



Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pasar minggu Penanti dan Masjid Kubang Semang






Datuk Seri Anwar Ibrahim Melepaskan Belon Udara KeADILan





Alhamdulillah selesai solat maghrib hari ini di Masjid Batu Kampung Pertama, saya bersama makmum lainnya dapat menunaikan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T agar diberkati perjuangan menentang kezaliman ini serta dilindungi Allah dari bahaya fitnah. Solat hajat diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh dari Pondok Lanai Sik, Kedah.
Kemudiannya saya menghadiri program bersama masyarakat Tiong Hua dan India di Seberang Jaya. Saya tegaskan komitemen untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berasaskan perkauman; Malaysia untuk semua. Tuduhan fitnah yang mengatakan saya akan menggadai kepentingan kaum Melayu jika Pakatan Rakyat mengambil alih kelak jelas memperlihatkan sikap pemimpin UMNO yang sebenar yang hanya ingin kekal berkuasa sehingga sanggup melaga-lagakan umat Melayu dengan kaum-kaum lainnya.
Ingin saya tanyakan, adakah dengan merompak khazanah negara, kamu wahai pemimpin UMNO sekalian mempertahankan Melayu? Di mana kedudukan bahasa Melayu sekarang? Bagaimana pula kedudukan ekonomi orang Melayu sekarang? Jangan hanya beromong kosong! Kamu kaya raya dengan berbillion ringgit rakyat terus papa kedana dibebani harga minyak yang melambung.
Seperti rapat umum sebelumnya saya sentiasa tegas di dalam mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa mengenepikan bahasa Mandarin dan Tamil. Saya juga yakin dan komited untuk memperkasakan ekonomi demi orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan demi seluruh rakyat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
















Hishamuddin layak jadi penjual suratkhabar lama.
Sambil kumpul suratkhabar lama sempat juga dia cari artikel lapuk.
Sape2 yg nak buang suratkhabar lama tu sila hantar kat Kementerian Pelajaran.
Bayangkan kamu, Hishamuddin mengayuh beca di P44 Permatang Pauh sambil berteriak ’suratkhabar lama!! suratkhabar lama!!..dan Ezam pula jadi pembantunya berlari2 anak sambil membawa beberapa kotak hitam yg baru dikumpul dr penduduk kampung. Yg Ezam ni tak reti niaga, kalo kumpul botol atau tin ada juga hasilnya.
semoga Allah dan rasul menolong perjuangan mu sdr Anwar.Kemenangan bg pihak yg benar sudah dijamin Allah, tunggulah azab utk org yg zalim di dunia n akhirat.
Ya Allah…hancurkan org yg zalim sebagaimana Kau binasakan Abrahah, Qarun, Firaun dan mushrikin Mekah. Hancurkan BN dgn pemimpinnya sehancur hancurnya…Amin.
ASSW DATUK ,
I have just read from Malaysiakini with some of my Jakarta friends that the Iman that conducted the swearing of Saiful on the Quran said that it was not as per instructed by UMNO. Just came to our minds why not get this Iman to swear by the Quran that it is not a political issue. It may be helpful to test this Iman to see he is telling the truth.
We in Indonesia have been following your vision to Putrajaya our prayer is with you that as
Malaysia in Indonesia we hope your reform agenda will be forth coming.
May the wisdom and grace of the ALL MIGHTY ALLAH grant every Malaysian a new reform government
Wass
Jamal and friends.
Imam diarah hadir sumpah Saiful
Jimadie Shah Othman | Aug 21, 08 6:10pm
Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.
Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.
Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.
Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.
Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
‘Memang ahli Umno’
Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.
Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.
Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: “Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu”.
Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya “atas sebab-sebab tertentu”.
Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.
Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.
“Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,” katanya.
Tiada kaitan
Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.
Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: “Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)”.
Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.
Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.
Tahniah Dato Seri.
Semoga cita-cita saudara untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berasaskan perkauman tercapai.
Mari lah Rakyaf MALAYSIA dimana saja saudara berada yang berugama ISLAM memohon doa restu bagi kemenangan DSAI. Lihatlah lah dunia bahawa tiada siapa yang telah melalui kesengsaran dan penginayaan sebegini yang masih mempunyai semangat untuk terus berjuang. Ya ALLAH beri lah kekuatan kami rakyat MALAYSIA bersama beliau dalam memerdekakan negara ini.Kepada kak Wan, kekuatan dan kesetiaan diwajah kak wan sebenarnya adalah lambang kekuatan kepada mereka yang mengerti apa itu pengorbanan dan perjuangan. Bagi rakyat MALAYsia di Permatang Pauh 26 Ogos ini akan menjadikan “Perjanjian Permatang Pauh” sejarah politik Malaysia yang akan dihayati oleh generasi akan datang.CHANGE. IN GOD WE TRUST.
Hi DSAI, khairy said that he is going to bury you but before he bury you make sure you bury him (khairy) and his sleeping father in law and all BN culprits, bury them for ever make sure they don’t come back, send them to hell. I hope hell will except this culprits.
Yes DSAI go and fight for the right (justice) and we malaysian will give our full support.
You will win in Permatang Pauh election.
WE WANT CHANGES.
REFORMASI……… VALGA MAKAL SAKTI
Marilah kita sama2 turun berjuang…
if you are real leader of the nation why is so much problem in malaysia a peaceful country
YANG AMAT BERHORMAT Daruk Seri Anwar, sekiranya anda menang dalam pilihan rakyat ini. Bolehkah anda batalkan program latihan PLKN kerana program latihan PLKN ini telah membawa banyak masalah, contohnya terdapat orang mati di dalam kem, kes mencuri yang sering berlaku dan lain-lainnya.
Saya berharap anda boleh menunai hasrat kami. Sekian terima kasih..
assalamualaikum warahmatullah.Wahai Dato sri ang di hormati
Saya sebagai seorang warga sarawak adalah salah seorang warga yang prihatin dengan apa yang menimpa saudara.Namun saya yakin apa yang saudara perjuangkan selama ini akan tetap jadi ikutan kami
Di sarawak,rakyat sangat takut hendak bersuara sebab di ugut oleh pimpinan negeri yang jadi hamba pada kerajaan pusat dan kami rakyat yang menderita.Hak kami untuk kebaikan mereka sendiri sahaj dan tiada yang dapat membela nasib kami.Kenapa jadi begini?Sedangkan Dato sri sendiri tahu yang sarawak telah berkorban memberi kekayaan dan hasil untuk pembangunan di semenanjung malayasia.Kalau sarawak keluar dari malaysia macam mana?Dato sri jadi pemimpin disini.
mano dio org faham dato’ seri…. ckp lah agamo, hukum hakam eh, halal haram ehh mampuih orak meneh pun dio org tak peduli. kato ulamak eh, alfulus sufiddunia walmapush fil akhirah…..
to anwar harap bersabar.. tindakan saiful angkat sumpah dpan al-quran ka dpan ulama w’pun nabi sekali pun tidak dapat menentukan sapa yang bersalah hanya Allah yang menentukan siapa salah, sapa benar.. sekarang bukan zaman kuno atau zaman makan ubi kayu semua ada otak untuk berfikir.. sebenarnya saya x minat dalam hal2 politik tetapi tuduhan liwat oleh saiful kpd anwar lansung tidak masuk akal. Bayangkan Saiful seorang remaja yang masih muda dan gagah ( atau dia tu lembut o gay) dan anwar yang sudah veteran, jika di fikir logiknya kenapa dia tidak belasah saja anwar kalau dia cakap anwar paksa dia untuk d liwat.. bodoh betul budak lembut tu. logik atau tidak seorang rakyat biasa/mahasiswa tiada kaitan keluarga dengan mana2 menteri berjumpa hanya kerana pinjaman pelajaran. saya pun pernah jadi pelajar u x dpt pinjaman tak juga jumpa TPM. nak jumpa tukang kebun TPM pun susah ni kan pula nak jumpa org no. 2 Malaysia.. akai ada kah.. entah berapa juta wang yang d sogok oleh org tertentu ke dlm dubur saiful tu.. kalau lah budak tu dpan mata mmg ku siat2 kulit nya bg babi mkn.. saiful nie x layak jd rakyat Malaysia- manusia plg bodoh d abad ini SAIFUL BAHARI bukan saiful apek ok.. Anwar tolong pegi Sarawak siasat kes rasuah dr setiap jbtn termasuk jbtn buruh
DSAI mmg cooll..
insyaAllah mng nti..
merdeka!!
p/s:DSAI,kalau bleyh jgn salam ngan bukan muhrim ek…peace=)
to you mr anwar, if u’re on da right side, i believe that God will help you as he always there to help people inneed. i really hope that u’ll learn something from ur experience. never ever neglect da advises from ulama’ as they know a lot especially Tuan Guru…..
to u people, da Malaysians especially, don’t make ur own judgement as we don’t know who is right and who is wrong. until now, after 50 years leading Malaysia, DN has failed to prove to us that they can bring glory to us, Malaysians. let Pakatan takes over and we will the changes like what they promised. don’t be too immature by judging people without thinking…come on Malaysians, be mature.
to u people in permatang pauh, use ur right to vote. remember, u’ve da right to choose the leader that u wish and believe can make changes not only to u, but also to the nation and please be responsible with ur vote kerana undi anda adalah amanah and we da young generation that can’t vote yet, really hope that all of u will make us proud by choosing da right leader…….
nampaknya ramai ahli ahli kabinet kita bersumpah, apa tak takut ke di laknat oleh ALLAH SUBHANAHUWATAALA. YANG BARU TADI BEKAS mENTERI besar Perak kita……
Sesungguhnya setiap manusia ini ada melakukan kesilapan yang kecil maupun yang besar, sesungguhnya hendaklah kita bertaubat. INSYAALLAH ALLAH akan memaafkan dan mengampunkan dosa dosa kita. Janganlah bersumpah, takut takut di LAKNAT OLEH ALLAH TUJUH KETURUNAN KITA. NA UU ZUBILLAHIMIN ZALIQ.
mahkamah_songsang Reply:
August 24th, 2008 at 12:20 pm
mama nor,
buat mereka sumpah ni dah jadi sumpah olok olok mcm kita zaman kecik2 dulu, jadi pada mereka ianya tiada nampak kesan apa2 so mereka akan terima padahnya kelak….dah tak payah pergi mahkamah dah
hidupku susah tiada yg peduli,hidupku seng tiada yg peduli..tp jk keluarga dan bangsaku susah,aku akn peduli…susahkah anda atau senangkah anda?..agak2 klu anda senang,anda merungut tak ttg harga myk,brg keperluan dll?…klu susah sapa salah..andakah atau siapakah(tp sebenarnya anda malas dan bodoh,tahu salahkn pihak lain)
Bangsaku lupa susah jdnya,
Lupa Tuhannya susah hidupnya,
Terabai hidupnya,
Tergadai maruahnya,