Terkini: Pertembungan 3 Penjuru Di Permatang Pauh

16 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Tepat Jam 11.45 pagi tadi Pengurus Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh, Roslan Yahya telah mengumumkan tiga calon yang layak bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini.

Calon KeADILan/Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Calon Umno/BN – Datuk Arif Shah Omar Shah

Calon AKIM – Hanafi Mamat

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Suasana di Institut Perguruan Tuanku Bainun meriah seawal jam 7.00 pagi, dengan dianggarkan lebih 50000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri kawasan padang berbanding BN yang dianggarkan sekitar 5000 sahaja. Kawasan berhampiran dilaporkan sesak hampir 3.5 kilometer dengan kehadiran memberangsangkan penyokong Pakatan Rakyat.

Laungan reformasi dan bacaan selawat terus dilaungkan penyokong Pakatan Rakyat sepanjang menunggu pengumuman rasmi daripada SPR.

Gelombang rakyat kini secara rasminya telah bermula!

—————————————————————————————

Bacaan Tambahan:

Malaysiakini.com: Shout of Liwat vs Reformasi

Anilnetto.com:- Vast PKR multitude overwhelms BN Crowd

Pendapat Anda