Visit by John L. Esposito

9 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Yesterday evening we had dinner with John Esposito and his wife Jean and other friends. John is the Founder and Director of the Center for Muslim Christian Understanding at Georgetown University where I taught courses from 2005-2006. We had planned to meet during his visit but I was worried whether or not I would be able to keep the appointment because of our appearance in court on Thursday.

Alhamdulillah we had a wonderful evening together. John told us about the enormous success of his latest book, Who Speaks for Islam which has just been translated to Bahasa and will be launched in Jakarta on Sunday.

I remembered the time I spent at Georgetown University with great fondness. Away from the hectic schedule that Azizah and I keep in Malaysia, we spent time together as a family. My Georgetown students were exceptionally bright and interested in Southeast Asian politics. I hope they are following the latest developments closely as Malaysia goes through such an important phase in its history.

ANWAR IBRAHIM

Semalam kami sekeluarga melayani sarjana tersohor Profesor John Esposito dan isterinya Jean. Majlis makan malam disertai oleh beberapa teman; Wensi dan isterinya Annie, dua tokoh politik dari Filipina, Profesor Osman Bakar dan isteri; Badariah. Kami tidak melepaskan peluang untuk berbicara dan berkongsi pandangan mengenai karya John yang terbaru, Who Speaks for Islam yang sudahpun diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Edisi terjemahan tersebut akan dilancarkan pada Ahad ini di Jakarta. John merupakan Pengasas dan Pengarah Center for Muslim Christian Understanding di Universiti Georgetown, tempat saya mengajar sesi 2005-2006. Kami sebenarnya sudah merancang untuk bertemu cumanya agak kerisauan tidak dapat memenuhi janji tersebut kerana hadir ke mahkamah pada hari Khamis.

Masa yang saya luangkan untuk mengajar di Universiti Georgetown banyak meninggalkan kenangan manis. Sudah pasti jadualnya tidak sebegitu ketat ketimbang jadual saya dan Azizah di Malaysia. Subjek politik Asia Tenggara tenyata menarik minat sekian ramai penuntut cemerlang dan pengamat politik rantau ini. Saya berharap mereka memberi tumpuan saat ini kerana Malaysia sedang melalui detik penting dalam sejarahnya.

Manakala tengahari tadi sebelum bertolak ke Permatang Pauh tamu istimewa dari Indonesia saudara Adi Sasono dan isteri datang berkunjung ke kediaman saya. Adi merupakan mantan Ketua Umum Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia dan sekarang merupakan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia. Di samping menikmati juadah makan tengahari, kami bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terbaru politik semasa Malaysia dan Indonesia

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site