RUJUKAN KAMI: SUA2008/SPR/0115
TARIKH: 21 Ogos 2008
Yang Berbahagia
Tan Sri Dato’ Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA
Yang Berbahagia Tan Sri,
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ADUAN BERHUBUNG PERJALANAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH
Menemui Yang Berbahagia Tan Sri semoga dalam lingkungan kesejahteraan yang baik.
Merujuk kepada perkara di atas dan seperti yang kita maklumi bersama bahawa Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh sedang rancak berjalan. Pilihanraya kali ini dianggap paling menjadi tumpuan negara dan dunia kerana mempertemukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menentang calon dari UMNO dan AKIM.
Adalah sangat mendukacitakan ketika seluruh rakyat dan masyarakat antarabangsa begitu berminat mengikuti perkembangan pilihanraya, namun perjalanan kempen pilihanraya terus dicemari dengan pelbagai salah laku kempen yang memperlihatkan kelemahan sistem demokrasi di Malaysia dan tentunya memperlihatkan kegagalan SPR untuk mengendalikannya secara adil dan telus.
Saya sangat mempersoalkan kredibiliti dan kerja SPR kerana apa yang timbul bukanlah perkara baru malahan ianya adalah perkara sama yang berbangkit pada setiap kali pilihanraya walaupun berbagai-bagai aduan, kritikan, dan cadangan telah dikemukakan kepada pihak SPR.
Sehubungan dengan itu saya meminta dan berharap agar SPR dapat meneliti untuk bertindak dengan serius dan bersungguh-sungguh terhadap aduan yang saya kemukakan seperti berikut;
i. Nama Pengundi Hilang
Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 900 pengundi yang namanya tercicir dan hilang daripada buku daftar pemilih bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh. Nama-nama tersebut terdapat dalam senarai daftar pemilih yang lepas dan boleh membuang undi pada pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini kini didapati tercicir dari daftar pemilih terbaru.
ii. Pemilihan Hari Bekerja Sebagai Hari Membuang Undi
Dilaporkan bahawa pemilihan hari Selasa 26hb Ogos, 2008 iaitu hari bekerja adalah sesuatu yang sangat dipersoalkan kerana akan menyukarkan kepada pengundi untuk membuang undi terutamanya pengundi-pengundi yang bekerja dan pengundi yang berada diluar kawasan.
iii. Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen UMNO/BN
Agensi kerajaan telah dugunakan secara terang-terangan untuk berkempen bagi pihak Parti kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Penglibatan agensi kerajaan untuk tujuan kempen adalah menjadi suatu kesalahan dan melanggar etika kempen pilihanraya
iv. Laporan Media Yang Berat Sebelah
Laporan media terhadap kempen pilihanraya secara keseluruhannya menyebelahi calon UMNO/BN dan pendekatan menyerang calon Parti Keadilan Rakyat secara keseluruhannya laporan media adalah sesuatu yang malang bagi prinsip etika media dan sistem Demokrasi Malaysia.
v. Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan
Kempen pada kali ini menampakkan kawalan keselamatan yang berlebihan. Ramainya anggota polis, menggunakan helikopter dan polis simpanan persekutuan adalah bertujuan untuk mengganggu kempen dan mewujudkan rasa takut kepada pengundi disamping media cuba melabelkan Parti Keadilan Rakyat dengan keganasan yang langsung tidak berasas sama sekali.
vi. Mengambil Kad Pengenalan Pengundi
Terdapat laporan petugas-petugas kempen UMNO/BN telah berjumpa dengan pengundi dan mengambil kad pengenalan pengundi atau salinan kad pengenalan. Tindakan ini adalah menjadi suatu kesalahan dan mewujudkan kesangsian tindakan UMNO/BN.
vii. Sogokan Wang kepada Pengundi
Dilaporkan bahawa kempen UMNO/BN telah menggunakan sogokan wang untuk meraih undi. Petugas Umno/Bn bertemu pengundi menawarkan wang supaya pengundi diminta mengundi calon UMNO/BN atau pun pengundi menyerahkan kad pengenalan mereka. Tindakan ini selain menyalahi etika pilihanraya dan mempunyai unsur amalan rasuah.
Kerjasama dan tindakan dari pihak Tan Sri saya hargai dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha bersama kita memartabatkan demokrasi Malaysia akan mencapai kejayaan.
Sekian, terima kasih.
DATO’ SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
















xda maknenye….kalau betul2 telus…xderyer ngundi hari selase….
better than nothing evethough we know the answer from SPR atleast we already put in black & white. Keep fighting all this nonsense.
God bless DSAI.
susahlee orang tua pekak badak tu nak dengorr…kan SPR tupun kongsi tandas dgn BN gak.cirit bn ciritlah spr..lawas bn lawas spr.yg penting sekarng budak2 pkr yg cerdik perhati2 lasama.
Alahai…
Rakyat jadi muak dah…
Rakyat buat laporan ke BPR,
Di buat don’t know oleh BPR
Bila BN atau UMNO lapor ke BPR,
Kemain laju tindakan diambil BPR.
Rakyat Malaysia ni memang bodoh sangat ke?
Asalamualaikum
the chinese are 100% solidly supporting DSAI to be the next PM of Malaysia.
to my malay and indian friends
come let us together show and prove our solidarity and rally
behind DSAI.
forget about saiful sinful or whatever fool .
Alhamdulilah everything went smoothly during nomination day.
just go all out and vote DSAI for he will not only be our MP but also our next PM for all Malaysian.
long live DSAI and may ALLAH bless you and your family.
Ameen
Polis nk pkai UTK n VAT69 kt Permatang Pauh? Buat ape semua ini? Bknnya terdapat pengganas di permatang pauh. Bknnya blh mengancam keselamatan negara. Tindakan polis ini boleh dipersoalkan. Membazirkan duit rkyt dengan menempatkan beribu2 polis tanpa ade sebab yg munasabah. Umum mengetahui, pd PRU12, polis sblm hari mngundi, tb2 polis mngeluarkan kenyataan yg pengunaan ‘dakwat’ adalah tidak selamat (kononnya hasil dari risikan polis). Begitulah juga ape yg berlaku skrg, polis membuat kenyataan menyatakan hasil risikan menunjukkan ada ancaman terhadap pengundi. Siapa yg mahu mengancam pengundi? PR amat berharap pengundi dpt keluar beramai2 untuk mendapat majoriti yg lebih. Ini lah yg membuat saya hairan. Npknya, Amno menggunakan semua agensi n jentera kerajaan untuk menentang DSAI. Polis di gunakan sepenuhnya, BPR juga mula digunakan. Laporan media yg begitu memualkan utk di tonton (terutama TV3). 30 min buletin utama memberi ruang untuk kempen Amno pd tiap2 mlm.
MENGUNDI PADA HARI CUTI BOLEH MENYEBABKAN POLIS TIDAK CUKUP UNTUK BERKAWAL DI PERMATANG PAUH.
Meluat, jelak…itu je ayat yg mampu diungkap…luluh, kesal dan segala kesedihan bila amanah yg diberikan dikhianati. Moga Allah beri hidayah kepada kita semua yang masih lagi mengharapkan keampunanNya. Sudah2 la BN/umno…beri peluang kpd org lain yg nak buat keje. Buat Tan Sri Dato’ Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman…generasi anda yg akan datang akan menyumpah2 anda. x kesian ke kat anak menantu dan cucu anda yg menanggung khianat yg anda cipta…Astaghfirullah.
Lawan tetap lawan!!!!!!!! Tak kiralah hari apa SPR nak suruh warga Permatang Pauh pi mengundi!!!!!!!!!!!!!!
Tunjukkan kat BN/UMNO yang orang Permatang Pauh dah lama buang dia orang ni dalam longkang……
Kalau caranya telus, bersih…… DSAI tetap menang….
Sekarang ni pun dah kira menang …………………..
Tak pelik pun. Aku tengok semakan daftar pemilih SPR
Daerah mengundi: Jalan Nunis
Bukit Kepayang - Rasah - Negeri Sembilan:
Ic 061002745321 / 2000161
TAN YONG FONG / LAHIR 02 ocT 1906 / Umur Sekarang: 106 tahun (kalau masih hidup)
Tu belum lagi sempat cek pengundi yang daftar untuk Rembau.
SPR tak buat update ker?
Kita semua sedia maklum bahawa kerajaan akan memperkudakan segala agensi atau jabatan kerajaan yang ada dengan tujuan untuk memastikan kemenangan berpiohak kepada mereka. Sebagai salah seorang kakitangan awam, kami lebih arif dan faham bebenar situasi yang berlaku di Permatang Pauh sekarang ini.Harap kemenangan akan tetap berpihak kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim….
Tambahan:
IC baru ditukar dekat sepuluh tahun yang lepas, bermakna masa dia tukar ic pun umur dia 96 tahun. Lagipun kod negeri (74) tu kod negeri mana? Siapa yang daftarkan dia semula?
Permainan si celaka bermula!!
Aduan yang kami sokong dan tepat…hantarkan surat aduan kedua atau ketiga dgn disertakan bukti saperti gambar atau dokumen..jika terdapat salah guna agensi kerajaan atau sogokan wang dan pengambilan kad pengenalan pengundi serta senarai 900 pengundi yg hilang dari daftar pengundi saperti pada PRU12 8/3/08 dahulu.
Teruskan tindakan-tindakan ini olih PKR…teruskan…lawan tetap lawan…
Apapun Keputusan Pilihanraya P.44 nanti, kita sebagai hamba Allah di mukabumi ini hanya mampu berdoa dan berserah kepadaNya.Biarpun berbagai helah serta tipudaya politik yang telah dan akan memburukkan keadaan di negara tercinta kita Malaysia namun perjuangan DSAI tetap harus diperjuangkan demi keADILan rakyat keseluruhannya.’Pantang Berundur Sebelum Kalah’.Semoga DSAI dan keluarga beroleh ‘Kemenangan’ dan ‘Kesejahteraan’ Dunia dan Akhirat. Amin…
Umpama pengadil bolasepak yang menyebelahi satu pasukan, kalau boleh nak disepaknya gol ke gawang pihak satu lagi. Tetapi di dalam bolasepak, sudah ditukar undang2 yang memberi kuasa mutlak kepada pengadil. Begitu juga dalam tenis, pemain boleh meminta ulang tayang untuk melihat sendiri sama ada bola keluar atau masuk garisan. Tapi dalam pilihanraya kita, kuasa mutlak masih ada pada pengadilnya. Mutlak hanya hak ALLAH.
Ya harap2 kita akan mendapat pertolongan dari Allah memberi petunjuk pada hari tersebut…
Biarlah apapun yang ‘mereka’ lakukan… kita berserah sahaja kerana kebenaran akhirnya akan menjelma juga….
Demi untuk terus kekal di tampuk kuasa dan terus merompak wang rakyat, mereka akan melakukan apa saja. Dasar UMNO/BN pengecut…menggunakan taktik kotor untuk menang. Percayalah…mereka adalah orang-orang yang gagal.
Reformasi…
Hidup Pakatan Rakyat!
anwar ibrahim, we know who u r…..when u r a student leader, when u r in the BN, when u r in jail and now when u r fighting BN. Reflect on yrself and stop talking nonsense.u belong to the same crooked clans.
BOSAN
spr sendiri merupakan penyokong kerajaan.
pihaknya pun sengaja membuat pelbagai cara untuk mengurangkan undi DSAI dan mengurangkan majoriti antara pkr dan umno.
semua maklum, p44 merupakan kubu kuat pkr dari dulu lagi.
dari segi pemilihan calon bn pun, kita dah tahu, bahawa kedudukan parti mereka di p44 tidak seteguh pkr.
tapi mereka menggunakan semua yang ada untuk memastikan DSAI tidak layak masuk ke parlimen.
tapi dengarlah wahai rakyat semua, DSAI tetap akan masuk parlimen dan akan membubarkan kerajaan jahiliah BN.
kepada pihak SPR, BPR, POLIS, dll yang bersekutu dengan tindakan jahat BN, bertaubatlah segera sebelum kamu semua digulingkan dengan serta merta apabila kerajaan baru memerintah
hehe..mngpe la mereka sgt bodoh mmpermain kan rkyat sebegitu rupe..ape diorg pk rkyt skrg ni mcm 50tahun dlu?da la rasuah xhenti2..kata nye SPR telus.tp betol kata seorg blogger..kalo la telus xde mkne nyer wat hari selasa..cube kalo kubu kuat die lak wat pilihan raya..agak2 nyer camne la yer?huhu..think about it
Semuga Allah S.N.W. akan membuka pintu hati seluruh pengundi Permatang Pauh untuk mengundi D.S. Anwar. Yang korup tetap akan korup….cam mana nak jadi pemimpin Islam calun BN tu bila cabutan undi dapat kat dia no. 3 pun jadi ramalan. Itulah Islam Hadari.Bagus dia tak payah bertanding dan mohon jadi tukang tilik UMNO je dapat gak allowance. Jelas tak ada marwah Islamic langsung. KHURAFAT…….
Fikir-fikirkanlah wahai pengundi Permatang Pauh !
assalamualaikum…………
usaha semua dah dibuat skrg ni marilah kita seluruh rakyat malaysia buat solst hajat semoga
allah swt menentukan yg mana yang hak dan yang mana batil semoga dgn solat hajat kita semua allah akan membantu dipehak yg benar.allah akan menolong org2 yg terinaya
semoga doa kita dimakbulkan allah amin…..
LAWAN TETAP LAWAN
Semoga DSAI mendapat kemenangan. Bersama2 lah kita berdoa agar yang benar akan menang.Janganlah kita membiarkan diri kita di gula2kan oleh UMNO. Mungkin dahulu UMNO masih relevan di Malaysia, namun sekarang ini UMNO sudah bertukar arah dan memesong dari perjuangan yang sebenarnya. Betapa hancur hati para pengasas2 dahulu jika mereka ada pada waktu sekarang. Parti yang di bina telah di cemari PERKARA yang akan memusnahkan bangsa sendiri. Hidup REFORMASI!!!!!!