10
Aug
08

Ulasan Buat Beberapa Persoalan Pengunjung

Terima kaseh atas ucap selamat pengunjung kepada saya sempena Hari Lahir. Saya terharu!

Selain itu terdapat respon pengunjung yang ingin saya ulas. Kebetulan saya dalam perjalanan pulang dari Permatang Pauh ke Segambut.

Isu Moral Lompat Parti

Hentamajele menyentuh isu tersebut yang turut diulas Setiausaha Agung, Sdr Sallehudin Hashim beberapa hari lalu. Bagaimana dengan penipuan PRU, rasuah, penindasan? Lebih beretika dan bermoral kalangan yang sanggup menyeberang demi membela nasib rakyat dan tidak bersekongkol dengan perasuah!

Kesihatan Sheikh Yusuf al-Qardawi
Sheikh Yusuf kini semakin pulih dan terpaksa mengurangkan jadual penerbangan. Seperti Sdr Slyderrose, saya sendiri mendoakan agar beliau sihat dan berkunjung ke sini.

Pengorbanan Azizah
Ulasan Antares menyentuh hati kami.Terima kasih daun keladi!

Prof John Esposito
Saya syorkan Sdr Thales membaca ulasan H Amri. Agak aneh kecurigaan sdr! Esposito merupakan murid almarhum Ismail al Faruqi, sarjana dan pengulas handal menyanggah prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat utamanya di Amerika Syarikat. Ulama serta sarjana Islam saperti Syed Hussin Nasr, Sheikh Nuh dan lain-laim menjalin hubungan baik dengan beliau. Akhirnya bacalah karya terbaru beliau - Who Speaks For Islam?

Permatang Pauh
Semangat melonjak, namun kita harus bekerja keras dan waspada. Jentera Umno-BN akan berhempas pula dengan tipu helah dan rasuah. Teman kami melapurkan strategi BTN menghumban segala fitnah jijik terhadap saya termasuk selaku agen Yahudi dan Cina!

InshaAllah medan pertarungan dan kemenangan di Permatang Pauh sebagai lonjakan ke arah perubahan besar di negara tercinta.

ANWAR IBRAHIM


65 Responses to “Ulasan Buat Beberapa Persoalan Pengunjung”


  1. 1 CUCU TOK KEDU Aug 10th, 2008 at 7:57 pm

    DSAI

    Mereka melakukan fitnah terhadap DSAI demi menutup pekong yang telah busuk bernanah mereka, namun rakyat terbau jua busuk hanyirnya perbuatan jahat pemimpin UMNO/BN. Moga Permatang Pauh menjadi mercu tanda perjuangan rakyat mengharapkan keadilan dan kebajikan untuk semua yang selama ini diabaikan oleh pemimpin UMNO/BN.

    http://rp-semantan.blogspot.com

    CUCU TOK KEDU

  2. 2 zhuge liang Aug 10th, 2008 at 8:08 pm

    Hidup Pakatan Rakyat!!!!!!!

  3. 3 Fren Aug 10th, 2008 at 8:24 pm

    Salam DSAI,
    Just ignore them Mr.Anwar.,they r none other then IDIOT UMNO itself.Nothing good bout them only can caused problem day by day..DAMM STUPID CREATURES ON EARTH..!!!By the way good luck may u success in your proceed to Putra Jaya..Insha Allah..ameennn..

  4. 4 thales Aug 10th, 2008 at 8:32 pm

    My Good Brother Datuk Seri Anwar Ibrahim,

    Our position is clear, the Muslims must speak for themselves about themselves, even about their own history.

    Professor Dr John Esposito is a good scholar and have studied under the late Professor Ismail Faruqi and has many Muslim scholars as his friends and colleagues.

    I bear no ill-will against Prof John Esposito , just as I would not for the Most Distinguished Professor Dr Toshihiko Izutsu {late] who I greatly admire as a great Metaphysician and Oriental Philosopher.

    It is like this :

    I don’t expect Saint Thomas Aquinas to tell al Ghazali about Islam; nor of Toshihiko Izutsu telling us exactly about Sabziwaris mystical experiences.

    And we are so certain about God’s creation of the annual 12 months and that there are 29 or 30 days to each lunar month that we don’t celebrate according to the solar Gregorian Calendar. And not that we hate Pope Gregory or that it is Christian in origin. It is just a poor Civil calendar.

    It is not only inaccurate, it encourages human societies to worship dates and seasons creating myths.

    Do you ever wonder why the Hajj is following the Crescent sighting that transcends the solar calendar and occurs from a hot season to cold season, even spring and autumn ?

    If Professor John Esposito wants to exchange ideas about Religous Ethics by all means, don’t he dare tell us about the Worldview of Islamic Metaphysics, as that’s our business.

    Enough of this Transcendent Unity of Religion and the Equality and Validity of All religions.

    We have posited our views against the like of Frithjof Schoun and his students in Malaysia.

    Anyway, have fun with the Missus & Children on your 61st Birthday, actually , you are 63 year old following the Lunar-Crescent calendar.

    I wish you well and may Allah swt keep you in good health and guide you to win the Permatang Pauh and that you may enter Parliament and form the next Government.

    See you in Permatang Pauh on the 16th and 29th !

  5. 5 rafie Aug 10th, 2008 at 8:51 pm

    Takut lah kita pada Allah…bila kejayaan yg hampir…banyak syaitan disekelinggi…Doa semoga DSAI sabar & tentang kejahatan syaitan UMNO….

  6. 6 hanafijamil Aug 10th, 2008 at 9:03 pm

    bagi sy istilah lompat parti kena tukar kepada hijrah parti..hijrah ke arah kebaikan. Selamat harijadi..moga dipanjangkan umur membela rakyat

  7. 7 anwar junior Aug 10th, 2008 at 9:07 pm

    THE WILL TO WIN.
    NEVER LOOK BEHIND, GO FORWARD TO GAIN YOUR AIM…PUTRAJAYA..TO SERVE TO PEOPLE AND COUNTRY.

  8. 8 azman Aug 10th, 2008 at 9:51 pm

    salam DSAI…semoga Allah panjangkan umur dato sri agar dapat meneruskan wadah perjuangan dato sri.saya sekeluarga berdoa agar dato sri akan berjaya menawan putrajaya dan dapat membawa sinar buat rakyat Malaysia ke arah kemakmoran dan keadilan….DSAI ..anda memang pejuang sejati .

  9. 9 elnino Aug 10th, 2008 at 10:39 pm

    selamat hari lahir yg ke-61 buat DSAI tersayang…semoga apa yg diimpikan akan menjadi kenyataan,insyaallah dgn izinnya…perjalanan kita semakin hampir ke destinasinya…wahai sekelian rakyat M’sia,masanya sudah tiba…

  10. 10 Adi Aug 10th, 2008 at 10:52 pm

    Dato Seri,

    BTN memfitnah Dato Seri sebagai agen yahudi. Tetapi HAKIKATNYA BTN TU ADALAH AGEN IBLIS! CELAKA PUNYE BTN.

  11. 11 YC Aug 10th, 2008 at 11:02 pm

    SPR Menetapkan Tarik Mengundi Pada Hari Selasa…Mesti Ada Sebab Dia…
    Ini Akan Menyebabkan Peratusan Pengundi Akan Kurang…
    Dan Masa Itulah SPR Akan Mencipta Undi Hantu Untuk Mengisi Tempat Tersebut…
    Dan Menyebabkan Undi Peratus Menjadi Tinggi…
    Ini Akan Memihak Kepada BN Apabila SPR Mencipta Undi Tipu…

    Harap Dakwat Hitam Akan Digunakan Supaya Pilihan Raya Kecil Ini
    Akan Dijalankan Dalam Keadaan Yang Adil…

  12. 12 angkasawan nasa Aug 10th, 2008 at 11:04 pm

    TDM buat road show merpetahankan hak melayu dan kata melayu sekarang kena sindrom tak mahu menegur takut. pelik sewaktu jadi PM dia kata Melayu Haprak kutuk melayu macam macam bertongkatlah malayu malaslah, sekarang nak pertahankan hak melayu? elok TDM rahat ajalah kalau kata dah bersara buat cara bersara jangan nak merapu sana merapu sini.TDM adalah yang paling haprak.

    Rais yatim piatu akan menulis surat kepada PBB tentang campur tangan US kaatas malaysia, Rais u baru jadi menteri ke? satu dunia tahu PBB di bumi US, dikawal oleh US, di PBB US ada kuasa veto,jika tulis surat pada PBB sama juga tulis surat pada US elok Rais lupakan sahaja niat u tu. kita negara kecil usah nak tunjuk jaguh dan jangan jolok sarang tebuan “kalau jari tak cukup jangan ada niat nak cabut misai singa” kelak merana badan.nanti malaysia lari tak cukup tanah.siapa tak kenal US miliki kuasa Teknologi,Pertahana,Ekonomi. bak tulisan yang lepas jika dia sekat besi UMNO tak berkeris, jika dia sekat kain UMNO tak bersampin, jika dia stop kilang oksigen (MOX) di PJ ramai yang mati tak boleh bedah di hospital kalau dia stop drug (bius) ramai yang tak boleh di bedah. UMNO ini cerita aja lebih kerana mulut dia, rakyat yang akan binasa.kita ni nak keangkasa pun kena tumpang orang tapi dabik dada macam kita buat roket sendiri pandu sendiri.ini hakikat yang UMNO kena terima. antara silicon velley dan Taman Teknologi Malaysia ibarat langit dan bumi jika tapak sebesar dua jari jangan nak belari.

  13. 13 kung fu panda Aug 10th, 2008 at 11:17 pm

    cucu tok kedu,

    UMNO nak tutup bangkai gajah dengan daun pisang?

  14. 14 pemuda insaf Aug 10th, 2008 at 11:21 pm

    saya pun dengar cerita pasal BTN,yang mengatakan DSAI agen yahudi.satu lagu,penyokong kesian umNO cakap DSAI ingin menjalankan Islam secara liberal di mana non-muslim bebas untuk berbicara atau menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap orang islam(penyokong kesian tu yang cakap).ekoran itu juga,penyokong tersebut memberitahu maksud lain liberal yang dimaksudkan oleh DSAI adalah,mereka berhak bersuara tentang hal tersebut dan kita sebagai muslim perlu menerima rasa tidak puas hati non mulim terhadap orang islam.seolah-olah agama islam di kritik tanpa sebarang pembelaan atau tidak boleh ada pembelaan oleh orang islam(penyokong kesian tu jugak yang cakap)..saya rasa budak tu hanya menerima fitnah ini bulat-bulat tanpa mencari pelbagai saluran maklumat.kalau maklumat tu datang dari BN sendiri,sudah tentu ianya adalah fitnah semata-mata.saya harap DSAI membetulkan keadaan ini dalam ceramah2 akan datang.biar kita tahu siapa sebenarnya penyebar fitnah.

  15. 15 Batis Batagar Aug 10th, 2008 at 11:28 pm

    Salam perjuangan,
    Teruskan usaha Dato’ Seri

  16. 16 Penduduk TMN PAUH JAYA Aug 10th, 2008 at 11:30 pm

    CAKAP MANYAK TAKMAU KITE TUNGGU 26 OGOS 2008
    PAK SYEIKH, SELAMAT ULANG TAHUN KE BARU 61 MUGA PANJANGUMUR MURAHREZEKI.
    SAYA MIMPI PAK SYEIKH MENANG BESAR, TAPI…….
    APAPUN BERLAKU MOHON PADA YG MAHA ESA-TAWAKKAL…
    KATA USTAD MUTALIB K/SEMANG …TIDAK ADA MUSTAHIL BUAT ALLAH…
    SEMUGA PERMATANG PAUH DINAIK KETARAF PERBANDARAN(MPPP)MAJLIS PERBANDARAN
    PERMATANG PAUH DAN LEBIH BANYAK PELUANG PEKERJAAN NANTI.

    MERDEKA” MERDEKA’ MERDEKA
    PENDUDUK TMN PAUH JAYA
    PARLIMEN P 44

  17. 17 naishah Aug 10th, 2008 at 11:32 pm

    fren,
    i agree with you. at this point, just focus on target. BN people are trying to distract our attention. biar mereka bercakap sampai berbuih mulut…
    DSAI, terusakan perjuangan mu…

  18. 18 takut Aug 10th, 2008 at 11:51 pm

    assalamualaikum.
    dato seri, saya ni risaula sebab saya tgk macam ramai je lagi org melayu yang masih sokong umno xkesahla dari golongan tua atau muda.pemikiran dioarang tu di basuh n diset oleh umno sampai dioang xnampak kepincangan umno. saya rasa ni masalah besar jugak dato seri.dato seri cuba bayangkan beerapa ramai orang yang xikut memana ceramah dato maupun bukak internet.yang mereka baca hanyalah akhbar perdana kerajaan dan tgk berita tv yang asik putar belit fakta.so golongan2 ni xpernah ade kesedaran untuk melakukan perubahan. saya rasa golongan yang sebegini masih banyak lagi dato dan sedikit sebanyak bolah membantutkan ape yang kita perjuangkan. kalo golongan yang sokong kerajaan kerna duit dan bantuan kerajaan jangan cakapla ape kerajaan buat semua dia sokong.so saya harap dato seri n the crew dapat buat sesuatu dengan permasalahan yang saya timbulkan ni.sebab saya rasa setiap kali dato pergi berceramah, itu adalah kepada golongan yang sudah sedar.sebab itu mereka datang ke ceramah dato.ni golongan yang masih dibawah brainwashed umno ni camne nak buat dato.dgn media pulak memanipulasi fakta saya rasa sekejap saje orang boleh bertukar fikiran.saya harap dato mengambil perhatian dengan perkara ini dato.sekian

  19. 19 sukartonojowo Aug 10th, 2008 at 11:52 pm

    apa komen dato seri tentang forum bar council baru2 ni? berminat juga nak tau pandangan dato seri. kalau dato seri jadi PM adakah fundamental liberties seperti kebebasan bersuara dan berforum di benarkan dan DIGALAKKAN ?

  20. 20 biaqpila Aug 11th, 2008 at 12:03 am

    Kepada DSAI, Selamat Menyambut Ulangtahun ke 61. Semoga panjang umur dan dilimpahi nikmat kurniaan Allah sekeluarga. Biaq pi depa nak buat apa kat kita, depa nak kata apa kat kita, sabaq nescaya akhirnya kebenaran akan ada disebalik semua kebatilan.
    biaqpila.blogspot.com

  21. 21 Ridzuan Hussain Aug 11th, 2008 at 12:07 am

    banyak2 menatang, menatang pe yg slalu mintak bertanding?
    EZAM MD NOR

  22. 22 man reformasi Aug 11th, 2008 at 12:21 am

    DSAI, HAPPY BIRTHDAY!!!TERUS BERJUANG,BUT BEWARE OF BN DIRTY STRATEGY AS I MENTIONED BEFORE.
    ALL THE BEST, ALLAHUAKBAR

  23. 23 Penduduk TMN PAUH JAYA Aug 11th, 2008 at 1:08 am

    5 hari lagi penamaan calun 15 hari lagi mengundi….
    dan 20 hari lagi Merdeka..Merdeka
    Pak Syeikh jangan lupa janji untuk naikan taraf Permatang Pauh ke
    Majlis Perbandaran.Permatang Pauh (MPPP)…

    Cik Naishah, I also agree with you too. Look n c

    PENDUDUK TMN PAUH JAYA
    PARLIMEN P 44

  24. 24 desperado Aug 11th, 2008 at 1:22 am

    Reply Post#18,

    Banyak2 menatang, menatang apa yang ludah pas tu jilat balik?
    EZAM MD NOR

  25. 25 man reformasi Aug 11th, 2008 at 1:26 am

    DSAI, HAPPY BIRTHDAY!!!TERUS BERJUANG,BUT BEWARE OF BN DIRTY STRATEGY AS I MENTIONED BEFORE.
    ALL THE BEST,pls avoid undi Hantu and Pos from BN/UMNO!How?
    Allahuakbar

  26. 26 Hj. Abdul Wahab Isa Aug 11th, 2008 at 2:13 am

    Datuk Seri

    Semoga Datuk Seri akan menang dalam PR Kecil di P44 Permatang Pauh

    Selepas Datuk Seri ambik tampuk kepimpinan, kita hantar parti2 perkauman BN ini ke Muzium Negara……..

    Di Forum Sarawak Talk, 90% are supporting you

    Parai BN!

  27. 27 Yongku Aug 11th, 2008 at 2:21 am

    Yongku Aug 11th, 2008 at 2:17 am

    Datuk Seri,

    Lepas ni badut jesuits mana pulak yang akan visit Datuk Seri, Fethullah Gullen?? Harun Yahya???Fr Thomas Michel SJ???oopps tersalah pulak, Thomas Michel SJ tu dah jadi sesuatu pulak di University Malaya….nampaknya Jesuits dah nak complete dah penjajahan mereka ke atas kita secara total!!!

    Please Datuk Seri, jangan lah libatkan Malaysia dengan agenda One World Religion Vatican tu dengan negara kita ni, mereka tu musuh kita! inter-religious dialogue tu akan membawa kepada agenda jahat ni, please lah datuk seri….biarlah kita mati kebuluran kerana perbuatan jahat Jesuits laknat tu semua, ia lebih baik daripada bersekongkol dengan mereka2 ni semua!!!

    Bagaimana dengan pertanyaan saya ni Datuk Seri???tak nak ulas ke? mana boleh macam ni Datuk Seri, ini penting ni…sudah tahap kritikal ni penglibatan Jesuits dalam hal ehwal islam seluruh dunia dan juga hal ehwal negara kita ni!! tak kan la you nak jadikan kawan Jesuits2 ni semua yang telah buat fitnah kononnya islam dicipta oleh Vatican tu dulu???ingat tak??? you pegi tanya si Fr Thomas Michel SJ tu, bagi tau dekat Pope dan General Jesuits tu, mereka hanya merancang dan yang menentukan hanya lah Allah….

    May Allah protect us all from these corruptors….

  28. 28 Kai Aug 11th, 2008 at 3:05 am

    Selamat Hari Lahir Y.A.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim PM Malaysia,semoga DSAI Sekeluarga Ditambah rezki yang banyak,imam yang benar,hati yang bersih,kecerdikan yang tinggi,kesihatan yang baik dan mendapat kejayaan yang besar bersama rakyat Malaysia,Amin ya Rabba’lalamin.

  29. 29 desperado Aug 11th, 2008 at 3:07 am

    Reply Post#4,

    shame on u….ustaz thales
    hehehe do play play ar….

  30. 30 faz Aug 11th, 2008 at 3:27 am

    umno ajak pas perak n selangor buat kerajaan baru tu beretika?persetankan la semua tu..lagi tk beretika duduk dlm parti yg rausah..zalim..menyusahkan rakyat..dan seribu satu mcm hal lagi..paling tk tahan pendakwaan terpilih..jahat giler bn ni..lgsung tkde etika perjuangan..

    pada syukor ape tah nama dia adun kuang..terbaca dlm sinar yg dia mengatakan ds anwar penghianat melayu?i nak tanye u syukor adun kuang..bape bnyk tanah dah ds anwar jual?bape bnyk duit dah ds anwar kebas?i ni pun melayu tp tk rasa plak ds anwar pengkianat melayu..pejuang melayu ade la..kenapa bila lawan umno je anggap penghianat melayu?kami semua ni bukan melayu ke?pas bukan melayu ke?

    kenapa 50 thn melauy umno tindas bangsa sendiri smpi melayu ketinggalan dlm bnyk bidang?kenapa umno melayu membiarkan bekas pemimpin no2 dia diaibkan..dimalukan dizalimi?tu nk ckp ke umno pembela melayu?

    sudahla umno..dh bosan la dengan permainan korang..bosan..jijik..melayu yg tkde nilai kemelayuan..

  31. 31 TIGER MALAYA Aug 11th, 2008 at 5:37 am

    TIDAK AKAN TERCAPAI IMPIAN MU ANWAR BRAHIM UNTUK MENJADI PM MALAYSIA!!!
    JADI KETUA PEMBANGKANG KAT PARLIMEN UDAH LAH….

    ANWAR BRAHIM TAK NAK ULAS KE PASAL MAJLIS PEGUAM???

  32. 32 Ousman, Besut. Aug 11th, 2008 at 6:11 am

    Salam DSAI;
    Selamat Ulangtahun ke 61…. Semoga panjang umur dan di bawah rahmat allah sentiasa…
    Syukur kehadrat allah swt atas kebebasan untuk DSAI berkempen dan bertanding pada 16-26 Ogos ini… Kami sbg rakyat Malaysia yg cintai keadilan mendoakan semoga gerakan reformasi yang dicetus kan oleh Datuk Seri Kak Wan dan Saudara YB Azmin dan seluruh reformis2 akan mencapai kejayaan..amin ya raabal al amin….

    Ousman, Besut.

  33. 33 ayu Aug 11th, 2008 at 6:54 am

    Manyak-manyak menatang, menatang mana suka sumpah-sumpah?

  34. 34 rudipudi Aug 11th, 2008 at 8:37 am

    salam ayahanda anwar,

    anakanda ucapkan selamat menyambut hari lahir ke 61..moga dibrikan kesihatan yag baik dalam meneruskan perjuangan membela nasib rakyat..amin…

  35. 35 sarel Aug 11th, 2008 at 8:43 am

    kepada semua pengundi di permatang pauh, saya memohon untuk anda turun memberi sokongan dan membuang undi anda pada hari tersebut… jgn difikirkan pengorbanan diri yg terpaksa diberikan kerana ada org yg lebih banyak berkorban bukan utk dirinya, tetapi utk rakyat jelata… jgn terlalu confiden kerana terlalu confiden menyebabkan kita lupa dan ambil sambil lewa… teruskan perjuangan tanpa mengira penat dan lelah…walaupun merasakan kemenangan semakin hampir. biarkan ia sampai ke titisan terakhir dan ketika keputusan diumumkan…

    kepada pengundi di luar permatang pauh, saya merayu kepada anda untuk pulang ke permatang pauh utk menjalankan tanggungjawab anda. tak rugi kalau mengorbankan cuti 1 hari utk kesenangan 50 tahun akan dtg terutama untuk kebaikan dan membetulkan semula generasi anak-anak kita pada masa ini dan yg akan dtg…insyaAllah..

    p/s: semoga pengundi permatang pauh dpt meberi sokongan kepada DSAI dengan ajoriti yg paling besar dalam sejarah pilihanraya di malaysia…semoga kerjasama ini dapat diteruskan antara pemimpin-rakyat…amin..amin..amin..

  36. 36 sarel Aug 11th, 2008 at 8:48 am

    pengecut = spr? atau spr = pengecut?

    tak boleh buat hari lain ke yg boleh memudahkan rakyat balik utk membuang undi?
    mmg spr ni pendek akal dan berat sebelah…sbb nak majoriti DSAI kurang supaya akhbar boleh
    memainkan peranan mengatakan populariti DSAI dah kurang… ingatkan rakyat tak tau ke
    antara permainan licik spr?

    spr, bangun la supaya jadi badan yg lebih matang…tak la jadi macam badan yg diuruskan oleh org dewasa tetapi pemikiran mcam org yg dicucuk hidung dan boleh dibawa ke mana2…

    kerana anda tidak menjalankan tanggungjawab anda dengan baik, pasti akan ditanya di akhirat kelak…jgn lupa bahawa semua manusia akan menemui Penciptanya dan akan ditanya apa yg telah dilakukan sepanjang hidupnya… jgn lupa ttg amaran yg telah diberikan olehNya.. sementara ada masa, pease ambil peluang untuk bertaubat dan memberi sinar kepada yg benar… amin..amin..amin..

  37. 37 patek1472 Aug 11th, 2008 at 9:07 am

    Permatang Pauh Voters decide for Nation? - Appeal by Nostradamus.
    Pengundi Permatang Pauh tentukan untuk Negara? – Rayuan oleh Nostradamus.

    1. Voters of Permatang Pauh will vote come 26 August 2008. Who to vote for and What to vote for?
    Pengundi-pengundi Permatang Pauh akan undi menjelang 26 Ogos 2008. Mengundi Siapa and mengundi untuk Apa?

    2. 50 Questions to test your Conscience at http://www.patek1472.wordpress.com
    50 Soalan untuk menguji Suara Hati anda di http://www.patek1472.wordpress.com

  38. 38 CHANGE ! CHANGE ! CHANGE ! Aug 11th, 2008 at 9:10 am

    FOKUS ! FOKUS ! FOKUS!

    Kes majlis peguam adalah antara sandiwara2 UMNO nak alihkan fokus rakyat dan umat Islam kerana pilihanraya maut buat BN dipenghujung jalan.

    PEKIDA bukan main baik akhlahnya memaki hamun.Kelakuan macam ni bukan tarik orang pada Islam tapi makin menjauhkan mereka dari Islam.

    AKHBAR dan TV akan memainkan sentimen agama. Harapan mereka satu. Rakyat awam akan melenting.

    FOKUS! FOKUS ! FOKUS !

    Datuk Seri, penampilan strategik amat penting. Pastikan kesemua saf pimpinan PAS dan DAP serta kumpulan saudara kita bangsa India berarak bersama.Tunjukan solidariti bangsa Malaysia.

    Isu Permatang Pauh ialah isu negara bukan isu PKR
    Kemenangan permatang Pauh ialah kemenangan rakyat
    Perjuangan permatang Pauh ialah perjuangan rakyat

    Oleh itu minimumkan WARCRY ” REFORMASI!!” itu war cry PKR

    Maksimumkan WAR CRY ” TUKAR! TUKAR! TUKAR!” kerana setiap rakyat tanpa mengira kaum dan parti akan bersedia melaungkan satu suara gema mahukan pertukaran kerajaan yang bobrok dengan kerajaan yang lebih adil.

    Kami faham PKR WAJIB dan TETAP menjunjung dan mengutamakan HAK orang MELAYU.

    TETAPI TIDAK akan mengabaikan hak orang Cina dan India. Mereka adalah saudara kita.

    Yang jahatnya selama ini ialah UMNO.

    Mulut laungkan HIDUP MELAYU tapi perbuatan hanya untuk segelintir orang atasan UMNO.
    Ahli marhaen UMNO sendiri pun terpinggir dalam sandiwara pemimpin UMNO.

    Orang atasan UMNO mengapikan perkauman. Anti cina.benci India.

    TUKAR! TUKAR ! TUKAR!

    Melayu tetap no 1 kerana ini Tanah Melayu.

    Tetapi orang bangsa Cina dan bangsa India juga berhak diberikan hak mereka.

    Hanya Melayu BERIMAN sahaja akan menunaikan hak tanpa menuntut hak dan tidak menganiaya kaum lain.

  39. 39 PENCINTA NEGARA Aug 11th, 2008 at 9:18 am

    ya.. mereka hanya merancang, Tuhan menentukan.
    kita hanya berhak bersangka baik dan meneruskan hidup dalam susana yang baik

    wasathah, ditengah-tengah, tidak ke kiri, tidak ke kanan, on the right path, ngam-ngam jer..
    memusuhi TANPA mereka menyatakan itu terlalu kekiri
    berkawan hingga mencemari hak tuh terlampau ke kanan
    islam tuh TENGAH, TENGAH lah yang terbaik, ummatan wasata

    jadi aku rasa sdr Yongku jangan lah risau
    ada sempadan dalam jalinan persahabatan itu,
    seperti tuntutan agama islam kata” JANGAN MELAMPAUI BATAS
    batas tuh lah hadnya…

    jika kita tak mengenal batas, maka yang rugi kita

  40. 40 Lively Aug 11th, 2008 at 9:25 am

    JANGAN BERAMAL SEPERTI ORANG MUNAFIK..

  41. 41 Mohd Fadzil Hashim Aug 11th, 2008 at 9:39 am

    Saya amat terkilan dengan tindakan Majlis Peguam yang meneruskan forum membincangkan perlembagaan negara yang menyentuh agama Islam. Mereka mungkin berpendapat bahawa mereka mempunyai imuniti sebagai tokoh bijak undang-undang negara namun mereka sebenarnya membuktikan bahawa mereka masih tidak bersedia untuk menghormati hak dan identiti orang Melayu dinegara ini.

    Inilah akibatnya apabila mereka diberi kuasa yang terlampau besar sehingga mereka berani walaupun ditegur oleh banyak pihak terutamanya kumpulan-kumpulan pergerakkan Melayu. Suatu persoalan yang penting, dimanakah peguam-peguam Melayu Islam ? Mengapakah mereka tidak mempunyai peranan aktif dalam Majlis Peguam? Mereka juga harus bertanggungjawab dalam isu ini.

    Kalau dilihat secara kasar, Majlis Peguam dikuasai oleh bangsa India yang juga merupakan bangsa yang paling ketinggalan dalam segala aspek kehidupan di negara ini. (Sosial, Ekonomi dan sebagainya). Ketua-ketua kumpulan mereka sememangnya suka memainkan isu perkauman dan amat suka membakar semangat bangsa Melayu.

    Ini semua adalah hasil daripada didikan parti MIC yang sememangnya amat terkenal dengan semangat bangsanya yang kuat. Kita hormati tokoh-tokoh kaum India didalam Pakatan Rakyat namun usaha mempertikaikan isu Agama Islam secara terbuka amat melukakan hati kami. Kami, Melayu Islam sangat bertoleransi, sanggup menerima Kaum India, Cina dan lain-lain sebagai sahabat senegara tetapi batas agama kami haruslah dihormati dan jangan dicabar!

    Peristiwa 13 Mei merupakan detik hitam dalam sejarah negara mengenai hubungan antara Kaum Melayu dan Cina. Kaum cina selepas peristiwa itu lebih mengerti hati dan perasaan kaum Melayu. Adalah diingatkan bahawa provokasi terhadap agama Islam boleh memungkinkan peristiwa itu berulang lagi. Ingat, perkataan “Amuk” di kutip dari bahasa Melayu dan diserapkan kedalam bahasa Inggeris bagi menggambarkan keupayaan Bangsa Melayu mengamuk apabila kedaulatan bangsa diperlekehkan.

    Saranan kepada pimpinan masyarakat, Anda harus jelas batasan kebebasan bersuara dan jangan sesekali melampaui kerana kesannya Anda tidak mungkin mampu menanganinya.

    Pena Tajam

  42. 42 Yongku Aug 11th, 2008 at 11:54 am

    Saudara Pencinta Negara,

    Ketika ni, Jesuits jahanam tu semua sudah pun dalam diam memijak kepala orang islam dan mereka gunakan orang2 seperti Fr Thomas Michel SJ tu untuk bawa masyarakat islam ke arah One World Religion impian Vatican tu, ini yang orang islam tak nampak!!!

    Surah Al-Kahfi tu sudah terangkan tentang siapa yang harus umat islam berjaga-jaga, umat islam hanya tertumpu pada Yahudi saja tanpa memikirkan tentang Nasrani!! John Esposito tu memang seorang badut Jesuits yang ditaja oleh keluarga Illuminati Middle East, ya King Abdullah di Arab tu memang seorang illuminati, baru2 ni si Knights of Malta King Juan Carlos hadir ke inter-religious dialogue di Arab sana disambut oleh si King Abdullah ni, pengkhianat betul!! Raja Jordan tu yang mengaku ada darah keluarga Rasullulah S.A.W. pun sudah masuk perangkap Jesuits, mereka siap derma itu dan ini lagi di Georgetown University tu! jangan tak tau university ni university jesuits!! tempat macam ni lah mereka akan cari talent yang boleh dijadikan badut mereka…

    Jangan pernah lupa siapa yang menjajah Melaka dulu, none other than the Jesuits!!! Ini bukan pasal politik, ini semua pasal maruah dan kesucian agama islam kita…harga2 minyak ni semua sudah dirancang oleh keluarga2 Illuminati satanic tu semua sejak lama dah, mereka dah control semuanya, dah tak boleh buat apa2 dah!!

    Bangun lah dari “mind programming” Jesuits dan keluarga2 Illuminati satanic ni semua, ini lah sebenarnya problem besar umat islam sekarang, lena dengan mind programming si keparat2 ni semua!!!!

    Semoga Allah melindungi kita semua dari penolong2 syaitan dan dajjal yang berkepala manusia ni yang merosakkan bumi ni…

  43. 43 ameen Aug 11th, 2008 at 1:21 pm

    Dato Seri,

    You are almost there for history in making.Permatang Pauh folks would not let you down.You are our Leader…No doubt about it.

  44. 44 ESA A.SAMAD Aug 11th, 2008 at 1:26 pm

    ASALAMUALAIKUM DATO’ SERI

    SAYA MOHON MAAF SEANDAINYA EMEL DARIPADA ORANG KECIL SEPERTI SAYA BAKAL MENGUNDANG RASA KURANG ENAK DATOK. PERTAMA, SELAMAT HARI LAHIR DATO SERI DAN MOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR DATO DAN MELEBARKAN PELUANG BERAMAL SELAGI DIBERI IZIN…

    DATO’ SERI,

    SAYA AMAT TERPERANJAT MEMBACA SINAR HARIAN, 2 OGOS YANG MENAMPILKAN BERITA BAHAWA APABILA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGARA, DATOK AKAN MENJADI PM MANAKALA TPM ADALAH LIM KIT SIANG. SAYA DAPAT MERASAKAN BAHAWA HAK-HAK ORANG MELAYU/ISLAM YANG SUDAH TERHAKIS KINI AKAN LUPUS TERUS SELEPAS INI APABILA PR MEMERINTAH. SEDANGKAN PADA MASA SEKARANGPUN, HAK-HAK ORG MELAYU/ISLAM SEMAKIN DIPERSOAL SEPERTI KELANTANGAN MAJLIS PEGUAM MENGANJUR SEMINAR YANG MENGHINA UMAT, BEGITU JUGA DENGAN KENYATAAN MB SELANGOR MAHUKAN UITM DIBUKA KEPADA BUKAN BUMI. DATO’ SERI, SAYA ADALAH BEKAS AHLI PKPIM DAN ABIM YANG DULUNYA OBSES DENGAN PERJUANGAN DATO SERI DALAM PERJUANGAN ISLAM/MELAYU. HARUSKAH HATI SAYA KEMBALI BERBOLAK BALIK DENGAN KHABAR SEBEGINI ATAU TERUS MENYOKONG PERJUANGAN DATO SERI DAN PR? HARUSKAH SAYA MEREDAKAN KEBIMBANGAN SAYA BAHAWA SURVIVAL UMMAH BAKAL TERCABAR SELEPAS INI??

  45. 45 Ismandy Hamza Aug 11th, 2008 at 1:58 pm

    Salam to DSAI, family and supporters.
    Happy 61st (or 63rd Lunar-Crescent calendar) Birthday to you too!

    Harap dapat sabar banyak atas apa yang berlaku. Seperti DSAI sendiri pernah cakap dalam ceramah, yang kita nak lawan ni orang2 yg ada berbilion ringgit (RM), jadi agak susah lah ya nak tentang mereka gitu aje tanpa bersilat.
    Tapi saya yakin ‘Kalau ada kemahuan, di situ ada jalan.’ dan ‘Lawan Tetap Lawan.’
    God willing, hopefully, Sept 16 will be the Hari Keramat yang kita semua ni nanti2-kan. As this date will also be my 41st birthday.
    Jangan Pandang Belakang lagi…teruskan perjuangan demi Agama, semua Bangsa M’sia dan tanahair yg tercinta ini dari kerakusan dan kekejaman pihak yang tidak bertanggungjawab.
    Saya sekeluarga berdoa, seperti juga rakyat Msia yang lain, moga DSAI dapat menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti. Insyallah.
    Kalau kalah, kita undur satu langkah ke belakang untuk mengatur 10 langkah baru ke hadapan.
    Kepada semua tali barut dan pendengki DSAI dalam PR, insaf-lah. Jangan jadi musuh dalam selimut. Dan duri dalam daging.
    Kalau asyik berperangai macam syaitan, sampai bila-bila pun Bangsa Melayu takkan maju. Wakima… sampai tahun 2020.
    Sokonglah perjuangan DSAI dan ikutlah nasihat mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz seperti dalam artikel terbaru beliau yang menyatakan “ada pengkhianat dalam PR yang nak sabotaj kempen pilihanraya kecil DSAI di P. Pinang.”
    Kalau orang yang arif pasal Agama dan Duniawi dah cakap, yang kita ni serba-serbi kekurangan nak fikir apa lagi?
    Cerdik pandai agama ni memang ada kelebihannya dari mahluk Allah yang lain. Ni kena percayalah. Begitu juga bab kita mengaji Quran dan Hadis2 Nabi Mohammad S.A.W. Kena berguru, kalau tidak dengan Syaitan lah kita belajar.
    Sebab orang2 macam Tok Guru ni dapat keramah/hidayah untuk mentafsih ilmu Quran dan Hadis2. Begitu juga firasat dan iman yang tinggi yang Allah letak dalam hati tiap2 orang-orang yang beriman tentang masalah duniawi ni.
    Orang biasa jangan pandai2 nak main api. Ikut tafsiran akal yang cetek dan hawa nafsu yang kotor!
    Dalam istilah Melayu - kalau kail panjang sejengkal, jangan nak diduga lautan yang dalam.
    Datuk Nik Aziz sendiri mengajak kita semua menyokong DSAI walaupun beliau tahu perbezaan fahaman politik di antara PKR dan PAS.
    Namun beliau mengetahui dan mengaku bahawa DSAI ada kelebihan jadi PM Malaysia yang baru kalau PR memerintah kerana pengalaman dan pengaruh DSAI dalam arena politik tanahair dan juga dikenali oleh banyak pemimpin luar negara, cendiakiawan2 dan Ulamak2 tersohor dunia khususnya dari Mesir dan Mekah.
    Ayuh kita bangkitkan semula semangat Hang Jebat! Bak kata pepatah Melayu - Kalau Raja adil, Raja di junjung. Kalau Raja zalim, Raja di sanggah. Membujur Lalu, Melintang Patah!
    Jadi masih nak harapkan ‘Segelintir Orang’ nak bela nasib orang2 Melayu yang tertindas, jauh bara dari api…. ‘Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi’ aje.
    Jangan kita orang Melayu yang ngaku beragama Islam senang2 aje boleh ditipu dalam dakyah fitnah memfitnah ni.
    Sila rujuk dalam buku karangan Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani apa natijahnya orang2 yang bersekongkol dan menuduh saudara seagamanya fitnah tanpa usul periksa dan tanpa mengemukakan 4 orang saksi.
    Bahkan Allah S.W.T. sendiri yang melaknat manusia seperti ini dan malaikat2Nya.
    Langsung tak masuk Syurga Allah kot! Akan masuk ke lubang Neraka Jahanam yang jauh lebih dashyat dari golongan Munafik. Wana’uzubillah!
    Nak caya lagi dengan sistem kehakiman negara yang ada sekarang ni… tak payah lah susah2 Kot. Buang masa aje. Mana tidaknya, hakim sesuka hati aje ditukar. Ada pula tu yang suka makan gula-gula Hacks.
    Ikut selera ‘Segelintir Orang’ aje. Yang hakim sekarang tahu hanya satu …. correct,correct, correct. Tak macam bekas2 hakim negara yang terdahulu yang tak takut pada ancaman sesiapa pun dalam menjalankan tugas terhadap negara yang berdaulat ini!
    Patutlah Allah S.W.T. siang2 dah berfirman - kerjaya hakim ni berat. Kalau tak dapat berlaku adil - daripada 3 orang, dua yang PASTI masuk N….. GUARANTTEE PUNYA.
    Sekarang lah masanya untuk kita bertindak.
    Kankah dalam PAS dan PKR tu ada banyak anak2 Melayu yang professional dan arif pasal agama, ekonomi, sosial dan juga politik. Disamping itu, kita juga ada rakan2 dari bangsa lain yang sudi untuk berjuang demi menegak keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Jadi apa nak ditakutkan. Tak da rugi pun tukar parti. Bukan kite nak tukar agama!
    Ini adalah sebagai satu wadah baru perjuangan demi maruah bangsa dan agama yang tergadai….dan juga untuk membela nasib orang kebanyakan yang tertindas di depan kepala mata kita sendiri. Sekarang seluruh dunia sedang memerhati kita.
    Tengoklah rancangan BersamaMu TV3 tu, masih ramai lagi rakyat yang menagih simpati dan belas kesihan daripada kita yang agak selesa dalam kehidupan yang sementara ni.
    Ada apalah sentimental valuenya UMNO di kalangan orang Melayu ni kalau pemimpin dalamannya dah rosak. Bahkan Vice-President nya sendiri, Muhyiddin Yasin, yang cakap beli undi dalam parti dah sampai ke peringkat tak boleh dikawal lagi dah! UMNO boleh jatuh bili-bila masa kerananya.
    Tapi hairankan dan pelik bagi saya lah. Kenapa seorang anak Melayu yang veteran, tinggi pelajaran dan pandai pulak tu macam Muhyiddin ni tak celik akal lagi? Apa lagi yang dia nak perjuangkan dalam UMNO ni kalau dah tahu keadaan politik wang tak boleh dibendung lagi? Dia sendiri yang cakap gitu kan!
    Sungguh pelik! Tak masuk akal langsung…apa tidaknya.
    Cuba kita tengok negara Israel. Baru-baru ni PM nya Elhul Olmart akan meletak jawatan kerana rasuah dan salahguna kuasa!
    Kalau Allah dah melaknat Bangsa Yahudi dan bayangkan ….. rakyat mereka sendiri tak suka pada pemimpin yang rasuah dan salahguna kuasa. Yang kita ni pula majoritinya beragama Islam, masih tak bertindak, apa sal?
    Apa…? Kita orang Melayu ni perangai teruk daripada Yahudikah?
    Di situlah unik nya Allah S.W.T., Tuhan Seru sekelian Alam. Dia buka mata kita nunnnn jauh kat seberang sampai ke bumi Arab supaya kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku pada pemimpin yang sombong dan bongkak.
    Kita merancang, Tuhan pun merancana. Tetapi perancanaan Allah lebih baik dari rancangan manusia.
    Maaf, saya bukan orang politik dan bukan juga cerdik-pandai. Saya ni hanyalah seorang rakyat biasa yang daif lagi hina. Pun begitu, saya tahu menilai mana satu baik dan mana satu buruk.
    Agaknya orang berperangai macam Yahudi ni tak ada firasat Kot! Dah dibuta hati, telinga dan mata mereka oleh Allah daripada melihat kebenaran dan untuk menilai mana satu permata, mana satu kaca!
    Sebab itulah susahnya orang kite ni. Ada Ilmu, tapi tanpa akal - kosong. Tepuk dada, tanyalah iman kita!
    Kita ambil yang jernih, buangkan yang keruh di dalam meniti arus kehidupan yang serba-serbi mencabar dan tiada kepastian ni.
    Fikir dan renung-renungkan lah. Wassalam.
    ‘Jenayah Membawa Padah’.

  46. 46 mimi Aug 11th, 2008 at 3:11 pm

    Memang apa’takut’ kata tu betul.Maaf, tetapi pengundi-pengundi ‘veteran’(warga e
    mas)atau mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik tanahair melalui bacaan pelbagai media inilah yang menjadi masalah kepada PKR.Dengan sehelai kain pelikat atau batik,mereka senang dimanipulasi oleh pihak lawan.Taktik kempen rumah ke rumah ini,dg hadiah2 dan “ayat”, maka,kakak-kakak,ibu-ibu,nenek-nenek dan lelaki-lelakinya akan terpengaruh dan terhutang budi.Alas,kita tak boleh nak salahkan mereka di atas kenaifan dan “ketulusan” yang tercemar ini.So,follow them,house-to-house campaigne.perjelaskan.

  47. 47 dulu&kini Aug 11th, 2008 at 3:39 pm

    Reply Post#18,& Reply #24

    Banyak2 menatang, menatang apa kuat bersumpah-sumpah?
    EZAM MD NOR

  48. 48 Zara Aug 11th, 2008 at 3:57 pm

    Selamat hari jadi. Moga2 mendapat kejayaan d permatang pauh. Hati2 dgn undi pos..

  49. 49 Amirul stop it Aug 11th, 2008 at 5:30 pm

    memang betul UMNO takde hak nak cakap pasal moral. sabarlah semua

  50. 50 desperado Aug 11th, 2008 at 9:18 pm

    Reply Post#47

    Banyak2 menatang, menatang apa org panggil Mat Kotak?
    EZAM MD NOR

  51. 51 sufi Aug 11th, 2008 at 10:49 pm

    saya nak penjelasan mengenai kenyataan YB Khalid untuk membuka kouta Uitm untuk bukan bumiputra..apa rasional buka kouta terebut kpd bukan bumiputra.?

  52. 52 insafla puak umNO Aug 11th, 2008 at 11:24 pm

    semoga DSAI menang atas tiket kebenaran.InsyaAllah…kami berharap kemenangan DSAI nanti membawa banyak makna untuk orang yang mahukan perubahan berasaskan keadilan..dan,jangan lupa bongkarkan segala ketidakstabilan/rasuah/penglibatan kroni/politik wang semasa pemerintahan pak lah dan orang tua(mahathir).

  53. 53 Rodong Aug 12th, 2008 at 1:36 am

    Assalamualaikum..

    Selamat hari jadi buat pemimpin yg saya kagumi, Dato Seri Anwar Ibrahim. Semoga dimakbulkan oleh Allah swt apa yg Dato Seri dan rakyat impikan…

    Taniah Mr. Ismandy Hamza.
    Komen yg bernas.
    Saya sokong 100%.

    Takbir!!!!

  54. 54 MissXynix1805 Aug 12th, 2008 at 1:34 pm

    Selamat Hari Jadi DATO SERI

    SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI.BAHAGIA.AMAN.HAPPY.SELAMAT DAN SIHAT SELALU =)

  55. 55 jeghui Aug 12th, 2008 at 6:13 pm

    Di mana komen yang saya hantar semalam?

  56. 56 Islam bakal bangkit membela Ummah Aug 12th, 2008 at 7:17 pm

    Assalamualaikum… ape khabar dato seri?

    Saya nak suarakan ketidak-puasan hati membaca tentang isu moral lompat parti, seola-olah dari jawapan tersebut dato seri sama akhlak seperti org2 umno yang dato seri katakan itu, saya lebih puas hati dengan ulasan@jawapan oleh Tun Mahathir, krn hasil dari jawapannya membuat saya puas hati atau terdiam (terbungkam), saya bukan dari mana2 pihak, cuma sedang mencari pihak mana yang benar melalui ilmu yang saya pernah pelajari. InsyaAllah, Allah tidak akan membiarkan hambanya yang ikhlas mencari kebenaran, buanglah prejudis…

  57. 57 Thiam Teck Aug 14th, 2008 at 1:41 am

    Walaupun BN tidak bermoral, tetapi ini tidak boleh jadi alasan untuk PKR untuk melakukan perkara yang tak bermoral.

    Apa beza PKR dengan BN kalau PKR selalu gunakan alasan “XXX penipuan PRU, rasuah, penindasan, jadi kita lebih bermoral untuk melakukan YYY”?

  58. 58 luncai Aug 16th, 2008 at 6:30 pm

    NAK MEMERTABATKAN BANGSA MELAYU APA BENDANYA? YANG MEMFITNAH ORG MELAYU SIAPA, RAMPAS HARTA BENDA RAKYAT TERMASUK ORG MELAYU SIAPA, YANG JADI KETUA LANUN BANGSA MELAYU ITU SENDIRI,ORG MELAYU DAH TAKDA MERTABAT DAH, BUNUH MELAYU SIKSA ORG MELAYU NAK MEMERTABATKAN BANGSA MELAYU APA? UMNO GAH DGN KERISNYA TAPI BUNUH ORG MELAYU, YANG DIMERTABATKAN MEREKA IALAH ANAK MENANTU ADIK KAKAK, TOKE2 YG DAH KAYA MENJADI KAYA,TENGOK KELILING YG PAPA KEDANA BYK ORG MELEYU

  59. 59 luncai Aug 16th, 2008 at 6:38 pm

    SEMALAMAN AKU SEDIH MENGENANGKAN NASIB EZAM YANG MERANA TAK DICALONKAN,,OH!! EZAM SEANDAINYA DATO SRI ANWAR MENANG NANTI APAKAH KAU AKAN MELUTUT DGN NYA DAN MEMBAWA KOTAK2 HITAM YANG ADA PADA KAU, ATAUPUN KAU AKAN MENJADI SILUNCAI DGN LABUNYA BERSAMA SAIFUL, MANAKALA YANG LAIN CABUT LARI, KAU DAN SAIFUL TERKAPAI MAKAN TAIK,,AKU TENGOK MUKA KAU DAN SAIFUL SEIRASLAH DENGAN SETAN

  60. 60 Zull38 Aug 17th, 2008 at 2:31 am

    Selamat Hari Jadi Dato Sri,

    Semalam Saiful telahpun menunjukkan ‘Keberaniannya’ dengan membuat pengakuan bersumpah dengan memegang Al-Quran di dalam masjid dan di hadapan para ulamak sebagai saksi. Sekiranya pengakuan beliau itu benar amatlah mengaibkan tetapi sekiranya tidak, beliau pasti akan menerima laknat dari Allah s.w.t. Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir dan Mufti Perlis agar Dato’ Sri membuat pengakuan yang sama bagi menafikannya. Bak kata pepatah Melayu ‘Berani kerana benar’ dan ‘Takut kerana salah’ Apa komen Dato’ Sri? . Terima kasih.

  61. 61 Dahlan Razak Aug 28th, 2008 at 5:39 am

    Tahniah buat DSAI

    Tapi saya agak musykil. Bagaimana DSAI dapat mempertahankan hak-hak orang Melayu di Malaysia apabila DSAI sendiri bekerjasama dengan DAP? Parti DAP mempunyai perjuangan yang lama iaitu memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia dan menentang hak-hak keistimewaan orang Melayu.

    Saya mempunyai keluarga yang berada di Singapura. Adakah Melayu di Malaysia sekiranya DSAI memerintah menjadi seperti di sana? DAP adalah parti serpihan PAP (Singapura) yang mengamalkan konsep Singaporean Singapore iaitu hak sama rata tanpa mengira kaum. Tapi hakikatnya, jawatan-jawatan penting dalam kabinet di Singapura diperintah oleh Menmteri Cina dan India. Hanya ada satu saja menteri Melayu iaitu Menteri Alam Sekitar yang tiada kaitan dengan ekonomi dan politik negara.

    Entah la. Apa yanag saya nampak, bangsa Melayu kita sekarang sedang berpecah-belah. Apakah survival Melayu itu dapat diteruskan apabila DAP semakin lantang mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu?

    Semoga generasi Melayu akan datang dapat mempertahankan maruah dan hak orang Melayu dalamm negara tanah tumpah darah mereka.

  62. 62 Dahlan Razak Aug 28th, 2008 at 5:59 am

    Petikan Anselmo Lothrio // Ogos 18, 2008 at 10:28 pm (pembelamelayu.com)

    Datuk saya dan bapa saya, semasa 14 hari ditahan oleh Bintang Tiga (didominasi oleh kaum Cina)memerintah (1948), kaum ini dengan sewenang-wenangnya membunuh orang Melayu yang sebelumnya jiran tetangganya, menikam pedang panjang keperut orang Melayu sambil berkata ‘manyak sijuk ah’ tanpa rasa kesihan. Orang Melayu diheret keluar dari rumah dan digantung pada dahan pokok di depan masjid. Kereta Sultan dirampas dari istana. Ini antara rakaman sejarah yang ditanggung oleh orang Melayu, bukan lama, tapi semalam.Hari ini kita nak serahkan negara kepada bangsa mereka?

    MELAYU mudah lupa.

  63. 63 Razali Ahmad Sep 5th, 2008 at 6:17 pm

    Assalammualaikum Dato’ Seri,

    Saya anak kpg, org melayu sekolah cina (rendah/menengah). Sedih kerana kelulusan sek cina tak diiktiraf kerajaan, nasb baik saya terus belajar sehingga ACCA(London).

    Sekarang bekerja di singapura kerana merajuk. Harap Dato’ Seri nanti akan iktiraf sijil sekolah cina. Saya nak balik menabur bakti di malaysia.

    Semoga perjuangan Dato’ Seri berhasil.

  64. 64 Terusan pening Sep 19th, 2008 at 3:55 am

    SALAM buat DSAI………….

    Negara semakin pincang, rakyat dari tersepit makin terhimpit, mainan politik semakin kotor. Yang dilantik… bagai tukang karut wayang kulit. rakyat…… makin sesak dada dengan adegan karut si dogol. Sikit hari boleh darurat di buatnya, apa taknya….guna isu perkauman main wayang kulit pulak. yang tamak terusan tamak. yang rasuah terusan rasuah. yang salah terusan betul. yang betul terusan salah. rakyat….. terusan pening. Aduhh

  65. 65 faizal Dec 3rd, 2008 at 4:37 am

    korang ni bodoh la…terutama luncai,ko tau x nape melayu x maju?sbb malas..nape mlayu sokong pkr?sbb bg janji nak bagi duit tiap bulan,mane hang nak keruk duit?aq xnak duit aq diguna tuk orang malas!!aq dak medic,n aq lihat fenomena dak mlayu tuk dlm bidang profesional makin kurang,kalau dap memerintah,lagi lingkup la mlayu,aq mlayu gak,tapi aq kerja keras tuk semua,anwar ni plak bg janji palsu beb..nak bagi hak sama rata mende,buat plajaran dlm bi pun orang mlayu xleh compete,ni nak sama rata,lingkup trus mlayu,nak tolong orang mlayu ni susah,sbb kalau tolong jadi naik lemak,x tolong,lompat parti cam anwar,x silap aq dlu dia da banyak masuk parti,anwar2,,kalau ko nak permainkan agama sbagai politik ko,laknat tuhan tuk ko slamanya,tapi kalo ko btul,tunaikan janji ko yang slama ni aq xnampak lagi keberhasilannya

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners