Archive for August 21st, 2008

21 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?


Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pasar minggu Penanti dan Masjid Kubang Semang


Datuk Seri Anwar Ibrahim Melepaskan Belon Udara KeADILan
DSC04477DSC04481DSC04483DSC04487DSC04493DSC04494
Alhamdulillah selesai solat maghrib hari ini di Masjid Batu Kampung Pertama, saya bersama makmum lainnya dapat menunaikan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T agar diberkati perjuangan menentang kezaliman ini serta dilindungi Allah dari bahaya fitnah. Solat hajat diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh dari Pondok Lanai Sik, Kedah.

Kemudiannya saya menghadiri program bersama masyarakat Tiong Hua dan India di Seberang Jaya. Saya tegaskan komitemen untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berasaskan perkauman; Malaysia untuk semua. Tuduhan fitnah yang mengatakan saya akan menggadai kepentingan kaum Melayu jika Pakatan Rakyat mengambil alih kelak jelas memperlihatkan sikap pemimpin UMNO yang sebenar yang hanya ingin kekal berkuasa sehingga sanggup melaga-lagakan umat Melayu dengan kaum-kaum lainnya.

Ingin saya tanyakan, adakah dengan merompak khazanah negara, kamu wahai pemimpin UMNO sekalian mempertahankan Melayu? Di mana kedudukan bahasa Melayu sekarang? Bagaimana pula kedudukan ekonomi orang Melayu sekarang? Jangan hanya beromong kosong! Kamu kaya raya dengan berbillion ringgit rakyat terus papa kedana dibebani harga minyak yang melambung.

Seperti rapat umum sebelumnya saya sentiasa tegas di dalam mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa mengenepikan bahasa Mandarin dan Tamil. Saya juga yakin dan komited untuk memperkasakan ekonomi demi orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan demi seluruh rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

21 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim 20 Ogos 2008

21 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

S N NAIR & PARTNERS
J0501 SOLARIS MONT KIARA
JALAN SOLARIS
50480 KUALA LUMPUR

Your Ref : Please advise
Our Ref: SNN/DSAI/HAMZAH/08
Date : 20-8-2008

YB DATO’ HAMZAH ZAINUDDIN
TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
ARAS 7, BLOK K
PUSAT BANDAR DAMANSARA BY CERTIFICATE OF POSTING
50782 KUALA LUMPUR / FAKS : 03-20953310

YB Dato’,

RE: LIBELOUS ARTICLE

We act for Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

On or about 19 August 2008, you uttered and caused to be published in
the Kwong Wah Jit Poh chinese newspaper, an article captioned “Anwar
Harrassed My Wife” (‘the article’) which referred to our client. Inter
alia, the article contained the following defamatory words about our
client:

“Deputy Housing and Local Government Minister Datuk Hamzah Zainuddin
revealed that Dato Seri Anwar Ibrahim harassed (kacau) his wife in
1998. Anwar wanted to take advantage of his friend’s wife even though
they were still best friends. Therefore, he thinks that the voters
should not vote for Pakatan Rakyat under the helm of such person.”
(translated by qualified translator) (hereinafter known as “the
impugned words”)

(more…)

21 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

RUJUKAN KAMI: SUA2008/SPR/0115

TARIKH: 21 Ogos 2008

Yang Berbahagia
Tan Sri Dato’ Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA

Yang Berbahagia Tan Sri,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ADUAN BERHUBUNG PERJALANAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH

Menemui Yang Berbahagia Tan Sri semoga dalam lingkungan kesejahteraan yang baik.

Merujuk kepada perkara di atas dan seperti yang kita maklumi bersama bahawa Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh sedang rancak berjalan. Pilihanraya kali ini dianggap paling menjadi tumpuan negara dan dunia kerana mempertemukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menentang calon dari UMNO dan AKIM.

(more…)

21 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam merupakan genap setahun Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dilaporkan hilang, sebelum ditemui meninggal dunia sebulan kemudiannya.

Sebagai seorang ayah, saya sangat memahami derita saudara Jazimin tatkala pesalah terus dibiar berkeliaran bebas mencari mangsa.

Saya akui, tidak ada siapa yang boleh menyembunyi amarah yang membuak di saat kezaliman terus dibiar terperosok tanpa sebarang pembelaan. Setahun kes ini dilaporkan, tidak ada sebarang perkembangan positif.

Berbeda dengan kes-kes berkait politik, laju pula resolusi pihak keselamatan! Mudah pula tertuduh ditahan, diheret melalui pendakwaan lompong. Apakah ini petanda keselamatan rakyat terus menjadi barang mainan, asal saja tidak mengacau tampuk kuasa politikus rakus?

Dari Permatang Pauh, saya mendoakan agar keadilan buat keluarga Nurin terus ditegakkan.

ANWAR IBRAHIM

21 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

KOTA BHARU, 20 Ogos (Hrkh) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini terpaksa bergantung kepada parlimen bagi memerangkap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan membentang Rang Undang-Undang DNA kelmarin.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, semua orang nampak rang undang-undang itu dibawa secara tergesa-gesa dengan mengambil kira dakwaan liwat membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri.

“Kenapa setelah tujuh tahun baru nak dibentangkan. Kenapa tak dibentangkan tahun hadapan biar pun akta tersebut sudah dirancang sejak 2001.

“Ini menjelaskan kerajaan yang ada ini begitu buruk sehingga terpaksa menggunakan parlimen untuk mengenakan musuh politik mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

(more…)