Ikhtiar, strategi, usaha gigih - semuanya perlu ditingkatkan! Namun kita harus terus bermunajat kepada Allah Azzawajalla. Maka giatkan amal, doa dan solat hajat.
Pagi tadi di perkarangan An-Nahdhah Penanti, sahabat kami Ustaz Mutalib memimpin bacaan Yasin dan solat hajat. Saya terkesan sekali dengan tazkirah singkatnya, termasuk menimba pengajaran dari seorang alim yang memilih mendidik, mengherdik dan mendera putera raja. Sang putera merasa dianiayai lantas menaruh dendam terhadap gurunya.
Arakian, sang putera ditabal sebagai Raja. Si alim dititah mengadap dan disergah mengapa didera tanpa alasan? Gurunya menjawab dengan tenang bahawa demikianlah latihan sebaiknya buat raja agar merasakan perasaan orang yang derita akibat dizalimi dan harus melaksanakan keadilan.
Ustaz Mutalib meminta saya bersabar dengan penderaan, fitnah dan kezaliman yang dilalui bagi melayakkan diri memikul beban besar nanti, inshaallah. Dan semoga kezaliman dihindari. Wallahu’alam.
ANWAR IBRAHIM






wah datuk seri.pagi2 pon masih berblog.
pengorbanan DSAI amatlah besar.bg kami rakyat m’sia dan keluarga datuk seri skali.
sy btol2 terharu kerana adenye DSAI bertepatan dgn keadaan MSIA skrng.bukn semua org snggup buat ape yg DSAI buat ini.
maaf sy xpandai berbicara,tp slamat maju jaya ya.dan jgn skali2 putus asa.
heh.
Assalammualaikum WBT
Semoga DSAI tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah gantikan penderitaan yang DSAI lalui dengan seribu kebaikan.
Saya juga berharap agar pasukan peguam DSAI dapat mengheret Najib ke Mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes ini sebab terlalu banyak keraguan dari kenyataan yang Najib buat di media. Bertambah tak logik kenapa orang yang dituduh melakukan liwat suka sama suka jumpa Timbalan Perdana Menteri.
Semoga video-video Najib beri kenyataan pada media dapat membantu pasukan peguam DSAI.
Semoga kemenangan di pihak DSAI.
im a Hardcore supporter of Datuk Seri Anwar Ibrahim
Salam buat DSAI dan keluarga.
Selamat Hari Lahir saya ucapkan semuga hari hari mendatang akan diberi rahmat dan petunjuk dari Allah swt. Dalam perjuangan ini yang tentunya sangat getir buat DSAI sekeluarga saya tumpang bangga DS dan keluarga khususnya DSWA yang pasti akan terbilang pengorbanannya. Alhamdulillah DS masih berdiri teguh mendukung agenda rakyat.
Saya cuma ingin berpesan dalam kita bergelut dengan tingkah arus yang mendatang sama-sama lah kita seluruh aktivis reformasi selalu sedar akan prinsip perjuangan dan banyakkan istighfar agar kita sentiasa mendapat perlindungan dan diberi kekuatan iman.
Salam DS.., salam buat semua aktivis reformasi dari saya sekeluarga.
Dato Seri perlu banyakkan bersabar.
Kuatkan semangat!
Saya percaya semangat Dato Seri tidak akan luntur walau sedikit!
Ingat Dato Seri, selagi masih HIDUP perjuangan tidak akan selesai!
Memikul tanggunjawab sebagai pemimpin lebih banyak bebannya kelak!
Saya percaya, pengalaman lampau banyak memberi pengajaran kepada Dato Seri supaya lebih berhati-hati dalam setiap langkah yang dilakukan. Setiap langkah perjalanan memerlukan strategi yang berkesan. Didalam hidup, kita hendaklah bijak mengatur strategi, sesunguhnya musuh juga akan cuba mengatur pelbagai strategi jahat lagi hina untuk kepentingannya
Semoga dilindungi Allah S.w.T
SAYA tetap menyokong.
Diharap suatu hari kita akan bertemu.
Segelintir pihak yang mengatakan bahawa ia tidak bermoral bagi membentuk kerajaan berdasarkan bilangan MP yang menyeberang. Apa yang ingin saya ketengahkan disini berdasarkan pandangan peribadi saya, ia lebih tidak bermoral dan beretika sama sekali jika kerajaan yang penuh dengan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, zalim dibiarkan berkuasa.
Sungguh memalukan, kenyataan tersebut ada juga dikeluarkan dari otak manusia yang kononnya seorang intelektual.
Sungguh memalukan.
Semoga hati, otak dan matanya terbuka seluas-luasnya dan lihatlah sekeliling dan nilailah sendiri.
Jika masih buta, entahlah.
WILL YOU PLEASE DONT JUST TALK WHAT WE NEED IS ACTION<<WE ARE TIRED WITH ALL THIS DRAMA,,,,,SHUT UUUUP!!!!!!!
PENANTIAN SATU PENYEKSAAN…
MOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN SEMUA.. MASA KAN TIBA JUA..
MOGA SEMPAT KU LIHAT PERUBAHAN DI HAYAT YANG SINGKAT INI.. BAHAWA YANG BENAR AKAN TETAP MENANG JUA AKHIRNYA..
Raja harus sifat berwaspada setiap masa.Jangan ada MUSUH masuk kedalam selimut..Istana berkunci baik.Penderitaan Raja hanya sementara,arakian sahaya jelata
yang menerima padahnya.
Salam DSAI,
Saya berasa amat terkilan dengan penganjuran FORUM oleh Majlis Peguam dan amat-amat terkilan apabila membaca beberapa catatan oleh pengunjung blog malaysiatoday berkaitan dengan FORUM berkenaan. Sebagai seorang Islam saya berpendapat FORUM berkenaan tidak patut diadakan terutamanya semasa kita sedang meningkatkan usaha bagi memperkukuhkan perpaduan di Malaysia kerana sudah tentu ianya akan menyentuh perasaan umat Islam dinegara ini. Isu ini sudah tentu akan digunakan oleh pemimpin UMNO bagi mengalih perhatian rakyat daripada isu kemerosotan ekonomi negara dan kenaikan harga minyak. Maka tidak hairanlah Ketua Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan glamour beliau - Jangan mencabar kesabaran orang Islam dan orang Melayu. Memang benar kita mengamalkan hak kebebasan beragama namun tidak manis sekiranya penganut agama lain membincangkan tentang isu sensitif yang berkaitan dengan Islam kerana dikhuatiri akan ada perkara yang akan disalah tafsir. Ini adalah kerana pengamalan agama Islam tidak boleh dibincangkan sekadar menggunakan rasional semata-mata. Begitu juga adalah tidak manis sekiranya orang Islam secara terbuka membincangkan isu sensitif agama lain. Jadi perkara ini perlu ditangani dengan sewajarnya dan tindakan tegas perlu diambil bagi mereka yang terbabit didalam program yang membincangkan isu-isu keagamaan agama lain yang boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni. Jika perlu dibincangkan biarlah golongan ‘alim-ulamak’ daripada agama-agama yang terbabit duduk berbincang kerana mereka adalah orang yang lebih arif dan faham tentang perkara ini. Perkara ini timbul adalah disebabkan oleh kelemahan PM didalam memastikan bahawa rakyat betul-betul faham dan menghormati hak kebebasan beragama. Cara pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz perlu dicontohi dimana hubungan yang akrab ditunjukkan diantara pemimpin negeri dengan pendokong agama Buddha di Kelantan.
Setiap individu di negara ini perlulah memahami dan menghormati agama orang lain. Sekiranya ingin memberi komen tentang agama oarang lain maka perlu betul-betul faham. Saya tertarik dengan catatan seorang pengunjung blog didalam blog malaysiatoday dimana beliau (pencatat tidak mengamalkan apa-apa agama), memuji kebebasan beragama yang diamalkan di Australia. Menurut beliau sahabatnya yang merupakan seorang Indian Muslim telah berkahwin dengan seorang wanita beragama Katolik dan wanita berkenaan tidak perlu masuk Islam. Inilah yang dikatakan pemikiran dangkal yang mana beliau tidak betul2 faham dengan hukum agama Islam dan membuat satu kenyataan yang amat salah kerana bagi melangsung perkahwinan didalam Islam kedua-dua pasangan perlulah beragama Islam. Inilah yang dikhuatiri akan berlaku sekiranya orang yang tidak arif membincangkan isu-isu sedemikian. Dan pengajaran daripada cerita tersebut adalah peranan pemimpin negara bagi memartabatkan agama Islam sebagai agama cara hidup dan bukan hanya agama diatas sijil kelahiran ataupun kad pengenalan sahaja seperti mana yang sedang berlaku pada masa kini yang mana ramai remaja Islam yang hanya suka berhibur sahaja dan tidak mengamalkan cara hidup Islam sebenar. Pemimpin perlu menonjolkan diri sebagai pemimpin Islam yang sejati seperti Tuan Guru Nik Aziz. Pemimpin negara pada masa kini hanya pandai berkata-kata sahaja tetapi tidak menzahirkannya kerana mana mungkin dapat menjadi pemimpin Islam sebenar sekiranya tuntutan asas Islam tidak dilaksanakan seperti menutup aurat.
To permatang Pauh voter,Please support DSAI.If Najib,EZAM,KJ and all Be End comes to you,do nothing…But If umno leader give you money,take it and when the times has arrived to vote,
Vote for KeADILan….From Bandar Tasik Selatan,KL.
kezaliman dan penindahan sudah lama menjadi barah dalam politik malaysia…yang berkuasa terus berkuasa menncipta gelombang penipuan di depan mata rakyat…saya berharap DSAI meberi “Harapan Baru Untuk Malaysia” menghasilkan perisai untuk rakyat dilindungi nanti…
Berdirilah untuk pemimpin yang BENAR…Wallahu’alam
DSAI,
I am disappointed (losing all hope) with BN government. Badawi evidently losing his mind and losing touch of the rakyat. We know our future generation will label Badawi as the most impotent PM in Malaysian history. Badawi mental dullness ought to be taught as one of the syllabus in “Sejarah Tahun Lima Sekolah Rendah”. BN / UMNO impairing the quality of our young generation. Down with BN / UMNO. WE cannot afford to lose diminishing years with UMNO. You have our support DSAI. Go….to Putrajaya, you ve our support.
pemimpin yang baik pemimpin yang berjiwa rakyat, salah satu contoh adalah umar abdul aziz. Saya berharap DSAI menjadikan beliu sebagai teladan. Kita bangsa yang lemah. Umat melayu di mlaysia ini masih belum lagi berjaya. kita berdoa bersama agar negara kita diberkati oleh Tuhan yang maha esa.
DSAI,kami mendoakan perjuangan kita .
Salam DSAI.
Apa yang dipaparkan melalui tulisan ini amat baik untuk dijadikan pengajaran.
Sebagai seorang cacat, mewakili seluruh OKU lain, amatlah diharapkan agar pembelaan sewajarnya terhadap golongan cacat dilaksanakan kelak.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada para pejuang yang ingin mencari redha Nya.
Wasalam.
Salam buat pahlawan ku.. DSAI,
Mungkinkah dia TDM? Maaf maafan.. semuga membawa berkat. Buang yang keruh ambil yang jernih. Sesungguhnya Allah lagi maha mengetahui. Ada hikmah disebalik nya. Di harapkan DSAI mengerti apa yang tersirat.
Yang ikhlas,
zakhir@yahoo.com
Pengakuan Dari Musuh Nombor Satu
Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang yang paling dihormati dan dipercayai oleh seluruh anggota masyarakat Quraisyh, baik sebelum dirinya diutus menjadi Rasul mahupun sesudahnya. Sebelum baginda diutus menjadi Rasul lagi, baginda telah memperoleh gelaran “Al-Amin” yang bererti orang yang dipercayai. Baginda memperoleh gelaran itu tidak lain kerana peribadinya yang indah serta budi pekertinya yang mulia lagi terpuji. Anehnya baginda bukan sahaja dianggap orang yang paling benar oleh para sahabat dan pengikutnya tetapi juga oleh musuh-musuh baginda termasuk Abu Jahal Bin Hisyam, musuh Islam nombor satu dan juga musuh baginda Rasulullah s.a.w.
Pernah suatu ketika datang seorang sahabat Abu Jahal bertanya kepadanya: “Ya Abu Hakam, di sini tidak ada orang lain yang akan dapat mendengar perbualan kita selain engkau dan aku. Maka itu aku ingin tahu dari mulutmu sendiri, apakah Muhammad itu seorang yang benar atau pendusta?”. Betapa terkejutnya lelaki itu apabila Abu Jahal menjawab pertanyaannya itu dengan pantas dan spontan: “Demi Tuhan! Sesungguhnya Muhammad itu seorang yang benar dan ia tidak pernah berbohong sama sekali.”
Demikian anehnya, satu-satunya kejadian dalam dunia ini seorang musuh ketat terang-terang tanpa teragak-agak lagi mengakui bahawa lawannya itu seorang yang benar. Ini satu-satunya keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w., baginda dianggap benar sekalipun oleh musuh-mushnya yang paling ketat sekali.
Saya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk DS serta keluarga.
Walaupun dah berusia 61 tahun, DS masih dianugerahkan Allah kekuatan untuk meneruskan
perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Yang pastinya demi menuntut
Keadilan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Moga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan suci ini.
Permatang Pauh menjadi medan terbaik untuk menghancurkan UMNO dan BN.
Pengundi Permatang Pauh; undi anda untuk DSAI sangat berharga.
uweeeekk!!!!Geli aku baca. Perasan nak jadi Raja..
motherfucker r prokxy amerika!!!!
Motherfucker r proxy amerika!
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allah Maha Besar, Moga Allah membantu kita mencapai kemenangan. Semoga DSAI tabah dan tidak lupa kepahitan yang dialami sekarang, agar bila berjaya kelak, InsyaAllah, kita akan mengecapi kedamaian dan keadilan yang telah dirampas sejak berkurun lamanya.
Assalamualaikum Ayah Anwar,
Nice story dan ianya memang ada kaitan dengan DSAI.
DSAI,
HIDUPMU PENUH ONAK DAN DURI,
WALAUPUN TINGGAL DI MAHLIGAI IDAMAN,
NAMUN DIRIMU TETAP MEMILIH KEHIDUPAN YANG SUKAR,
HANYA UNTUK MEMBELA NASIB RAKYAT, AGAMA DAAN NEGARA,
SUKARNYA HIDUPMU MEMANG TIADA SIAPA YANG DAPAT TAFSIRKAN,
WALAUPUN DIRIMU, ISTERIMU SERTA ANAK2mu CUBA UNTUK MENGUNGKAIKAN,
NAMUN IANYA HANYA DAPAT DITAFSIRKAN OLEH ALLAH S.W.T.,
KERANA APA,
KESUSAHAN HIDUPMU ITU,
ALLAH ANUGERAHKAN SERIBU KEBAHAGIAAN,
YANG TANPA DIRIMU, ISTERIMU DAN KELUARGAMU SEDARI,
LIHATLAH, PANDANGLAH DI SELURUH DUNIA,
NAMAMU GAH INDAH DI JULANG,
DIRIMU YANG KERDIL ITU DISOKONG OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN DUNIA,
PEMIMPIN YANG BUKANNYA DARIPADA KALANGAN ULAMA’ DAN NEGARA ISLAM,
NAMUN PEMIMPIN BARAT JUGA MENYOKONG PERJUANGANMU,
ITULAH BALASAN ALLAH DI AtAS KEIKHLASANMU,
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA ADIL LAGI BIJAKSANA,
SECUBIT KESUSAHAN DIANUGERAHI ALLAH DENGAN SEGUNUNG KEBAHAGIAAN,
NAMUN SEBAGAI HAMBA ALLAH,
KITA JARANG MENYEDARINYA,
INGATLAH DSAI,
ALLAH BERSAMA DENGAN PEJUANG-PEJUANG YANG IKHLAS,
PEJUANG YANG INGIN MENEGAKKAN AGAMANYA DI MUKA BUMI INI,
SEMOGA ALLAH SENANTIASA MERAHMATI DIRIMU,
SEHINGGA MENJADI SALAH SEORANG PARA ANBIA,
YANG SYAHID DI JALAN ALLAH.
Sekian, terima kasih.
“SESUNGGUHNYA, ALLAH MAHA ADIL KEPADA HAMBA-HAMBANYA”
- Anakmu, Anak Reformasi.
Permatang Pauh Voters decide for Nation? - Appeal by Nostradamus.
Pengundi Permatang Pauh tentukan untuk Negara? – Rayuan oleh Nostradamus.
1. Voters of Permatang Pauh will vote come 26 August 2008. Who to vote for and What to vote for?
Pengundi-pengundi Permatang Pauh akan undi menjelang 26 Ogos 2008. Mengundi Siapa and mengundi untuk Apa?
2. 50 Questions to test your Conscience at http://www.patek1472.wordpress.com
50 Soalan untuk menguji Suara Hati anda di http://www.patek1472.wordpress.com
salam DSAI,
anda di dera….. masakan anda didera… lantas kerana itu dato ingin membakar kelambu agar setiap inci rumah hangus berkecai……??????? itukah di fikiran Dato…???? gerangan apa Dato ini….? ingatlah DSAI, orang melayu diambang perpecahan… bangsa lain memang ingin melihat melayu lemah di tanah air sendiri… mereka ingin melihat kita seperti melukut di tepi gantang….
ingin saya bertanya… siapakah gerangan yang bakal dinobatkan sekiranya diizinkan Allah DSAI menjadi PM Malaysia???? akan ku tentang habis-habisan jikalau DSAI melantik kaum pendatang..????? ingin melihat malaysia menjadi seperti singapura? mengapa terjadi sedemikian rupa? adakah kerana dendam? pangkat? harta?
DSAI….. pikir-pikirlah sendiri…
Salam DSAI,
Alhamdulillah…DS selalu saja dalam keadaan di rahmati ALAAH..Insha Allah..Ameennn.Begitu lah seandainye Allah ingin meningkatkan darjat sesaorang.Bersabar dalam menghadapi liku2 cobaan adalah yang terbaik dalam menuju kepimpinan agar tak mudah melatah apabila kite sudah menjadi pengetua negara.Sekadar ingin mengingati,pemimpin adalah cenderung untuk kepentingan rakyat tapi pengusaha adalah cenderung buat rakyat untuk kepentingan dirinye seperti pemimpin2 BN skrg.Sayang mungkin mereka hanye mewah dimata tapi hakikat nye negara masih jauh ketinggalan di banding dengan negara2 maju.Semoga DSAI dan keluarga apabila menjadi pemimpin kelak,harus lah bersandarkan ISLAM yang shumul agar semua bangsa Insha Allah menjadi aman di dalam payung DSAI.
sekian salam takzim dan selamat hari lahir moga2 Allah bersama mu disetiap saat..Ameennn
Spore 11/8
Hidup Anwar… Hidup Anwar…
salam
pemimpin yang hebat akan menerima cabaran yang hebat!
Pakatan Rakyat telah mempunyai nama yang menunjukkan kesepakatan barisan parti-parti pembangkang. Saya masih lagi menanti satu lambang yang menunjukkan keseriusan dan kejujuran parti-parti gabungan ini. Mungkin tidak sempat untuk ditonjolkan dalam pilihanraya di permatang pauh ini. Diharapkan Pakatan Rakyat dapat menyediakan satu lambang yang menjadi satu identiti pakatan ini yang akan digunakan pada mana-mana pilihanraya selepas ini.
salam DSAI n Bloogers,
SELAMAT ULANG TAHUN KE 61 DS….semoga ALLAH SWT panjangkan umur DS dan memmakbulkan impian DS dan rakyat amnya….A L L A H H U A K B A R
p/s : sepjg kempen DS nnt, bg tahu tindakan2 yg bakal diambil kpd pak2 menteri yg korup,tentu rakyat nak tahu, pasai rakyat dh meluat kat depa ni..
salam hormat ayahnda,
Apa pun, nama ayahnda sudah sebaris dgn tokoh pejuang rakyat seperti Dr. Burhanuddin Al Helmy, Pak Sako, Ahmad Boestamam dan ramai lagi..
Ikon pejuang rakyat akan ttp subur mewangi…
ayahnda semoga terus tabah dalam menghadapi, dugaan ujian…Amin.
Saya sentaias mengikuti artikel2 Datuk. Malangnya, setiap artikel tidak menyentuh masalah2 yang dihadapai oleh rakyat di masa kini. Semuanya menjurus kepada kepentingan pencapaian politik Datuk. Bukankah ini merupakan satu perbuatan yang mementingkan agenda sendiri? Apakah nasib rakyat yang memilih untuk mengecapi perubahan kerajaan? Adakah hasrat itu akan terkubur begitu? Adakah rakyat akan menikmati keharmonian dan kebebasan? Sekarang ini banyak persoalan telah timbul akibat tindakan ahli parlimen Kulim, Zulkifli Nordin dan aktiviti2 anggota PAS yang kian rakus mengadakan protes2 untuk perkara2 yang remeh(misalannya konsert). Islam dijadikan alat permainan untuk menutup suara sesetengah rakyat di Malaysia. Jangan hancurkan harapan rakyat! Penyokong PR yang kesal!
saudara-saudara sekalian…
Saya ingin saudara2 mengenang kembali zaman kepimpinan zaman khalifah dulu.
1) Saidina Abu Bakar As Sidiq
2) Tak PASTI.
3) Saidina Uthman Affan
4) Saidina Ali
Kemudian saudara2 bandingkan dengan 4 org PM kita di m’sia.
Zaman Pak Lah mirip pada zaman saidina uthman. Pada yg terjadi pada zaman itu sama sprti skrang.
Zaman Saidina Ali adalah zaman pemerintahan akan dtg.
KESIMPULANNYA : belajar dari sejarah,Ini kerana keadaan dulu telah berulang semula cuma situasi dan keadaan saja yg berbeza.
HIDUP DSAI semoga sihat dan cepat2 menjadi PM kita.
Kagum dengan kehadiran yang begitu ramai di an-nadhah. Penyampaian ustaz mutalib begitu menarik. bersama-sama kita doakan kesejahteraan umat Islam dan bangsa Malaysia. Turut mendoakan agar DSAI terus diberikan kekuatan dalam perjuangan
DSAI,
Sebagai rakyat biasa,saya merasa khuatir jika kedua-dua Si Alim dan Putera Raja sama-sama membuat kejahatan dan maksiat tetapi tidak bertaubat dan masih cuba untuk menutupnya dengan imej Alim dan Putera Raja dan mencari kesalahan orang lain.Hanya Allah yang akan membalas kejahatan buruk yang kedua-dua telah lakukan.
Balik cina Slogan
This shouldnt happen at all at the forum. The worse thing is from Pakatan rakyat led the demo at the forum and shouted BALIK CINA. Im sad and dissapointed. I received a lot of call and ask me still want to coutinue support pakatan? before this yes but now i need to think twice. I felt no different from BN. TAKE NOTE
Assalamu’alaikum w.b.t dan salam sejahtera ;)
Semoga keselamatan dan kesejahteraan sentiasa bersama DSAI dan keluarga..amiinn..
To : Harry Potter=Motherfucker r proxy amerika!= ni lah contoh agen2 amerika..jelas dan nyata melalui perkataannya..
To : keturunan ngah, ermm kau ni sudah tentu muslim kan ? Ni aku nak tanya ni apa peranan kau dlm mencegah kemungkaran yg UMNO/UnMoral tu buat ? Cegah dgn tangan ? Cegah dgn mulut atau dgn hati ? Bagi tau aku mana satu ? Apa yg Umno buat utk org Melayu banyak merugikan org Melayu sendiri!! Ni satu ingatan ikhlas dr aku..pastikan kau termasuk dlm tiga tu kategori..kalau tak.. ndak tau lah mau cakap apa ;)
Salam DSAI. Moga Allah memberkati usia DSAI yg ke 61 ini. Dalam usia sebegini Rasulullah SAW telah mencapai klimak kepemimpinan baginda, kerana baginda wafat pada usia 63 tahun. Namun bagi DSAI usia 61 adalah merupakan permulaan perjuangan DSAI bagi membebaskan Malaysia dari cengkaman penjajahan “ala-baru” selepas kemenangan kita membebaskan diri dari penjajahan kolonial British. Sesunguhnya agenda “Membangun Bersama Malaysia Baru” ini satu yang berat tetapi amat murni. 50 tahun lebih kita telah melalui, merasai, dan mengalami corak pemerintahan BN. Rakyat telah memahami bagaimana bentuk pemerintahannya. Sekarang tiba masa untuk DSAI membuat reform!
Inilah yang amat mencabar. Tanggal 16 dan 26 Ogos adalah tarikh keramat buat Malaysia. Dan DSAI adalah pemimpin yg terlibat dlm penentuan ini. Jika menang, bagaimanakan bentuk pemerintahan Malaysia pada 50 tahun akan datang! Bagaimana DSAI nak bawa Malaysia dlm tempoh masa tersebut? Orang-orang terdahulu telah melaksanakan tanggungjawab mereka, mengikut kemampuan mereka.. menghadapi persekitaran di zaman mereka. DSAI juga pasti akan menghadapi persekitaran masa kini dan akan datang yang lebih mencabar..sangat mencabar. Dulu “Ketuanan Melayu” dilihat sebagai “penaung” rakyat. Kini…. nampaknya berbeza… kita sudah mendengar “Ketuanan Rakyat”… Bagaimana kedudukan Raja-Raja Melayu apabila berhadapan dengan “Ketuanan Rakyat”. Bagaimana kedudukan Agama Islam bila berhadapan dgn isu-isu “Liberalisasi Beragama”.. Cabaran memulihkan kedudukan Ekonomi negara…. cabaran berhadapan dengan isu-isu hak “Bumiputera”… peluang rakyat memiliki ekonomi dan pendidikan tinggi… dan macam-macam lagi.. yg sesungguhnya DSAI lebih arif.
Justru DSAI. Beban kepemimpinan masa kini dan akan datang sungguh berat! Sesungguhnya pendekatan DSAI perlu ada “Collective Responsibility”, “Participative Government”, “Administrative By Shura”,.. dan mendekati “Tauhidiq Paradigm”…
Kami doakan kemenangan DSAI yang juga merupakan kemenangan “Ketuanan Rakyat” pada tanggal 26 Ogos nanti. InsyaAllah rakyat tertunggu-tunggu untuk melihat dan melaksanakan perubahan besar nanti bersama-sama DSAI! Ya Allah perkenankanlah permohonan dan cita-cita kami ini!
Hajji - 11.08.08
Salam DSAI,
Apakah saudara merestui tindakan Zulkifli Noordin ? Apakah pendirian saudara tentang tindakan ganas para perusuh forum. Apakah perbedaan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional kalau apa yang kita buat cuma membawa kita balik ke jalan yang sama 50 puluh tahun yang dulu. Kemanakah arah tuju Malaysia seterusnya. Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku, apakah gunanya kalau saudar dapat ke Putrajaya tetapi yang tersisir masih tersisir tanpa tujuan.
Ramai pemimpin lupa diri. Penderitaan orang bawahan dipandang sepi.
Termasuklah Tan Sri Abd Khalid menolak cadangan PBT untuk membina gerai sebagai usaha membantu orang miskin atas alasan PBT untung hanya RM2000 sebulan.
PBT di oreintasikan sebagai ’service’ kpd masyarakat.
BUKAN untuk buat keuntungan….
INSAFLAH TAN SRI ABD KHALID….BERGURULAH SEMULA…..
c4… yang tak pasti tu saidina UMAR AL-KHATTAB… pemimpin yg paling tegas. sekadar pengetahuan. peace
Hmm nak komen sikit kepada beberapa pemberi komen di atas.
Kepada MALAYSIAN,
Saudara fikir nak buat perubahan dalam pemerintahan negara ni macam nak tiup belon ke? Kesabaran amat penting untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan semasa proses mendapatkan kejayaan. Tiada makna jika terburu-buru bila hendak sampai kemuncak tergelincir ke bawah semula.
Kepada geli dan Harry Potter,
Kesian tengok anda kena refresh tiap saat blog DSAI ni semata-mata nak beri komen bodoh.
Kepada keturunan ngah,
Kau dengan Melayu kau saja yang ada dalam Malaysia ni. Jika kau Melayu Islam baik bertaubat cepat-cepat. Islam tidak mengajar pada perkauman. Saudara sepatutnya ingat hampir 51 tahun Malaysia Merdeka. Generasi yang ada di Malaysia adalah anak-anak yang lahir di Malaysia bukannya pendatang lagi. Dengan kenyataan saudara sedemikian secara langsung melibatkan anak-anak Melayu-Jawa, Melayu-India, Melayu-Arab dan lain-lain yang induknya berasal dari seberang yang juga pendatang pada masa dulu.
Kepada Scorpion,
Jika benar anda mengikuti blog DSAI ini, sepatutnya anda sudah meneliti kenyataan-kenyataan DSAI yang menerangkan masalah-masalah rakyat malah disertakan dengan jalan penyelesaiannya. Rasanya tidak perlu diulang-ulang kerana bimbang rakyat bosan dan tidak terkesan lagi dengan kenyataan seperti itu. Tulis banyak salah tidak tulis pun salah. Entahlah.
Kepada DSAI,
Sejarah terbukti menerangkan tentang onak dan duri seorang pemimpin ulung sebelum mendapat satu-satu kejayaan. Diharap DASI dikurniakan Tuhan dengan kekuatan mental dan fizikal serta ketenangan dan kecekalan menghadapi cabaran ini. Aroma Putrajaya semakin dekat. Ya Allah, bukakan jalan kepada kebenaran. Amin!
May god bless you with good health. Hope Dato Seri could speed up to become our next PM.
Gegarnya Permatang Pauh bagaikan lautan api
Diharungi Panglima Reformasi yang sejati
61 tahun sudah Dato Seri kecapi
Doakan Dato Seri menjadi Perdana Menteri
Ramai memanda menteri tak sedap hati dan mimpi ngeri
Ramai rakyat jelata bergembira bebas dari bencana
Dengar Tun Mahathir akan berhijrah keluar negeri
Alang-alang berhijrah eloklah berhijrah keluar dunia
Ayoh! Ganyang Barisan Nasional di Permatang Pauh!
what is your take on Kulim MP protest and action during Bar Council Forum on Conversion? I repect their right to protest but why all those abuse and threat being throw out? Keadilan suppose to be a multi racial party which do not represent any race or religion but representing Malaysian. I’m very dissapointed with Kulim MP actions and regretted putting my vote to PR during the last election as it seems like PR=BN! I should have given a spoilt vote… I wanted to register my strongest protest on PKR Kulim MP action, thx!
Harry Potter
Aug 11th, 2008 at 8:49 am
Harry Potter <– dia ni lahir dari perut dajal.
Wei orang UMNO yang visit blog ni. Bila lah masanya korang nak tunjukkan yang korang ni cerdik atau setidak-tidaknya berusaha untuk jadi cerdik. Dah terang lagi bersuluh!
Bukan lah cerita ustaz tu berkias yang DSAI nak jadi raja. Pengajarannya, seseorang pemimpin yang baik perlulah menjalani pelbagai dugaan dan cabaran agar bila suatu hari kelak beliau menjadi pemimpin beliau boleh terus menjadi ‘humble’ dan selalu ingat akan kezaliman dan penderitaan yang beliau pernah alami agar tidak mengulangi perkara kezaliman kepada orang lain.
Itulah anugerah Allah. Allah maha mengetahui.
Jadi kalau tak cerdik….belajar. Kalau tak pandai…..membaca…..kalau tak sedar…..dengar. Kalau tak tahu ……bertanya. Kalau tak nak juga perubaha ke arah kebaikan ….takdapek den menolong……!
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selain kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”
salam Dato Sri
Saya mencadangkan kepada dato Sri, mencadangkan KM YB Lim agar mengadakan cuti umum
pada negeri PP pada hari membuang Undi 26/8/08. kalau menang bolasepak piala malaysia boleh bagi cuti umum, apakah lagi PRK ini bagi halfday pun jadi le…
Saudara keturunan ngah,
kami menyokong DSAI bukan sokong membabi buta, kami sokong kerana DSAI seorang pemimpin yang berkelibar yg mampu memacu ekonomi Negara kita dengan lebih baik. Seorang pemimpin yg mampu menaikan imej Malaysia di arena antarabangsa, seorang pemimpin yg mampu menyatupadukan rakyat yg berbilang kaum.DSAI juga seorang pakar ekonomi pernah menjadi menteri keewangan terbaik asia.
Pernahkah DSAI didakwa rasuah berupa wang ringgit dan harta? bandingkanlah harta DSAI mantan TPM dengan harta dan rumah menteri menteri yg sewaktu dengannya.kalau DSAI nak harta, tak payah bersusah payah melawan TDM ikut saja dan jadi PM. Sokonglah Pakatan. Kita dah rasai bagaimana BN memerintah selama 50 tahun. sekarang masanya TUUUKAR.
Salam Dato Seri , Di doakan Dato Seri terus diberikan kekuatan dan mendapat keberkatan dalam segala aktiviti harian.
Kepada Rakyat Malaysia , dalam apa jua keadaan yang penting adalah diri kita. JANGAN HARAP KEADAAN BERTAMBAH BAIK , TETAPI KITA MESTI MENJADI LEBIH BAIK … Ramai orang mengharapkan keadaan menjadi baik dan sebagainya tetapi sebagai diri sendiri kita masih belum bersiap dan berusaha untuk menjadikan diri kita semakin hari semakin baik , semakin berilmu dan semakin matang. Jadi nantinya apabila keadaan bertambah baik , maka orang-orang yang sering meningkatkan kualiti diri inilah yang akan terus menambah kekuatan sesuatu keadaan itu ….
Bagi orang MELAYU teruskan membina kekuatan dan kesedaran umat agar terus mencintai ilmu , menimba pengalaman seluas-luasnya. Kita boleh sama-sama naik dengan mana-mana bangsa sekali pun jika kita terus hebat dengan keilmuan dunia dan akhirat , kemahiran tertinggi dan dengan tindakan yang matang. Saya tidak lihat Melayu berpecah kecuali dalam UMNO sahaja , tetapi kita yang hidup dalam pelbagai kelompok bangsa , harus memainkan peranan untuk meningkatkan kualiti diri kita sendiri seiring dengan hasrat menuju negara bangsa yang berdaulat. MELAYU tidak akan terpinggir JIKA SETIAP ORANG INDIVIDU melayu itu terus menguatkan kecintaan terhadap ilmu , kemahiran ,kuat semangat dan tidak berputus asa, tidak berhenti belajar dan sama-sama naik dengan bangsa lain.
Semoga dengan SEMANGAT PERJUANGAN Dato Sri Anwar Ibrahim ini dapat terus membangunkan KESEDARAN BANGSA baik Melayu , Cina , India dan lain-lain atas soal kecintaan terhadap ILMU , kemahiran dan kematangan dalam semangat perjuangan , PASTI Malaysia akan menjadi negara yang unggul dan hebat. Bukan lagi lahirnya bangsa-bangsa yang pemalas , sempit fiiran , hanya menadah tangan untuk subsidi dan bantuan kerajaan semata-mata tetapi KITA SEMUA mampu menjadi BANGSA yang MANDIRI , BERILMU , KUAT SEMANGAT , KREATIF , BIJAK MENYAMBUT dan MEMBUKA PELUANG kearah kebaikan. Di samping bagi orang Melayu Muslim terus ditanamkan ROH Tauhid yang kuat , beriman kepada ALLAH dan hiduplah kita didunia ini saling Hormat Menghormati satu sama lain. Biarkanlah Orang-orang UMNO yang sempit fikiran dan disempitkan dengan kekuasaan dan wang merempat di bumi sendiri , Kita orang Melayu Islam yang sedar , kita perlu sama-sama bersaing secara sihat dan menempatkan diri sama hebat dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia mahupun di DUNIA INI. ILMU , IMAN dan AMAL .. InsyaALLAH ke Arah Malaysia Sejahtera…
Salam Perjuangan
Salam DSAI,
Saya amat terharu apabila mendengar sendiri akan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hj Mutalib Maarof itu. Suatu tazkirah yang pendek,namun amat bertepatan dan relevan untuk direnungi.
Semoga DSAI akan sentiasa mengingatinya,terutamanya apabila akan menjadi pemimpin nanti.
Pangkat,kebesaran,kuasa dan harta kadangkala akan membuatkan manusia lupa diri.
Semoga DSAI dan keluarga selamat sejahtera selalu.Selamat Hari Jadi ke 61. Usia yang wajar untuk seorang PM.wassalam.
salam sejahtera untuk DSA seisi keluarga…
aku bukan org alim…warak….atau lebai..
aku tak skolah tinggi…lulus tingkatan lima aje…
tapi orang bodoh & haprak mcm aku..DENGAN YAKIN DAN PENUH PECAYA,tak masuk akal tuduhan liwat!org UMNO dah tak de idea lain ke???nampak sngat BANGANG nye..dan lagi satu DSA, aku nak habaq kat hang…aku respect kat mahathir…awat hang tau?? sebab sekurang2nya dia ada pendirian…tak macam pelawak2 hipokrit seperti;
1) Zahid Hamidi
2) Roslan Kassim
3) Chandra Muzafar
4) Ezam ( Cari makan…)
mcm ni la..aku papa kedana, tak dak duit nak tlg pejuangan PKR dlm menegak kan keadilan…cuma…aku dok ada p.a system….kalau DSA nak guna, habaq mai kat saya no….
ALLAHUAKBAR!!!!Allah akan bersama mu DSA
Sky…orang yang menyalak “balik cina” tu anda kenal ker? yang tiba2 kata from pakatan rakyat. Dangkal sungguh pemikiran anda.
Dave…rasa saya Saudara Zulkifli datang berhimpun bukan atas tiket parti tetapi atas dasar seorang yang menganuti ISLAM.
for Bar Council member bayangkan jika orang islam berforum pasal agama anda. Adakah anda akan diam?
Dear DSAI,
It is with a great deal of disquiet that we read what was written by Zulkifli Nordin in his blog. He is from PKR. He is an MP. He is a lawyer - presumably a learned man. Yet he has behaved in such an uncouth manner that it is unbelievable- it sends shivers down the spines of the non-Malays/non-Muslims. Do his views as copied below represent the views of PKR? Is this what we non-Malays and Non-Muslims have to look forward to should you one day lead this nation?
The non-Malays and non-Muslims have been asked to understand Islam and Malays. Believe me, many of us do and keep trying to gain better understanding. But is it reciprocated by the Malays/Muslims - do they try to understand the non-Malays and non-Muslims? Is it OK for Zulkifli to be “biadap” in all the words and phrases used in the write-up copied below - whereas seemingly we can’t question and challenge within our legal and democratic rights?
Kindly enlighten Malaysians DSAI - this is a crucial time for you in the run-up to the by-elections. We Malaysians need to know if PKR stands by what Zulkifli has said and done!
PERTURBED
ZULKIFLI NORDIN SAYS:
Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam & bangsa Melayu. Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala.
Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia. Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia. Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu.
Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat keputusan bahawa persoalan murtad dan convert adalah dibawah bidangkuasa mutlak Mahkamah Syariah. Malahan Mahkamah Persekutuan memperjelaskan bahawa persoalan murtad/convert hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut undang-undang Islam.
Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dibuat setelah menafsir Artikel 121A dan Artikel 11 Perlembagaan. Malahan kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan hujah.
Tindak-tanduk Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.
Sebagai badan Peguam, sepatutnya mereka lebih arif menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Mempertikaikan keputusan Mahkamah bererti menghina Mahkamah.
Saya melihat tindakan Majlis Peguam memperkudakan kes Shamala & Subashini sebagai bahan seminar adalah jalan pintu belakang untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah. Lebih serius daripada itu, tindakan mengadakan seminar ini jelas menghina Islam.
Saya menyeru pembentang kertas kerja beragama Islam supaya menarik diri daripada menyertai seminar tersebut. Saya juga meminta para peguam Muslim supaya kita segera membuka mata mempertahankan Islam. Mungkin sudah tiba masanya kita peguam Islam berusaha mengambil alih Majlis Peguam. Bulan Oktober ini adalah bulan pemilihan ahli Majlis Peruam. Kita harus mengatur strategi yang jelas. Saya cabar peguam-peguam Islam supaya menyatakan pendirian kita dengan jelas.
Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam. Kesabaran umat Islam ada batasnya. Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah. Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.
Tetapi ingatlah disana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu.
Saya menyeru kepada umat Islam supaya bersatulah kita di atas tali ALLAH. Ketepikan sentimen politik sempit dan rakus. Pertahankan maruan agama kita. Dan marilah kita buktikan kesatuan ummah kita dengan turun dalam Himpunan Umat di hadapan bangunan Majlis Peguam pada pagi Sabtu 9 Ogos di Lebuh Pasar Besar, KL (sebelah Pasar Seni/Bank Pertanian). Mari kita adakan perhimpunan aman dihadapan Majlis Peguam sekiranya mereka berkeras mahu meneruskan seminar biadap tersebut.
Let us be counted by ALLAH. Islam is under attack..Islam needs you..buktikan kecintaan kita kepada Islam. Turun ramai-ramai pada masa & tarikh yang disebut diatas.
ALLAH hu akbar..
I hope we do not end up from the square one again by supporting PR. Otherwise we have to see another 51 years of changes in vain.
Salam,
Setuju dengan tazkirah ustad Mutalib.
Pemimpin adil dihormati.
Pemimpin zalim dihumban.
Semoga Datuk Seri berjaya di Permatang Pauh.
http://www.kerajaanrakyat.com/
to “malaysian”
DSAI is taking an action now,yang melaung laungkan hak rakyat,siapa? yang pegi lapor pasal salah guna kuasa pembesar2, siapa? lapor rasuah, siapa? yang mintak minyak di turunkan, siapa?
nak betanding di permatang pauh against BN, siapa? whatever perancangan yang di buat mesti ikut step by step, so that hasil nya akan membanggakan. DSAI know what he is doing. by the way yang you sibuk dgn take action, take action ni….you ada suggestion ke??
to “geli”:
DSAI bukan nye perasan nak jadi RAJA. dia cuma menceritakan TAZKIRAH yang di sampaikan Ustaz Mutalib..nampak nya ko ni tak paham moral of the story yang Ustaz Mutalib sampaikan. by the way, stop with your ‘uwekkk thing’…mengandong ke..???
to “harry potter”:
apa yang kau merepek ni belalang….
to DSAI n DSWA:
as always….you are the BEST among the REST :)
anak kedah no 10.
U jangan terperangkap dengan agenda agenda UMNO yang dibawa terus kepada rakyat jelata dalam peristiwa dengan Majlis Peguam . Ini semua adalah usaha UMNO untuk meheret rakyat kelembah pertelagahan agama dan menolak rakyat kejurang perkauman yang kudus keatas rakyat. disaat orang melayu menolak UMNO mereka sedaya upaya meniupkan angin pertelagahan yang dikira silap haribulan mainan mereka akan menjadikan malaysia sebagai bosia timur. sori bosonia timur.
suis last UMNO hannya bergantung kepada isu agama dan kaum, jika agenda ini terbenkalai atau gagal UMNO pasti tumbang buat selama lamanya. ini amat mengerunkan UMNO jika melayu masih buat dono aja dalam isu yang di warwarkan oleh UMNO maka ini satu simtum yang jelas UMNO akan rebah buat selama lamanya.
Who ever you are,stop calling yourself “malaysian”,if you dont seem to understand him.You neither understand his talks nor his actions.Could you please SHUT UP! and get lost.
HARRY POTTER. no 20.
UMNO adalah PROKXY Amirika dia lah yang benarkan kapal induk US belabuh di Pelabuhan Kelang malaysia telah melangar “zoffan” untuk asia tengara.
UMNO bukan sahaja melangar perjanjian asian bahkan melangar hak rakyat negara ini UMNO main langar aja .
As’walaikum- A very happy birthday to you datuksri.It’s quite remarkable to see you continue with your routines despite all those slander being thrown at you. My one wish is to see you continue interacting with the masses after being the PM. Life is so fragile - the distance between life and death is just a breath away
WARKAH BUAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Assalamu’alaikum WBT…
Ke hadapan Dato’ Seri yang dihormati, semoga Dato’ Seri sentiasa berada dalam keadaan sihat wal’afiat hendaknya. Sentiasa berteduh di bawah naungan dan lembayung kekuasaanNYA. Bersama kita berdoa agar diberikan kekuatan dan kesihatan dalam meneruskan agenda perjuangan yang belum selesai ini.
Nama saya Raj, dan saya merupakan seorang warga negara Malaysia yang dicintai ini semenjak 17 November 1983 yang lalu, dan itu menunjukkan bahawa saya baru @ muda lagi dalam segala hal yang berkaitan dengan kenegaraan ini. Berbanding Dato’ Seri, siapalah saya… Namun dalam kementahan ini saya juga tidak pernah melepaskan peluang untuk BERSAMA-SAMA dengan warga negara Malaysia yang lainnya dalam segala hal terutamanya perihal perjalanan politik Malaysia yang semakin lama semakin mendebarkan ini. Saya suka dengan tarikh 16 September itu sejak di bangku sekolah lagi. Bagi saya, itulah tarikh keramat kelahiran Malaysia yang kita semua cintai ini (……….benarkah???).
Namun perkembangan terbaru berkenaan wajah-wajah serta peristiwa yang sudah, sedang dan akan berlaku ini sedikit banyak agak meresahkan, bukan saja pada saya, malahan saya yakin ramai sahabat dan saudara senegara saya yang agak terganggu olehnya.
Justeru, berdasarkan hak yang telah dimartabatkan dalam Perlembagaan Negara Malaysia, izinkan saya MENITIPKAN BEBERAPA PERKARA YANG PENTING (sekurang-kurangnya SAYA anggap ianya penting) khas buat tatapan Dato’ Seri…
1. USAHA PENGAMBILALIHAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENJELANG 16 SEPTEMBER
Tarikh ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia khasnya, masyarakat dunia amnya, oleh kerana tarikh ini digembar-gemburkan oleh massa sebagai tarikh perubahan kepimpinan negara kepada yang lebih mementingkan rakyat. Syabas buat Dato’ Seri yang berjaya memartabatkan semula tarikh keramat 16 September ini.
Namun, persoalan saya sebagai seorang warga negara Malaysia, kenapa perlu kami diheret sama dalam pementasan teater kepimpinan ini?! Kadang-kadang kami merasakan seperti sedang menonton filem, yang mana kita semua tahu, yang dinamakan filem itu adalah sebuah karya yang digarap khas untuk mempersembahkan sebuah jalan cerita yang sememangnya telah dirancang awal kesudahannya melalui penulisan skrip dan imaginasi pengarahnya.
Justeru, dalam cerita ini, siapa pengarah dan penulis skripnya? Apa nasib kami sebagai pelakon-pelakon tambahan ini?
Justeru, kenapa kami dibiarkan temangu-mangu, tertanya-tanya sesama kami, tentang apa KESUDAHAN SEBENAR filem ini?
Apa yang pasti, menontonnya adalah suatu KETERPAKSAAN bagi saya…!
2. CAMPURTANGAN KUASA ASING DALAM HAL DALAMAN NEGARA
Saya ingin memetik perkataan “campurtangan” yang seringkali menerjah minda adik-adik, anak-anak, bahkan guru-guru yang mengajar subjek Sejarah di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara. Perkataan itu sering menatijahkan sesuatu yang “tidak baik”, dan itu pasti!
Apa pula kaitan perkataan “campurtangan” itu dengan Dato’ Seri?
Percayalah wahai Dato’ Seri yang dihormati, bahawasanya, kami rakyat Malaysia, sangat mendambakan komen (kenyataan rasmi) daripada Dato’ Seri yang sekaligus boleh menidakkan, menghapus, serta menghambat keluar perkataan “campurtangan” itu dari bumi Malaysia ini!!!
SIAPA AMERIKA SYARIKAT?!
KAMI TIDAK MENGHARAPKAN BANTUAN DAN SIMPATI DARIPADA MEREKA! (kalau-kalau Dato’ Seri risau kehilangan sokongan wang ataupun moral daripada negara luar, kami ingin Dato’ Seri tahu, kami boleh memberinya! Kita boleh bangun bersama tanpa MEREKA!)…
Mohon Dato’ Seri sanggup susah bersama kami…
3. BUKTI-BUKTI YANG BAKAL MENYABITKAN KESALAHAN BEBERAPA INDIVIDU
Saya ingat lagi, terlalu banyak kebetulan yang berlaku. Pada masa Dato’ Seri diselubungi tuduhan dan konspirasi liwat episod 2, timbul akuan bersumpah Bala. Sepertinya bukti-bukti yang disebutkan di atas memang ada dan dalam pengetahuan Dato’ Seri. Tapi kenapa ia dijadikan seolah-olah senjata serangan balas kepada individu-individu tertentu?
Kenapa sering saja kedengaran bisikan-bisikan “harus tunggu masa yang sesuai”, “belum masanya”, “masanya akan tiba”, kenapa perlu buat kenyataan “saya ada bukti kukuh berkenaan kes si polan bin si polan”, dan pelbagai kenyataan-kenyataan lainnya…???
Tidak dapatkah dan tidak patutkah dikeluarkan segala bukti yang ada sejurus selepas mengetahuinya?
Rakyat berhak ke atas semua itu. Jangan rampas hak rakyat yang satu itu. Kami miskin. Jangan miskinkan kami lagi.
4. PENGANJURAN FORUM MEMELUK ISLAM OLEH MAJLIS PEGUAM
Sebelum ini Dato’ Seri pernah membuat kenyataan berkenaannya dengan menegaskan bahawa forum itu boleh dianjurkan asal saja ianya dijalankan di sebuah tempat yang tertutup bagi mengelakkan ketegangan.
Sedar atau tidak, forum tersebut telah membuktikan bahawa orang Islam (Melayu) tidak suka agamanya diperlekehkan!
Kami memohon untuk Dato’ Seri membuat satu kenyataan rasmi berkenaannya untuk menjadi satu pegangan untuk kami terus berdiri di belakang Dato’ Seri…
Menyentuh pula berkenaan pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh, saya rasa Dato’ Seri perlu mengembalikan rasa hormat dan memahami kalangan pengundi Islam dan Melayu di sana dengan membuat kenyataan berkenaan “KEGHAIRAHAN” Majlis Peguam itu…
Akhir kata, kami amat mengharap perubahan kepimpinan negara dengan Dato’ Seri sebagai Perintisnya…
Sampaikan salam saya kepada Dato’ Seri Wan Azizah, YB Nurul Izzah dan semua ahli keluarga Dato’ Seri… Terima kasih. (and happy birthday…)
Hormat daripada,
Raj @ Laxmana
Tahniah Buat DSAI,smuger Panjang umur,dalam perlindungan Allah selalu.
Note.
DSAI,Azmin,dan Nik kalau tak bole datang ,apa salahnya hantar wakil,kami menunggu,w/pun kami tahu,smue nya sibuk dgn berbagai bagai isu.
Kepada Pengundi Permatang Pauh, undilah DSAI. Undilah demi masa depan negara yang cerah jika DSAI memimpin. Jangan kecewakan rakyat. Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia. Semoga Allah memberkati hidup kamu sekalian yg mengundi DSAI. AMIN
Bismillah hirrahma nirrahim,
Mungkin ramai dah lupakan tragedi “SAUK” 10 tahun dulu..
..sebenarnya satu kisah berprofil tinggi yang mana “tok dalang”nya sekarang tengah sibuk cuba memainkan satu cerita baru… tujuannya supaya kita semua leka dengan kisah “Bar Council” atau mungkin satu kisah yang lebih seram dari tragedi “SAUK” akan keluar tayangannya di kemudian hari..dalam kita dok leka dengan telenovela baru ni… tup-tup hakim keluarkan perintah mahkamah, “Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat sayfool dan dihantar ke Istana Hinggap Sungai Buloh untuk tempoh 6 tahun”. Zulkifli Noordin, janganlah mudah melatah dengan usikan kaum Be End tu..
HIDUP DSAI… JANGAN PEDULI APA ORANG LAIN NAK CAKAP… TERUSKAN USAHA KE PUTRAJAYA… DSAI ADALAH PERDANA MENTERI YANG KITA NANTI-NANTIKAN… HIDUP DSAI… PARA PENGUNDI DI PERMATANG PAUH… UNDILAH DENGAN BIJAK…
DSAI,
Sebagai menyambung ulasan saya dan menghadapi Pilihanraya Kecil P044.
Setelah melihat sendiri bagaimana UMNO memainkan isu - KURANGNYA SUARA ISLAM/MELAYU dalam Kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang di DUN PP, saya berkeyakinan isu ini akan dimainkan sekali lagi secara meluas dan emosinal - demi untuk menarik pengundi Islam/Melayu. Sepintas lalu, apa yang wujud sekarang ini ada kebenarannya. Di DUN, % kerusi Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:-
DAP - 65.5 %
PKR - 31.0 %
PAS - 3.4 %.
Dalam Kerajaan pula, Exco , termasuk kerusi Speaker dan Timbalan Speaker adalah spt dibawah:-
DAP - 65.5 %
PKR - 31.0 %
PAS - 0.0 %.
Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa PAS sewajarnya diberikan 1 kerusi Exco.Melihat akan kemampuan YB Utz Tn.Haji Hamdan Abdul Rahman berhujah di dalam DUN mempertahankan Kerajaan PR, saya berharap benar DSAI akan berbuat sesuatu supaya perkara ini diperbetulkan sebelum hari pengundian - 26 Ogos 2008. Apatah lagi Dato’Seri Hj Azizan Razak ,MB Kedah telah bersedia memberikan 1 kerusi Ecxo kepada DAP di DUN Kedah.
Seandainya YB Tuan Lim Guan Eng,KM P Pinang dapat melaksanakannya, ini adalah suatu yang amat ditunggu-tunggu oleh pengundi-pengundi Islam/Melayu di P044 -Parlimen Permatang Pauh. Saya rasa DSAI mampu untuk merealisasikan nya !
Diharapkan UMNO/BN tidak akan lagi dapat memainkan isu ini.Wassalam
HIDU DSAI…
Salam..
usaha, tawakal, dan doa…Dsai…
doa kami hanya untuk kebenaran…
satu cadangan…anjurkan sesi qiamullail dan munajat kpd allah pagi pilihan raya kecil tu…kumpulkan puluhan ribu dalam satu jemaah…
sesungguhnya, segala kuasa di tangan-Nya…
Slamat petang Inche’ Proksi US, eh silap, Kroni Neokon
Wuih nak jadik PM no… Kira nya inche’ nih nak emulate tokoh terkenal cam Alexander Soltzenitsyn ar nih. Masuk penjara pastu wat triumphant return la nih. Xkan xdak safe seat lain yang Inche’ Proksi US, eh silap, Kroni Neokon boleh bertanding? Cian kat Pakar Mata Merangkap Politikus Picisan Merangkap Long-suffering Faithful Wife tu. X bley ar lagik claim elaun YB, hihihihihi…
Memandangkan Inche’ Proksi US, eh silap, Kroni Neokon nih memperjuangkan “Ketuanan Rakyat” (skali lagi nak gelak), buleh mintak tulong x? Che’ nih berkenan sangat nak dapatkan autograf si Michel Camdessus tu. X kenai? Ala yg dok jadik kepala IMF dulu tu. Takkan Inche’ Proksi US, eh silap, Kroni Neokon lupa kot? Dulu siap bertepuk bertampar masa Inche’ Proksi US, eh silap, Kroni Neokon jadik orang nombor 2 dalam Kerajaan BN eh silap, UMNO, eh silap lagi, RasuahKronismeNepotismeTahApaApaIsme dulu. Yalah, masa tu dok tengah teruja sangat nak jadik NUMBER ONE. Takkan request kechik lagu tuh tak bleh nak setel? Tulong no…
SAYA DAN RAKAN2 AKAN TURUN KE PERMATANG PAUH UTK BERKEMPEN..
salam
buat DSAI Sekeluarga..
Semoga ALLAH berkati pejuangan anda..
tabahkan hati anda untuk tempuhi ranjau onak duri..
kami PEMUDA PAS KAWASAN SIK akan mendoakan perjuangan anda..
Sama2 kita leburkan impian BN DIPERMATANG PAUH PADA 26HB NNT..
INSYAALLAH
assalamualaikum dsai..
bagaimanakah dato sri membahagi2 kan masa memandagkan saya rasa jadual dato’ sri amatlah padat–
Forum tu direncanakan oleh orang sana tu untuk mengkucarkacirkan perpaduan rakyat yang kian erat untuk menentang kezaliman .Mereka guna taktik ini kerana mereka tau isu ini amat sensitif dan pasti akan berjaya memecahbelahkan perpaduan. Dan sebenarnya mereka telahpun berjaya meracuni fikiran pelbagai kaum.Orang Melayu terasa terancam ketuanannya ,Orang Cina dan India terasa sakit hati dihina.
Sampai bilakah kita boleh diperalatkan dan dimanupulasikan begini oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawab? Sampai bilakah kita akan asyik terasa was was dan berdendam sesama rakyat ?
Ingat tak peristiwa 13 Mei? Siapakah yang telah mulakannya ?Kenapakah ia telah dimulakn? Cuba cari jawapannya dengan jujur dan ikhlas. Dan pada masa rusuhan itu berlaku masih terdapat antara kaum yang telah tolong menolong sesama sendiri.
Kita harus tinggalkan perasaan shakwasangka buruk terhadap satu sama lain.
Malaysia telah lama dikenali sebagai sebuah negara yang berbilang kaum .Cina Melayu India dah lama amalkan hidup dengan toleransi dan hormat menghormati. Apabila seseorang melayu rasa sakit orang Cina dan India di malaysia juga merasa sskitnya. begitu juga sebaliknya.Kerana kita adalah satu bangsa walaupun agama, budaya , bahasa dan rupa kita berbeza.
Lihatlah Anwar sebagai contohnya. Pada tahun 1998 apabila anwar kena tuduh dan ditahan, ramai melayu telah yakin anwar bersalah( saya dengar sendiri dari kawan kawan saya) tetapi ramai orang cina dan india telah menyedari bahawa anwar telah dianiaya dan mereka juga telah berjuang bersama sama orang melayu untuk menuntut keadilan bagi anwar.
Masa itu Cina dan India tidak rasa pun anwar itu orang melayu dan dia tidak perlu di
perdulikan oleh orang cina dan india.
Tian chuah telah sanggup duduk di hadapan roller dan telah mencabar polis dalam menuntut keadilan pada masa itu .Adakah masa itu dia rasa anwar itu orang melayu atau anwar itu audara senegara yang memerlukan pembelaannya? Tidakkah itu menunjukkan sebenarnya di malaysia sudah lama wujud persefahaman dan kemesraan antara kaum.
Kita mesti sedar isu isu yang dibangkitkan oleh segelintir orang tertentu ini sebenarnya bermotifkan kepentingan politik semata mata dan berniat jahat untuk menghancurkan negara.
saya nasihatkan rakyat malaysia agar bersabar dan tenang .Walau apapun berlaku kita jangan mudah melatah dan bertindak melulu kerana syakwasangka yang disemaikan oleh orang yang tidak bertanggungjawab .
Dear DSAI,
When things go wrong as they sometimes will
When the road you’re trudging seems all uphill
When the morale is low and the stakes are high
And you want to smile but you’ve to sigh
When care is pressing you down a bit
Rest if you must, but don’t you quit
Life is queer with its twists and turns
As everyone of us somestimes learns
And many a fellow turns about
When he might have won had he stuck it out
Don’t give up though the pace seems slow
You may succeed with another blow
Often the goal is nearer than it seems to a faint and faltering man
Often the struggler has given up when he might have captured the Victor’s Cup
And he learned too late when the night came down
How close he was to the Golden Crown
Success is failure turned inside out -
The silver tint of the clouds of doubt
And you never can tell how close you are
It may be near when it seems afar
So stick to your fight when you’re hardest hit
It is when things seem worst that YOU MUSN’T QUIT !
Happy Birthday DSAI belatedly !
Salam Dato’Seri,
Saya amat tersentuh dengan pengorbanan Datin Seri Wan Azizah dan puteri sulung Datuk Seri, Nurrul Izzah, yang terjun ke dalam kancah politik,semata-mata,saya rasa atas dasar pembelaan di atas kekejaman yang dilakukan ke atas Dato’ Seri.Naluri perempuan dan keibuan saya merasakan kepedihan yang mereka tanggung demi menebus maruah dan integriti seorang suami dan bapa.Dengan kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan Dato’Seri menentang kezaliman,saya iringi doa agar DS beroleh kejayaan.InsyaAllah
Aku rasa cukup pelik dengan segelintir MELAYU yang sibuk menyalahkan DSAI. apakah yang tak betulnya pada DSAI??? adakah kerana perpecahan kaum MELAYU???
MELAYU ni berpecah kerana apa??? boleh jawap tak???
MELAYU berpecah disebabkan KEZALIMAN yang dikenakan kepada DSAI pada 1998/99.
habis tu. dimana salahnya??? adakah salah DSAI??
kalau soalan ini boleh dijawap secara rasional. dah mudah kesimpulannya.
1) kenapa DSAI dizalimi?? cuba tanya dgn Tun M. TUN M ada buat kenyataan yang beliau tahan DSAI dan letak dalam tahanan. apa salah DSAI. tak ada salah apa apa.
2) salahkah kita apabila kita menyokong DSAI yang dizalimi???
ataupun kita tentang DSAI walaupun kita tahu DSAI dianiaya orang lain???
jadi ni yang sibuk sibuk pasal ketuanan MELAYU. ketuanan MELAYU apa ini??? pelik rasanya???
pada aku, tak kisahlah siapa pun jadi pemimpin asalkan pemimpin itu tahu mana yang betul dan mana yang salah.
kalau dah tahu benda yang salah, buat apa nak sokong?? dah salah, kita tentanglahhh..
kalau benda betul tentulah kita sokong, takkan pula kita nak tentang.. ada otak, ada akal dikurniakan ALLAH gunakanlah sebaik baik nya…
jadi fikirkan mana satu yang harus dipilih. cuba pilih yang mana satu anda sokong dibawah ini:-
1) Pemimpin MELAYU yang memperjuangkan suku sakat dan kroni. rakyat terbanyak terabai.
2) Pemimpin MELAYU yang memperjuangkan dan membela seluruh rakyat di MALAYSIA ini.
ada otak gunalah sendiri??? jangan jadi bodoh…
Salam DSAI,
Sebagai sebahagian komuniti Permatang Pauh perasaan dan semangat membuak-buak memang tak dapat saya gambarkan lagi. Tahniah buat DSAI atas kesudian memilih utk bertanding di tanah tumpah sendiri. Telah lama kami rindukan jasa pengorbanan DSAI di tanah air sendiri khususnya dan amnya utk sekalian rakyat M’sia. Merujuk pada komen saya sebelum ini, rata-rata kami sebagai penduduk Permatang Pauh amat berbangga dan berbesar hati diatas keputusan DSAI..Makcik2 dan Pakcik telah kembali tersenyum lebar..semngat mereka tidak perlu saya gambarkan lagi. Kerisauan atas kepulangan DSAI telah terjawab…kini kami hanya menanti hari bersejarah itu. Biarlah sebatang pensil menjadi penentu segalanya. Akan kami pastikan kemenangan DSAI walau siapa pun tandinganya. Derita sebagai rakyat marhain telah kami rasai. Kini sudah tiba masanya kami merasai manisnya perjuangan ini.
Aku pejuang kerdil,
BSA
Assalamualaikum w.b.t
Selamat Ulangtahun ke-61 DSAI…
kami akan tetap teguh berdiri menyokongmu walau peluru dr krjaan Be end dilepaskan bertubi-tubi dr pelbagai sudut…DSAI umpama di medan perang berdepan dgn keganasan dan kezaliman oleh yg tak berperikemanusiaan…
Syabas DSAI ,Semoga panjang umur dah tabah menghadapi dugaan.
Kami tahu pihak yang benar.
Kuatkan semangat,kebenaran akan menjelma jua
saudara2 sekalian..saya lihat ramai juga dlm blog ni yg tdak pro kpd DSAI.
Tak pe ini perkembangan sihat ada pro dan kontranya.Saya juga sebanarnya,dulu tidak menyokong mana2 pihak,tetapi keadaan ini berubah apabila bermulanya DEBAT dlm t.v hari tu.
Perkara 1 yg saya lihat ketokohan dan kesungguhan DSAI benar terserlah berbanding lwan tuan pda masa itu yg jelas tidak menjwp soaln dan menggunakan fakta yg berbelit ASYIK cakap benda yg sama.
Tambah kuat lagi bila DEBAT itu tidak diulang tayang,DITAYANG sekali saja pada mlm itu.Esoknya dlm surat khabar tidk PULA menjadi tajuk berita,tetaPi lebih kpd penangkapan saudara DSAI.Saya pada mulanya tidak faham juga apa yg didebatkan tetapi apabila saya menonton DEBAT itu berulang2 barulah saya faham APA yg DSAI nak smpai.Sya bersetuju dgn pendpt DSAI 100%.Kesimpulanya: saya memilih pemimpin yg betul layak dan jujur.Kalau DSAI tidak jujur sdah semestinya akan ditentang juga.
HIDUP DSAI semoga SIHAT dan cepat2 menjadi PM kita.
SALAM.
BUAT C4!
KHALIFAH KEDUA SELEPAS ABU BAKAR ADALAH SAIDINA UMAR AL KHATTAB!! PEMIMPIN YANG TERSOHOR BERANI DAN PANGLIMA YANG GAGAH!!
KALAU ITUPUN SAUDARA LUPA, TAK USAHLAH NAK DIBANDINGKAN KHALIFAH DENGAN PM MALAYSIA NI, JAUH PANGGANG DARI API, LANSUNG TAK ADA PERSAMAANNYA!!
KALAU SEKARANG INI DIIBARATKAN SEPERTI ZAMAN UTHMAN AL AFFAN, MACAM LANGIT DENGAN BUMI BEZANYA!!
UTHMAN ADALAH DIANTARA KHALIFAH YG PALING CEMERLANG SELAIN UMAR BIN ABD AZIZ.
DAN SEKIRANYA PEMERINTAHAN DSAI NANTI DIIBARATKAN SEPERTI ZAMAN PEMERINTAHAN SAIDINA ALI, HURU HARALAH JAWAPNYA. KERANA BERAKHIRNYA PEMERINTAHAN KHULAFAQ AR RASYIDDIN ADALAH KERANA KELEMAHAN PIMPINAN ALI!!
JADI C4, DALAMILAH DULU SEJARAH ISLAM DENGAN TERPERINCI SEBELUM MEMBUAT SPEKULASI!!
JANGAN KEBODOHAN KITA DIKONGSI DENGAN ORANG LAIN!!
SALAM UKHWAH DARI KAWE!!
Datuk Seri
Selamat menyambut hari lahir yang ke 61, semoga Allah panjangkan umur Datuk Seri hingga tidak nyanyuk sebagaimana doa Nabi kekasih Allah. Saya dan keluarga doakan kita semua berada dalam rahmatNya.
10 ogos adalah tarikh keramat juga bagi saya kerana tarikh itulah tarikh ulang tahun perkahwinan kami. Saya akan abadikannya sampai bila-bila Teringan saya meihat Datuk Seri menjadi pemimpin No 1 satu dalam negara. Reformasi tahun 1998 saya juga pendokongnya hingga kini….Insyaallah kemengangan itu bersama yang haq…..
Salam Dato’ Seri
I don’t know every time I read your blog.. My tears will be dropped unconsciously. I just can’t hold it since 1998-1999. I was only 18 when it occurred. Now, I am 28 going to 29. I can’t erase what they had done to you. It happened to you but I strongly get so barmy about it. I don’t think I can go thru’ this great obstacles. I salute you on that Dato’ Seri. I don’t care and I don’t even know about you unlike today…Your are not in my recognition before hand, I don’t even care about what had happened surround me or even about you. Ever since the malicious accusation being thrown to you.. My innocent mind about politics was awakening. Without my conscious I was able to think well than before. As a Sarawakian I honestly feel being tainted in so many ways… Why the allowance for Sarawakian who is working in Peninsular is way too low compare to the peninsular who works in Sarawak or Sabah…??? I don’t think I am the only one who agrees with this…. I believe that.. WHY???WHY???WHY???
Yes, we have the so called Peninsular Allowance.. but it is still too low for a person like us working in a big city like KL. Why is the Semenanjung people get higher compare to us. And there are many more which I hardly say here. Where is justice for Sarawakian & Sabahan? Aren’t we the states which contribute more in term of economy for Malaysia. Due to this political situation…. I just feel like telling the rest of Sarawakian to agree with my suggestion to step out from Malaysia and form our own country… Just like Brunei…
I extremely believe… if you are in the throne… you’ll fix it up… fix the unjust…
saudara SKY
Saya bagi pihak DSAI ingin meminta maaf atas apa yg berlaku.
Banyak org bnyak ragam,itulah yg berlaku.
Saudara jgn risau saya pasti DSAI tdak ADA sikap perkauman dlm pertadbirannya.
Tidak ada cina,ekonomi tidak maju itu KENYATAAN, tidak ada INDIA ekonomi pun tidak juga maju itu JUGA KENYATAAN.
Kita hidup dlm masyarakat MAJMUK saya faham sensitiviti saudara. Bagi PIHAK DSAI SEKALI LAGI kami MINTA MAAF.
HIDUP DSAI semoga SIHAT selalu dan cepat2 menjadi PM kita.
Assalamu’alaikum warahmatu’Llahi Wabarakatuuh. DSAI, selamat menyambut ulangtahun kelahiranmu yang ke 61 (ikut kiraan masehi). Jika mengikut takwim Hijriyah, DSAI dilahirkan pada 23hb Ramadhan 1366. Justeru, DSAI akan genap berusia 63 tahun pada 23hb Ramadhan 1429 nanti. Ketahuilah, pada tarikh tersebut, masyarakat Islam di Iran menyambut Lailatu’l-Qadr yang ketiga, dari tiga malam, 19, 21 dan 23 Ramadhan. Dan saya pernah bertemu dengan satu riwayat yang shahih, mengatakan bahawa malam 23 ramadhan itu adalah berakhirnya tahun, dan bermulanya tahun baharu, di saat Azan Maghrib berkumandang. Kami, orang Islam tidak wajar menyambut hari, bulan dan tahun yang baru pada jam 12.00 malam dengan berpesta. Islam mendidik kami menyambut Hari, Bulan atau Tahun baru, dengan Azan yang membesarkan Allah, dan Solat.
Kelahiranmu pada malam penuh berkat, perjuanganmu penuh getir, ketabahanmu sekeluarga amat menginsafkan saya. Aku doakan agar DSAI sentiasa ingat pada Allah dan Hari Pembalasan, dan dikurnaikan kejayaan melaksanakan perintah Allah SWT dan menuruti sunnahnya Nabi Muhammad SAW. Dan aku puji Allah, Tuhan semesta Alam, dan aku mohon ampun untuk kita semua. Happy birthday to you. Wassalamu alaikum warahmatu’Llahi wa barakatuh.
Dato Seri,
Sempena ulangtahun kelahiran Dato Seri, saya dan keluarga mendoakan ke hadrat Illahi agar Dato Seri terus diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk terus berjuang menegakkan keadilan. Untuk pengetahuan Dato Seri semangat reformasi anak saya yg telah berumur 11 tahun sekarang masih tidak berubah semenjak kami sekeluarga menghadapi serbuan FRU di Masjid Negara 10 tahun lalu..dan dia bertanya kepada saya..kita tak pergi Permatang Pauh ke ayah?..Insyaallah..andai diizinkan Allah S.W.T..saya sekeluarga akan kesana untuk memberi sokongan kepada Dato Seri. Teruskan perjuangan Dato Seri!
DSAI, mereka takut sangat DSAI lantik “kaum pendatang”…hek leh..yang mereka biarkan pendatang tanpa izin bermaharajalela kat Sabah tu apa cerita?? (rasuah lagi) …..bumiputera sabah yang dianak tiri korang buat tak tau..(rasuah lagi) kalu mcm tu orang asli dan bumi lebih berhak memerintah malaysia…pendek akal la orang umno ni… saya cadang kat DSAI kalu jadi kerajaan nanti ambik sorang orang asli jadi senator
saudara2 sekalian..
Saya mengesa kpd sesiapa yg tidak pro kpd DSAI,HENDAKLAH membuat beberapa perkara yg saya telah buat.
1) Kaji dgn akal bukan emosi.
2) Dengar pendpt daripada kedua2 pihak jgn 1 pihak sahaja.
3) Tonton dan dngar sesi perjumpaan dgn ANWAR beli vcd Beliau kalau tak smpt pergi.
4) Teliti pihak mana yg lebih benar dan jujur.
p/s : jgn dgr dan tonton berita tv 1,2, dan 3 shj. Ber