15
Aug
08

Anwar hargai komiten PAS perkukuh Pakatan Rakyat

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) – Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat menghargai komitmen PAS untuk terus bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya sebentar tadi.

Ucapan Dasar Presiden PAS bertajuk ‘PAS Untuk Semua’ disampaikan beliau bersempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 54 di Stadium Indera Mulia, dekat sini.

“Ustaz Hadi menyampaikan ucapan yang bernas,” kata Anwar yang pertama kali hadir ke Muktamar PAS, dalam respons eksklusifnya kepada Harakahdaily sejurus selepas Muktamar ditangguhkan tengahari tadi.

Anwar bersama isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeADILan, mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan PAS yang mengundang beliau untuk hadir ke Muktamar PAS.

Menurut beliau, segala teguran dan pandangan perwakilan PAS semalam, beserta dengan ucapan Dasar Presiden PAS sebenarnya membuka ruang yang lebih kepada banyak perbincangan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

“Saya menyanjung tinggi komitmen yang diberikan Ustaz Hadi bahawa PAS akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

“Saya juga berterima kasih dan menghargai sokongan PAS, khususnya Tuan Guru Nik Aziz, untuk membantu saya di Permatang Pauh, kerjasama ini amat saya alu-alukan,” katanya.

Tegas Anwar, beliau akan memastikan kerjasama di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat akan terus diperkukuhkan walaupun terdapat beberapa teguran daripada beberapa pihak.

“Apa yang penting kita, pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat, mesti mengelakkan dan mengetepikan manipulasi media yang senantiasa mahu memecahkanbelahkan perpaduan kita,” ujarnya.

Mohd Rashidi Hassan


20 Responses to “Anwar hargai komiten PAS perkukuh Pakatan Rakyat”


  1. 1 abangbolos Aug 15th, 2008 at 6:10 pm

    Salam semua..
    Itulah yang kita mahu dalam PAKATAN RAKYAT.Tolak ansur dalam mentadbir negara berkebajikan dalam masyarakat yang majmuk dan berbagai agama..Dalam ISLAM sendiri mengajar kita hidup rukun dgn bangsa dan agama lain.
    Saya setuju dengan ketegasan Dato Sri Hadi untuk menjadikan Malaysia Negara Islam yang benar2 mengamalkan lunas2 dan undang2 ISLAM. Saya percaya orang yang bukan beragama Islam akan dapat menerima sekiranya penerangan yang betul dapat disalurkan dengan cara yang bijaksana.
    Dalam UMNO,Islam Hadhari ciptaan Pak Lah menjadi pegangan mereka tapi biarlah dalam Pemerintahan PR kelak,Islam yang Addin dan berlandaskan Al-quran,Hadis dan Alim Ulamak menjadi teras Kepimpinan.InsyaAllah gejala hati yang tidak sihat dan nafsu serakah hanya untuk mengembongkan perot anak bini dan kroni tanpa fikir rakyat merempat dinegara kaya dapat dihindari.

    Reply

  2. 2 Peace Aug 15th, 2008 at 6:49 pm

    Assalammualaikum and good day to all Malaysians,

    We must stand together…with DSAI as the PM, we will save our beloved Malaysia. We will help the poor regardless of race, we will eradicate corruption. No more divide and conquer, no more ISA, no more arrogance. Laders are for the peple……

    Thank you to Tuan Guru Nik Aziz and YB Lim Kit Siang for being there tomorrow. Insyaalah we will win and there will be a new Malaysia soon….

    Reply

  3. 3 AntiNajib Aug 15th, 2008 at 7:11 pm

    Salam DSAI,
    Saya sebagai ahli PAS bagaimanapon tetap berpegang harap kepada DSAI agar dapat menjadi Pemimpin rakyat Malaysia yang dapat memartabatkan Islam di bumi tercinta ini.

    Walaupon saya kurang selesa diatas komen Pemuda PAS terhadap DSAI semalam, harapan ini masih tinggi agar dpt melihat DSAI menjadi PM dalam masa terdekat ini amat dinanti-nantikan.
    Cuma, seperti yang saya utarakan sebelum ini agar DSAI tidak mengkhianati segunung kepercayaan yang telah kami berikan kepada DS.

    Teruskan Perjuanganmu dan Semoga Allah limpahkan berkat keatas DS sekeluarga. Sekian

    GEMPUR PERMATANG PAUH HABIS-HABISAN………………………

    Reply

  4. 4 BAWEAN TERMENUNG Aug 15th, 2008 at 7:20 pm

    semoga perjalanan kebenaran dalam menuju puncak kejayaan akan meninggikan agama kita dalam tindak tanduk. dan hanya akan mengangkat insan insan yang sememangnya berjuang untuk kebenaran dan kesaksamaan insantermenung

    Reply

  5. 5 Crytal Clear Aug 15th, 2008 at 9:37 pm

    Assalammualaikum WBT

    Saya mendoakan DSAI memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Kecil akan datang ini.

    Saya berharap DSAI dapat mencontohi kempimmpinan Rasulullah, yang mana pada zaman Rasulullah pun kaum Arab terdiri dari pelbagai kabilah dan ugama. Ada Yahudi, Nasrani, penyembah berhala, penyembah api dan lain-lain lagi. Rasulullah begitu hebat menyatukan mereka semua. Rasullullah menjaga kebajikan semua tanpa mengira kaum dan ugama.

    Itulah amat penting untuk DSAI mencontohi kepimpinan Rasulullah disamping mendaulatkan Islam, yang bukan Islam juga terpelihara. Ianya akan mewujudkan negara yang aman dan makmur, InsyaAllah.

    Sebagai orang Islam kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.

    Goog luck DSAI.

    Reply

  6. 6 dwen Aug 15th, 2008 at 10:25 pm

    Assalamualaikum…

    HARAPAN agar PAS terus kekal bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Usah dihiraukan dakyah musuh yang memang berniat memporak-perandakan PR.

    Dalam BN sendiri berlaku perselisihan, pergaduhan, rasa tidak puas hati. Malah, UMNO sendiri kucar-kacir, boikot-memboikot. Inikan pula PR yang masih baru..

    Apapun, segala ketidak puas hati dan perselisihan dalam PR biarlah diselesaikan secara rundingan dan penerangan.. Saya yakin, jika PR berjaya memerintah negara, teras pemerintahan akan berlandaskan Islam. Saya juga yakin bahawa pimpinan DAP dan para penyokongnya dapat menerima pendekatan Islam jika diberi penerangan yang betul dan jelas. Yang pasti, kuburkan BN. Pelaksanaan pemerintahan dan hukum-hukum Islam dilaksanakan dengan bijak dan berhemah.

    Ya ALLAH, jauhilah kami dari kekejaman dan kezaliman.. Amin

    Reply

  7. 7 generasiQuranSunnah Aug 15th, 2008 at 10:43 pm

    Assalamualaikum DSAI

    Saya berada jauh dari pematang pauh, tetapi bahang dan kehangatan sampai di tempat saya bermastautin. Saya doakan agar DSAI berjaya dalam pilhanraya kecil ini. Dengan niat yang ikhlas DSAI nescaya Allah akan mudahkan segala urusan dan ALLAH akan memelihara DSAI dari segala unsur-unsur jahat dan khianat. Ingatlah DSAI, doa orang yang dikhianati adalah makbul. Pemimpin agung Hamas Dr.ArRantisi(pediatrician) pernah berkata atas dasar perjuangan semasa hayatnya ” saya tak mahu mati kerana penyakit-penyakit kronik, saya mahu mati di depan helikopter apache..” ,akhirnya beliau mati di depan apache. Atas dasar iman dan kepercayaan kami ,kami akan menyokong orang yang akan menganjurkan amal-amal makruf dan mencecagah kemungkaran sperti DSAI. Perjuangan ini masih panjang yang sudah pasti kami akan meneruskannya.. DSAI pimpinlah kami dan bukalah pintu itu….

    La Haula wala Quata illa biLLAH

    wassallam

    Reply

  8. 8 SPIRITUAL LEADER Aug 15th, 2008 at 10:57 pm

    Jika DSAI jadi PM, Tuan Guru Nik Aziz akan jadi ayahanda spiritual guidance kepada DSAi.Wise old man diam di sisi. tetapi bisikannya berisi hikmah dan saranan bernas.Alangkah bahagianya DSAi jika TGNA sentiasa di sisi. menegur bila perlu. menasihat jika tersilap. mendoakan di malam pekat.

    Reply

  9. 9 hartono hamid Aug 15th, 2008 at 11:05 pm

    Diamanapun Pemilu/pilihan raya Pak Anwar akan menang
    Kami rakyat tahu ketika melihatmu di TV dan Koran
    Kami Tahu semua Rakyat diseberang Indonesia juga senang pak Anwar,begitu juga rakyat Malaysia
    Setelah waktu lama serta panjang Rakyat Malaysia kembali memilihmu di Pematang PAUH, SEGERA sebagai Peminpin di Putra Jaya Nantinya. Amien

    Reply

  10. 10 ken Aug 15th, 2008 at 11:09 pm

    Believe or not, DSAI might loss certain portion of Chinese votes in this coming by-election, i still not sure how much DSAI will loss but i will readjust my forecast from 80% support from Chinese to 70% or even lower if PAS still giving unfavorable comments.

    Reply

  11. 11 man reformasi Aug 15th, 2008 at 11:25 pm

    BAGI PESURUH,PEKERJA,Pak Pacak,Pencacai,budak UMNO/BN ,Jika BN/UMNO bagi wang ambil RM100,200 apa pun nilai, tapi kerja buat tak perlu ikhlas, lebih kurang cukup la, Pasal BN/UMNO kamu semua pun tahu Parti sudah mau mampus, ambil wang banyak-banyak,kerja main-main sahaja, aku pun ada dapat offer dari kawan UMNO (Ketua Pemuda cawangan dari Selangor)pegi ke P Pauh,tapi aku tak da masa mau pergi,sebat wang UMNO/BN tu…(alasan aku pada kawan aku, tapi aku rela terus tak pegi tolong BN ,lagi baguih)

    Kepada Pengundi Permatang Pauh ,BN/UMNO bagi wang lagi banyak, lagi baguih,ambil,ambil,ambil,tapi undi tetap Anwar Ibrahim,(mau minyak turun,harga barang turun maa..)

    Kes Saiful Sumpah tu, ini kes/issue liwat dah tak laku!! Don’t worry,brothers,yang saya bimbang penipuan BN,undi hantu,pos, guna kad pengenalan orang lain dsb…

    Hidup Rakyat

    Reply

  12. 12 Pemerhati politik Aug 15th, 2008 at 11:47 pm

    diharapkan Datuk seri dapat menang besar di pilihanraya kali ini, kami amat memerlukan pemimpin seperti datuk untuk memantapkan kerajaan serta memberi amaran kepada pemimpin BN terutama pemimpin umno agar tidak sombong di parlimen, sentimen perkauman oleh segilintir parlimen umno boleh mengugat keharmonian di negara kita, gunakanlah ISA utk menangkap pemimpin-pemimpin ini jika berkuasa suatu hari

    Reply

  13. 13 storm62 Aug 16th, 2008 at 1:18 am

    this is an order for you dato’ seri,

    1 – must be at Parliment on 27-08-2008
    2 – must convert BN to opposition parti Malaysia baru.
    3 – appoint IGP as prison warden.(vast experience.)
    4 – najis as mongolia ambassador.(love for mongolians.)
    5 – samy as MPPP bersih jalan supervisor.(experience in road building)
    6 – botak as jaga pintu lock-up. (home minister’s work too.)
    7 – berok rembau as zoo keeper. (have good animal behaviour.)
    8 – mat taik as juruwang at Komtar toilet. (like to carry cash ma.)
    9 – saifol as mating officer at Jabatan Haiwan.
    10- pak lah as night security guard.(zzzzz expert)
    11- big fat mama as Dondang Sayang dancer.( experience – not bad)
    12- shafee as karpal singh’s coffee boy.(lawyer juga)
    13- toyol as penjaga penyapu Majlis Penbandaran.(good experience)
    14- bung mokhtar as sign language tutor for Orangutan in Sabah.(expert)

    Yang lain2 UMNO goons akan dihantar ke Court of Justice Malaysia headed by YAM RPK.

    Dato’ Seri Anwar Ibrahim,pls bring back the smile on the Rakyat’s face again.

    Reply

  14. 14 man reformasi Aug 16th, 2008 at 3:16 am

    DSAI,Sumpah Saifool tu, dont worry brother,just do your plan job and schedule….

    Good Luck,
    May Allah Bless You

    Reply

  15. 15 kamilanajwa Aug 16th, 2008 at 9:36 am

    salam ukhwah untuk semua..
    moga kemenangan di pihak kita..
    mngkin hati sy tergugat sedikit slepas saiful angkat sumpah
    tp hanya Allah yang tahu..sehingga DSAI blm dibuktikan bersalah
    sy tetap di pihak DSAI.moga yang terbaik akn segera menjalma(x semestinya kemenangan itu yg terbaik..)
    anyway,good luck..allah sentiasa bersama org yg benar

    Reply

  16. 16 topguy Aug 16th, 2008 at 10:52 am

    SAYA SOKONG STORM62.JATUHKAN UMNO SEBELUM TERLAMBAT.

    Reply

  17. 17 rockers Aug 16th, 2008 at 5:56 pm

    MUGA-MUGA PAKATAN INI KEKAL SELAMANYA. AMIN.

    Reply

  18. 18 Wan Ismail Aug 16th, 2008 at 9:03 pm

    Salam untuk DSAI and family. Lawan tetap Lawan, menang tetap menang. Don’t worry about saifool, main drama saja. All the best to you.

    Reply

  19. 19 Wan Ismail Aug 27th, 2008 at 7:37 pm

    Salam untuk DSAI and family, congratulation, well done. Looking forward to see you at Putra Jaya, as PM.

    Reply

  1. 1 RINGKASAN SUMBER MAKLUMAT & BERITA TERKINI PILIHANRAYA KECIL P44 PARLIMEN PERMATANG PAUH « B e r t a m @ d u n Pingback on Aug 15th, 2008 at 8:47 pm

Leave a Reply




fish_curry: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
57 seconds ago
fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
6 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
8 minutes ago
imanusman: @anwaribrahim @GorisMustaqim dan saya ikutan di mention pula oleh pak Anwar. Terima kasih. Kang Goris hebat pisan euy!
13 minutes ago
philyong: @anwaribrahim tidur awal YB! the rakyat needs you!
13 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners