya yakin dan berdoa kepada allah supaya membuka jalan kepada orang yang benar. lupakan sejenak hari kemerdekaan demi pematang pauh. moga PM baru dapat mengganti Pm sekarang ni dan timbalannya kalau boleh boleh tukarkan sekali.hidup keadilan…………..
Reply
DSAI,AWASSSSSSS!AWASI CARA UMNO LAST CHANGE diorang,
i)GUNA POLIS BUAT ROADBLOCK<SENGAJA BUAT JAM <BAGI ORANG SUSAH PEGI UNDI,terutama pengundi dari negeri lain/luar kawasan/dari pulau< PLS COUNTER THIS WITH KEADILAN TEAM CLEAR ALL JAM(di jalanraya dan Jambatan Pulau Pinang) AND ACCIDENT yang dibut-buat oleh polis,lori rosak,pokok tumbang!!!!TAK LUPA UNDI HANTU DANN UNDI POS(UMNO CUBA TIPU DLM MEDIA PERDANA KATA ADA 400 lebih sahaja undi POS.
ii)AMBIL KAD PENGENALAN PENGUNDI
iii)TIPU SEMASA KIRA UNDI
iv)tambah kertas undi secara haram semasa kira undi
Reply
Kita nak kerajaan bersih, 26 Mac 2008 kita sama sama hapuskan yang kotor, sokong anwar rakyat dapat hidup mewah.
Reply
Umno pula sebaliknya gunakan kedudukan Melayu untuk hanya perkayakan diri mereka. Kontrak kerajaan berapa banyak dianugerah kepada anak menantu, keluarga dan kroni. Saham bumiputera pula puluhan juta ringgit diagihkan kepada sanak saudara mereka untuk memperkayakan mereka.
Reply
SEMUA SUDAH PUN BERAKHIR BUAT NAJIS,KHAIRY,SAI-FULL, EZAM, NALLA DAN LAIN-LAIN.
MEREKA SEMUA TELAH DI-LAKNAT OLEH ALLAH,TERUTAMA NYA SAI-FULL YANG MEMINTA DIRI NYA DI-LAKNAT DAN-KELUARGA DAN JUGA KETURUNAN DIA.
ALLAH MELIHAT RANGCANG KAMU, TETAPI BUKAN PAK LAH ATAU MAHKAMAH YANG DAPAT MENENTU KAN LAKNAT ITU. TETAPI ALLAH YANG MENENTUKAN.
INI LAH DASAR MANUSIA YANG PENTINGKAN DUNIA DAN ALLAH MEMBALAS-NYA DI-DUNIA.
SELAMAT JALAN KEPADA SEMUA MEREKA-MEREKA YANG MERANCANG CONSPIRACY LIWAT INI.
SEMOGA BERJAYA LAH SAUDARA ANWAR IBRAHIN DAN TERUTAMA NYA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
Reply
Saya yakin 1oo% DSAI akan Menang Besar .. MMerdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!
Reply
Saya rakyat Sabah menantikan DSAI Sbagai PERDANA MENTERI..Bukan sebagai penyelamat melayu tetapi Penyelamat Semua Bangsa di Malaysia..
Reply
Saya begitu tertarik dengan apa yang kes liwat ditujukan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jika benar apa yang telah dilafazkan Saiful seperti di dalam sumpahnya, mengapakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah berdasarkan kanun yang lain, iaitu liwat dilakukan secara suka sama suka? Dan juga mengapakah Saiful seperti tidak mengetahui akan hal itu dan tidak mengubahnya? Saya begitu risau dengan apa yang yang telah diucapkan seperti di dalam sumpahnya. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar. Apakah Si Saiful ini tidak takut dengan laknat Allah dan dengan bernada yakin kononnya beliau berada di pihak yang benar. Apabila bala Allah datng, bukan Si Saiful nie je terkena, malah kita semua rakyat Malaysia. Wallahualam…
Reply
Dear Readers,
The actual fact is that THE UMNO ARE NOT LOOKING AFTER THE MALAYS. 50 years ago d malays were in Town n better but now in the jungle(backward). Their lands gone. Property sold. Adat istiadat fading away, where`s the inang, zapin, joget n culture gone. Their moral wow!!!with mat rampage dll. Apa yang nak dibanggakan semasa umno memerentah- tiada club, association atau persatuan- nothing. The British buat Malay Reservation, Jaga Raja2 ramai kaya raya maruah tip top. Sekarang kebanyakkan miskin papa kedana, sanggup buat apa saja nak hidup…
Not like the MCA, Gerakan, MIC or PPP…..who fight 4 their community. I pity d malays. Apa sudah jadi dgn pemimpin2, penguasa2, broker2 yang boleh dibeli, peniaga Pasar Malam kecuali. Nak selamat pilih Pemimpin seperti Datuk Sera Anuar Ibrahim. Semasa jadi TPM tiada harta, PM ada Ladang Kuda di Argentina, Menteri lain ada harta merata dunia . Siapa yg mendirikan UIA, Bank Islam, PPRT dan banyak lagi siapa kalau bukan DSAI. Come on man wakeup jangan tidur lagi see 4 yourself what is wrong n what is right. Pada orang P.Pauh The pen is on your hand….pangkah DSAI
Reply
BN sangat terdesak sebagaimana DS Najib terdesak…sehingga tiba2 berpewatakan ahli ugama konon…
Reply
Syukur ke hadrat ilahi,jika di izinkan Allha s.w.t maka Pakatan Rakyat akan menuju ke Putrajaya kelak. Bukan niat dihati untuk untuk mengejar pangkat dan kedudukan semata-mata tetapi untuk menstabilkan ekonomi Malaysiaku dan merapatkan perpaduan kaum di Malaysia setelah segala kerosakan-kerosakan yang di lakukan oleh pemimpin BN dapat diperbetulkan..Mereka masih mengamalkan politik kotor yang kurang matang selama 51 tahun memerintah..Taraf sosial masyarakat dan ekonomi rakyat Malaysia perlu ditingkatkan bagi mewujudkan keseimbangan yang rata. Justeru itu,ayuhlah kita bangkit daripada tidur yang lena ke arah Malaysia Baru..Itu merupakan aspirasi daripada Pakatan Rakyat..Amin…Allahuakbar..
Reply
Harap DSAI dpt memberi penekanan terhadap dalam membangunkan masyarakat melayu khususnya dalam memperbaiki taraf ekonomi dan tanpa mengabaikan kaum-kaum yang lain seperti India dan Cina yang memerlukan.Ini kerana kedudukan orang Melayu pada masa kini terlalu mendesak jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain seperti cina kerana Melayu merupakan masyrakat majoriti. Sayangkan Malaysia..
Reply
DSAI, majulah … Jangan tunduk kepada kezaliman dan taktik kotor yang dihadapi. Kita rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama bersatu-padu menyokong anda. Anda merupakan harapan baru Malaysia. Kita memerlukan anda. Majulah demi Malaysia !!!
Reply
Insya Allah… kami semua sentiasa menyokong DSAI.. Insya Allah keputusan Pilihanraya esok akan memihak kepada DSAI… kami tetap berdiri teguh dibelakang DSAI… Allahu Akhbar 3x
Reply
SEMAKIN HAMPIRNYA KIAMAT ITU IALAH APABILA MANUSIA MENCINTAI DUNIA MELEBIHI AKHIRAT SEHINGGA SANGGUP MELAKUKAN APA SAJA UNTUK MENIKMATINYA….WALLAHUALAM…….
Reply
Huh, damn u Saiful! Ingat, balasan ALLAH tetap datang apatah lagi dengan sumpah yg kau lakukan. Ingatlah ALLAH, jangan gunakan sumpah bagi meraih kepercayaan orang terhadap kau dan kroni2 kau, dan juga untuk kepentingan ko dan kroni2 ko. Ingatlah ALLAH. ALLAH HU AKBAR!!! Reformasi!Hidup DSAI!!!
Reply
Congrat DSAI,WAS WAITING FOR YOU TO COME BACK.AND THAT WISH CAME THRU.DON FORGET US IN SARAWAK AND GET RID OF THAT SELF PROCLAIMED SULTAN OF SARAWAK.MANY OF US ARE WAITING AS WE ARE ALWAYS DOWN PLAYED AND NO ONE DARES EVEN OUR POLITICIANS ARE POLISHING HIS BALLS.I AM WAITING FOR ALL OF US TO GET RID OF HIM AND MAKE SARAWAK A PART OF MALAYSIA WITH JUSTICE AND FAIRNESS TO ALL REGARDLESS OF RACE BUT MERITOCRACY ABOVE ALL.NOT IF YOUR ARE CONNECTED TO TAIB AND HIS FAMILY.THEN YOU CAN EARN A LIVING IF NOT YOU JUST KAIS PAGI MAKAN PAGI.THATS WHAT WE BIDAYUH ARE FACING AND ALSO THE OTHER NATIVES ARE FACING.I THINK WE ARE WORSE OFF IN SARAWAK.PEOPLE ARE LIVING IN FEAR OF TAIB.
We are getting stronger by the day and believe that PKR will replace PBB as the ruling party in Sarawak.I am sure its a matter of time that you will put your focus back to Sarawak and do contact me as you friend and also your friend from Kapit called baginda(not that razak baginda)the only iban baginda,that you know.
Thanks and all the best to putra jaya.
Reply
Harapan saya agar Pak Lah segera mengosongkan Putrajaya secepat mungkin…..amin…
Reply
Tahniah di atas kemenangan. Harap-harap janji yang diberikan kepada penyokong dilaksanakan sebaik mungkin. harapan saya agar DSAI tidak hanyut dengan sokongan dan penyakit pengampu politik yang mana selama ini melanda pemimpin BN sehingga lupa daratan dan menghapuskan sokongan rakyat. Biasanya pada awal kemenangan janji dilaksanakan sehinggalah pada akhirnya sikap manusia sendiri yang merasa perlu mendapat lebih dari apa yang sepatutnya. jangan lupa bahawa wakil rakyat itu adalah hamba rakyat. satu kedudukan yang dikiran amat rendah tapi kebaktian yang membezakannya. saya muak dengan sikap pemimpin yang pada mulanya hidup dalam keadaan biasa tetapi selepas bergelar wakil rakyat mula menunjukkan perubahan kemewahan yang ketara.. Saya juga tidak terkejut jika ada dikalangan penyokong PKR yang akan mengikuti arus sebegini jika PR berjaya menerajui kerajaan satu masa nanti.. Apakah ada jaminan yang ianya tidak akan berlaku???
Reply
semua ini hanya dunia semata…..
Reply
DSAI…Ingatlah bahwa mati itu adalah kehidupan sempurna dari hidup yang penuh pancaroba. Liwat, sex, rasuah, adalah amalan di dunia….Jadi baik lah habiskan sisa sisa hidup yang tinggal ini berhadrat kepada ilahi. Sempena bulan ramadan yg bakal tiba sy mengucapkan selamat menyambut bulan puasa dimana kita lebihkan lah amalan ibadah dari fitnah memfitnah, kutk megutuk. Lastly…..
i support you DSAI if you give us wat i want. Reality bites!!!!!!!!!!!!!!>>>!!!!!!
Trust and Money…..
Reply
Assalammualaikum…dan salam reformasi untuk semua pendukung pejuangan keadilan.
Andai kehidupan Ayahda Anuar Ibrahim dipentaskan..,bisa sahaja drama tersebut menjadi suatu persembahan yang teramat tragis dan meruntun jiwa. Filem-filem dari negara India pasti sahaja ingin meniru serba sedikit jalan cerita tersebut,kerana benar-benar taksub.Mereka tentu sahaja tidak menyangka bahawa dinegara Malaysia yang sering dikhabarkan tentang keamanan dan kemakmuran negara dan pemerintahannya sebenarnya lebih teruk dan hina dari negara mereka.
Tapi inilah realiti Malaysia hari ini…
Untuk ayahda Anuar..,hidup ini adalah ujian. Setiap manusia itu telah ditakdirkan untuk menghadapi ujian masing-masing.,bergantung kepada kekuatan individu itu sendiri.
“Sesungguhnya Allah tidak pernah menduga hambanya dengan sesuatu yang tidak pernah tertanggung oleh dirinya”
Mudah-mudahan perjuanganmu diberkati….
Reply
bila semua ni akan berakhir, malaysia yang aman dan damai….yang bebaS dari rasuah dan kezaliman.
Reply
aku dah jelak ngan BN..aku nak org lain urus wang negara (PR)…tu jer
Reply