Saudara-saudara semua dialu-alukan untuk datang beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan terhadap calon pilihanraya Parlimen Permatang Pauh (P44), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada proses penamaan calon yang dijadualkan pada hari Sabtu (16 Ogos 2008) pada jam 8.00 pagi di Maktab Tuanku Bainun, Penanti.
Turut mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim esok ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin Pakatan Rakyat.
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) – Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat menghargai komitmen PAS untuk terus bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya sebentar tadi.
Ucapan Dasar Presiden PAS bertajuk ‘PAS Untuk Semua’ disampaikan beliau bersempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 54 di Stadium Indera Mulia, dekat sini.
“Ustaz Hadi menyampaikan ucapan yang bernas,” kata Anwar yang pertama kali hadir ke Muktamar PAS, dalam respons eksklusifnya kepada Harakahdaily sejurus selepas Muktamar ditangguhkan tengahari tadi.
| Masa | Program | DUN | Tempat | Contact Person |
| 0800 | Hari Penamaan Calon (DSAI dan seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat) |
Penanti | Maktab Tuanku Bainun | |
| 1325 | Solat Zohor | |||
| 1640 | Solat Asar | |||
| 1700 | Jamuan Hi Tea bersama masyarakat India (YB Mike, YB Raveen, DS Anwar Ibrahim) |
Seberang Jaya | Kampong Bagan Serai | YB Mike 016 265 9511 |
| 1933 | Solat Maghrib | Seberang Jaya | Surau Taman Pauh Indah | |
| 2000 | Walk – about (DSAI dan Jentera Seberang Jaya) |
Seberang Jaya | Pasar Malam Taman Pauh Indah | |
| 2100 | Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Cina (YB Tian Chua, YB Dr. Lee Boon Chye, DSAI) |
Penanti | Padang Bola, Kampung Baru,Sungai Lembu | |
| 2200 | Ceramah Merdekakan Negara ( DS Anwar Ibrahim, YB Presiden PAS dan Dr. Tan Yee Kew, DS Wan Azizah) |
Permatang Pasir | Depan Klinik Penawar, Taman Cermai Pekan Permatang Pauh |

Aug 14, 08 5:57pm
But Anwar Ibrahim said the fear of him coming to power was not shared by other senior police officers in this first of a two-part interview with
Malaysiakini: You keep on saying ‘September 16, September 16′, but a lot of people think you are bluffing. Are you bluffing?
Anwar Ibrahim: I would say that people were doubtful when we said we were able to seriously challenge the ruling government on March 8. Nobody generally – which includes Malaysiakini – thought that we (could win) control of five states.
It is good that people have cautioned me with ‘you’re a bit too optimistic’, but I am privy to many discussions that I cannot share for now. Based on that, I have ample reasons to suggest that – although we have been derailed somewhat because of all these episodes – we can make it.
You know, contrary to many of my friends in Pakatan (Rakyat) or the media, those in the ruling establishment, including the IGP (inspector-general of police) and his coterie of loyal clique, must be convinced, otherwise they wouldn’t be desperate to go on this move. They are convinced that we’re going to make it, so they have to make sure that I am stopped at all costs.
Kebelakangan ini saya sedikit sibuk dengan persiapan kempen dan penamaan calon menjelang 16 Ogos ini. Capek dibuatnya! Tapi perjuangan perlu terus.
Sempat juga saya ikuti perkembangan Sukan Olimpik di Beijing dalam kesibukan yang menghambat waktu senggang sebegini. Saya tumpang gembira dengan kemaraan pemain badminton negara, Lee Chong Wei ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Sonny Dwi Koncoro. Gangsa sudah di genggaman, harap terus diperam menjadi emas.
Meskipun sedikit kecewa dengan kekalahan Wong Mew Choo dan beregu Kien Kiat-Boon Heong semalam, sokongan dan dorongan perlu terus diberikan kepada Chong Wei agar beliau menghasilkan emas pertama buat negara di persada Olimpik.
Arena sukan kita kian lama suram di pentas antarabangsa, ayuh gemerlapkan kembali!
ANWAR IBRAHIM


















