19
Aug
08

Tidak wajar sumpah Saiful dipolitik

Dari Malaysiakini

Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) menegaskan bahawa isu sumpah (mubahalah) yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertuduhan liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, tidak wajar dipolitikkan.

“Tidak wajar mempolitikkan isu sebegini dan pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Islam dan Syariah untuk kepentingan tertentu, harus berhenti sama sekali dari berbuat demikian,” kata Yang Dipertua PUMPP, Dr Wan Salim Wan Mohd Nor.

Sebaliknya, kata beliau, PUMPP menyarankan agar isu itu diselesaikan mengikut peraturan dan syariat Islam sepertimana yang digariskan dalam undang-undang Syariah Islam jika benar pihak terbabit ikhlas mahu menyelesaikannya mengikut lunas-lunas Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, bersumpah dengan memegang al-Quran tidak ada dalam tradisi dan syariat Islam dan tidak wajar dicampuradukkan dalam sumpah yang dilakukan itu.

“PUM PP juga menyatakan bahawa pendakwa (Saiful) tidak ada keperluan untuk melafazkan sumpah, memandangkan beliau adalah di pihak yang membuat pertuduhan.

“Dalam syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud (dalam bab zina) dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah “al bayyinah alal mudda’i wal yaminu ala man ankara” - pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti (4 orang saksi) manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah,” katanya

Pada asasnya, tegas beliau, Islam meletakkan peraturan yang jelas bagi memungkinkan keadilan dicapai melalui proses kehakiman dan pembuktian terlebih dahulu, sebelum sebarang sumpah dilafazkan.

Proses pembuktian

Oleh itu, kata Dr Wan Salim, sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan.

“Perkara yang berlaku ini akan memberi kesan buruk, antara lain, kepada perlaksanaan sistem kehakiman Syariah di Malaysia apabila pada masa akan datang, pelbagai pihak boleh menggunakan ini sebagai “precedent” bagi mendahulukan sumpah, terutama dalam kes li’an sebelum proses kehakiman dapat dilakukan.

“Proses pembuktian dan pengadilan akan diketepikan dan pihak yang bersalah boleh memilih untuk menggunakan sumpah (yang tidak memerlukan pembuktian) bagi menyelamatkan diri dari penghukuman,” katanya lagi.

Oleh itu, katanya, PUMPP menyeru semua pihak agar tidak menggunakan nama Islam dan syariah tanpa mengikuti peraturan syariah yang sebenarnya bagi tujuan politik “Machiavelli” mahupun kepentingan peribadi.

“PUMPP juga menyeru agar beberapa ulamak dan agamawan untuk merujuk dan menerima pandangan ulamak dan pakar lain, sebelum membuat apa-apa kenyataan yang bakal memburukkan keadaan dan tidak memungkinkan proses keadilan dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan sempurna di negara ini.

“Dalam hal ini dan apa juga masalah, semua pihak digesa untuk merujuk kepada prinsip ta’awun seperti mana yang ditekan oleh al-Quran,” tambahnya.

Pada 15 Ogos lalu, Saifful mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR itu di kondominium mewah di Damansara.


60 Responses to “Tidak wajar sumpah Saiful dipolitik”


  1. 1 haisara Aug 19th, 2008 at 6:03 pm

    Salam untuk semua reformis….,

    Saya dikesempatan ini ingin menyeru supaya semua reformis menyedari implikasi jika DSAI bersumpah.

    Harus diingat bahawa ini bukan masaalah berani kerana benar takut kerana salah atau seumpamanya tetapi oleh kerana perkara-perkara berikut:-

    IMPLKASI KALAW DSAI BERSUMPAH WAKTU INI SEBELUM 10 SEPT 2008
    1 Kes akan digugurkan oeh pendakwa raya. Sapol dan keluarga nya akan menarik balik pertuduhan dan lapuran polis nya.
    2. UmNO akan berkata secara terbuka ” Dah lah kita tak nak panjangkan, Sapol pun bersetuju akan penarikan tuduhan kerana berserah pada Allah. Kita tak nak perkara yang memalukan ini
    mencemarkan negara kita.. malu kita’
    3. Secara senyap dan dalam kelompok yang kecil mereka akan berkata ” Kita sebenarnya ada bukti kukuh tapi biarlah sapol berjiwa besar dan serahkan pada Allah. Kita tak nak negara kita dicemari oleh kes yang jijik ini”

    Andaian ini saya buat kerana perkara yang serupa berlaku masa tahun 1998 dulu. Mereka kata semua menteri uMno menangis lihat video DSAI tengah liwat. Dia pun dah didapati bersalah memadailah”
    Selepas beberapa tahun kes itu digugurkan. Kenapa tiba-tiba hakim jadi pandai pula?

    DSAI TAK BERSUMPAH
    Dua senario akan berlaku

    SENARIO PERTAMA
    Persoalan kenapa takut nak sumpah? Sumpah lah Sumpah lah seperti terjadi sekarang.

    SENARIO SETERUSNYA
    Kes Dibicarakan
    Walaupun saya rasa senario ini tidak akan terjadi tetapi kalaw terjadi akan menjadi satu perbicaraan yang merugikan mereka para konspirator.
    Soalnya kita nak lihat gelagat sapol masa kena tanya dimahkamah.
    Persoalan yang akan timbul .., percangahan kertas siasatan dan pendawaan serta pengakuan sapol yang liwat tanpa kerelaannya? Suka sama suka VS tanpa kerelaan…, najib kata tak pernah jumpa …, lepas tu soal biasiswa…lepas itu mengadu kena liwat..kenapa jumpa najib …sebab baik dengan khairil anas sebab emak angkatnya? …..bilik 616 di concorde hotel pada 25 june 2008.,..,lapuran negatif pusrawi …sd dr osman…apa terjadi lepas pemeriksaan perubatan di pusrawi…,23 tahun muda belia vs dsai yang berumur 61 tahun…apa terjadi diantara perjalanan dari pusrawi ke hkl? sampel darah untuk apa? Lapuran blog nya yang mengatakan sapol ikut DSAI keluar negeri…..relevan nya ? adakah dia diliwat semasa diluar negeri VS first time on 26 june 2008? soal menyediakan tempat pertemuan orang bn nak lompat parti…relevan nya? Hai banyak sangat persoalan.
    Saya percaya semua rakyat malaysia nak tahu kes sebenar.
    Saya percaya mereka sangat takut perkara ini terjadi oleh itu

    Mahathir suruh sumpah
    Muyidin kata anuar akan menang besar kalaw bersumpah
    najib kata sumpah lah nak ikut cara apa lagi ikut cara islam sumpah lah

    sebab atas andaian saya yang pertama tadi

    SENARIO KEDUA

    Kes akan digugurkan. atau di heret kes ini lama lama sampai akta pengambilan dna diluluskan?

    Kita jangan termakan dengan rentak mereka. Kita lawan mereka dimahkamah sivil. Kita nak lihat mahkamah syariah apa mereka buat. Sapol dah kena panggil apa seterusnya perlaksanaan mahkamah dibawah Islam hadhari ini akan buat.

    8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

    KES 10% UITM

    Semasa saya dijemput untuk menghadiri majlis meraikan kecemerlangan oleh PM pada 13 April 2005 di Palm Garden Hotel bagi pelajar pelajar cemerlang spm tahun 2004. Sebanyak 180 pelajar diraikan dari seluruh negeri. Peratus pelajar cina adalah 24% yaitu 44 org daripada 180 orang. Pelajar India 2.2% yaitu 4 orang daripada 180 orang pelajar. Ini tak termasuk kalaw untuk dibahaskan pelajar dari sekolan vernacular Cina dan India tetapi tidak juga termasuk pelajar melayu dari sekolah SAR. Apa masaalah nya 10 % ? Kalaw nak ikut merit pun boleh. Quota tajaan nak lonjak kepada 45% apa hal? 10 % bagi kemasukan non bumi ke MRSM kenapa tak tunjuk perasaan?
    Kita cabar NC UITM bawa kes ke mahkamah biar kita berdepan dengan dia.
    Pencapaian univ tempatan bagi org melayu merosot adalah sebab NC tak tahu premis premis yang bercampur baur antara minyak dan gas. Prof Khoo kata dulu dah usul tak ada masaalah cuma tak ada takers dari non bumi.

    Soal bahasa.. ramai pelajar melayu ke Ireland, UK , Russia dan serata tempat dalam dunia bersaing secara samarata samada melalui pointer IB atau A level.. Tak ada masaalah. Tidak ada pelajar kita yang balik keran tak faham bahasa Inggeris. Cuma kita melulu ikut Mahadir kita tukar bahasa macam kita tukar order minum kopi kepada teh tarik. Subjek teknikal yang saya dan rakan rakan terjemahkan untuk pelajar melayu jadi sia-sia. Bahasa bunga bangsa yang dibangunkan lebur…. Prof Ungku Aziz kata kita macam tikus membaiki labu.

    Okaylah mereka kata kita tukar cara muafakat dalam umno… Tapi boleh ke?? Saya dah berputus asa walaupun saya tak ada kepentingan dalam politik cuma nak sumbang sikit mana yang tahu kepada rakyat malaysia. Tapi dalam UmNo ni kalah dalam pilihanraya pun elaun sampai 33 ribu lebih. Lepas itu sibuk soal jihad. Jihad apa kalaw anak dikampung tukar susu tepung kepada susu manis sebab harga melambung tinggi. Apa beza lapuran video dalam net dengan putar belit.. jadinya di media tv perdana. Soal sumpah yang menjijikan., buat SD hilang… Toleh kanan pendatang asing dari Bangla …toleh kiri pendatang asing dari mynmar.. Pergi ke pasar malam pendatang indon jual buah….pergi pasar borong ada pendatang mymanr jual sayur? IMM 13 di sabah dah macam bagi mykad. Atas permit apa mereka ni semua? Apa ke jadah semua ini? Nak soal tentang orang melayu?
    Lebih baik tolong orang cina dan orang india malaysia. mereka sama sama susah macam kita.

    Kepada pemimpin Umno yang ada cahaya di hati. kita merayu ikut kita tukar kerajaan. Kita kuburkan uMno yang dah dirosakan oleh pemimpin masa ini. Saya masih hormat pada Menteri pertanian hatta my fellow collegian Datuk Nazri. Jom sama-sama bangun kan MAlaysia.

    Kepada reformis kita dirikan sembahyang malam, kita sujud malam hari…dan kita jadi singa lawan mereka yang rakus ini. Walahualam

  2. 2 husin jalal Aug 19th, 2008 at 6:13 pm

    sekiranya dato’ seri ikut sama bersumpah yg dia tk buat…so…ape akan jd ? yg tu sumpah yg ni sumpah….ntah ape2

  3. 3 bumi ownz u Aug 19th, 2008 at 6:27 pm

    English Translation please?

    Not all of us have lived in Malaysia for the majority of our lives, plus, english would give the party international exposure.

  4. 4 Tinakaran Kanesan Aug 19th, 2008 at 6:38 pm

    Najib should read this!!!.because he is the main culprits

    tk

  5. 5 slyderrose Aug 19th, 2008 at 7:16 pm

    Rakyat yg hati dan matanya celik saja yg tahu sumpah si mamat itu satu agenda politik pemimpin umno(baru).

  6. 6 SI COROT Aug 19th, 2008 at 7:35 pm

    Adakah sumpah dapat membuktikan sesuatu kepada masyarakat umum? kalau begitu, tidak guna kita adakan mahkamah, sumpah sudah boleh bersihkan nama. Mungkin ini ala masyarakat Malaysia kini.

  7. 7 mohamad asrullita Aug 19th, 2008 at 7:47 pm

    jangan tipu org yang celik….wahai saiful dan najib….

    dah dpt komisen 500juta pun x cukup ke najib…..dah la pegila balik ke pekan tu tolong

    orang pekan….ramai lagi yang hidup meleset…..k….

    kepada DSAI..teruskan perjuangan…mudah2an kita menang di perlimen pematang pauh….insyallah…

    REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!……ALLAHHUAKBAR!!

  8. 8 areeza Aug 19th, 2008 at 8:11 pm

    Sumpah saipol tu didalangi seseorang , dah takde cara lain nak buat.Kami rasa mahkamah m’sia dah tak perlu lagi sbb dgn cara bersumpah dh selesai masalah. Berapa banyak wang dlm bank saipol tu ada?Nk cari publisiti murah dgn jual bontot, lepas ni tak payah susah nk tungging bontot kt Coliseum.Doktor dh mengesahkan tiada liwat tapi pehak BN tak puas hati lagi.Terlungkuplah BN kali ini……biar kita seret Si Najib tu dgn kes Altantuya pulak. Dah ada kes tapi dgn sumpah di PWTC semua tutup mata dan telinga.Kenapa tak siasat kes ini??????????????

  9. 9 Slain Aug 19th, 2008 at 8:12 pm

    ISLAM JADI KOCAR KACIR DAN DAH MACAM ROJAK DENGAN TERBABIT NYE PARA ULAMAK.!!PADAHAL KITE TAHU BENAR SUMPAH DIZAMAN SEKARANG ADALAH 100% SUMPAH PALSU.ALLAH HANYE ALAT PERMAINAN MEREKA.!!
    WALI’YA ZUBILLAH HIMINDZALIK.!!
    SELAMAT KAN MALAYSIA SEBELUM BUMI MALAYSIA HANCUR KERANA KEMURKAAN ALLAH.!!

  10. 10 pingu Aug 19th, 2008 at 8:17 pm

    hanya masa yang akan menentukan…..LAWAN TETAP LAWAN!

  11. 11 100,000 RUKUK ,SUJUD DAN BERDOA BERSAMA TUAN GURU. Aug 19th, 2008 at 8:20 pm

    MS- SEBARKAN ( SOLAT HAJAT PERDANA DITUKAR TARIKH)

    PERMATANG PAUH, 19 Ogos (Hrkh) - Program ‘Solat Hajat Perdana’ anjuran PAS Pulau Pinang ditunda tarikhnya daripada 21 Ogos ke 24 Ogos 2008 kata, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man pada Harakahdaily pagi tadi.

    Mesyuarat semalam juga memutuskan ia terpaksa dibuat atas permintaan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mempuyai program lain di Kelantan.

    “Kita buat sedikit perubahan tarikhnya sahaja manakala tempat dan waktu masih sama,” ujarnya.

    Tujuan utama program julung kali diadakan di Padang Sony, Seberang Jaya itu bermatlamat memberi kesejahteraan pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sedang menanggung kes liwat terbarunya di samping memohon Allah SWT memberi balasan kepada pembantu khas Dato’ Seri Anwar, Saiful Bukhari Azlan seandainya mainan sumpahnya itu bermatlamat politik bukan kerana keiklasan. - mns _

  12. 12 Zara Aug 19th, 2008 at 8:32 pm

    Nampaknya pilihan raya P44 ni, Dsai lawan Najib bukannya dgn Arif, d Tv tunjuk ucapan Najib & Anwar , tak tunjuk ucapan Arif pun. Good luck to Dsai.

  13. 13 SMS PERUBAHAN TARIKH 21/8/2008 KE 24/8/2008 Aug 19th, 2008 at 8:45 pm

    100,000 RUKUK ,SUJUD DAN BERDOA BERSAMA TUAN GURU. Aug 19th, 2008 at 8:20 pm

    SMS- SEBARKAN ( SOLAT HAJAT PERDANA DITUKAR TARIKH)………….URGENT!!!!!

    PERMATANG PAUH, 19 Ogos (Hrkh) - Program ‘Solat Hajat Perdana’ anjuran PAS Pulau Pinang ditunda tarikhnya daripada 21 Ogos ke 24 Ogos 2008 kata, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man pada Harakahdaily pagi tadi.

    Mesyuarat semalam juga memutuskan ia terpaksa dibuat atas permintaan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mempuyai program lain di Kelantan.

    “Kita buat sedikit perubahan tarikhnya sahaja manakala tempat dan waktu masih sama,” ujarnya.

    Tujuan utama program julung kali diadakan di Padang Sony, Seberang Jaya itu bermatlamat memberi kesejahteraan pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sedang menanggung kes liwat terbarunya di samping memohon Allah SWT memberi balasan kepada pembantu khas Dato’ Seri Anwar, Saiful Bukhari Azlan seandainya mainan sumpahnya itu bermatlamat politik bukan kerana keiklasan. - mns _

  14. 14 bf Aug 19th, 2008 at 8:55 pm

    For whom taking care of this blog,

    I follow the article posted in Malaysia Today, written by RPK very closely. I believe what he wrote - either for DSAI’s sodomy case, Najis murder case or muslin or islam related topic. However, not many people read these articles - waste…..

    Can anyone of you in PKR translate it to BM or Chinese version, into booklet and distribute to Malaysia who has brain wash by MSM ?

    For very sure, anyone follows the news through TV or newspaper will think BN is right and PKR, DAP or PAS are “kacau” in this country.

    Please consider

  15. 15 hans Aug 19th, 2008 at 8:58 pm

    saya sokong sepenuhnya kepimpinan datuk seri selagi mana datuk seri diatas landasan Islam….dan saya amat yakin isu liwat itu adalah fitnah semata2 dan bertujuan politik….saya telah pergi mendengar ceramah DSAI dekat guar jering tempoh hari…bertambah keyakinan saya utk menyokong DSAI wpun masih ada segelintir rakyat permatang pauh yg berkumpul di dlm khemah2 UMNO-BN….

  16. 16 ANTI-NEW WORLD ORDER Aug 19th, 2008 at 8:58 pm

    APA YG BERLAKU DLM DUNIA NI SUMANYA DGN KUASA & TAKDIR TUHAN,RAMAI RAKYAT MELAYU MALAYSIA SKRG DAH X BOLE PIKIR SECARA WARAS N CETEK AKAL SBB TELAH DIPECAHBELAHKAN OLEH PARTI2 POLITIK,FITNAH YG BERLELUASA & JUGA OLEH SBB SIMPATI ,SENJATA ORG PANDAI MCM ANWAR BUKAN PERIBADI,OTAK ATAU PEMIKIRAN DIA TP TIPU MUSLIHAT,PHSYCOLOGY,HURU-HARA & PROPAGANDA….
    DRPD ELEMEN INILAH DIA CUBA UNTUK PENGARUHI ORG RAMAI N CARI SOKONGAN PADAHAL SEMUA ORG WARAS TAHU YG UTK MEMERINTAH SESUATU NEGARA SETIAP PARTI MESTI ADA “AGENDA & PERJUANGAN” SEBENAR MRK YG KEKAL BKN BERUBAH IKUT SENARIO DUNIA…CONTOHNYA MCM PERJUANGAN ASAS PARTI ADALAH BERKISAR KPD KEMERDEKAAN NEGARA,MAKSUDNYA PARTI NI ANTI-PENJAJAH N PERJUANGAN MEREKA ADALAH UNTUK BEBASKAN NEGARA DR PENJAJAH,CUBA SATUKAN PELABAGAI KAUM DGN AMBIL KIRA ISU2 SENSITIF,CINTA KEAMANAN(BKN RUSUHAN&HURU-HARA),AGENDA PEMBANGUNAN,PENDIDIKAN DLL,”AGENDA & PERJUANGAN” MCMNI YG JD TULANG BELAKANG PARTI N PRINSIP UTAMA UTK SEMUA AHLI IKUT SBG PANDUAN & AKAN KEKAL SELG PARTI ITU WUJUD…PERKARA MCM INILAH YG SEPATUTNYA RAKYAT UNDI BKN UNDI SBB2 YG KITA XTAHU,X KONFIDENT,XNAMPAK SENDIRI,DGN TEKNOLOGI SKRG…BUKTI PUN BOLE DIPALSUKAN…PERKARA2 MCM NI(FITNAH,RASUAH,LIWAT DLL) YG KITA X NAMPAK HANYA ALLAH SAJA YG BOLE MENILAI…KITA SBG MANUSIA X PATUT JADIKAN PERKARA NI SBG GOSIP YG AKHIRNYA JD FITNAH….

    INGAT & PIKIRKAN WAHAI RAKYAT MALAYSIA…
    RASUAH,KRONI,KORUPSI=MASALAH KARIER (oleh sebilangan INDIVIDU yg x telus didlm kerja,bkn semua)
    LIWAT,MAIN PEREMPUAN,MINUM ARAK,BUNUH=MASALAH PERIBADI (xde kaitan dgn kerajaan or parti politik)
    KEMISKINAN,KEBAJIKAN,EKONOMI,PENDIDIKAN=MASALAH POLITIK (UTK RAKYAT)

    APABILA SUMA PERKARA INI DIPOLITIKKAN SUDAH TENTU AKAN MENIMBULKAN KEKELIRUAN DAN INDIVIDU2 YG BERBUAT BEGINI ADALAH SEBENARNYA X IKHLAS & MEMPUNYAI NIAT YG TERTENTU(selalunya yg x baik) utk kelirukan pemikiran rakyat..

  17. 17 mahasiswa Aug 19th, 2008 at 9:17 pm

    Semua berusaha bangun tahajjud, sujud dan doa agar Allah bagi kemenangan kepada DSAI dan rakyat malaysia…………..

  18. 18 the last samurai Aug 19th, 2008 at 9:22 pm

    Pasal isu 10% kuota utk non bumiputera ke UITM, aku heran betulla kat VC UITM ni, apasal yg dia dok melenting sangat? Dah la tu masa press conference cakap macam gangster, tak menggambarkan dia tu intelek lansung, buat malu pelajar UITM je. Ni aku nak tanya sikit, mana kau masa Kerajaan bagi biasiaswa 45% kat non bumiputera? Mana kau masa Kerajaan bukak MRSM kepada 10% bagi non bumi? Mana kau masa TDM propose yg UITM buka pintu kepada non bumi dulu? Takda pulak kau nak melalak macam sekarang. No wonderla tahap pencapaian UITM tak ke mana sangat, kalau VC dia pun really having low class intellectual capability! Alah, senang cerita, ini semua politikla, kau tu penyokong kuat UMNNO/ BN. Tak payah nak berselindung di sebalik post VC tula. Perhaps I could suggest you one thing, resign from your VC post and try challenge Tan Sri Khalid in the next election? Amacam? Ada berani?

  19. 19 reez Aug 19th, 2008 at 9:26 pm

    Salam DSAI ,

    tahniah haisara teruskan garapan2 seperti ini mudah-mudahan negara malaysia dilindungi oleh mereka yang rakus dan perasuah.

  20. 20 SUMPAH Terkena Aug 19th, 2008 at 9:27 pm

    Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

    Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.

    Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam.

    http://img111.imagevenue.com/img.php?image=47226_rporigi_122_764lo.jpg

  21. 21 Shobhan Aug 19th, 2008 at 9:35 pm

    Saiful will only be forgiven by God if DSAI feels he should be forgiven. Remember, God is everforgiving provided the sinner realises and repents. Repentence is also by admitting to the person concerned that one has sinned. Saiful still has a chance to redeem himself of his sins by telling the truth as soon as possible.

  22. 22 WOMAN WARRIOR FROM PAS- CONGRATULATION Aug 19th, 2008 at 9:44 pm

    MISI MEMBEBASKAN TAHANAN ISA

    Sumber: sebahagian dari rencana di Malaysia Today

    Before noon, Pas Muslimat members started going out to meet voters in Sama Gagah and Simpang Empat.

    “Permatang Pasir constituency will determine the success or failure of this campaign,” said Permatang Pauh Muslimat election director Suraya Saat.

    “We won by 6,886 votes here, and we are hoping to increase the number,” she added. Suraya, who was busy answering and making phone calls when met at the service centre, said that the Muslimat members are only involved in planning mini rallies and house-to-house campaigns. “We work mostly during the day and the men will take over in the evening.”

    For Pas deputy election director Mariah Mahmud, she is skipping parliament this week as most of the Muslimat workers have arrived and are ready to help.

    “I am just worried that Anwar supporters may be complacent and do not come out to vote. This is where we play our role to convince them to come out.
    We will also focus on voters who don’t reside in the constituency,” the Kota Raja MP told The Malaysian Insider. She is also worried that polling is set on a working day.

    But she is relieved that the campaigning has gone smoothly. “I don’t want a repeat of Ijok,” she said, referring to the by-election in 2007.

    She plans to stay in Permatang Pauh until Friday, and hopes that by then, she would have sorted out the Muslimat campaign machinery. “You don’t see much of our work. We work behind the scene meeting the voters directly,” she added.

    Kelantan Pas is also already in full swing, with each of the 14 divisions in the state sending up to 30 volunteers. “So at any point of time, Kelantan Pas will have more than 300 members campaigning here,” said Kelantan state exco member Dr Fadzli Hassan.

  23. 23 mat_saint Aug 19th, 2008 at 9:53 pm

    assalamualaikum…

    Ayuh semua reformis…
    masanya dah tiba..

    buat pemimpin pemerintah sekarang ingatlah…
    “You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you cannot fool all of the people all of the time.”

    buat DSAI…good luck.

  24. 24 Abdullah Aug 19th, 2008 at 10:16 pm

    Bagi setiap muslim yang ada ilmu agama, akan bersetuju dengan pandangan Persatuan Ulama Pulau Pinang. Apabila puak satu lagi tu tak setuju, faham-fahamlah di mana kedudukan mereka tu.
    Satu lagi, Tuhan sentiasa menutup aib kita supaya tidak diketahui manusia umum. Kalau Tuhan membuka setiap aib atau maksiat yang kita lakuikan, tidak ada manusia berjalan di jalan raya kerana malu. Hikmah Tuhan membuat seperti itu ialah untuk memberi peluang kepada kita bertaubat meminta ampun di atas kesipalan lepas, bukankah Allah itu Maha Pengmpun. Si Saiful ini (kalu betul berlaku liwat suka sama suka)telah mendedahkan aib diri sendiri kepada dunia. Bagaimanakah caranya dia nak bertaubat selepas ini. Dan kalau sumpahan itu satu fitnah maka amat besar dosa Saiful. Maknanya kiri atau kanan Saiful telah menjadi mangsa disebabkan kejahilan sendiri. Sebaik langkah bagi Saiful ialah menunggu keputusan perbicaraan mahkamah. Saya kesihan kepada Saiful dan geram kepada penasihatnya yang telah menghancurkan kehidupan masa depan anak muda ni sebagai seorang Islam.

  25. 25 Rozaidi Yusof Aug 19th, 2008 at 10:27 pm

    memang betul cakap zara tu..yang sebenarnya najib takut kalau DSAI menang..nanti tergugat la peluang dia nak jadi PM.Tu yang dia kempen sungguh2 tu.Arif tu boneka dia je.DSAI boleh menang dan jadi PM.Halang najib dari jadi PM!!

  26. 26 hartono hamid Aug 19th, 2008 at 10:29 pm

    YB Pak Anwar Ibrahim kemanapun kamu berada kami pasti memilih bapak Anwar Ibrahim jadi pimpinan,
    YB Pak Anwar Kau telah Selamat dari cemohan yg kejih dari musuh bapak si Syaiful,
    YB Pak anwar Kau harus tenang dan menang dalam pilihan di Pematang Pauh P44
    YB Pak Anwar Kau akan menang ,kami seluruh rakyat indonesia dan Malaysia memlihmu Percayalah.
    ————–selamat berjuang Reformasi akan menang di Pematang Pauh———————-
    —————————-dan menujuh Putera jaya jadi PM ——————————-

    Wasalam hormat
    hartono hamid

  27. 27 People Power Aug 19th, 2008 at 11:04 pm

    Ada juga segelintir Melayu yg beragama Islam percaya wujudnya peraturan Sumpah dengan Quran!

    Sekarang ni, tanggungjawab kita sebagai rakyat yg dihina akal kena menjelaskan bahawa sumpah dengan Quran adalah sesuatu tindakan yang tidak berasas, bodoh dan juga memburukan agama dan bangsa kerana kalau sumpah dengan Quran itu digalakkan, maknanya orang yang melakukan kesalahan boleh bersumpah bahawa dia tidak melakukan kesalahan tersebut!

  28. 28 People Power Aug 19th, 2008 at 11:06 pm

    Ada juga segelintir Melayu yg beragama Islam percaya wujudnya peraturan Sumpah dengan Quran!

    Sekarang ni, tanggungjawab kita sebagai rakyat yg dihina akal kena menjelaskan bahawa sumpah dengan Quran adalah sesuatu tindakan yang tidak berasas, bodoh dan juga memburukan agama dan bangsa kerana kalau sumpah dengan Quran itu digalakkan, maknanya orang yang melakukan kesalahan boleh bersumpah bahawa dia tidak melakukan kesalahan tersebut!

    Kita kena menjelaskan isu ini terutama sekali kepada pengundi-pengundi di Permatang Pauh tak kira bangsa dan agama!

  29. 29 A for Anwar Aug 19th, 2008 at 11:09 pm

    Yang hairannya, kenapa kerajaan (BN) menghalalkan demonstrasi terbuka pelajar UITM di beberapa negeri hanya kerana ini bermotifkan kepentingan politik BN? Sepatutnya kerajaan BN berlaku adil dengan menghalalkan demonstrasi universiti lain seperti UM, UMS etc bagi tujuan selain politik. Kerajaan BN jelas menjurus kepada kepentingan politik semata dengan mencanangkan demonstrasi tentang hak istimewa bumiputera di UITM baru2 ini dan tidak pula berlaku adil dengan demonstrasi mahasiswa sebelum ini. Dimanakah keadilan? Kerajaan BN tidak telus!!! Sila jelaskan.. adakah kerajaan BN hanya nak jaga periuk nasi mereka, takut kalau2 pakatan rakyat menumbangkan kerajaan? Najib.. kamu hipokrit. Badawi.. kamu kaki tidur!

  30. 30 storm62 Aug 19th, 2008 at 11:10 pm

    come to think of it, kalau si laknat sailfool tak sumpah, dia akan kena C4 jugak!

    perlukah kami buat polis report tentang :

    1) unlce pet
    2) dr. osman
    3) si bala

    mungkin depa dah kena C4 kut?

  31. 31 orang islam Aug 19th, 2008 at 11:14 pm

    Gua tak nak komen apa-apa, tapi kalau dah kita orang islam kenapa pula nak dipolitikkan sumpah di dalam masjid pada hari jumaat dan disaksikan oleh orang-orang alim dan menyebut nama Allah. Ada ke Sumpah dengan nama Allah ni boleh di politikkan. Bagi cadangan gua, lu pikirlah sendiriiiii…….

  32. 32 John Aug 19th, 2008 at 11:27 pm

    Panggillah Najib sumpah dulu… yang di tidak kenal atlantuaya, dia tidak kena mengena denga perempuan monggolia itu, yang dia tidak pernah jumpa mat saipol tu. Nak kenakan orang lain dia pandai…. tapi bila soal dia….. dia baik sebagai malaikat. Tak tahu segala-galanya. Yang dia tahupun dia akan jadi tak tahu. I already kontek IGP and the matter will be solved soon pun dia tak tahu. apa yang dia tahu. Saya pun tak tahu. Cuma Abdullah yang maha tahu.

    Dol Reply:

    Najib dah sumpah pun…. So what have you got to say now?

  33. 33 Kadazan Aug 19th, 2008 at 11:32 pm

    Kami orang Sabah inginkan perubahan terutama sekali Kadazan yang seringkali dianaktirikan. Semoga Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mengembalikan hak kami iaitu 20 Perkara.

  34. 34 PR DUN Juasseh Aug 19th, 2008 at 11:50 pm

    Salam……….
    Apa ertinya sumpah, Islam, ketuhanan pada puak-puak UMNO sekarang, bayangkan dulu segelintir ahlinya menyatakan AlQuran perlu disemak.(MasyAllah). Agana dimainkan, dipersenda, dipergunakan ikut nafsu dan kepentingan diri.
    Bayangkan Najib bercakap soal moral dan maruah Islam…….memalukan, apalah erti moral dan akhlak kalau maruah diri apabila dikemukaan akuan bersumpah pun tak dicabar. ‘Sabar’ dan ber’maruah’ betul insan bernama Najib. Mainan wabillahi, wallahi dibibir!
    Dengan gejala segala bapak segala kerosakan akhlak diMalaysia sekrang, Apa heran mainan SUMPAH SI SAIPUL. Fikirkanlah wahai hati-hati yang terhijab. TAKUTlah Kamu kepada ALLAH, (PENCIPTA KAMU,AKU DAN SELURUH ALAM & MAKHLUK )

  35. 35 antilie Aug 19th, 2008 at 11:59 pm

    Dalam syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud (dalam bab zina) dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah “al bayyinah alal mudda’i wal yaminu ala man ankara” - pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti (4 orang saksi) manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah,” katanya

    DSAI akan nantinya dikehendaki bersumpah, tunggulah….

  36. 36 Pejuang Aug 19th, 2008 at 11:59 pm

    Komen:

    1. Dah nafi cukup tak payah sumpah bukan ikut prosedur hukum syarak pun.

    2. Takde tempat lain ke nak sumpah? Yang pegawai Masjid bersubahat tu buat ape kena laknat sekali baru padan muka. Gi sumpah kat Jln Haji Taible.

    3. Nasib baik aku tak semayang kat Masjid Jln Duta, malu rasanya nak gi sana. Huah..huah

  37. 37 PR DUN Juasseh Aug 20th, 2008 at 12:03 am

    Assalamulaikum………..Dato Sri
    Setuju dengan ZARA, DSAI ( RAKYAT ) VS NAJIB ( JUAK - JUAK KERAJAAN BN )
    kepda TDM ( Che Det ) saya ingin sampaikan pesanan peribadi, sudah-sudahlah, (nampaknya lebih takut bayang-bayang sendiri dan manusia dari Allah - larilah kamu kemana pun hukuman Allah tanpa sempadan ) bertaubatlah.
    Kepada DSAI teruskan perjuangan suci ini moga imbuhan keikhlasan perjuangan di makbul Allah.
    Reformasi
    Takbir

  38. 38 Fighter Aug 20th, 2008 at 12:05 am

    Abu Syah ITM,

    1. Org ckp kuota bumi non bumi kau ckp melayu A lwn melayu B. Betulke kau ni ketua ITM hah.

    2. Cikgu Besau sekolah rendah aku name Hasanudin lagi cerdik daripada kaule.

    3. Org Islam Sunni dan puak Syiah tu tak sama so jgn dok kelentong budak2 ITM. Lainlah kalau kau rase puak Melayu yang tak sokong Kjaan Selangor mcm Syiah.

    4. Hidup Red Giant.

  39. 39 Kerenggey Aug 20th, 2008 at 12:05 am

    Menteri BN yg paling saya benci ialah…Najip, Hamid Albar, Hishamuddin Hussen…kesemua mereka-mereka inilah kaki ampu. Sebab kesemua mereka ini memang ada hati nak jadi PM ataupun sekurang-kurangnya jadi TPM. Dan yang paling jijik sekali ialai Najib Razak…dahlah dia nyaman-nyaman menikmati si Alantuya…dibunuhnya pulak. Memang manusia paling kejam si Najib tu…kan..kannn??

  40. 40 storm62 Aug 20th, 2008 at 12:06 am

    Patutkah seseorang yg beragama Islam membuat sumpah atas Kitab suci Al-Quran dengan secara berBOHONG?

    “Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.”

    Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

    “Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”

    Pembohong #1 - Najis “saya tak pernah berjumpa dengan saifol”
    kebetulan - silaknat ini telah berjumpa dengan Najis dirumahnya.

    pembohong #2 - Sialfool “saya tak tau DSAI akan bertanding dipilihanraya kecil ini”
    kebetulan - sailfool “i wish you the best in the coming by-election”

    mahkahmah - suka sama suka.
    si laknat - tanpa kerelaan saya.

    mahkahmah - 10 sept. 2008.(bicara)
    si laknat - 15 aug. 2008. (sumpah) cek clear!

    26-06-2008 - kena liwat.
    25-06-2008 - jumpa polis kat hotel (bilik 616)

    kesiannya , kalau hang tak sumpah , hang mesti kena C4 la. Pembohong!!

  41. 41 elnino Aug 20th, 2008 at 12:22 am

    abis semua perkara nak bersumpah,lepas ni tangkap org isap dadah suruh sumpah!gerenti diaorg sumpah! tangkap perogol suruh bersumpah,gerenti perogol bersumpah cakap tak buat, tangkap pembunuh nurin jazlin,gerenti pembunuh nurin bersumpah cakap tak bunuh….last2 tangkap najib althantuya,CONFIRM SIFIRAUN NI PUN BERSUMPAH TAK LIWAT,TAK BUNUH & TAK LETOPKAN althantuya!!!! jadi persoalannya,APAKAH HARGA SEBUAH SUMPAH????????????????

  42. 42 sabahan Aug 20th, 2008 at 12:41 am

    perbetulkan badan kehakiman malaysia dahulu…….

    Petisyen Kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berkenaan pemulihan Badan Kehakiman

    To: Malaysian citizens

    Nota Penjelasan : Petisyen yang dipamirkan di sini telah disediakan tanpa menyertai bahasa halus yang sewajarnya untuk penyampaian rayuan rakyat kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Ini akan dilakukan oleh pakar tertentu untuk salinan petisyen yang akan disampaikan kepada Tuanku Agong kelak.

    Jika anda bersetuju untuk menyokong petisyen ini, anda dikehendaki menghantar nama dan nombor kad pengenalan anda. Nama-nama yang tidak diiringi dengan nombor kad pengenalan, atau diiringi dengan nombor kad pengenalan yang tidak tepat, akan dibatalkan.Nama-nama individu yang menyokong petisyen ini tidak akan dipaparkan.

    Petisyen ini disampaikan di sini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

    ____________________________________

    Explanatory note : The petition displayed here does not include the requisite court language befitting the presentation of the people’s appeal to His Majesty, the Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong.This will be undertaken by a specialist at a later date for the final document to be presented to His Majesty.

    If you agree to support this petition, you are required to submit your name and identity card number. Names unaccompanied with their identity card numbers, or accompanied by incorrect identity card numbers, will be deleted. Names of those supporting this petition will not be displayed here.

    This petition is presented here both in Bahasa Malaysia and in English.

    http://www.petitiononline.com/6ai18u26/petition.html

  43. 43 man man Aug 20th, 2008 at 1:21 am

    pak lah kan cucu ulamak takkan tak tau benda ni….astaghfirullahalazim…

  44. 44 alibaba Aug 20th, 2008 at 10:41 am

    Dah banyak bukti dan keterangan di keluarkan di lelaman ini pada semua tetapi ada yang masih was-was. Pada mereka yang peduli atau pun tidak bersyukurlah atas nikmat yang telah diberi. Ambil lah pengajaran dan buat lah perubahan. Kita perlu buat perubahan untuk kebaikan seluruh Malaysia. PUMPP dah pun buat seruan moga-moga orang UMNO yang masih ada rasa was-was, jom merdeka diri, bersama-sama PKR kita tukar pemerintahan sekarang. Insya’allah bolih.

  45. 45 hidup anwar Aug 20th, 2008 at 10:42 am

    pak lah memang cucu ulamak, sebenarnya tau perbuatan mereka salah tapi untuk kepentingan sendiri dan kuncu-kuncunya tutup mata aje lah, hai pak lah tak takut dosa ke, nanti dah mati baru nyesal dah tak guna dah. bagi saya yang paling busuk hati dan jahat orangnya ialah Najib, Hamid Albar, Musa Hassan (baik Musa Hassan jgn diambil dulu nyawanya oleh Allah Taala sebab saya takut dia belum sempat insaf dan bertaubat kerana beliau masih lagi bersekongkol dengan mereka nie Astaghfirullahhalazim bayangkan berat sungguh azab Allah Taala kepada mereka yang banyak melakukan dosa-dosa nie lebih2 lagi pembuat fitnah dosanya seperti membunuh orang. dari itu sedar dan insaflah sebelum terlambat).

  46. 46 rakyat prihatin Aug 20th, 2008 at 11:13 am

    salam semua…
    dh agak lama aku tk tumpang sekaki bgi pendpt dlm ruang2 begini…bkn apa aku dok kalut p ronda2 kwsn pilihanraya permatng pauh…bagi la apa2 sumbangan yg patut…sekurang2nya aku ada prinsip dn maruah sbg manusia yg cintakan keamanan, keadilan dn bencikan kezaliman sesama manusia…aku sedih sgt bila tgk masih ada org2 yg sokong UMNO-BN (maksud aku di kalangan org2 melayu lah..) aku nmpak disinilah pentingnya peranan ilmu…sbb tu islam menuntut umatnya belajar..gali ilmu sedlm2 nya…jgn dok kalut gali lagu saja mcm konsert AF tu…
    isu fitnah keatas DSAI pun hampa tk tau nk fikir..tk perlu ada PHD dlm agama pun utk memahami isu ni…kalau hampa faham betul2 ttg agama hampa sendiri iaitu Islam hampa ttntu boleh nampak kebenaranya…hampa ttu boleh buat perbezaan dlm pemilihan nk sokong sapa..hampa fikir tgk …perkataan liwat sgt kotor dn menjijikkn..sapa yg introduce semua ni k dlm masyarakat kita..awat politik UMNO BN kotor sgt!…pemimpin UMNO BN gah mendabik dada bagitau seluruh dunia kata Malaysia Boleh..maju dlm serba serbi..tp bila hampa berpolitik sesama hampa..hampa guna agama dan maruah utk aibkan saudara seagama hampa sendiri..hampa ckp ttg Islam Hadhari..tp tgk apa yg hampa sdh buat kpd DSAI..awat dia ni keparat sgt ka, penjenayah ka, pengganas ka,…hampa tk ingat ka..DSAI pernah bersama hampa dulu..dia bekas menteri, bekas TPM,,penah jd acting PM…byk sumbangan dia berikan kpd Msia…dulu hampa dok ikut dia merata…sokong habis…la ni..awat hampa sanggup buat sampai ke tahap ni…hampa jenis manusia apa…hampa bangga mengaku hampa org Melayu beragama Islam…tp mana sifat keimanan dn ketaqwaan sbg seorg Islam…ada hati ckp perjuangan menentang DSAI sbg jihad !…aku sedih, geram dn sgt kecewa dgn pemimpin UMNO ni…aku rasa byk lagi spesis2 pemimpin UMNO mcm Shahrizat ni..hampa tergamak nk bohongkan org Melayu…hampa tergamak nk perbodohkan org Melayu…dlm satu segi hampa puji org Melayu..hampa bangga Shk Muzaffar p k angkasa…tp DSAI tu org bangsa apa??…tk boleh ka berpolitik secara rasional dn profesional…ni lah jdi bila dlm diri hampa tdk ada fikrah islamiah…islam hampa buat seperti pakaian saja..hampa ckp pandai..hampa tak tau btg tubuh hampa tu ciptaan sapa…bumi yg hampa pijak ni ciptaan sapa..betul spt kata TOK GURU NIK AZIZ…hampa puak2 UMNO elok buat dunia hampa sendiri dn duduk disana…
    stgh org melayu pulak…bila sebut sumpah dgn Quran bagi depa MAKA TDK ADA YG BENAR MELAINKAN BENAR BELAKA LAH…ni lah hampa..jdi org Islam sejak lahir tp ngaji tk mau..hampa take for granted hampa org islam, kira ok dn selamat lah…mudahnya hampa ttg islam..hampa tk kaji betapa cantik dn lengkapnya islam mencakupi seluruh aspek kehidupan makhluk d alam ini..oooo…bila mai tang isu2 mcm ni hampa dok kalut sumpah dgn Quran…mcm tu saja hampa treat Al Quran..masing2 dikalangan hampa nk tunjuk cukup Islamik konon..kalau nk tunjuk terer dlm memperjuangkan islam, hampa ada kuasa sekarang kan,so hampa laksanakanlah pemerintahan d Malaysia berlandaskan AlQuran dan Sunnah….ni perkara yg very simple spt isu Tugu Pahlawan pun hampa tak boleh nk ikut. nak suruh org bersumpah konon, dh berbuih Mufti dan ulamak bagi nasihat kpd hampa selaku pemerintah ttg isu ni, awat sengap saja..buat2 mcm tak dengar pulak..aku masih ingat lagi satu ketika dulu, keluar dlm surat kabar(surat kabar mana lagi kalau bkn Utusan Malaysia..) kenyataan Pak Lah bertajuk lebih kurang UMARAK DAN ULAMAK MESTI BERKERJASAMA…tp hampa benar2 ikut ka bila setiap kali ULAMAK nasihatkan hampa…kalau hampa betul2 ikhlas, jujur dan adil dlm pemerintahan hampa tentu rakyat suka pada hampa..dn masalah spt la ni tntu tk akan berlaku…tp wahai UMNO BN…hampa semua sombong dn angkuh…hampa hipokrit, hampa putar belitkan isu, hampa gunakan 3M (money, media dn machinery) dlm politik hampa…hampa dh jdi mcm org mabuk tk tau yg mana intan yg mana kaca…yg hampa tau nak bunuh karier politik DSAI tk kira dgn apa cara sekalipun..hampa tabur berbagai fitnah…Ya Allah Engkau berilah Petunjuk kepada puak2 UMNO ni supaya mereka nampak kebenaran..
    wahai sesetengah org melayu (terutama penduduk permatang pauh) tolonglah lihat dn fikir isu politik ini dari kacamata seorang yg beragama Islam…lihatlah isu fitnah ini, bolehkah kita mengaibkan sesama kita..andaikata kita mengetahui kejahatan seseorg apakah Islam menyuruh kita hebahkan kejahatan dia dikalayak ramai…fikirlah tuan2 dn puan2…jgn kita letakkan martabat AlQuran begitu rendah sekali sdgkan Allah sendiri tlh menjaminkn kebenaran dn kesuciannya..Al Quran bkn utk d jadikan benda simbolik tp ianya mesti dibaca, difahami maksudnya dn diamalkan ajarannya…hampa lihat dn fikir lah watak2 UMNO yg menyuruh DSAI bersumpah…imej depa mcmana..kehidupan seharian depa mcmana…praktis Islam mereka mcmana…gunakan akal waras yg bersandarkan ilmu utk membuat penilaian…hampa kena ingat..depa2 ni lah jgk yg penah berckp…ISLAM TERLETAK DIHATI, PAKAI TUDUNG BUAT APA KALAU BUAT MAKSIAT..sbb tu hampa tgk sstgh pemimpin wanita UMNO mana pakai tudung..ini lah fahaman islam depa…TP yg sedih msh ada dkalangan sstgh org melayu yg boleh dok percaya ckp puak2 ni lagi…Ya Allah Engkau berilah Petunjuk kepada mereka2 ini..supaya depa nmpak rahsia kebenaran agamamu..
    ayuh saudara2 sekalian, kita sumbang mengikut kemampuan yg ada utk kemenangan DSAI nnti..jgn lupa utk berdoa kpd Allah swt..SESUNGGUHNYA DOA ITU ADALAH SENJATA BAGI UMAT ISLAM..

  47. 47 MAT CSI Aug 20th, 2008 at 11:41 am

    Untuk sesiapa yang masih bengap (especiallya haisara - comment 1).

    Kenapa sumpah DSAI tak relevant.

    1. Yang mencabar untuk bersumpah ialah Saiful, Pak Lah, Najib dan kawasan yang sewaktu dengannya. Haruskan seorang ahli politik tersohor opposition tunduk atas cabaran ini?

    2. Motif sumpah tak selaras dengan pertuduhan. Pertuduhan yang dibuat berdasarkan suka sama suka. Tiada paksaan. Bukan kes rogol seperti yang Pak Lah tercinta cakap sebab rogol aplikasinya hanya pada golongan wanita.

    3. Sumpahan tersebut akan hanya jadi ‘hearsay’. Saiful kata ya….Anwar akan kata tidak…..Jadi? Ke mahkamah jugak kan?

    4. Acara angkat sumpah kat Malaysia ni acara hiburan semata-mata - Tiada prosedur khas, tiada record di mahkamah - hanya laporan akhbar. Media BN boleh memutar belitkan fakta sesenang hati. Kalau di perhatikan Majlis angkat sumpah Saiful pun macam akad nikah saja. Quran pegang tangan kiri - bukan dijunjung. Siapa yang saksi? Semua orang yang tak relevant. Sumpah junjung Quran tamat silat aku pun terasa lebih keramat.

    5. Sumpah atau Provokasi? Persoalan yang sama-sama pihak Mahkamah harus fikirkan.

    6. Mahkamah Syariah tiada ‘Maruah’. Saiful orang Islam, DSAI orang Islam. Kes dikategori sebagai aduan zina. Bicara sajalah di Mahkamah Syariah seperti kes khalwat yang lain - bukan di mahkamah sivil. Ini bukan kes jenayah!

    7. Bukannya Anwar degil. Kalau aku pun, aku lebih hormat dan patuh kepada bijak pandai Agama yang menasihatkan supaya tidak melakukan sumpah main-main hanya kerana cabaran pihak tertentu.
    Dahlah bijak pandai Islam ini merujuk kepada AlQuran. Cabaran Saiful yang mengaji pun tak tahu lebih besar dan pentingkah dari AlQuran?

    8. DSAI ‘tunduk’ kepada kemahuan penyokong-penyokongnya. Mereka kata ‘tak perlu’ DSAI tak melakukannya. Mereka kata ’sumpah’ mereka akan bersumpah.

    Rakyat Malaysia sekarang ni dah pandai menilai sendiri.

    Pendapat peribadi aku: Kes liwat ni perkara kecil. Yang lebih besar menanti ialah gelombang tsunami ekonomi dunia yang kian goyah. Graduan sanggupkah balik kampung untuk bertani? Berapa ramai lagi yang terpaksa hilang pekerjaan? Berapa banyak lagi rumahtangga retak akibat masalah kewangan? Berapa lama lagi korupsi dan kronisme harus dihadapi?

  48. 48 Putri Gunung Ledang Aug 20th, 2008 at 1:09 pm

    Sedar tak yang Si Saiful tu dah kena laknat!!!!!!! Sb masa dia bersumpah dia sudah menipu semua rakyat jelata mengatakan bahwa dia kena liwat pada 26hb Jun, sedangkan dia pergi jumpa Najib on the 25th. Kalau ni pun penyokong penyokong UMNA tak nampak, maknanya mereka juga telah disumpah untuk buta hati.

  49. 49 potrisera Aug 20th, 2008 at 4:18 pm

    ISLAM ADALAH CARA HIDUP.PERKARA YANG MENGAIBKAN WAJIB DIRAHSIAKAN.ORANG YANG TIDAK WARAS SAHAJA YANG SANGGUP MEMBUKA PEKUNG DI DADA.WALLAHUALAM.

  50. 50 studentIPTA Aug 20th, 2008 at 5:10 pm

    jgn salahkan ayah pakalh klu dia jadik cmni.kita tgk musa hasan.ayah ulamak gak.so jgn kita babitkn makpak klu anak tidak menjadi.kasihan pada makpak kita yg dh bela kita smpai besar.

    paklah mmg lemah dr segi pentadbiran.sbb 2 ssenang hati org pijak pala dia.mangkuk yg plg aku xsuka di malaysia ni adalah kery jamaludin.tgk muka dia pon da nek meluat.mcm gila sex ja.2 laaaa..dlu ngorat izzah xdpt.skg nih sibok ja nk tentang anwar.jgn hrpla pnddk pmtg pauh cm aku ni akn pcaya ngn hasutan2 BN spnjg tmpoh mngundi.

    aku da bgtau parent,kak & abg aku kt pmtg pauh,kita msti undi DSAI.kami mmg da lama tggu kepulangan DS di pmtg pauh.kami da lama rndukn DS.so kami akn psikn kmnangan DS di cni.sy ykin DS akan berjaya dgn prtolongan ALLAH.

    reformasi!!
    takbir!!

  51. 51 dino Aug 20th, 2008 at 6:29 pm

    doakan sajalah anwar menang kerana kemenangan di permatang pauh membawa beliau ke parlimen…peralihan kuasa mesti di buat. lampu hijau sudah di nyatakan oleh jeffrey kitingan kelmarin bahawa 13 mp sabah akan masuk PKR…najib dan org kerajaan mahu x mahu terpaksa menafikan kerana mrk pun x tahu 13 org itu siapa…yg pastinya saya juga sudah maklum siapa yg akan keluar kerana ada di antara mereka adalah org2 kuat anwar ibrahim ketika anwar menjadi TPM dahulu…malahan setiap kali anwar dtg membuat ceramah ke sabah drp 13 ini salah seorg adalah teman baik..kemudahan dan kenderaan akan di sediakan untk DSAI….saya juga sgt berharap apabila Malaysia bertukar kemimpinan ..ketua menteri sabah hari ini juga harus di ganti…pak pakistan ini (musa aman) semakin kaya dgn pelbagai korupsi…kerana kuasa Perdana Menteri juga BPR membatalkan risikan mrk terhadap musa aman.

    kuasa hari ini harus kita ganti…org2 permatang pauh beri undi luar biasa utk DSAI…BANTULAH KAMI ORG SABAH INI YG SEMAKIN SENGSARA…ANDA ADALAH PENENTU SUARA RAKYAT KETIKA INI..

  52. 52 orang bagan terap Aug 20th, 2008 at 9:48 pm

    WAHAI UMAT ISLAM SEKALIAN INGAT KITA SKANG NIE SEDANG DI TINDAS OLEH PEMIMPIN Y SEAGAMA DENGAN KITA,, APA NAK JADI ????????? KITA MESTI MENGUBAHNYA SAPE LAGI KLU BUKAN KITE………. PAK LAH SELALU BOHONG RAKYAT…. KENAPA PERLU KITA SOKONG DIA??????? LU PIKIRLAH SENDRRRRRRRI….. SAMA AR NGAN NAJIB TU SATU KAPLA JE NGAN PAK LAH…. SAMPAIKAN ANWAR PUN NAK DI ANIAYA NYA ALLAHUAKBAR……./.’;.\]\

  53. 53 Aiman Achim Aug 20th, 2008 at 10:54 pm

    Sumpah? Sumpah atas nama Allah pun boleh juga dilanggar dengan membayar kafarat. So, sapa yang percaya dengan budak sapool ni?

  54. 54 Bob Aug 20th, 2008 at 11:14 pm

    walaupun pak lah cucu ulamak tapi sahabat kena ingat….iman tak dapat diwarisi(yg raihan selalu dok bagitau kat rakyat malaysia dari dulu lagi). contoh terdekat pak lah lah…tp jgn risau pintu taubat masih terbuka,ajal plak tak tau bila…so ingat2 la no…..

    p/s: pengundi2 di permatang pauh, andalah harapan rakyat seluruh malaysia, mengundilah untuk DS ANWAR demi membawa malaysia kearah yang lebih2 baik,demi kesejahteraan anak cucu kita akan datang.kita perlukan suara DSAI diparlimen.UNDILAH KEADILAN

  55. 55 ayahteh Aug 21st, 2008 at 6:33 am

    PERINGATAN & PENGAJARAN terhadap BAHAYA FITNAH…

    Teringat peristiwa tsunami kat Acheh… disebabkan satu puak.. keseluruhan rakyat terima musibah, Allah jua yg maha mengetahui kebenaranNya…

    Jenayah fitnah itu lebih dahsyat kesannya kepada masyarakat daripada jenayah membunuh.

    Jika tidak, masakan Rasulullah saw pun boleh terkesan dengan isu fitnah sebegini sehinggalah Allah swt menurunkan ayat 11-20 Surah AnNur.

    Fitnah yang terkena terhadap Rasulullah saw ini adalah mengenai Sayyidatina Aisyah as yang dituduh membuat perkara kotor dengan seorang Sahabat, Shafwan ibnu Mu’aththal.
    Peristiwa ini berlaku selepas peristiwa perang Bani Musthaliq pada bulan Syaaban tahun 5 Hijrah.
    Akibat fitnah tersebut, Rasulullah saw menjadi sangat keliru sehinggalah Allah swt membersihkan diri Sayyidatina Aisyah dengan ayat tersebut.

    Peristiwa ini dinamakan sebagai Hadith al-Ifk.

    Hari ini semua orang maklum Anwar Ibrahim dituduh meliwat Saiful Bukhari.

    Tuduhan meliwat ini adalah tuduhan meliwat kali kedua.
    Walaupun pertuduhan pertama, Anwar didapati tidak bersalah, tetapi dari sudut lain, tuduhan kedua ini adalah cukup perlu untuk menghalang Anwar dari terus aktif berpolitik.

    Kaedah ini bertepatan dengan saranan Adolf Hilter yang berbunyi, “Make the lie big, make it simple, keep saying it, and eventually they will believe it.”
    Masakan teknik Adolf Hitler ini tidak berkesan? Jika teknik ini tidak terbukti berkesan, tidak mungkin Hitler boleh berkuasa begitu hebat pada satu masa dahulu.

    Fitnah kali ini memang cukup simple.
    Katakan sahaja, “Anwar meliwat Saiful.”
    Sama ada ia dilakukan secara suka sama suka, atau terpaksa, katakan sahaja, “Anwar meliwat Saiful.”

    Abdullah b Ubai moden dibelakang kes ini adalah amat bijaksana. Namun, siapakah Abdullah b Ubai yang merencana segala perancangan ini?

    Tuduhan liwat kali ini dikeluarkan di saat Anwar sedang mengumumkan 16 September sebagai tarikh pertukaran kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

    Ini disedapkan pula dengan cadangan Dr Asri agar kedua-duanya bersumpah mubahalah.
    Lalu Saiful bersumpah dihadapan kamera, dan bukannya di hadapan hakim, sehari sebelum penamaan calon di Permatang Pauh.

    Perisanya bertambah, apabila selepas bersumpah, Saiful memberi pula keterangannya di JAWI.
    Undang-undang diterbalikkan. Prinsip undang-undang diketepikan. Hakim belum mengarahkan bersumpah, tetapi sumpah laknat telah dibuat. Setelah sumpah laknat dilakukan, barulah ingin memberikan keterangan kepada JAWI.

    Prinsip undang-undang menyebut, orang yang menuduh perlu membawa bukti dan yang dituduh perlu menafikan bukti-bukti tersebut.
    Sama ada tuduhan Saiful itu sahih, biarlah mahkamah yang menentukan.

    Namun, sehingga setakat ini, Anwar masih belum bersalah. Kerana prinsip undang-undang juga menyebut, orang yang kena tuduh belum bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya.

    Maka selaku Muslim, saya perlu mengingatkan agar kita menolak fitnah ini. Sehinggalah pertuduhan ini dibuktikan di mahkamah.
    Saya takut dengan situasi Hadis al-Ifk moden ini.

    Mungkin anda ada berkata, “Janganlah disamakan Rasulullah saw dengan Anwar. Ini bukan macam Hadis al-Ifk. Ini Anwar lah. Manusia biasa.”

    BENAR, ANWAR IBRAHIM ITU BUKAN MAKSUM…

    Tetapi ayat-ayat Quran yang diturunkan adalah sebagai panduan kita semua. Selagi mana dunia ini wujud, selagi itu lah prinsip Quran dan Sunnah tetap relevan.
    Ini bermaksud, peristiwa Hadis al-Ifk akan berlaku dari masa ke masa.

    Saya berkewajipan mengingatkan fitnah ini wajar ditangkis, kerana apabila Saiful telah mengikut saranan Dr Asri, ramai yang telah percaya akan kebenaran sumpah laknat tersebut seterusnya membenarkan fitnah.

    Maka takutlah kepada ayat Allah, Al-Anfal, 25, “Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya.”

    Serta hadis Nabi saw dari riwayat Muslim, “Zainab binti Jahsy R.A pernah bertanya Rasulullah S.A.W (yang bermaksud): Wahai Rasulullah S.A.W apakah kami akan binasa juga sedangkan ada di antara kami orang-orang yang masih berbuat baik (beramal soleh)? Rasulullah S.A.W menjawab: “Ya, apabila telah melata kejahatan”

    Berdoalah agar sumpah laknat Saiful tidak terkena kepada masyarakat keseluruhannya…

    Dan peringatan dari Khalifah Umar Abdul Aziz, “Bahawa sesungguhnya Allah S.W.T tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat siksa.”

    Saya takut, sebab itu saya mengingatkan anda.
    Laknat Allah kelak tidak turun kepada Saiful seorang, dan Abdullah b Ubai dibelakangnya sahaja…Malah masyarakat keseluruhan juga akan menerima AKIBATNYA…

    Justeru, kita harus bangun bersama-sama menentangnya…Wallahua’lam.

  56. 56 Salleha Aug 21st, 2008 at 11:54 am

    As.w.w.
    Siapa yang mempolitikkan Sumpah Saiful ? Tentulah Kerajaan Bee End (16.09.2008). Kenapa bersumpah dibuat diambang hari penamaan calon Permatang Pauh? Siapa dalang disebalik Adegan Sumpah ini? Saudah pasti BN-UMNO. Sebab ada mereka yang terasa seperti cacing kepanasan. Kerjaya politik mereka akan berakhir bila DSAI menjadi PM yang Ke 6. Pada 16 September ini. Ini kerana semua kesalahan dan kekejaman yang mereka lakukan akan terbongkar. Inilah yang mereka takutkan. Mereka akan membuat apa sahaja taktik kotor untuk menjatuhkan DSAI, termasuk sanggup menggunakan Agama sebagai alat memenuhi hasrat mereka. Sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimana keadaan merke nanti.
    Oleh itu di sini saya mengambil kesempatan untuk membuka minda ahli-ahli parlimen yang ada dalam kerajaan BN sekarang ini, kalau anda ingin melihat kebenaran ditegakkan di Malaysia bersedialah bersama-sama rakyat seluruh negara dan melompatlah ke parti Pakatan Rakyat sebelum 16 September ini dan perjuangan anda tidak akan sia-sia dan anda akan menjadi wira bangsa Malaysia yang dahagakan keadilan dan kebenaran serta menginkan kemerdekaan yang hakiki dibumi yang bertuah ini. Pengorbanan dan perjuangan anda akan sentiasa di kenang dan akan menjadi bahan kebanggan cucu-cicit generasi akan datang.
    Salam kemerdekaan untuk semua…..
    MERDEKA…MERDEKA…..MERDEKA…..MERDEKA…..MERDEKA…..MERDEKA…..MERDEKA….

  57. 57 GENG ANTI NEW WORL ORDER Aug 21st, 2008 at 8:50 pm

    BAGUS DSAI TAK PAYAH ANGKAT SUMPAH.NAK BUAT HAPA.BUKAN BOLEH PAKAI.ESOK KLAU DSAI JADI PM PUN TAK YAH ANGKAT SUMPAH.MENTERI2 LAIN PUN TAK PAYAH BERSUMPAH.TERUS JE JADI MENTERI.LEPAS NIE KITA HAPUSKAN SEMUA JENIS SURAT2 SUMPAH.SEMUA SUMPAH TAK BOLEH PAKAI.YEHA

    ESOK KLAU DSAI JADI PM MESTI BEST BOLEH GI AMERICA SELALU..MUNGKIN TAK YAH SUSAH2 KENA CEK SMPAI BOGEL…MUNGKIN SEBUT JER RAKYAT ANWAR MALAYSIA DIAORG TERUS BAGI MASUK..SILAP2 DPT KARPET BLINK LG…WOW…

  58. 58 zai Aug 21st, 2008 at 9:27 pm

    kalo lu olang semua tak da paham, ada babut lu olang semua sha-dap! (shut-up).
    apa bikin mau sumpah ?……..ni sumpah sana sumpah bikin olang mannnnnnnyak susah.

    bodo! beladi pol! ……….he he he he

  59. 59 LEMAN Aug 22nd, 2008 at 3:08 pm

    APA LAH KORANG SEMUA… SAHIH KE, CONFIRM KE ANWAR TAK BUAT PERKARA @$#h? BAIK KORANG KAJI BALIK ASAL USUL ANWAR. DALAM CERAMAH BELIAU KAITKAN BN DENGAN KORUPSI, ABIS TU YANG DIA DOK CONFIDENT AJER ADA AHLI BN LOMPAT PARTI 16 SEP 08 BUKAN DISEBABKAN KORUPSI YB-YB BN NI NAK LOMPAT PARTI. HAKIKATNYA, SEKIRANYA SAIFUL BERANI BERSUMPAH KENAPA ANWAR TAK BERANI DAN MEMANIPULASIKAN ISU TERSEBUT RENUNG-RENUNGLAH DAN PK-PK LAH. BUKAN SUSAH SENANG AJER NAK SUMPAH TAPI IANYA MELIBATKAN KALIMAH ALLAH BERANI ANWAR YANG KAUORANG PUJAKAN ITU. KALAU DAH FANATIK APA SAHAJA AKAN DILIHAT BAIK. HANYA ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI. JAGN MUDAH TERPEDAYA. AMIN.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners