Kebelakangan ini saya sedikit sibuk dengan persiapan kempen dan penamaan calon menjelang 16 Ogos ini. Capek dibuatnya! Tapi perjuangan perlu terus.
Sempat juga saya ikuti perkembangan Sukan Olimpik di Beijing dalam kesibukan yang menghambat waktu senggang sebegini. Saya tumpang gembira dengan kemaraan pemain badminton negara, Lee Chong Wei ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Sonny Dwi Koncoro. Gangsa sudah di genggaman, harap terus diperam menjadi emas.
Meskipun sedikit kecewa dengan kekalahan Wong Mew Choo dan beregu Kien Kiat-Boon Heong semalam, sokongan dan dorongan perlu terus diberikan kepada Chong Wei agar beliau menghasilkan emas pertama buat negara di persada Olimpik.
Arena sukan kita kian lama suram di pentas antarabangsa, ayuh gemerlapkan kembali!
ANWAR IBRAHIM









97 Responses to “Terus Mara, Lee Chong Wei!”
Leave a Reply