
Dari Malaysiakini
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat tindakan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menurunkan harga minyak semalam sebagai satu usaha terdesak bagi meraih semula populariti di kalangan rakyat.
Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter, manakala harga runcit petrol RON92 dikurangkan 22 sen kepada RM2.40 seliter, berkuatkuasa hari ini. Harga diesel turut diturunkan 8 sen kepada RM2.50 seliter.
Ketuanya, Shamsul Iskandar mohd Akin berkata, AMK berpendapat ini adalah tindakan terdesak Abdullah setelah beliau menafikan sekeras-kerasnya sebelum ini bahawa tidak akan menurunkan harga minyak sebelum 1 September 2008.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, AMK tidak menafikan sebarang usaha untuk menurunkan harga minyak adalah baik.



























