22
Aug
08

Program DSAI 22 Ogos 2008

Masa

Program

DUN

Tempat

Contact Person

0800

Sesi Bertemu Rakyat

Permatang Pasir

Pasar Awam Sama Gagah

1324

Solat Jumaat dan disusuli dengan Tazkirah

Seberang Jaya

Masjid Jamek Seberang Jaya

1635

Solat Asar

1930

Solat Maghrib di susuli dengan Solat Hajat & Tazkirah

Permatang Pasir

Masjid Jamek Kubang Semang

2000

Sesi Bertemu Rakyat

Permatang Pasir

Pasar Malam Kubang Semang,

Parit Busuk

2045

Jamuan Makan Malam bersama masyarakat Cina

dan disertai oleh YAB MB Perak

Seberang Jaya

Kawasan lapang Tokong Cina

Depan Sunway Hotel, Jalan Jelawat Seberang Jaya

Low Chee Chong

019 222 8665

2130

Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat

Seberang Jaya

Bilik Gerakan Seberang Jaya I, Lorong Siakap 12

Siti Hawa Salleh

019 448 3144

2230

Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat

Permatang Pasir

Bilik Gerakan JDM 5, Kampong Pelet

Rosli Mohd Noor

012 544 7924

2300

Ceramah Perdana Memerdekakan Rakyat

Penanti

Padang Bola Home Stay,

Mengkuang Titi

Johari Shariff

012 577 4796


15 Responses to “Program DSAI 22 Ogos 2008”


  1. 1 pejuang Aug 22nd, 2008 at 1:57 am

    Salam hormat.

    Dari hari ke hari melawat blog DSAI. Kalaulah saya, tentulah exhausted jadual yang begitu padat pada usia 61 tahun.

    Apapun, salam perjuangan!!

    LAWAN TETAP LAWAN!!
    ALLAHUAKBAR!!!

  2. 2 jai Aug 22nd, 2008 at 2:04 am

    INSYAALLAH, ALLAH SWT AKAN SENTIASA MERAHMATI DAN MEMBERKATI SEGALA USAHA-USAHA MURNI DATUK SERI. AMINNN…..

  3. 3 BOMOH Aug 22nd, 2008 at 3:41 am

    Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.

    Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.

    Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.

    ********************************************************************************************
    Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.

    Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .

    Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK tealh memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.

    Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.

    Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan keada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.

    Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.1.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi kePermatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.

    Dimalam tersebut, Usaili tinggal diBilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut malumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel diPulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.

    Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.

    Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk kePermatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus kePermatang Pauh bersendirian.

    Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum disebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili diKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja dimana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.

    Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap dibilik hotel adalah pembohongan SPR semata-mata. kejadian ini berlaku diKluang Cafe, Ipoh raya, didepan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.

    Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.

    Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.

    Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik keIpoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan. Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa kemahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.

    Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.

    Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret. Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?

    Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!

    Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh bPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam lagi (esok) sebelum dibebaskan pada hari Sabtu

  4. 4 RakyatMarhaenP44 Aug 22nd, 2008 at 7:13 am

    Kawan-kawan ku
    Pengundi Permatng Pauh,

    UMNO dan BN dah Menggelabah bukan Mubahalah.

    Akhbar dan TV terus menerus menipu rakyat dan Pengundi P$$ khususnya.
    Kita pasti tak tertipu dan terpedaya.

    UMNO dan BN terus sogok wang RM50 dan RM100. Kita ambil dan minta pula RM satu juta.
    Harga diri kita lebih dari RM satu juta.

    1. Kita mahu jadi jutawan dunia dan jutawan akhirat.

    2. Kita tidak boleh digula-gula dan disogok dengan wang ringgit.

    3. Kita akan pasti undi Anwar Ibrahim pada 26 Ogos 2008 ini.

    4. Kita mahu cipta Satu Sejarah.

    5. Kita mahu Anwar Ibrahim jadi Ketua Pembangkang pada sidang Parlimen 28.08.08.

  5. 5 PP mari Aug 22nd, 2008 at 9:04 am

    Imam diarah hadir sumpah Saiful

    Jimadie Shah Othman | Aug 21, 08 6:10pm

    Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.

    Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.

    Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

    Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

    Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

    Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    ‘Memang ahli Umno’

    Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

    Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

    Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: “Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu”.

    Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya “atas sebab-sebab tertentu”.

    Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

    Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

    “Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,” katanya.

    Tiada kaitan

    Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

    Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

    Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.

    Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: “Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)”.

    Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

    Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.

  6. 6 Rakyat Teraniaya Aug 22nd, 2008 at 9:29 am

    Salam Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia,

    Tinggal hanya 4 hari untuk Rakyat di Permatang Pauh menukar hala tujuan negara tercinta kita ke era baru yang betul betul bersih dari korupsi rejim umno bn badawi-najib-khairy, bersih dari kekejaman polis di anjing umno yang tidak berhati perut menganiaya Rakyat jelata, bersih dari kroni kroni umnoputra korup yang hanya tahu menelan harta Rakyat serta memberi keterangan karut mengenai DNA seperti merekalah ahli CSI yang agung di Malaysia, bersih dari “mangsa” liwat yang diperalatkan oleh kroni umno bagi mencemarkan nama serta reputasi orang baik…..

    Hari hari jentera umno yang kaya raya dengan harta yang dibolot dari Rakyat meracuni fikiran pengundi di Permatang Pauh dengan video video saiful sodomy yang dia bersumpah di atas Quran di dalam sebuah masjid di Ibukota. Dalam video tersebut, diulang ulang sumpah saiful sodomy yang dia diliwat oleh DSAI…..eeii jijik sekali, tak malu, dayus sekali, seorang lelaki sanggup menyumpah yang dia diliwat hanya kerana “biasiswa hadhari”….. dah le dibuktikan secara professional seorang doktor di pusat perubatan pakar dia tidak diliwat, saiful sodomy sumpah juga…. tak takut ke balasan Tuhan? ataupun dia ni seorang yang telah murtad oleh itu dia tidak lagi takut balasan Tuhan…..Tuan Tuan Puan Puan fikirkanlah….

    Pengundi pengundi Permatang Pauh, jangan percaya semua tipu muslihat ini! saiful sodomy hanya sumpah kerana disuruh demikian, pada hari sebelum penamaan calon, supaya video itu dapat dirakamkan dan diperalatkan bagi mencemarkan nama baik DSAI serta meracuni fikiran pengundi semua. Jangan percaya hadiah hadiah yang diberikan najib c4 juga, kenapa bila tiada pilihanraya, dibiarkan kebulur sahaja? Sekarang masanya Rakyat Malaysia menghakimi mereka yang telah zalimi kita, yang telah merompak harta kita, yang membebankan kita dengan kenaikan harga mendadak!

    UNDILAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM!
    UNDILAH PAKATAN RAKYAT!
    UNDILAH PARTI KEADILAN RAKYAT!
    UNDILAH DEMOCRATIC ACTION PARTY!
    UNDILAH PARTI SEISLAM MALAYSIA!

  7. 7 Areeza Aug 22nd, 2008 at 9:30 am

    Salam DSAI….

    Go DSAI do right things right. Perjelaskan apa yg sdg terjadi di M’sia.
    Kita jgn peduli apa depa nk buat sbb Allah senantiasa dipehak yg benar.Amin….
    Waspada org2 disekeliling kita sbb kita tak tau samada org tu hantu atau betul2 org.

    Semuga kita berjaya di Permatang Pauh.

  8. 8 Badrol Aug 22nd, 2008 at 11:32 am

    Dato seri,

    Saya rasa soal sokongan terhadap dato seri di permatang pauh tidak perlu dirisaukan. Yang saya amat risau adalah voter turnout pada hari mengundi.

    Ramalan saya terhadap pilihanraya kecil permatang pauh adalah seperti berikut:

    * Jumlah pengundi ……………………………….. 58,000
    * Jumlah mengundi (kurang, kerana hari bekerja) 65% …. 37,700
    * Jumlah mengundi dato seri 70% …………………… 26,390
    * Baki 30% mengundi calon umno ……………………………….. 11,310
    * Election commission akan mengumum voter turnout tinggi
    sehingga 90% (penambahan sebanyak 25% pengundi hantu)………….. 14,500
    ——————-
    26,390 : 25,810
    ===================

    Saya percaya dato seri akan menang tetapi dengan majoriti kurang dari seribu. Perangkaan diatas menunjukkan betapa amat penting dan crucial jumlah pengundi memainkan peranan.
    Sebab itu calon umno baru-baru ini dengan yakin menyatakan bahawa beliau akan menang dengan majority tipis. Jika voter turnout pada hari mengundi tinggi iaitu lebih dari 80%, peranan pengundi hantu atau undi pos tidak akan membawa kesan dan dato seri akan menang dengan majority selesa, insyallah.

  9. 9 travolta Aug 22nd, 2008 at 11:38 am

    Tak penat ker Dato Seri..?
    kena banyak minum jus tok guru ni..mmg sedap —> http://www.tokguru.net

  10. 10 cinta malaysia Aug 22nd, 2008 at 11:56 am

    Tolong siasat benar benar latar belakang Imam Ramlang Porigi.Namanya serupa orang Indon.
    Ramai orang Indon di Sabah mengambil jalan mudah mendapat IC dan kerakyatan Malaysia
    menyelubungi sebagai tokoh agama.

  11. 11 hans Aug 23rd, 2008 at 12:57 am

    Alhamdulillah…selesai jugak program ceramah datuk seri utk hari ini…saya begitu berminat mendengar ceramah datuk seri sehingga saya sanggup pergi ceramah dikampung pelet dan mengkuang titi….takbir!!!reformasi!!!

  12. 12 karma Aug 24th, 2008 at 11:51 am

    selamat berjuang… rakyat bersama mu DSAI. insya allah DSAI akan mendapat undi majoriti yang lebih besar. sokongan kepada DSAI semakin meningkat di sini. ezam ditolak, nalla ditolak dan saiful yang tidak bermaruah dihina kerana menjual maruah sendiri. khairy ditolak, najib ditolak. rakyat sekarang mahukan keadilan dan mereka memerlukan pembelaan. DSAI ADALAH HARAPAN MEREKA. SELAMAT BERJUANG UNTUK RAKYAT MALAYSIA. RAKYAT TETAP BERSAMA DSAI.

  13. 13 mahkamah_songsang Aug 24th, 2008 at 12:14 pm

    SUMPAH LAKNATULLAH,

    MEMADAI UNTUK AJIB DAN SINFUL SAJA, TAK PERLU ANWAR UNTUK BERSUMPAH, ALLAH MAHA MENGETAHUI ANDAINYA ALLAH MENYERTAINYA YG BERSUMPAH UNTUK KEBENARAN, YANG TAK BERSUMPAH NESCAYA AKAN TERIMA PADAHNYA JUGA KALAU DIA BERSALAH, SEBAB YANG BERSUMPAH TU MENGENAKAN ORG YG TAK MAU BERSUMPAH….RENUNG,RENUNGKAN

  14. 14 penguin Aug 25th, 2008 at 3:01 am

    salam DSAI,

    dulu saya x minat ngan politik tapi pada tahun 1998 saya terbaca berita mengenai pelbagai tuduhan yg x betul.. dan jauh di sudut hati saya sama sekali x percaya akan tuduhan2 itu. sehingga kini saya masih x percaya dan x dapat menerima semua fitnah2 yg dilemparkan kpd DSAI.. ramai jg kawan2 yg selalu ikuti perkembangan DSAI walaupun jauh dr kwsan. saya sanjung tinggi dan sokong DSAI walau apa pun yg berlaku.

    Cari lah kebenaran dan anda akan menemuinya…

    May God Bless you and your lovely family DSAI… Amen.

  1. 1 Program DSAI - 22/08/08 « B e r t a m @ d u n Pingback on Aug 22nd, 2008 at 11:22 am

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners