07
Aug
08

Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

7 Ogos 2008, 9:30 am, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi pada 6 Ogos 2008. Kami mencapai kata sepakat mengenai keputusan-keputusan berikut:

a) Kami menganggap kes terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai kezaliman politik. Dalam kes ini bukan sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan, tetapi seluruh negara sedang dibicarakan.

b) Seandainya Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan diikat jamin atau ditahan pada hari ini, maka Datuk Seri Wan Azizah, Presiden PKR akan bertindak sebagai penyelaras Majlis Pimpinan ini.

c) Kami bersetuju sepenuhnya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat dan kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan penuh.

d) Kami bersetuju bahawa manakala Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki Parlimen, beliau akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang bermula 27 Ogos 2008.

YBhg Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden keADILan)
YB Dato’ Hj Husam Musa (Naib Presiden PAS)
YB Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP)

___________________

Statement of Pakatan Rakyat Leadership Council
7 August 2008, 9:30 am, High Court, Jalan Duta, KL

The Pakatan Rakyat Leadership Council held a special meeting last night (6 August 2008). We reached the following agreements:

a) We consider that the case against Dato’ Seri Anwar Ibrahim is blatant political persecution, and that it is not only Dato’ Seri Anwar Ibrahim being tried but the whole nation is on trial.

b) In case of Dato’ Seri Anwar Ibrahim is detained or denied bail, then Datuk Seri Wan Azizah, the PKR President will act as coordinator for the council.

c) We fully endorsed Dato’ Seri Anwar Ibrahim as the Pakatan candidate in the Permatang Pauh by-election and we will form a joint machinery to give him our fullest support.

d) We agreed that when Dato’ Seri Anwar Ibrahim successful in entering the Parliament, he will be proposed to be the Opposition Leader effective on 27 August 2008.

YBhg Dr Wan Azizah Wan Ismail (President KeADILan)
YB Dato’ Husam Musa (Vice President PAS)
YB Lim Guan Eng (Secretary General DAP)


58 Responses to “Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat”


  1. 1 WeWillWin Aug 7th, 2008 at 4:48 pm

    You guys have wisdom and taste!

  2. 2 PsychoMatix Aug 7th, 2008 at 4:52 pm

    Salamz.

    PsychoMatix tidak sabar hendak melihat perubahan yang sepatutnya sudah berlaku dari awal lagi.

    PsychoMatix sudah bosan dengan pemimpin yang guna otak tak guna akal!

    PsychoMatix menyokong penuh DSAi sbg Ketua Pembangkang dan PM ke-6 : bukan krn menyokong PKR. tetapi kerana DSAI adil dalam berbicara serta dalam memimpin pasukan.

    Insya Allah.16Sept2008!

    Chiowz.

  3. 3 Nasr Aug 7th, 2008 at 4:57 pm

    CAYA LAH!!!!!!!!! TERUSKAN BERJUANG

  4. 4 siddiq dato azani Aug 7th, 2008 at 5:04 pm

    “sapp berhak, anwar menanti ke putrajaya”

    http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/06/18/sapp-berhak-anwar-menanti/

  5. 5 Michael Jackson (U.S.A) Aug 7th, 2008 at 5:11 pm

    Bersatu kita teguh….. Bercerai kita roboh………. I love u’ll….

  6. 6 shah Aug 7th, 2008 at 5:15 pm

    Salam,

    Kami sbg rakyat Malaysia akan tetap menyokong perjuangan pimpinan
    Pakatan Rakyat dan menyokong sepenuhnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
    Kami berharap Pakatan Rakyat akan menerajui Malaysia yg tercinta ini
    dari pemerintahan zalim UMNO/BN.

    Lawan tetap lawan, membujur lalu melintang patah.
    Biar putih tulang,jangan putih mata.

    Kita pastikan UMNO/BN akan kecundang kali ini.Insya’allah.

    Reformasi,Reformasi,Reformasi.
    Takbir!Takbir!Takbir!

  7. 7 Editor Ampang Aug 7th, 2008 at 5:19 pm

    Laporan Akuan Bersumpah Dr. Osman ( Hospital Pusrawi )

    http://www.p99ampang.com

  8. 8 anwar_mohamad Aug 7th, 2008 at 5:20 pm

    DSAI, tahniah kerana dapat meneruskan kempen di Pmtg Pauh. Saya respect cara DSAI bekerja dengan keras untuk menyebarkan ilmu kepada rakyat di dalam ceramah DSAI. Pedulikkan seketika dakwaan yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti and ‘character assasination’ oleh merka yang terlibat. Terus kan berjuang.. lawan tetap lawan..
    Di harap semua penyokong UMNO sedarlah bahawa pemimpin kamu berlagak sombong dan arrogant. Kerja tak seberapa dan cakap tak serupa bikin. Pemimpin UMNO patut sedar bahawa mereka adalah ’servant’ dan rakyat adalah ‘master’. Semua hal-hal kewangan adalah disebabkan oleh bayaran cukai rakyat. Tetapi mereka gunakan wang rakyat dan mengurus tadbir negara tanpa kesedaran. Tamak dan tiada ‘accountability’ langsung.
    Kami pasti tetap menyokong DSAI menghapuskan kegiatan2 ini.

  9. 9 storm62 Aug 7th, 2008 at 6:08 pm

    can someone with a creative mind in arts design a NEW flag for Pakatan Rakyat?

    can’t wait to raise this flag before 31st August 2008!

  10. 10 rohaimi Aug 7th, 2008 at 6:20 pm

    DSAI bukan sahaja akan menjadi ketua pembangkang, bahkan akan menjadi ketua bagi semua rakyat Malaysia yang sedar akan kotor dan angkuh nya BN dan jentera-jentera mereka.

  11. 11 Adi Aug 7th, 2008 at 6:26 pm

    Saya syorkan kepada Pakatan Rakyat amnya dan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim khasnya agar membawa isu tuduhan fitnah jahat ini yang menggunakan semua sumber kerajaan, ke masyarakat antarabangsa. Mohon bantuan antarabangsa untuk baiki semua sistem di Malaysia ini. Sudah tiba masanya minta bantuan antarabangsa. Umno, BN dan polis akan sedaya upaya memastikan Dato Seri Anwar kalah di Permatang Pauh. Kami amat risau Dato Seri Anwar akan kalah akibat penipuan. Tuduhan fitnah liwat boleh mereka lakukan, inikan pula untuk melakukan penipuan dalam pilihanraya. Maka mohonlah bantuan antarabangsa mulai sekarang!!! Tolonglah.

  12. 12 Berani Lawan Aug 7th, 2008 at 6:29 pm

    Dalam sejarah dunia, tiada kerajaan yang zalim dapat kekal pemerintahannya. Soalnya ialah bilakah kerajaan BN ini akan tumbang!

  13. 13 Penyokong pkr seumur hidup Aug 7th, 2008 at 6:51 pm

    Assalamualaikum DS dan semua pejuang dan pemimpin PR.

    Kami di Labuan amat bimbang sekali akan keadaan akan datang saudara kita DSAI.Kami bimbang pihak kerajaan akan menangkap beliau sebelum pilihan raya diadakan. Keselamatan dan kredibiliti beliau kini terancam.

    Kami benar-benar merayu kepada rakyat disemenanjung sabah dan sarawak agar dapat melakukan sesuatu yang perlu dan mengatur strategi untuk mempertahankan pemimpin kita telah dizalimi. Yang mana kita percaya beliau ingin membuktikan kepada rakyat akan halatuju ekonomi negara sekarang ini yang kian parah menjadi lebih stabil dan berdayasaing untuk membela nasib rakyat.

    Disini kami ingin buat contoh/perbandingan sedikit mengenai hasil yang diperolehi Malaysia dan Brunei Darusssalam. Persoalannya?

    1. Brunei hasil utamanya adalah minyak, tapi kerajaan disana pandai menguruskan ekonomi, rakyat tidak memberontak/mengeluh dan apakah ini juga dikaitkan dengan masalah global?

    2. Kita di Malaysia ada hasil minyak, kayu balak, kelapa sawit dan lain-lain. Kenapa pula minyak kita naik begitu tinggi, masalah global bagaimana?. Dimanakah duit yang berbilion dari hasil kekayaan negara itu dipergunakan?.

    ” HIDUP ANWAR, HIDUP PAKATAN UNTUK MEMBELA NASIB RAKYAT ”

    TAKBIR !!!
    TAKBIR !!!
    TAKBIR !!!

  14. 14 leng Aug 7th, 2008 at 7:40 pm

    semoga allah akn menyebelahi kita untuk perjuangan ini.. tiada yang lebih zalim daripada apa yang di lakukan oleh umno or kerajaan sekarang.. but dont worry kepada pemimipin-pemimpin UMNO or BN yang bersubahat dalam menaburkan fitnah dan bersekongkol dengan konspirasi yg sangat mengaibkan bukan saja DSAI kita tetap juga rakyat malaysia, kebenaran akn diketahui dalam masa terdekat ini dan kepada mereka-mereka yang zalim penipu dan pengkhianat akna menerima hukuman yg setimpal drp allah.. what goes around comes around….”ALLAH MAHA BESAR”
    PERJUANGAN AKAN DITERUSKAN…..LAWAN TETAP LAWAN….

  15. 15 Umno totok Aug 7th, 2008 at 8:05 pm

    MB Johor dah boleh mula fikir dan cari tapak yang sesuai untuk dibina muzium UMNO… Pemilikan tapak mulai 16 sept 2008.. mula pembinaan 1 Jan 2009….

  16. 16 NzrIda Aug 7th, 2008 at 8:15 pm

    Sekarang kerajaan telah membawa kes ke Mahkamah. Di samping memberikan fakta dan bukti yang DSAI tidak bersalah, semoga pihak peguambela dapat mengaitkan Saiful dengan sesiapa saja yang kemungkinan ada kaitan dalam kes ini. Biar mereka tersepit dalam perancangan jahat sendiri. Apa yang terjadi hari ini kepada DS merupakan satu kemenangan awal buat rakyat.
    Hidup DSAI.

  17. 17 Balsing Aug 7th, 2008 at 8:24 pm

    Hello DSAI apa khabar……..moga sihat sejahtera hendaknya……memang betul kes DSAI ini bukan DSAI saja yang dibicarakan tapi seluruh rakyat malaysian dibicarakan……tetap menyokong dan bersama DSAI

    makkal sakhti

  18. 18 Azari.Aur@Rembau Aug 7th, 2008 at 8:59 pm

    SYABAS PADA PAKATAN RAKYAT..KAMI RAKYAT YANG MAHUKAN KEBENARAN,KEADILAN DAN MAHUKAN PERUBAHAN

    RASA BERBANGGA DAN TERHARU DENGAN MAUFAKAT YANG DITUNJUKKAN OLEH PEMIMPIN PAKATAN ..TAHNIAH,

    SEMANGAT SEBEGINI AKAN MENAMBAHKAN LAGI RASA SAYANG KAMI PADA PAKATAN.

    WALAUPUN JALAN YANG PAKATAN LALUI AMATLAH SUKAR ,KAMI PERCAYA BAHAWA PAKATAN AKAN MENCAPAI

    KEJAYAAN DALAM WAKTU TERDEKAT..INSYAAALAH.

  19. 19 Raikkonen@AIC.com Aug 7th, 2008 at 9:10 pm

    Alhamdullaih..inilah selama ini yang kita mahukan.Kenyataan bersama diatara tiga parti yang membentuk PAKATAN RAKYAT!Barulah rakyat yang ‘was-was’ akan lebih yakin terhadap PAKATAN RAKYAT dan melemahkan semangat ‘hampeh’ BN!

    Untuk pilihanraya 26 Ogos ini apa kata Ketua Menteri Pulau Pinang memberi CUTI UMUM kepada rakyat PULAU PINANG untuk mengundi pada hari tersebut memandangkan SPR telah diberi ‘Petunjuk’ untuk mengadakan pilihanraya pada hari yang ‘PELIK’

  20. 20 Patek1472l Aug 7th, 2008 at 9:31 pm

    Q22. Only Barisan Nasional (BN) can govern Malaysia. (Fact or Fiction)
    Cuma Barisan Nasional (BN) boleh mentadbir/memerintah Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

    Q23. Only UMNO can take care of Malaysian Malay’s and other Bumiputeras interest. (Fact or Fiction)
    Cuma UMNO boleh menjaga kepentingan rakyat Melayu Malaysia dan lain-lain Bumiputera. (Fakta atau Rekaan)

    Q24. Only MCA can take care of Malaysian Chinese’s interest. (Fact or Fiction)
    Cuma MCA boleh menjaga kepentingan rakyat Cina Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

    Q25. Only MIC can take care of Malaysian Indian’s interest. (Fact or Fiction)
    Cuma MIC boleh menjaga kepentingan rakyat India Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

    Q26. Only Gerakan can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction)
    Cuma Gerakan boleh menjaga kepentingan rakyat Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

    Q27. Only PKR can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction)
    Cuma PKR boleh menjaga kepentingan rakyat Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

    Q28. Only PAS can take care of Moslem’s interest. (Fact or Fiction)
    Cuma PAS boleh menjaga kepentingan orang Muslim. (Fakta atau Rekaan)

    Q29. Only Hindraf can take care of Hindu’s interest. (Fact or Fiction)
    Cuma Hindraf boleh menjaga kepentingan orang Hindu. (Fakta atau Rekaan)

    ……….cont’d to Q 50.
    ……….sambungan sahingga Soalan 50.

    Answers at http://patek1472.wordpress.com
    Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

  21. 21 PJboy Aug 7th, 2008 at 9:56 pm

    That’s the way to go. Show strength in UNITY & SOLIDARITY among the 3 party leaders. I just wrote in another blog here to suggest a RM 1 support fund & for the family of DSAI. Maybe it should be called MALAYSIA-UNITY-FUND for DSAI. This is to show the strenth & support of Malaysians to DSAI. RPK got over RM 20K. I say we beat that record. Although this should not be made into a habit ok…Think this is the best way, to avoid clashing with authorities over gatherings & also may cause traffic jams. Not everyone can go to the streets to demonstrate how they feel. The RM 1 will be a good way to do it & people need not waste fuel to travel to join any demo, since BN raised fuel prices to punish us who did not vote for them (sore losers). RM 1 today don’t go very far anyway. I am willing to part my RM 1 should such a fund gets up & running. The fund can also be used for the PP by-election if not against the rules. Let’s not be like BN, make rules only to break them but prosecute those (other than themselved) who break them.

  22. 22 debik Aug 7th, 2008 at 10:26 pm

    Semoga Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia. Lawan tetap lawan!!!!

  23. 23 amihani Aug 7th, 2008 at 10:52 pm

    Semuga DSAI berjaya… Pergi jahaman dengan fitnah diaorang… semua rakyat tak percaya

  24. 24 roh_insan Aug 7th, 2008 at 10:57 pm

    Mdh2an sblm 10sep,Ds akn membuat kejutan perubahan pentadbiran M’sia.Teruskn Ds.

  25. 25 MBA Aug 7th, 2008 at 10:58 pm

    Any possibilities to become Malaysian Government before another irresponsible arrest? You have all the qualities needed at this difficult time. No more arrest, just go to Putrajaya.

  26. 26 leng Aug 7th, 2008 at 11:00 pm

    semoga perjuangan DSAI untuk rakyat Malaysia akan bejaya…
    kepada pemimpin2 UMNO yang maenabur fitnah ingatlah yang ALLAH itu Maha Mengetahui….
    What goes around comes around….

  27. 27 rakyat risau Aug 7th, 2008 at 11:15 pm

    salam

    saya ingin merujuk kepada berita bernama-tv hari, berkenaan pencalonan yg akan dibuat oleh akim (dikatakan parti serpihan pas)dlm pilihanraya permatang pauh,- adakah ini betul, dan tidakkah ini akan menyebabkan perpecahan undi keadilan/pas dan menggugat majoriti? t kasih

    rakyat risau

  28. 28 handzalah002 Aug 8th, 2008 at 12:15 am

    yes
    lagi2 kami di permatang pauh ni
    bukankah husam musa sbg wakil PAS dh setuju untuk menyokong DSAI sebagai calon PR?
    ataupun AKIM ni ada agenda tersembunyi jugak.who knows?

    ape2 pon,selamat kembali DSAI ke permatang pauh.kami tak sabar menantikan kehadiran anda.

  29. 29 paan Aug 8th, 2008 at 12:34 am

    Lawan Tetap Lawan

  30. 30 dILA Aug 8th, 2008 at 1:05 am

    kemana Ustaz Hadi Awang, president PAS? Parti DAP & Keadilan menghantar their top people utk membuat kenyataan bersama ini but PAS hanya menghantar YB Dato’ Husam Musa (Vice President PAS)? Kenapa ini berlaku?

    Sejak berita Talk between PAS-UMNO ni, hubungan between PAS & PR is cold. What happend? now PAS 2 top leaders no longer with any function with any PR leader.

    with so many khabar angin yg tidak didengari kerana ini, adalah CRUCIAL for people TO SEE all PR leader TOGETHER, in one function, making same statement. now it seem that PAS is withdraw from PR….that what people see, and with so many bad romour, rakyat cannot help but feel worried.

    now ada khabar angin mengatakan yg PAS nak mensabotaj permatang pauh election and kenyataan splinter group of PAS that they want to contest in the by election is make people unesy and see as an attemp to divide Malay vote.

    So we hope Dato seri akan membuat sesuatu mengenai hal ini. It VERY IMPORTANT for the people TO SEE that PR leardership is together on this.

  31. 31 shrek Aug 8th, 2008 at 2:06 am

    sokong dsai…x sabar nk tunggu 16sep…reformasi

  32. 32 sakthi PR Aug 8th, 2008 at 2:15 am

    KEPADA
    SEMUA PENYOKONG PR….

    AKIM atau mana mana pun parti yang bertanding di pmtg pauh…jawabnya nahas kerana mereka seperti menanam sugarcane di tepi mulut….tiada hasil samalah seperti BN ( SELAMAT AMAN MAKMUR) skrg apa pun tiada………so be brave to fight and i am sure PAS supporter are wise bcz only PR….is representing PAS and not AKIM…

    HIDUP PR…..MAKKAL SAKTHI WILL PREVAIL
    HIDUP DSAI AND PR LEADERS

  33. 33 orang muda Aug 8th, 2008 at 2:16 am

    Saya setuju dengan pandangan Raikkonen@AIC.com, Dato Seri Anwar harap boleh minta ketua menteri Lim Guen Eng memberikan cuti umum kepada pulau pinang pada hari mengundi tersebut bg membolehkan pengundi yang bekerja mengundi pada hari tersebut.Saya percaya perpaduan dalam Pakatan Rakyat akan lebih kukuh dan menunjukkan kepada orang Melayu yang masih lagi ragu2 dengan DAP tentang keikhlasan dan kejujuran DAP dalam pakatan rakyat.

    http://suarasaktii.wordpress.com

  34. 34 monsterball Aug 8th, 2008 at 6:57 am

    All great men/women need to suffer.
    The more they suffer,..the greater he
    she will become.
    Bro.Anwar has to stay strong.. always. and smiling.

  35. 35 haisara Aug 8th, 2008 at 8:29 am

    Salam buat DSAI dan keluarga..,

    Kepada semua penggundi permatang pauh saya menyeru bahawa pilihan raya kecil yang bakal diadakan adalah bukan hanya DSAI vs calon UmNo tetapi ia adalah

    Pertembungan RAKYAT vs kerajaan UmNo, Rasuah, Pemfitnah, dan segala kesusahan dan keresahan rakyat.

    Pastikan InsyaAllah kita berjuang habis habisan untuk menumbangkan Bee End.

  36. 36 Tok janggut Aug 8th, 2008 at 8:49 am

    ehem ehem….

    ada parti kecil bernama AKIM nak join pilihanraya…menarik tu…calon AKIM lepas ni boleh jadi kaya raya…mesti banyak umno tabur duit dengan harapan undi berpecah dari sdr anwar…kelakar juga idea tu…boleh jalan ke idea tu dolah?sebab nak harap najib berkempen kat permatang pauh,takut makin cepat pulak botak kepala dan berbuih2 mulut nak nafikan kes mongolia dia….

    be end=the end!!

  37. 37 Zzjebat Aug 8th, 2008 at 9:11 am

    Salam,

    Pertarungan bermula di Permatang Pauh, syabas PKR, dan DSAI selamat Berjuang..

    Pada media: TV 3, RTM , Utusan, B.Harian dan NST dan sewaktu dengannya

    apa lagi mulalah tugas anda….Kepada semua kita tengoklah media ini BERMARUAH atau

    JADI BARUAH……INGAT….ALLAH MEMERHATI TINDAKAN ANDA…..Malaikat dah READY NAK CATIT HASIL KERJA ANDA..

    Selamat BERJUANG….

    Wassalam

  38. 38 reformasi_mujahid Aug 8th, 2008 at 9:18 am

    InsyaAllah, jika sudah ditakdirkan Anwar ke Putrajaya menjadi PM…. UMNO dan talibarutnya tidak akan mampu berbuat apa2…. insyaAllah.

    Tabir!!

  39. 39 sinar_cahaya688 Aug 8th, 2008 at 10:23 am

    salam senua !

    Kenapa tiba-tiba kemunculan Parti AKIM ?? Minta jasa baik Parti AKIM jangan mengacau
    bilau keadaan lagi di Permatang Pauh. Berharap pengundi bijak memilih dan DSAI dapat
    menghapuskan segala rintangan dan ujian yang bakal ditempuh. Selamat Berjuangan demi
    rakyat Malaysia.

  40. 40 lamparo Aug 8th, 2008 at 11:03 am

    saya dgr dsai akan masuk umno lepas menang di permatang pauh. pastu ditawar jadi PM oleh UMNO. betulkah?

  41. 41 unclesam Aug 8th, 2008 at 11:13 am

    rakyat risau….don’t worry itu semua mainan politk je banyak propaganda utk mengelirukan rakyat je.

    DSAI,
    I hope you will keep focus at your agenda…..FIGHTING FOR RAKYAT RIGHT…obviously SPR has been used by BN to deny the people right that while they set the election date on the working day…really stupid & there no logic or justification why they choose the date………..really desperado.

  42. 42 Rafidah Aug 8th, 2008 at 11:26 am

    Semoga berjaya memimpin negara Malaysia! Rakyat dah bosan dengan cerita2 fitnah kerajaan BN utk jatuhkan DSAI semata2 utk kepentingan mereka sendiri. Walaupun sy masih muda, tp saya berpendapat kenyataan2 yg diberikan jentera2 BN jauh lebih tidak logik & tidak berasas. Saya tertanya2 “macam mana mereka ni boleh jadi menteri?”. Semoga negara Malaysia akan dipimpin oleh pemimpin yg berkaliber. Saya menyokong penuh DSAI untuk melakukan perubahan kepada negara Msia yang semakin lemah dari segi kepimpinan. Apa yg terjadi sekarang, tak ubah macam cerita Hindustan…

  43. 43 dr.jnal Aug 8th, 2008 at 12:33 pm

    Really stupid & there no logic or justification why they choose the date………..really desperado.

  44. 44 dr.jnal Aug 8th, 2008 at 12:34 pm

    PKR Selamat Berjuangan demi rakyat Malaysia.

  45. 45 dr.jnal Aug 8th, 2008 at 12:44 pm

    BN tidak cara lain lagi untuk menghalang DSAI berjuang. Insyallah DSAI bakal menjadi Pendana Menteri Malaysia yang dapat meningkatkan ekonomi Malaysia baik.

  46. 46 khalpowers Aug 8th, 2008 at 1:29 pm

    AKIM..PARTI APA PLAK DAH, TIBA2 JE NYELIT MASUK NI..HEHE..KAMI ORG PMTG.PAUH TAK MUDAH KENA GULA2 LAA…JANGAN RISAU GERENTI ILANG DUIT TARUHAN DEPA NI..INSYAALLAH..

    LAWANN TETAPP LAWANNN!!!..TAKBIRR!!!

  47. 47 mantinn9 Aug 8th, 2008 at 4:03 pm

    sokong sgt dgn suarasakti n raikkonen agar kerajaan negeri pulau pinag memberi cuti umum pd hari mengundi permatang pauh.tp harus dingat kerajaan BN akan menggunakan aper jua sekali pun taktik penipuan.ini terhasil pd semua pilihanraya kecil dimaner kerajaan BN memenangi hampir kesemuanye kecuali d dun lunas(klu tak salah).so kerajaan PR harus berhati2 dlm menanganinye.diharab petugas yg menjaga peti undi semasa PRU yg lps di beri sekali lg tanggujawab menjaganye pd kali nie.borang 14 sangat2 penting untuk d jage…aper yg terjadi d P rembau begitulah.d harab tidak terjd d permatang pauh pula…..

  48. 48 rakyat risau Aug 9th, 2008 at 11:47 am

    apa2pun bagus kalau ada kenyataan daripada YB Husam or lagi baguih daripada ketua PAS sendiri kerana ada terbaca yg tn Hj Hadi menyokong penuh tapi ..apahal AKIM ni?
    sanggup kata dia parti bwh PAS and ada 10,000 penyokong walhal PAS dh sokong DSAI

    saya ada anak istimwa tapi in 1998 sanggup pi rumah DSAI di damansara dukong dia (tak mampu nak ambik org jaga.. kerajaan tak kisah susah payah keluarga ada anak isitmewa/OKU!! unless sanggup jual cerita dlm bersama mu tv3) utk bagi sokongan.. laa ni rasa macam sedeh sungguh laa .. tak sabaq tengok big change.. any comments, PAS?

  49. 49 Rohas Pasir Pekan Aug 9th, 2008 at 9:50 pm

    Umno thinks that DSAI and PR are playing in their game. They are actually trapped by DSAI’s game. There are 2 political nobles that read, digest and apply intheir life aout the book “the art of war” i.e TDM and DSAI. Now TDM is no longer a player in this arena but DSAI still. One thing that Umno’s leaders should realize, DSAI had spent more time than Pak Lah and the rest about TDM survival game including during 1987 Kuli-DrM over-the-top challenge. Now his ex-boss is no longer in the ring just like in the crisis in 1998. Therefore any motion by Umno on whatever way to damage DSAI in particular will only invite an epidemic of destruction to them. They will realize that all their movements are wrong. So think about the current scenario, whose game that they are playing right now? Some articulation about “the art of war” are being deployed and at the end only a winner and a loser will emerge.

  50. 50 asraf b mohd ghazali(017-3064480) Aug 9th, 2008 at 11:56 pm

    Selamat hari lahir yang ke-62,semoga panjang umur,serta tabah menghadapi dugaan allah berjaya menjadi perdana menteri malaysia yang ke-6 semoga berjaya dalam perjuangan….dari asraf and family @ alam damai,cheras

  51. 51 TEMAN LAMA Aug 10th, 2008 at 11:20 am

    Teman Lama

    Anwar Ibrahim insya`Allah menang majoriti besar daripada Wan Azizah dulu. Berdoa dan bermunajatlah kepada Allah

  52. 52 Justice Aug 10th, 2008 at 2:29 pm

    Hidup DSAI!!!
    Lawan tetap Lawan!!!!

  53. 53 Hj. Abdul Wahab Isa Aug 11th, 2008 at 2:14 am

    Hidup Pembengkang!

  54. 54 Pemuda_Korban Aug 11th, 2008 at 8:13 am

    Syabas DSAI,

    Kami jutaan pemuda rakyat malaysia berharap penuh agar kemenangan berpihak kepada DSAI dalam pilihanraya kecil ini nanti…

    Kami bertekad menyokong dan memberikan kerjasama demi membentuk “MALAYSIA BARU”

  55. 55 abg gee Aug 15th, 2008 at 8:48 am

    akum….
    selamat maju jaya dato sri, teruskan perjuangan, percayalah 99 peratus rakyat malaysia menyokong dato sri,

  56. 56 CDM MHZ Aug 15th, 2008 at 10:15 am

    Tidak terlambat saya ingin ucapkan Selamat Hari Lahir ke 61 pd 10-08-2008.. Saya berharap akan bertambahnya usia ini DSAI akan lebih matang dan menumpukan sepenuhnya kepada Memantapkan PAKATAN RAKYAT..Selepas DSAI menjadi PM siapakah yang seterusnya akan menjadi calon untuk PM yang ke 7…Saya melihat ianya akan menjadi tidak teratur selepas ini..kecuali Majlis Peringkat Tertinggi PR telah membuat perancangan terperinci mengenai [erkara ini..Seperti BN..tunjangnya masih lagi UMNO sebagai parti Melayu..kalau Pakatan siapakah parti Tunjang..jika DSAI dapat berkongsi pendapat dengan saya..Saya melihat didalam PAS hanya PAS mempunyai 100% Org Melayu dan PKR mempunyai Melayu,Cina,India. Serupa juga dengan DAP Cina dan India..Pakatan Rakyat perlu dengan segera memikirkan mengenai perkara ini..ini bagi mengelakkan kekeliruan yang banyak tidak diselesaikan dengan baik.Oleh itu saya mencadangkan supaya..PAS menjadi Tunjung kepada Pakatan Rakyat ini kerna PAS mempunyai pengalaman memerintah Negeri Kelantan 18 tahun.Walaupun tiada banyak pembangunan tetapi rakyatnya selesa tinggal disana..

    Walaupun Kerajaan Pusat Banyak Menyekat Pembangunan di negeri di perintah Pakatan Rakyat…namun di kelantan masih teguh dibawah pemerintahan Ulama..sehingga Kaum Cina selesa disana..mungkin boleh di buat lawatan disana..PAS for ALL..

  57. 57 adilla adilla Aug 15th, 2008 at 5:42 pm

    The Last is the Hero… itulah bait bait yg terbaik untuk diberikan kepada DSAI dan bukannya
    I m The Hero… DSN TPM UM NO dan juga
    Fan without Switch Off Button… PM UM NO dan yang ini pun sama
    Hero is the Hero… Anakku Sazalah

    Jangan pedulikan mereka, DSAI bersama pemimpin pemimpin kompenan yg lain spt Tuan Guru Nik Aziz, Tn Guru Hadi Awang, The Best and Modern thinking Chinese YB Lim Guan Eng dan Our best speecher (Speaker) untuk ahli parlimen UM NO YB Karpal Singh boleh membentuk satu formasi yang amat di geruni oleh musuh musuh politik tanah air. Apa kah kekurangannya disini… Kita ada semua yang BN tak ada. Cuma kita tidak ada kaki pencegah rasuah (badan sudah ada), hidung hidung pihak berkuasa (mata dan telinga) sejak azali lagi dan lain lain posisi yang tidak diperlukan.
    Oleh itu marilah kita semua sebagai rakyat malaysia yang berbilang kaum samaada dari parti UMNO ke MCA atau MIC atau kepada semua parti kompenan BN marilah bersatu membentuk satu kerajaan yang kuat dan adil.
    Saya menyokong penuh kepimpinan Barisan Alternatif
    YOU R THE HERO DSAI
    Lawan Tetap Lawan

  1. 1 Anwar Nominated As Opposition Leader « renaissance.MY Pingback on Aug 24th, 2008 at 4:20 am

Leave a Reply




Galeri Flickr

website-promo Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim at CLSA Conference Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 24 Sept 08 

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners